jurnal daulah uthmaniah

8
143 Konflik Uthmaniyah-Eropah dan Reaksi Masyarakat Melayu 1,2 Ermy Azziaty Rozali 1 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Abstrak: Dawlah Uthmaniyah merupakan kerajaan Islam yang dilihat sebagai pemimpin umat Islam dan mendapat penyanjungan dan penghargaan daripada dunia Islam serta masyarakat Melayu. Ini berkait rapat dengan peranan mereka sebagai pentadbir Makkah dan Madinah setelah menguasai dunia Arab sejak abad ke- 16M, mendapat pengiktirafan dari dunia Islam. Berikutan daripada penghargaan yang diberikan, masyarakat Melayu juga mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan yang berlaku dalam dawlah tersebut. Kertas kerja ini akan membincangkan Konflik-Uthmaniyah-Eropah, terutamanya dalam peperangan Balkan menerima simpati dan sokongan daripada masyarakat Melayu. Reaksi ini cukup signifikan dan relevan dalam menilai hubungan yang wujud antara dua pihak tersebut. PENGENALAN Penyiaran berita dalam akhbar dan majalah Melayu mengenai sejarah dawlah Uthmaniyah mendorong kecenderungan wujudnya masyarakat Melayu terhadap kerajaan tersebut. Suara Melayu contohnya menyiarkan artikel “Tawarikh Dawlat Uthmaniyah” secara bersiri dan mendapat tempat di halaman pertama akhbar tersebut. Di samping itu, sejarah dawlah Uthmaniyah juga diceritakan secara terperinci mengikut zaman pemerintahan kesultanannya. 1 Usaha yang sama juga dilakukan oleh akhbar Bahtra, dengan mengeluarkan tulisan yang bertajuk “Kerajaan Uthmaniyah” yang ditulis oleh saudara Ahmad Rashidi. 2 Menerusi pemaparan tulisan mengenai dawlah Uthmaniyah ini mendekatkan masyarakat Melayu dengan kerajaan tersebut. Melalui akhbar dan majalah juga menunjukkan persepsi masyarakat Melayu mengenai kemajuan dan kekuatan dawlah Uthmaniyah. Beberapa abad sebelum perang kemerdekaan Turki yang diketuai oleh Mustafa Kemal pada 1919, dawlah Uthmaniyah menjadi sanjungan masyarakat Melayu dan juga dunia keseluruhannya. Walaupun Kuasa Barat seperti British, Belanda, negara lain dari sebelah Asia seperti Mesir dan juga Jepun mendapat perhatian akhbar dan majalah Melayu, dawlah Uthmaniyah tetap mendapat perhatian yang istimewa daripada masyarakat Melayu. 3 Penerbitan akhbar dan majalah yang bermula pada akhir abad ke-19, memainkan peranan penting dalam perkembangan sosiobudaya masyarakat Melayu. Walaupun pengisian majalah dan akhbar tersebut agak terhad, namun tetap memberikan pelbagai maklumat dan juga perkembangan yang berlaku termasuk dari luar negara. Menerusi penelitian beberapa buah akhbar dan majalah, kertas kerja ini cuba untuk melihat serta mengkaji reaksi masyarakat Melayu terhadap perkembangan dalam dawlah Uthmaniyah. Konflik-Uthmaniyah Eropah dan Reaksi Masyarakat Melayu: Konflik yang dialami oleh dawlah Uthmaniyah di rantau Balkan mendapat tumpuan dan perhatian masyarakat Melayu. 4 Austria berjaya menguasai Bosnia dengan sokongan dari Rusia. Serbia pula membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13 Mac 1912, untuk menghalang monopoli oleh Austria. Seterusnya pakatan Greece- Montenegro dan Bulgaria pula diwujudkan pada 29 Mei 1912. Pada Oktober 1912, Montenegro menandatangani perjanjian dengan Serbia dan Bulgaria dan bersedia untuk berperang. Bagi pihak dawlah Uthmaniyah pula mereka terpaksa berhadapan dengan percaturan politik daripada jiran- jirannya di Balkan. 5 Peperangan Balkan yang pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke Utara Albania dan Novi Pazar pada 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke atas wilayah di Eropah, persempadanan wilayah berdasarkan etnik, melantik gabenor masyarakat Kristian, majlis pentadbiran daerah, pendidikan secara percuma dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dawlah Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. Ini memberi kesan yang hebat kepada mereka, terutamanya apabila Greek- Montenegro berjaya menawan Pulau Aegean dan juga menyekat laluan ke Anatolia dengan menguasai Rumelia. Bulgaria memberikan peluang kepada Greek-Montenegro dan Serbia memasuki Istanbul Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Upload: anizasuraya70978568

Post on 25-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

143

Konflik Uthmaniyah-Eropah dan Reaksi Masyarakat Melayu

1,2Ermy Azziaty Rozali

1Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Dawlah Uthmaniyah merupakan kerajaan Islam yang dilihat sebagai pemimpin umat Islam dan mendapat penyanjungan dan penghargaan daripada dunia Islam serta masyarakat Melayu. Ini berkait rapat dengan peranan mereka sebagai pentadbir Makkah dan Madinah setelah menguasai dunia Arab sejak abad ke-16M, mendapat pengiktirafan dari dunia Islam. Berikutan daripada penghargaan yang diberikan, masyarakat Melayu juga mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan yang berlaku dalam dawlah tersebut. Kertas kerja ini akan membincangkan Konflik-Uthmaniyah-Eropah, terutamanya dalam peperangan Balkan menerima simpati dan sokongan daripada masyarakat Melayu. Reaksi ini cukup signifikan dan relevan dalam menilai hubungan yang wujud antara dua pihak tersebut.

PENGENALAN Penyiaran berita dalam akhbar dan majalah Melayu mengenai sejarah dawlah Uthmaniyah mendorong kecenderungan wujudnya masyarakat Melayu terhadap kerajaan tersebut. Suara Melayu contohnya menyiarkan artikel “Tawarikh Dawlat Uthmaniyah” secara bersiri dan mendapat tempat di halaman pertama akhbar tersebut. Di samping itu, sejarah dawlah Uthmaniyah juga diceritakan secara terperinci mengikut zaman pemerintahan kesultanannya.1 Usaha yang sama juga dilakukan oleh akhbar Bahtra, dengan mengeluarkan tulisan yang bertajuk “Kerajaan Uthmaniyah” yang ditulis oleh saudara Ahmad Rashidi.2 Menerusi pemaparan tulisan mengenai dawlah Uthmaniyah ini mendekatkan masyarakat Melayu dengan kerajaan tersebut.

Melalui akhbar dan majalah juga menunjukkan persepsi masyarakat Melayu mengenai kemajuan dan kekuatan dawlah Uthmaniyah. Beberapa abad sebelum perang kemerdekaan Turki yang diketuai oleh Mustafa Kemal pada 1919, dawlah Uthmaniyah menjadi sanjungan masyarakat Melayu dan juga dunia keseluruhannya. Walaupun Kuasa Barat seperti British, Belanda, negara lain dari sebelah Asia seperti Mesir dan juga Jepun mendapat perhatian akhbar dan majalah Melayu, dawlah Uthmaniyah tetap mendapat perhatian yang istimewa daripada masyarakat Melayu.3

Penerbitan akhbar dan majalah yang bermula pada akhir abad ke-19, memainkan peranan penting dalam perkembangan sosiobudaya masyarakat Melayu. Walaupun pengisian majalah dan akhbar tersebut agak terhad, namun tetap memberikan pelbagai maklumat dan juga perkembangan yang

berlaku termasuk dari luar negara. Menerusi penelitian beberapa buah akhbar dan majalah, kertas kerja ini cuba untuk melihat serta mengkaji reaksi masyarakat Melayu terhadap perkembangan dalam dawlah Uthmaniyah. Konflik-Uthmaniyah Eropah dan Reaksi Masyarakat Melayu: Konflik yang dialami oleh dawlah Uthmaniyah di rantau Balkan mendapat tumpuan dan perhatian masyarakat Melayu.4 Austria berjaya menguasai Bosnia dengan sokongan dari Rusia. Serbia pula membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13 Mac 1912, untuk menghalang monopoli oleh Austria. Seterusnya pakatan Greece-Montenegro dan Bulgaria pula diwujudkan pada 29 Mei 1912. Pada Oktober 1912, Montenegro menandatangani perjanjian dengan Serbia dan Bulgaria dan bersedia untuk berperang. Bagi pihak dawlah Uthmaniyah pula mereka terpaksa berhadapan dengan percaturan politik daripada jiran-jirannya di Balkan.5

Peperangan Balkan yang pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke Utara Albania dan Novi Pazar pada 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke atas wilayah di Eropah, persempadanan wilayah berdasarkan etnik, melantik gabenor masyarakat Kristian, majlis pentadbiran daerah, pendidikan secara percuma dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dawlah Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. Ini memberi kesan yang hebat kepada mereka, terutamanya apabila Greek-Montenegro berjaya menawan Pulau Aegean dan juga menyekat laluan ke Anatolia dengan menguasai Rumelia. Bulgaria memberikan peluang kepada Greek-Montenegro dan Serbia memasuki Istanbul

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Page 2: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

144

dan menguasai Macedonia dan juga Edirne.6 Siri kedua perang Balkan ini menyaksikan kekalahan dawlah Uthmaniyah. Albania mendapat kemerdekaan dan memberi sokongan kepada Itali untuk berkuasa di Adriatik.7

Peperangan di Balkan ini dianggap oleh kebanyakan umat Islam sebagai perang salib yang dilancarkan oleh masyarakat Kristian Eropah terhadap saudara mereka di sana. Perasaan yang sama turut dikongsi oleh masyarakat Melayu. Kecenderungan terhadap peperangan tersebut dapat dilihat melalui berita-berita yang dimuatkan dalam Neracha, Tunas Melayu, Lembaga Melayu, Suara Melayu dan Bahtra.8 Kepelbagaian berita yang dimuatkan dalam akhbar ini, mendorong guru-guru Melayu berusaha menjadikan akhbar seperti Tunas Melayu dan Neracha sebagai bahan pengajaran di dalam kelas.9

Penyiaran berita sokongan Albania terhadap Turki Uthmaniyah dalam menghadapi kemelut peperangan di Balkan, jelas menunjukkan kecenderungan Neracha terhadap perkembangan semasa yang berlaku dalam dawlah Uthmaniyah.10 Pertempuran yang berlangsung di antara pihak dawlah Uthmaniyah dengan Bulgaria dan Greek turut dilaporkan.11 Sebagai reaksi dan juga tanda sokongan terhadap dawlah Uthmaniyah yang berhadapan dengan serangan dari Eropah, pihak Neracha menyeru kepada umat Islam di Alam Melayu agar bersama-sama mendoakan dawlah Uthmaniyah.12 Sebagai iktibar dan seruan kepada masyarakat Melayu, Neracha mengambil contoh masyarakat Mesir yang memberikan sebahagian wang daripada peruntukan untuk ibadah korban dan dikumpulkan sebagai bantuan kepada dawlah Uthmaniyah.13

Neracha juga menegur masyarakat Melayu yang ghairah dengan permainan bola sepak, sedangkan saudara seagama mereka di dawlah Uthmaniyah ditimpa bencana konflik peperangan. Kritikan oleh Neracha agak keras dengan menyatakan “bila masanya kita mesti sedar diri, saudara-saudara kita mengerang siang dan malam mengadap senjata dan seteru, maka kita bersorak ramai-ramai tendang bola hentam satu satu lagi, tidak mengambil insaf”.14 Pernyataan-pernyataan Neracha mengenai bola sepak adalah didorong dengan matlamat perjuangan mereka untuk menggerakkan umat Islam, khususnya masyarakat Melayu ke arah pembangunan yang berlandaskan agama Islam. Neracha dengan tegas menyatakan pendirian mereka yang menolak kecenderungan orang Melayu terhadap permainan bola sepak.15

Konflik yang dialami oleh dawlah Uthmaniyah dengan kuasa Eropah ini mendorong Neracha melancarkan kempen mengutip derma. Fokus pemberitaan dilihat memberikan sokongan dalam peperangan, jelas menunjukkan pengaruh dawlah Uthmaniyah. Selain sokongan dalam bentuk tulisan, akhbar ini juga menjalankan kempen kutipan derma

sebanyak $1.00 seorang bagi membantu dawlah Uthmaniyah membeli senjata dan peluru. Di samping kempen kutipan derma, Neracha juga mengkritik orang Melayu kerana tidak prihatin terhadap saudara seagama mereka di dawlah Uthmaniyah yang bermatian-matian berjuang dalam peperangan. 16

Neracha juga melaporkan bahawa terdapat usaha dari negeri Perak untuk membantu dawlah Uthmaniyah dalam peperangan di Balkan. Kutipan derma dibuat daripada orang ramai sekurang-kurang satu ringgit seorang, untuk diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (al-Hilal al-Ahmar). Masyarakat Melayu juga diminta agar meninggalkan sementara keseronokan bermain bola sepak dan menumpukan kepada usaha amal tersebut.17 Promosi kempen kutipan derma oleh Neracha mendapat sambutan hangat. Raja Harun al-Rashid salah seorang kerabat diraja Perak bertanggungjawab sebagai Setiausaha Dana Turki Uthmaniyah. Pada 4 Januari 1913, kutipan tersebut berjaya mencecah $7610.33 yang diperolehi daripada Sultan Perak dan juga masyarakat Islam. Kutipan itu kemudiannya disalurkan untuk Persatuan Bulan Sabit Merah dawlah Uthmaniyah.18 Raja Harun al-Rasyid adalah putera Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul ‘Adzam dengan Tengku Permaisuri Che’ Uteh. Beliau digelar sebagai Raja Kechil Sulong dan pernah mengiringi Sultan Idris ke England pada bulan Julai tahun 1911, bagi menghadiri majlis pertabalan King George V. 19

Selain bantuan kewangan kepada dawlah Uthmaniyah, terdapat juga bantuan berbentuk misi perubatan yang diberikan semasa peperangan. Neracha yang memetik daripada akhbar Sinar Sumatra menjelaskan terdapat dua orang doktor dari Alam Melayu, pergi ke dawlah Uthmaniyah untuk memberikan bantuan perubatan kepada tentera Turki yang cedera dalam peperangan Balkan. Kedua-dua doktor tersebut, iaitu Radin Mas Oko dan Radin Hiram. Mereka berdua kemudiannya dianugerahkan bintang kebesaran daripada dawlah Turki Uthmaniyah sebagai tanda penghargaan.20

Kehadiran doktor dari Sumatera tersebut bagi membantu pasukan tentera dwalah Uthmaniyah, menunjukkan peperangan yang dihadapi oleh dawlah Uthmaniyah mendapat perhatian masyarakat Melayu. Di samping bantuan kewangan dan sokongan moral, misi kemanusiaan juga diberikan. Oleh itu, persepsi masyarakat Melayu terhadap kerajaan tersebut tidak hanya berkisar terhadap kekuatan dan kewibawaan dawlah Uthmaniyah, bahkan persepsi tersebut beransur-ansur menjadi pengaruh yang dapat menarik perhatian dan tindakan daripada masyarakat Melayu untuk menghulurkan bantuan.

Berita mengenai peperangan Balkan terus mendapat liputan meluas oleh Neracha. “Turki dan kerajaan-kerajaan Balkan”, merupakan ruangan khusus yang membentangkan perkembangan semasa

Page 3: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

145

mengenai peperangan di Balkan dan mengambil sebahagian besar daripada paparan Neracha. Ruangan tersebut melaporkan perkembangan terkini situasi peperangan seperti lokasi peperangan, strategi pasukan tentera dawlah Uthmaniyah yang melancarkan serangan terhadap Greek, Serbia dan juga Bulgaria. Perkara penting yang turut menarik perhatian pembaca ialah sama ada dawlah Uthmaniyah mengalami kemenangan ataupun kekalahan di tangan pihak musuh.21

Penduduk di Singapura mengikuti dengan penuh semangat peperangan yang berlangsung. Ini terbukti apabila mereka menyediakan sebuah papan kenyataan khas yang menjelaskan pelan lokasi peperangan dawlah Uthmaniyah. Maklumat dimasukkan dalam pelan tersebut dengan meletakkan petunjuk khas yang mendedahkan kawasan yang mengalami kekalahan atau kemenangan. Petugas yang terlibat juga akan memberikan maklumat yang semasa dan terkini, setiap hari kepada orang ramai dengan memantau dan mengubah petunjuk khas yang diletakkan di setiap lokasi peperangan.22

Keprihatinan masyarakat Melayu jelas memberikan sokongan kepada dawlah Uthmaniah. Pada malam Jumaat 26 dan 27 Zulkaedah 1330H/1912 di Madrasah Ihsaniah, Telok Anson (sekarang Teluk Intan) diadakan sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri oleh pengetua madrasah dan juga orang ramai. Dalam majlis tersebut, bendera dawlah Uthmaniyah dinaikkan ke puncak tiang di hadapan madrasah. Imam yang membacakan doa selamat dalam masjid tersebut turut mendoakan Sultan Turki Uthmaniyah dan juga pasukan tentera baginda. Majlis ini dibuat setelah menerima telegraf dari Mesir yang memberitahu berita kemenangan pasukan tentera Turki Uthmaniyah ke atas Bulgaria.23

Madrasah Ihsaniah yang terletak di Jalan Berhala, merupakan antara madrasah yang terawal ditubuhkan di Semenajung Tanah Melayu dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.24 Penubuhan madrasah ini dianggarkan sebelum Oktober 1907, berdasarkan iklan promosinya yang terdapat dalam majalah al-Imam.25 Madrasah Ihsaniah yang ditubuhkan dengan hasil wakaf menawarkan pengajian dalam bahasa Arab dan juga bahasa Melayu serta turut menerima pelajar dari luar Perak. Iklan promosi madrasah mendapat reaksi daripada pembaca al-Imam yang turut berminat untuk mendapatkan pendidikan di madrasah tersebut.26

Pada awal Julai 1913, berita kemenangan pasukan tentera dawlah Uthmaniyah di Edirne disambut gembira oleh masyarakat Melayu. Solat hajat diadakan di Masjid Jalan Perak, Dato’ Keramat, Pulau Pinang. Bendera Turki Uthmaniyah turut dinaikkan dalam majlis tersebut.27 Pejabat pengarang Neracha mengadakan majlis yang seumpama itu untuk meraikan kejayaan Turki

Uthmaniyah.28 Laporan turut dikeluarkan yang menyatakan bahawa solat hajat turut diadakan di kebanyakan tempat di Semenanjung Tanah Melayu.29 Kajian ini juga menemui khutbah Jumaat yang membacakan doa khusus untuk Sultan Abdul Hamid II, agar dikekalkan oleh Allah kerajaannya dan diberikan kemenangan kepada pasukan tenteranya.30

Pengaruh daripada pemberitaan peperangan dawlah Uthmaniyah mendorong masyarakat Melayu mendapatkan kemahiran membaca dan secara tidak langsung menjadi faktor untuk mempertingkatkan sistem pendidikan masyarakat Melayu. Jika ditinjau, sistem pendidikan vernakular meningkat setapak dengan penubuhan Kolej Melayu di Teluk Belanga pada bulan Oktober 1876. Pegawai British, A.M Skinner tidak begitu bersetuju dengan penubuhan kolej tersebut yang dianggap masih terlalu awal. Walau bagaimanapun, beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana Kolej Melayu Teluk Belanga ditubuhkan tanpa perancangan daripada pihak kerajaan. 31 Terdapat tiga faktor yang membawa kepada penubuhan Kolej Melayu Teluk Belanga, pertamanya untuk menampung keperluan bagi sekolah yang berjaya seperti Sekolah Melayu Teluk Belanga dan Telok Saga.32 Kedua, adalah kesedaran masyarakat Melayu terhadap kepentingan kemahiran membaca. Kesedaran ini dikatakan begitu tinggi pada tahun-tahun 1870-an, berikutan keinginan untuk mengikuti perkembangan yang sedang berlaku mengenai dawlah Uthmaniyah. Kemahiran membaca tulisan Jawi diperlukan untuk memahami risalah yang diedarkan, khususnya yang menceritakan perkembangan mengenai dawlah Uthmaniyah, terutamanya peperangan yang berlaku. Manakala kemahiran tulisan rumi digunakan untuk membaca berita yang tersiar dalam akhbar luar negara dan risalah missionari. Laporan daripada British Parliamentary Proceedings, menyatakan bahawa kesedaran yang begitu tinggi pada tahun 1870-an, untuk mengikuti perkembangan yang sedang berlaku dalam dawlah Uthmaniyah, secara tidak langsung menjadi faktor kepada penubuhan Kolej Melayu di Teluk Belanga. Manakala faktor yang ketiga ialah kerana tamatnya peranan Sekolah Keasberry.33 Sekolah tersebut ditutup pada tahun 1875. 34

Pembelajaran di Kolej Melayu Teluk Belanga dimulakan dengan pemindahan pelajar darjah empat ke atas daripada sekolah Melayu Teluk Belanga dan Telok Saga. Encik Mohammad bin Mahbob ditugaskan sebagai pengetuanya yang pertama.35 Jika dilihat antara tiga faktor penubuhan kolej ini, faktor kedua jelas menunjukkan pengaruh dawlah Uthmaniyah ke atas masyarakat Melayu. Perkembangan yang berlaku dalam dawlah tersebut, terutamanya konflik peperangan begitu menarik minat dan keghairahan masyarakat Melayu sehingga berusaha mempertingkatkan pendidikan mereka. Laporan nazir sekolah menyatakan bahawa akhbar seperti Jawi Peranakan dan Nujumul Fajar (juga

Page 4: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

146

dikenali sebagai Peridaran Bintang Timor) banyak memuatkan kolum mereka dengan berita peperangan dawlah Uthmaniyah. Jumlah edaran akhbar tersebut mencecah seratus lima puluh hingga dua ratus tujuh puluh lima naskhah dan merupakan jumlah yang agak besar ketika itu.36 Secara keseluruhannya, dapat dilihat peranan akhbar dalam memberikan liputan yang meluas mengenai peperangan yang melibatkan dawlah Uthmaniyah, secara tidak langsung mendorong masyarakat Melayu meningkatkan kemahiran membaca.

Sebagaimana di Semenanjung Tanah Melayu, umat Islam di Patani juga memberikan sokongan kepada Sultan Turki Uthmaniyah dan pasukan tentera baginda menerusi bacaan khutbah solat Jumaat dan Hari Raya, dengan memohon agar Allah S.W.T sentiasa memberikan kekuatan dan ketinggian kepada Sultan Abdul Hamid II dan kerajaannya.37 Di samping itu, doa juga dipohon agar pasukan tentera Turki Uthmaniyah sentiasa dikurniakan kekuatan dan juga kemenangan dalam usaha mereka menentang musuh-musuh yang sering memberi tekanan dan juga ancaman kepada umat Islam.38 Jelasnya di sini, selain menghulurkan bantuan kewangan dan juga kemanusiaan, terdapat juga penghormatan dan sokongan moral dan spiritual masyarakat Melayu terhadap dawlah Uthmaniyah. Pembacaan doa kepada sultan dawlah Uthmaniyah dalam kalangan masyarakat Melayu, dalam khutbah Jumaat dikesan bermula sejak tahun 1883, menerusi perlantikan Ali Galip Bey sebagai konsul Turki Uthmaniyah di Betawi. Ali Galip Bey menunaikan solat Jumaat dan membacakan khutbah yang buat pertama kalinya menyebut ‘Yang Maha Mulia Khalifah Dawlah Uthmaniyah.39

Persepsi dan reaksi masyarakat Melayu yang gembira dan meraikan kejayaan dawlah Uthmaniyah, berbeza dengan sambutan saudara seagama mereka di Timur Tengah. Masyarakat Arab turut bergembira dengan kejayaan dawlah Uthmaniyah di peringkat awal peperangan di Balkan, kemudiannya merasa kecewa dengan kekalahan demi kekalahan yang dihadapi. Walaupun dawlah Uthmaniyah cuba menyembunyikan berita kekalahan tersebut dengan menapis laporan yang disediakan oleh akhbar-akhbar, namun masyarakat Arab tetap mengetahui realiti yang berlaku dan keghairahan terhadap berita kemenangan dawlah Uthmaniyah mula menurun.40

Dalam senario yang jelas berbeza ini, menunjukkan bahawa persepsi masyarakat Melayu terhadap dawlah Uthmaniyah adalah berdasarkan kepada penghormatan dan sanjungan yang diberikan kepada kerajaan tersebut. Faktor geo-politik yang ketara antara kedua-duanya ini menyebabkan hakikat dan realiti sebenar di sebalik persepsi tersebut, tidak dapat dicerna oleh minda masyarakat Melayu ketika itu. Keghairahan terhadap kegemilangan dan kejayaan dawlah Uthmaniyah yang telah lama tersimpan dalam minda masyarakat

Melayu, seharusnya dinilai dan diberikan penafsiran semula berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku.41 Secara keseluruhannya, persepsi terhadap kekuatan dan kehebatan dawlah Turki Uthmaniyah kemudiannya beransur menjadi pengaruh yang dapat menggerakkan masyarakat Melayu, untuk mengikuti dengan penuh minat perkembangan dan memahami konflik yang berlaku.

KESIMPULAN Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, akhbar dan majalah Melayu memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai dawlah Uthmaniyah. Walaupun mempunyai ruangan pemberitaan yang terhad, akhbar dan majalah berperanan sebagai media menyampaikan maklumat kepada masyarakat Melayu, Fokus pemberitaan sebahagian akhbar yang melaporkan perkembangan dawlah Uthmaniyah, menunjukkan penghormatan masyarakat Melayu terhadap dawlah tersebut.

NOTA HUJUNG 1 Lihat Suara Melayu, jil.1, bil. 52, 11, Januari

1927, jil.2, bil.54, 25 Januari 1957, jil.2, bil. 55, 1 Februari 1927, jil.2, bil. 57, 15 Februari 1927, jil.2, bil. 58, 22 Februari 1927, jil. 2, bil. 59, 8 Mac 1927, jil.2, bil. 61, 15 Mac 1927, jil. 2, bil.62, 22 Mac 1927, jil.2, bil. 63, 29 Mac 1927, jil. 2, bil. 64-65, 5-12 April 1927, jil.2, bil. 66, 19 April 1927, jil. 2, bil. 67, 26 April 1927, jil.2, bil. 68, 3 Mei 1927, jil. 2, bil. 69, 10 Mei 1927, jil. 2, bil. 70, 17 Mei 1927, jil. 2, bil. 71, 24 Mei 1927, jil. 2, bil. 76, 2 Jun 1927, jil. 2, bil. 77, 5 Julai 1927, jil. 2, bil. 78, 12 Julai 1927, dan jil. 2, bil. 79, 19 Julai 1927.

2 Lihat Bahtra, jil. 1, bil. 7, 26 Januari 1932, hlm. 11, jil.1, bil. 8, 2 Februari 1932, hlm. 11, jil. 1, bil. 8, 5 Februari, 1932, hlm. 11, ji.1, bil. 11, 9 Februari 1932, hlm. 11, jil.1, bil. 12, 16 Februari, hlm. 11, jil.1, bil. 14, 26 Februari 1932, hlm. 11, jil.1, bil. 15, 8 Mac 1032, hlm. 11, jil.1, bil. 33, 17 Mei 1932, hlm. 1, jil. 1, bil. 38, 7 Jun 1932, hlm. 1, jil.1, bil. 41, 24 Jun 1932, hlm. 1, jil.1, bil. 43, 5 Julai 1932, hlm. 1 dan jil.1, bil. 44, hlm. 1.

3 Anthony C. Milner, “The Impact of The Turkish Revolution on Malaya”, Archipel, vol. 36, 1986, hlm. 119.

4 Tentera Kurdi membuat rusuhan kerana ingin menentang pihak Bulgaria. Mereka terpaksa akur dengan perintah Turki Uthmaniyah. Beberapa peperangan dengan Greek yang berlaku selepas itu menyaksikan kemenangan bagi pihak Turki Uthmaniyah yang menawan senjata dan bekalan makanan. Selain itu, kapal Turki juga berjaya menahan kapal Rusia yang memuatkan 1800

Page 5: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

147

ekor kuda untuk tentera Bulgaria. Lihat Tunas Melayu, jil. 1, no. 1, 12 Februari 1913, hlm. 9.

5 R.W Seton-Watson, The Rise Nationality in Balkan, (New York: Howard Fertig, 1966), hlm. 174, Bernard Lewis, The Emergence of Modern Turkey, (Oxford: Oxford University Press, 1968), hlm. 214, Stanford J. Shaw & E.K Shaw, History of the Ottoman Empire and Modern Turkey Reform, Revolution and Republic, the Rise of Modern Turkey 1808-1975. (Cambridge: Cambridge University Press, vol. 2, 1977), dan Barbara Jelavich, History of the Balkans, Twentieh Century, (Cambridge: Cambridge University Press, 1983).

6 Stanford. J. Shaw & E.K Shaw, History of the Ottoman Empire, hlm. 293-294. dan Roderic H. Davison, Turkey, (New Jersey: Prentice Hall, 1968), hlm. 113. Umat Islam di Balkan yang terdiri daripada bangsa Albania, Bosnia dan Bulgaria merupakan sebahagian daripada naungan Turki Uthmaniyah. Wilayah yang diduduki mereka juga dikenali sebagai ‘Uthmaniyah Timur’ dan juga bahagian Eropah Uthmaniyah. Apabila Turki Uthmaniyah menguasai Bosnia, sebahagian besar masyarakat Kristian memeluk Islam selepas mereka disingkirkan oleh negara Serbia dan juga Bulgaria. Lihat Harry T. Norris, Islam in the Balkans Religion and Society between Europe and the Arab World, (London: Hurst and Company, 1993), hlm. 2 -7 dan Mohammad Redzuan Othman, “The Ottoman War’s with the Europeans (1912-1914) A Paradigm Shift in the Development of Malay Political Thought”, Jebat, bil. 23, 1995, hlm. 89.

7 Stanford J. Shaw & E.K Shaw, History of the Ottoman Empire, hlm. 293-294.

8 Mohammad Redzuan Othman, “The Ottoman’s War With The Europeans (1912-1914)”, Jebat, jil. 23, 1995, hlm. 89.

9 Neracha, 25 November 1912, hlm. 1. 10 Pihak akhbar Neracha mendapat persetujuan

daripada kenalan dan rakan sejawatan di Istanbul agar mengirimkan berita mengenai Turki Uthmaniyah untuk dimasukkan dalam ruangan Neracha. Lihat Neracha, jil. 2, no. 28, 29 Mac 1912, hlm. 6.

11 Neracha, jil. 2, bil. 49, 4 September 1912, hlm. 3, Neracha, jil. 2, bil. 51, 18 September 1912, hlm. 4, Neracha,jil. 2, bil. 52, 25 September 1912, hlm. 2, Neracha, jil. 2, bil. 54, 9 Oktober 1912, hlm. 4.

12 Seruan Neracha tersebut bertujuan untuk mencontohi masyarakat Islam India yang mengambil langkah memboikot produk keluaran Greek. Manakala masjid-masjid di India sering membacakan doa khusus kepada dawlah Turki Uthmaniyah sebagai tanda menyatakan

sokongan. Lihat Neracha, jil. 2, bil. 54, 9 Oktober 1912, hlm. 1.

13 Neracha, jil. 2, no. 57, 30 Oktober 1913, hlm. 3. 14 Dalam seruan agar masyarakat Melayu turut

membantu saudara mereka di Turki Uthmaniyah, Neracha turut menyelitkan ayat al-Quran dan juga hadith Nabi yang menjelaskan bahawa umat Islam itu bersaudara dan haruslah membantu antara satu sama lain. Lihat Neracha, bil. 57, thn. 2, 30 Oktober 1912, hlm. 2 dan Mohammad Redzuan Othman, “The Middle Eastern Influence on the Development of Religious and Political Thought in Malay Society 1880-1940”, PhD Thesis, University of Edinburgh, 1994,” hlm. 197.

15 Neracha mengkritik masyarakat Melayu yang begitu ghairah dengan permainan bola sepak sedangkan mereka bukanlah dari kalangan orang yang senang dan mengalami kesempitan hidup. Orang Melayu juga diseru agar mencontohi orang Cina yang rajin bekerja dan menumpukan perhatian kepada kerja yang bermanfaat kepada masa depan bangsa mereka. Lihat Abdul Rahman Hj Ismail, “Neraca “Menendang” Bola: Sedikit Tentang Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang Perang Dunia Pertama”, Kajian Malaysia, jil. 9, no. 1, 1991, hlm. 47. Keghairahan masyarakat Melayu yang menjadi kebimbangan Neracha terbukti apabila di kebanyakan negeri di Semenanjung Tanah Melayu, dapat dilihat tiang-tiang gol didirikan yang menunjukkan masyarakat setempat aktif bermain bola sepak. Perkhidmatan bomoh dan pawang juga digunakan untuk memenangi sesuatu perlawanan. Lihat Abdul Majid Zainuddin, The Malayan Kaleidoscope, (Selangor Press, 1935), hlm. 81-83.

16 Neracha, bil. 57, jil. 2, 30 Oktober 1912, hlm. 2 dan bil. 59, jil. 2, 13 November 1912, hlm. 2

17 Neracha, bil. 98, jil.3, 13 Ogos 1913, hlm. 2. 18 Neracha, jil. 2, no. 77, 19 Mac 1913, hlm. 2 dan

Mohammad Redzuan Othman, “The Ottoman’s War”, hlm. 91.

19 Hussain Mahmud, “Sultan Idris A Personal Study”, Malaya In History, vol. 3, 1970, hlm. 16. Raja Harun al-Rashid diisytihar sebagai Raja Kechil Sulong pada 1918 dan meninggal dunia pada tahun 10 Mei 1945. Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan Rahmah binti Ngah Ahmad dan Raja Mahtra binti al-Marhum Sultan Abdullah Muhammed Shah. Di antara putera dan puteri beliau ialah Raja Norshidah, Raja Dato’ Seri Arif Shah, Raja Aman Shah, Raja Haji Shahar Shah, Raja Badri Shah dan Raja Zainal Karib. Lihat John M. Gullick, Rulers and Residents Influence and Power in the Malay States 1870-1920, (Singapore: Oxford University Press, 1992), hlm. 284. Lihat juga

Page 6: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

148

http://freepages. genealogy.rootsweb.ancestry. com/~royalty /malaysia/i265. html dan http://www. geocities.com/aizaris /sultan28.html.

20 Neracha, jil. 3, no. 99, 20 Ogos 1913, hlm. 2 21 Lihat Neracha, jil. 2, no. 61, 27 November 1912,

hlm. 1-13, jil. 2, no. 62, 4 Disember 1912, hlm. 3, jil. 2, no. 63, 11 Disember 1912, hlm. 1-3, jil. 2, no. 64, 18 Disember 1912, hlm. 1-3, jil. 2, no. 65, 25 Disember 1912, hlm. 2-3, jil. 3, no. 66, 1 Januari 1912, hlm. 2-3, jil. 3, no. 67, 8 Januari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 68, 15 Januari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 69, 22 Januari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no.70, 29 Januari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 71, 5 Februari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 72, 12 Februari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 73, 19 Februari 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 74, 26 Februari 1913, hlm. 3, jil. 3, no 76, 12 Mac 1913, hlm. 2-3, jil. 3, no. 79, 19 Mac 1913, hlm. 4.

22 Neracha, 16 Oktober 1912, hlm. 4. 23 Neracha, jil. 2, no. 59, 13 November 1912, hlm.

3 dan Mohammad Redzuan Othman. “The Middle Eastern Influence”. hlm. 200. Teluk Anson ketika itu merupakan bandar yang mempunyai kelebihan dari segi pengangkutan. Pada tahun 1891, pentadbiran British mengisytiharkan Telok Anson sebagai kawasan yang penting bagi keseluruhan Hilir Perak dan juga pelabuhan yang utama untuk kawasan perlombongan Lembah Kinta. Pada tahun tersebut juga landasan keretapi dibina dari Telok Anson ke Tapah sepanjang 24 ½ batu. Lihat Lelawati Anuar, “Sejarah Bandar Telok Anson 1880-1941, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974, hlm. 47 dan 58.

24 Khoo Kay Kim, Teluk Anson (Teluk Intan) 100 tahun, (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1982), hlm. 29.

25 Surat seorang pembaca bertarikh 9 September 1907, ingin mendapatkan maklumat daripada al-Imam mengenai peraturan dan sistem pembelajaran di Madrasah Ihsaniyah kerana ingin menghantar ahli keluarganya mendapatkan pengajian di madrasah tersebut. Lihat al-Imam, bil. 4, jil. 2,, 8 Oktober 1907, hlm. 135.

26 Al-Imam, bil. 4, jil. 2,, 8 Oktober 1907, hlm. 135. Wakaf yang diperolehi dalam menubuhkan madrasah ini sebahagian besarnya diperolehi daripada Sultan Idris sendiri. Ini adalah kerana baginda merupakan seorang sultan yang mengambil berat mengenai aspek pendidikan dan pembangunan negeri. Baginda juga berperanan di dalam penubuhan kebanyakan madrasah dan juga surau di negeri Perak. Untuk menjamin perjalanan surau dan madrasah di negeri Perak, Sultan Idris menyediakan dana khas untuk perbelanjaan institusi tersebut. Lihat Hussain

Mahmud, “Sultan Idris A Personal Study”, hlm. 18.

27 Neracha, jil. 3, no. 98 13 Ogos 1913, hlm. 3-4 dan Mohammad Redzuan Othman. “The Middle Eastern Influence”, hlm. 200. Situasi yang sama juga berlaku dalam kalangan penduduk di Betawi, Hindia Timur Belanda. Apabila mendapat berita kemenangan berpihak kepada dawlah Turki Uthmaniyah, mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, terutamanya dalam kalangan berketurunan Arab. Lihat E. Gobée & C. Andriaanse, Nasihat-nasihat C. Snouck Hurgronje Semasa Kepegawaiannya kepada Pemerintah Hindia Belanda 1889-1936. (Jakarta: INIS. 1994), hlm. 1738.

28 Ibid. 29 Neracha, jil. 3, no. 99, 20 Ogos 1913, hlm. 3 dan

jil. 3, no. 107, Oktober 1913, hlm. 4. 30 Manuskrip khutbah Jumaat dan Hari Raya

Aidilfitri, Galeri Pustaka Moyang, Seremban, Negeri Sembilan, manuskrip Khutbah Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, no. MS 2744, mansukrip Khutbah Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri, Kampung Chabang Tiga, Kuala Bakat, Patani, 4 November 1900, no. MS 2965. Perpustakaan Negara Malaysia. Di samping itu, Van de Berg yang belajar di Jawa pada tahun 1886 menemui pelbagai versi khutbah Jumaat cetakan Bombay yang mencatatkan bahawa Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), sebagai pemimpin umat Islam. Lihat Michael F. Laffan, Islamic Nationhood and Colonial Indonesia the Umma Below the Winds, (London: Routledge Curzon, 2003), hlm. 125.

31 A.M Skinner merupakan pegawai British yang dilantik memegang jawatan Nazir Sekolah pada tahun 1872. Sejak perlantikan beliau, memperlihatkan penambahan bilangan sekolah. Pada tahun 1872, hanya terdapat 16 buah sekolah meningkat kepada 85 buah sekolah pada tahun 1882 dan 189 buah sekolah pada tahun 1892. Lihat David D. Chelliah, A History of he Educational Policy of The Straits Settlements with Recommendations for a New System Based on Vernaculars, (Kuala Lumpur: The Government Press, 1947).

32 Nabir Abdullah, “Pelajaran Orang Melayu Singapura Dari Awal Hingga Tahun 1920 Satu Kajian Terhadap Dasar Pelajaran Inggeris, Pengaruh Kemasyarakatan Dan Peranan Agama Ke-atasnya”, Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 1981/1982, hlm. 834-836.

33 Sekolah ini didirikan oleh seorang paderi bernama Benjamin Keasberry yang berfungsi sebagai sekolah swasta tetapi kemudiannya

Page 7: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

149

mendapat bantuan kerajaan. Bagi rakyat Johor, sekolah ini dikenali sebagai ‘Sekolah Tuan Keasberry’ yang terletak di Bukit Zion, Jalan River Valley, Singapura. Lihat Muhammad Haji Alias, Tarikh Datuk Bentara Luar, (Johor Bharu, 1928), hlm. 93. Ibu-bapa menandatangani perjanjian selama satu atau dua tahun untuk membenarkan anak mereka tinggal dan belajar di sekolah tersebut. Setiap hari Ahad diadakan sesi pembacaan Bible yang wajib dihadiri tetapi pelajar tidak diminta memeluk agama Kristian. Mereka diajar dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris bahasa Melayu, kemahiran mencetak dan litograf. Lihat David D. Chelliah, A History of the Educational Policy of the Straits Settlements with Recommendations for a New System Based on Vernaculars. (Kuala Lumpur: The Government Press. 1947). hlm. 93 dan John M. Gullick, Rulers and Residents Influence and Power in the Malay States 1870-1920, (Singapore: Oxford University Press, 1992), hlm. 107-108.

34 Lihat Nabir Abdullah, “Pelajaran Orang Melayu Singapura”, dipetik daripada British Parliamentary Proceeedings (Paper Relating to Her Majesty’s Colonial Procession), Reports for 1876, August 1877, hlm. 177/481.

35 Kolej Melayu Teluk Belanga dibuka dengan jumlah pelajar seramai empat puluh orang. Kebanyakan dari mereka adalah lepasan Sekolah Melayu Teluk Belanga. Kelas Bahasa Inggeris turut diadakan dan penyusunan dibuat untuk mengadakan Kelas Latihan Guru. Lihat David D. Chelliah, A History of the Educational, hlm. 66, Mansur Sanusi, Sejarah Perkembangan Pelajaran Melayu, (Pulau Pinang: Sinaran Bros, 1958), hlm. 43-44 dan M.A Fawzi Basri, “Perkembangan Pendidikan di Negeri Johor 1856-1939: Satu Kajian Ringkas”, dalam Khoo Kay Kim dan Mohd Fadzil Othman (sunt.), Pendidikan Malaysia Dahulu dan Sekarang, (Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1981), hlm. 38-39.

36 Straits Settlements, Legislative Council Proceedings, 1876, h. lxxiii.

37 Manuskrip khutbah Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri, (Patani: Kuala Bakat, Kampung Chabang Tiga, 4 November 1900, no. MSS 2965, Perpustakaan Negara Malaysia.

38 Manuskrip khutbah Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, no. MSS 2744, Perpustakaan Negara Malaysia.

39 Ali Galip Bey juga membaca khutbah di beberapa buah masjid dan menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah yang pertama kali dilakukan. Para jemaah didapati menitiskan air mata apabila mendengar nama Yang Maha Mulia Khalifah disebut. Lihat Selim Deringil,

“Legitimacy Structures in the Ottoman State: the Reign of Abdul Hamid II (1876-1909)”, International Journal of Middle East Studies, jil. 23, 1991, hlm. 351 yang dipetik daripada Yildiz Esas Evraki (Yildiz Palace Collection), 14 253/126/8, 24 Jun 1886, Felemenk Devleti Mustemlekatindan Cezayir-I Hindiye Hakkindadir (Report on The Dutch East Indian Colonies).

40 Glen W. Swanson, “A Note on the Ottoman Socio-Economic Structure and its Response to the Balkan War of 1912”. Middle Eastern Studies”, vol. 14, no. 1, 1978, hlm. 122 dan Abdol Rauh Yaccob, “Anglo-Ottoman Rivalries in Southwest Arabia Prior to and During The First World War: 1906-1919”, PhD Thesis, University of London, 1995, hlm. 221-226.

41 Jika dilihat dari segi realitinya kekuatan Turki Uthmaniyah sebagai satu kuasa besar dan kuat telah menjadi satu anakronisme. Lihat Mohd Sarim Mustajab, “Islam dan Perkembangannya Dalam Masyarakat Melayu”, di Semenanjung Tanah Melayu 1900-1940an”. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1975. hlm. 149.

RUJUKAN

Akhbar dan Majalah Al-Imam Bahtra Jajahan Melayu Lengkongan Bulan Neracha Suara Melayu Tunas Melayu Manuskrip, Tesis, Buku dan Artikel Abdol Rauh Yaccob. “Anglo-Ottoman Rivalries in

Southwest Arabia Prior to and During The First World War: 1906-1919”. PhD Thesis. University of London. 1995.

Abdul Majid Zainuddin. The Malayan Kaleidoscope. (Selangor Press. 1935).

Abdul Rahman Hj Ismail. “Neraca “Menendang” Bola: Sedikit Tentang Sikap Terhadap Bola Sepak Di Dalam Dua Akhbar Melayu Menjelang Perang Dunia Pertama”. Kajian Malaysia. Jil. 9. No. 1. 1991.

Chelliah, D.D. A History of the Educational Policy of The Straits Settlements with Recommendations for a New System Based on Vernaculars. (Kuala Lumpur: The Government Press, 1947)..

Davison, R.H. Turkey. (New Jersey: Prentice Hall. 1968)

Glen W. Swanson. “A Note on the Ottoman Socio-Economic Structure and its Response to the

Page 8: jurnal daulah uthmaniah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

150

Balkan War of 1912”. Middle Eastern Studies”. Vol. 14. No. 1. 1978.

Gobée & C. Andriaanse. Nasihat-nasihat C. Snouck Hurgronje, Semasa Kepegawaiannya kepada Pemerintah Hindia Belanda 1889-1936. (Jakarta: INIS. 1994).

Gullick, J.M. Rulers and Residents Influence and Power in the Malay States 1870-1920. (Singapore: Oxford University Press. 1992).

http://freepages. genealogy.rootsweb.ancestry. com/~royalty /malaysia/i265. html

http://www. geocities.com/aizaris /sultan28.html. Hussain Mahmud. “Sultan Idris A Personal Study”.

Malaya In History. Vol. 3. 1970. Jelavich, B. History of the Balkans, Twentieh

Century. (Cambridge: Cambridge University Press. 1983).

Laffan, M.F. Islamic Nationhood and Colonial Indonesia the Umma Below the Winds. (London: Routledge Curzon. 2003).

Lelawati Anuar. “Sejarah Bandar Telok Anson 1880-1941, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1974

Lewis, B. The Emergence of Modern Turkey. (Oxford: Oxford University Press. 1968).

Mansur Sanusi. Sejarah Perkembangan Pelajaran Melayu.(Pulau Pinang: Sinaran Bros. 1958). M.A Fawzi Basri, “Perkembangan Pendidikan di Negeri Johor 1856-1939: Satu Kajian Ringkas”. Dalam Khoo Kay Kim dan Mohd Fadzil Othman (sunt.). Pendidikan Malaysia Dahulu dan Sekarang, (Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. 1981)

Manuskrip khutbah Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri, Galeri Pustaka Moyang, Seremban, Negeri Sembilan, manuskrip Khutbah Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, no. MS 2744, mansukrip Khutbah Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri. Kampung Chabang Tiga. Kuala.

Manuskrip khutbah Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri.(Patani: Kuala Bakat. Kampung Chabang Tiga. 4 November 1900. No. MSS 2965. Perpustakaan Negara Malaysia.

Manuskrip khutbah Jumaat. Hari Raya Aidilfitri dan

Hari Raya Aidiladha. No. MSS 2744, Perpustakaan Negara Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman. “The Middle Eastern Influence on the Development of Religious and Political Thought in Malay Society 1880-1940”. PhD Thesis. University of Edinburgh. 1994.

Mohammad Redzuan Othman. “The Ottoman War’s with the Europeans (1912-1914) A Paradigm Shift in the Development of Malay Political Thought”. Jebat. Bil. 23.1995

Mohd Sarim Mustajab. “Islam dan Perkembangannya Dalam Masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu 1900-1940an”. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1975.

Muhammad Haji Alias. Tarikh Datuk Bentara Luar.(Johor Bahru. 1928).

Nabir Abdullah.“Pelajaran Orang Melayu Singapura Dari Awal Hingga Tahun 1920 Satu Kajian Terhadap Dasar Pelajaran Inggeris, Pengaruh Kemasyarakatan Dan Peranan Agama Ke-atasnya”. Disertasi Sarjana. Jabatan Sejarah, Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 1981/1982.

Norris, H.T. Islam in the Balkans Religion and Society between Europe and the Arab World. (London: Hurst and Company. 1993).

Selim Deringil “Legitimacy Structures in the Ottoman State: the Reign of Abdul Hamid II (1876-1909)” International Journal of Middle East Studies. Vol. 23. 1991.

Shaw. S.J & E.K Shaw, History of the Ottoman Empire and Modern Turkey Reform, Revolution and 41Republic, the Rise of Modern Turkey 1808-1975. (Cambridge: Cambridge University Press. Vol. 2. 1977).

Straits Settlements, Legislative Council Proceedings.1876.h. lxxiii.

Watson, R.W. The Rise Nationality in Balkan. (New York: Howard Fertig. 1966).