jurnal minggu

16
JURNALMINGGU PERTAMA (30 MAC 2014 – 3 APRIL 2014) Masalah Walaupun saya belum memulakan pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu ini, saya tetapi dibenarkan untuk masuk kelas bagi memerhatikan bagaimana guru-guru lain mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Melalui masa saya masuk ke dalam kelas, saya mendapati murid-murid suka pergi ke tandas pada masa pengajaran dan pembelajaran. Sikap murid yang suka pergi ke tandas ini akan mengabaikan proses pembelajaran yang sedang berlaku di dalam kelas dan menganggukan proses pengajaran dan pembelajaran kelas. Analisis masalah Punca masalah ini berlaku kerana murid-murid tidak suka atau malas untuk mengikut pengajaran dan pembelajaraan dalam kelas. Walaupun pihak sekolah mempunyai peraturan yang hanya membenarkan dua orang murid sahaja yang boleh pergi ke tandas dalam masa yang sama. Namun, murid-murid suka keluar berpasangan dan bersiar-siar di kalangan sekolah. Cadangan tindakan susulan

Upload: vener-js

Post on 28-Dec-2015

147 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

penulisan jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU

JURNALMINGGU PERTAMA (30 MAC 2014 – 3 APRIL 2014)

Masalah

Walaupun saya belum memulakan pengajaran dan pembelajaran saya pada

minggu ini, saya tetapi dibenarkan untuk masuk kelas bagi memerhatikan

bagaimana guru-guru lain mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Melalui masa

saya masuk ke dalam kelas, saya mendapati murid-murid suka pergi ke tandas pada

masa pengajaran dan pembelajaran. Sikap murid yang suka pergi ke tandas ini akan

mengabaikan proses pembelajaran yang sedang berlaku di dalam kelas dan

menganggukan proses pengajaran dan pembelajaran kelas.

Analisis masalah

Punca masalah ini berlaku kerana murid-murid tidak suka atau malas untuk

mengikut pengajaran dan pembelajaraan dalam kelas. Walaupun pihak sekolah

mempunyai peraturan yang hanya membenarkan dua orang murid sahaja yang

boleh pergi ke tandas dalam masa yang sama. Namun, murid-murid suka keluar

berpasangan dan bersiar-siar di kalangan sekolah.

Cadangan tindakan susulan

Beberapa langkah perlu dilakukan untuk mengurangkan kekerapan murid-

murid pergi ke tandas semasa pengajaran dan pembelajaran. Salah satu langkah

yang saya akan lakukan ialah menetapkan peraturan atau rutin kelas. Saya akan

menetapkan rutin kelas bahawa hanya seorang murid sahaja yang dibenarkan untuk

pergi ke tandas pada suatu masa. Tanpa rakan yang berteman, murid tersebut akan

balik ke kelas sebaik sahaja keluar dari tandas. Selain itu, saya juga akan bersoal

jawab dengan kumpulan murid yang didapati kerap pergi ke tandas pada waktu

pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak lansung, mereka akan mengetahui

Page 2: JURNAL MINGGU

bahawa perlakuan mereka telah diperhatikan oleh guru-guru, maka mereka akan

mengurangkan perlakuan ini.

Tempoh masa tindakan susulan

30/ 03/ 2014 hingga 5/ 04/ 2014 iaitu selama satu minggu. Saya akan cuba

mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin agar masalah yang sama tidak

berulang lagi pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.

Catatan

Sikap murid yang suka pergi tandas pada waktu kelas akan mengganggukan

kelancaran pengajaran dan pembelajaran, jadi tindakan perlu diambil cepat untuk

mengelakkan murid-murid tidak mengabaikan pembelajaran mereka. Pengurusan

rutin kelas adalah amat penting dan perlu ditetapkan dalam kelas.

Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan

terhadap rutin bilik darjah yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan

bilik darjah yang kondusif. Rutin bilik darjah akan diterangkan oleh guru pada setiap

awal sesi persekolahan. Ini penting agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin

bilik darjah.

