jurnal 4

3
JURNAL 4 TARIKH MINGGU KEEMPAT 13 OGOS 2012 – 17 OGOS 2012 TAJUK Aktiviti Kumpulan PERISTIWA Sebelum ini, saya telah merancang untuk menjalankan kaedah pembelajaran secara berkumpulan bagi kelas aliran perdana dan kelas pemulihan. Jadi, saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan dalam pengajaran saya bagi kelas aliran perdana, bahasa Melayu dan pemulihan. Saya telah melaksanakan aktiviti berkumpulan ini selama beberapa minggu. Ternyata pada minggu ini, saya betul-betul merasakan pelaksanaan aktiviti berkumpulan ini sangat memberi kesan yang baik. BISIKAN HATI/ PERASAAN Perasaan saya begitu seronok dan berpuas hati kerana aktiviti berkumpulan yang saya rancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Murid-murid saya juga seronok bekerja dalam kumpulan. Mereka semua terlibat dengan aktif dalam aktiviti kumpulan. Tambahan, mereka juga berjaya memberi idea-idea yang bernas. Dalam aktiviti berkumpulan ini juga menggambarkan kerjasama sesama ahli kumpulan. MENGANALISIS/ Dalam memulakan aktiviti berkumpulan ini, pertama sekali saya membahagikan kumpulan

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

14 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 4

JURNAL 4

TARIKH MINGGU KEEMPAT

13 OGOS 2012 – 17 OGOS 2012

TAJUK Aktiviti Kumpulan

PERISTIWA Sebelum ini, saya telah merancang untuk menjalankan

kaedah pembelajaran secara berkumpulan bagi kelas aliran

perdana dan kelas pemulihan. Jadi, saya telah

melaksanakan aktiviti kumpulan dalam pengajaran saya

bagi kelas aliran perdana, bahasa Melayu dan pemulihan.

Saya telah melaksanakan aktiviti berkumpulan ini selama

beberapa minggu. Ternyata pada minggu ini, saya betul-

betul merasakan pelaksanaan aktiviti berkumpulan ini

sangat memberi kesan yang baik.

BISIKAN HATI/

PERASAAN

Perasaan saya begitu seronok dan berpuas hati kerana

aktiviti berkumpulan yang saya rancang dapat dilaksanakan

dengan berkesan. Murid-murid saya juga seronok bekerja

dalam kumpulan. Mereka semua terlibat dengan aktif dalam

aktiviti kumpulan. Tambahan, mereka juga berjaya memberi

idea-idea yang bernas. Dalam aktiviti berkumpulan ini juga

menggambarkan kerjasama sesama ahli kumpulan.

MENGANALISIS/ Dalam memulakan aktiviti berkumpulan ini, pertama sekali

saya membahagikan kumpulan mengikut pelbagai

kebolehan. Antaranya, saya campurkan jantina lelaki dan

perempuan bagi kelas perdana. Manakala, bagi kelas

pemulihan, saya membahagikan mereka mengikut tahap

kebolehan akademik. Bagi kelas perdana, saya memberi

satu tajuk yang dekat dengan kehidupan murid untuk

perbincangan semua kumpulan. Selepas itu, saya memberi

arahan serta langkah-langkah yang perlu mereka patuhi.

Sewaktu aktiviti kumpulan berlangsung, saya memantau

dari satu kumpulan ke satu kumpulan. Sambil saya

memantau, saya turut menilai murid-murid saya.

Page 2: Jurnal 4

JURNAL 4

KESEDARAN

BARU /

HARAPAN

Sekarang saya sedar, melalui aktiviti berkumpulan banyak

kebaikan yang saya peroleh. Antaranya, proses

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar serta teratur.

Saya juga boleh membimbing murid yang lemah.

Tambahan, dalam aktiviti kumpulan ini juga, murid-murid

dapat membantu rakan-rakan mereka serta nilai murni dapat

dipupuk sesama mereka.

CADANGAN/

TINDAKAN

Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya,

saya akan merancang aktiviti yang menerapkan kajian masa

depan. Hal ini bertujuan supaya saya dapat merangsang

pemikiran murid agar lebih kreatif dan kritis serta saya dapat

melihat idea-idea yang kreatif hasil daripada pemikiran

anak-anak murid saya.