jurnal minggu kesepuluh

4
JURNAL MINGGU KESEPULUH KESUKARAN MURID UNTUK MELAKUKAN SESI APRESIASI DI HADAPAN KELAS. Masalah : Murid-murid tidak menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti Dunia Seni Visual yang telah saya dirancang untuk mereka dapat dijalankan dengan baik. Cuma, apabila melibatkan sesi apresiasi di hadapan kelas, agak sukar untuk mendapatkan murid secara sukarela membuat apresiasi di hadapan kelas. Saya merancang mereka dapat berkongsi di hadapan kelas hasil karya yang telah dihasilkan untuk membiasakan mereka bercakap di hadapan orang ramai. Apa yang mereka perlu buat adalah membaca hasil tugasan yang telah dihasilkan atau menceritakan tentang gambar yang telah dilukis. Apa yang berlaku biasanya adalah kebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada yang menuding jari ke arah murid-murid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta bercakap di hadapan kelas. Analisis masalah : Semasa sesi apresiasi di akhir pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual, saya meminta murid-murid secara sukarela untuk berkongsi atau menceritakan hasil karya yang telah disiapkan di hadapan kelas. Selalunya,

Upload: ieka-adila

Post on 10-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU KESEPULUH

KESUKARAN MURID UNTUK MELAKUKAN SESI APRESIASI DI HADAPAN KELAS.

Masalah :Murid-murid tidak menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti Dunia Seni Visual yang telah saya dirancang untuk mereka dapat dijalankan dengan baik. Cuma, apabila melibatkan sesi apresiasi di hadapan kelas, agak sukar untuk mendapatkan murid secara sukarela membuat apresiasi di hadapan kelas. Saya merancang mereka dapat berkongsi di hadapan kelas hasil karya yang telah dihasilkan untuk membiasakan mereka bercakap di hadapan orang ramai. Apa yang mereka perlu buat adalah membaca hasil tugasan yang telah dihasilkan atau menceritakan tentang gambar yang telah dilukis. Apa yang berlaku biasanya adalah kebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada yang menuding jari ke arah murid-murid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta bercakap di hadapan kelas.

Analisis masalah :Semasa sesi apresiasi di akhir pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual, saya meminta murid-murid secara sukarela untuk berkongsi atau menceritakan hasil karya yang telah disiapkan di hadapan kelas. Selalunya, mereka akan mula membuat bising dan menyebut nama murid lain agar keluar dan bercakap di hadapan. Yang selebihnya ada yang hanya menunduk kepala dan bertingkah seolah-olah sibuk menyiapkan tugasan yang saya berikan. Kelas ini terdiri daripada murid-murid yang agak baik pencapaian akademiknya. Mereka juga bukan dari kalangan murid yang suka membuat bising ketika guru mengajar. Namun, kebanyakan murid tidak mahu bercakap di hadapan kelas. Ada juga yang bersetuju untuk membuat apresiasi di hadapan. Namun, apabila berada di hadapan kelas, murid tersebut berdiam diri pula. Menurut Nurabadi (2007) antara sebab murid malu untuk bertanya ialah kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang lain. Begitu juga untuk bercakap di hadapan kelas. Persamaan dua perkara ini ialah orang yang bercakap akan menjadi tumpuan kelas. Jadi apa yang dilakukan akan menjadi tontonan umum. Kalau salah atau ada yang tidak kena, pasti akan ditertawakan. Selain itu, mereka juga mungkin tidak biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan kebiasaan dalam P&P terutamanya apabila guru mengamalkan interaksi sehala dengan murid-murid. Aktiviti pembelajaran bercorak pasif di mana hanya guru yang bercakap dan murid-murid hanya mendengar.

Cadangan : Apa yang guru boleh lakukan ialah bergerak ke tempat di mana murid tersebut duduk dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambil mengatakan kepadanya yang guru akan menemaninya di hadapan. Jika dia berdiam diri, bantunya dengan mengucapkan apa yang sepatutnya disampaikan agar murid dapat mengikuti apa yang guru ucapkan.

Selain itu, berikan galakan kepada murid-murid yang telah membuat apresiasi di hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Guru juga boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti Bagus! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya coklat atau apa sahaja juga boleh membantu menggalakkan murid-murid untuk bercakap di hadapan kelas. Ia perlu diberikan sejurus selepas murid tersebut telah bercakap di hadapan agar dapat menyuntik motivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang lain supaya mahu membentang dan bercakap di hadapan kelas.

Tempoh penyelesaian :1 minggu

Tindakan susulan :Guru membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakap dan berkongsi aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas. Sebagai permulaan, isi yang ingin dikongsi itu adalah perkara yang amat dekat dengan diri murid dan mudah untuk diceritakan kepada orang lain. Kemudian, apabila melakukan apresiasi, guru hanya perlu meminta murid-murid membaca kembali apa yang telah ditulis di hadapan kelas dengan suara yang kuat.

Catatan :Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti yang melibatkan mereka untuk bercakap atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapan dengan orang ramai walaupun audien merupakan rakan sekelas yang telah mereka kenali. Namun, aktiviti sebegini yang seharusnya mendapat penglibatan dari semua murid bagi membina keyakinan diri, keberanian bercakap di khalayak dan berani meluahkan apa yang mereka rasakan dan fikirkan. Dek kerana ketidakbiasaan melakukannya, maka murid-murid enggan dan berasa malu apabila diminta bercakap di hadapan di mana semua mata dan perhatian ditumpukan kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar untuk dimulakan dan dilakukan. Di sinilah peranan guru untuk memberi peluang dan galakan kepada murid-murid untuk mencungkil dan menggunakan potensi diri ke arah yang lebih baik.