Terdapat enam jenis rutin yang terlibat dalam pengurusan bilik darjah:

1. Rutin Kelas

Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur

semasa berada bilik darjah yang bertujuan mewujudkan proses P&P yang

berkesan. Kajian mendapati bahawa guru yang efektif mengambil masa pada

awal tahun persekolahan untuk mengembangkan peraturan dan prosedur bilik

darjah untuk menghasilkan perjalanan bilik darjah yang lancar dan

meminimakan gangguan serta memaksimakan masa pembelajaran pelajar

(Jones & Jones, 2004).

Page 3: JURNAL MINGGU

Peraturan dan prosedur bertindak sebagai agen pencegahan

tingkahlaku yang negatif dalam bilik darjah. Prosedur adalah untuk melatih

pelajar untuk melaksanakan tugasan rutin dalam bilik darjah (Bianco, 2002).

Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik darjah ialah aspek kebersihan, jadual

bertugas dan sebagainya. Jika semua pelajar menjalankan tugas mengikut

jadual bertugas, maka bilik darjah akan berada dalam keadaan bersih dan

guru tidak perlu memberikan arahan untuk membersihkan bilik darjah

sebaliknya terus fokus kepada proses  P&P.

2. Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan peranan guru dalam mengurus dan

mentadbir bilik darjah. Guru perlu cekap mentadbir bilik darjah untuk

memastikan bilik darjah adalah kondusif. Rutin pentadiran adalah seperti guru

mengurus kehadiran pelajar, pungutan yuran sekolah, menyediakan laporan

akademik pelajar (buku laporan prestasi), menyediakan kad 001 dan kad

kesihatan pelajar (Pengurusan Bilik Darjah, n.d.). Ini amat penting dalam

pengurusan bilik darjah. Jika guru mengambil sikap sambil lewa dalam hal

pentadbiran, pengurusan bilik darjah berada dalam tahap minima dan kucar

kacir kerana tidak ada rekod yang dibuat oleh guru mengenai pelajar.

3. Rutin Pergerakan Pelajar

Rutin pergerakan pergerakan ialah peraturan pergerakan murid di bilik

darjah. Rutin pergerakan  meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau

masuk bilik darjah secara teratur dan tertib. Guru menekankan untuk beratur

semasa pergerakan tersebut kerana pelajar cenderung untuk berebut-rebut

semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar khususnya yang

melibatkan aktiviti bilik darjah ke luar bilik darjah. Contohnya, aktiviti kelas ke

aktiviti kumpulan, pergerakan pelajar ke perhimpunan, pergerakan pelajar ke

makmal dan juga pergerakan pelajar semasa latihan kebakaran.

4. Rutin Pengurusan Tugas

Rutin pengurusan tugasan ialah persediaan, perancangan dan

pengurusan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru

perlu menyediakan sumber P&P, aktiviti P&P dan persediaan untuk P&P.

Page 4: JURNAL MINGGU

Persediaan penting dalam memastikan proses P&P berjalan lancar. Guru

perlu menetapkan objektif pembelajaran memulakan persediaan proses P&P

agar setiap langkah perancangan dapat dirancang. Hasil pembelajaran yang

diharapkan daripada pelajar perlu dinyatakan dengan jelas. Selain itu, guru

perlu memantau akitviti bilik darjah dan menjalankkan proses penilaian ke

atas pencapaian pelajar. Penilaian akan menentukan kekuatan dan

kelemahan proses P&P tersebut.

5. Rutin Pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P&P.

Pembabitan pelajar secara aktif dalam P&P penting dalam memastikan

proses pembelajaran itu berlaku (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti

Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, 2009). Guru memainkan peranan penting

dalam memastikan rutin pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menyediakan

aktiviti seperti perbincangan, gerak kerja berkumpulan, latihan dan latih tubi.

6. Rutin Interaksi

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan

aktiviti yang berpusatkan pelajar. Aktiviti berpusatkan pelajar melibatkan

interaksi antara pelajar, guru dan bahan. Oleh itu, guru harus menggalakkan

interaksi tersebut berlaku mengikut prosedur dan bersopan. Hubungan

personal atau interaksi antara pelajar dengan pelajar adalah sama penting 

dengan hubungan guru dengan pelajar. Guru boleh memainkan peranan

dengan mewujudkan hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, aktiviti yang

melibatkan perbincangan, eksperimen, kerja lapangan dan projek.

Disemakan oleh,

________________________

( )

Page 5: JURNAL MINGGU

JURNAL MINGGU KEDUA( 5 APRIL 2014 - 10 APRIL 2014 )

Masalah

Dalam minggu kedua ini, saya telah diberi peluang untuk menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual untuk kelas 3 Usaha dan 6

Usaha. Pada minggu ini, saya seringkali menghadapi masalah pengurusan masa,

iaitu murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana kesuntukan

masa. Saya terpaksa menyuruh mereka bawa balik untuk menyiapkannya di rumah.

Analisis masalah

Terdapatnya beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Salah

satu faktor ialah guru pengajaran lain sebelum waktu Pendidikan Seni Visual telah

mengambil masa yang lebih untuk subjeknya. Ini telah menyebabkan saya terpaksa

menunggu sampai guru itu menghabiskan kelas dahulu barulah saya boleh

memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru tersebut

melepaskan kelas lambat, mereka akan mengambil masa saya hamper 15 minit.

Dengan ini, masa yang tinggal untuk saya menjalankan pengajaran dan

pembelajaran hanya sebanyak 45 minit sahaja.

Cadangan / Tindakan susulan

Saya akan lebih peka terhadap pengurusan masa saya untuk mengelakkan

masalah yang sama berulang lagi. Saya akan merancang dan membuat persediaan

lebih awal supaya tidak berlaku lagi masalah kekurangan masa. Saya juga akan

meminta kerjasama guru-guru lain supaya melepaskan murid tepat pada masa agar

mereka dapat mengikuti kelas saya dengan sepenuhnya. Selain itu, saya juga akan

menunggu lebih awal di hadapan kelas dan memberi isyarat kepada guru tersebut

sekiranya beliau menggunakan masa yang terlebih. Tambahan lagi, saya akan

Page 6: JURNAL MINGGU

mengingatkan murid-murid saya supaya sentiasa bersedia untuk mengikuti kelas

saya.

Tempoh penyelesaian

5/ 04/ 2014 hingga 12/ 04/ 2014 iaitu selama satu minggu . Saya akan cuba

mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin agar masalah yang sama tidak

berulang lagi pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.

Catatan

Pengurusan masa adalah proses peribadi dan mestilah sesuai dengan gaya

dan keadaan diri sendiri. Bagi menguruskan masa secara berkesan, seseorang itu

harus mempunyai diri yang teguh. Kaedah seperti ini sahaja yang akan

membolehkan seseorang itu mencapai hasrat yang diingininya. Menurut Webber

(1972), masa ialah sesuatu yang tidak terbalik, sentiasa bergerak dengan cara yang

tertib, tertentu serta berperingkat-peringkat. Pergerakannya tidak boleh diubah dan

diberhentikan. Masa jika diuruskan dengan baik akan menghasilkan sesuatu yang

efektif dan berfaedah.

Tifla (1989) dalam kertas kerjanya tentang pengurusan masa telah

mengatakan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran atau

sebarang kerja yang dihadapi, seseorang itu selain daripada mempunyai azam dan

motivasi yang tinggi perlu juga tahu mengurus masa dengan berkesan. Pengurusan

masa yang baik bermaksud kemampuan mendisiplinkan diri dalam menentukan

keutamaan serta melaksanakan keputusan yang dibuat.

Menurut Korweit (1989), pengurusan masa guru adalah pengurusan masa

dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah.

Beliau juga turut menyatakan bahawa jika terlalu sedikit masa yang digunakan

dalam pengajaran subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, lebih

banyak masa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak

kesan positif dalam pencapaian pelajar.

Page 7: JURNAL MINGGU

Menurut Gorden (1982), pengurusan masa yang cekap sahaja akan dapat

membantunya menyesuaikan diri dengan pelbagai tuntutan dan kebuntuan kerja

yang dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran dan

pembelajaran.

Pengurusan masa seseorang guru dapat digunakan melalui analisis dan

perancangan. Perancangan ini adalah penting untuk memastikan masa yang ada

dapat digunakan dengan tepat dan berkesan. Perancangan masa yang baik dapat

mengelakkan diri daripada berlakunya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

yang tidak bersistem.

Bagi konteks pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa guru adalah salah

satu faktor yang sangat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan baik dan berkesan. Perancangan yang sistematik amat perlu bagi

memastikan objektif pembelajaran tercapai dan proses pengajaran dapat berjalan

dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.

Disemakan oleh,

________________________

( )

Page 8: JURNAL MINGGU

JURNAL MINGGU KETIGA( 13 APRIL 2014 - 17 APRIL 2014 )

Masalah

Dalam minggu yang ketiga ini, saya mendapati terdapat sebahagian murid

yang suka membuat bising ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun

saya telah memberi amaran kepada murid yang suka membuat bising dalam kelas,

mereka masih lagi membuat bising tanpa menghiraukan amaran guru.

Analisis masalah

Terdapatnya beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Faktor

pertama masalah disiplin ini adalah daripada guru itu sendiri di mana pendekatan

dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai.

Kemungkinan guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah

pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang

disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak menumpukan

perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin Hashim, Rozihani

Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam

masalah disiplin ini. Menurut Mok Soon Sang(2008), guru yang kurang

berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat

penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal

sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.

Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang

mendorong kepada masalah disiplin ini. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya

dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-

bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap

kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua

karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau atau tidak

berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang

Page 9: JURNAL MINGGU

mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising,

mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani

Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007).

Cadangan / Tindakan susulan

Saya akan menjadi seorang guru yang bijak, kreatif dan dengan

menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan

pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat

mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan

strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan

mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat

dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999).

Selain itu, saya akan berubah perwatakan dan sahsiah saya menjadi seorang

guru yang baik. Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang

disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan

mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik,

mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang,

mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku

yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana

dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan

berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan,

memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

Tambahan lagi, saya juga akan melaksanakan konsep ganjaran. Ganjaran

bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan

perasaan keseronokan. Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia

mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu

menggalakkan tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan

pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi.

Page 10: JURNAL MINGGU

Tempoh penyelesaian

13/ 04/ 2014 hingga 17/ 04/ 2014 iaitu selama satu minggu . Saya akan cuba

mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin agar masalah yang sama tidak

berulang lagi pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.

Catatan

Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin

Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa

mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan

kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar

yang lemah. Dengan cara ini pelajar- pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan

risiko melakukan masalah disiplin. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana

sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan

dengan lancar. Selain itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta

banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, slaid dan

sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses

pengajaran-pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak

berasa bosan dan gelisah.

Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka

menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar-

pelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan

perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh

menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. Tambahan, guru

haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Kebolehan pelajar-pelajar

yang berbeza menyebabkan pencapaian yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar

hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak

berasa disisihkan.

Page 11: JURNAL MINGGU

Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. Pelajar- pelajar berbeza

dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar-

pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar

yang lain. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada

setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan

dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Tetapi, kebanyakkan guru hanya

memberi pujian kepada mereka yang memperoleh markah tinggi sahaja manakala

mereka yang kurang cerdas diabaikan. Kesannya, mereka lebih cenderung

melakukan masalah disiplin untuk menarik perhatian guru.

Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Ia akan menimbulkan perasaan

benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan

dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi.

Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan

haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Guru seharusnya meluangkan

masa untuk mendengar masalah- masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan

oleh guru boleh meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah

yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh

pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila

berhadapan dengan mereka.

Disemakan oleh,

________________________

( )