jurnal pm 2011 aminuddin.pdf

10
POLA KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN MURID ORANG ASLI Mohamad Azhar bin Mat Ali, Phd Kamarrul Arifin bin Abdul Rahman Aminuddin bin Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan [email protected] (Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada 10-12 Mei 2011) Students absenteeism in general will directly affect the learning process especially at the early stages of schooling. The aims of this study are to identify the cause of school absenteeism among the students in the indigenous schools and to investigate the factors which motivate them to attend school. Besides that this study also intends to find out the pattern of the students attendance percentage. For the purpose of gaining the data, the researchers use series of interviews and analysis of documents. The interviews were held between the School Head, Senior Assistant for Student Affairs, 5 Subject Teachers and 6 Class Teachers. The student attendance books were analysed to obtain the monthly and annually attendance percentage for three years i.e. from 2008 till 2010. This study is carried out in schools for the indigenous students in the district of Kuala Lipis, Pahang. The study reveals that the main cause of absenteeism among the students is due to the fact that they are required to assist their parents to collect fruits during fruits season especially in August September and October. This is actually viewed as one of the vital survival skills to be passed and inherited by their children. The monthly attendance percentage is relatively high in January, February and Mac because this is when the registration of aid is carried out by the school authorities. Apart from that, that is also the time for the distribution of early schooling financial fund (KWAMP) to the students. This study would like to suggest that the school break for the students in the indigenous schools is rescheduled to August, September and October. Any types of aids to the students should be distributed at the end of each month, based on the percentage of the student attendance to school. This is important to avoid the students in the indigenous schools from being excluded from the normal education stream, in line with the concept of Multicultural Education. Keywords: Students absenteeism, indigenous schools, attendance percentage, Multicultural Education Merujuk kepada Kertas Makluman(Perkara 9) daripada Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Status Pelaksanaan Sekolah Angkat Institut Pendidikan Guru, pasukan penyelidik dari Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian ini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti punca masalah ketidakhadiran murid dan mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kehadiran harian.

Upload: lazerrima

Post on 14-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

POLA KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN MURID ORANG ASLI

Mohamad Azhar bin Mat Ali, Phd Kamarrul Arifin bin Abdul Rahman

Aminuddin bin Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

[email protected]

(Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut,

Terengganu pada 10-12 Mei 2011)

Students absenteeism in general will directly affect the learning process

especially at the early stages of schooling. The aims of this study are to identify

the cause of school absenteeism among the students in the indigenous schools

and to investigate the factors which motivate them to attend school. Besides

that this study also intends to find out the pattern of the students attendance

percentage. For the purpose of gaining the data, the researchers use series of

interviews and analysis of documents. The interviews were held between the

School Head, Senior Assistant for Student Affairs, 5 Subject Teachers and 6

Class Teachers. The student attendance books were analysed to obtain the

monthly and annually attendance percentage for three years i.e. from 2008 till

2010. This study is carried out in schools for the indigenous students in the

district of Kuala Lipis, Pahang. The study reveals that the main cause of

absenteeism among the students is due to the fact that they are required to

assist their parents to collect fruits during fruits season especially in August

September and October. This is actually viewed as one of the vital survival

skills to be passed and inherited by their children. The monthly attendance

percentage is relatively high in January, February and Mac because this is

when the registration of aid is carried out by the school authorities. Apart from

that, that is also the time for the distribution of early schooling financial fund

(KWAMP) to the students. This study would like to suggest that the school

break for the students in the indigenous schools is rescheduled to August,

September and October. Any types of aids to the students should be

distributed at the end of each month, based on the percentage of the student

attendance to school. This is important to avoid the students in the indigenous

schools from being excluded from the normal education stream, in line with the

concept of Multicultural Education.

Keywords: Students absenteeism, indigenous schools, attendance

percentage, Multicultural Education

Merujuk kepada Kertas Makluman(Perkara 9) daripada Institut Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Status Pelaksanaan Sekolah Angkat Institut

Pendidikan Guru, pasukan penyelidik dari Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Tengku

Ampuan Afzan telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian ini. Tujuan utama kajian

ini ialah untuk mengenalpasti punca masalah ketidakhadiran murid dan mencari kaedah

terbaik bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kehadiran harian.

Page 2: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

Pernyataan Masalah

Berdasarkan tinjauan awal penyelidik ke sekolah kajian melalui temubual bersama Guru

Besar dan guru-guru mendapati purata peratus kehadiran hanya lebih kurang antara 65 –

75% sahaja. Data ini mendedahkan bahawa sekolah kajian memang mengalami masalah

kehadiran murid. Tinjauan awal juga mendapati masalah ini agak ketara ketika musim buah-

buahan, musim menanam padi, selepas cuti penggal persekolahan, dan ketika aktiviti adat

masyarakat orang asli, contohnya apabila terdapat penganjuran adat sewang.

Ketidakhadiran murid ke sekolah tentulah akan memberi kesan kepada proses pengajaran

dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Implikasi utamanya

ialah prestasi pencapaian akademik murid yang rendah. Ini terbukti daripada keputusan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah yang menunjukkan tiada seorang murid

pun mendapat 5A dalam tempoh 5 tahun kebelakang. Oleh itu wajarlah kajian ini dilakukan

bagi menghurai segala permasalahan berkaitan kehadiran murid di sekolah ini sebagai asas

bagi syor-syor penyelesaiannya.

Tinjauan Literatur

Merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian

Pelajaran Malaysia(KPM), terdapat 93 buah sekolah di Malaysia yang murid-muridnya terdiri

daripada 100% murid Orang Asli. Sekolah-sekolah tersebut terdapat di Perak (28 buah),

Pahang (26 buah), Kelantan (12 buah), Selangor (11 buah), Johor (10 buah), Negeri

Sembilan (4 buah) dan Terengganu (2 buah). Menurut Chee Kim Mang (2008) dan

Kamarudin Abu Hassan (2010) masalah ketidakhadiran ke sekolah merupakan salah satu

masalah utama di sekolah Orang asli. Berkaitan dengan masalah ini tidak hairanlah jika

kadar keciciran murid orang asli ke sekolah menengah adalah sekitar 60 % dan ramai

antara mereka yang gagal dalam ujian akademik di sekolah (Mustafa Kassim dan Ishak Sin,

2009.

Untuk mengatasi masalah ketidakhadiran ini, pihak KPM melalui Bahagian

Pengurusan Sekolah telah mengeluarkan pelbagai bantuan kewangan kepada murid Orang

asli. Bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung

oleh ibu bapa murid orang asli ini dan bagi mengelakkan murid orang asli dibebani dengan

kerja mencari pendapatan untuk keluarga ketika waktu persekolahan. Antara bantuan yang

diterima ialah skim pinjaman buku teks yang diberi kepada semua murid orang asli di

Malaysia secara percuma. Selain itu bantuan kewangan turut sama diberikan. Bantuan

kewangan yang paling popular ialah bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar

Miskin (KWAPM).

Bantuan KWAMP meliputi Bantauan Persekolahan dan bantuan wang saku yang diberikan

kepada semua murid orang asli. Bantuan persekolahan diberikan untuk membeli pakaian

seragam sekolah, pembayaran yuran persekolahan (selain yuran wajib yang telah

dimansuhkan) dan keperluan peralatan sekolah. Bantuan ini berjumlah RM 200.00 setahun

(sekolah rendah) dan RM 300.00 setahun (sekolah menengah untuk Tingkatan 1 sahaja).

Bantuan wang saku pula berjumlah RM 50.00 sebulan (sekolah rendah) dan RM 60.00

sebulan (sekolah menengah) untuk sepuluh bulan. Wang ini diberikan 2 kali setahun. Ini

Page 3: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

bermakna bagi murid Orang Asli, mereka mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM

700 hingga RM 900.00 setahun, tidak termasuk bantuan-bantuan lain seperti Biasiswa,

asrama percuma, kemudahan pengangkutan percuma, bantuan makanan percuma dan lain-

lain lagi yang mampu meringankan beban tanggungan persekolahan.

Inisiatif yang dilakukan oleh KPM ini selaras dengan saranan yang dikemukakan dalam

`Seminar on Indegenous People of the World’ di PWTC, K.Lumpur pada 29 November

hingga 1 December 1993 dalam Hood Mohd Salleh (2009) yang menyatakan bahawa Orang

asli mestilah digalakkan dan disediakan peluang untuk mereka terlibat dan mendapat

faedah yang sama seperti kaum bukan asli dalam bidang pendidikan, aktiviti ekonomi dan

menimba kekayaan dalam sesebuah negara.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti:

a) Pola atau corak kehadiran murid

b) Sebab-sebab ketidakhadiran murid

c) Sebab-sebab kehadiran murid

d) Cadangan mengatasi masalah ketidakhadiran murid

Persoalan Kajian

a) Apakah pola kehadiran murid?

b) Apakah sebab-sebab ketidakhadiran murid?

c) Apakah sebab-sebab kehadiran murid?

d) Apakah cadangan mengatasi masalah ketidakhadiran murid?

Lokasi Kajian

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan yang beribu pejabat di IPG Kampus

Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah mengenalpasti tiga buah sekolah di Daerah Kuala

Lipis sebagai Tapak Penyelidikan Pendidikan yang dikenali sebagai Tapak LBK. Tiga buah

sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Lanai, Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan dan

Sekolah Kebangsaan Pos Betau. Ketiga-tiga buah sekolah ini adalah antara sekolah 100%

muridnya terdiri daripada anak Orang Asli (Kaum semai) di Daerah Kuala Lipis. Daerah

Kuala Lipis juga dipilih kerana Daerah yang mempunyai murid Orang asli yang paling ramai

di Pahang. Oleh kerana ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai latarbelakang responden

yang hampir sama , maka salah sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Lanai telah

dipilih sebagai lokasi kajian.

Page 4: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah Analisis Dokumen dan Temubual sebagai prosedur

pengumpulan data. Dokumen penting yang dianalisis ialah Buku Rekod Kehadiran Murid

Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi Tahun 2008, 2009 dan 2010. Responden temubual pula ialah

Guru Besar sekolah, GPK Pentadbiran, GPK HEM, 6 orang Guru Kelas, 5 orang Guru mata

pelajaran. Dapatan kajian telah dianalisis secara manual menggunakan kaedah peratusan,

gundalan dan deskriptif. Untuk mengesahkan dapatan kajian ini, penyelidik telah meminta

Guru Besar sekolah kajian menyemak dan menentukan kesahihan dapatan kajian ini.

Dapatan Kajian

a) Pola Kehadiran murid

Untuk mengkaji pola kehadiran murid, penyelidik telah membuat merujuk Buku Rekod

Kedatangan Murid bagi Bulan Januari hingga November bagi Tahun Satu hingga Tahun 6

bermula Tahun 2008 hingga 2010. Untuk mendapatkan menentukan pola kehadiran murid

Data kehadiran murid telah dianalisis secara bulanan dan tahunan bagi Pra Sekolah hingga

Tahun 6. Untuk menganalisis kehadiran bulanan murid, penyelidik telah menggunakan dua

rumus yang digunakan secara rasmi oleh Guru-guru Kelas bagi mengira Peratus Kehadiran

murid. Rumus tersebut ialah:

Jadual 1: Rumus Kiraan Peratus Kehadiran Murid

Perkara Rumus

Purata kehadiran murid Jumlah kedatangan ÷ Jumlah hari belajar

Peratus kedatangan bulanan (Purata Kehadiran murid ÷ Jumlah murid) X 100

Contoh: Banyak hari belajar bagi bulan ini = 20 hari Jumlah kedatangan bagi bulan ini = 547 @ Jumlah kedatangan harian selama 20 hari Jumlah kedatangan harian yang sepatutnya = 38 orang Oleh itu, Purata kehadiran murid = 547 ÷ 20

= 27.35 Ω 27.00

Peratus kedatangan bulanan = (27 ÷ 38) X 100 = 71.05 Ω 71.00 %

Page 5: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

Berdasarkan kiraan berdasarkan rumus peratus kehadiran bulanan, penyelidik telah

membuat analisis dan memilih bulan yang paling kerap murid hadir ke sekolah dan bulan

yang paling kerap murid tidak hadir ke sekolah bagi tahun 2008, 2009 dan 2010. Ini

ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2:

Kekerapan kehadiran murid mengikut bulan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010:

Tahun 2008 2009 2010

Tahun

persekolaha

n

Bulan paling

kerap murid

hadir ke

sekolah

Bulan paling

kerap murid

tidak hadir

ke sekolah

Bulan paling

kerap murid

hadir ke

sekolah

Bulan paling

kerap murid

tidak hadir

ke sekolah

Bulan paling

kerap murid

hadir ke

sekolah

Bulan paling

kerap murid

tidak hadir

ke sekolah

PraSekolah Apr

Jul

Nov

Jun

Sep

Okt

Jan

Feb

Mac

Jul

Ogo

Sep

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Sep

Tahun 1 Jan

Feb

Mac

Jul

Sep

Okt

Jan

Feb

Mei

Ogo

Okt

Nov

Mac

Jun

Sep

Feb

Apr

Jul

Tahun 2 Jan

Feb

Mei

Jul

Ogo

Sep

Jan

Feb

Jun

Ogo

Sep

Nov

Jan

Mac

Jun

Jul

Sep

Okt

Tahun 3 Jan

Feb

Mac

Jun

Jul

Ogo

Mac

Jun

Jul

Ogo

Sep

Nov

Mac

Apr

Jun

Ogo

Sep

Okt

Tahun 4 Jan

Apr

Nov

Mei

Ogo

Sep

Feb

Mei

Jun

Jan

Mac

Sep

Jan

Mac

Jun

Apr

Jul

Okt

Tahun 5 Jan

Feb

Nov

Jul

Ogo

Sep

Feb

Jun

Ogo

Ogo

Sep

Nov

Jan

Mac

Jun

Ogo

Sep

Okt

Tahun 6 Mac

Apr

Mei

Jan

Feb

Nov

Feb

Mac

Jun

Ogo

Okt

Nov

Jan

Mac

Jun

Apr

Sep

Okt

Page 6: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

Berdasarkan Jadual 2, penyelidik telah membuat analisis secara gundalan mengenai

kekerapan kehadiran mengikut bulan dan tahun persekolahan. Analisis ini ditunjukkan dalam

Jadual 3. Jadual 3 menggambarkan bahawa bulan yang paling kerap murid hadir ke sekolah

secara berurutan ialah bulan Januari, Februari dan Mac manakala bulan yang paling kerap

murid tidak hadir ke sekolah secara berurutan ialah bulan Ogos, September dan Oktober.

Jadual 3 juga menunjukkan bahawa bagi tahun 2009 dan 2010, bulan Jun merupakan satu

lagi bulan murid kerap hadir ke sekolah.

Jadual 3:

Gundalan kekerapan kehadiran mengikut bulan dan tahun persekolahan

TAHUN 2008 2009 2010 JUMLAH

(3 TAHUN)

BULAN Paling

kerap

murid

hadir

(a)

Paling

kerap

murid

t.hadir

(b)

Paling

kerap

murid

hadir

(c)

Paling

kerap

murid

t.hadir

(d)

Paling

kerap

murid

hadir

(e)

Paling

kerap

murid

t.hadir

(f)

Paling

kerap

murid

hadir

(a+c+e)

Paling

kerap

murid

t.hadir

(b+d+f)

Jan IIIII I III I IIIII 13 2

Feb IIII I IIIII I I I 11 2

Mac III III I IIIII II 13 1

Apr III I IIII 4 4

Mei II I II I 4 2

Jun II IIIII IIIII I 11 2

Jul I IIII I I III 2 8

Ogo IIII IIIII I II 0 12

Sep IIIII IIIII I IIIII 1 15

Okt III I II IIIII 1 10

Nov III IIIII 3 5

Jadual 4 menunjukkan purata peratus kehadiran tahunan bagi tahun 2008 hingga 2010

masih rendah iaitu di bawah 75 %.

Page 7: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

Jadual 4:

Purata Peratus Kehadiran Tahunan

Purata Peratus kehadiran bulanan

Tahun/Darjah

2008

2009

2010

PraSekolah 90.4 82.8 75.8

Tahun 1 54.7 57.2 64.5

Tahun 2 62.8 69.8 58.4

Tahun 3 70.3 67.0 70.2

Tahun 4 71.6 79.8 72.3

Tahun 5 75.6 78.2 79.4

Tahun 6 78.0 77.6 77.0

Purata % Kehadiran

Tahunan

71.9 73.2 71.1

b) Sebab ketidakhadiran murid ke sekolah

Kajian ini mendapati antara sebab-sebab utama ketidakhadiran murid ialah:

i. Merasa selesa dengan cuti sekolah.

Oleh itu apabila ada cuti sekolah, murid kurang hadir apabila cuti persekolahan tamat

atau apabila penggal persekolahan dibuka semula. Alasan yang biasa diberikan ialah

kerosakan bot untuk hadir ke asrama sekolah. Tempoh perjalanan terjauh

menggunakan bot untuk ke asrama sekolah ialah dua jam dan yang terdekat selama

setengah jam. Menurut guru-guru di sekolah ini, biasanya murid-murid akan hadir

semula ke sekolah selepas dua minggu cuti persekolahan tamat atau minggu pulang

ke kampung.

ii. Musim buah-buahan (September)

Ketika musim buah-buahan murid kurang hadir ke sekolah kerana mengikut ibubapa

mencari buah-buahan di hutan atau menjaga adik di rumah ketika ketiadaan ibubapa

mencari buah-buahan.

iii. Kurang galakan ibubapa untuk ke sekolah

Page 8: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

Ibubapa lebih suka membawa anak-anak ke hutan bagi mencari sumber pendapatan

daripada meminta mereka ke sekolah. Salah satu sebab lain bagi perkara ini ialah

bagi melatih anaknya dari aspek ikhtiar hidup di hutan atau sifat keberanian sebagai

masyarakat yang tinggal di pinggir atau di dalam hutan.

iv. Adat masyarakat Orang Asli

Murid kurang hadir ke sekolah apabila berlaku kematian keluarga, sebaik sembuh

dari penyakit (cth: demam), ada upacara sewang (ketika majlis perkahwinan/upacara

penyembuhan penyakit). Apabila adat ini berlaku, murid terlibat tidak hadir ke

sekolah sekurang-kurangnya dua minggu.

v. `Home sick’

Murid Tahun 1 atau Tahun 2 kurang hadir ke sekolah kerana tidak sanggup untuk

tinggal di asrama atau ibubapa mereka keberatan untuk membenarkan anak-anak

mereka tinggal di asrama.

vi. Tiada berlaku pembelajaran

Murid tidak mendapat apa-apa manfaat ketika hadir ke sekolah kerana tidak

memahami apa yang diajar oleh guru. Atas alasan ini, murid mengambil kesempatan

untuk tidak hadir ke sekolah tetapi lebih suka berada di rumah atau mengikut

ibubapa ke hutan.

c) Sebab kehadiran murid ke sekolah

i. Membuat pendaftaran pada bulan Januari bagi mendapatkan duit Kumpulan

Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

ii. Kajian ini mendapati peratus kedatangan tertinggi ialah pada bulan Januari

hingga Mac serta Jun kerana pada masa ini pihak sekolah akan memberikan

duit KWAPM dan bantuan keperluan sekolah. Ada dua jenis duit KWAMP

yang diberikan, iaitu Perbelanjaan Am (RM 200.00/murid untuk membeli 2

pasang baju, seluar, stoking, kasut dan alatulis dan buku tulis) dan

Perbelanjaan Harian (RM 50.00/bulan/murid) yang diberikan pada bulan awal

tahun (Januari) dan pertengahan tahun (Jun).

iii. Ketika Sukan sekolah dan aktiviti sekolah yang menyediakan jamuan

percuma. Contohnya, ketika Mesyuarat PIBG dan Hari Penyampaian Hadiah.

c) Cara mengatasi masalah ketidakhadiran murid ke sekolah

i. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG pergi ke rumah ibubapa sambil

membawa cenderamata berbentuk makanan ringan, roti, minuman kotak,

Page 9: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

mainan untuk diberikan kepada murid berkenaan. Pihak sekolah cuba

berbincang dengan ibubapa untuk menggalakkan kehadiran anak ke sekolah.

ii. Pihak sekolah menganjurkan acara jamuan atau aktiviti seumpamanya

sebulan sekali

iv. Pihak sekolah memberi perangsang kepada murid setiap kali perhimpunan

mingguan pada setiap selasa (Hari Isnin: bot belum sampai) atau memberi

perangsang kepada ibubapa semasa mesyuarat agong PIBG

v. Pihak sekolah memberi surat peringatan kepada murid dan salinan kepada

ibu bapa.

vi. Pihak sekolah mendapatkan kerjasama Tok Batin atau Ketua Kampong

Orang Asli bagi memberi penjelasan mengenai sebarang aktiviti sekolah

terutamanya berkaitan aktiviti akademik seperti kepentingan menghadiri

peperiksaan penggal.

Rumusan dan Perbincangan

Kajian ini mendapati antara perkara utama yang menggalakkan murid Orang asli untuk hadir

ke sekolah ialah bagi mendapatkan bantuan wang tunai melalui KWAPM. Ini terbukti apabila

kekerapan kehadiran paling tinggi pada bulan Januari, Feb dan Mac di mana pendaftaran

murid untuk mendapatkan wang KWAPM dan pemberian wang ini dilakukan. Kekerapan

kehadiran berlaku sekali lagi iaitu pada bulan Jun di mana pihak sekolah akan memberikan

wang saku atau wang KWAPM bagi Fasa kedua.

Satu lagi fakta penting yang dapat didedahkan melalui kajian ini ialah selain daripada

pendidikan formal di sekolah, kaum orang asli juga ingin melatih anak-anak mereka

mengenai ikhtiar hidup. Ini dapat dijelaskan melalui analisis peratus kehadiran yang

menunjukkan murid anak orang asli kebanyakannya tidak hadir ke sekolah pada bulan

Ogos, September dan Oktober. Di Malaysia pada ketiga-tiga bulan inilah terjadinya musim

buah-buahan. Oleh itu pada bulan-bulan ini, ibu bapa murid Orang asli membawa anak-anak

mereka ke hutan bagi mencari buah-buahan dan melatih anak mereka memburu binatang.

Pada musim buah-buahan, biasanya binatang buruan akan keluar dari sarang

persembunyian bagi mendapatkan makanan dari buah-buahan. Inilah masanya kaum Orang

asli mendapat `durian runtuh’ atau peluang keemasan mencari pendapatan lebih.

Kedua-dua fakta ini selari dengan dapatan melalui temubual yang dijalankan bersama Guru

Besar, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran selain beberapa

perkara lain yang yang menyebabkan murid Orang asli tidak hadir ke sekolah.

Kesimpulan dan Cadangan

Kajian ini mendedahkan bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak KPM untuk

menggalakkan kehadiran murid ke sekolah tidak memadai. Murid Orang Asli akan hadir ke

sekolah hanya ketika bantuan ini diberikan. Kajian ini juga mendapati latihan ikhtiar hidup

Page 10: Jurnal pm 2011 Aminuddin.pdf

sangat dititikberatkan oleh ibubapa Orang Asli. Ini mungkin kerana jati diri mereka yang

tinggi atau wang bantuan yang diberikan oleh pihak KPM masih belum mencukupi. Oleh itu

melalui kajian ini penyelidik ingin mencadangkan beberapa syor selain yang telah sedia

diamalkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid Orang asli ke

sekolah dan agar mempunyai kesempatan yang sama sepertimana kaum bukan orang asli

di bandar untuk hadir ke sekolah selaras dengan konsep Pendidikan Multikultural:

i. Pihak KPM mengubah cuti penggal persekolahan bulan Ogos, September

dan Oktober berbanding bulan Mei, November dan Disember yang diamalkan

sekarang.

ii. Bantuan KWAPM diberikan pada setiap akhir atau awal bulan persekolahan

dan bukan lagi tertumpu kepada bulan Januari dan Jun. Bantuan ini juga

mestilah berlandaskan kepada peratus kehadiran bulanan bagi setiap murid.

iii. Pihak guru mestilah mengamalkan Kajian Tindakan bagi mencari kaedah

pengajaran dan pembelajaran alternatif yang disukai oleh murid Orang asli.

Bibliografi

Chee Kim Mang, Issues and Challenges of Primary Education In rural Interior Schools In

Malaysia: A review of Seven Research studies. International seminar on Indigenous

Pedagogies in Diverse Cultural Contexs: Issues, Challenges and Opportunities.

Sarawak Institute of Teacher Education, Miri. 10 – 12 November 2008

Hood Mohd Salleh. Ucap utama. Seminar Pedagogi Peribumi. Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan. 13 – 14 Oktober 2009

Kamaruddin Abu Hassan, Pelaksanaan Program KIA2M Sekolah Angkat Pendidikan Orang

Asli Pribumi: Satu bicara professional. Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan

Sekolah Kurang Murid Orang Asli Penan. Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. 8

– 10 Ogos 2010

Mustafa Kassim & Ishak Sin. Isu-isu prestasi akademik murid-murid orang asli dan kaitannya

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seminar Pedagogi Peribumi. Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. 13 – 14 Oktober 2009

Persidangan Perdana Peribumi Malaysia. Pembangunan Pendidikan Murid Orang asli di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Universiti Darul Iman, Terengganu. 25 – 26

Oktober 2008