jurnal membaca usm

8
KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR ALIRAN SAINS DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA Salmiza Saleh ([email protected]) Afik Aziz Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Abstrak: Satu kajian mengenai kemahiran belajar telah dijalankan ke atas 129 orang pelajar aliran sains di sembilan buah sekolah menengah yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dari lima buah negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kemahiran belajar pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah di Malaysia khusus dalam konteks perbezaan yang mungkin wujud disebabkan faktor jantina. Data yang diperolehi daripada instrumen soal-selidik kemahiran belajar kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya kemahiran belajar pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah di Malaysia berada pada tahap yang sederhana. Tiada terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara kemahiran belajar pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling dikuasai oleh pelajar manakala kemahiran mengurus masa merupakan kemahiran yang paling kurang dikuasai. Pengenalan Kebelakangan ini, kerajaan sering menekankan kepentingan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Hal ini dikuatkan lagi dengan perancangan negara dalam Rancangan Malaysia ke-10 di bawah bab ‘Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia′. Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Keperluan Malaysia untuk merapatkan jurang perbezaan bagi mencapai ciri modal insan bertaraf dunia masih perlu ditingkatkan. Menurut Statistik Pendidikan Bank Dunia pada 2007, peratusan tenaga buruh di negara kita dengan pendidikan tertiari ialah 23.4% , masih jauh jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara berpendapatan tinggi lain seperti Singapura (35.9%), Amerika Syarikat (34.1%), United Kingdom (31.9%) dan Australia (32.7%). Pendidikan tertiari adalah tahap pendidikan selepas menamatkan pendidikan menengah, iaitu selepas 11-12 tahun persekolahan wajib, kolej, universiti, institut kemahiran/teknologi dan politeknik merupakan institusi utama yang menyediakan pendidikan tertiari. Proses pembentukan modal insan yang diharapkan oleh pihak kerajaan ini sebenarnya bermula di dalam sekolah. Kecenderungan murid untuk minat dalam pembelajaran serta memperoleh kejayaan dalam bidang akademik merupakan salah satu faktor yang penting dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi. Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika murid memperoleh cara atau strategi belajar yang berkesan (Mohd Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2009). Kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan (Selmen, 1987). Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang murid untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran

Upload: mohd-fawaz

Post on 19-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Membaca Usm

KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR ALIRAN

SAINS DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Salmiza Saleh ([email protected])

Afik Aziz

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

Abstrak: Satu kajian mengenai kemahiran belajar telah dijalankan ke atas 129 orang pelajar aliran

sains di sembilan buah sekolah menengah yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dari lima

buah negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kemahiran

belajar pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah di Malaysia khusus dalam konteks

perbezaan yang mungkin wujud disebabkan faktor jantina. Data yang diperolehi daripada instrumen

soal-selidik kemahiran belajar kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian

menunjukkan secara keseluruhannya kemahiran belajar pelajar aliran sains di sekolah-sekolah

menengah di Malaysia berada pada tahap yang sederhana. Tiada terdapat perbezaan statistik yang

signifikan antara kemahiran belajar pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kemahiran membaca

merupakan kemahiran yang paling dikuasai oleh pelajar manakala kemahiran mengurus masa

merupakan kemahiran yang paling kurang dikuasai.

Pengenalan

Kebelakangan ini, kerajaan sering menekankan kepentingan melahirkan modal insan yang

berkualiti tinggi. Hal ini dikuatkan lagi dengan perancangan negara dalam Rancangan Malaysia

ke-10 di bawah bab ‘Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia′. Modal insan

merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada

inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Kelayakan pendidikan yang tinggi

bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam

bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama

modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Keperluan Malaysia untuk

merapatkan jurang perbezaan bagi mencapai ciri modal insan bertaraf dunia masih perlu

ditingkatkan. Menurut Statistik Pendidikan Bank Dunia pada 2007, peratusan tenaga buruh di

negara kita dengan pendidikan tertiari ialah 23.4% , masih jauh jika hendak dibandingkan

dengan beberapa negara berpendapatan tinggi lain seperti Singapura (35.9%), Amerika Syarikat

(34.1%), United Kingdom (31.9%) dan Australia (32.7%). Pendidikan tertiari adalah tahap

pendidikan selepas menamatkan pendidikan menengah, iaitu selepas 11-12 tahun persekolahan

wajib, kolej, universiti, institut kemahiran/teknologi dan politeknik merupakan institusi utama

yang menyediakan pendidikan tertiari. Proses pembentukan modal insan yang diharapkan oleh

pihak kerajaan ini sebenarnya bermula di dalam sekolah. Kecenderungan murid untuk minat

dalam pembelajaran serta memperoleh kejayaan dalam bidang akademik merupakan salah satu

faktor yang penting dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi. Kejayaan dalam bidang

akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika murid memperoleh cara atau strategi belajar

yang berkesan (Mohd Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2009).

Kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai,

memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan (Selmen, 1987).

Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang murid

untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran

Page 2: Jurnal Membaca Usm

seumur hidup (Selmen, 1987). Ketiadaan kemahiran belajar yang betul boleh menjadi antara

faktor penyebab kepada kurangnya minat pelajar untuk belajar dan seterusnya menyumbang

kepada berlakunya masalah keciciran.

Mempertimbangkan hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), melalui Pusat

Perkembangan Kurikulum telah memperkenalkan kaedah Belajar Cara Belajar (BCB) bertujuan

untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran belajar yang perlu dikuasai mereka ke

arah kecemerlangan hidup. Antara kemahiran belajar yang disarankan adalah kemahiran

mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis serta kemahiran mengambil nota.

Rasionalnya adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab kendiri pelajar di samping menjadikan

mereka individu yang lebih berdikari dalam memastikan matlamat pembelajaran seumur hidup

yang diharapkan dapat direalisasikan.

Pernyataan Masalah

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih kurang

menekankan aspek teknik belajar secara formal (Sarena Abdul Karim, 2003). Walaupun terdapat

usaha daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) untuk mendedahkan pelajar

dengan kaedah Belajar Cara Belajar (BCB), namun sejauh mana penerapan dan perlaksanaannya

haruslah dikaji semula dengan teliti memandangkan bilangan pelajar yang tercicir akibat

kurangnya minat untuk belajar adalah masih tinggi. Kajian oleh Sarena Abdul Karim (2003)

mendapati kebanyakkan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar hanya secara

kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya Umumnya pelajar didapati

masih kurang jelas dengan konsep kemahiran belajar yang perlu dikuasai mereka. Kesedaran

pelajar tentang kepentingan penggunaan kemahiran belajar yang berkesan masih berada pada

tahap yang rendah (Siti Hawa Munji, 1987). Hal ini sangat membimbangkan kerana kegagalan

penguasaan kemahiran belajar yang betul akan mempengaruhi minat pelajar untuk mengikuti

proses pembelajaran di sekolah.

Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kemahiran belajar pelajar aliran sains (lelaki dan

perempuan) di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Kepentingan Kajian

Memandangkan data berkenaan kajian kemahiran belajar dalam kalangan pelajar aliran sains di

sekolah-sekolah di Malaysia adalah terhad, keputusan kajian ini berguna untuk dijadikan sebagai

bahan rujukan untuk penyelidikan lanjut berkaitan. Data yang diperolehi penting sebagai bukti

empirikal tentang tahap kemahiran belajar dalam kalangan pelajar aliran sains pada masa ini

selain dapat memberikan panduan kepada guru-guru dalam menggalakkan minat dan motivasi

belajar pelajar.

Tinjauan Literatur

Kemahiran belajar ialah keupayaan melaksanakan kegiatan pembelajaran dengan berkesan.

Menurut Keefe (1987), kemahiran belajar setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain.

Perbezaan ini boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti jantina, bentuk fizikal, tingkah laku, cara

berfikir, cara berinteraksi, kemahiran belajar dan gaya kognitif yang pelajar pilih untuk

Page 3: Jurnal Membaca Usm

memperoleh maklumat baru. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kejayaan

pelajar dengan kemahiran belajar (James, Chris & Michael, 2003) . Pelajar yang mempunyai

kemahiran belajar yang tinggi didapati lebih berjaya dalam pelajaran mereka berbanding dengan

pelajar yang kurang mempunyai kemahiran belajar (James, Chris & Michael, 2003; Abdul Razak

Habib & Rashidi Azizan, 1997). Selain itu, penguasaan kemahiran belajar yang berbeza juga

didapati memberi kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik

pelajar (Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq & Haliza Jaafar, 2007).

Walaupun kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai ciri-ciri positif yang

menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki

(Zalizan Jelas, Semah Rahman, Roselan Baki, Jamil Ahmad, 2005), namun dalam konteks

kemahiran belajar, dapatan kajian lalu menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan (Mohd. Najib Abd. Aziz & Nor Shafrin

Ahmad, 2007; Mohd. Dali, 1999). Kedua-dua kumpulan pelajar lelaki dan perempuan didapati

mempunyai tahap pengusaan kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat

nota, kemahiran mengingati dan kemahiran disiplin diri yang agak setara (Mohd. Najib Abd.

Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2007). Walaupun begitu, pelajar umumnya didapati masih kurang

mahir dalam mengamalkan teknik belajar yang berkesan (Sadasivam, 2004). Hasil kajian turut

menunjukkan bahawa kemahiran belajar dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang

sederhana (Mazhan Mohd. Mohidin, 2003).

Secara umum, kemahiran belajar dapat diklasifikasikan kepada beberapa subskala iaitu

kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus

masa, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan (Baharin Abu,

Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq & Haliza Jaafar, 2007). Hasil kajian menunjukkan

bahawa kemahiran belajar berdasarkan subskala-subskala ini dalam kalangan pelajar adalah

berbeza berdasarkan jenis sampel kajian (Wong, 2010; Mohd Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin

Ahmad; Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq & Haliza Jaafar, 2007; Mazhan

Mohd. Mohidin, 2003).

Kemahiran membaca

Kemahiran membaca umumnya terbahagi kepada kemahiran membaca secara pantas dan

membaca secara kritis (Saniah Sayuti et al., 2000) . Membaca secara pantas melibatkan teknik

bacaan sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming) manakala membaca secara kritis

pula melibatkan teknik SQ3R (Survey-Question-Read-Recite-Review) dan KWLH (Know –

What – Learned – How).

Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar melibatkan pemerhatian teliti sesuatu demonstrasi, tulisan, lakonan, gerak

badan, serta mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh guru (Mohd. Najib Abdul

Aziz & Nor Shafrin Ahmad). Mendengar adalah salah satu proses yang aktif yang memerlukan

pemikiran, penilaian dan percantuman (Mohd. Yunus Noor, 1990). Pelajar umumnya didapati

Kemahiran mencatat nota

Kemahiran mencatat nota merupakan elemen penting yang dapat membantu pelajar belajar

dengan lebih baik dan memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran (Mohd. Najib

Page 4: Jurnal Membaca Usm

Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2008). Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu

kuliah dapat mengingat 90 – 100% daripada yang didengar, sebaliknya pelajar yang tidak

mencatat nota atau belajar nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada apa yang

didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu (Pauk, 1987). Mencatat nota penting dalam

memastikan pelajar dapat mengenalpasti dan memahami idea-idea penting pelajaran selain

membantu membantu ingatan yang lebih lama (Carmen & Adams, 1984).

Kemahiran mengurus masa

Kemahiran mengurus masa merupakan antara faktor kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan

seseorang pelajar (Toh, 2000). Pengurusan masa yang cekap dapat berlaku sekiranya pelajar

mempunyai jadual perancangan yang jelas. Walaupun begitu, kajian mendapati bahawa hanya

segelintir pelajar sahaja yang merancang dan mematuhi jadual aktiviti mereka (Padilah Ali,

1986).

Kemahiran membuat rujukan

Kemahiran membuat rujukan penting untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran mengesan

maklumat dengan cekap tanpa perlu membaca kesemuanya. Kemahiran ini penting untuk

melengkap dan menambah pengetahuan yang diperolehi.

Kemahiran menghadapi peperiksaan

Kemahiran menghadapi peperiksaan penting dalam memastikan pelajar mempunyai keyakinan

tinggi semasa menghadapi sesuatu peperiksaan. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan

bahawa pelajar masih kurang mahir dengan strategi atau teknik menghadapi peperiksaan (Wong,

2010). Kebanyakannya didapati cenderung untuk mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir

peperiksaan (Siti Hawa Munji, 1987).

Metodologi Kajian

Kajian tinjauan ini telah dijalankan ke atas seramai 129 pelajar aliran sains (72 pelajar

perempuan dan 57 pelajar lelaki) dari sembilan buah sekolah menengah di lima buah negeri di

Semenanjung Malaysia. Teknik persampelan rawak mudah (responden bersedia untuk

bekerjasama dengan penyelidik) telah digunakan untuk mendapatkan sampel kajian yang

dikehendaki.

Instrumen yang dikenali sebagai Soal Selidik Kemahiran Belajar pelajar kemudiannya telah

diedarkan kepada pihak sekolah untuk ditadbir ke atas pelajar terbabit. Instrumen ini terdiri

daripada 53 item berkaitan enam subskala kemahiran belajar pelajar iaitu (1) Kemahiran

Membaca, (2) Kemahiran menulis dan mengambil nota, (3) Kemahiran mengurus masa, (4)

Kemahiran mendengar, (5) Kemahiran membuat rujukan dan (6) Kemahiran menghadapi

peperiksaan. Pelajar dikehendaki menjawab soal selidik ini secara jujur dalam masa 60 minit.

Secara umum mereka dikehendaki untuk menyatakan tahap persetujuan terhadap item-item

kemahiran belajar yang dikemukakan dalam bentuk Skala Likert empat peringkat (tidak setuju,

kurang setuju, setuju, sangat setuju). Soal selidik ini dikumpul sebaik sahaja pelajar selesai

menjawab.

Page 5: Jurnal Membaca Usm

Dapatan Kajian

Jadual 1a: Kemahiran belajar pelajar berdasarkan jantina

Jantina Bilangan murid

Skor min Sisihan Lazim

Lelaki 57 2.62 0.405

Perempuan 72 2.66 0.308

Jumlah keseluruhan 129 2.65 0.278

Jadual 1b: Ujian-t kemahiran belajar pelajar aliran sains berdasarkan jantina

Jadual 2: Kemahiran belajar pelajar aliran sains mengikut sbskala berdasarkan jantina

Kemahiran belajar Lelaki Perempuan

Membaca 2.75 2.87

Mendengar 2.69 2.85

Mencatat nota 2.67 2.73

Mengurus masa 2.43 2.30

Membuat rujukan 2.51 2.70

Menghadapi peperiksaan 2.68 2.63

Perbincangan

Keputusan yang diperolehi (Jadual 1a) menunjukkan bahawa secara umum, kemahiran belajar

pelajar aliran sains di sekolah-sekolah Malaysia berada pada tahap sederhana dengan skor 2.65

pada Skala Likert (skor maksimum Skala Likert; 4.00). Dapatan ini memberi implikasi bahawa

umumnya kemahiran belajar dalam kalangan pelajar masih perlu diperbaiki lagi. Merujuk kepada

Ujian Levene Ujian-t

F sig. t df sig. Beza

min

Perbezaan

ralat

piawai

95% perbezaan darjah

keyakinan

Had atas Had bawah

2.069 .063 1.145 161 .212 .004 .0543 .2011 .0479

Page 6: Jurnal Membaca Usm

Jadual 2, didapati bahawa untuk keenam-enam subskala kemahiran belajar yang dikaji, skor yang

diperolehi kedua-dua kumpulan pelajar lelaki dan perempuan juga adalah kurang daripada 3.00.

Purata nilai min kurang daripada 3.00 ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan, pelajar

sampel kajian mempunyai kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat

nota, kemahiran mengurus masa, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi

peperiksaan yang sederhana. Walaupun secara umum, pelajar sebelum ini ada didedahkan

dengan konsep Belajar Cara Belajar (Kem. Pendidikan, 2001) namun pendekatan yang

digunakan masih belum menampakkan hasil yang boleh dibanggakan lagi. Perhatian yang lebih

serius haruslah diberikan dalam memastikan setiap pelajar dilengkapkan dengan kemahiran

belajar dalam pendidikan formal mereka.

Didapati skor min kemahiran belajar pelajar lelaki adalah 2.62 manakala skor min kemahiran

belajar pelajar perempuan adalah 2.66. Analisis ujian-t (Jadual 1b) menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran belajar pelajar lelaki aliran sains (Min:

2.62, Sisihan Lazim: 0.405) dengan kemahiran belajar pelajar perempuan aliran sains (Min: 2.66,

Sisihan Lazim: 0.308) dengan nilai t=1.145 dan p=0.212, p>0.05. Keputusan yang diperolehi

ini mengesahkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd. Najib Abd. Aziz dan Nor Shafrin

Ahmad (2007) serta Mohd. Dali (1999) yang turut memperolehi keputusan yang sama sebelum

ini. Dapatan ini memberi implikasi bahawa dalam konteks kemahiran belajar kedua-dua

kumpulan pelajar lelaki dan perempuan aliran sains mempunyai peluang serta potensi yang sama

untuk berjaya dalam pengajian mereka.

Menariknya, hasil analisis lanjut menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan pelajar lelaki dan

perempuan aliran sains mempunyai kecenderungan kemahiran yang agak sama. Kedua-dua

kumpulan ini mempunyai kemahiran membaca yang paling tinggi dan kemahiran mengurus

masa yang paling rendah. Jadual 2 menunjukkan bahawa kemahiran belajar yang paling dikuasai

oleh pelajar lelaki adalah kemahiran membaca, diikuti dengan kemahiran mendengar, kemahiran

menghadapi peperiksaan, kemahiran membuat rujukan dan akhir sekali adalah kemahiran

mengurus masa. Bagi pelajar perempuan pula, kemahiran belajar yang paling dikuasai adalah

kemahiran membaca, diikuti dengan kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran

membuat rujukan, kemahiran menghadapi peperiksaan dan akhir sekali adalah kemahiran

mengurus masa. Kecuali kemahiran mengurus masa dan kemahiran menghadapi peperiksaan,

umumnya pelajar perempuan mempunyai kemahiran belajar yang lebih baik berbanding dengan

pelajar lelaki dalam subskala membaca, mendengar, mencatat nota dan membuat rujukan.

Hasil kajian turut menunjukkan bahawa umumnya pelajar sampel kajian (pelajar aliran sains

sekolah menengah di Malaysia) sangat kurang menguasai kemahiran mengurus masa. Keputusan

ini tidak mengejutkan memandangkan data empirikal sebelum ini sememangnya menunjukkan

bahawa pelajar Malaysia masih lagi ketinggalan dalam aspek pengurusan masa. Dapatan ini

adalah setara dengan dapatan kajian oleh Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq &

Haliza Jaafar (2007) yang telah dijalankan ke atas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di

Malaysia. Dapatan ini memberi implikasi bahawa para pelajar umumnya perlu dibantu untuk

menguasai kemahiran mengurus masa dalam hidup mereka. Konsep pengurusan masa yang

cekap perlu diberi perhatian serius dalam sistem pendidikan formal sedia ada. Hal ini penting

dalam usaha melahirkan generasi masyarakat yang lebih berdisiplin, cekap serta dapat berfungsi

dengan berkesan dalam menyumbang ke arah pembangunan Negara.

Page 7: Jurnal Membaca Usm

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa secara keseluruhannya

kemahiran belajar pelajar aliran sains di sekolah-sekolah di Malaysia masih berada pada tahap

sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran belajar pelajar lelaki

aliran sains dengan kemahiran belajar pelajar perempuan aliran sains. Hasil kajian juga

menunjukkan bahawa kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling dikuasai oleh

pelajar (lelaki dan perempuan) manakala kemahiran mengurus masa merupakan kemahiran yang

paling kurang dikuasai mereka. Pendedahan terhadap konsep kemahiran belajar bermula dari

pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi membentuk modal insan yang berkualiti

seperti yang diharapkan.

Rujukan

Abdul Razak Habib & Rashidi Azizan. (1997). Hubungan antara stail pembelajaran dengan

pencapaian matematik dan sains pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 22: 39-49

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar (2007).

Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti

Pendidikan, UTM Johor. Jabatan Asas Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Carmen, R.A. dan Adams, W.R. (1984). Study Skill. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

James Kuo, Chris Hagie dan Michael T Miller. (2003). Encouraging College Student Success.

International Education Journal, 14, 60-67.

Keffe, J. (1987). Learning styles theory and practice. Reston: National Association of Secondary

Schools Principals.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Belajar Cara Belajar, Pusat Perkembangan

Kurikulum.

Mazhan Mohd. Mohidin, (2003). Amalan Cara Belajar Dalam Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kedah Darul Aman. E-Pusat

Sumber Fakulti Pendidikan UTM. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber

Mohd Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad. (2008). Kemahiran Belajar dan Hubungannya

dengan Pencapaian Akademik: Kajian di Daerah Kerian, Perak. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,

Jil. 23, 29-47, 2008.

Mohd Yunus Noor. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Padilah Ali (1986). Petua Membuat Nota Yang Baik. Dewan Siswa, 23.

Page 8: Jurnal Membaca Usm

Pauk, W. (1984). How To Study In College. Boston: Houghton Mifflin Company.

Sadasivam, M. (2004). Satu kajian kemahiran belajar di kalangan para pelajar tingkatan empat

aliran sastera yang berprestasi rendah dalam subjek sains teras di sebuah sekolah mengengah luar

Bandar di negeri Perlis. Laporan Projek Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Sarena Abdul Karim (2003). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik

Pelajar Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Di Negeri Sembilan. Universiti Teknologi

Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Selmes, I. (1987). Improving Study Skills. London: Hadder and Stoughton.

Siti Hawa Munji (1987). Kajian Penggunaan Teknik Belajar Oleh Pelajar-pelajar Universiti

Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak. Sarawak: Universiti Pertanian Malaysia.

Toh, H.L. (2000). Rahsia Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors. Sdn. Bhd.

Wong, J. N. (2010). Kajian tentang gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek Kemahiran Hidup

di sekolah menengah daerah Sibu. Jurnal Ilmiah Pendidikan. Universiti Perguruan Sultan Idris.

Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. (2005). Prestasi akademik

mengikut gender. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30 . pp. 93-111. ISSN 0126-6020 / 2180-0782