jurnal minggu 2

2
JURNAL MINGGU 2 Masalah murid lemah di dalam kelas Pada minggu ini saya telah masuk ke kelas bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada hari pertama minggu kedua ini saya memasuki kelas 5C iaitu kelas kedua. Sekolah ini menggunakan system pengasingan kelas dimana ia terbahagi kepada kelas murid cemerlang, kelas murid sederhana dan kelas murid lemah. Kelas 5C merupakan kelas murid sederhana, dimana dapat saya lihat mereka merupakan pelajar yang pandai tetapi mempunyai sikap pemalas. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ini, saya telah diberi tahu oleh guru pembimbing saya bahawa kelas ini merupakan kelas sederhana dan saya dinasihati oleh guru pembimbing saya untuk bersikap lebih garang dan tegas agar mudah untuk saya mengawal kelas tersebut. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati pelajar perempuan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kerana mungkin mereka berkhayal atau tidak focus. Bagi murid lelaki pula, mereka kerap mengganggu pelajar lain yang hendak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara penyebab berlakunya masalah ini ialah, guru kurang menggunakan pendekatan atau strategi berasaskan murid. Jadi murid seperti ini akan bosan dan mudah hilang focus semasa di dalam kelas. Guru juga menggunakan aktiviti yang kurang menarik dan mungkin terlalu rumit serta tidak bersesuaian dengan tahap kognitif mereka.

Upload: hanisaqilah-hamdan

Post on 28-Jul-2015

397 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal minggu 2

JURNAL MINGGU 2

Masalah murid lemah di dalam kelas

Pada minggu ini saya telah masuk ke kelas bagi memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada hari pertama minggu

kedua ini saya memasuki kelas 5C iaitu kelas kedua. Sekolah ini menggunakan

system pengasingan kelas dimana ia terbahagi kepada kelas murid cemerlang,

kelas murid sederhana dan kelas murid lemah. Kelas 5C merupakan kelas murid

sederhana, dimana dapat saya lihat mereka merupakan pelajar yang pandai tetapi

mempunyai sikap pemalas.

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ini, saya telah

diberi tahu oleh guru pembimbing saya bahawa kelas ini merupakan kelas

sederhana dan saya dinasihati oleh guru pembimbing saya untuk bersikap lebih

garang dan tegas agar mudah untuk saya mengawal kelas tersebut. Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati pelajar perempuan tidak

memberikan tumpuan sepenuhnya kerana mungkin mereka berkhayal atau tidak

focus. Bagi murid lelaki pula, mereka kerap mengganggu pelajar lain yang hendak

memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Antara penyebab berlakunya masalah ini ialah, guru kurang menggunakan

pendekatan atau strategi berasaskan murid. Jadi murid seperti ini akan bosan dan

mudah hilang focus semasa di dalam kelas. Guru juga menggunakan aktiviti yang

kurang menarik dan mungkin terlalu rumit serta tidak bersesuaian dengan tahap

kognitif mereka.

Jadi, saya menggunakan strategi memberikan aktiviti yang lebih menarik dan

berpusatkan murid agar mereka lebih memberikan perhatian dan kerjasama semasa

sesi pembelajaran berlangsung. Apa yang dapat saya katakan ialah strategi yang

saya gunakan ini berkesan dan saya berjaya menarik minat dan perhatian murid

dalam memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah

saya rancangkan. Aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid juga

membuatkan mereka lebih berminat memberikan perhatian dan menggalakkan

penglibatan aktif murid-murid. Saya akan cuba kaedah seperti ini di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang lain pada minggu seterusnya.