jurnal minggu 1ndsfgesf

4
JURNAL PRAKTIKUM Minggu Kedua (3/2/2014 – 7/2/2014) MASALAH KAWALAN DAN PENGGUNAAN KELAS 1. MASALAH Minggu pertama di sekolah ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya. Pada minggu pertama di sekolah ini, saya mempunyai masalah kawalan dan penggunaan kelas yang kurang kemas dan teratur. Kawalan kelas merupakan antara aspek utama yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Setiap murid mempunyai tingkah laku masing- masing. Terdapat sebilangan murid yang tidak mendengar arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu, penggunaan kelas melalui pembelajaran koperatif yang diaplikasikan oleh saya juga mempunyai banyak kelemahan. Antaranya ialah terdapat ahli kumpulan yang tidak melibatkan diri sepenuhnya di dalam aktiviti kumpulan. Di samping itu, terdapat ahli atau kumpulan yang ‘off task’ apabila selesai membuat soalan yang diberikan. 2. ANALISIS

Upload: muhammad-izaan

Post on 28-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bdgbfchew

TRANSCRIPT

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Kedua(3/2/2014 7/2/2014) MASALAH KAWALAN DAN PENGGUNAAN KELAS1. MASALAHMinggu pertama di sekolah ini merupakan satu pengalaman baru bagi saya. Pada minggu pertama di sekolah ini, saya mempunyai masalah kawalan dan penggunaan kelas yang kurang kemas dan teratur. Kawalan kelas merupakan antara aspek utama yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Setiap murid mempunyai tingkah laku masing-masing. Terdapat sebilangan murid yang tidak mendengar arahan yang diberikan oleh saya.

Selain itu, penggunaan kelas melalui pembelajaran koperatif yang diaplikasikan oleh saya juga mempunyai banyak kelemahan. Antaranya ialah terdapat ahli kumpulan yang tidak melibatkan diri sepenuhnya di dalam aktiviti kumpulan. Di samping itu, terdapat ahli atau kumpulan yang off task apabila selesai membuat soalan yang diberikan.2. ANALISISSetelah meneliti beberapa kemungkinan, saya dapati masalah ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas semasa pertama kali berkenalan dengan mereka. Saya juga tidak sempat untuk menetapkan peraturan yang baik dan tegas sewaktu mula-mula memasuki kelas tersebut. Hal ini kerana, saya hanya sempat untuk berkenalan dengan murid selama 30 minit sahaja pada hari pertama masuk ke kelas. Selain itu, saya juga banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang perlu ada pada seorang guru. Selain itu, masalah penggunaan kelas melalui pembelajaran koperatif mungkin disebabkan bilangan ahli dalam setiap kumpulan yang telah ditetapkan oleh saya agak terlalu ramai sekaligus menyebabkan terdapat murid yang gagal melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Seterusnya, melalui analisis yang dilakukan, saya juga gagal untuk menyediakan aktiviti atau soalan backup kepada kumpulan yang berjaya menyiapkan aktiviti terlebih dahulu daripada kumpulan yang menyebabkan mereka off task. Saya juga gagal untuk memberikan arahan yang lebih sistematik seperti penggunaan ketua kumpulan semasa melakukan aktiviti pembelajaran koperatif.3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKITerdapat banyak langkah yang boleh saya gunakan dalam menangani masalah saya pada minggu pertama ini. Pertamanya, saya akan bersikap lebih tegas di dalam kelas dan cuba membina peraturan kelas agar murid lebih berdisiplin di dalam kelas dan dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa saya mengajar di hadapan kelas. Saya juga akan sentiasa mengingatkan murid-murid saya akan peraturan yang telah ditetapkan serta mengaplikasikannya setiap kali masuk kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga akan mengubah suai bilangan ahli dalam setiap kumpulan menjadi lebih kecil bagi memastikan semua ahli dalam kumpulan dapat melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan semasa pembelajaran koperatif. Di samping itu, saya juga akan menetapkan arahan dan peraturan yang lebih sistematik dalam setiap kumpulan seperti setiap kumpulan mempunyai nama kumpulan, sorakan, ketua kumpulan dan juga ketua bahan-bahan.4. TEMPOH MASASaya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh masa 2 minggu. Saya akan menggunakan tempoh masa ini untuk membuat beberapa perubahan terhadap kawalan dan penggunaan kelas agar menampakkan peningkatan daripada minggu yang pertama. 5. PENILAIAN KEJAYAAN

6. TINDAKAN SUSULAN

Disemak oleh guru pembimbingDisemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan:Nama: Encik JeffriTarikh:Tandatangan:Nama: EN. Johari Bin BapokuttyTarikh: