justifikasi permainan

3
Justifikasi Permainan Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995). Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengajar saya mengenai konsep main dan kepentingannya terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Permainan sosial adalah seperti congkak manakala permainan kognitif adalah seperti galah panjang. Sebelum mempelajari subjek ini, kami beranggapan main adalah satu hobi semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan pembelajaran. Setelah mengetahui mengenai konsep main barulahkami tahu bahawa main merupakan sesuatu yang sangat penting terhadap perkembangan kognitf, psikomotor, dan afektif kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak juga dapat mengawal serta mengurangkan tahap stres mereka terhadap pembelajaran. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main

Upload: kalaimani25

Post on 23-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa

TRANSCRIPT

Page 1: Justifikasi  Permainan

Justifikasi Permainan

Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan

ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan

imaginasi (Pellegrini, 1995). Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengajar saya

mengenai konsep main dan kepentingannya terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak

memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat 2

kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Permainan sosial adalah

seperti congkak manakala permainan kognitif adalah seperti galah panjang. Sebelum

mempelajari subjek ini, kami beranggapan main adalah satu hobi semata-mata dan

tidak ada kena-mengena dengan pembelajaran. Setelah mengetahui mengenai konsep

main barulahkami tahu bahawa main merupakan sesuatu yang sangat penting terhadap

perkembangan kognitf, psikomotor, dan afektif kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-

kanak juga dapat mengawal serta mengurangkan tahap stres mereka terhadap

pembelajaran.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak

disampaikan.Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan

dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan

tatabahasa.Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi

Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada

murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan

terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar

sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.Menurut Buku Panduan

Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu

pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid

belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna

Page 2: Justifikasi  Permainan

Permainan ini telah dirancangkan dan diciptakan berdasarkan objektif

pembelajaran iaitu mengetahui ciri-ciri bentuk tiga dimensi.Murid akan memahami

tentang ciri-ciri bentuk 3D dan kegunaanya dalam kehidupan harian dan murid juga

dapat membanding beza cirinya-cirinya selepas permainan ini.Permainan ini telah

menggunakan teknik bermain sambil belajar dan sesuai untuk murid tahap satu.

Murid-murid tahap satu biasanya telah nmengenali bentuk 3D yang dapat dilihat

dalam kehidupan mereka teruatamanya kenam-enam bentuk yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ini. Dengan adanya pengetahuan sedia ada ini,

murid lebih mudah memahami jenis-jenis bentuk 3D dan ciri-cirinya.Sebagai contohnya

dengan menggunakan bahan buangan dalam permainan ini murid-murid mudah

mengetahui ciri-ciri bentuk 3D melalui bahan ini.

Permainan ini sesuai dengan teori humanisme kerana permainan ini lebih

menekankan perkembangan kecendurangan aspek sosial dan emosi murid melalui

permainan. Murid-murid adalah aktif dan suka bermain. Proses pembelajaran melalui

aktiviti permainan ini mampu menarik perhatian murid agar membantu mereka berfokus

dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Akhir sekali melalui aktiviti ini murid

mencapai objektif ini dengan baik

Sumathy setakat inilah I dapat menghuaraikan