isu kebebasan agama dalam perlembagaan bagi menangani isu murtad

35
AMSS5303 FAKULTI SAINS SOSIAL SEMESTER 3 / TAHUN 2013 AMSS5303 MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA NO. MATRIKULASI : CGS00774625 NO. TELEFON : 012 6936320 E-MEL : [email protected] PENSYARAH : Dr. Ab Rahim bin Ibrahim 1

Upload: ustazahpuspa

Post on 29-Nov-2015

179 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 3 / TAHUN 2013

AMSS5303

MAHKAMAH SYARIAH DAN

UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : CGS00774625

NO. TELEFON : 012 6936320

E-MEL : [email protected]

PENSYARAH : Dr. Ab Rahim bin Ibrahim

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

1

Page 2: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Penghargaan

� يِم ِح� ِح�مِن� الَّر� � اللِه� الَّر� ِم �ْس� ِب

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk ‘ Isu kebebasan beragama menurut perlembagaan

Persekutuan Malaysia. Sejauhmanakah jaminannya dalam menagani isu murtad di Malaysia.’

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami

serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan

dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM

semester September 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama

yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah yang di hormati, Dr. Ab Rahim bin Ibrahim kerana telah memberi panduan dan

tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa

tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan segala kelemahan adalah dari diri saya

sendiri. Wallahu a'lam.

Sekian , terima kasih.

وِباللِه التوفيق والهداية

ISI KANDUNGAN HALAMAN

2

Page 3: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Penghargaan

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengertian kebebasan beragama menurut Al Quran1.2 Pengertian kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia1.3 Pengertian murtad

1

1 - 44 – 5

5

2.0 Murtad dan contoh-contoh kes di Malaysia

2.1 Isu murtad di Malaysia

2.2 Contoh-contoh kes Murtad di Malaysia

6 – 7

7 - 8

3.0 Undang–undang Islam salah satu sumber undang-undang di Malaysia

9

4.0 Peranan Perlembagaan Persekutuan dalam menentukan status undang-undang Islam di Malaysia

9 - 11

5.0 Potensi, Masalah, halangan dan cabaran yang dihadapi di dalam proses penerapan undang-undang Islam di Malaysia

11 - 13

6.0 Halatuju sistem pentadbiran keadilan jenayah Islam di Malaysia dalam menangani isu murtad.

6.1 Kesalahan didenda RM5,000 atau penjara 3 tahun atau disebat enam sebatan atau mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga hukuman ini.6.2 Tahanan mandatori di Pusat akidah sehingga 36 bulan.6.3 Undang-undang tatacara6.4 Tiada enakmen

13

14 – 15

15 – 1616

16 – 18

7.0 Penutup 18 – 19

Bibliografi

1.0 PENDAHULUAN

3

Page 4: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Antara

rahmatnya ialah Islam menganjurkan konsep kebebasan beragama. Ini bermakna setiap individu

di dunia ini bebas memilih agama yang diyakininya. Walaupun Islam sahaja adalah agama yang

benar tetapi Islam sama sekali tidak memaksa sesiapa supaya menganutinya. Namun demikian,

sekiranya seseorang itu telah menerima Islam, wajib baginya melaksanakan segala kewajipan

yang dituntut dalam Islam.

Seseorang Muslim dilarang keras keluar daripada Islam (murtad) dan hukuman yang

wajib dikenakan kepada orang murtad adalah hukuman bunuh sekiranya sahih kemurtadannya.

Walaupun telah jelas di dalam Islam menukar agama merupakan satu perbuatan yang dikutuk

oleh Allah, namun demikian masih terdapat permohonan untuk menukar agama sehinggakan

menjadi satu isu yang menimbulkan keresahan yang menakutkan kepada umat Islam kerana

mampu menggugat keamanan negara. Justeru itu, jika masalah ini tidak dibendung dikhuatiri

rahmat yang dibawa oleh Islam tidak dapat lagi dikecapi oleh umatnya kerana salah satu

maqasid syar’iyyah yang perlu dijaga semakin tergugat disebabkan oleh pelbagai faktor.

Fokus utama dalam perbincangan ini ialah mengenai isu kebebasan beragama menurut

Perlembagaan Persekutuan dan sejauhmana jaminannya dalam menangani masalah murtad di

Malaysia. Antara kupasan perbincangan adalah mengenai kebebasan beragama menurut Islam

dan Perlembagaan Persekutuan, Isu murtad serta penyelesaiannya menurut undang-undang

Keadilan Jenayah Islam di Malaysia, potensi, masalah, halangan serta cabaran dalam

menerapkan undang-undang Islam di Malaysia, seterusnya halatuju sistem pentadbiran keadilan

jenayah Islam dalam menangani isu murtad di Malaysia.

1.1 Pengertian kebebasan beragama menurut al Quran

Al Quran menyebut kebebasan beragama dan menerima kebebasan dalam beragama dan

berakidah. Islam menolak paksaan walaupun ia dikatakan sebagai cara mudah untuk

menyebarkan Islam. Allah S.W.T berfirman :

Maksudnya :

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)

daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman

4

Page 5: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh

dan tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha mendengar, lagi Maha mengetahui”.

)Surah al Baqarah 2:256(

Al-Quran menerima kedudukan tentang kebebasan beragama ini dalam seruan Allah

S.W.T sendiri kepada Nabi Muhammad S.A.W. firmannya :

 

Maksudnya :

“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia

beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi.

(janganlah Engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan

tidak menghendaki) maka patutkah Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka

menjadi orang-orang yang beriman?”

(Surah Yunus 10 : 99)

Manusia sememangnya diberikan Allah untuk memilih kepercayaan yang mereka akan

anuti. Nabi juga memahami bahawa tiada kompromi dalam dasar ini. Allah S.W.T berfirman :

 

Maksudnya :

“Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu,

maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar,

biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku

zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta

pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair

yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai

tempat bersenang-senang“

)Surah Al-Kahfi 18 : 29(

Perbezaan kepercayaan merupakan fakta yang nampak dan ia berdasarkan kehendak dan

ketentuan Allah S.W.T sendiri. Allah S.W.T sudah memberi kebebasan kepada manusia untuk

melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Manusia tidak boleh dipaksa-paksa. Bagaimanapun,

5

Page 6: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

kewajipan seorang muslim untuk berdakwah dan mengajak kepada Islam tetap berjalan sebagai

perintah Allah S.W.T. Walaupun begitu tugas pendakwah ialah hanya untuk menyampaikan

dakwah sebaik mungkin. Soal hidayah diserahkan kepada Allah S.W.T untuk menentukan. Ini

bertepatan dengan firman Allah S.W.T :

 

Maksudnya :

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat

pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara

yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang

sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat

hidayah petunjuk.”

)Surah Al-Nahl 16 : 125(

Menurut al-Faruqi (1998), sekiranya orang-orang bukan Islam tidak tertarik dengan

kebenaran dan ajaran Islam, hak mereka perlu dihormati. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya:

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

)Surah Al-Kafirun 109 : 6(

Walaupun Islam sebenarnya ingin manusia keseluruhannya mempercayai dan menerima

akidah Islam, ia melarang usaha-usaha yang dibuat melalui cara yang tidak sah dan batil. Ini

termasuk penerimaan Islam secara paksaan dan penerimaan melalui cara luar biasa seperti

menggunakan mukzijat dan sebagainya.Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :

“ Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit,

yang menjadikan mereka tunduk kepadaNya. “

)Surah Al-Shu’ara 26 : 4(

6

Page 7: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Islam lebih menyukai pendekatan berdasarkan rasional dan bukti empirikal dalam

menyeru kepada Islam dan menentang cara-cara berdakwah yang penuh muslihat dan tipu daya.

1.2 Pengertian kebebasan beragama menurut Perlembagaan Malaysia

Kebebasan beragama di Malaysia terjamin dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perkara 11 (1) menyebut “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan

agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan agamanya.” Fasal (4)

memperuntukan bahawa “Undang-undang Negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh

mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad dan kepercayaan agama antara orang-

orang yang menganuti agama Islam.”

Berbanding dengan agama-agama lain, Islam disebut dan diterima sebagai agama

persekutuan dalam Perlembagaan. Ia mendapat tempat istimewa berbanding dengan agama-

agama lain. Orang Melayu pula ditakrifkan dalam Perlembagaan sebagai sesiapa sahaja asalkan

menganut agama, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Dengan

sendiri, orang Melayu tidak boleh melalui Perlembagaan menukar agamanya kerana

bertentangan dengan roh dan takrifan melayu dalam Perlembagaan. Dengan kata lain, ia

bersesuaian dengan kehendak Islam yang melarang seseorang muslim untuk menjadi murtad.

Islam melihat bahawa tiada agama selain Islam yang lebih benar dan tinggi.

Membenarkan penganut Islam untuk murtad juga bertentangan dengan intipati dan roh Islam itu

sendiri. Dengan itu isu murtad tidak termasuk dalam soal kebebasan beragama. Islam tidak

memberi kebebasan kepada penganutnya untuk keluar daripada agama sesuka hati. Begitu juga

apa yang berlaku dalam masyarakat Arab. Nabi S.A.W berusaha berdakwah kepada mereka.

Mereka pula tidak diberi pilihan untuk keluar agama secara bebas. Mereka tertakluk kepada

undang-undang Islam. Islam bagaimanapun tidak cuba membawa kaum Yahudi dan Kristian di

Madinah dan Arab Kristian di Najran secara paksaan kerana menghormati kebebasan beragama.

Begitu juga dengan masyarakat pelbagai agama di Malaysia tidak boleh dipaksa menganut

agama Islam.

Dengan kata lain, pilihan orang Melayu hanyalah Islam dan bukannya agama lain kerana

kebenaran Islam itu sendiri dan kedudukannya yang lebih tinggi berbanding dengan agama lain

sama ada menurut Perlembagaan dan ajaran Islam itu sendiri. Memilih agama lain bermakna

memilih agama yang lebih rendah berbanding dengan status Islam. Kedudukan ini bukan

dipaksa-paksa kepada semua orang untuk menerima. Malah Islam sedia membuktikan

7

Page 8: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

kebenarannya dengan kajian, dialog, perdebatan dan sebagainya. Masyarakat Melayu pula

hendaklah terus mengkaji dan membandingkan Islam dengan agama-agama lain. Kajian

mendalam akan membuktikan kedudukan Islam yang sebenar. Ini dapat mengatasi masalah

keciciran dalam beragama dan isu murtad yang sering dibangkitkan sekarang.

1.3 Pengertian murtad

Perkataan murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu “riddah” atau “irtidad”. Dari sudut

bahasa, riddah bermaksud “kembali daripada sesuatu kepada selainnya”. Kamus Dewan

mendefinisikan murtad sebagai keluar daripada agamanya (biasanya orang Islam), tidak kepada

agamanya, membuang iman : orang yang begitu adalah orang yang kufur. Dari segi istilah

syaraknya pula, murtad ditakrifkan dengan pelbagai takrifan. Menurut Imam al-Husni, murtad

ialah “keluar daripada Islam dan kembali kepada kufur serta membebaskan diri daripada Islam.”

Sementara menurut al-Sheikh Abd al-Qadir Awdah, murtad ialah “meninggalkan agama

Islam dan keluar daripadanya setelah menganutnya.” Al-Zuhayli dalam al-Fiqh al-Islami wa

Adillatuh memberi beberapa contoh bentuk-bentuk murtad, antaranya sesiapa yang mengingkari

kewujudan Allah, menafikan para rasul, menghalalkan perkara haram seperti zina, liwat, arak,

atau mengharamkan perkara halal seperti jual beli dan nikah atau menafikan kewajipan yang

sudah disepakati seperti menafikan rakaat dalam solat-solat fardu dan lain-lain. Termasuk juga

dalam kategori murtad ialah perbuatan kufur seperti meletakkan al-Quran dan kitab hadis nabi

atas najis dan sujud menyembah berhala dan matahari (Mohamed Azam. 2003).

2.0 Murtad dan contoh kes di Malaysia

2.1 Isu Murtad di Malaysia

Mutakhir ini, gejala kerosakan akidah semakin menular di Malaysia sama ada ianya

berkaitan ajaran sesat ataupun membabitkan pertukaran agama. Perkara ini telah mendapat

perhatian serius oleh pelbagai pihak apabila kenyataan Mufti Perak mengenai kes murtad yang

berlaku di kalangan orang melayu. Ini termasuk berita pengkristianan orang melayu di Ipoh

yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas. Tidak dapat dinafikan bahawa isu murtad ini

bukanlah perkara baru, malahan sebelum ini telah banyak kes murtad berlaku di Malaysia

seperti kes Lina Joy pada tahun 1997.

8

Page 9: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk antara tahun 2000

hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah

diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada

bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, di mana 48

peratus permohonan diluluskan. Manakala menurut Portal Bebas Malaysiakini (2012) terdapat

686 permohonan menukar status agama Islam di seluruh negara dan 135 telah diluluskan.

Bilangan setiap permohonan dan kelulusan boleh dirujuk melalui jadual 1 di bawah :

Jadual 1 : Permohonan Tukar Status Agama tahun 2012

Negeri Permohonan Diluluskan

Sabah 238 67

Negeri Sembilan 172 33

Selangor 99 -

Wilayah Persekutuan 56 10

Perak 47 12

Pulau Pinang 36 1

Melaka 12 3

Pahang 8 7

Johor 8 -

Kedah 5 1

Perlis 3 1

Sarawak 1 -

Kelantan 1 -

Jadual 2 : Permohonan Pindaan Nama dan Agama Kerana Keluar Islam Di Malaysia ( 2000 – 2006 )

Tahun Permohonan Diluluskan

2000 158 38

2001 169 31

2002 100 37

2003 144 35

2004 168 34

2005 199 48

2006 126 8

Jumlah 686 135

9

Page 10: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

(Farawahida. 2006)

Jadual 2 pula hasil kajian Farawahida Mohd. Yusuf (2006) dalam kajian mengenai

kaedah penyelesaian pertukaran agama dalam masyarakat melayu. Walaupun bilangan kes

berbeza-beza mengikut sumber, yang jelasnya ia kian meningkat. Pada tahun 2012, beberapa siri

Program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah diadakan bagi menzahirkan kebimbangan ini

serta sokongan umat Islam terhadap gerakan membasmi murtad di kalangan orang Islam.

Setakat ini, HIMPUN telah diadakan di Shah Alam, Selangor, Kuala Kangsar, Perak, Paroi,

Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

  Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohohan dan

kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian

dan ditangani semua pihak. Menurutnya, sebahagian besar permohonan diterima untuk keluar

Islam terdiri daripada golongan saudara baru. Usaha sedang dilakukan untuk mengemaskini

maklumat agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai gejala ini di kalangan saudara

baru. Manakala di kalangan orang Melayu asal, gejala murtad banyak dikalangan golongan

remaja lingkungan umur 20an.(Zainul Rijal. 2012)

2.2 Contoh-contoh kes murtad di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun banyak isu murtad yang berlaku dan

disiarkan dalam akhbar. Antara kes murtad yang popular ialah Natrah, Azlina Jailani @ Lina

Joy, Siti Fatimah Abdul Karim, Nor Aishah Haji Bokhari, Yoshua Bin Othman dan lain-lain.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mustafa

Abdul Rahman, wanita dipercayai menjadi golongan paling ramai murtad di negara ini. Antara

kes yang tertangguh keputusannya seperti kes Azlina Jailani yang bertukar nama kepada Lina

Joy dan menganut agama Kristian. Begitu juga di dalam kes Hartinah Binti Kamarudin (No KP

740315-08-5824) yang telah bertukar kepada agama Hindu dan menukar namanya ke Nivashiny

Rajeswaran dan telah berkahwin dengan Rajeswaran a/l Jeyaraman di Malaysia Hindu Sangam,

Wilayah Persekutuan pada 24 Mac 1996. Seterusnya kes Siti Mariam binti Mohamed Ismail (No

KP 750307-06-5048) iaitu seorang wanita Islam yang bertudung labuh yang telah bertukar

agama ke agama Hindu melalui surat akuan bersumpah bertarikh 14 Oktober 1997 dan menukar

namanya kepada M. Tarini dan telah berkahwin dengan Kalaicheleven a/l Alagapan di Malaysia

Hindu Sangam, Wilayah Persekutuan pada 15 Februari 1999 (Mohamed Azam. 2003).

