kaedah membuat pt3

9
LANGKAH 1 : PELAKSANAAN Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu : 1. Perancangan (10 markah) : Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. : Perancangan merangkumi : Jadual Kerja Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir) Objektif Kajian Kaedah Kajian 2. Proses Awal (20 markah) : Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan. : Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh. : Proses awal perlulah ada : sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian senarai rujukan gambar jika berkenaan 3. Proses Akhir (70 markah) : Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut : Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh. Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.

Upload: orangramai

Post on 25-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

percuma

TRANSCRIPT

LANGKAH 1 : PELAKSANAAN

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan diPT3 Geografiiaitu :

1. Perancangan (10 markah)

: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.

: Perancangan merangkumi :

Jadual Kerja

Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)

: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.

: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.

: Proses awal perlulah ada:

sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian

senarai rujukan

gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah)

: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :

Grafik(10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat.

Konsep(5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.

Punca/Faktor(15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.

Kesan(20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.

Langkah Mengatasi/Cadangan(20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.

Hasil tugasan calontidak kurangdaripada 300 perkataaan. Masa pelaksanaanPT3 Geografiadalah dari 1 - 18 Julai 2014.

Read more:http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-kerangka-pelaksanaan.html#ixzz36EBr0hBk

LANGKAH 2 : KAJIAN KES

Tugasan untukPT3 Geografi:

Calon dikehendaki menjalankankajian kestentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut :

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji

Pencemaran Udara :

Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanih :

Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Read more:http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-konsep-definisi.html#ixzz36ECFLV5c

2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut

Untuk mendapatkan markah penuh iaitu 15 markah , calon dikehendaki untuk menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Disini CN berkongsi dengan andafaktor/punca kejadian pencemaran udarayang mungkin berlaku di Telok Panglima Garang. Pelajar perlu menghuraikan sendiri faktor tersebut yer.. CN cuma berikan faktor dan contoh sahaja. Selebihnya anda,CALON PT3 GEOGRAFIhuraikan sendiri faktor tersebut dengan kreatif dan kritis yer..

1. Pembakaran Terbuka :Sebagai contoh, pembakaran hutan gambut dan ladang kelapa sawit yang berlaku di Jalan Kebun telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara di kawasan kajian.

2. Asap dari kilang :Contoh, pengeluaran asap dari kilang-kilang yang berada di Zon Peridustrian Bebas Telok Panglima Garang antara penyebab utama pencemaran udara di kawasan kajian.

3. Asap dari kenderaan bermotor :Contoh, Jalan Klang-Banting merupakan jalan utama yang menghubungkan Bandar Klang dan Banting, kenderaan berat seperti lori kontena yang melalui jalan tersebut telah melepaskan gas monoksida dan menyebabkan udara tercemar di kawasan kajian.

Read more:http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-faktorpunca.html#ixzz36ECSBBrG

Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.

Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.

Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.

Penyemburan racun makhluk perosak

Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk

Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.

Letusan gunung berapi

Pelepasan asap kenderaan

Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Read more :http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014-konsep-punca.html

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian

Pelajar akan diberi markah penuh iaitu 20 jika pelajar menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian. Berikut merupakankesan-kesan pencemaran udaradi Telok Panglima Garang serta contohnya. Reminder,calon PT3 Geografi 2014hendaklah menghuraikan kesan kejadian dibawah dengan menggunakan ayat sendiri.

1. Jerebu :Contoh, indeks IPU di Telok Panglima Garang agak tinggi dan tidak sihat.

2. Gangguan kesihatan :Contoh, pencemaran udara telah menyebabkan pelbagai penyakit seperti lelah, asma dan batuk.

3. Hujan asid :Contoh, hujan asid telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh.

Read more:http://www.cekgunorazimah.com/2014/07/pt3-geografi-2014-kesan-pencemaran-udara.html#ixzz36ECX2mH2

Kesan terhadap Kesihatan Manusia

menjejaskan sistem pernafasan.

Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.

Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.

Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.

Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.

Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.

Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.

Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.

Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara.

Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.

Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.

Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Read more :http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014-konsep-punca.html

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

1. Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

3. Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

4. Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

5. Penukar bermangkin

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

6. Tindakan Undang-undang

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.

7. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.

Read more :http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014-langkah.html

Kredit :http://www.cekgunorazimah.com/danhttp://mieadham86.blogspot.com/