jurnal minggu 1 phd

5
JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUM 1 MINGGU 1 MASALAH Pada minggu pertama ini, untuk kelas Pendidikan Islam yang saya telah mengikut ustaz dan ustazah mengajar di kelas 4 Bijak, 2 Bijak, 5 Bijak, dan 5 Pintar, saya telah mendapati satu masalah yang baru. Saya mendapati ada seorang murid tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran yang Ustaz ajar di hadapan. Dia sibuk membuat kerja lain seperti menggunting kertas, mewarna dan macam-macam lagi. Apabila ustaz minta dia membaca, dia dapat pula membaca dengan lancar. Saya ada juga menegur pelajar perempuan ini, namun sekejap sahaja dia memberi tumpuan, kemudian dia kembali membuat kerja lain. Apabila ustaz memberikan latihan, dia membuat sambil bermain-main dengan rakan di sebelahnya. Pelajar ini seakan tidak serius dalam membuat tugasan yang ustaz berikan kepada dia. Walaupun banyak kali ditegur dia tetap melakukan perkara yang sama.

Upload: husaini-hisham

Post on 26-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

5

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUM 1MINGGU 1

MASALAH

Pada minggu pertama ini, untuk kelas Pendidikan Islam yang saya telah mengikut ustaz dan ustazah mengajar di kelas 4 Bijak, 2 Bijak, 5 Bijak, dan 5 Pintar, saya telah mendapati satu masalah yang baru. Saya mendapati ada seorang murid tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran yang Ustaz ajar di hadapan.Dia sibuk membuat kerja lain seperti menggunting kertas, mewarna dan macam-macam lagi. Apabila ustaz minta dia membaca, dia dapat pula membaca dengan lancar. Saya ada juga menegur pelajar perempuan ini, namun sekejap sahaja dia memberi tumpuan, kemudian dia kembali membuat kerja lain.Apabila ustaz memberikan latihan, dia membuat sambil bermain-main dengan rakan di sebelahnya. Pelajar ini seakan tidak serius dalam membuat tugasan yang ustaz berikan kepada dia. Walaupun banyak kali ditegur dia tetap melakukan perkara yang sama.

ANALISIS MASALAH

Masalah tidak memberikan tumpuan kepada pelajaran menjadi fokus saya pada minggu 1 ini. Saya dapati bahawa murid ini amat payah untuk memberikan tumpuan. Akhirnya dia tidak dapat menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh ustaz. Selain itu saya melihat murid-murid lebih banyak berbual dengan rakan-rakan apabila ustaz meminta mereka membuat latihan. Ini secara tidak lansung menganggu fokus mereka terhadap pembelajaran.Dalam pemerhatian saya, murid-murid membuat masalah seperti itu mungkin disebabkan faktor yang berikut: Murid tidak ada inisiatif untuk belajar. Murid tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar sehingga apabila mereka diberikan kerja rumah, mereka tidak dapat membuatnya dengan baik sehingga memberi alasan terlupa hendak menyiapkan dan terlupa bawa buku latihan.

CADANGAN.Justeru itu, guru harus peka dan berempati dengan setiap pelajarnya supaya dapat menentukan dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini demi menjaga iklim bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya membantu dan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada murid-murid yang sebegini.Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang di berikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan. Selain itu juga, peneguhan positif dan negatif boleh digunakan dalam menangani masalah yang dinyatakan. Contoh peneguhan negatif ialah berdiri di atas kerusi bagi mereka yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan manakala contoh peneguhan positif ialah memberi hadiah kepada sesiapa yang telah menyiapkan tugasan tepat pada masanya. Bagi tulisan yang kemas pula, saya boleh memberikan pujian kepada murid itu dihadapan kelas sebagai peneguhan positif.Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk memberhentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Manakala tujuan peneguhan positif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau memberhentikannya seperti denda.

TEMPOH PENYELESAIAN27 Mac 31 Mac (seminggu)

TINDAKAN SUSULANGuru mestilah bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi dan menjadi role model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Justeru, guru perlu tahu cara menangani konsep kendiri yang negatif serta tingkah laku bermasalah dalam sesebuah bilik darjah. Saya mendapati,perkara yang perlu ditekankan oleh seorang guru ialah corak kepimpinannya dan interaksi antara guru dan murid itu sendiri.

Mengikut kamus A New English Dictionary, interaksi bererti proses saling bertindak, saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Corak kepimpinan yang sesuai dimainkan oleh seorang guru ialah kepimpinan yang bercorakkan demokratik. Perkataan demokratik membawa maksud berkongsi kuasa di antara setiap ahli dalam sesuatu komuniti. Sebagai seorang guru, saya hendaklah sentiasa sedia berkongsi apa jua yang ditunjukkan oleh murid kepada saya. Setiap alasan yang murid berikan saya perlu mendengarnya dan kemudian memberi respon yang baik kepada mereka.

KESIMPULANSaya yakin dan percaya bahawa masalah hilang tumpuan ketika di dalam kelas boleh di atasi sekiranya murid itu dibimbing dengan betul oleh guru. Mungkin sekali murid berkenaan sengaja melakukan perkara lain kerana ingin mendapatkan perhatian guru. Maka saya yakin sekiranya guru memberikan tumpuan kepada pelajar terbabit, insyaAllah dia tidak akan melakukan pekerjaan lain di dalam kelas.Saya berharap selepas ini murid berkenaan akan memberikan respon yang baik. Ini amat penting untuk pembelajaran beliau dalam kehidupan beragama seperti yang termaktub dalam surah al-zariat ayat 56: 56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.Maka murid ini harus memberikan tumpuan yang lebih kepada kelas Pendidikan Islam dan menjadi muslim yang baik menggunakan akal yang telah dikurniakan Allah. Seperti hadis nabi yang telah diriwayatkan oleh ibnu Abbas (.....dan alat bagi mukmin ialah akal...dan tiang agama ialah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan menyerukan orang-orang beribadat ialah akal.)Saya berharap ini akan menjadi panduan kepada saya untuk mendidik yang lain. Sekian, terima kasih.