kaedah dan teknik 3014.docx

19
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN BAHASA MELAYU DENGAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF teknik teknik dalam pengajaran bahasa melayu Pengenalan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Bagi setiap kemahiran pelbagai teknik pengajaran telah diterapkan oleh guru semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai 1.0 PENDAHULUAN Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Dengan kata lain pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai-bagai situasi. Pendekatan komunikatif tidak

Upload: linda-md-akhir

Post on 11-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LISAN BAHASA MELAYUDENGAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

teknik teknik dalam pengajaran bahasa melayu Pengenalan

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Bagi setiap kemahiran pelbagai teknik pengajaran telah diterapkan oleh guru semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai

1.0 PENDAHULUAN

Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Dengan kata lain pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai-bagai situasi. Pendekatan komunikatif tidak mementingkan penguasaan bahasa secara pencilan tetapi pendekatan ini menitikberatkan penguasaan pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan menggunakan kecekapan nahu (tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri.Munby (dlm Juriah Long:1980), menyatakan bahawa kecekapan nahu ialah cekap dalam menggunakan bentuk-bentuk bahasa seperti penggunaaan kosa kata, bentuk kata, ayat, semantik dan fonologi. Kecekapan komunikasi melibatkan kecekapan sosiobudaya iaitu pengetahuan dan kemahiran bahasa yang berkait rapat dengan latar dan persekitaran sosial pertuturan itu dilakukan. Tegasnya, kecekapan nahu dan kecekapan sosiobudaya berkait rapat dan tidak boleh dipinggirkan. Individu yang berkomunikasi tanpa pengetahuan sosiobudaya dan latar budaya dianggap tidak berbudaya (kurang adab) dan tidak tahu berbahasa.

Pendekatan Bahasa Melayu Pendekatan adalah jalan yang diambil semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Dengan kata lain, pendekatan ini merupakan penentu bagaimana ilmu itu hendak disampaikan. Kalau diterjemahkan dalam bahasa yang mudah, jika seorang ayah ingin menyempurnakan keinginan anaknya yang selalu meminta barangan yang tidak mampu dia belikan, dia mungkin menggunakan jalan yang kotor iaitu mencuri , merompak mahupun merampas barangan tersebut daripada orang lain ataupun dia menasihatkan anaknya agar bersabar kerana dirinya sukar untuk mendapatkan barangan tersebut dalam masa singkat kerana kekangan duit. Selain itu, kita juga boleh membayangkan bahawa pendekatan itu adalah jalan yang dipilih oleh seseorang umat untuk berjaya ataupun tidak dalam kehidupan mereka.

Pendekatan SituasiPendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur;(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONALMackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapatbahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahamanmendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-katadan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betulsupaya tergambar makna yang betul.Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teoripembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisanmemerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagimenangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatubahasa yang betul.

Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilahberlandaskan prinsip pengajaran berikut:a)Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap2 gerakbalas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.b)Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengarpertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertuturAKTIVITI PENGAJARAN BERTUTUR BAGI PENDEKATAN SITUASILATIH TUBILatih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan polayang digunakan oleh guru.Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangisebutan tersebut.Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harusulanginya lagi.Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyifonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapatmenghasilkan makna digunakan.Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu.DIALOG DAN NYANYIANDialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihanlisan.Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapatmenyuruh murid meniru dan menghafal dialogKonsep PendekatanPendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi.

Pendekatan Situasi dalam Pengajaran Kemahiran Bertutur

Pendekatan SituasiPendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur;(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.

Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHPengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONALMackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak dan setiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, para pelajar perlu diberi mereka peluang untuk bertutur. Antara aktiviti berturtur yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.

Latih TubiLatih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan polayang digunakan oleh guru.latihan ini dimulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari,malu dengan balu.

Dialog dan NyanyianDialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang dan SebutGambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Carta bergambar,bahagian filem dan slide juga digunakan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baikTeknik bercerita Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita.

Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru, malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah oleh kerana terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar yang hendak disampaikan ketika itu menjadi kabur. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita.EKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur. setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca. Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka (Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004). Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi muridan yang hendak disampaikan. Mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa dan hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Seterusnya melatih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman (2004) dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu Sebelum bercerita dan semasa bercerita. Sebelum bercerita guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan. Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. Semasa bercerita pula kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mencatat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya RUJUKAN INTERNET file:///D:/PELAJARAN%20DI%20UPSI/sem%206/bm/teknik%20p&P%20bahasa%20melayu.htm embelajaran adalah satu proses kognitif, afektif dan psikomoto yang kompleks.Ianya menghasilkan perubahan yang agak keaadan stabil didalam tingkah laku seseorang atau sesuatu organisma itu, atau dalam kebolehan seseorang.Perubahan ini hendaklah dihasilkan melalui pengalaman, latihan atau interaksi antara individu dengan persekitarannya mengikut teori pembelajaran Sim yang amat menitik beratkan persekitaran pembelajaran.

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secaa lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

Guru merupakan pengganti ibu bapa disekolah. Guru haruslah memahami kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka.Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang melalui persekitaran mereka. Sepertimana Model Pengajaran Sim persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa gangguan dan ini dapat membantu kanak-kanak tersebut berkembang dalam persekitaran yang sihat.

Guru haruslah mampu menarik tumpuan kanak-kanak untuk belajar dengan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat mereka. Salah satu kaedah yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk merek menumpukan perhatian merka ialah melalui bercerita. Kanak mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan mereka suka bertanya mengenai perkara-perkara yang baru sehingga mereka mendapatkan jawapan yang tepat mengenai satu-satu persoalan. Keberkesanan kaedah bercerita ialah melalui nada suara yang bersesuaian dengan watak yang diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-kanak akn lebih terarik dan faham tentang suara yang diguanakan mengajar mereka tentang erti kebenaran yakni mereka akan dapat mengetahui suara ibu adalah begini dan suara ayah adalah garau. Nada suara hendaklah jelas dan lantang agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang hendak disampaikan. Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang sesuia agar apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka.

Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam diri kanak-kanak. Guru haruslah menggunakan bahasa yakni struktur ayat dan kosa kata yang betul serta bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuian dengan aras kanak-kanak kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak tersebut memahami dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan tersebut.

Memek muka memainkan peranan yang penting kerna memek muka membantu kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak disampaikan oleh guru. Dengan itu murid akan lebih peka dengan apa yang hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung kanak-kanak dapat dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada mereka.

Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat kanak-kank untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata murid-murid.Guru juga boleh mengplikasikan kemudahan IT yang ada dengan menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka surat yang selanjutnya.Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana kemagiran mendengar dapat ditingkatkan.Persembahan teater akan lebih berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya dapat membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut. Syair, pantun dan gurindam juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk menghayati dan meletakkan diri mereka dalam cerita tersebut.

Intihanya, guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dengan jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilai-nialai murni dalam cerita itu dapat memberikan pengajaran kepada pembentukkan peribadi diri mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk perwatakan mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek intonasi suara, memek muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya penyampaian teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Cendawan Busuk Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadangkadang buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukar mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran kanak-kanak iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Oleh itu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita sebegini dan mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak-kanak. Benar atau salah cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah berjaya. 2. Bina peta atau carta alir cerita 3. Sediakan alat bantu yang sesuai Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi bercerita. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambar binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepada penceritaan yang menarik. 5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai. Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya suara yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar akan jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusan tiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.

6. Sediakan pakaian khas jika perlu esuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan pakaian khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood kanak-kanak, ia juga dapat menjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atau terlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk membezakan antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagian yang aktif dalam sesi tersebut. Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti bercerita, sesi tersebut akan menjadi sangat bermakna dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu darinya. Banyak perkara yang boleh dilakukan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru. Memilih Cerita Untuk Kanak-kanak Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih cerita untuk digunakan dengan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah plot cerita, iaitu struktur penceritaan. Kita biasa mendengar kanak-kanak bertanya Seronok tak cerita tu?. Yang dimaksudkan oleh kanak-kanak itu ialah adakah cerita itu bagus kerana plot diumpamakan seperti benang yang menjahit dan mencantumkan peristiwa cerita serta menceritakan apakah yang berlaku kepada watak-watak dalam cerita itu. Baik plot cerita, baiklah cerita itu. Plot yang baik berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak-watak, dan bukannya terjadi secara disengajakan. Cerita yang mengandungi sub plot yang banyak juga boleh mengelirukan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah, memadai cerita yang mempunyai satu plot utama sahaja. Latar cerita juga penting kepada kanak-kanak. Latar masa boleh jadi pada masa sekarang, yang sudah lepas, atau masa akan datang. Begitu juga dengan latar tempat. Boleh jadi di tempat yang biasa dengan kanak-kanak atau fiksyen semata-mata. Walau bagaimanapun, latar yang dipilih perlu bersesuaian dengan watak yang digunakan. Guru boleh mempelbagaikan cerita yang digunakan, bukannya memilih jenis cerita yang sama sahaja, bagi mengelakkan kebosanan. Tema cerita yang dipilih untuk kanak-kanak juga penting. Ianya bergantung kepada tujuan guru menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Kadang kala terdapat buku-buku cerita yang mengandungi makna yang berlapis, iaitu yang tersirat. Guru perlulah pandai mencungkilsegala tema ini supaya kanak-kanak akan mendapat impak yang optimum. Tema yang hendak dipilih perlulah yang sesuai untuk dipupuk kepada kanak-kanak, seperti adil, jujur, dan seumpamanya. Ini kerana tidak semua nilai yang hendak didedahkan kepada kanak-kanak pada peringkat itu. Memadai kalau mereka dididik untuk bertolak ansur dengan rakan-rakan, boleh berkongsi permainan, boleh menghormati rakan ketika rakanbercakap, tidak merampas barangan rakan, dan seumpamanya. Melalui cerita, guru dapat menyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan meneguhkannya selepas cerita selesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan kanak-kanak. Buku-buku yang mengandungi pengenalan konsep-konsep mudah seperti saiz, bentuk, dan warna bolehlah diperkenalkan. Perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu dapat membangkitkan minat kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti membaca. Oleh itu buku-buku mengenai mengapa sesuatu itu begitu, dan mengapa perkara ini begini sangat menarik perhatian mereka. Contohnya fenomena cuaca, binatang, alam sekitar, dan sebagainya. Selain itu kanak-kanak juga sangat sukakan cerita-cerita pengembaraan. Yang pentingnya tema cerita dapat membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak kerana dari situlah mereka belajar mengenai diri mereka, rakanrakan,dan dunia seluruhnya. Watak juga memainkan peranan yang penting apabila memilih buku untuk kanak-kanak. Watak-watak yang hidup dan real seperti orang-orang yang dikenali sesuai dipilih. Kadang-kadang ada buku yang menggunakan watak-watak binatang tetapi jika dilukiskan dengan sesuai, juga berkesan. Maksudnya watak-watak itu perlulah mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Cara pengarang memperkenalkan watak juga pelbagai. Ada yang memperkenalkan secara terus, ada yang diperkenalkan oleh watak lain dalam cerita, ada yang diceritakan melalui dialog-dialog tertentu. Malah ada watak yang tidak diperkenalkan tetapi dapat dikesan melalui aksi-aksi tertentu. Namun perlu diingat bahawa, perwatakannya perlulah tekal, tetapi bukannya sentiasa baik atau jahat semata-mata. Segala perlakuan dan percakapan watak perlulah sesuai dengan umur, budaya, dan taraf pendidikan. Watak-watak juga tidak boleh terlalu banyak sehingga boleh mengelirukan kanak-kanak. Biasanya buku yang baik hanya mengandungi empat watak sahaja. Ini membolehkan kanak-kanak mengikuti cerita watak-watak tersebut dengan mudah. Mungkin guru boleh membincangkan secara tidak formal tentangmasalah-masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita dan kaitkan dengan diri kanak-kanak. Dengar jika kanak-kanak mengemukakan pendapat mereka tentang watak-watak yang telah dibaca. Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting diberi perhatian sewaktu memilih buku cerita kepada kanak-kanak. Cara pengarang memilih kata-kata dan ayat untuk mengaitkan plot dapat memberi keseronokan sewaktu membacanya. Gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita menjadi logik dan diminati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak tidak sukakan cerita yang terlalu deskriptif, tetapi cerita yang mengandungi rima-rima tertentu dapat menarik perhatian mereka. Buku cerita yang mengandungi lagu-lagu tertentu juga memberikan keseronokan kepada kanak-kanak. Oleh itu pilihlah buku cerita yang mengandungi ayat-ayat mudah kerana ayat kompleks yang panjang membosankan pelajar kerana sukar difahami. Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan. Format buku cerita juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak. Faktor-faktor saiz, bentuk, reka bentuk halaman, ilustrasi, pemilihan huruf, dan kualiti kertas boleh mempengaruhi minat mereka terhadap sesebuah buku. Buku yang mengandungi banyak gambar yang berwarna-warni tentunya menarik dan kanak-kanak suka. Selain membaca, mereka juga dapat menikmati gambar yang cantik. Tidak mustahil jika kanak-kanak dapat mencipta cerita mereka sendiri berdasarkan gambar dalam buku cerita tersebut. Tulisan yang menarik dan saiz yang sesuai boleh membuatkan mereka tertarik untuk membacanya. Kanak-kanak yang masih dalam peringkat belajar membaca akan lebih mudah membaca tulisan yang besar. Buku cerita yang menggunakan format tulisan mengikut suku kata juga dapat membantu kanak-kanak belajar membaca. Selain itu bentuk buku yang senang dipegang juga mempengaruhi minat kanak-kanak. Tidak hairanlah jika kebanyakan buku kanak-kanak yang menggunakan kertas tebal dan berkualiti lebih digemari berbanding buku biasa dengan kertas nipis. Namun, sebelum membaca sesebuah buku kepada kanak-kanak, guru-guru atau sesiapa sahaja perlu membacanya terlebih dahulu. Pastikan cerita/idea yang ingin disampaikan melalui buku tersebut dapat menyentuh hati kanak-kanak. Untuk membantu memilih buku yang sesuai dan menjadikan sesi membaca cerita atau bercerita itu efektif, guru perlulah mempunyai panduan-panduan tertentu seperti pilihlah buku-buku yang dapat menggambarkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Misalnya dalam usia enam tahun, biasanya apakah perkara yang sering bermain di fikiran kanak-kanak. Kemungkinan isi cerita yang berkaitan dengan permainan, binatang, dan seumpamanya adalah menarik minat mereka. Buku cerita yang dipilih juga sebaikbaiknya dapat menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak. Misalnya mengandungi lagu atau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan bersama-sama. Walaupun tujuan utama mendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu diingat bahawa kanak-kanak juga perlu belajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan unsurunsur kognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai dan pengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita yang dipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Tidak perlu menyelesaikan masalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu mencantum dan menyusun gambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah.