jurnal minggu 2

5
JURNAL MINGGU 2 TARIKH : 13 FEBRUARI 2015 MASA : 10.30 A.M.-11.30 A.M. TEMPAT : 5 CERDIK SK KPG LUAK ISU / PERKARA : KEGAGALAN GURU MENGURUS MASA HURAIAN ISU / PERKARA Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah pengurusan masa yang baik dan tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya buat. Masa yang telah saya aturkan gagal saya ikuti dengan baik menyebabkan pengajaran saya kesuntukan masa dan tidak seimbang memandangkan langkah 1 pengajaran saya itu telah mengambil masa yang lama untuk dijayakan. Oleh itu, langkah 2 dan 3 terpaksa saya pendekkan masanya dan ini membuatkan pengurusan masa saya telah lari sedikit dari apa yang sudah saya rancangkan. Saya tidak dapat mencapai objektif 3 dengan baik kerana sibuk mengejar masa yang hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi. Menurut Good, 1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab.

Upload: mila-glieshiiteru

Post on 11-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU 2

JURNAL MINGGU 2TARIKH : 13 FEBRUARI 2015

MASA : 10.30 A.M.-11.30 A.M.

TEMPAT : 5 CERDIK SK KPG LUAK

ISU / PERKARA : KEGAGALAN GURU MENGURUS MASAHURAIAN ISU / PERKARA

Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah pengurusan masa yang baik dan tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya buat. Masa yang telah saya aturkan gagal saya ikuti dengan baik menyebabkan pengajaran saya kesuntukan masa dan tidak seimbang memandangkan langkah 1 pengajaran saya itu telah mengambil masa yang lama untuk dijayakan. Oleh itu, langkah 2 dan 3 terpaksa saya pendekkan masanya dan ini membuatkan pengurusan masa saya telah lari sedikit dari apa yang sudah saya rancangkan. Saya tidak dapat mencapai objektif 3 dengan baik kerana sibuk mengejar masa yang hanya berbaki beberapa minit sahaja lagi.

Menurut Good, 1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab.

ANALISIS ISU / PERKARA

Saya cuba mengenalpasti punca-punca kegagalan saya mengurus masa dengan baik pada hari tersebut. Sebenarnya, pada hari-hari lain juga pengurusan masa saya kurang baik namun pada hari Jumaat iaitu semasa penyeliaan pensyarah pembimbing berlangsung, masalah ini bertambah teruk dan tidak dapat dikawal dengan baik oleh guru. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti pengajaran saya semasa penyeliaan. Ini sememangnya menjejaskan keyakinan dan harapan penyelia terhadap saya justeru memberi kesan yang tidak baik terhadap pemahaman murid di dalam kelas kerana masalah mengurus masa yang sepatutnya saya kuasai kerana sudah beberapa kali menjalani praktikum.

Apa yang saya dapati, aktiviti berkumpulan yang saya aturkan telah mengambil masa yang lama hingga menyebabkan saya terambil masa untuk ke langkah yang seterusnya. Secara langsung, langkah 2 saya juga sudah melebihi masa yang sudah ditetapkan dan akibatnya masa untuk langkah 3 hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi dan membuatkan guru terkejar-kejar untuk mencapai objektif pengajaran. Aktiviti penutup juga terpaksa diberikan kepada murid dalam keadaan yang sudah tidak terkawal kerana loceng sudah berbunyi yang menunjukkan masa sudah tamat. Lebih parah lagi, waktu pengajaran saya adalah yang terakhir untuk hari tersebut. Oleh itu, murid sudah bersemangat untuk balik ke rumah masing-masing setelah mendengar bunyi loceng.

CADANGAN PENYELESAIAN

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah : Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan dan pengurusan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

TEMPOH PELAKSANAAN / PENYELESAIAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya. KOMEN PENSYARAH / GURU PEMBIMBING

TINDAKAN SUSULAN

Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang masalah pengurusan masa. Namun masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia kerana masa adalah amat berharga bagi mereka semua.Tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan mengawal aktiviti dengan melihat jam dan sentiasa mengingatkan diri tentang waktu penamatan masa bagi setiap aktiviti.