juta. jkr.kpkr.020.050/03 bertarikh 28 ogos secara... · tarikh pelawaan tender terhad melebihi...

4
GARIS PANDUAN PEMILIHAN KONTRAKTOR UNTUK TENDER TERHAD 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Kementerian Kewangan melalui SPP 11/2001 telah memberi kuasa kepada Lembaga Perolehan Kementerian/Jabatan untuk memilih dan menyetujuterima tender terhad yang bernilai tidak melebihi RM5.0 juta. 1.2 Buat masa ini Jabatan tidak mempunyai peraturan yang telus, terperinci dan seragam bagaimana pengesyoran terhadap Kontraktor perlu dibuat, dan peraturan sediaada berdasarkan surat bil.(3)dlm. JKR.KPKR.020.050/03 bertarikh 28 Ogos 1995 adalah tidak lengkap dan ianya boleh dipertikaikan. 2.0 KRITERIA PEMILIHAN KONTRAKTOR Bagi mewujudkan pemilihan yang lebih telus, terperinci dan seragam pengesyoran pemilihan kontraktor bagi tender kerja secara terhad hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria berikut:- 2.1 Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang 'sakit'; 2.2 Kualiti kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor dalam tempoh 5 tahun yang lalu adalah memuaskan; 2.3 Kontraktor hendaklah berpengalaman sebagai Kontraktor Utama dalam melaksana dan menyiapkan projek Kerajaan. Namun begitu bagi kerja-kerja pakar, pengalaman sebagai sub-kontraktor bagi projek Kerajaan boleh diambilkira; 2.4 Kontraktor yang dipilih hendaklah mempunyai pengalaman yang mencukupi iaitu:- Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja tertinQQiyang telah disiapkan di dalam tempoh 5 tahun lepas hendaklah melebihi 30% dari Nilai Tahunan Bebanan Kerja; Di mana:- a) Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja adalah jumlah terkumpul nilai kerja projek-projek yang telah dilaksanakan atau disiapkan dalam sesuatu tahun yang mana nilai kerja projek serupa (Kepala/Sub-Kepala yang sarna) yang telah siap digandakan (darab 2), manakala nilai kerja projek-projek lain atau projek serupa yang sedang dilaksanakan (belum siap) adalah berdasarkan nilai sebenar kerja yang telah dilaksana atau disiapkan; 1/4

Upload: others

Post on 26-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: juta. JKR.KPKR.020.050/03 bertarikh 28 Ogos Secara... · tarikh pelawaan tender terhad melebihi tempoh berkenaan. 3.5 Penilaian terhadap keupayaan kewangan dan teknikal boleh dikecualikan

GARIS PANDUAN PEMILIHAN KONTRAKTOR UNTUK TENDER TERHAD

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kementerian Kewangan melalui SPP 11/2001 telah memberi kuasakepada Lembaga Perolehan Kementerian/Jabatan untuk memilih danmenyetujuterima tender terhad yang bernilai tidak melebihi RM5.0 juta.

1.2 Buat masa ini Jabatan tidak mempunyai peraturan yang telus,terperinci dan seragam bagaimana pengesyoran terhadap Kontraktorperlu dibuat, dan peraturan sediaada berdasarkan surat bil.(3)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 bertarikh 28 Ogos 1995 adalah tidak lengkapdan ianya boleh dipertikaikan.

2.0 KRITERIA PEMILIHAN KONTRAKTOR

Bagi mewujudkan pemilihan yang lebih telus, terperinci dan seragampengesyoran pemilihan kontraktor bagi tender kerja secara terhad hendaklahmemenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria berikut:-

2.1 Kontraktor tidak mempunyai kerja semasa yang 'sakit';

2.2 Kualiti kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor dalam tempoh 5 tahunyang lalu adalah memuaskan;

2.3 Kontraktor hendaklah berpengalaman sebagai Kontraktor Utamadalam melaksana dan menyiapkan projek Kerajaan. Namun begitubagi kerja-kerja pakar, pengalaman sebagai sub-kontraktor bagi projekKerajaan boleh diambilkira;

2.4 Kontraktor yang dipilih hendaklah mempunyai pengalaman yangmencukupi iaitu:-

Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja tertinQQiyang telah disiapkan didalam tempoh 5 tahun lepas hendaklah melebihi 30% dari NilaiTahunan Bebanan Kerja;

Di mana:-

a) Nilai Tahunan Keseluruhan Kerja adalah jumlah terkumpulnilai kerja projek-projek yang telah dilaksanakan atau disiapkandalam sesuatu tahun yang mana nilai kerja projek serupa(Kepala/Sub-Kepala yang sarna) yang telah siap digandakan(darab 2), manakala nilai kerja projek-projek lain atau projekserupa yang sedang dilaksanakan (belum siap) adalahberdasarkan nilai sebenar kerja yang telah dilaksana ataudisiapkan;

1/4

Page 2: juta. JKR.KPKR.020.050/03 bertarikh 28 Ogos Secara... · tarikh pelawaan tender terhad melebihi tempoh berkenaan. 3.5 Penilaian terhadap keupayaan kewangan dan teknikal boleh dikecualikan

b) Nilai Tahunan Bebanan Kerja adalah Nilai Tahunan Kerjaprojek yang dicadangkan campur Nilai Baki Kerja projek-projeksemasa yang belum disiapkan;

Oimana:-

i) Nilai Tahunan Kerja adalah purata nilai tahunananggaran projek yang dicadangkan untuk tender terhadjika sekiranya jangkaan tempoh siap melebihi setahunatau nilai anggaran projek sekiranya jangkaan tempohkurang dari setahun.

ii) Nilai Baki Kerja adalah 75% dari nilai baki kerja projekyang belum disiapkan. Walau bagaimanapun sekiranyabaki tempoh kerja tidak melebihi 3 bulan dan nilaikemajuan kerja telah melebihi 75%, nilai baki kerja projekberkenaan tidak perlu diambilkira;

c) Nilai kerja projek swasta yang dilaksanakan sebagai KontraktorUtama boleh diambilkira dalam pengiraan Nilai TahunanKeseluruhan Kerja & Nilai Baki Kerja.

Walau bagaimanapun syarat di atas dikecualikan bagi projek-projekyang memerlukan kepakaran yang tinggi, contohnya kerja pembaikanstruktur, pembaikan cerun, kerja-kerja pangkalan udara dan maritim,kerja-kerja mekanikal dan elektrik dan lain-lain. Bagi projek sebegini,pihak Kontraktor hendaklah mempunyai pengalaman melaksanakanprojek yang serupa dengan nilai tidak kurang dari 20% Nilai TahunanBeban Kerja.

2.5 Oari segi kewangan, Kontraktor yang dipilih hendaklah memenuhisalah satu dari kriteria berikut:-

a) 'Net Worth' bernilai melebihi 20% dari Nilai Tahunan BebananKerja di mana 'Net Worth' adalah perbezaan positif di antaraHarta Tetap dan Tanggungan Tetap syarikat atau;

b) 'Modal Pusingan' bernilai melebihi 10% dari Nilai TahunanBebanan Kerja di mana 'Modal Pusingan' adalah perbezaanpositif di antara Harta Semasa dan Tanggungan Semasasyarikat atau;

c) Nilai 'Modal Mudah Cair' bernilai melebihi 3% dari NilaiTahunan Bebanan Kerja di mana 'Modal Mudah Cair' adalahpurata nilai positif wang dalam tempoh 3 bulan, nilai saham,pinjaman dan nilai positif overdraf dan;

2.6 Kontraktor hendaklah berdaftar dan masih berkuatkuasa (sekurang-kurangnya melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan) dengan PKK danCIOB di dalam Kelas, Kepala/Sub Kepala yang bersesuaian. Walaubagaimanapun bagi kerja yang memerlukan kepakaran, kesesuaiandari segi Kelas boleh dikecualikan.

2/4

Page 3: juta. JKR.KPKR.020.050/03 bertarikh 28 Ogos Secara... · tarikh pelawaan tender terhad melebihi tempoh berkenaan. 3.5 Penilaian terhadap keupayaan kewangan dan teknikal boleh dikecualikan

3.0 TATACARA PERLAKSANAAN

3.1 Pemilihan Kontraktor bagi Tendar Terhad perlu diluluskan di kalangansekurang-kurangnya 10 Kontraktor Bumiputera tempatan dansekiranya bilangannya tidak mencukupi ianya boleh dibuka kepadaKontraktor Bumiputera di negeri/daerah terdekat;

3.2 Pegawai-pegawai lain yang berkaitan dengan perlaksanaan projeksecara langsung atau tidak langsung boleh mencalonkan sebarangKontraktor yang difikirkan layak untuk diproses oleh pejabat pemohon.

3.3 Permohonan kelulusan nama Kontraktor untuk menyertai TenderTerhad hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Perolehan yangberkaitan dengan menggunakan borang-borang berikut:-

a) Maklumat mengenai projek seperti format di Lampiran A

b) Dapatkan maklumat pendaftaran, pengalaman, prestasi kerjasemasa dan maklumat kewangan Kontraktor yang disyorkanmelalui profil serta isikan maklumat berkenaan seperti format diLampiran B dan B1 (Iebih dari 10 Kontraktor yang memenuhisyarat sahaja)

c) Nama-nama Kontraktor yang memenuhi syarat diisikan di dalamLampiran C. Kelulusan dan tandatangan Lembaga Perolehanhendaklah diturunkan di dalam Lampiran ini.

3.4 Pemilihan Kontraktor yang telah diluluskan oleh Lembaga Perolehanhanya sah dalam tempoh 6 bulan setelah kelulusan diperolehi. Walaubagaimanapun di dalam tempoh berkenaan, pejabat pemohonhendaklah memaklumkan kepada Lembaga Perolehan sekiranyaterdapat sebarang perubahan maklumat Kontraktor yang menjejaskankelayakannya. Permohonan semula hendaklah diperolehi sekiranyatarikh pelawaan tender terhad melebihi tempoh berkenaan.

3.5 Penilaian terhadap keupayaan kewangan dan teknikal bolehdikecualikan semasa penilaian tender bagi pentender yang dipilihmelalui cara ini. Walau bagaimanapun mana-mana pentender yangdidapati tidak memenuhi mana-mana syarat di perenggan 2, tidaklayak untuk dipertimbangkan.

3.6 Contoh pengisian borang-borang adalah seperti di Lampiran D dan Euntuk rujukan.

3/4

Page 4: juta. JKR.KPKR.020.050/03 bertarikh 28 Ogos Secara... · tarikh pelawaan tender terhad melebihi tempoh berkenaan. 3.5 Penilaian terhadap keupayaan kewangan dan teknikal boleh dikecualikan

4.0 PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

4.1 Garis panduan ini hanya terpakai bagi projek-projek yang dilaksanakansecara konvensional seperti berikut:-

a) Bernilai tidak melebihi RM1.0 juta untuk kelulusan LembagaPerolehan Persekutuan Peringkat Negeri;

b) Bernilai tidak melebihi RM5.0 juta untuk kelulusan LembagaPerolehan B Jabatan Kerja Raya

4.2 Permohonan bagi tender terhad bagi projek yang dilaksanakan secaraReka & Bina atau projek bernilai melebihi RM5.0 juta hendaklahdirujuk ke Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeriyang berkenaan. Walau bagaimanapun format dan kriteria pemilihanseperti garis panduan ini hendaklah digunapakai.

4.3 Tertakluk kepada Panduan Perlaksanaan Kerja-Kerja Pakar danPerbelanjaan Wang Peruntukan Sementara, format dan kriteriapemilihan seperti di dalam garis panduan ini (melainkan untuk kriteriadi perenggan 2.5) hendaklah digunapakai untuk kelulusan olehJawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di peringkat JKR CawanganlNegeri.

Tarikh: Oktober 2005

4/4