kaedah membuat tesis master

30
TAJUK : SERBA SEDIKIT MENGENAI TESIS MASTER PROGRAM : PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31) SEMESTER : 7 SESI : SEMESTER 1 2010/2011 KUMPULAN KULIAH: B ( ISNIN : 4 – 7 PTG) NAMA NO. MATRIK ZURAIDA BTE INSON D 20071029776 NURUL SHUHAIRIANI BTE ISHAK D 20071029780 SITI AISYAH BTE MUSTAFA D 20071029850 MOHD RIZZUAN BIN MOHD THAZALI D 20071029781 NOR AZWA BTE AMINUDIN D 20071029889 NURDADILLA FARHANNA BTE JAMALUDIN D 20071029990 NOOR WAHIDA BTE ZAKARIA D 20071029906 1

Upload: azmanjaafar-athhardaiam

Post on 03-Jul-2015

508 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Membuat Tesis Master

TAJUK : SERBA SEDIKIT MENGENAI TESIS MASTER

PROGRAM :PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31)

SEMESTER : 7 SESI : SEMESTER 1 2010/2011

KUMPULAN KULIAH:B ( ISNIN : 4 – 7 PTG)

NAMA NO. MATRIK

ZURAIDA BTE INSON D 200710297

76

NURUL SHUHAIRIANI BTE ISHAK D 200710297

80

SITI AISYAH BTE MUSTAFA D 200710298

50

MOHD RIZZUAN BIN MOHD THAZALI D 200710297

81

NOR AZWA BTE AMINUDIN D 200710298

89

NURDADILLA FARHANNA BTE JAMALUDIN D 200710299

90

NOOR WAHIDA BTE ZAKARIA D 200710299

06

1

Page 2: Kaedah Membuat Tesis Master

KAEDAH MEMBUAT TESIS MASTER

1.0 PENDAHULUAN

Penyelidikan dan penemuan merupakan satu pautan yang saling berkait antara satu sama lain.

Tanpa aktiviti penyelidikan maka tidak wujud sebarang teori baru dalam sistem pengajaran

dan tidak wujud kemajuan di sesebuah negara.penyelidikan merupakan sebuah kajian

terhadap sesuatu fenomena dan metod mencari jalan penyelesaian. Metod ini juga merupakan

salah satu cara untuk membuktikan, menemukan ataupun menyanggah suatu analisis atau

teori dengan penggunaan kaedah pembuktian. Hakikatnya, kebenaran itu tidak dapat

dipercayai tanpa bukti – bukti yang sahih.

Di dalam sistem pendidikan di negara kita, di peringkat pengajian tinggi khususnya seperti

penuntut sarjanan atau master, istilah tesis tidak asing lagi bagi mereka. Hal ini berikutan

sememangnya prosedur pembelajaran di Malaysia atau di beberapa negara luar yang lain

dimana mereka dikehendaki menyiapkan sebuah tesis pada akhir semester atau tahun

pengajian. Mereka perlulah melakukan satu operasi penyelidikan berdasarkan tidak kira apa

sahaja topik yang ingin dipersembahkan. Namun begitu, tunjangnya hanya satu iaitu

menjalankan penyelidikan bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan.

Semuannya sedia maklum bahawa perlaksanaan pengajaran di negara kita mempunyai

beberapa peringkat iaitu pemegang sijil, diploma, ijazah , master, dan PHD. Tahap dimana

pelajar didedahkan dengan tesis ini ialah diperingkat ijazah sarjana muda (ISM). Di peringkat

ini, pelajar didedahkan dengan membuat tesis awalan atau dengan kata lain penulisan ilmiah.

2

Page 3: Kaedah Membuat Tesis Master

Penulisan ilmiah ini merupakan salah satu daripada yang disebut penyelidikan. Namun begitu

tahap penyelidikan ini diperingkat atau aras yang paling mudah. Ini bagi mempersiap

sediakan mereka untuk melaksanakan tugasan penyelidikan di aras yang lebih sukar iaitu pada

peringkat master.

2.0 PENGERTIAN DAN LATAR BELAKANG BERKENAAN TESIS MASTER

2.1 Definisi Tesis

 Tesis merupakan salah satu cara manusia mencari kebenaran dan ketepatan. Dalam

konteks ini penyelidikan ilmiah bermaksud suatu penyaluran rasa ingin tahu manusia dalam

perkara yang bersifat keilmuan. Manusia mempunyai pendapat bahawa ada sebab bagi setiap

akibat, dan bahasa setiap gejala dilihat dapat diberi penjelasannya secara ilmiah.

Tesis merupakan Suatu usaha untuk mengumpulkan, mencatat dan menganalisa sesuatu

masalah dan maklumat bagi menambah pengetahuan dan pemahaman kita terhadap sesuatu

fenomena.Tesis juga merupakan suatu penyelidikan yang sistematik, berdasarkan ilmu

pengetahuan mengenai suatu masalah atau fenomena dengan menetapkan faktor-faktor utama

atau akan menemukan pemahanan yang baru dalam mengembangkan metode-metode baru.

Selain itu , ianya merupakan penyedilidikan dari suatu bidang ilmu pengetahuan yang

dijalankan untuk memperoleh fakta-fakta atau prinsip-prinsip dengan sabar, hati-hati serta

sistematik.

Tesis juga merupakan satu usaha untuk menemukan, mengembangkan dan menguji

kebenaran suatu pengetahuan yang dilakukan dengan menggunakan metode-metode ilmiah.

Selain itu ianya merupakan satu pemikiran yang sistematik mengenai pencarian dan

pengumpulan pelbagai jenis masalah yang a memerlukan pengumpulan dan penafsiran fakta-

fakta.

3

Page 4: Kaedah Membuat Tesis Master

Secara kesimpulannya ialah tesis merupakan satu usaha untuk memperoleh fakta-fakta

atau mengembangkan prinsip-prinsip (menemukan/mengembangkan/ menguji kebenaran).

Ianya dapat dilaksanakan dengan cara/kegiatan mengumpulkan, mencatat dan menganalisa

data (informasi/keterangan) perlaksanaan dan penghasilan tesis perlu dilaksanakan dengan

sabar, berhati-hati, sistematik dan berdasarkan ilmu pengetahuan dengan metode ilmiah.

2.2 Latar Belakang Tesis

Tesis master adalah merupakan satu laporan lebih terperinci dan berharga. Maklumat

yang terkandung di dalam laporan tesis ini lebih releven serta berkaitan dengan masalah yang

terdapat pada tajuk laporan yang hendak ditulis. Maklumat dan hujah-hujah hendaklah

disokong dengan sumber-sumber dan bukti yang sangat kukuh. Hal ini kerana semua

maklumat yang terdapat di dalam tesis ini mestilah tepat dan tidak dapat dipertikaikan. Selain

itu, laporan yang ditulis mesti asli sepenuhnya. Setiap laporan tesis hendaklah mengandungi :

Melaksanakan kerja empirikal yang belum pernah dilakukan.

Menggunakan maklumat yang sudah diketahui tetapi hendaklah diolah dengan

cara yang baru.

Melampirkan atau menyatakan kajian yang telah dilakukan dari negara atau

pun individu lain.

Membawa bukti baru untuk mempengaruhi satu isu lama.

Bagaimana suatu laporan tesis itu tersusun adalah bergantung pada hasil penyelidikan

yang telah dijalankan tetapi di cadangkan untuk melakukan lakaran garis panduan pada awal

satu laporan tesis yang hendak dijalankan. Garis panduan sementara ini mungkin akan

berubah semasa proses penyelidikan atau semasa sepanjang proses penulisan dijalankan

tetapi dengan adanya garis panduan ini akan membantu penulis untuk menstruktur dan

dijadikan panduan sepanjang penulisan tesis dijalankan. Kebiasaan garis panduan untuk

penulisan ilmiah mengandungi :

4

Page 5: Kaedah Membuat Tesis Master

Tajuk penulisan ( yang mengandungi tajuk, nama penulis dan kelayakkan,

tahap pendidikan, nama institusi yang sedang diduduki, serta tarikh hantar)

Abstrak ( merupakan rumusan-tidak melebihi 300 patah perkataan untuk

menggambarkan keseluruhan laporan tesis yang ditulis)

Isi kandungan ( senarai tajuk yang terdapat didalam setiap bahagian laporan

tesis berserta nombor muka surat)

Penghargaan ( ucapan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam

menjayakan penghasilan laporan tesis)

Bahagian utama laporan tesis. Mengandungi pengenalan, tajuk setiap

bahagian termasuklah beberapa bab membincangkan kajian semula risalah

dan mengandungi teorikal isu-isu dan hujah-hujah ( mengingat semula bab),

pencarian kaedah( Metodologi), penemuan-penemuan faedah, analisis dan

kesimpulan serta cadangan.

Lampiran

Rujukan.

Di dalam bab pertama dan yang terakhir, adalah merupakan bab yang paling penting.

Hal ini kerana di dalam bab ini, pembaca akan membaca untuk mengingat semula

keseluruhan laporan tesis yang telah dijalankan. Bab pengenalan biasanya ditulis selepas

menyiapkan proses penyelidikan yang mengandungi :

Ulasan yang meluas - meletakkan kerja dalam tempoh satu konteks lebih

meluas.

Satu pertikaian yang koheran untuk kepentingan masalah itu sedang

dipertimbangkan.

Garisan laporan tesis - menunjukkan bagaimana masalah itu telah ditemui.

Taklimat penyataan masalah - dilihat daripada perspektif apa yang telah

dipelajari

Garisan laporan yang jelas apa yang telah tercapai.

Perbincangan cadangan utama untuk kerja pada masa akan datang.

Di antara bab-bab ini, ulasan kerja sangat penting. Ini menyediakan satu konteks untuk

dicadangkan mengkaji dan menunjukkan mengapa ia penting dan tepati masa. Dalam

5

Page 6: Kaedah Membuat Tesis Master

melakukan tugas ini, ia bertolak untuk menyelaraskan hubungan antara kajian dan kajian

sebelumnya pada topik..  

3.0 CARA MENGHASILKAN TESIS MASTER

Pada umumnya, sebuah tesis ditulis berdasarkan sudut pandang seseorang penulis yang

berkaitan. Penulis tesis harus melaporkan tesis tersebut dengan segenap kemampuannya,

menyediakan fakta yang relevan tentang tesis berkenaan. Beberapa langkah yang perlu

diperhatikan dalam proses penulisan tesis dihuraikan di bawah ini.

A. Pemilihan Topik

Pada tahap ini, mahasiswa perlu memikirkan topik yang akan ditulis dan mengetahui mengapa

memilih topik berkenaan. Mahasiswa hendaklah menyesuaikan kompetensi yang dimiliki

dengan tesis yang akan ditulis.

B. Pencarian Sumber Informasi

Setelah memilih tajuk yang sesuai untuk ditulis, tahap selanjutnya adalah pencarian sumber

informasi. Pada tahap ini, mahasiswa perlu mengenalpasti apa dan siapa yang dapat

membantu dalam pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Sumber informasi tersebut dapat

diperoleh dari pelbagai saluran contohnya dari tempat bekerja, alumni, jurnal, seminar

perniagaan dan sebagainya.

C. Berhubungan Dengan Organisasi Perusahaan

Setelah mengetahui sumber-sumber informasi yang boleh dijadikan sebagai pendukung

penulisan tesis, langkah selanjutnya ialah mengenalpasti apakah organisasi (perusahaan) yang

berkaitan dengan kajian boleh bekerjasama atau tidak. Mahasiswa tidak boleh meneruskan

6

Page 7: Kaedah Membuat Tesis Master

penulisan tesis apabila tidak mendapat persetujuan dari perusahaan dan dari institusi

berkaitan. Mahasiswa perlu melakukan pertemuan dengan pengarah perusahaan yang

dipercayai dapat mendukung penulisan tesis yang dilakukannya. Sehubungan dengan itu, di

sini terdapat beberapa tahap yang perlu diperhatikan sebelum berurusan dengan pihak

perusahaan. Ia adalah seperti berikut.

1. Pastikan tiada mahasiswa lain yang mengunjungi pihak pengurusan tersebut dengan

kajian yang sama. Hal ini perlu dilakukan agar tidak terjadi tumpang tindih dan pihak

perusahaan merasa tidak membuang waktunya untuk menjawab pertanyaan yang

sama.

2. Membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum berjumpa pihak perusahaan yang

berkaitan. Dengan demikian, akan memudahkan pihak perusahaan menyediakan data

yang diperlukan dan menyediakan waktu yang tepat untuk berdiskusi.

3. Mencari informasi mengenai perusahaan sebanyak mungkin, diantaranya dapat

dilakukan menggunakan internet. Hal ini akan memperluas pengetahuan mahasiswa

untuk lebih mengenal perusahaan yang akan diteliti.

D. Pengumpulan Data

Merupakan proses pengumpulan informasi yang relevan dengan penulisan tesis. Terdapat

beberapa sumber data seperti berikut.

1. Data yang mudah ditemukan di luar perusahaan baik yang terpublikasi mahupun

tidak.

2. Data yang ditemukan di dalam perusahaan, bentuk bertulis, ada yang mudah diakses

dan ada pula yang susah untuk diperoleh (memerlukan usaha yang lebih lagi untuk

memperolehnya).

3. Data yang ditemukan di dalam perusahaan, tidak dalam bentuk bertulis, lakukan

wawancara untuk mendapatkan data tersebut.

7

Page 8: Kaedah Membuat Tesis Master

4. Data yang tidak dapat ditemukan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Untuk tesis seperti

ini, mahasiswa perlu memilih untuk tidak melanjutkan penulisan tesis, atau secara

eksplisit/implisit menyatakan dalam tesis bahawa informasi tidak tersedia.

Pada umumnya, hampir sebahagian besar data diperoleh dari hasil wawancara.Untuk itu, ada

beberapa peraturan yang harus diperhatikan sewaktu melakukan wawancara, yaitu seperti

berikut.

1. Konsentrasi.

Gunakan segenap konsentrasi terhadap wawancara yang sedang dilakukan

2. Dengarkan dengan teliti.

Ketika orang yang diwawancarai sedang bercakap, dengarkan dengan teliti dan

jangan bercakap.

3. Jangan menyanggah ataupun menasihati.

Mahasiswa bertindak sebagai pewawancara bukan sebagai seorang konsultan ataupun

jaksa. Jangan menyanggah apa yang dikatakan ataupun menasihati, karana hal itu

memberi kesan seperti sedang menghakimi.

4. Dengarkan apa yang diungkapkan, yang tidak mahu diungkapkan, dan yang tidak

boleh diungkapkan tanpa bantuan. Gunakan segenap kemampuan untuk mengorek

informasi yang benar dari sumber informasi.

5. Ingat bahawa orang yang diwawancarai telah mempersiapkan diri sebelumnya tentang

apa yang akan diucapkan. Untuk itu, mahasiswa dapat melakukan ulangan.

6. Menghargai orang yang diwawancarai.

8

Page 9: Kaedah Membuat Tesis Master

7. Hasil wawancara pelu didokumentasi sebagai bukti telah melakukan wawancara dan

validitasnya.

E. Penyerahan Naskah Publikasi

Selain menyerahkan laporan hasil tesis, jika mahasiswa telah lulus ujian tesis, mereka juga

perlu menyerahkan suatu naskah publikasi. Naskah publikasi adalah ringkasan tesis yang

telah disetujui oleh pembimbing.

4.0 FORMAT TESIS SARJANA MASTER

(a) Bahasa

Tesis hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Bahasa yang digunakan di dalam penulisan tesis mestilah sederhana dan mudah

difahami yang mana isi tajuknya dapat dikenalpasti.

(b) Cara penulisan

Tesis hendaklah menggunakan perkataan dimana saiz dan jenis tulisan menggunakan

cara akademik.

(c) Tulisan

Penyelidik harus menggunakan jenis tulisan Times New Roman dengan saiz tulisan

12.

Setiap tajuk di dalam bab harus ditaip menggunakan huruf besar dan di letakkan sama

saiz dari segi kelebaran.

Setiap bab baru harus dimulakan dengan muka surat yang baru.

Bab dan bahagian-bahagian kecil perlu diletakkan tajuk di hitamkan dan tidak perlu

digaris.

(d) Jarak penulisan

Tesis ditulis di satu bahagian kertas sahaja

Penulisan haruslah langkah dua baris pada seluruh tesis termasuk mempunyai catatan

dibawah (“footnote”), kepala penulisan, lampiran dan sebagainya.

Jarak bagi setiap perenggan, jadual, dan sebagainya perlu dilangkau dua baris

9

Page 10: Kaedah Membuat Tesis Master

Setiap titik noktah, koma dan sebagainya pada setiap penulisan haruslah dilangkau

satu baris.

(e) Kualiti penulisan

Setiap penulisan yang dihantar perlulah dijilid dan dicetak menggunakan pencetak

atau lain-lain.

(f) Margins

Bahagian atas dan bawah mempunyai ruang tepi sekurang-kurangnya 2.5 cm.

Bahagian kanan muka surat perlu mempunyai ruang tepi sekurang-kurangnya 2.5 cm,

lebar dan bahagian kiri muka surat perlu mempunyai ruang tepi berukuran 3 cm

supaya mempunyai ruang apabila dijilidkan.

(g) Muka Surat

Setiap penulisan tesis perlu diletakkan muka surat termasuk angka, jadual dan

lampiran.

Lebih baik meletakkan jadual dan angka pada muka surat yang berlainan supaya ianya

tidak terletak pada bahagian teks.

Nombor muka surat bermula pada muka surat pertama bab satu.

Nombor muka surat perlu diletakkan di bahagian tengah-tengah muka surat.

(h)Kertas

Kertas yang digunakan perlulah berwarna putih.

Mempunyai kualiti yang bagus iaitu kertas 80 gram

Saiz kertas A4 berukuran (210 x 297 cm).

.

4.1 SUSUN ATUR PENULISAN TESIS MASTER

Setiap penulisan tesis perlu dibahagikan sama rata mengikut setiap bab. Penyelidik haruslah

mengingat bahawa penilaian tesis bukan bergantung kepada banyak muka surat tetapi hasil

dan kualiti penulisan tersebut. Format yang perlu ada di dalam tesis ialah:

10

Page 11: Kaedah Membuat Tesis Master

(a) Tajuk Tesis

Tajuk tesis perlulah ringkas dan perlu memberi penerangan yang tepat tentang tajuk

tesis

Bahagian setiap bab dalam penulisan tesis perlulah berkaitan antara tajuk.

(b) Hak cipta

Setiap hasil tesis perlulah disertakan dengan rujukan supaya tidak meniru hasil karya

lain.

Penyelidik bertanggungjawab untuk meletakkan hak cipta mereka dari sebarang

masalah.

(c) Persembahan

Persembahan tesis perlulah ringkas dan lebih daripada satu perenggan dan tidak

termasuk nombor, carta atau perenggan.

(d) Penghargaan

Kebanyakkan penulis tesis akan meletakkan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada mereka-mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung seperti

pensyarah pembimbing, ibu bapa dan sebagainya dalam membantu menyiapkan tesis

bekenaan.

(e) Isi Kandungan

Tajuk bahagian, bab dan bahagian utama bersama-sama dengan nombor halaman

yang dipaparkan harus didaftarkan dalam isi kandungan. Tajuk mesti sama dengan apa

yang ada di dalam teks tesis.

Gunakan sistem penomboran untuk tajuk seperti 1.1, 1.2 dan sebagainya. Sistem

pernomboran tersebut digabungkan dengan penggunaan huruf kecil, dan huruf

condong untuk menunjukkan hubungan yang jelas antara bahagian tesis.

Semua bab dan sub-bahagian harus diberi label dan nombor. Bab-bab diberi nombor

dengan menggunakan nombor Arab, iaitu Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan sebagainya. Sub-

bahagian harus diletakkan dan ditetapkan secara berstruktur .

11

Page 12: Kaedah Membuat Tesis Master

(f) Senarai jadual atau angka

Senarai ini terdiri daripada tajuk (termasuk pernomboran) dari semua jadual, gambar

dan sebagainya yang muncul dalam tesis. Semua jadual, gambar dan sebagainya harus

diberi nombor berturutan di seluruh teks.

(g) Abstrak

Abstrak adalah ringkasan dari keseluruhan tesis.

Abstrak harus menggariskan masalah kajian, metodologi penyelidikan,penemuan

Abstrak tidak boleh melebihi dua ruang laman teks (300-1000 Perkataan) dengan

ukuran font 12

(h) Teks utama tesis

Tesis biasanya disusun dalam beberapa bab atau bahagian berturut-turut secara

bernombor. Organisasi dalaman tesis adalah tanggungjawab calon sesuai dengan

format yang diberikan dalam bahagian Isi Kandungan.

Tesis ini sering akan meliputi bab-bab berikut :

Bab 1 Pengenalan

Penulis menyoroti kajian masa lalu yang berkaitan dengan subjek tesis. Bab ini harus

diakhiri dengan hipotesis (jika ada) dan tujuan kajian

Bab 2 Bahan dan Kaedah

Semua teknik eksperimental yang relevan, teori dan analitis yang digunakan dalam

kajian harus diterangkan, sehingga kajian boleh diulang oleh penyelidik lain. Rujukan

kaedah untuk penyelidik lain harus dilakukan apabila sesuai.

Bab 3 Keputusan

Keputusan dapat dikumpulkan sebagai satu bab, dibahagikan secara berasingan ke

bahagian yang betul atau dalam dua atau lebih 6 bab untuk memasukkan analisis dan

penyajian data. Keputusan harus ditafsirkan, tetapi rujukan yang luas untuk berkaitan

lain tidak perlu dimasukkan.

12

Page 13: Kaedah Membuat Tesis Master

Bab 4 Perbincangan

Ini termasuk perbincangan umum tentang keputusan kajian, menekankan signifikasi

dan implikasi penemuan dari projek penyelidikan yang dilakukan. Sumbangan hasil

kajian dengan bidang kajian harus digaris bawah

Bab 5 Kesimpulan

Bab ini mengandungi ringkasan pendek termasuk kaedah, keputusan dan kesimpulan

utama / cadangan yang timbul dari taju. Ringkasan boleh ditulis dalam satu bahagian

atau di bahagian berasingan bernombor. Cadangan juga boleh dimasukan kerana ia

dapat diterima untuk bab individu termasuk pengenalan mereka sendiri, kaedah,

keputusan dan perbincangan

(i) Rujukan

Setiap tesis yang menggunakan karya-karya lain, sumber-sumber secara tidak langsung

atau dengan rujukan, harus mengandungi senarai bibliografi.

Rujukan yang dibuat dengan memberikan nama belakang penulis bersama-sama

dengan tahun penerbitan. Dalam teks, tahun penerbitan muncul dalam kurungan selepas

nama pengarang jika bahagian bentuk akhir kalimat, misalnya, Chong (1986) atau Azis

dan Harrison (1987) atau, di mana ada lebih dari dua penulis, Yamakura et . al. (1990).

Jika beberapa makalah oleh penulis yang sama (s) dan dari tahun yang sama dikutip,

huruf a, b, c, dll harus diletakkan selepas tahun penerbitan, misalnya Chazdon dan

Ibrahim (1988b).

(Iii) Dalam Sebaliknya, nama baik penulis dan tahun penerbitan muncul dalam

kurungan jika nama penulis tidak merupakan sebahagian sebuah kalimat, misalnya:

(Nabi Yaakub & Chan, 1989) 7

Contoh bibliografi :

Bibliografi dari jurnal:

Kalotas, T.M. & Lee, A.R. (1990). A Simple Device To Illustrate Angular Momentum

Conservation And Instability. American Journal of Physics, Vol. 58, pp.80 - 81.

13

Page 14: Kaedah Membuat Tesis Master

Bibliografi dari buku :

Conn, E.E., Stumpf, P.K., Bruenmig, G. & Doi, R.H. (1987). Outlines of

Biochemistry, 5th ed., New York: John Wiley & Sons.

Bibliogarfi dari prosiding persidangan :

Hassan, M.D. &. Norshimah, H. (1996). Designing of Primers For Cloning of Papaya

Ringspot Virus Coat Protein Gene. Proceedings of the 8th National Biotechnology

Seminar (Hasanah, M.G.: Khatijah, M.Y. & Marziah, M.), pp. 172-174.

5.0 CONTOH TESIS MASTER

Contoh Tesis Master

Tajuk : PENILAIAN PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PERLAKSANAAN

MATA PELAJARAN SENI REKA TANDA DALAM PROGRAM MATA PELAJARAN

VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK.

Oleh : Rosnah Binti Mustaffa, 2004.

Kandungan :

Pengakuan

Penghargaan

Abstract

Kandungan

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar Belakang

2.0 Pernyataan Masalah

3.0 Tujuan Kajian

4.0 Soalan Kajian

5.0 Rasional Kajian

6.0 Signifikan Kajian

7.0 Batasan Kajian

8.0 Difinisi Kajian

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.0 Pengenalan

2.1 Konsep Sekolah Ke Kerjaya Di Amerika Syarikat Dan Negeri China

14

Page 15: Kaedah Membuat Tesis Master

2.2 Konsep Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Di Sekolah Menengah Akademik

2.3 Seni Reka Tanda (SRT) Sebagai Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah

Menengah Akademik

2.3.1 Matlamat Mata Pelajaran SRT

2.3.2 Objektif Mata Pelajaran SRT

2.3.3 Pendekatan Dan Penekanan Dalam Mata Pelajaran SRT

2.4 Konsep Pembelajaran Seni Reka Tanda Dalam Program MPV

2.5 Tinjauan Kajian Berkaitan Di Luar Negara

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Sampel Kajian

3.3 Intsrumen Kajian

3.4 Prosedur Kajian

3.5 Analisis Data

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

4.1 Jenis-Jenis Kajian Yang Dikuasai

4.2 Faedah Dari Pembelajaran Seni Reka Tanda

4.3 Masalah Pelajar

BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI, DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

5.1 Rumusan Data Kajian

5.2 Implikasi Dan Cadangan

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

BIBLIOGRAFI

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

LAMPIRAN

LAMPIRAN A : Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Dasar Pendidikan (BPPDP)

LAMPIRAN B : Surat Kebenaran JPN Perak

LAMPIRAN C : Borang Temubual Pelajar

LAMPIRAN D : Transkripsi Temubual Berstruktur

15

Page 16: Kaedah Membuat Tesis Master

LAMPIRAN E : Senarai Sekolah Yang Melaksanakan MPV Seni Reka Tanda

SENARAI JADUAL

4.1 Rumusan Analisis Jenis-Jenis Kemahiran Yang Dikuasai

4.2 Rumusan Analisis Jenis-Jenis Kemahiran Yang Dikuasai Berdasarkan Jadual 4.1

4.3 Rumusan Analisis Faedah Yang Diperolehi Dari Pembelajaran SRT

4.4 Rumusan Analisis Faedah Yang Diperolehi Berdasarkan Jadual 4.3

4.5 Rumusan Masalah Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Mata Pelajaran SRT

4.6 Rumusan Analisis Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Mata Pelajaran SRT

Berdasarkan Jadual 4.5

SENARAI RAJAH

2.1 Rangka Konsep SRT

SENARAI SINGKATAN

1. CAS - KOMPUTER AIDED SIGHAGE

2. JPN - JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

3. KPM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

4. MPV - MATA PELAJARAN VOKASIONAL

5. NCRVE - NATIONAL CENTER FOR RESEARCH IN VOKASIONAL

EDUCATION

6. NSLIC - NATIONAL SCHOOL-TO-WORK LEARNING AND

INFORMATION

7. OHP - OVERHEAD PROJECTOR

8. PMR - PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH

9. PPK - PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

10. SKK - SEKOLAH KE KERJAYA

11. SRT - SENI REKA TANDA

16

Page 17: Kaedah Membuat Tesis Master

Tajuk : PERSEPSI PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI SENI DAN MUZIK, UPSI

TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS

LUKISAN MELALUI PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER.

Oleh : Adnan Bin Abd. Aziz, 2004.

Kandungan :

Pengakuan

Declaration

Penghargaan

Abstrak

Abstract

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

1.2 Integrasi Multimedia Interaktif Dengan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Lakaran Asas

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Batasan Kajian

1.7 Kerangka Teori

1.8 Kerangka Konseptual

1.9 Kesimpulan

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Teori Pembelajaran Lukisan

2.2.1 Teori Luar Negara

2.2.2 Teori Dalam Negara

2.3 Teori Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2.4 Kajian-Kajian Terhadap Pembelajaran Bantuan Komputer

2.4.1 Kajian Luar Negara

2.4.2 Kajian Dalam Negara

2.5 Teori Pembelajaran Dan Reka Bentuk Pengajaran

17

Page 18: Kaedah Membuat Tesis Master

2.5.1 Konstruktivisme Dan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Kaedah

Pembelajran Bantuan Komputer

2.5.2 Model Pengajarand An Pembelajaran

2.5.3 Aplikasi Komponen Motivasi Dalam Reka Bentuk ‘Courseware’

2.6 Kesimpulan

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

3.3 Populasi Kajian

3.4 Persampelan

3.5 Lokasi Kajian

3.6 Alat Kajian

3.6.1 Soal Selidik

3.6.2 Kajian Rintis

3.6.3 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

3.7 Instrumen Rawatan

3.7.1 Pra Ujian

3.7.2 Pasca Ujian

3.8 Prosedur Penyelidikan

3.9 Pengumpulan Dan Analisis Data

3.9.1 ujian-t

3.9.2 analisis ANOVA

3.10Kesimpulan

BAB 4 MODUL ‘COURSEWARE’ INTERAKTIF ASAS LUKISAN

4.1 Pengenalan

4.2 Strategi Motivasi Dalam Reka Bentuk ‘Courseware’

4.3 Konstruktivisme Dan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Pembelajaran Bantuan

Komputer

4.4 Proses Reka Bentuk ‘Courseware’ Pendidikan Multimedia Interaktif Asas

Lukisan

4.4.1 Audio

4.5 Kandungan ‘Courseware’

4.5.1 Ikon Butang

18

Page 19: Kaedah Membuat Tesis Master

4.5.2 Klip Video

4.5.3 Skrin Permulaan

4.5.4 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Menu Utama)

4.5.5 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Latihan Asas)

4.5.6 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Perspektif)

4.5.7 Struktur Utama Reka Bentuk Skrin ‘Courseware’ (Galeri)

4.5.8 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Pengenalan

4.5.9 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan 1

4.5.10 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan 2

4.5.11 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan 3

4.5.12 Isi Kandungan ‘Courseware’ Bahagian Latihan Perspektif

4.6 Pempakejan Dan Penggunaan ‘Courseware’

4.7 Kesahan ‘Courseware’ (Rawatan)

4.8 Kesimpulan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

5.2 Analisis Responden Kajian

5.3 Pengujian Hipotesis

5.3.1 Hipotesis 1

5.3.2 Hipotesis 2

5.3.3 Hipotesis 3

5.3.4 Hipotesis 4

5.3.5 Hipotesis 5

5.3.6 Hipotesis 6

5.4 Kesimpulan

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

6.2 Ringkasan Kajian

6.3 Perbincangan Dan Dapatan Kajian

6.3.1 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian

Pelajar Dan Jantina

6.3.2 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian

Pelajar Dengan Bangsa

19

Page 20: Kaedah Membuat Tesis Master

6.3.3 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian

Pelajar Berdasarkan Faktor Pemilikan Komputer

6.3.4 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pembelajaran

Bantuan Komputer Dengan Pembelajaran Konvensional

6.3.5 Tidak Terdapat Perbezaan Min Yang Signifikan Antara Pencapaian

Pelajar Berdasarkan Faktor Umur

6.4 Rumusan Dapatan Kajian

6.5 Implikasi Dapatan Kajian

6.6 Cadangan Untuk Melaksanakan Pembelajaran Bantuan Komputer Yang

Berkesan

6.6.1 Reka Bentuk ‘Courseware’ Asas Lukisan

6.6.2 Memperkenalkan Pembelajaran Bantuan Komputer Kepada Pelajar

6.6.3 Pengajaran Pensyarah Dan Bahan Bantu Mengajar

6.7 Cadangan Kajian Lanjutan

6.8 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

SENARAI LAMPIRAN

A. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

B. Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Fakulti Seni Dan Muzik,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

C. Borang Soal Selidik Pra Ujian

D. Borang Soal Selidik Pasca Ujian

SENARAI JADUAL

2.1 Ringkasan Model ARCS

3.1 Reka Bentuk Rawak Pra Ujian Pasca Ujian Satu Kumpulan

3.2 Penumpuan Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Block Sampel

3.3 Taburan Set Soal Selidik

3.4 Kaedah Pemberian Skor Soal Selidik

3.5 Prosedur Penyelidikan

20

Page 21: Kaedah Membuat Tesis Master

4.1 Perisian Program Dan Fungsi

5.1 Jantina Responden

5.4 Kategori Umur Responden

5.5 Kelulusan Akademik

5.6 Gred Pendidikan Seni SPM

5.7 Memiliki Komputer Peribadi

5.8 Keyakinan Peningkatan Prestasi Pembelajaran Dengan Menggunakan

Komputer

5.9 Latihan Penggunaan Komputer

5.10 Ujian-T Perbezaan Skor Pra Ujian Dan Pasca Ujian Dari Aspek Kognitif

5.11 Ujian-T Perbezaan Pembelajaran Bantuan Komputer Dan Pembelajaran

Konvensional

5.12 Ujian-T Perbezaan Pencapaian Pelajar Dan Jantina Dari Aspek Kognitif

5.13 Analisis Varian (ANOVA sehala) Di Antara Pencapaian Kognitif

5.14 Ujian-T Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Aspek Kognitif Dan Faktor Umur

5.15 Ujian-T Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Aspek Kognitif Dan Faktor

Pemilikan Komputer

5.16 Rumusan Pengujian Hipotesis

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian

2.1 Hierarki Lukisan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

3.1 Reka Bentuk Metodelogi Kajian

4.1 Model Reka Bentuk Pengajaran ISD Dick dan Corey (1996)

4.2 Struktur Asas Navigasi ‘Courseware’

4.3 Ikon Butang Keluar ‘Courseware’

4.4 Ikon Butang Keluar ‘Courseware’

4.5 Ikon Butang Kembali Ke Menu Utama ‘Courseware’

4.6 Ikon Butang Audio ‘Courseware’

4.7 Ikon Butang Pertanyaan ‘Courseware’

4.8 Contoh Klip Video ‘Courseware’

4.9 Skrin Permulaan ‘Courseware’ Multimedia Interaktif Pendidikan Asas Lukisan

4.10 Menu Utama ‘Courseware’

21

Page 22: Kaedah Membuat Tesis Master

4.11 Struktur Utama Skrin Bahagian Latihan Perspektif ‘Courseware’ Multimedia

Interaktif Pendidikan Asas Lukisan

4.12 Struktur Utama Skrin Bahagian Latihan Perspektif ‘Courseware’ Multimedia

Interaktif Pendidikan Asas Lukisan

4.13 Struktur Utama Skrin Bahagian Galeri ‘Courseware’ Multimedia Interaktif

Pendidikan Asas Lukisan

4.14 Gred Pensel Dan Kesan Pada Permukaan Kertas

4.15 Pergerakan Gaya Bebas

4.16 Latihan ‘The Palmer Handwriting Method’

4.17 Latihan Garisan Vertikal Dan Horizontal

4.18 A= Teknik Yang Salah, B = Teknik Yang Betul

4.19 Latihan Mengawal Tekanan

4.20 Latihan Asas Kualiti Garisan Secara Horizontal

4.21 Latihan Asas Kualiti Garisan Secara Vertical

4.22 Pelbagai Kualiti Garisan Dalam Garisan Horizontal

4.23 Kualiti Garisan Dalam Garisan Horizontal Dari Zarah

4.24 Latihan Siri Titik Menjadi Garisan

4.25 Latihan Secara Horizontal Dan Bergetar

4.26 Latihan Titik Rawak

4.27 Latihan Gian Ketepatan Dan Kebolehan Mata

4.28 Latihan Mencipta Imbangan,Harmoni, Arah, Dan Ruang Ilusi

4.29 Latihan Mencipta Irama (Rhythm)

4.30 Latihan Pemanasan Pergelangan Tangan

4.31 Jenis-Jeni Stroke Garisan

4.32 Latihan Mencipta Gesture 1

4.33 Latihan Mencipta Gesture 2

4.34 Kesan Daripada Enam Jenis Media Lukisan

4.35 Latihan Asas Penghasilan Ton

4.36 Latihan Asas Hatching

4.37 Latihan Asas Cross-Hatching

4.38 Latihan Asas Memanipulasi Hatching Dan Cross-Hatching

4.39 Latihan Lanjutan Garisan Dan Jalinan 1

4.40 Latihan Lanjutan Garisan Dan Jalinan 2

4.41 Latihan Asas Ciptaan Sfumato

22

Page 23: Kaedah Membuat Tesis Master

4.42 Latihan Ciptaan Sfumato Dalam Bentuk Komposisi Still Life

4.43 Latihan Gabungan Proses Sfumato Dan Jalinan

4.44 Latihan Gabungan Garisan, Hatching, Cross-Hatching, Jalinan, Cahaya Dan Ton

4.45 Contoh Latihan Pengukuhan

4.46 Komposisi Asas Lukisan Lanskap

4.47 Latihan Gabungan Kualiti, Niali Garisan, Hatching, Cross-Hatching, Ton Dan Cahaya

4.48 Contoh Perspektif Satu Titik

4.49 Contoh Perspektif Dua Titik

4.50 Contoh Perspektif Tiga Titik

4.51 Aliran Proses Kesahan Instrument

4.52 Kerangka Pembinaan ‘Courseware’ Interaktif Multimedia Pendidikan Asas Lukisan

5.1 Umur Responden

5.2 Kelulusan Akademik

5.3 Gred Pendidikan Seni SPM

5.4 Perbezaan Skor Pra Ujian Dan Pasca Ujian Dan Aspek Kognitif

23

Page 24: Kaedah Membuat Tesis Master

6.0 HURAIAN BERKENAAN CONTOH TESIS MASTER

Antara tiga contoh tesis master ialah :

1.1 Persepsi guru terhadap kepuasan kerja : kajian di Sekolah Menengah Daerah Lenggong ,

Hulu Perak , Perak Darul Ridzuan.

Dalam huraian tesis master ini terdapat kandungan yang merangkumi pengakuan,

penghargaan, dan abstrak . Bermula dengan pengenalan yang terkandung pendahuluan,

pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis, kerangka model kajian, batasan kajian,

kepentingan kajian dan definisi. Seterusnya, terkandung tinjauan literatur yang merangkumi

pendahuluan, teori-teori kepuasan kerja , teori hierarki maslow, teori faktor Herzberg, teori

alderfer’s ERG, teori jangkaan vroom , teori persamaan adams dan kajian –kajian kepuasan

kerja. Dalam bab 3 iaitu metodologi yang mengandungi pendahuluan, reka bentuk kajian,

populasi dan sampel kajan, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data.

Skop dapatan kajian bermula dengan pendahuluan, ciri-ciri demografi responden, tahap

kepuasan kerja guru, pengujian hipotesis 1 hingga 6 seterusnya dilengkapi dengan rumusan

dapatan kajian serta terdapat perbincangan dan kesimpulan . Juga terdapat ringkasan kajian,

perbincangan kajian, implikasi kajian , golongan kajian lanjutan dan kesimpulan. Dalam

bibliografi terdapat lampiran mengenai soal selidik kajian dan lampiran kedua adalah surat

kebenaran daripada bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan Kementerian

Pendidikan Malaysia .Di dalam senarai jadual terdapat pengelasan teori –teori kepuasan

kerja , faktor kepuasan kerja Herzberg , profail responden , bahagian item mengikut aspek

kepuasan kerja , prosedur pengumpulan data , sistem penskoran pilihan responden dan tahap

kepuasan kerja .Taburan responden pula dipecahkan mengikut jantina, kumpulan etnik,

pendapatan bulanan, taraf perkahwinan, pengalaman mengajar dan tahap kepuasan kerja

keseluruhan. Seterusnya dalam menganalisis varians (ANOVA) antara gaji, pengalaman

kerja, umur yang berkaitan dengan kepuasan kerja. Seterusnya berkaitan ujian-t perbezaan

kepuasan kerja mengikut bangsa, jantina serta taraf perkahwinan juga terdapat senarai rajah

yang merangkumi kerangka model kepuasan kerja dan teori hierarki keperluan Maslow .

24

Page 25: Kaedah Membuat Tesis Master

1.2 Penilaian pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan mata pelajaran Seni Reka Tanda

dalam program mata pelajaran vokasional di sekolah Menengah akademik

Oleh Rosnah mustaffa (2004)

Berdasarkan tesis ini dapat dikaitkan dengan tinjauan berkaitan konsep sekolah ke kerjaya di

Amerika Syarikat dan negeri China, konsep mata pelajaran vokasionl (MPV) di Sekolah

Menengah akademik . Dalam Seni Reka Tanda (SRT) sebagai matapelajaran vokasional serta

dipecahkan kepada matlamat, objektif, pendekatan dan penekanan dalam mata pelajaran SRT

juga turut menghuraikan konsep pembelajaran SRT . Dalam analisis data terdapat jenis-jenis

kemahiran yang dikuasai faedah dari pembelajaran Seni Reka Tanda . Dalam bahagian

lampiran tesis ini pada bahagian A terdapat surat kebenaran bahagian perancangan dan dasar

pendidikan . Pada bahagian B adalah surat kebenaran JPN Perak . Terdapat borang temubual

pelajar dan transkripsi berstruktur . Ia juga mengandungi senarai sekolah yang melaksanakan

MPV bagi subjek Seni Reka Tanda. Dalam bahagian senarai jadual terdapat rumusan

analisis jenis-jenis kemahiran yang dikuasai , rumusan analisis faedah yang diperolehi dari

subjek pembelajaran tersebut . Rumusan masalah juga merangkumi rangka konsep SRT .

Antara senarai singkatan yang digunakan seperti CAS (Computer Aided Signage) , JPN

( Jabatan Pendidikan Negeri ), KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia ) dan sebagainya.

1.3 Persepsi pelajar tahun 2 , Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) terhadap keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran asas lukisan melalui pembelajaran bantuan komputer

Oleh Adnan bin Abd aziz (2004)

Di dalam pengenalan yang membincangkan mengenai integrasi multimedia interaktif dengan

proses pengajaran dan pembelajaran lakaran asas . Pernyataan masalah adalah mengenai

objektif kajian, hipotesis kajian juga menyenaraikan batasan kajian yang merangkumi teori

dan konseptual . Bahagian tinjauan literatur yang membincangkan teori pembelajaran

lukisan serta membuat perbandingan dalam dengan luar negara. Dalam bahagian ini juga

membincangkan pembelajaran dan reka bentuk pengajaran . Kemudian dibahagikan kepada

kaedah pembelajaran bantuan komputer, model pengajaran dan pembelajaran dan aplikasi

komponen motivasi dalam reka bentuk “courseware”. Di dalam “courseware” merangkumi

strategi motivasi dalam reka bentuk, konstruktivisme dan reka bentuk pengajaran dalam

pembelajaran bantuan komputer. Seterusnya proses reka bentuk “courseware” pendidikan

multimedia interaktif asas lukisan , dalam courseware terkandung ikon butang, klip video,

25

Page 26: Kaedah Membuat Tesis Master

skrin permulaan,struktur utama reka bentuk skrin, latihan asas, serta struktur utama reka

bentuk dari segi perspektif dan galeri . Dalam bahagian perbincangan dan kesimpulan antara

yang dikaji salah satu daripadanya tindakan terdapat perbezaan min yang signifikan antara

pembelajaran bantuan komputer dengan pembelajaran konvensional . Manakala dalam

rumusan dapatan kajian adalah cadangan untuk melaksanakan pembelajaran bantuan

komputer yang berkesan .

Pada bahagian lampiran mengandungi surat kebenaran dari bahagian perancangan dan

penyelidikan dasar pendidikan . Bahagian B mengenai surat memohon kebenaran menjalani

kajian , bahagian C iaitu borang soal selidik . Manakala senarai jadual mengandungi

ringkasan model ARCS , reka bentuk rawak pra ujian pasca ujian satu kumpulan, penumpuan

pengajaran dan pembelajaran melalui blok sampel , taburan set soal selidik , kaedah

pembelian skor soal selidik , prosedur penyelidikan , perisian program dan fungsi , jantina

responden , kategori umur responden, kelulusan akademik, gred pendidikan , latihan

perguruan komputer.

Manakala dalam senarai rajah terdapat kerangka konseptual kajian, hierarki lukisan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual . Model reka bentuk

pengajaran dick & carey (1996) juga menerangkan struktur utama skrin bahagian latihan

perspektif “courseware” multimedia interaktif iaitu pendidikan asas lukisan .

26

Page 27: Kaedah Membuat Tesis Master

7.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, tesis merupakan salah satu bentuk penyelidikan. Penyelidikan

pula merupakan satu proses penghasilan pengetahuan.. dengan erti kata lain, ia bukan

melibatkan pemindahan kenyataan ataupun sesuatu kebenaran atau fakta. Sebaliknya

ianya melibatkan pemindahan maklumat daripada satu tempat ke tempat yang lain bagi

menambahkan pengetahuan penyelidik. Tesis merupakan salah satu bentuk tugasan yang

bersifat individual yang harus dilaksanakan oleh setiap pelajar tahap master. Hasil kajian

yang baik memungkin tesis dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Menurut kamarudin Ngah (1990), peranan penyelidikan amat penting dalam proses

pembanggunan manusia. Ianya menjadi input utama kepada sebarang cadangan perubahan

yang berkesan. seseorang pengkaji yang baik haruslah mempraktikkan segala proses

pemikiran dalam menjayakan satu – satu kajian.

27