jurnal 11

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : Ke- 11 Minggu Praktikum : 12 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20.4.2015 HINGGA 24.4.2015 Tajuk Jurnal : Masalah kawalan kelas 1. Masalah /Peristiwa: Pada minggu kesebelas praktikum saya telah mengalami masalah kawalan kelas di mana anak murid saya, suka bercakap, kurang memberi perhatian semasa saya mengajar, suka mengadu, suka mengganggu kawan dan suka membuat bising. Masalah kawalan kelas agak kurang memuaskan. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah saya sukar untuk mengawal kelas ketika membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya sewaktu membuat kerja dalam kumpulan. Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk kegunaan sekejap. Bagi situasi- situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan pengajaran saya. Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan masih wujud di kalangan mereka. Setakat ini syukur saya masih dapat mengawal kelas walaupun terpaksa menggunakan pelbagai kaedah. Dengan cara ini juga ia dapat menambah ilmu pengetahuan saya di dalam mengatasi masalah tingkah laku murid. Lagipun saya merupakan seorang guru yang baru, tidak berapa tegas dan suara saya kurang jelas semasa mengajar di dalam kelas. Mungkin ini salah satu punca murid-murid saya mengawal kelas ketika membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2.Analisis Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh

Upload: kaisin-toh

Post on 05-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOHJURNALBilangan Jurnal: Ke- 11Minggu Praktikum: 12Tarikh Peristiwa / Kejadian: 20.4.2015 HINGGA 24.4.2015Tajuk Jurnal: Masalah kawalan kelas

1. Masalah /Peristiwa:Pada minggu kesebelas praktikum saya telah mengalami masalah kawalan kelas di mana anak murid saya, suka bercakap, kurang memberi perhatian semasa saya mengajar, suka mengadu, suka mengganggu kawan dan suka membuat bising. Masalah kawalan kelas agak kurang memuaskan. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah saya sukar untuk mengawal kelas ketika membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya sewaktu membuat kerja dalam kumpulan. Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk kegunaan sekejap. Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan pengajaran saya. Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan masih wujud di kalangan mereka. Setakat ini syukur saya masih dapat mengawal kelas walaupun terpaksa menggunakan pelbagai kaedah. Dengan cara ini juga ia dapat menambah ilmu pengetahuan saya di dalam mengatasi masalah tingkah laku murid. Lagipun saya merupakan seorang guru yang baru, tidak berapa tegas dan suara saya kurang jelas semasa mengajar di dalam kelas. Mungkin ini salah satu punca murid-murid saya mengawal kelas ketika membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.AnalisisPerancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini murid-murid tidak akan menganggu pengurusan guru dengan karenah-karenah yang dihadapi semasa mengikuti pembelajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya akan bertanya kepada guru pembimbing tentang permasalahan yang berlaku. Selain itu, saya juga akan meminta pendapat guru pembimbing setelah saya menetapkan nilai-nilai dalam pengajaran seharian saya. Menerapkan nilai yang sesuai dengan aktiviti. Menyebut nilai yang perlu diterapkan oleh murid berulang-ulang kali Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut : 1) Memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain. 2) Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka. 3) Menetapkan satu kaedah untuk menarik perhatian mereka seperti Guru: hello, sayang! Murid: Ya, saya. Seterusnya meminta mereka senyap dan memberi perhatian terhadap pengajaran guru.4)Menasihati dan menegur mereka jika tidak menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan. 5) Memberi mereka dendaan atas perbuatan yang mereka lakukan sebgai pengajaran dan peringatan bagi mereka supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. 6)Mengenakan Time-out terhadap murid yang telah melakukan tingkah laku negatif. 7) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................