drzamri.files.wordpress.com · created date: 2/12/2011 4:57:57 pm

10
Jttrnal Pendidikan Mala,vsia 35 (2)(201 0) : 77-85 Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes (Reading Problems in Govemment Primary School Students in Brunei Darussalam: A Case Study) TnvRv TIMBANG, ZRvnt MRHevoo, NrK MoHD. Rasrvr NrK YusoFF & JeveluorN BRousnau ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah rnembaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatiJ' diperoleh sepenuhnya melaltti temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang guru daripada empctt buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Penghuraian, pentafsiran dan ntmusan data dilakukan dengan menelili tema, subtema dan soalan kajian. Kebolehpercayaan diperoleh dengan menggunakan nilai perkali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan Nvivo 7 dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan peserta kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumhang kepada wujudnyct masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Danrssalam disebabkan oleh (l) faktor individu, (2) psikologi, (3) .faktor kaedah pengajaran guru, (4) masa pengajaran, (5) faktor persekitaran, dan (6) buku teks bacaan yang digunakan. Implikasi kaji.an ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membctca murid-murid darjah enam di Brunei Darussalam. Kata kunci: Masalah membaca, kajian kes, kaedah temu bual mendalam, sekolah rendah kerajaan ABSTRACT This research was based on the problems v'ith reading that the primaryt six pupilsfrom the government schools encountered in Negara Brunei Darussalam. The qualitative method that used the multicase multiplesite approach. In this approach, the participants consisted, .four pupils, four parents and six teachers .from four dffirent primary schools in lllegara Brunei Dantssa/am, were interviewed i.n depth. Discussion, conclusion and summarization of data were done by analvzing theme, .sub-theme, and the research questions. Reliability the data were checked by group of supervisors. Cohen'.s Kappa cofficient was used to measure the qualilative item statisticalllt, where as Nvivo 7 used lo analyze the data. The findings were reported in two parts; the profiles of the schools and participants in the research, as well as the report on the research questions. From this research, it is found that thefactors that contributed to the inability to read efficiently in the government school primary six students are; (1) individualfactoa (2) psychological factor (3) method of teaching, (4) lesson periods, (5) environmental factor, and (6) tert books. Keyv,ords: Reading problem, case stu$t, indepth interview approctch, government primary school PrNceNar-aN Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh mund ketika membaca (Zamri 2008; Yahya 2008). Sebagai contoh, untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul. Biasanya, murid akan mudah lupa dan tidak memahami apa yang dibaca walaupun membacanya dengan beruiang kali. Keadaan tersebut menmiukkan bahawa cara membaca murid berkenaan belum dapat menghasilkan kefahaman daripada pembacaan yang dilakukan. Untuk mengelakkan pembaziran masa, murid perlu mengetahui dan melatih diri membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang bersesr.raian dengan diri mereka. Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentlrnya boleh menyebabkan murid merasa cepat bosan, kr,rrang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca (Samsiah 2008 ; Yahya 2008 ). Isu membaca tidak pemah lapr"rk r-rntr-rk diperkatakan. Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomplrteran, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee 2007). Hanya dengan membaca, negara dapat

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

Jttrnal Pendidikan Mala,vsia 35 (2)(201 0) : 77-85

Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaandi Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes

(Reading Problems in Govemment Primary School Studentsin Brunei Darussalam: A Case Study)

TnvRv TIMBANG, ZRvnt MRHevoo, NrK MoHD. Rasrvr NrK YusoFF & JeveluorN BRousnau

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah rnembaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaanBrunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatiJ'diperoleh sepenuhnya melaltti temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orangibu bapa dan enam orang guru daripada empctt buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Penghuraian, pentafsirandan ntmusan data dilakukan dengan menelili tema, subtema dan soalan kajian. Kebolehpercayaan diperoleh denganmenggunakan nilai perkali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan Nvivo 7 dan dapatan kajiandilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan peserta kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumhang kepada wujudnyct masalah membaca dalam kalanganmurid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Danrssalam disebabkan oleh (l) faktor individu, (2) psikologi,(3) .faktor kaedah pengajaran guru, (4) masa pengajaran, (5) faktor persekitaran, dan (6) buku teks bacaan yangdigunakan. Implikasi kaji.an ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkanbagi mengatasi masalah membctca murid-murid darjah enam di Brunei Darussalam.

Kata kunci: Masalah membaca, kajian kes, kaedah temu bual mendalam, sekolah rendah kerajaan

ABSTRACT

This research was based on the problems v'ith reading that the primaryt six pupilsfrom the government schools encounteredin Negara Brunei Darussalam. The qualitative method that used the multicase multiplesite approach. In this approach,the participants consisted, .four pupils, four parents and six teachers .from four dffirent primary schools in lllegaraBrunei Dantssa/am, were interviewed i.n depth. Discussion, conclusion and summarization of data were done byanalvzing theme, .sub-theme, and the research questions. Reliability the data were checked by group of supervisors.Cohen'.s Kappa cofficient was used to measure the qualilative item statisticalllt, where as Nvivo 7 used lo analyze thedata. The findings were reported in two parts; the profiles of the schools and participants in the research, as well as thereport on the research questions. From this research, it is found that thefactors that contributed to the inability to readefficiently in the government school primary six students are; (1) individualfactoa (2) psychological factor (3) methodof teaching, (4) lesson periods, (5) environmental factor, and (6) tert books.

Keyv,ords: Reading problem, case stu$t, indepth interview approctch, government primary school

PrNceNar-aN

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupanmanusia. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaandapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspekkehidupan mereka. Keberkesanan dalam membaca jugamerupakan satu perkara penting yang perlu diambil beratoleh mund ketika membaca (Zamri 2008; Yahya 2008). Sebagai

contoh, untuk memperoleh keputusan yang cemerlangdalam peperiksaan, seseorang murid perlu mempunyaikemahiran membaca yang betul. Biasanya, murid akanmudah lupa dan tidak memahami apa yang dibaca walaupunmembacanya dengan beruiang kali. Keadaan tersebutmenmiukkan bahawa cara membaca murid berkenaan belum

dapat menghasilkan kefahaman daripada pembacaan yangdilakukan. Untuk mengelakkan pembaziran masa, muridperlu mengetahui dan melatih diri membaca dengan betulberdasarkan kaedah-kaedah pembacaan yang bersesr.raian

dengan diri mereka. Kaedah pembacaan yang tidakbersesuaian tentlrnya boleh menyebabkan murid merasacepat bosan, kr,rrang minat dan kemungkinan cepatmengantuk ketika membaca (Samsiah 2008 ; Yahya 2008 ).

Isu membaca tidak pemah lapr"rk r-rntr-rk diperkatakan.Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalamdunia globalisasi, serta bergelumang dengan duniateknologi maklumat dan perkomplrteran, namun hakikatkepentingan membaca tidak boleh diabaikan (MohamadSofee 2007). Hanya dengan membaca, negara dapat

Page 2: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

78

melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.Masyarakat membaca juga menjadikan ilmu sebagailandasan hidup. Oleh yang demikian, masyarakat membacasangat cintakan bahan-bahan ilmu, khususnya buku, jurnaldan majalah yang menyalurkan ilmu dan menyuburkanhikmah.

N4asalah membaca juga dapat menjejaskan prestasipencapaian murid dalam semua mata pelajaran. MenurutMahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan prosesmembaca penting dilakukan untuk membantu muridmenambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitandengan aspek membaca mencerminkan wujudnyakesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagaibudaya ilmu yang perlu dikekalkan. Dalam pendidikanbahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap prosesmembaca telah diberikan perhatian, terutama melaluipenetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai sepertiyang terkandllng dalam pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendahmahupun sekolah menengah (Kernenterian PendidikanMalaysia 2000). Justeru, masalah membaca memberi kesanterhadap keupayaan murid-murid untuk mencapaikeputusan yang lebih baik dalam semua mata pelajaran,termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Laran BslareNc PENDTDTKAN Dr

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Dalam bukr.r Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam,Bahagian Kurikulum Pendidikan Rendah Atas (darjah 4hingga 6) ada menyatakan matlamat pendidikan adalahuntuk memperkukuh kemahiran asas murid-murid, dan padamasa yang sama memberikan tumpuan kepada asuhanrohani dan akhlak. Pembelajaran lebih berorientasikankepada mengingati fakta-fakta, pelajaran yang berkaitandengan suasana dan alam sekitar murid-murid. Matlamattersebut adalah untuk memastikan dapat menguasaikemahiran asas dan bersedia mempelajari berbagai-bagaimata pelajaran yang terkandr,rng dalam kurikulumpendidikan menengah selepas mereka keluar daripadaperingkat ini (Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam1 985).

Kurikulum pendidikan rendah atas (darjah 4 hingga 6)ini diterjemahkan ke dalam Sukatan Pelajaran BahasaMelayu Sekolah-sekolah Rendah Darjah t hingga 6. Dalambuku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (1997), penekanankemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh mr-rrid-muriddarjah enam digariskan seperti berikut:

1. Membaca bahan-bahan yang dihasilkan oleh murid.2. Membaca buku-buku teks asas dan tambahan darjah

enam.

3. Membaca buku-buku lain yang bersesuaian (Rumi danJawi).

4. Membaca majalah, akhbar, rnakalah dan lain-lain yangsesr-rai (Rumi dan Jawi).

Jumal Pendidikan Malaysia 35(2)

5. Membaca petikan majalah, akhbar, makalah, dan lain-lain yang sesuai (Rumi dan Jawi).

Interpretasi kemahiran membaca dalam SukatanPelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah di BruneiDarussalam bertujuan untuk membantu guru melaksanakanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kemahiranmembaca membolehkan seseorang mr-rrid yang belajarselama enam tahun di sekoiah rendah itu menggunakanbahasa yang sewajarnya dengan perkembangan Lrmurmereka dalam perhubungan sehari-hari dan dalammempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalamkurikulum sekolah rendah. Menurut Sabar (2008),sepatutnya selama enam tahun berada di sekolah rendah,seseorang murid sudah dapat menguasai kesemuakemahiran bahasa, baik dari segi lisan, bacaan, kefahamanmahupun gerak kerja bertulis.

PERNvATAAN MRs,qr-nn

Di negara Brunei Darussalam, kajian tentang membacabelum banyak dijalankan seperti di Malaysia atau negara-negara lain. Walau bagaimanapun, masalah membacamemang wujud, terutama di peringkat sekolah rendah. Buktiwujudnya masalah membaca ini dapat dilihat melaluipencapaian murid melalui keputusan peperiksaan sekolahdan awam (Kepr-rtusan Peperiksaan Penilaian SekolahRendah 2003-2007). Meiihat pentingnya kemahiranmembaca itu, maka kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan sebahagianmurid darjah enam di Brunei rnenghadapi masalah membaca.

Kamaruddin (I 990) n.renyatakan bahawa kelemahanmurid dalarn membaca dan memahami teks yang dibacasememangnya menjadi masalah yang besar kepada rnurid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu bolehn.renimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untukmengikuti proses belajar seterLlsnya. Masih terdapatrungr-rtan dalam kalangan guru sekolah rendah dan sekolahmenengah di Brunei Darussalam yang mempersoalkanrnurid yang tidak boleh membaca dan memaharni teksdengan berkesan. Masalah ini dapat dilihat melalui hasilkeputusan ujian dan peperiksaan awam sekolah (LaporanTahunan Pelajaran 2005). Elizabeth Liew (2006) jugamenyatakan bahawa penguasaan bahasa Meiayu formal disekolah rendah, menengah dan universiti telah menarikperhatian pihak akademik dan pendidik untuk mengkajialiran pencapaian bahasa Melayu di peringkat sekolahrendah yang semakin merosot.

Jadual 1 memaparkan pencapaian murid darjah enamdalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (esn) daritahr.rn 2003 hingga 2007, khususnya dalam mata pelajaranBahasa Melayu di negara Brunei Darussalam. Jadr.ral Itersebr-rt menunjukkan masih terdapat sebilangan muriddarjah enam di Brunei yang tidak lulus dalam BahasaMelayu. Walaupun peratlls gagal itu agak rendahberbanding dengan mata pelajaran lain, tetapi bagi na::pelajaran Bahasa Melayu, ini men-rpakan sesr-rr.i,-- :;:. ,-

Page 3: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

-p

Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

JADUAL L Keputusan Peperiksaan penilaian Sekolah Rendah Kerajaan bagi MataPelajaran Bahasa Melayu dari Tahun 2003_2001

Tahun Ramai Calon Lulus % Gagal o//o

79

2003

20042005

20062007

5356

5394

51145032

51i6

5 130

s251

49144733

4908

95.78

91.35

96.09

94.06

95.93

226

143

200299208

/ 11

2.6s

3.9 r

5.944.0'7

Sumber: Jabatan Pepcriksaan, Kcmentcrian pendidikan Brunci (2007)

yang agak membimbangkan. Kegagalan murid-muridtersebut membuktikan bahawa mereka menghadapipermasalahan membaca. Laporan Ketua pemarkahan matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2004 sehingga 2007menyatakan bahawa masalah membaca merupakan salahsatu penyebab kepada tingginya peratus kegagalan dalampeperiksaan Bahasa Melayu (Laporan Ketua pemarkahan

2004-2001). Keputusan mata pelajaran Bahasa Melayudrjadikan kayu ukur untuk menilai kemampuan membacamr-rrid-murid di Brr,rnei Darussalam.

Jika dilihat padapencapaian muridmengikr-rt gred dalammata pelajaran Bahasa Melayu dari tahun 2003 hingga2007(Jadual 2), masih ramai n.rurid yang memperoleh gred D.Gred D menggambarkan mr-rrid berkenaan mempunyaimasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Inimenunjukkan bahawa murid yang memperoleh gred D dapatdikategorikan sebagai n.rurid yang menghadapi masalahmembaca. Ini menunjr-rkkan bahawa memang wujud murid-murid yang lemah alau gagal membaca di Brunei walaupun

negara ini sebuah negara yang kecil, mempunyai jumlahpenduduk yang sedikit, lengkap dengan prasaranapendidikan dan sudah maju dalam bidang pendidikan.

Kajian Unit Bahasa dan Kesusasteraan Melayr"r,Jabatan Perkembangan Kurikulum (2006) terhadappencapaian lapan buah sekolah rendah di Brunei mendapati55 peratus atau lebih daripada separuh murid di sekolah-sekolah yang dikaji berada di tahap lemah, dan 45 peratussahaja yang dapat dikategorikan sebagai baik dan lancarmembaca. Masalah membaca yang dihadapi oleh murid-rnurid ini telah mernberikan kesan yang tidak baik terhadappencapaian murid-murid tersebut. Mereka bukan sahajamenghadapi masalah pada mata pelajaran Bahasa Melayu,malah juga menjejaskan hampir semua matapelajaran yanglain. Laporan Lembaga Peperiksaan Brunei (2007) inimembuktikan bahawa kebanyakan kes murid yang gagaldalam matapelajaran tertentu atau gagal keseluruhan adalahkerana mereka menghadapt masalah membaca.

JADUAL 2. Pencapaian calon dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu Mengikr-rtGred di antaraTahun 2003-200i

Tahun Ramai Calon n//oDC

200320042005

20062007

5356

5394

511450325l l6

1361

17 t2r 356

l 399I 558

1784

l 828I 832

1444177 1

1541

1349

1397

t4041297

44 8.31

362 6.71

329 6.43486 9.65282 5.51

Sumber: Jabatan pcperiksaan, Kcmcntcrian

Masalah membaca memberikan kesan yang tidak baikterhadap pencapaian individu dalam pembelajaran.Ketidakbolehan membaca juga boteh memberikan kesanpsikologi kepada indrvidu berkenaan, sehingga merekakr-rrang dapat mengembangkan diri sendiri sekiranya merekamemiliki kebolehan membaca yang baik. Mengikut Md. Daud(2000), terdapat ramai murid di Brunei yang tidak mampuberlutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea,pendapat dan sebagainya. Sikap sesetengah guru BahasaMelayu yang kurang memberikan perhatian terhadapkernahiran membaca dan bertutur sewaktu berada di bilikdarjah berkemungkinan telah menyumbang terhadapkeadaan sedemikian. Bagi murid darjah enam di sekolah-sekolah rendah di Brunei Darussalam, sepatutnya mereka

Pendidikan Brunci (2007)

telah dapat menguasai kemahiran membaca tersebut dan dapatmemahami teks yang dibaca. Mr.rrid-muricl yang berdepandengan masalah mernbaca tenfunya terdapat faktor-faktortertentu yang menyebabkan berlaku gejala tersebut. Oleh itu,kajian m.ualah membaca di peringkat sekolah rendah di Bmneipenting dilakukan bagi mengetahui faktor penyebab, usahamengatasi, unpak dan harapan murid, ibu bapa dan guru dalammenyelesaikan masalah membaca ini.

SoALAN Ke:IRN

Kajian ini bertujlran r.rntuk n.rengenal pasti faktor-faktor yangmenyebabkan berlakunya masalah membaca dalam kalangan

Page 4: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

80

murid darjah enam di Brunei Darussalam. Secara khusus,kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah faktor-faktoryang menyebabkan masaiah membaca dalam kalanganmurid darjah enam di Bn-rnei Darussalam masih berlakuwalaupun sistem pendidikan semakin maju dan bertarafdunia.

METoDoLoGI

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu talacara mengumpuldan mengolah data berdasarkan perancangan khusus dan

sistematik yang melibatkan serangkaian pemboleh ubahdalam sesebuah kajian (Chua Yan Piaw 2006). Kajian inidijalankan sepenuhnya menggunakan kaedah kajian kes,iaitu mengunakan reka bentuk kajian kes satu kes pelbagaitempat (mu h i c a s e mu I t ip I e s i t e). Mu I t i c a s e meruj uk kepadabeberapa orang murid, guru dan ibu bapa yang memberikandata tentang masalah membaca, manakala multiplesitemerujuk kepada beberapa buah sekolah yang dijadikansebagai tempat kajian ini. Pengumpulan data melalui temubual mendalam menjadi tunjang kepada kajian ini.Penggunaan kaedah kajian kes ini membolehkan penyelidikuntuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentangpennasalahan membaca dalam kalangan murid yang dikaji(Creswell 2007). Dengan menggunakan kaedah ini, pengkajidapat mencungkil perasaan, emosi dan pernikiran peseftakaiian permasalahan membaca tersebut. Dalam kajian ini,pengkaji dapat bertindak sebagai alat pengkajian yangsensitif serta berkeupayaan memahami perlakuan-perlakuanmanusia. menggunakan pengalaman dan pengetahuanuntuk meneliti dan menelaah tentang apa yang dikaji denganlebih bermakna (Marohaini 2001 ). Reka bentuk ini dipilihkerana dapat memberikan gambaran yang kukuh tentangpermasalahan membaca murid-murid sekolah rendah yangdikaji.

PESERTA KAJIAN

Dalam kajian kes, istilah yang sering digr.rnakan adalahspradley alaupun social situation (Sugiyono 2005). Sitr,rasi

sosial ini merujuk kepada tempat, pelaku dan aktiviti yangberinteraksi secara sinergik. Situasi sosial di sini merujukkepada situasi sekolah, faktomya adalah murid dan gurudan aktivitinya adalah pendidikan. Dalam kajian ini,penyelidik telah memilih murid-murid yang bermasalahmembaca, guru-guru dan ibu bapa yang berperanan sebagaipendidik kepada murid-murid tersebut untuk drjadikansebagai peserta kajian. Pemilihan peserta kajian tersebutdilakukan secara rawak bertujuan, iaitu teknik pengambilanpeserta dengan mengambil kira pertimbangan tertentu.Pertimbangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialahpeserta kajian yang dipilih dapat memberikan datasepenuhnya tentang kajian ini. Penentuan kriteria peserta

tersebut dilakukan oleh pengkaji dan juga mengambil kirapandangan pihak sekolah tentang murid-murid yang

\_ __-,_Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)

menghadapi masalah membaca tersebut. Hal ini dinyatakanoleh Flick (1998) di mana pemilihan peserta bagi kajiankualitatif adalah berdasarkan dengan kesesuaiannyadengan tajuk yang dikaji. Pemilihan peserta daiam kajiankualitatif (kajian kes) tidak berasaskan kepada jumlahataupun kuantiti sampel seperti dalam kajian kuantitatif.Apa yang paling penting ialah subjek yang dipilih dapatmemberikan maklumat secara maksimum dan peserta kaj i an

tersebut memberikan maklumat yang hampir sama (sampaipada peringkat ketepuan data).

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan tiga set soalan temu bua1. iaitupanduan temu bual murid, guru dan ibu bapa murid. Soalanprotokol temu bual kajian ini telah dibina dalam bentukpertanyaan terbuka, iaitu peserta temu bual bebasmenyatakan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalanyang diberikan tanpa disekat. Bagaimanapun, penemu bual(pengkaji) tetap sahaja memandu perbincangan agar tidakmeluas kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan

kajian yang sedang dijalankan. Bagi melancarkanperbincangan semasa temu bual, pengkaji telah menyusunketiga-tiga set soalan protokol tersebut dalam bentuk yanghampir sama, iaitu mengandungi soalan pembuka, soalanpengenalan, soalan transisi, soalan kunci dan soalanpenutLlp.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DATA

Untuk melihat kesahan protokol temu bua1, pengkaji telahmeminta beberapa orang pakar untuk menilai dan menyemaksoalan protokol yang dibina. Untuk melihatkebolehpercayaan data temu bLral yang drjalankan, pengkajimenggunakan kaedah pengiraan Indeks KebolehpercayaanCohen Kappa seperti yang dicadangkan oleh Yin (2004).Penggunaan Indeks Kebolehpercayaan Cohen Kappa bolehdipercayai kerana beberapa pengkaji kualitatif di Malaysiatelah menggunakan persetujuan Cohen Kappa ini untukmengesahkan tema atau unit yang ditemui dalam analisisdata temu bual supaya boleh dipercayai (hhatZamri2004;NikMohd. Rahimi2005).

Pengkaji telah meminta perkhidmatan tiga orang pakaruntuk menyemak dan memberikan komen terhadap protokoltemu bual yang telah siap dibina oleh penyelidik. Ketiga-tiga orang pakar tersebut ialah dua orang mempunyaikepakaran dalam bidang Bahasa Melayu dan satu oranglagi mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikankualitatif. Kebolehpercayaan data temu bual dilihatmenggunakan kaedah Indeks Kebolehpercayaan CohenKappa (K) menggunakan formula yang dicadangkan olehYin ( 1 994), iaitu seperti berikut:

(fa-fc)/(N-fc)fa : kekerapan persetujuan penilaifc : kekerapan kebarangkalian5 : jumlah item yang disediakan dalarn skema

pengekodan

Page 5: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

JADUAL 4. Nilai Persetujuan Cohen Kappa

Pakar I Pakar 2 Pakar 3

8l

Cohen Kappa Keseluruhan

,. 26- 13N- 24 13

l1

13

K: 0.84

,, 25 t3

26,13

12K:-13

K: 0.92

24 l326, 13

l1K--l3

K: 0.84

0.84+0.92+0.84K:

2.60

13

K: 0.87

Indeks kebolehpercayaan Cohen Kappa secarakeseluruhannya ialah K: 0.87. Landis dan Koch (1977)telah mencadangkan cara interpretasi nilai yang diperolehmenggunakan formula Cohen Kappa tersebut, iaitu nilaikebolehpercayaan yang melebihi 0.75 menunjukkanpersetujuan yang kuat ataupun menunjukkan tahapkonsistensi pengekodan datayang dilakukan oleh pengkajiadalah tinggi. Nilai 0.41 hingga 0.74 menunjukkan tahapketekalan yang sederhana, dan nilai di bawah 0.40menunjukkan tahap ketekalan yang 1emah.

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Data daripada temu bual telah dilakukan proses transkripsibagi setiap subjek. Setelah data disemak, pengkaji terusmendapatkan tema-tema penting daripada data tersebut.Proses yang sama terus dilakukan sehingga sampai padatahap ketepuan data. Untuk memr"rdahkan pengkajimengorganisasikan data, perisian NVivo 7 digunakan.Sebelum proses analisis dilakukan menggunakan perisiantersebut, semua hasil transkripsi dipastikan bersih terlebihdahuh,r, iaitu dengan cara merninta tolong semak semula(peer-checking) oleh subjek kajian. Langkah selanjutnyaadalah mencari tema-tema penting tentang faktor-faktormasalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid yangterlibat dalam kajian ini.

DaparnN Ke.:reN

PROFIL PESERTA KAJIAN

Seramai l4 orang telah dipilihkan sebagai peserta kajian.Mereka terdiri daripada enam orang guru, empat orangmurid dan empat orang ibu bapa murid. Guru-guru yangdijadikan peserta kajian terdiri daripada guru-guru yangmengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 6 di empatbuah sekolah rendah di daerah Brunei Muara, BruneiDarussalam. Murid yang menyertai kajian ini ialah murid-murid yang telah dipilih oleh guru Bahasa Melayu danmemenuhi kriteria sebagai peserta kajian. Ibu bapa pulaterdiri daripada bapa dan ibu subjek murid yang telah dipilihtadi. Semua peserta kajian diberikan kod, iaitu G 1, G2, G3,G4, G5 dan G6 untuk guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Ml, M2, M3 dan M4 untukmurid-murid yang belajar di darjah enam yang telah dipilihsebagai subjek kajian. Manakala IBl, IB2, IB3 dan tB4

adalah kod ibu bapa murid yang menjadi peserta kajian.Enam orang guru sekolah rendah yang menyertai kajian initerdiri daripada dua orang perempuan dan empat orangguru lelaki. Seramai empat orang murid lelaki menjadi peserta

kajian, manakala subjek ibu bapa pula pula terdiri daripadatiga orang lelaki dan seorang perempuan. Semua subjekyang dijadikan peserta kajian ini diberikan kod untukmelindungi identiti mereka.

FAKTOR-FAKTOR MASALAH MEMBACA

Berdasarkan dapatan temu bual mendalam yang dijalankanterhadap 14 orang subjek, telah dikenal pasti enam faktorutama punca berlakunya masalah membaca dalam kalanganmurid darjah enam di sekolah rendah kerajaan BruneiDarussalam. Keenam-enam faktor-faktor tersebut ialah(1) kaedah atau cara pengajaran guru, (2) persekitaran,(3) psikologi, (4) individu, (5) masa pengajaran dan (6) teksyang digunakan. Faktor-faktor tersebut digambarkan secara

terperinci pada Rajah 1.

KAEDAH PENGA.]ARAN GI]RT]

Hasil dapatan temu bual yang dijalankan didapati kaedahpengajaran guru merupakan salah satu punca berlakunyamasalah membaca dalam kalangan murid darjah enamsekolah rendah kerajaan Brunei. Kaedah pengajaran guruyang didapatkan melalui kajian ini dapat dirumuskan kepadatiga punca utama, iaitu (1) kurang pengalaman, (2)penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu, dan ( i 3) tidak ada kaedah yang berkesandalam pengajaran membaca. Ini diakui oleh peserta kajianyang ditemu bual seperli contoh berikut:

Kebanyakan kami guru-guru ini kurang pengalamanmengajar membaca atau mereka tidak menggunakan kaedah

membaca yang sepanttnya seperti kaedah suku kata atauapa-apa kaedah yang baiklah (G2).

... kita guru-guru kurang tahu tentang kaedah pengajaranmembaca yang terkini dan kita tidak ada pilihan lain,melainkan mengajar murid kita membaca mengikutkemampuan dan kadang-kadang berdasarkan pengalamanyang lampau yang belum tentu dapat meningkatkankemahiran membaca murid-murid (G 1 ).

Kami disuruh rnembaca di rumah, waktu berada di sekolahkami disuruh membaca lagi cerita yang sama. Itu saja.

Kadang-kadang di sekolah membaca beramai-ramai (M3).

Page 6: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

82

Seingat saya anak saya ini semasa berada di kelas rendahbawah sudah mula menunjukkan kelemahan membaca, bagisaya kalau di peringkat awal sudah diatasi dan dibantusaya fikir tentu masalah ini tidak akan sampai ke darjahyang lebih tinggi. Bagi saya cara guru mengajarlah,... tidakkenalah cikgu (lB l,1.

Sayajuga tidak menyalahkan kepada anak saya saja, inijuga ada kena-mengena dengan cara guru mengajar di sekolah(rB3).

Kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu yang tidakberkesan menyumbang kepada masalah tidak bolehmembaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Masalahini bertambah kritikal apabila guru Bahasa Melayu yangmengajar kurang berpengalaman dan mengajarmenggunakan kaedah tradisional.

FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunyamasalah membaca dalam kalangan murid darjah enam disekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam ialahpersekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktorpersekitaranyang ditemui dalam kajian ini, iaitu (1) keluarga,(2) sekolah, dan (3) rakan. Kesemua peserta kajian mengakuibahawa faktor keluarga, sekolah dan rakan sebayamerupakan antara faktor masalah membaca masih berlakr"r.Ketiga faktor persekitaran yang menjadi penyumbangkepada berlakunya masaiah membaca dapat ditunjukkandalam petikan temu bual terhadap peserta ibu bapa dangLrru.

Jumal Pendidikan Malaysia

la

:

i

.

Memantau perkembangan membaca dia jaranglah, sebabsaya dan isteri selalu mengingatkan dia untuk belajar subjekMatematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Lagipun dia sudahberada di darjah enam saya rasa belajar membaca tidakperlu lagilah (IB I ).

Persepsi ibu bapa juga begitu lebih mementingkan subjeksepefii Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris merekasanggup menghantar anak-anak mereka belajar (tuisyen)untuk subjek tersebut tetapi tidak pada Bahasa Melayuyang mereka anggap mudah lulus dan kurang penting, tetapisebaliknya anak-anak bukan Melayu pula (kebiasaannyaorang Cina) pula yang menghantar anak-anak merekabelajar/nrisyen bahasa Melayu kerana subjek ini pentinguntuk mendapatkan biasiswa. Saya rasa persepsi ini jugamenjadi punca (G2).

Bagi saya ada banyak faktor, seperti faktor latar belakangkeluarga murid tersebut, seperti latar belakang ibu bapamereka yang berpendidikan rendah jadi ibu bapa sepeniini tidak memahami apa kehendak dan keperluanpendidikan anak mereka. Misalnya tidak menyediakanbahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh anak-anakmereka (G4).

Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalahini. Masalah membaca ini sepatutnya sudah selesai atautidak lagi ada bagi murid darjah enam. Contoh saya padamasa ini lebih fokus kepada murid untuk menghadapipeperiksaan PSR 2009, saya tidaklah lagi akan banyakmenumpukan perhatian kepada mengajar membaca murid-murid yang lemah ini, kerana bagi saya murid darjah enamini mesti lulus peperiksaan pSR ini nanti. Caranya sajaialah murid yang lemah ini diajar oleh gunr-guru lain khusus

!rx**r,L j i*F-:i f p**g*jm;i"'ff' j ldffi; j ld;,tr 1--.!Jl*:,'j,'..,.-'nt'u*'.j,.'*.,.,..',.,,.-__-.-.,.

-i -i' . -." ''t <* - { -a- F r't I l,+,]'_::1";I".-.:t-:,1 ?*rr: -,*-.- -"fF:,L,lr--1. I.r-:. -.-t.:uir*;3r:n..;1 . T:_r.: Fq*r.: ; ll.:::T.; '

' ,::, i;;, i'',;.f,,', 'if'.

;-'' .; ' .. ::.:: " -* | J"Ii*i:.rJr,,iI*, ri. f,'d#;-' lr*;;, | 't:af i:r ;3-**'3 1,tl*lo,;,,""t'*..J 11,'*l ,a'r*:r'il.*tj:1Jl1i

' " ** ,, :,.;r-.;tr .' :q5TJr, .

i, 1." ..{- :--t},

TebYB i' .J "r -,"' r' }"*iilrtr ti .t fo*kir i :' f*r* i --lt

f-A*, 'i'. D$r'aI; .r ' _Ilx1 ,' , Prryrjan t.T:t ni[6o I Irairitu

I trn:$i r r::}ar::? I * t€lj i;*s11 i| ,r,t,l : i

RAJAH 1. Faktor-faktor Masalah Membaca

i",ll,"'.',i: 1l ":::: ,'L1ii;:i$:,i:; j ,",:'t l';llLT,'"';l ll '-r,,.- u I ,,,-., * ' l-l'l ',,r',I rt'i:|.:'D:t{, I t-':ilr€n .irr,,i.rrrs1.1s I ,:xr+s n I ,;;;;,.,i" ll 1"r.r | *n::,r,,i ll _,.i:;:,. | ,t.,r:rrI lca'+;r.;i il ;\',{r.r:{r i.,."-,1 ,:rr.Jrt i xi: L:'"1,r,:',_'" ll .',,,,,, j.*r. I r,:r.rr:iri ']l ,{r' u()r I :{:r{r!.=.n-, 14,u;, jl -.,ri,.; :, rr*r*.ea.{,.r}:.1 i rr.,:,,,, 1..,::,:;':.:1... il ';;l ;: ;;' | ,,"];;l,j.'l.l" ll ,"r."u** | ,,.r,*,I ,rir.'-::t ilri+'{}ii:*tl : o...;;;.;;-;- i r*"i.:',.1 l;+;;'l;: ll I r* u..;r*:j l' _!;"1,,",,,,i ,krr' .lrr.rn,!1 rr ,''r.,;..r..='-,r. ]r,r.,Jr:i;:; r:'l;.,*":;,_,,,r1 !i:.;ri:r4r*;i.rl-::r,s::r+r*

: ., -,'iiF._.,r" i*,*= t | ;,;;",_i" I *- r

ri--, i,....,,,.-,-,?"""^""""^""^^^^]---. ti-.:_i ::;f,:::irli:l'!r:1.!>,i, Ii r- :-.,. -,." 1-. " j :" -"

I'" t":itl::it:il I

i !*5! ier.*,trl | "c:.**;f+ry* |

i l:r*.1:l:;.*a::r i: r r,,,,u,,*.. i

Page 7: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

untuk membaca sahaja. Bagi saja ini sudah terlambat.Sepatutnya mengatasi kelemahan membaca ini sudahbermula sejak murid itu dikenal pasti lemah membaca itulah.Kerana pada darj ah 1,2 atat3 mereka ini sepatutnya sudahmantap dengan kemahiran membaca. Jadi bila dia berada didarjah 4,5 dan 6 tumpuan guru hanya kepada pengajaranmata pelajaran seperti Matematik, Sains, Geografi, BahasaInggeris dan Bahasa Melayu (G5).

Faktor sekolah juga saya rasa menjadi salah satu faktorterhadap masalah ini, misalnya saya melihat persepsi guru-guru dan juga pentadbir sekolah termasuk pihakkementerian yang lebih mementingkan subjek-subjek lainberbanding dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Lihatsaja bila hendak peperiksaan PSR guru-gurl sibuk denganpelbagai program untuk subjek Matematik, Sains danGeografi mereka seolah-olah melupakan kepentinganpelajaran Bahasa Melayu (G6).

Semua peserta kajian mengatakan bahawa faktorkeluarga adalah antara penyumbang wujudnya masalahmembaca. Empat orang subjekberpendapat bahawa faktorrakan sebayajuga boleh menyumbang kepada berlakunyamasalah membaca dalam kalangan murid. Manakala empatorang subjek bersetuju bahawa faktor persekitaran sekolahjuga mempengaruhi keupayaan membaca murid-murid.

FAKTOR PSlKOLOGI

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membinatabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalamterhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itumengalami proses pembacaannya. Dapatan kajian yangdijalankan mendapati terdapat dua faktor yang berkaitandengan psikologi, iaitu (l) kurang minat belajar dan(2) kurang mengambil perhatian semasa belajar. Faktor tidakminat mernbaca merupakan salah satu faktor yangmenyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalamkalangan murid darjah enam. Hal ini diakui oleh pesertakajian yang terlibat secara langung dalam kajian ini. Bagipeserta ibu bapa IB4, beliau mendapati bahawa anaknyakurang berminat untuk membaca. Ini berdasarkan padapetikan ternu bual dengan IB4 yang mengatakan: "...sayalihat dict (M4) kurang berminat atau suka membaca".

Peserta Ml turut menyatakan bahawa sikap kurangminat membaca pada dirinya adalah berpunca daripadakegagalannya untuk menguasai kemahiran membacadengan baik. Katanya, "...saya tidak berapa pandaimembaca, jadi... tidak berapa minat membctca buku".Peserta kajian yang terdiri daripada guru Bahasa Melayujuga mendapati antarcpunca kelemahan membaca dalamkalangan murid yang terlibat dalam kajian ini adalahberpunca daripada kurang minat membaca. Peserta G2, G3dan G4 menyatakan:

...bagi saya kebanyakan murid yang bermasalah membacaini adalah merupakan murid yang kurang minat belajar,apatah lagi untuk membaca. Ini berdasarkan pemerhatiansaya terhadap murid-murid yang lemah membaca denganyang pandai membaca. Murid yang pandai membaca lebihsuka membaca buku atau apa sahaja bahan bacaan (G3).

Tumpuan belajar dari murid itu kurang, misalnya semasapengajaran di bilik darjah murid-murid seperli ini kurangmengambil perhatian terhadap pengajaran yangdisampaikan oleh guru. Perkara inijuga saya rasa berkaitrapat dengan sikap dan tabiat belajar murid berkenaan.Sebab murid yang pandai membaca mempunyai sikap dantabiat rajin belajar berbanding dengan murid yang lemahmembaca ini. Memang sudah ditakdirkan mungkin beginikeadaannya (G2).

Saya perhatikan murid-murid ini semasa kita mengajar,mereka kurang mengambilperhatian, Nampak sepefii agakmalas sikit ketika belajar Jadi bila sudah tidak menumpukanperhatian pada pengajaran guru macam mana mereka nakbelajar dan faham apa yang diajarkan oleh cikgu (G4).

Dapatan perbicangan ini menunjukkan faktorpsikologi seperti kurang minat belajar dan kurangmenumpukan perhatian terhadap pengajaran guru adalahmerupakan sikap negatif yang ditunjukkan oleh muridterhadap pengajaran guru bahasa Melayu di dalam bilikdarjah. Jika sikap ini tidak diatasi, pihak guru banyakmasalah akan timbul terhadap keberkesanan pembelajaranmurid dan pengajaran guru. Salah satu daripadanya ialahkelemahan membaca yang berlaku dalam kalangan muriddarjah enam di sekolah-sekolah rendah kerajaan BruneiDarussalam.

FAKTOR IND]I4DU

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dankebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyaikecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahamidengan cepat bahan b acaanyaigdibaca berbanding mrnidyang lemah membaca. Dalam konteks kajian ini, faktorindividu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasanmurid lemah dalam pernbelajaran dan membaca. Murid-mLridini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapatmengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalamjangka masa yang panjang.

Bagi sebilangan pesefia guru, faktor kecerdasan muridatau individu berkait rapat dengan kebolehan membacamereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikanindividu berkenaan tidak boleh mengingati apa yangdipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkanmurid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari apayang telah dipelajari. Ini diakui oleh peserta G1, G3 danjuga peserta IB I dan I84 ketika ditemu bual.

Mengikut latihan-latihan yang pemah dibuat mungkin Iemurid berkenaan terlalu rendah, ingatan hanya sementaratidak boleh membawa ke hari esok, tanggapan selalu meleset(G1):

...ya, saya faham. Murid ini memang murid yang normaltetapi saya rasa tahap kecerdasannya memang rendahberbanding murid yang lain. Sebab itulah dia lemahkemahiran membaca (G3).

Yang saya tahu cikgu dia agak lemah sedikit ketika itu tapisejak naik darjah 5 dan 6 kebolehan membaca dia agaksemakin baik. Saya rasa anak saya yang seorang ini agak

83

Page 8: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

84

slow sikit berbanding dengan adik-beradiknya yang lain.Mungkin agak kurang cerdaslah cikgu (IB I ).

Saya tahujuga cikgu yang anak saya ini membaca agak lambatsikit, tetapi masih boleh membaca. Yalah cikgu, agak perlahanlah kalau membaca...membaca tidak berapa lancar (IB4).

Faktor individu yang berkaitan dengan kecerdasan inibanyak ditimbulkan oleh peserta kajian. Faktor inimerupakan salah satu punca wujudnya kelemahanmembaca dalam kalangan murid di sekolah rendah.Kebanyakan subjek guru dan ibu bapa bersetuju bahawamurid-murid yang bermasalah dengan kemahiran membacaini terdiri daripada murid-murid yang normal, tetapimempunyai kecerdasan yang rendah berbanding denganmurid-murid yang lebih pandai. Faktor individu inilah yangbanyak mempengaruhi berlakunya masalah membaca dalamkalangan murid di sekolah rendah di Brunei Darussalam.

TEKS YANG DIGUNAKAN

Secara tradisi, variasi dalam pembacaan murid berpuncadaripada jenis teks yang dibaca. Pengaruh teks terhadappembaca adalah sangat kompleks. Teks yang mudah danmenarik memr-rdahkan pembaca, membaca dan memahamiisi kandungan teks tersebut. Sebaliknya, jika teks yangdibaca terlalu tinggi bahasanya, banyak teks, tulisan yangkecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan pembaca.Dapatan temu bual mendapati terdapat dua perkara utamavang berhubung kait dengan faktor teks, iaitr,r tidak menarikdan sukar difahami.

Berdasarkan keterangan subjek kajian, teks yang tidakmenarik adalah berkaitan dengan isi kandungan atau bahancerita yang sr-rdah terlalu lama dan kurang sesuai dengankeadaan semasa rnurid. Kenyataan ini bertepatan denganketerangan subjek Gl yang menyatakan bahawa buku teksbacaan yang digunakan oleh murid-murid darjah enam tidaklagi sesuai digunakan oleh mLrid-murid pada masa krni. Ceritayang terdapat dalam teks berkenaan sudah iama, perludiperbaharui dan disesuaikan dengan keadaan dan kehendakmurid masa kini. Di samping itu, sebahagian kandungan teksbacaan tersebut terlalu panjang dan sukar difahami murid.Kandungan teks berkenaan kurang sesuai dengan kebolehanmurid da{ah enam, temtama murid yang masih rendah tahapkemahiran membaca mereka. Kenyataan ini dijelaskan olehpeserta G I , G2 dan G3 melalui temu bual berikut:

Saya rasa adajuga yang selari dan sesuai tetapi adajugayang perlu diubah suai. Misalnya ada sebilangan teks bacaanyang terlampau panjang, adajuga teks bacaan yang sudahlama, cerita dalamnya perlu yang baru dan disesuaikandengan keadaan murid masa kini (G 1).

Buku teks bacaan yang digunakan setakat ini sesuai jugatetapi adajuga sebahagian kandungan teks bacaan itu yangterlampau panjang di samping isi cerita yang sudah jauhketinggalan dengan alam kehidupan murid-murid masa kini.Saya rasa buku teks bacaan perlu diperbaharuilah (G2).

Buku teks kalau boleh perlu disesuaikan misalnya untukmenarik minat murid-murid (G3).

Jurnal Pendidikan }{alavsia -l5r. i

Faktor buku teks yang kurang menarikjuga diakui olehsubjek murid yang teriibat kajian ini. Sebagai contoh, pesertaMi dan M2 yang ditemu bual berpendapat bahawa adasebahagian cerita atau isi cerita dalam bahan baoaan yangdigunakan mereka pada masa ini kurang menarik sekaliguskurang menarik minat mereka untuk membaca sepefii manadijelaskan dalam hasil temu bual berikut:

Suka sedikit kerana susah untuk dibaca dan difahami. Sebabceritanya panjang, perkataannya panjang dan susah untukdieja (M1).

Adajua saya suka. Tetapi banyak yang saya tidak sukasebab ceritanya tidak seronok dan susah nak dibaca(M2).

Dalam hal ini, subjek murid didapati lebih menggemaribahan bacaan yang mudah dibaca dan difahamiberdasarkan kepada kemahiran membaca subjek itu sendiri.Ini diakui oleh M4 yang menyatakan bahawa.. "Saya sukamembaca buku bacaan yang senang saja cikgu". Denganperkataan 1ain, beberapa subjek murid bersetuju bahawafaktor teks bacaan merupakan salah satu faktorpenyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalamkalangan murid sekolah rendah di Brunei Darussalam.

MASA PENGAJARAN

Faktor masa pengajaran bermaksud masa pengajaranmembaca yang diperuntukan terlalu singkat dan tidakmencukupi. Peruntukan masa pengajaran membaca yangterlalu singkat ini tidak banyak membantu murid tahapkecerdasan sederhana dan lemah untuk menguasaikemahiran membaca. Kenyataan masa pengajaran membacayang singkat dan tidak mencukupi dikongsikan oleh pesertaG1, G3, G4, G5, G6 ketikaditemubual:

Bagi saya masa 30 minit itu tidak mencukupi, sepatutnyamasa membaca iru biarlah mengambil masa yang panjangterutama bagi murid barjah l, 2 dan 3 sebab bagi sayamembaca adalah asas. Jadi pada peringkat asas kemahiranmembaca atau apa saja kemahiran perlu dikukuhkanterlebih dahulu sebelum mereka ini pergi lebih jauh lagidengan mempelajari banyak mata pelajaran danmempelajari bahasa Inggeris. Saya melihat keadaan inikurang diambil perhatian berat oleh pihak kementerian.Bila dilihat pada bebanan subjek darjah 1, 2 dan 3 terlampaubanyak sehingga lapan mata pelajaran. Jadi tumpuankanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran membacadan lain-lain kemahiran itu terbatas disebabkan bebanansubjek yang banyak yang harus mereka kuasai (Gl).

Saya rasa ia perlu ditambah terutama bagi darjah l, 2 dan3. Pada peringkat ini mereka masih lagi memerlukankemahiran membaca peringkat asas. Mereka perlu mantapmembaca baharulah dia boleh menguasai kemahiranmembaca itu nanti (G5).

Bagi saya tidak mencukupi sebabnya selepas aktivitimembaca bukan hanya setakat membaca sahaja, asalpandai membaca seperti burung kakak tua maksudnya iaharus faham apa yang dibacanya dan ada aktiviti susulanselepas membaca. Seperti aktiviti bercerita dari apa yang

Page 9: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam

mereka baca tadi. Bukannya membaca hanya tahumembunyikan kata atau perkataan sahaja. seharusnya guru-guru ada inisiatif sendiri untuk menggalakkan murid-muridmembaca lebih jauh lagi (G6).

Masa membaca memang tidak mencukupi. Saya rasa masa

membaca perlu ditambah seperti subjek lain. Iaitu satu jambarulah mencukupi (G3).

Bagi saya masa 30 minit sesuai untuk murid yang pandaimembaca, tetapi tidak mencukupi bagi murid yang lemah

membaca. Saya ingin menambah juga bahawa masa

mengajar membaca selama 30 minit bagi darjah ldan 2

serta tiga itu adalah terlalu pendek. Bagi saya murid darjah

1,2 dan 3 perlu diberi masa 1 jam untuk belajar membaca(G4).

Dapatan perbincangan menggambarkan bahawa masa

pengajaran membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melaluadalah tidak mencukupi. Waktu pengajaran yang panjang

adalah masa yang sesuai bagi guru-gLru untuk mengajar

dan rnembimbing murid-murid yang lemah menguasaikemahiran membaca.

KESIMPULAN

Masalah ketidakbolehan membaca masih berlaku di negara

Brunei Darussalam. Dengan jumlah penduduk yang tidakramai dan dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yangserba maju, sepatutnya masalah tidak boleh membaca initidak boleh berlaku atau seknrangnya dalam jumlah yangsedikit. Melalui kaedah temu bual yang dijalankanterhadap peserta guru, murid dan ibu bapa murid, makaterdapat banyak faktor yang telah dikenal pasti. Oleh itr.r,

agensi-agensi bawah Kementerian Pelajaran Brunei sepertiPusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks,Bahagian Pendidikan dan Latihan Gurr.r, JabatanPendidikan Daerah dan lain-lain perlu mengenal pastilangkah-langkah untuk mengatasi masalah ketidakbolehanmembacamurid-murid ini. Dalam kajian ini, telah dikenalpasti enam faktor utama mengapa masalah membaca inimasih lagi berlaku. Justeru, langkah-langkah menanganimasalah ini boleh dibuat dengan mengambil kira enamfaktor utama utama masalah membaca yang dihadapimurid-murid darjah enam di sekolah-sekolah rendahkerajaan di Brunei Darussalam.

RUJUKAN

Chua Yan Piaw. 2006. A sas,ytatistik penyelidikan. Kuala Lumpur:Mc Graw Hill.

Creswell, J.W. 2005. Research design: Qualitative andquanlitative approach. Thousand Oaks, CA: SagePublication.

Flick, U. 1998. An introduction to qualilative research. London:Sage Publication.

Jabatan Pelajaran Brunei. 1985. Sistem pendidikan negara B runeiD ants s a I a m. Bandar Sri Begawan : Kementerian PendidikanBrunei Darussalam.

Jabatan Peperiksaan Br-unei. 2007. Laporan ketua pemarkahankerlas peperiksaan penilaian sekolah rendah BruneiDarussalam. Bandar Sri Begawan: Kementerian PendidikanBrunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. i 988. Maklumat dasar-dasarpelajaran negara Brunei Darussalam. Bandar Sri Begawan:

Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. 7997. Sukatan pelajaranbahasa Melayu sekolah-sekolah rendah darjah I hingga VI.

Bandar Sri Begawan: Kementerian Pendidikan BruneiDarussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum.2006. Kajian membaca di lapan

buah sekolah rendah terpilih di Brunei Darussalam.BandarSri Begawan : Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Jerie anak Peter Langan. 2008. Sikap dan motivasi murid Ibandalam mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerissebagai bahasa kedua. Kefias Projek Sarjana Pendidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamaruddin Husin. 1990. Pedagogi bahasa 4. Petaling Jaya:

Longmann.

Landis, J.R. & Koch, G.G. 1977. The measurement of observer

agreement for categorical data. Biometrics 45:255-268.Mahzan Arshad. 2003. Pendidikan litera.gi bahasa Melayu: Satu

pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan kualitatif Pengalamankerja \apangan kajian.Kuala Lumpur: Penerbit UniversitiMalaya.

Marzukhi Nyak Abdullah. 1994. Kaedah pengajaran bahasa

Melayu. Kurikulum bersepadu sekolah rendah. KualaLumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Md. Daud Taha.2000. Bacaan mekanis dan hubungannya dengan

kemahiran bertutur. Bandar Seri Begawan: InstitutPendidikan Sultan Hassanal Bolkiah.

Mohamad Sofee Razak. 2007. Intelek kurang membaca. Utusan

Malaysia,26 November.Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Kemahiran mendengar

bahasaArab: Satu kajian di sekolah menengah kerajaan negeri.

Tesis Dr. Fal. Fal-ulti Pendidikan, Universiti Kebar.rgsaan

Malaysia, Bangi.Sabar Mohamad. 2008. Tabiat membaca dalam kalangan pelajar

luar bandar di Melaka. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Samsiah Yaakub.2008. Penguasaan bacaan mekanis di kalanganmurid darjah 3: Satu kajian kes di Sekolah Umar AliSaifuddin, Brunei Muara. Jabatan Pendidikan Bahasa, InstiftitPendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti BruneiDarussalam.

Sugiyono. 2005. Memahami penelitian kualitatif. Bandung: CVAlfabeta.

Wiersma, W. 2000. Research method in education: An inlroduction.Needham Heights, NY: Allyn & Bacon.

Yahya Othman. 2008. Proses dan strategi membaca berkesan.

Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.Yin, R.K. 1994. Case study research: Design and methods.2"'l

Edition. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.Zamri Mahamod.2004. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu

dalam kalangan pelajar cemerlang sekolah menengah. Tesis

Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.

85

Page 10: drzamri.files.wordpress.com · Created Date: 2/12/2011 4:57:57 PM

__

Jurnal Pendidikan Malaysia 3511 r86

Zamri Mahamod. 2008. Psikolingtristik dalam penga.jaran danpembelajaran Baha.sa Melayu. (Pnyt.). Shah Alam:Penerbitan Karisma.

Zamri MahamodJabatan Perkaedahan dan Amalan PendidikanFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor D.E.