jurnal 3

2
JURNAL 3 MINGGU KETIGA 7 OGOS 2012 – 10 OGOS 2012 MASALAH Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah masalah dalam mengingati nama murid. Memandangkan minggu ini merupakan minggu ketiga saya sudah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, saya masih lagi tidak dapat mengingati nama anak-anak murid saya di kelas aliran perdana sepenuhnya. Sewaktu saya mengajar di kelas aliran perdana, saya dapati saya amat sukar untuk mengingat nama murid. Keadaan ini telah menyukarkan saya untuk melaksanakan aktiviti soal jawab bersama murid. Saya tidak dapat memanggil nama mereka dengan betul. Saya hanya menunjukkan tangan ke arah mereka sahaja apabila saya hendak bertanyakan soalan. ANALISIS Punca masalah ini berlaku disebabkan saya amat lemah dalam mengingati nama seseorang. Saya akui perkara ini sememangnya merupakan satu kelemahan bagi diri saya. Tambahan, sebelum ini saya hanya mengajar murid pemulihan. Bilangan murid pemulihan tidak seramai murid di kelas aliran perdana. Jumlah murid di kelas aliran perdana yang besar bilangannya membuatkan saya semakin sukar untuk mengingati nama anak-anak murid saya. Selain pada itu, kekerapan saya memasuki kelas aliran perdana bahasa Melayu hanya dua kali seminggu. Perkara ini juga sedikit sebanyak membantutkan saya dalam proses mengingat nama murid- murid saya. CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI Antara usaha yang saya fikir dapat mengatasi masalah saya ini ialah:

Upload: anati-azizan

Post on 29-Jul-2015

12 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 3

JURNAL 3

MINGGU KETIGA7 OGOS 2012 – 10 OGOS 2012

MASALAH

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah masalah dalam mengingati nama murid. Memandangkan minggu ini merupakan minggu ketiga saya sudah berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, saya masih lagi tidak dapat mengingati nama anak-anak murid saya di kelas aliran perdana sepenuhnya. Sewaktu saya mengajar di kelas aliran perdana, saya dapati saya amat sukar untuk mengingat nama murid. Keadaan ini telah menyukarkan saya untuk melaksanakan aktiviti soal jawab bersama murid. Saya tidak dapat memanggil nama mereka dengan betul. Saya hanya menunjukkan tangan ke arah mereka sahaja apabila saya hendak bertanyakan soalan.

ANALISIS

Punca masalah ini berlaku disebabkan saya amat lemah dalam mengingati nama seseorang. Saya akui perkara ini sememangnya merupakan satu kelemahan bagi diri saya. Tambahan, sebelum ini saya hanya mengajar murid pemulihan. Bilangan murid pemulihan tidak seramai murid di kelas aliran perdana. Jumlah murid di kelas aliran perdana yang besar bilangannya membuatkan saya semakin sukar untuk mengingati nama anak-anak murid saya. Selain pada itu, kekerapan saya memasuki kelas aliran perdana bahasa Melayu hanya dua kali seminggu. Perkara ini juga sedikit sebanyak membantutkan saya dalam proses mengingat nama murid-murid saya.

CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI

Antara usaha yang saya fikir dapat mengatasi masalah saya ini ialah:

a) Mengambil kehadiran murid-murid setiap kali masuk ke kelas. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu saya mengecam wajah mereka serta mengingati nama anak-anak murid saya.

b) Menyediakan label nama murid-murid. Dengan adanya label nama murid-murid ini, perkara ini dapat memudahkan saya menyebut nama ketika hendak menyoal mereka.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini juga iaitu, 7 – 10 Ogos 2012. Perkara ini amat penting untuk diselesaikan

Page 2: Jurnal 3

JURNAL 3

PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta murid-murid membantu saya untuk mengingati nama mereka. Sekiranya saya salah memanggil nama mereka, saya minta mereka untuk betulkan saya.

TINDAKAN SUSULAN

Bagi mengatasi permasalahan ini, apa yang akan saya lakukan adalah:

a) Setiap kali masuk ke kelas, pada awal sesi P&P, saya akan mengambil kehadiran mereka.

b) Saya akan meminta murid saya menulis nama panggilan mereka pada label nama meja yang telah saya sediakan. Label nama meja ini dilekatkan pada hujung bucu kanan meja setiap murid.