jurnal reflektif mingguan 2

2
Jurnal Reflektif Mingguan Minggu 2 (4 Oktober- 8 Oktober) Sempena sambutan hari kanak-kanak, murid-murid turut telah mempersembahkan tarian, nyanyian, WuShu, yoyo cina dan sebagainya. Persembahan tersebut tidak berunsurkan pertandingan, ia adalah sebagai suatu peluang kepada mereka untuk merasai keseronokan berdiri di atas pentas dan juga mempupuk potensi individu yang tersembunyi. Selepas habis persembahan, murid-murid pun balik ke kelas untuk menikmati jamuan. Makanan semuanya dibawa oleh murid-murid sendiri. Saya memasuki kelas tahun 1 untuk membantu guru untuk mengendalikan makanan secara teratur kerana kuatir murid tahun 1 akan mengecohkan suasana kelas. Makanan yang disediakan memang banyak sehingga tidak dapat dihabiskan. Pihak sekolah harus menyeru ibu bapa supaya tidak menyediakan snak-snak ringan yang akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Namun, terdapat juga ibu bapa yang prihatin menyediakan makanan yang sihat seperti sanwich. Saya mengesan bahawa kebanyakan murid- murid mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat, mereka perlu sentiasa dididik dari semasa ke semasa, usaha keluarga adalah paling penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak secara holistik. Sekali lagi tahap jerebu menjadi serius, Kementerian Pendidikan mengistiharkan semua sekolah di semenanjung

Upload: willson-lim

Post on 04-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Jurnal Reflektif Mingguan 2 for internship, simply do

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Reflektif Mingguan 2

Jurnal Reflektif Mingguan

Minggu 2

(4 Oktober- 8 Oktober)

Sempena sambutan hari kanak-kanak, murid-murid turut telah

mempersembahkan tarian, nyanyian, WuShu, yoyo cina dan sebagainya.

Persembahan tersebut tidak berunsurkan pertandingan, ia adalah sebagai

suatu peluang kepada mereka untuk merasai keseronokan berdiri di atas

pentas dan juga mempupuk potensi individu yang tersembunyi. Selepas habis

persembahan, murid-murid pun balik ke kelas untuk menikmati jamuan.

Makanan semuanya dibawa oleh murid-murid sendiri. Saya memasuki kelas

tahun 1 untuk membantu guru untuk mengendalikan makanan secara teratur

kerana kuatir murid tahun 1 akan mengecohkan suasana kelas.

Makanan yang disediakan memang banyak sehingga tidak dapat

dihabiskan. Pihak sekolah harus menyeru ibu bapa supaya tidak

menyediakan snak-snak ringan yang akan menjejaskan kesihatan kanak-

kanak. Namun, terdapat juga ibu bapa yang prihatin menyediakan makanan

yang sihat seperti sanwich. Saya mengesan bahawa kebanyakan murid-murid

mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat, mereka perlu sentiasa dididik

dari semasa ke semasa, usaha keluarga adalah paling penting bagi menjamin

perkembangan kanak-kanak secara holistik.

Sekali lagi tahap jerebu menjadi serius, Kementerian Pendidikan

mengistiharkan semua sekolah di semenanjung kecuali Kelantan perlun

ditutup pada 5 dan 6 Oktober. Berita ini telah mengemparkan seluruh warga

pendidik dan ibu bapa. Mereka perlu mengubah lagi rancangan pengajaran

supaya sempat menghabiskan silabus sebelum peperiksaan akhir tahun.

Pada minggu ini, saya juga telah mendapat jadual mengajar. Saya

terkejut juga kerana perlu mengajar subjek yang tidak pernah diajar,

terutamanya pendidikan seni dan muzik. Namun begitu, saya tetap perlu

menerima cabaran baru ini dan menganggapnya sebagai peluang

pembelajaran yang baru. Tambahan pula, kerja yang ditanggungjawabkan

Page 2: Jurnal Reflektif Mingguan 2

juga semakin bertambah banyak, saya pun telah bersedia untuk menyahut

cabaran.

Seterusnya, sempena Hari Sukan Malaysia yang terjatuh pada 10

Oktober yang juga merupakan salah satu aktiviti dalam projek saya, kami

telah menjalankan raptai pada 8 Oktober bagi memastikan aktiviti pada hari

tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Murid dari SJKC, SK, SJKT Masai

akan bersama-sama memeriahkan Hari Sukan kerana ketiga-tiga buah

sekolah ini terletak di kawasan yang sama. Saya berasa aktiviti ini sangat

penting untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia untuk bersukan bagi

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di samping itu, aktiviti ini amat penting

dalam usaha memupuk perpaduan. Kita semua hidup dalam masyarakat

yang sama, oleh itu pemikiran ekstrimis harus ditepikan. Merebung biarlah

dari rebungnya, oleh itu usaha memupuk perpaduan mestilah dijalankan

semasa peringkat kecil.