jurnal intern sjkc

4
Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian / Tajuk Jurnal : : : : Ke-1 Pertama 28 September 2015 – 2 Oktober 2015 Melapor diri dan merancang projek Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chung. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan mingguan. Pada hari pertama, kami berjumpa Penolong Kanan 1 dan memaklumkan tentang kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya. Kami juga diberi amanah untuk mengajar empat waktu seminggu. Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru mentor tentang kertas kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang. Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini. Disemak oleh Guru Mentor Tandatangan : Nama : Tarikh : Disemak oleh Pensyarah Pemantau Tandatangan : Nama : Tarikh : Bilangan Jurnal Minggu Internship : : Ke-2 Kedua

Upload: mohd-hafiz

Post on 14-Apr-2016

236 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Intern SJKC

Bilangan JurnalMinggu InternshipTarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-1Pertama 28 September 2015 – 2 Oktober 2015

Melapor diri dan merancang projek

Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Jenis Kebangsaan

Kai Chung. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk

mengikuti perhimpunan mingguan.

Pada hari pertama, kami berjumpa Penolong Kanan 1 dan memaklumkan

tentang kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh

internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan

sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya.

Kami juga diberi amanah untuk mengajar empat waktu seminggu. Kami banyak

menghabiskan masa berbincang dengan guru mentor tentang kertas kerja dan cara

untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang.

Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik

dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini.

Disemak oleh Guru Mentor

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pemantau

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal : Ke-2

Page 2: Jurnal Intern SJKC

Minggu InternshipTarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

:

Kedua 5 Oktober 2015 – 9 Oktober 2015

Melaksanakan projek pertama

Projek pertama yang saya laksanakan adalah berlatih senamrobik untuk

dilaksanakan semasa sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah pada 10 Oktober

2015. Latihan senamrobik dijalankan setiap hari bertempat di dewan SJK Kai Chung.

Kami juga merancang projek keceriaan taman di sekolah ini berdasarkan cadangan

yang diberikan oleh penolong kanan 1 kami. Pada minggu ini juga, saya banyak

melakukan persediaan untuk bertugas dan menyiapkan kertas kerja untuk projek

seterusnya. Selain itu, pengalaman sebagai guru bertugas amat memberi makna

kepada saya dalam menajamkan lagi kemahiran-kemahiran dalam menjadi seorang

guru yang cemerlang. Selain itu, tahap keyakinan saya dalam berucap di kalayak ramai

dapat ditingkatkan dengan latihan seperti ini.

Kali pertama bertugas di sekolah jenis kebangsaan cina saya diuji dengan

masalah komunikasi dengan murid-murid pendidikan khas memandangkan majoriti

daripada murid tersebut ialah berketurunan cina menyebabkan arahan yang jelas perlu

diberikan semasa Pdp. Disamping itu, kami juga melatih pelajar persembahan nyanyian

sempena majlis persaraan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Murid yang terlibat

ialah murid tahun 6 seramai 12 orang.

Disemak oleh Guru Mentor

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pemantau

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 3: Jurnal Intern SJKC

Bilangan JurnalMinggu InternshipTarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-3Ketiga12 Oktober 2015 – 16 Oktober 2015

Projek Keceriaan Sekolah

Projek yang kami laksanakan pada minggu ini ialah projek keceriaan sekolah.

Projek keceriaan sekolah ini adalah atas cadangan daripada pihak sekolah khususnya

penolong kanan 1. Idea daripada beliau banyak membantu kami dalam melaksanakan

projek ini. Bahan utama yang digunakan adalah tayar kereta untuk melaksanakan

projek keceriaan membuat taman di sekolah ini.

Pelaksanaan projek keceriaan ini adalah atas perbincangan di antara guru-guru

Internship bersama dengan pihak sekolah iaitu pihak pentadbir dan staf-staf akademik.

Bahan-bahan yang digunakan ialah “spray” pelbagai warna, tanaman-tanaman, tayar

kereta, dan tanah. Alatan yang digunakan ialah cangkul dan kereta sorong.

Projek ini telah mula dirancang sejak dari minggu pertama internship. Cadangan

demi cadangan yang diterima daripada pihak sekolah, akhirnya projek ini dilaksanakan

pada minggu ketiga internship. Projek ini dijalankan secara berkumpulan iaitu seramai 5

orang guru Internship.

Disemak oleh Guru Mentor

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pemantau

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan JurnalMinggu InternshipTarikh Peristiwa /

:

:

:

Ke-4Keempat19 OKTOBER 2015 – 23 OKTOBER

Page 4: Jurnal Intern SJKC

Kejadian / Tajuk Jurnal : Majlis Persaraan Guru BesarMinggu terakhir ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk kami. Sekolah

akan mengadakan majlis persaraan buat Guru Besar yang akan bersara pada 23

Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat. Terdapat dua program yang dijalankan pada

hari Jumaat tersebut iaitu pada sebelah sesi pagi majlis persaraan Guru Besar khas

untuk pihak sekolah dan murid dijalankan di dewan sekolah. Program berjalan dengan

lancar sekali dengan dihiasi dengan persembahan yang dipersembahkan oleh murid-

murid sebagai tanda penghargaan kepada jasa Guru Besar yang telah berkhidmat di

sekolah tersebut selama 17 tahun. Guru-guru juga membuat persembahan di hadapan

Guru Besar sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar.

Seterusnya pada sebelah malamnya pula diadakan majlis “Malam Junjungan

Budi Lambaian Kasih” sempena persaraan Guru Besar. Tetamu-tetamu kehormat ramai

dijemput hadir pada malam tersebut termasuk penolong pegawai pendidikan daerah

Meradong. Ramai ibu bapa yang turut menghadirkan diri sebagai tanda penghargaan

kepada Guru Besar. Majlis diserikan dengan ucapan daripada Guru Besar yang

memberikan pesanan dan amanat yang terakhir kepada pihak sekolah supaya

meneruskan legasinya dalam menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada tetamu-tetamu

yang hadir pada malam itu. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Disemak oleh Guru Mentor

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pemantau

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :