jurnal minggu praktikum
DESCRIPTION
minggu1TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
Bilangan Jurnal
:Pertama
Minggu Praktikum
:Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian:13 April 2015 17 April 2015
Tajuk Jurnal
:Ujian Diagnostik
1. Masalah / Peristiwa
Masalah utama yang dihadapi pada minggu pertama ialah dari segi pengurusan ujian diagnostik. Kurangnya pengalaman dalam membina soalan diagnostik di samping masalah pengurusan kelas menjadi kekangan dan masalah di sepanjang minggu. Ujian diagnostik dijalankan untuk satu kelas sahaja pada satu masa sedangkan kelas lain sedang mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran menyebabkan keadaan agak bising dan murid saya kurang memberi tumpuan ketika menjalani ujian tersebut. Saya juga terpaksa memberi penerangan berkali-kali sebelum ujian berkenaan dijalankan.Selain itu, saya juga harus memberikan komitmen kepada tugasan lain di sekolah seperti menghadiri taklimat panitia dan menyediakan laporan taklimat panitia. Di samping itu, saya juga terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 1.15 petang. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi gangguan kepada saya di dalam pelaksanaan tugasan berkaitan praktikum.
2. Analisis
Masalah pengurusan ujian diagnostik timbul kerana kurangnya pengalaman saya di dalam membina soalan ujian tersebut. Agak teragak-agak sama ada soalan yang dibina itu bersesuaian dengan aras murid atau sebaliknya. Saya juga teragak-agak sama ada soalan tersebut bersesuaian dengan masa yang diperuntukan. Di awal pelaksanaan ujian, saya telah berpesan kepada murid untuk menyediakan alat tulis yang mencukupi sebelum menduduki ujian.Ternyata pesanan saya kurang mendapat perhatian daripada murid dan mereka kurang bersedia dengan kelengkapan alat tulis yang mencukupi. Sehubungan dengan itu, terdapat segelintir murid yang mengambil masa agak lama untuk mengasah pensil menyebabkan masa terbuang begitu sahaja.3. Cadangan/tindakan susulan
Saya perlu pandai merancang dan membahagikan masa dengan baik sebelum melaksanakan aktiviti ujian diagnostik supaya ianya berjalan dengan lancar. Memahami situasi dan keadaan murid yang memerlukan lebih perhatian dan kesabaran Merancang aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di mana murid diletakkan di dalam kumpulan berdasarkan keputusan ujian diagnostik (streaming) Tujuan aktiviti pembelajaran bersesuaian dengan aras pengetahuan dan pemahaman murid berkenaan.4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya akan cuba menyelesaikan permasalah pengawalan kelas ini dalam masa seminggu. Bantuan dari guru pembimbing dalam bentuk nasihat amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Tugasan-tugasan lain di peringkat sekolah juga saya perlu selesaikan dalam tempoh terdekat kerana laporan penataran KSSR tersebut perlu dihantar PPD pada minggu hadapan.Disemak oleh Guru Penasihat/Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :