jurnal mingguan 1

3
Jurnal Praktikum Minggu 1 Bilangan Jurnal : 1 (Satu) Minggu Praktikum : 1 (Satu) Tarikh Peristiwa : 1-5 Februari 2015 Tajuk Jurnal : Masalah Menyesuaikan Diri Dengan Persekitaran Sekolah 1) Masalah Sepanjang seminggu saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam ini, saya telah menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Hal ini disebabkan, selaku seorang guru pelatih yang masih baru di sekolah ini, masalah tersebut merupakan situasi biasa lantaran selaku pendatang baru di sekolah tersebut, setiap gerak-geri saya menjadi perhatian warga sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang masih baru dengan saya menjadikan saya agak kekok untuk melakukan sesuatu. Tambahan pula, hubungan saya dengan semua guru di sekolah tersebut tidak begitu mesra. Saya agak kekok apabila berurusan dengan guru yang lain. 2) Analisis Masalah ini timbul disebabkan saya dan rakan praktikum merupakan guru yang baru yang kurang berpengalaman berbanding dengan guru-guru sekolah yang sangat berpengalaman dan hebat. Kebanyakkan guru tidak duduk di bilik guru sepanjang masa. Oleh yang demikan, saya dan

Upload: rabbiatul-abby

Post on 26-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Jurnal Praktikum Minggu 1Bilangan Jurnal: 1 (Satu)Minggu Praktikum: 1 (Satu)Tarikh Peristiwa: 1-5 Februari 2015Tajuk Jurnal: Masalah Menyesuaikan Diri Dengan Persekitaran Sekolah

1) MasalahSepanjang seminggu saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam ini, saya telah menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Hal ini disebabkan, selaku seorang guru pelatih yang masih baru di sekolah ini, masalah tersebut merupakan situasi biasa lantaran selaku pendatang baru di sekolah tersebut, setiap gerak-geri saya menjadi perhatian warga sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang masih baru dengan saya menjadikan saya agak kekok untuk melakukan sesuatu. Tambahan pula, hubungan saya dengan semua guru di sekolah tersebut tidak begitu mesra. Saya agak kekok apabila berurusan dengan guru yang lain.

2) AnalisisMasalah ini timbul disebabkan saya dan rakan praktikum merupakan guru yang baru yang kurang berpengalaman berbanding dengan guru-guru sekolah yang sangat berpengalaman dan hebat. Kebanyakkan guru tidak duduk di bilik guru sepanjang masa. Oleh yang demikan, saya dan juga rakan praktikum saya tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan lebih dekat. Bukan itu sahaja, murid-murid di sekolah juga mungkin kekok dengan kehadiran guru yang baru. Walaubagaimanapun terdapat murid yang berani dan ramah untuk bertanya sapa.

3) Cadangan Untuk Memperbaikia. Saya perlu belajar menyesuaikan diri dari masa ke semasa selama saya menjalani praktikum di sini, supaya tidak timbul masalah lain. b. Saya perlu berubah menjadi seorang yang berkeyakinan dan manis mulut apabila berjumpa dengan guru yang lain.c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah penyelia, guru pembimbing dan mengadakan perbincangan bersama-sama rakan guru pelatih yang lain.d. Saya akan membiasakan diri dengan kesibukan dan persekitaran sekolah ini dan memastikan pada minggu-minggu akan datang, masalah seperti kali ini tidak berulang lagi.

4) Tempoh MasaSaya sedaya upaya akan menangani masalah ini seberapa segera yang mungkin. Saya tidak akan membiarkan masalah ini berlarutan lama, sebaliknya dengan perancangan mingguan, persediaan diri, pengurusan emosi dan masa yang baik, saya yakin masalah ini dapat diselesaikan.

5) Penilaian KejayaanSaya akan laksanakan segala tugas yang diberi dengan penuh komitmen. Bagi tujuan penilaian, saya akan meminta kerjasama dan pandangan daripada pensyarah penyelia, guru pembimbing serta mengambil kira juga pendapat daripada rakan-rakan praktikum yang lain.

6) Tindakan SusulanSaya akan mengatasi masalah ini dengan hati terbuka, tenang dan gembira. Meskipun baru lagi berada di sekolah ini, ia bukanlah suatu halangan untuk saya tidak mencuba yang terbaik pada praktikum kali ini.

Tandatangan Guru Pelatih,

Tandatangan : Nama :Tarikh:Disemak Oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan:Nama:Tarikh: