jurnal m2 masalah pengurusan masa

Upload: tracy-thecla-leong

Post on 01-Mar-2016

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ini

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

JURNALBilangan Jurnal

: KE- 2Minggu Praktikum

:KEDUATarikh Peristiwa / Kejadian: 9 FEBRUARI 2015 HINGGA 13 FEBRUARI 2015Tajuk Jurnal

:PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI DI SEKOLAH

Pada minggu kedua saya menjalani praktikum, saya mula membiasakan diri untuk bangun daripada tidur pada setiap hari seawal jam 6.00 pagi. Seterusnya, saya akan mula bersiap untuk solat Subuh dan melangkah keluar dari hostel pada pukul 6.50 pagi. Jarak Sekolah Kebangsaan Raja Chulan dengan IPG Kampus Ipoh adalah 15 hingga 20 minit menaiki kereta. Seawal jam 7.20 pagi saya sudah tiba dalam perkarangan sekolah dan terus ke pejabat sekolah untuk menulis kedatangan pada buku kedatangan guru. Pada minggu kedua ini, pengurusan masa saya sepanjang hari persekolahan ini juga bertambah baik. Malah, pada hari Isnin iaitu bersamaan dengan 9 Februari 2015, pertama kali saya bersua muka dengan Guru Besar SK Raja Chulan, disebabkan pada minggu pertama kami menjejakkan kaki ke sekolah ini, beliau mempunyai tugas penting di luar kawasan sekolah. Oleh itu, Guru Besar SK Raja Chulan iaitu Tuan Haji Syed Musa Bin Haji Syed Hahsim telah meminta kami untuk berjumpa dengannya pada pukul 10 pagi tersebut. Perjumpaan kami bersama dengan Tuan Haji Syed Musa Bin Haji Syed Hahsim adalah lebih kepada sesi suai kenal dan beliau juga telah berkongsi serba sedikit kisah mengenai Sekolah Kebangsaan Raja Chulan ini. Selian itu, Tuan Haji Syed Musa juga telah meminta jasa baik kami untuk mencantikkan lagi dinding bangunan kantin sekolah ini dengan membuat lukisan mural mengikut kerativiti kami. Beliau juga telah menyatakan bahawa aktiviti tersebut adalah sebagai projek kami sepanjang kami menjalankan praktikum selama tiga bulan ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

JURNAL

Bilangan Jurnal

: KE- 2Minggu Praktikum

:KEDUATarikh Peristiwa / Kejadian: 9 FEBRUARI 2015 HINGGA 13 FEBRUARI 2015Tajuk Jurnal

:MASALAH PENGURUSAN MASA

1. Masalah /Peristiwa:Pada minggu kedua praktikum, saya menghadapi masalah dalam menguruskan masa dengan baik, sehingga menyebabkan objektif pengajaran saya tidak tercapai. Ada kalanya, disebabkan masalah pengurusan masa yang kurang baik ini, terdapat langkah yang tidak dapat saya jalankan kerana masa tidak mencukupi. Terdapat aktiviti yang telah dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa yang tidak mencukupi ini. Lantas, hal ini menimbulkan masalah bagi saya kerana sukar untuk saya mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya objektif yang terakhir dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ada kalanya, saya terpaksa melangkau langkah yang terakhir dalam rancangan pengajaran harian untuk menjalankan langkah yang terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Analisis

Masalah pengurusan masa yang tidak mencukupi ini timbul kerana murid-murid mengambil masa tambahan untuk melaksanakan aktiviti permainan yang menyeronokkan bagi mereka. Murid-murid tidak mahu berhenti bermain disebabkan mereka sangat seronok dan masih belum mendapat kepuasan dalam permainan tersebut. Kesannya, murid-murid sudah keletihan dan aktiviti bermain, seterusnya agak lambat bagi mereka dalam menyelesaikan aktiviti yang seterusnya.3. Cadangan Tindakan SusulanBeberapa cadangan tindakan susulan telah dirancang untuk mengatasi masalah pengurusan masa ini: a) Saya perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan masa yang baik dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada waktu penghujung persekolahan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

c) Bagi memastikan bahawa aktiviti permainan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang baki masa yang ada dan meminta mereka bergerak aktif semasa bermain.d) Peneguhan berbentuk ganjaran juga akan saya sediakan bagi membangkitkan minat murid dan untuk murid terus bergerak aktif semasa belajar. e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh MasaTempoh masa untuk melakukan tindakan susulan bermula daripada 16 Februari 2015 sehingga 17 Februari 2015 iaitu selama dua hari sesi persekolahan. Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan tidak dapat berjalan dengan lancar, seterusnya objektif tidak akan tercapai.

5. Tindakan SusulanSaya akan berjumpa dengan pensyarah dan guru pembimbing dan memulakan bacaan mengenai pengurusan masa yang baik. Tempoh selama satu minggu ini dapat digunakan untuk saya menguji tempoh masa yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Selama satu minggu yang akan datang juga saya akan praktikkan pengurusan masa yang lebih baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.................................... Tandatangan :..............................................

Nama :.................................... Nama :..............................................

Tarikh :................................... Tarikh :..............................................