jurnal mingguan 1

13
PRAKTIKUM FASA 1 KOGILAN A/L SUBRAMANIAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH BILANGAN JURNAL : 1/2015 MINGGU PRAKTIKUM : 1 TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 13 April hingga 17 April TAJUK JURNAL : “Kaedah Menjawab Soalan Guru oleh Murid” Masalah Saya menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Chettiars, Ipoh, Perak, selama 4 minggu. Bagi praktikum fasa satu ini saya hanya akan mengajar subjek major iaitu Bahasa Malaysia. Pada minggu pertama ini, saya telah memerhati guru mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Cemerlang melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu Pn Chelvi yang juga merupakan guru kelas kepada Tahun 4C. Dalam PdP yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 4 C, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid seramai 21 orang tersebut tidak mengangkat tangan terlebih dahulu untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab tidak kira sama ada murid-murid lelaki mahupun murid-murid perempuan. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru terpaksa bertanya semula soalan tersebut kepada murid- murid tertentu. Analisis Masalah Kelas 4 C merupakan satu-satunya kelas Tahun 4 yang terdapat di SJK (T) Chettiars. Kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, sederhana dan lemah. Walau bagaimanapun, murid- murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan juga kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Dari aspek guru,

Upload: js-kogilan

Post on 18-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

PRAKTIKUM FASA 1 KOGILAN A/L SUBRAMANIAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BILANGAN JURNAL: 1/2015MINGGU PRAKTIKUM: 1TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 13 April hingga 17 April TAJUK JURNAL : Kaedah Menjawab Soalan Guru oleh MuridMasalahSaya menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Chettiars, Ipoh, Perak, selama 4 minggu. Bagi praktikum fasa satu ini saya hanya akan mengajar subjek major iaitu Bahasa Malaysia. Pada minggu pertama ini, saya telah memerhati guru mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Cemerlang melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu Pn Chelvi yang juga merupakan guru kelas kepada Tahun 4C. Dalam PdP yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 4 C, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid seramai 21 orang tersebut tidak mengangkat tangan terlebih dahulu untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab tidak kira sama ada murid-murid lelaki mahupun murid-murid perempuan. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru terpaksa bertanya semula soalan tersebut kepada murid-murid tertentu.Analisis MasalahKelas 4 C merupakan satu-satunya kelas Tahun 4 yang terdapat di SJK (T) Chettiars. Kelas ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, sederhana dan lemah. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan juga kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu. Dari aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak mengambil kisah berkaitan tindakan murid-murid tersebut. Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab ataupun murid-murid teruja apabila melihat guru baharu dalam kelas tersebut. Dari aspek murid pula, mungkin murid-murid berasa bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat tangan apabila ingin menjawab soalan supaya dapat menjadi orang pertama menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru. Selain itu, murid-murid mungkin berasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan. CadanganDalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini, saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan kepada murid-murid iaitu apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan terlebih dahulu selepas guru mengajukan soalan dengan sepenuhnya. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan denda. Selain itu, sekiranya murid menjawab tanpa mengangkat tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan diterima. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan kertas latihan sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada semua murid yang hendak menjawab selain daripada kaedah soalan lisan yang mengganggu kelas lain apabila murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan. Selain itu, apabila semua murid diberi peluang bagi menjawab soalan, murid-murid tidak akan berebut menjawab soalan kerana mereka faham dan tahu bahawa setiapmurid mempunyai peluang masing-masing. Di samping itu, bagi memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan terlebih dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.Tempoh Penyelesaian13 April 17 April 2015 Tindakan SusulanGuru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang berkelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru.

CatatanMurid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu mengangkat tangan terlebih dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan daripada dikenakan dendaan. Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka yang memperolehnya. Keadaan ini bertepatan denganTeori Pelaziman Operan Skinner yang menegaskan bahawa peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhan negatif seperti tidak menerima jawapan yang diberi tanpa menangkat tangan terlebih dahulu juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BILANGAN JURNAL: 1/2015MINGGU PRAKTIKUM: 2TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 13 April hingga 17 April TAJUK JURNAL : Fokus Murid Semasa PdPMasalahSetelah 2 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran.Terdapat murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Hal ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya berpendapat bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid. Analisis masalah Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas sebagai contoh akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan ialah sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar.

Menurut Mok Soon Sang , kekurangan minat belajar juga boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik akan menyebabkan murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak dapat diwujudkan dan sistuasi kelas hanya bersifat pasif.CadanganSebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari segi ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.Mok Soon Sang (2003)Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu dalam mewujudkan suasa bilik darjah yang aktif.Tempoh penyelesaian20 April 24 April 2015

Tindakan susulanSaya percaya bahawa teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan PdP dengan berkesan. Di sampingitu, saya juga akan mencuba untuk menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.CatatanDalam usaha mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekali gus menjadikan proses P&P berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BILANGAN JURNAL: 1/2015MINGGU PRAKTIKUM: 3TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 27 April hingga 1 Mei TAJUK JURNAL : Masalah Bising dalam Kalangan Murid-muridMasalahSetelah tiga minggu menjalani praktikum di sekolah ini, saya mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang perlu diberi perhatian untuk kebaikan para murid. Antara masalah yang ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh dibenarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedure.Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan.

Analisis masalah Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas.2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku biasanya setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas. Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Melayu tanpa sebarang penterjemahan dalam pengajaran subjek Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua turut menyukarkan murid untuk memahami perkara yang diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat bising.CadanganAntara jalan penyelesaian bagi masalah yang dinyatakan di atas adalah termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Hal ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini juga murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah. Selain itu, penyusunan semula kedudukan murid-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru.

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu kreatif memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Hal ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan pula, guru mestilah membuat pemantauan. Guru harus memantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan, guru juga dapat membimbing murid-murid jika aktiviti yang dilakukan sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.Tempoh penyelesaian27 April 1 Mei 2015Tindakan susulanSaya akan memantau semua masalah yang timbul dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang dicadangkan di atas. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai. CatatanDalam usaha mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BILANGAN JURNAL: 4/2015MINGGU PRAKTIKUM: 4TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 4 Mei hingga 8 Mei 2015 TAJUK JURNAL : Idea Kreatif GuruMasalahPada minggu keempat ini, masalah yang paling kritikal yang telah saya lalui ialah kekurangan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pada saya penjanaan idea melalui teknik sumbangsaran (brainstorming) adalah baik dan mampu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif guru. Hasil akhir ini semua akan merangsang perkembangan murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid kelas pemulihan saya untuk minat dan tertarik kepada pengajaran saya.

Analisis masalah Masalah ini menyebabkan saya berasa tidak mempunyai kepuasan dalam melaksanakan p&p. Penjanaan idea strategi pengajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam menggerakkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan dapat membantu guru dan murid dalam menjalani proses ini. Permasalahan ini perlu diatasi segera memandangkan p&p perlu diteruskan walau apa jua keadaan. Apa yang penting, langkah mengatasi perlu dicipta dan dieksploitasi.1. Apakah strategi yang perlu digunakan agar pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu dan sentiasa berjalan dengan teratur dan sempurna?2. Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini dengan berkesan?3. Sumber dan rujukan apakah yang boleh membantu penjanaan idea menarik yang berterusan?

Pemerhatian dan beberapa dapatan awal juga telah saya senaraikan:1. Murid cepat bosan dan hilang minat belajar andai pdp dijalankan mengikut aktiviti yang sama setiap hari.2. Murid lebih suka bermain daripada belajar dan ini perlu diselaraskan agar dapat menarik minat murid bagi membantu perkembangan kognitif mereka.3. Guru menghadapi masalah untuk menjalankan pdp yang baik kerana kekurangan idea yang menarik dan sesuai?.

CadanganBagi memastikan masalah penjanaan idea kreatif ini selesai, saya mencadangkan langkah-langkah berikut:1. Melakukan sumbangsaran (brainstorming) bersama rakan iaitu pasangan praktikum saya. 2. Membuat pemerhatian p&p guru-guru lain dan melakukan inovasi baharu sekiranya dapatan tersebut mempunyai kesesuaian dan kemampuan yang boleh menarik minat murid. Hal ini juga dapat digunakan dan diubah suai supaya nampak lebih menarik dan memberi kesan menarik.3. Membuat draf awal (peta minta) tentang strategi yang ingin digunakan sepanjang minggu sebelum p&p dijalankan pada hari tersebut, membuat penggabungjalinan aktiviti yang sedia ada dan menambahkan idea-idea baharu.4. Meminta pendapat, idea dan pandangan daripada guru pembimbing, guru lain dan rakan-rakan guru pelatih bagi menyediakan RPH. Saya juga melihat contoh-contoh penulisan RPH yang baik yang terdapat di internet dan daripada rakan-rakan sebagai panduan.

Tempoh penyelesaian4 Mei 8 Mei 2015

Tindakan susulanSaya yakin bahawa sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Guru perlu memperbanyakkan pembacaan dan perbincangan dalam mencari idea-idea baharu yang boleh digunakan sebagai sumber p&p mereka. Sesiapa yang sanggup berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri akan mencapai kepuasan kerja yang sebenar.

CatatanSecara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan juga. Bantuan daripada pihak ketiga dalam menyelesaikan sesuatu masalah dapat membantu saya sebagai guru bahasa Melayu untuk terus berkhidmat kepada negara yang tercinta.. Akhirnya, keseluruhan modal insan negara kita iaitu murid-murid sekolah akan berjaya mencapai kearah generasi berminda kelas pertama.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan : .....................................................Nama : Tarikh :