10

Page 11: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Selain itu, terdapat juga kes yang telah diluluskan permohonan pertukaran agamanya.

Antaranya ialah Siti Salmiah binti Abdul Halim (No Kes R1-24-10-98) yang telah bertukar ke

agama Kristian dan bertukar nama kepada Catherine Josephine melalui perintah Mahkamah oleh

Yang Arif Dato’ K.C Vohrah pada 9 November 1998. Seterusnya kes Hajee Ismail bin Suppiah

@ Salim (No Kes R1-24-31-95) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar agama

kepada Ganesan a/l Suppiah melalui perintah Mahkamah oleh Tan Sri Yang Arif Dato Ahmad

Fairuz bin Dato Sheikh Abdul Halim pada 26 September 1995. Selain itu kes Fadzilah binti

Mustafa (No. Kes MT2-21-108-98) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama

kepada Risha Sonia a/p Lingam melalui perintah Mahkamah oleh Yang Arif Dato’ Wira Haji

Mohd Noor bin Haji Ahmad pada 18 November 1998. Seterusnya kes Othman Narasiman bin

Abdullah (No Kes MT4-21-109-98) yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama

kepada Narasiman a/l Kaveri melalui perintah mahkamah oleh Yang Arif Dato’ Chin Fook Yen

pada 7 Disember 1998. Begitu juga kes Habibamma binti Abdul Jabar (No Kes R1-24-11-98)

yang telah bertukar ke agama Hindu dan menukar nama kepada Habimai Rao melalui perintah

Mahkamah oleh Yang Arif Dato’ K.C Vohrah pada 9 September 1998 (Mohamed Azam. 2003).

Ini merupakan sebahagian daripada kes yang telah dibawa ke mahkamah dan

dibicarakan, sedangkan masih terdapat banyak lagi kes yang masih belum selesai serta

tertangguh melibatkan mereka yang ingin keluar dari agama Islam.

3.0 Undang-undang Islam salah satu sumber undang-undang di Malaysia

Di Malaysia semua Undang-undang yang dibentuk selepas kemerdekaan adalah tertakluk

kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber

perundangan yang tetap dan tertinggi. Jika sesuatu undang-undang bertentangan dengan

Perlembagaan Persekutuan maka bahagian yang bertentangan akan terbatal. Hal ini jelas

dinyatakan dalam peruntukan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum datangnya penjajah, undang-undang yang diikuti di negeri-negeri Melayu ialah

undang-undang Islam yang telah menyerap dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Di dalam kes

Ramah lwn Laton majoriti Mahkamah Rayuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah

11

Page 12: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

memutuskan bahawa undang-undang Islam adalah undang undang tempatan dan undang-undang

negeri. Akan tetapi kesan dari pengaruh British undang-undang Inggeris telah dimasukkan

melalui perundangan dan keputusan hakim ke Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu dan

Negeri-negeri Borneo dan akhirnya Akta Undang-undang Sivil, 1956, memperuntukkan bahawa

jika tidak ada undang-undang bertulis yang berkenaan, mahkamah hendaklah memakai

Common Law England dan kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England pada 9 April

1956 bagi Malaysia Barat, pada 1 Disember 1951 bagi Sabah dan 12 Disember 1949 bagi

Sarawak (Ahmad Ibrahim. 1997).

Akibatnya undang-undang Islam tidak lagi menjadi undang-undang asas di Malaysia dan

tempatnya telah diambil alih oleh undang-undang Inggeris yang kini ditafsirkan dalam

Perlembagaan Malaysia. Mahkamah Syariah telah diabaikan di zaman penjajah dan bidang

kuasanya telah disekat hinggakan ianya hanya mempunyai bidangkuasa di dalam undang-

undang diri dan keluarga serta sedikit sahaja di dalam undang-undang jenayah. Mahkamah

Syariah dianggap lebih rendah dari Mahkamah Sivil dan di dalam banyak kes keputusannya

boleh diganggu dan diketepikan oleh Mahkamah Sivil.

4.0 Peranan Perlembagaan Persekutuan di dalam menentukan status undang-undang Islam di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia dikenali juga sebagai  Perlembagaan Persekutuan yang

mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu

dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen

terdahulu iaitu  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan

Kemerdekaan tahun 1957. Sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan :

4. (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-

undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini

adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Manakala Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang Agama Islam :

3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

12

Page 13: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Pastinya dua perkara di atas memberikan banyak impak yang besar kepada pelaksanaan

perundangan Islam di Malaysia. Ini kerana ruang lingkup perbincangan tentang Islam dalam

Perlembagaan tidak sama dengan perbincangan tentang Islam di dalam undang-undang Islam.

Perbahasan mengenai kedudukan Islam di dalam Perlembagaan lebih bertumpu kepada

peruntukan-peruntukan yang berkenaan iaitu tafsiran dan perbahasan mengenai ruang-lingkup

dan implikasi peruntukan-peruntukan itu.

Secara umumnya, di dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah

agama persekutuan. Peruntukan berkenaan seperti yang ternyata dalam Perlembagaan adalah

jelas bahawa hak kebebasan agama ini dinyatakan untuk menenangkan perasaan orang-orang

bukan Islam iaitu kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak akan mengancam hak

mereka untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan beragama.

Selain itu meskipun kenyataan di dalam Perkara 11 (2) Perlembagaan Persekutuan

menyebut tentang wujudnya perlindungan dari paksaan untuk membayar cukai yang

sebahagiannya akan digunakan untuk agama yang lain dari agama anutan seseorang, namun

perlembagaan menyebut bahawa pihak berkuasa boleh menggunakan wang awam untuk tujuan-

tujuan agama Islam. Dengan kata lain Islam diberikan kedudukan yang lebih istimewa

berdasarkan kepada kenyataan sejarah negara ini (Abdul Aziz Bari.2006).

Perkara 11, yang merupakan peruntukan utama mengenai hak kebebasan beragama,

seperti membayangkan bahawa ruang lingkup hak berkenaan meliputi aspek- aspek menganut,

mengamal dan mengembangkan agama-agama berkenaan. Bagimanapun hak mengembangkan

agama tertakluk kepada peruntukan bahawa pengembangan agama-agama selain Islam tertakluk

kepada sekatan undang-undang. Sekatan ini termasuklah larangan mengembangkan dokrin atau

agama lain selain Islam kepada orang-orang Islam. Undang-undang yang menyekat penyebaran

agama lain di kalangan orang Islam masih belum ada di negeri Wilayah Persekutuan, Sabah,

Sarawak dan Pulau Pinang.

Keperluan kepada undang-undang ini ialah untuk melindungi orang Islam daripada

dipengaruhi kepercayaan lain. Seperti yang disebutkan, peruntukkan ini menunjukkan kelebihan

yang diberikan kepada agama Islam. Keistimewaan ini sebenarnya berkait rapat dengan sejarah

dan latar belakang negara. Walau pun ada kemungkinan tuduhan bahawa ianya tidak mengikuti

prinsip kesamarataan, tetapi kesedaran bahawa orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam

dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang kebanyakkannya berlandaskan kepada sejarah.

13

Page 14: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

khususnya melibatkan tolak ansur semasa rundingan kemerdekaan pada 1956-1957

(Farid.2005).

5.0 Potensi, masalah, halangan serta cabaran yang dihadapi di dalam proses

penerapan undang-undang Islam di Malaysia.

5.1 Potensi

Menurut Professor Ahmad Ibrahim, beliau menerima Perlembagaan Malaysia itu secara

positif dan berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip undang-undang

lslam. Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak seperti di bawah :

(Zulkifli. 2005)

Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam.

Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah

jawatan bagi Yang di Pertuan Agong.

Perkara 11, fasal (4) memperuntukkan “ undang-undang boleh mengawal dan menyekat

perkembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang

menganuti agama Islam.

Perkara 12 fasal (2) pula memperuntukkan bahawa adalah sah bagi persekutuan dan

sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan

atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan

yang diperlukan bagi maksud itu.

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti seorang

yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat

Melayu.

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan Islam.

Membaca Perkara 4 keseluruhannya dan dengan cara yang praktikal.

"Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-

undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan

Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”

Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja, iaitu undang-undang

yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Namun demikian ia hanya menyentuh

undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Dalam konteks Malaysia boleh

14

Page 15: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan hukum

syarak, yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas hari merdeka.

Perkara 121(1A) Perlembagaan, menurut Abdul Aziz Bari (2006), kuasa Mahkamah

Syariah diperakui sejak Perlembagaan mula-mula digubal dan kedudukannya lebih jelas

dengan pengkhususan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah. Perkara 121(1A)

Perlembagaan menyatakan mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) iaitu Mahkamah

Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, tidak mempunyai bidang

kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. (Utusan.2012)

5.2 Masalah

Undang-undang Islam belum digubal sepenuhnya

Tiada model negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya (selain Arab Saudi dan

Pakistan)

Tekanan antarabangsa

Anggapan bahawa pelaksanaan Undang-undang Islam membawa kemunduran.

Anggapan bahawa undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat

majmuk.

5.3 Halangan

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan

Senarai Bersama. Parlimen menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan

Senarai Bersama manakala Dewan Undang negeri menggubal undang-undang dalam

Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Perkara jenayah terletak di dalam item 4 Senarai Persekutuan. Jika undang-undang

hudud tertentu seperti mencuri ingin digubal oleh Dewan Undang Negeri . Pindaan

terhadap Item 4 ini perlu dilakukan terlebih dahulu.

Akta 355  iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak –

1988), ia terikat dengan syarat tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga

tahun atau, denda melebihi lima ribu ringgit atau, sebatan melebihi enam kali atau apa-

apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Akta ini perlu dipinda atau dimansukhkan.

5.4 Cabaran

15

Page 16: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Golongan yang menolak sama sekali Undang-undang Islam dan kemungkinan Undang

undang Islam dilaksanakan.

Golongan yang menerima Undang-undang Islam tetapi tidak yakin dengan kemungkinan

Undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Golongan yang menerima Undang-undang Islam dan yakin bahawa Undang-undang

Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.

6.0 Halatuju sistem pentadbiran keadilan jenayah Islam di Malaysia dalam menangani isu murtad.

Umumnya undang-undang mengenai murtad di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua

kategori. Kategori pertama melibatkan undang-undang substansif dan kategori kedua

menyediakan undang-undang tatacara. Undang-undang substansif menjadikan murtad sebagai

satu kesalahan jenayah serta sebagai satu kesalahan menghina agama Islam. Manakala undang-

undang tatacara bermaksud undang-undang yang tidak menyediakan peruntukan untuk proses

pendakwaan dan penghukuman ke atas orang murtad, sebaliknya mereka menyediakan tatacara

yang perlu diikuti sekiranya seseorang mengaku hendak meninggalkan agama Islam

(Farid.2005). Terdapat empat pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia :

6.1 Kesalahan yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun

atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana dari ketiga-tiga bentuk

hukuman ini.

Bentuk hukuman pertama dapat dilihat dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran

Agama Islam atau Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri seperti di Perak,

Terengganu, Melaka, Sabah, Pahang, Kedah dan Selangor :

a) Seksyen 13 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak, 1992 yang memperuntukkan :

“Seseorang Islam yang dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataaan atau

dengan cara apa jua, mengaku hendak keluar daripada agama Islam atau mengisytiharkan

dirinya sebagai orang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan mempersendakan

agama Islam dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga

ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

16

Page 17: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

b) Seksyen 209 (1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka

1986 mempunyai peruntukan menghina agama Islam yang membawa denda tidak lebih

RM3,000.00 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 209 (2) menambah:

“Bagi maksud subseksyen ini, seseorang yang mengakui dirinya sebagai seorang yang bukan

Islam adalah membuat hina terhadap agama Islam”.

c) Seksyen 185 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang

1982 (Pindaan 1989) menyatakan:

“Seseorang yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam, sama ada melalui

percakapan, penulisan atau apa-apa cara dengan apa-apa niat, adalah melakukan kesalahan

dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau

penjara tidak kurang dari 3 tahun atau kedua-dua sekali, dan sebat tidak lebih dari 6 sebatan”.

d) Seksyen 6 (1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang

Islam) Selangor 1988 menyatakan:-

Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia:-

a) mengunjungi; atau

(b) mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan; atau

(c) dengan apa-cara lain pun menghubungi, seorang berugama Islam bagi maksud

mendedahkan orang berugama Islam itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu

mengenai ugama bukan Islam.

Seterusnya, Seksyen 6 (2) pula menyatakan:-

Seseorang yang melakukan kesalalahan di bawah seksyen kecil

(1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan

atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

6.2 Tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Akidah sehingga 36 bulan.

Bentuk hukuman yang kedua dapat dilihat pengaplikasiannya di negeri-negeri seperti

Sabah, Kelantan dan Melaka, di mana orang yang murtad ditahan secara mandatori di Pusat

Pemulihan Akidah. Bagi negeri-negeri Sabah dan Kelantan, seseorang Islam yang keluar Islam

17

Page 18: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

atau berhasrat untuk keluar Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Akidah untuk suatu jangka

masa tidak lebih dari 36 bulan atau tiga tahun, dan di Melaka hanya diperuntukkan penahanan

selama 6 bulan. Contohnya Negeri Melaka, Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Syariah

memperuntukkan mengenai percubaan murtad seperti berikut:-

1) Apabila seseorang Islam dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan atau perkataan atau

dengan cara apa pun, mengaku hendak keluar dari agama Islam atau mengisytiharkan dirinya

sebagai seorang yang bukan Islam, mahkamah hendaklah, jika berpuas hati bahawa seseorang

itu telah melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan telah cuba menukar iktikad dan kepercayaan

agama Islam sama ada dengan pengakuan atau perbuatannya sendiri, memerintahkan orang itu

supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan

tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak.

2) Jika seseorang yang telah diperintahkan supaya ditahan di bawah seksyen (1):-

a) Bertaubat dengan serta merta, mahkamah hendaklah setelah mengesahkan taubatnya itu,

membebaskan orang tersebut.

b) Jika orang itu pada bila-bila masa semasa dalam tahanan telah bertaubat, pegawai penjaga

hendaklah melaporkan perkara itu, kepada mahkamah dan mahkamah hendaklah memanggil

orang itu dan setelah mengesahkan taubatnya itu, hendaklah membuat satu perintah untuk

membebaskannya.

3) Pegawai penjaga hendaklah menyerahkan satu laporan kemajuan berhubung dengan orang

yang ditahan itu kepada mahkamah pada setiap minggu.

6.3 Dikategorikan di bawah undang-undang tatacara iaitu tiada sebarang bentuk

hukuman tetapi diwajibkan menjalani sesi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam

diluluskan.

Contohnya diamalkan di Negeri Sembilan. Peruntukan dalam Enakmen Undang-undang

Pentadbiran Islam Negeri Sembilan (Pindaan 2003) : memperuntukkan bahawa sejurus apabila

seseorang hakim di Mahkamah Tinggi Syariah mendengar permohonan tersebut secara ex-parte,

pihak hakim hendaklah menangguhkan pendengaran kes berkenaan untuk suatu tempoh selama

90 hari dan pihak pemohon akan diserahkan kepada pihak Mufti untuk tujuan kaunseling.

Sekiranya pemohon bertaubat dalam tempoh tersebut, Hakim akan merekodkan perkara tersebut

18

Page 19: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

dan pemohon akan dilepaskan. Tetapi sekiranya, selepas tamat tempoh tersebut dan pemohon

masih berdegil dan tidak mahu bertaubat, ia akan dirujuk balik kepada Mahkamah. Mahkamah

boleh membuat satu perisytiharan bahawa pemohon telah keluar Islam atau menangguhkan

keputusan sehingga tempoh satu tahun. Sekiranya pemohon masih berdegil dan tempoh satu

tahun tamat, hakim berkenaan boleh mengisyitiharkan bahawa pemohon berkenaan bukan lagi

beragama Islam atau sebaliknya. Tiada sebarang bentuk hukuman atau penahanan mandatori

diperuntukkan dalam Enakmen berkenaan.

6.4 Tiada enakmen berkaitan murtad diperuntukkan dalam undang-undang bagi negeri-

negeri seperti Wilayah Persekutuan, Sarawak, Pulau Pinang, dan Perlis Walaubagaimanapun,

terdapat juga beberapa contoh kes yang berkaitan di negeri tersebut. Antara contoh kes dan

kaedah penyelesaian bagi negeri tersebut adalah seperti berikut :

a) Wilayah Persekutuan

Sehingga kini, setiap pemohon yang mengemukakan permohonan untuk keluar Islam

ditolak oleh Mahkamah Syariah justeru kerana tiada peruntukan berbuat demikian. Dalam satu

kes yang tidak dilaporkan, Rashidah bt Mohamad Myodin, pemohon telah dilahirkan sebagai

seorang Islam. Semasa berusia tiga tahun pemohon telah diserahkan kepada keluarga angkat

yang beragama Hindu dan dibesarkan mengikut ajaran agama Hindu. Pemohon memohon untuk

keluar Islam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tetapi ditolak dengan alasan bahawa

Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana tidak terdapat

peruntukan keluar Islam. Walaupun begitu, Mahkamah menyatakan bahawa pemohon tidak

pernah mengamalkan ajaran Islam dan justeru itu penganut adalah beragama Hindu mengikut

Seksyen 2 (l) Akta pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan, 1993.

Walaubagaimanapun, Mahkamah Syariah tidak boleh mengisytiharkan permohonan keluar

Islam tersebut memandangkan mereka tidak mempunyai bidang kuasa tersebut.

b) Sarawak

Tiada peruntukan bagi keluar Islam di negeri ini. Tetapi amalannya ialah melalui

permohonan di Jabatan Agama Islam. Pihak yang memohon keluar Islam akan memasuki proses

kaunseling dengan tujuan bertaubat. Sekiranya usaha ini gagal, pihak Jabatan Agama Islam akan

mengeluarkan surat pengesahan tersebut. Dengan itu, pihak yang keluar Islam boleh memajukan

permohonan tukar nama di Jabatan Pendaftaran, yang mana lazimnya tidak menghadapi

sebarang masalah.

19

Page 20: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Pada akhir tahun 1990an pihak Kerajaan Pusat melalui JAKIM telah menubuhkan satu

jawatankuasa bagi mendrafkan undang-undang mengenai murtad yang dikenali Rang Undang-

undang Pemulihan Akidah dan bakal dibentangkan di Parlimen. Namun usaha ke arah itu

terhenti kerana terdapat beberapa tentangan terhadap Rang Undang-undang tersebut yang

menitikberat tahanan di Pusat Pemulihan Akidah selama 30 hari.(Utusan.2000).

Berdasarkan perbincangan ini jelas menunjukkan Perlembagaan Persekutuan dan

undang-undang atau enakmen negeri bagi menangani isu murtad di Malaysia banyak

menyebelahi undang-undang Islam. Namun perkara yang perlu ditekankan adalah

penambahbaikan dari semua sudut agar undang-undang Islam boleh dipandang tinggi dan

digeruni di Malaysia. Kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan sama ada daripada pihak

kerajaan, NGO, masyarakat dan individi bagi mencapai hasrat murni iaitu kesejahteraan dan

keamanan hidup pelbagai kaum di Malaysia.

Masalah utama yang dikenalpasti daripada perbincangan ini ialah masalah

ketidakseragaman dan penyelarasan undang-undang negeri. Penyelarasan dan penyeragaman

undang-undang Islam diseluruh Malaysia wajar dilakukan dengan cara rundingan dan mendapat

perkenan daripada D.Y.M.M. Sultan-Sultan dan Raja-Raja. Cara ini adalah lebih baik kerana

tidak menjejaskan kedudukan D.Y.M.M. Sultan-Sultan dan Raja-Raja sebagai Ketua Agama

Islam masing-masing. Diharap usaha ini membuahkan hasil positif ke arah mewujudkan

keselarasan dan keseragaman undang-undang Islam di Malaysia yang diharap mengukuhkan

institusi kehakiman dan perundangan Islam di negara ini.

Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah pemahaman hakim-hakim

terhadap perlembagaan persekutuan dan undang-undang Islam. Keberanian dan ketegasan

hakim amat mempengaruhi keputusan sesuatu kes yang dirujuk kepadanya. Dalam menangani

kes-kes murtad ini seorang hakim yang memiliki ciri-ciri ini amat diperlukan demi menjaga

kesucian agama Islam. Perkara 121(A) perlembagaan persekutuan perlu difahami dan

dilaksanakan, sementara Akta 355 perlu dikaji dan dan dipinda segera. Maka dengan langkah-

langkah ini halatuju sistem pentadbiran keadilan jenayah Islam di Malaysia mampu menangani

isu murtad dengan lebih berkesan.

7.0 Penutup

20

Page 21: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Perlembagaan Malaysia jelas memberi laluan untuk langkah-langkah menangani

masalah murtad. Walaupun perlembagaan yang ada bukan perlembagaan Islam, namun ia

membenarkan umat Islam hidup dan mempertahankan tradisi dan identiti Islam di kalangan

masyarakat. Menurut Jafril (2001), sungguhpun peranan undang-undang Islam adalah terhad,

Perlembagaan Persekutuan nampaknya tidak menghalang kerajaan Persekutuan daripada

melaksanakan program-program Islam seperti dasar penerapan nilai-bilai Islam dalam

pentadbiran.

Umat Islam mempunyai hak untuk mengekalkan kedudukan yang ada kerana mereka

adalah penduduk asal negara ini. Selain itu, apa yang dilihat sebagai menyalahi prinsip sama

rata itu juga adalah sebahagian daripada tolak ansur semasa perundingan kemerdekaan dahulu.

Malah pihak yang mempertikai langkah mengawal murtad atau cuba menghujah bahawa murtad

dibenarkan oleh perlembagaan melalui perkara 11(1) iaitu kebebasan beragama, jelas telah

terkeliru atau cuba memutarbelitkan peruntukan-peruntukan yang berkenaan.

Pendekatan sedemikian sebenarnya tidak selaras dengan metodologi dan pendekatan

dalam pentafsiran perlembagaan yang menuntut bahawa sekiranya tidak ada kesamaran sesuatu

peruntukan itu harus diberikan makna harfiahnya. Ini hanya boleh dikecualikan jika pendekatan

harfiah itu menghasilkan sesuatu yang tidak logik dan zalim. Selain itu peruntukan mengenai

kebebasan beragama jelas dimasukkan kerana ia selaras dengan sejarah negara. Tafsiran-tafsiran

ganjil yang cuba mempertahankan gejala murtad jelas mempunyai kesan yang boleh

mengganggu struktur dan kerangka perlembagaan termasuk tafsiran Melayu di dalam

perlembagaan.

Walaubagaimanapun, seharusnya negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama

rasmi turut menjadikan sistem perundangan Islam sebagai sistem perundangan utama

negara bersesuaian dengan jumlah majoriti penganut agama Islam di negara ini. Perundangan

Islam menjadikan Al Quran dan hadis sebagai sumber utama. Secara tidak langsung, masalah

murtad ini dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi ( Siti Zalikha.2001).

Dalam aspek lain, Islam adalah jalan yang sempurna dalam kehidupan. Islam menjadi

haluan yang mengatur semua perjalanan hidup manusia. Dengan demikian, Islam perlu dijaga,

dipegang erat dan ditegakkan. Penguatkuasaan perlu bertujuan agar tidak ada yang mengingkari

dan mengkhianati peraturan tersebut. Oleh yang demikian, murtad boleh dianggap sebagai

pengkhianat terhadap peraturan-peraturan Islam, tiada hukuman bagi pengkhianat kecuali

hukuman yang telah ditetapkan. Semua manusia baik warga negara komunis mahupun kapitalis,

21

Page 22: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

apabila mengingkari perlembagaan negaranya tentu akan dituduh sebagai pengkhianat terhadap

negaranya. Dalam masalah ini, Islam menetapkan hukuman mati terhadap pengkhianat agama

Islam apabila dia tidak mahu bertaubat dan tidak mahu kembali lagi ke dalam Islam.

Dengan hujah-hujah dan dalil yang diberikan sebelum ini, maka hukuman bunuh ke atas

orang yang murtad adalah praktikal dan tidak berlawanan dengan pratikaliti semasa. Oleh itu,

hukuman ini tidak seharusnya dipertikaikan dan hendaklah dilaksanakan agar kesucian Islam

tidak ternoda. Malangnya, hukuman ini tidak dapat dilaksanakan di Malaysia akibat daripada

kekangan-kekangan yang telah dibincangkan, walaupun tapak pelaksanaannya telah sedia ada

tetapi perlu langkah-langkah pemurnian yang bijak dan berani. Isu kebebasan beragama di

dalam perlembagaan persekutuan bukanlah penghalang kepada hukuman bagi murtad, secara

positifnya ia boleh dilihat sebagai permulaan kepada pelaksanaan hukuman Islam di Malaysia.

Dengan sokongan dan iltizam semua pihak, diharap perubahan ini boleh berlaku demi

memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia.

( patah perkataan )

BIBLIOGRAFI

Al Quran Al Karim

Kamus Dewan (2000). Edisi ke 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Aziz Bari (2006), Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. 117

Abdul Aziz Bari (2001), Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 121-128

Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pertadbiran Undang-undang Islam di Mlaysia. Kuala Lumpur. InstitutKefahaman Islam malaysia (IKIM). 476

Jafril Khalil. (2001). Isu syariah dan undang-undang (2). Jabatan Syariah : Universiti KebangsaanMalaysia. 21

Siti Zalikha Md. Nor et.al. (2001). Al Syariah konsep dan perundangan Islam (Jilid 1). Selangor.Dewan Bahasa dan Pustaka. 21

22

Page 23: Isu Kebebasan Agama Dalam Perlembagaan Bagi Menangani Isu Murtad

AMSS5303

Abdul Samat Musa. (2006, Julai), Islam dalam perlembagaan dan kebebasan beragama. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pertukaran Agama dan Kesan dari Perspektif Syariah

dan Perundangan anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa : Selangor

Farawahida Mohd. Yusof et.al. (2006). Kaedah penyelesaian dalam menangani pertukaran agamaDalam kalangan masyarakat melayu- Islam di Johor, Selangor dan WilayahPersekutuan KL. VOT RMC 78097. Universiti Teknologi Malaysia

Mohamed Azam Mohamed Adil. (2003), Hak Tukar Agama dalam Perlembagaan Malaysia:konflikAntara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Jurnal Syariah,11:1[2003] 23-46

Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Nazri Muslim (2011). Islam dan Orang Melayu Menurut Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik: Kajian Ke Atas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Nazri Muslim dan Ahmad Hidayat Buang. (2012). Islam dalam perlembagaan persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan Bil.20 ISSN: 1675-1930©Universiti Teknologi Malaysia

Zulkifli Hasan. Tentangan pelaksanaan Syariah di Malaysia : Tohmahan dan kefahaman (perspektif undang-undang) ABIM

Zainul Rijal Abu Bakar.utusan online 23/2/2012- Jangan usik perkara 121.

http://www.efatwa.gov.my

23