jurnal minggu 7

4
JURNAL MINGGU 7 Masalah kekurangan idea dalam sesi P&P Nurul Izzati bt Mohd Zain 7 PISMP Pengajian Sosial 2 Masalah Pada minggu ini, saya ingin mengutarakan masalah mengenai kekurangan idea baru dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran memandangkan hampir semua teknik dan aktiviti yang pernah dipelajari telah dijalankan. Bagi meningkatkan kefahaman murid dan mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki, saya selaku guru perlu sentiasa membuat pendekatan pengajaran yang segar dan baru buat murid-murid. Seandainya bentuk sesi pembelajaran yang sama dijalankan dikhuatiri akan menimbulkan rasa jemu di kalangan murid-murid Analisis Masalah Pada pandangan saya masalah ini berlaku atas beberapa sebab: i. Kekangan masa. Sebagai guru pelatih saya terpaksa membahagi-bahagikan masa untuk menyediakan alatan bantu mengajar, laporan jurnal, folio, melengkapkan buku perancangan, dan melibatkan diri dengan aktiviti aktiviti anjuran sekolah. Maka kepadatan masa menyebabkan saya sukar untuk mendapatkan ilham mencari idea baru untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran.

Upload: nurul-izzati-mohd-z

Post on 11-Aug-2015

144 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU 7

JURNAL MINGGU 7

Masalah kekurangan idea dalam sesi P&P

Nurul Izzati bt Mohd Zain

7 PISMP Pengajian Sosial 2

Masalah

Pada minggu ini, saya ingin mengutarakan masalah mengenai kekurangan idea baru

dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran memandangkan hampir

semua teknik dan aktiviti yang pernah dipelajari telah dijalankan. Bagi meningkatkan

kefahaman murid dan mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki, saya

selaku guru perlu sentiasa membuat pendekatan pengajaran yang segar dan baru

buat murid-murid. Seandainya bentuk sesi pembelajaran yang sama dijalankan

dikhuatiri akan menimbulkan rasa jemu di kalangan murid-murid

Analisis Masalah

Pada pandangan saya masalah ini berlaku atas beberapa sebab:

i. Kekangan masa. Sebagai guru pelatih saya terpaksa membahagi-

bahagikan masa untuk menyediakan alatan bantu mengajar, laporan

jurnal, folio, melengkapkan buku perancangan, dan melibatkan diri

dengan aktiviti –aktiviti anjuran sekolah. Maka kepadatan masa

menyebabkan saya sukar untuk mendapatkan ilham mencari idea baru

untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Peter F. Drucker, dalam Ambosworkz, (2005) “ Masa merupakan

sumber yang paling sukar didapati dan tiada ada sesuatu pun yang dapat

diurus kecuali masa diurus”.

Page 2: JURNAL MINGGU 7

Menurut Randy Pausch (2005) masa diertikan sepertimana yang dikatakan

oleh Benjamin Franklin 1748 “Remember that time is money”.

ii. Keghairahan menggunakan berbagai kaedah dan aktiviti pembelajaran

pada peringkat awal memulakan praktikum.

iii. Merencana rancangan pengajaran secara bersendirian tanpa

perkongsian idea dengan sesiapa atau mana-mana pihak.

iv. Saya masih baru dalam arena pendidikan, kurang pengalaman

menyebabkan saya banyak bergantung kepada teori semata- mata.

Cadangan

Rentetan masalah-masalah yang disebut sebagaimana di atas, di sini saya

senaraikan cadangan untuk mengatasinya:

1- Menyusun dan membahagikan masa sepanjang tempoh praktikum

dengan bijak. Misalnya membuat jadual perancangan harian. Ini bagi memastikan

saya mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan setiap tugasan seperti

menyediakan alat bantu mengajar, laporan jurnal, folio, melengkapkan buku

perancangan, dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran sekolah. Malah

mempunyai masa memikirkan rancangan pengajaran dengan sebaik- baiknya.

2- Walaupun telah menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang

sama namun saya boleh mempelbagaikan cara perlaksanaannya. Misalnya

walaupun kuiz pernah dijalankan namun kuiz pada sesi pengajaran seterusnya

dijalankan dalam cara dan susasana yang berbeza.

3- Berkongsi idea dan pandangan dengan rakan-rakan guru pelatih, guru-

guru sekolah, guru pembimbing dan pensyarah. Ini bagi memastikan percambahan

idea yang baru dan segar dalam merencanakan rancangan pengajaran.

Page 3: JURNAL MINGGU 7

Tempoh Penyelesaian

Untuk mendapatkan idea-idea baru dan merencana rancangan pengajaran

memerlukan kesungguhan dan keazaman yang berterusan. Usaha bukan sahaja

datang daripada diri sendiri malah saya perlu bekerjasama dengan guru

pembimbing, rakan guru pelatih malah dengan pensyarah. Oleh itu saya

menjangkakan masalah ini akan dapat diatasi dalam tempoh yang berperingkat.

Tindakan Susulan

Saya akan cuba berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan idea

daripada beliau. Selain itu, saya juga akan mendekati guru-guru senior untuk

meminta pandangan serta berkongsi kaedah pengajaran yang digunakan oleh

mereka. Saya percaya kepada pengalaman dan ilmu yang ada pada mereka.

Kesimpulan

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar kata-kata ‘kegagalan seorang guru

boleh mematikan seorang pesakit, tetapi kegagalan seorang guru boleh merosakkan

satu generasi’. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa seorang guru memainkan peranan

yang penting. Tanpa guru yang kreatif dan berdedikasi, amatlah sukar kepada

murid-murid untuk mendapatkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Pembimbing

___________________________ ___________________________