justifikasi pelan bilik darjah yang kondusif-kumpulan

Upload: jho-malar

Post on 08-Jul-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    1/9

    JUSTIFIKASI PELAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

    Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Inimerupakan tempat yang penting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan

    perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Dimana sekumpulan murid atau pelajar 

    mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru yang itulah

    dikenali sebagai bilik darjah. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata

    merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-

    pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain

    didalamnya. Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia

    boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur 

    merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.

      enurut arland !"#$%&, suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan 'ka(an)

    atau 'musuh) dalam pengajaran. *uang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan akti+iti

    pengajaran. empat duduk perlu disusun, papan kenyataan dihias dan rak-rak buku perlu

    dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif 

    terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. eorang guru haruslah sentiasa

    menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan

    sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik

    darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan

    suasana pembelajaran yang sihat.

     onsep Persekitaran Bilik Darjah /ang ondusif 

    Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat

    melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam

    pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat

    dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memoti+asikan murid

    merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat me(ujudkan motif dalam diri

    murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. eorang guru

    perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam

    menghadapi tingkah laku. 0al ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    2/9

    komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru menga(al murid

    dan akti+iti-akti+iti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam

    persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan

    bertanggungja(ab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

      Persekitaran Fizikal

    uasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana

    bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang

    berkesan. enurut arland !"#$%&, suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan

    'ka(an) atau 'musuh) dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria

    mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di

    dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal

    di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran,

    ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di

    samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif 

    terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

      Persekitaran Psikssial

    Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi indi+idu

    dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik

    darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada

    ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran,

    menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk

    semua murid. 1aktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang

    sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan

    corak interaksi yang guru (ujudkan di dalam bilik darjah. 2ika persekitaran

    psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam

    kalangan murid. 3leh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid,

    guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. engikut odel Disiplin 4sertif 

    5anter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan

    menggunakan pendekatan asertif. 6uru asertif mempunyai matlamat yang jelas

    dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    3/9

    yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. 2ika seorang guru ini konsisten

    bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan

    menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

      Perat!ran "an r!tin #ilik "ar$a%

    Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih

    memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan

    menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. enurut 7rik

    7rison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan

    berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. 8amun, murid

    pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar 

    mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. 3leh itu, guru perlulah

    membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir akti+iti dalam bilik darjah.

    Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh

    dan tidak boleh dilakukan oleh murid. 5ontoh peraturan yang biasa ditemui ialah

    setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-

    rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu

    mengangkat tangan mereka jika mahu menja(ab sebarang pertanyaan. engikut

    odel Pengurusan ounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik

    darjah bergantung kepada penga(asan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap

    bilik darjah. 1aktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah

    menurut ounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk menga(asi semua

    perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. 5ontohnya, dalam gerak kerja kumpulan,

    seorang guru berjaya menga(asi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil

    (alaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan

    kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan

    selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

    elain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk akti+iti-

    akti+iti yang dilaksanakan. *utin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti

    diikuti oleh murid dalam akti+iti spesifik mereka. *utin bertujuan melicinkan proses

    pengajaran dan pembelajaran. 5ontoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiransetiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    4/9

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    5/9

    berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa

    akti+iti berkumpulan. :alau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara

    berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan

    keluasan kelas hendaklah luas. 6uru juga hendaklah memantau ahli kelompok

    supaya boleh bekerjasama dan bukan mendatangkan kesan negatif kepada

    kumpulan. 6uru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan

    mengikut pencapaian mereka. 0al ini akan memudahkan guru memberikan tugasan

    atau latihan selaras dengan pencapaian murid.

    S!"!t '!lti('e"ia

    elain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abadke-;" memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. enurut :einstein <

    ignano, ;==>, penggabung jalinan elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah

    sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. Bagi membina

    persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah.

    Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk

    penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding

    bahagian tersebut. udut ini diletakkan sebelah skrin 95D bagi memudahkan

    penyambungan kabel dengan skrin bagi pembentangan kelas. Ini juga dapat

    memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan

    multi-media secara bijak dan bermanfaat. 6uru juga perlu menyediakan peraturan

    penggunaan multi-media. *asionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati

    kemudahan ini di samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan

    mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

      Per)!stakaan Bilik Dar$a%

    Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di

    sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan

    murid-murid. *uang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi

    suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku,

    kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum

    dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid

    dan guru. 3leh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungja(ab untuk

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    6/9

    menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan.

    Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh

    dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas

    digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh

    mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk

    mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan odel 4kibat

    9ogikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan

    dan tanggungja(ab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di

    dalam bilik darjah.

      Pen*a%a+aan "an Pen,!"araan

    Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk

    keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan. ingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang

    mencukupi. 6uru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan

    kepada pihak bertanggungja(ab jika terdapat kerosakan. usun atur perabot dalam

    bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap

    untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. 3leh itu,

    guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

     

    Pa)an Ken+ataan

    Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil

    kerja murid, dan gambar akti+iti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan

    hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari

    dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungja(ab dan kelas

    akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat

    melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka

    dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar.

    Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua

    murid

     

    Bak!l Sa')a%

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    7/9

    Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana

    murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.

     

    RU&USAN

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    8/9

    emasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan

    penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana

    seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. 3leh itu, menjadi

    tanggungja(ab seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan

    murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru

    perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial

    serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. elalui persekitaran bilik darjah yang

    kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana

    harmoni dalam bilik darjah dapat di(ujudkan. elain itu pembentukan suasana bilik

    darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan

    gejala ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu

    meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus

    dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

    BIB9I36*41I

  • 8/19/2019 Justifikasi Pelan Bilik Darjah Yang Kondusif-kumpulan

    9/9

    BUKU

    0amzah, 0. !;="?&. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. elangor@ 3Aford

    1ajar.

     4mir 0asan Da(i. ;==. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, 7disi etiga.

    ualaanjung alim@ Cuantum Books.

    5hris :atkins. ;==%. 5lassrooms as 9earning 5ommunities@ :hat)s in it

    for schools. *outledge aylor < 1rancis 6roup.

    1razer, 7. 0ome. "#E#. Environment and The School  . 9ondon@ 9ondon

    Uni+ersityPress.

    INTERNET

    Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Meujudkan Suasana Pem!elajaran yang

    "armoni . http@FFpengurusanbilikdarjah.smkberangan.comFindeAGfilesFscript.js 

    Pengurusan Bilik Darjah yang

    #ondusi$ [email protected];=""F";Fpbdt-nota-topik-E-

    perancangan.html

    http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.jshttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.htmlhttp://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js