jun 2013 amanat ketua pengarah … filedimenangi oleh puan adilah hani yusuf dari bahagian ......

7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kita kini telah pun berada di pertengahan tahun 2013 dan sepatutnya kita telah menyelesaikan separuh daripada Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Sehubungan itu, marilah sama-sama kita menilai sama ada kita telah mencapai sasaran atau sebaliknya, atau pun perlu pada pengubahsuaian. Jika tidak mencapai sasaran, maka amatlah perlu bagi setiap daripada kita untuk melipat gandakan usaha ke arah melaksanakan apa yang telah dirancang. Pembaca yang dihormati sekalian, Untuk makluman, saya telah melancarkan kempen untuk mengadakan Amalan 5S di peringkat Ibu Pejabat Perikanan pada 19 Julai 2012. Nampaknya, semua warga Ibu Pejabat Perikanan telah melakukan sebaik mungkin bagi memastikan Bahagian masing-masing yang dizonkan mengikut nama-nama ikan, beroleh kejayaan. Tujuan diadakan program Amalan 5S yang merangkumi aktiviti Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal, bukan hanya untuk memastikan zon kerja kita tersusun rapi, berlabel, berekod, bersih, tetapi apa yang penting ia juga boleh mewujudkan suasana kerja yang teratur dan sistematik serta “sejuk” mata memandang. Pihak audit dalaman Amalan 5S Jabatan Perikanan telah melakukan audit pada 29 April 2013. Keputusannya, Bahagian Biosekuriti Perikanan yang menggunakan nama Zon Senangin telah mendapat tempat pertama dengan markah 79.3. Tempat kedua ialah Bahagian Perancangan dan Pembangunan (Zon Bayan) dengan markah 78.6 dan tempat ketiga ialah Cawangan Perundangan (Zon Mersuji 1) dengan markah 74.7. Bahagian Biosekuriti Perikanan turut memenangi kategori Stor Terbaik. Bagi kategori Ruang Pejabat Pegawai Terbaik dimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, kategori Ruang Pejabat Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Encik Firdaus Hashim dari Bahagian Perlindungan Sumber dan kategori Bilik Fail Terbaik dimenangi oleh Bahagian Pengembangan Perikanan. Tahniah kepada yang berjaya, manakala Bahagian-bahagian lain hendaklah berusaha untuk meningkatkan keceriaan zon masing-masing kerana pihak audit dalaman Jabatan Perikanan akan menjalankan pengauditan sekali lagi pada 3 dan 4 Julai 2013. Saya juga ingin memohon pihak Urus Setia Amalan 5S Jabatan Perikanan mengambil tindakan proaktif bagi memastikan sasaran untuk mendapat pensijilan Amalan 5S akan berjaya dalam masa terdekat. Pembaca yang dihormati sekalian, Sepertimana yang kita sedia maklum, YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakub telah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang baharu pada Mei 2013. Semoga dengan kepimpinan baharu ini, Jabatan Perikanan Malaysia akan lebih mendapat perhatian, terkehadapan dan terus relevan supaya kita dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan kumpulan sasaran kita yang terdiri daripada penternak, nelayan dan usahawan asas tani. Semasa mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perikanan Malaysia pada 3 Jun 2013, YB Menteri Pertanian dan Industri Jun 2013 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) AMANAT Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: vudan

Post on 08-May-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat

meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan

sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kita kini telah pun

berada di pertengahan tahun 2013 dan sepatutnya kita telah

menyelesaikan separuh daripada Sasaran Kerja Tahunan

(SKT). Sehubungan itu, marilah sama-sama kita menilai sama

ada kita telah mencapai sasaran atau sebaliknya, atau pun

perlu pada pengubahsuaian. Jika tidak mencapai sasaran,

maka amatlah perlu bagi setiap daripada kita untuk melipat

gandakan usaha ke arah melaksanakan apa yang telah

dirancang.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Untuk makluman, saya telah melancarkan kempen untuk

mengadakan Amalan 5S di peringkat Ibu Pejabat Perikanan

pada 19 Julai 2012. Nampaknya, semua warga Ibu Pejabat

Perikanan telah melakukan sebaik mungkin bagi memastikan

Bahagian masing-masing yang dizonkan mengikut nama-nama

ikan, beroleh kejayaan. Tujuan diadakan program Amalan 5S

yang merangkumi aktiviti Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan

Sentiasa Amal, bukan hanya untuk memastikan zon kerja kita

tersusun rapi, berlabel, berekod, bersih, tetapi apa yang

penting ia juga boleh mewujudkan suasana kerja yang teratur

dan sistematik serta “sejuk” mata memandang.

Pihak audit dalaman Amalan 5S Jabatan Perikanan telah

melakukan audit pada 29 April 2013. Keputusannya, Bahagian

Biosekuriti Perikanan yang menggunakan nama Zon Senangin

telah mendapat tempat pertama dengan markah 79.3. Tempat

kedua ialah Bahagian Perancangan dan Pembangunan (Zon

Bayan) dengan markah 78.6 dan tempat ketiga ialah

Cawangan Perundangan (Zon Mersuji 1) dengan markah 74.7.

Bahagian Biosekuriti Perikanan turut memenangi kategori Stor

Terbaik. Bagi kategori Ruang Pejabat Pegawai Terbaik

dimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian

Pengurusan Maklumat Perikanan, kategori Ruang Pejabat

Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Encik Firdaus Hashim dari

Bahagian Perlindungan Sumber dan kategori Bilik Fail Terbaik

dimenangi oleh Bahagian Pengembangan Perikanan.

Tahniah kepada yang berjaya, manakala Bahagian-bahagian

lain hendaklah berusaha untuk meningkatkan keceriaan zon

masing-masing kerana pihak audit dalaman Jabatan Perikanan

akan menjalankan pengauditan sekali lagi pada 3 dan 4 Julai

2013. Saya juga ingin memohon pihak Urus Setia Amalan 5S

Jabatan Perikanan mengambil tindakan proaktif bagi

memastikan sasaran untuk mendapat pensijilan Amalan 5S

akan berjaya dalam masa terdekat.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, YB Dato’ Seri Ismail

Sabri Bin Yaakub telah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia yang baharu pada Mei 2013.

Semoga dengan kepimpinan baharu ini, Jabatan Perikanan

Malaysia akan lebih mendapat perhatian, terkehadapan dan

terus relevan supaya kita dapat mempertingkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan kumpulan

sasaran kita yang terdiri daripada penternak, nelayan dan

usahawan asas tani.

Semasa mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perikanan

Malaysia pada 3 Jun 2013, YB Menteri Pertanian dan Industri

Jun 2013 http://www.dof.gov.my

(ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 3

)

AMANAT

Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

24 Mei 2013Acara menangkap dan memindahkan belut dianjurkan oleh

Jabatan Perikanan Malaysia sempena MAHA Youth 2013 yang

diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara di perkarangan

Wisma Tani, Putrajaya.

25 Mei 2013YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia diiringi YBrs. Encik Shaupi Bin

Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan

Perikanan Malaysia, melawat gerai pameran sempena Majlis

Perasmin MAHA Youth 2013 yang diadakan sempena

sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya.

25 Mei 2013YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia diiringi YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul

Rahman,Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia, menyampaikan hamper kepada belia sempena Majlis

Perasmin MAHA Youth 2013 yang diadakan sempena

sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya.

2

3 Jun 2013YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani Malaysia menerima cendera hati daripada YH

Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan

Malaysia semasa membuat kunjungan sulung ke Ibu Pejabat

Perikanan Malaysia bersama YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul

Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia di Putrajaya

6 Jun 2013Ceramah Sempena Israk dan Mikraj yang bertajuk “Meredah

Perubahan Mencari Kesejahteraan” telah disampaikan oleh

penceramah terkenal, YBhg. Ustaz Che Amran Bin Yusoff di

Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

(bersambung ke muka surat 7)

Page 3: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

3

Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

agenda untuk meningkatkan pengeluaran ikan dan pendapatan

kumpulan sasar supaya mereka terkeluar dari garis kemiskinan.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan perlu memberi fokus

kepada aktiviti akuakultur. Pada masa ini, pengeluaran

dari aktiviti akuakultur hanya merangkumi 20 peratus dari

jumlah keseluruhan pendaratan ikan negara. Kita harus

melipatgandakan usaha untuk memastikan komposisi

sumbangan pendaratan ikan dari aktiviti akuakultur dengan

perikanan tangkapan pada nisbah 50:50.

Sebenarnya, kita telah pun meletakkan bidang akuakultur yang

merangkumi aktiviti pemeliharaan ikan hiasan dan pengkulturan

rumpai laut dalam High Impact Project. Justeru, kita perlu

mempergiatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelabur untuk

menceburi dalam bidang berkenaan. Dalam hal ini, kita telah

menubuhkan sebuah bahagian baharu iaitu Bahagian

Transformasi Ekonomi Perikanan (TEP).

YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga turut

menyentuh mengenai isu pemasaran yang menjadi masalah

kepada kumpulan sasar bila mana orang tengah mengaut

keuntungan yang berlebihan. Walaupun pihak Lembaga

Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggungjawab kepada

pemasaran ikan dan produk perikanan, namun ia tidak

melibatkan pemasaran ikan hidup seperti hasilan akuakultur

hidup, ikan hiasan, tumbuhan akuatik dan rumpai laut. Justeru,

beliau menyarankan supaya Bahagian Perdagangan Perikanan

diwujudkan dan menyarankan supaya aktiviti akuakultur

diusahakan secara berkelompok bagi meningkatkan produktiviti

dan memudahkan pemasaran hasil.

Pembaca yang dihormati sekalian,

YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga prihatin

terhadap isu keselamatan dan kebajikan nelayan terutama

nelayan pantai (Zon A) yang selalu diceroboh. Walaupun

terdapat Akta Perikanan 1985, namun dari segi penguatkuasaan,

ia dijalankan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim

Malaysia (APMM). Justeru, penguatkuasaan akta ini di perairan

Zon A (0 – 5 batu nautika dari pantai) perlu dikembalikan kepada

Jabatan Perikanan Malaysia yang lebih pakar dari segi

perundangan dan juga tindakan. Manakala APMM boleh

memberi fokus kepada penguatkuasaan Akta Perikanan di

perairan laut dalam dan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa

Izin (PATI) ke kawasan perairan negara.

Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

AMANAT Ketua Pengarah Perikanan(sambungan dari muka surat 1)

DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2013

Tajuk : Pemberian Pemindahan Gaji KepadaPegawai Perkhidmatan Awam PersekutuanDi Bawah Sistem Saraan Malaysia

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmelaksanakan keputusan Kerajaanmengenai pemberian pemindahan gajidengan amaun bersamaan satu KenaikanGaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawaiPerkhidmatan Awam Persekutuan di bawahSistem Saraan Malaysia (SSM).

Tarikh : 13 Jun 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

ii) Surat Edaran JPA

Tajuk : Kelayakan Cuti Tanpa Rekod PerayaanVaisakhi

Tujuan: Selaras dengan pengumuman YAB PerdanaMenteri pada 7 Mei 2012, Kerajaan telahbersetuju supaya kelulusan khas Cuti TanpaRekod Perayaan Vaisakhi bagi tahun iniyang jatuh pada hari kelepasan mingguan,boleh dibawa kepada hari berikutnya.

Tarikh : 10 April 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iii) Surat Edaran JPA

Tajuk : Pembekuan Cuti Rehat Kepada PegawaiPerkhidmatan Awam Yang Bertugas SemasaPilihanraya Umum Ke-13

Tujuan: Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahanCuti Rehat bagi pegawai-pegawaiPerkhidmatan Awam yang telah dilantik olehSuruhanjaya Pilihanraya sebagai petugaspilihanraya dibekukan mulai 24 April 2013hingga selesai urusan pilihanraya bagimemastikan kelancaran perjalananPilihanraya Umum Ke-13 yang akandiadakan pada 5 Mei 2013.

Tarikh : 22 April 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

Page 4: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013

Tajuk : Pengurusan Kenderaan Kerajaan

Tujuan : Tujuan pekeliling ini adalah untuk memberi panduan

mengenai peraturan berhubung Pengurusan

Kenderaan Kerajaan yang sebelum ini terkandung

dalam beberapa Pekeliling Perbendaharaan dan

Surat Arahan Perbendaharaan. Kini ia digabungkan

di dalam satu pekeliling untuk memudahkan rujukan

untuk kenderaan darat sahaja.

Tarikh : 5 April 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Kasut

Kulit, But Kulit Dan Barang Lain Yang Diperbuat

Daripada Kulit Kepada Semua Agensi Kerajaan Di

Semenanjung Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini

bertujuan untuk memaklumkan mengenai Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan

item kasut kulit, but kulit dan barang lain yang

diperbuat daripada kulit kepada semua Agensi

Kerjaaan di Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 18 April 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan

Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung

Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini

bertujuan untuk memaklumkan mengenai Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan

item makanan kepada semua Agensi Kerajaan di

Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 23 April 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

iv) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Pembekalan Alat ProprietaryElektronik Dan Alat Ganti Yang Berkaitan

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) inibertujuan memaklumkan kepada semua AgensiKerajaan mengenai pelanjutan kontrak pusat bagiPembekalan Alat Proprietary Elektronik dan AlatGanti Yang Berkaitan kepada semua Kementerian,Jabatan Kerajaan termasuk Jabatan KerajaanNegeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruhSemenanjung Malaysia untuk tempoh lapan bulan,berkuatkuasa mulai 1 Mei 2013 hingga 31Disember 2013.

Tarikh : 3 Mei 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my

v) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan

Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber

Terbuka

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini

bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Pusat

Sistem Panel (Kontrak Panel) Bagi Perolehan

Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber

Terbuka (Open Source Competency Center,OSCC), Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Tarikh : 3 Mei 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

vi) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2013

Tajuk : Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan

Information Telecommunication Technology (ICT)Kerajaan

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini

bertujuan memaklumkan semua Kementerian,

Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai

Garis Panduan Pengurusan Perolehan ICTKerajaan.

Tarikh : 13 Mei 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.treasury.gov.my

DARI PERBENDAHARAAN

4

Page 5: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

Tahukah anda, ikan badut boleh bertukar jantina dari betina ke jantan atau

sebaliknya. Kebiasaannya, ikan badut hanya mempunyai seekor betina dalam

kumpulannya.

Hidupan laut merupakan ciptaan Alllah yang begitu indah dan besar nilainya. Khazanah alam inimenyimpan seribu satu misteri serta keunikan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh manusia.Terlalu banyak manfaat yang dapat kita peroleh daripadanya jika kita mencari dan mendalami tentang

ilmu alam yang tiada batasan. Berbalik kepada hidupan laut, sifat hidupan laut sendiri adalah sesuatu yangajaib. Bukan sahaja menarik di mata, tetapi hidupan laut juga mempunyai ciri-ciri yang sukar diterima logik akal.

Ikan Badut - Clown Fish(Amphiprioninae)

Menurut pengkaji hidupan laut, penyu hijau mempunyai kelebihan yang cukup

hebat. Reptilia ini mampu berenang sejauh 1,400 batu atau 2,592 kilometer

hanya untuk mencari tempat yang sesuai untuk bertelur.

Penyu Hijau - Green SeaTurtle (Chelonia mydas)

Batu Karang - Coral (Phylum cnidaria)

Ikan Lumba-lumba, Paus -Dolphin, Porpoise & Whales(Delphinidae, Phocoenidaeand Cetacea)

Empat Keajaiban Hidupan Laut

Keunikan ikan lumba-lumba dan paus ialah mereka hanya menelan sekali gus

makanan yang dimakan tanpa mengunyah.

Tahukah anda bahawa batu karang boleh menggantikan cantuman tulang

manusia. Ia juga boleh mengubati keretakan tulang dan juga masalah tulang

yang tidak boleh pulih semula.

5

Page 6: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

Arang Kayu Perapi RambutPercayakah anda bahawa kayu arang dari batang getah boleh

menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang

itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu,

campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada

rambut dan cuci dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

Kunyit Penawar Bisul/KudisAmbil segenggam daun

sengkuri dan keringkan

sebentar. Kemudian giling

dengan tujuh biji mata

kunyit dan sedikit melukut

(beras hancur). Kemudian

campurkan sedikit kapur

sirih dan sapukan pada

bisul atau kudis. Untuk

menghilangkan bengkak

bisul dan bisanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh

menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus

antara 30 helai pucuk daun jambu batu dengan dua

gelas air. Campurkan sesudu garam dan masak sehingga

mendidih. Kemudian cucilah kudis atau gatal-gatal setelah air

menjadi suam.

Cara Menghilangkan GrisMinyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pada

pakaian. Untuk menghilangkannya, titiskan minyak tanah ke atas

kotoran dan sapukan sedikit sabun serbuk atau buku dengan

rata. Biarkan seketika sebelum menyentalnya sengan kuat.

Ulang beberapa kali sehingga kesannya hilang.

Serbuk Kopi SuburkanPokok BungaTaburkan sedikit serbuk

kopi di sekeliling pangkal

pokok bunga. Hasilnya,

pokok bunga akan subur

menghijau.

Putih Telur Penghilang ParutJika pada tubuh anda terdapat bekas-bekas luka ataupun parut

yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam

kampung. Setiap kali sebelum tidur, sapukan putih telur tersebut

pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus, nescaya

parut luka akan hilang.

Bila Nasi Berbau HangitKadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh

menjadi hangus dan berbau hangit. Untuk mengatasinya,

masukkan pucuk daun pisang ke dalam nasi tersebut dan tutup

periuk rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Daun Betik Ubat Demam MalariaDaun betik boleh digunakan untuk

mengubati demam malaria dengan

cara menumbuk daunnya yang masih

muda hingga halus dan tapis untuk

mengambil airnya. Minum air ini

sebagai ubat demam malaria dan juga

boleh diminum bagi melancar dan

membersihkan sisa-sisa darah kotor

selepas haid.

Menghilangkan Gatal-gatalPeluh boleh menyebabkan kegatalan di badan kita. Untuk

menghilangkannya, ambil sesudu makan tepung sagu dan

campurkan dengan sedikit air dan empat titis cuka. Setelah

dikacau rata, sapukan pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap

hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang.

Menghilangkan Wap Pedas (Cili Tumis)Sering kali mata dan hidung kita akan pedih dan berair ketika

memasak sambal tumis atau asam pedas. Untuk

menghindarkannya, masukkan gula pasir ke dalam minyak yang

telah panas sebelum menumis. Kemudian, masukkan bahan-

bahan untuk menumis. Insya-Allah, wap pedas tidak akan

merebak ke merata ruang dapur dan rumah.

Bintik-bintik Merah Sengatan SeranggaKadang-kadang tanpa disedari, terdapat bintik-bintik merah di

tubuh kita akibat sengatan serangga kecil yang menyebabkan

kegatalan. Untuk mengubatinya, parut sepotong kunyit dan

campur dengan sedikit kapur sirih dan air. Didihkannya sebentar.

Setelah sejuk, sapukan ramuan tersebut di bahagian yang gatal.

Elak Dari MelecurApabila bahagian tubuh anda tersiram air panas atau mendidih,

dapatkan sabun sama ada berbentuk buku, serbuk atau sabun

mandi. Gosokkan bahagian badan yang terkena air mendidih tadi

dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi berterusan

sehingga tidak berasa panas lagi. Dengan cara ini, bahagian

yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan sembuh

dengan segera.

Bedak Lancarkan Zip RosakZip beg, kasut atau seluar yang rosak boleh dibaiki. Cara yang

paling mudah untuk membaikinya ialah dengan menaburkan

bedak di atasnya. Kemudian gerak-gerakkan beberapa kali

sehingga zip itu lancar semula.

6

Page 7: Jun 2013 AMANAT Ketua Pengarah … filedimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian ... (bersambung ke muka surat 7) 3 Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada

Perahan Limau Segarkan TaugeTauge akan segar lebih

lama di dalam peti ais

dengan cara memerahkan

sedikit air limau ke dalam

air rendamannya. Namun,

pastikan air rendamannya

ditukar setiap hari.

Hilangkan Habuk Pada BungaBiasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi

habuk dan debu. Untuk mencucinya, semburkan bunga-bunga

itu dengan mesin pengering rambut. Mudah-mudahan semua

habuk dan debu akan diterbangkan.

Keju Tahan LamaJika anda tidak mempunyai peti ais, cara untuk menyimpan keju

ialah dengan membungkusnya rapi-rapi dengan sehelai kain

bersih yang telah dibasahkan dengan air garam terlebih dahulu.

Gula Ubat LukaUntuk mengubati bibir yang

luka dan berdarah kerana

terhantuk pada sesuatu

benda keras, ambil sedikit

gula dan sapukan pada

bibir yang berdarah. Anda

akan dapati darah itu akan

berhenti dengan segera.

Panas Terkena CiliUntuk menghilangkan rasa panas dan pijar pada tangan akibat

terkena cili, anda boleh mengatasinya dengan mengacau

setengah gelas air bersama dua sudu makan garam. Gosokkan

tangan yang pijar bersama air bancuhan berkenaan dan

hangatkan dengan api. Kemudian bersihkan tangan dengan air

bersama sabun.

Bawang Putih Hilangkan BisulUntuk mengubati bisul,

gosokkan bawang putih

pada bisul. Air bawang

putih yang berbau tengik itu

akan menghalang bisul

menjadi besar dan akhirnya

ia akan mengempis tanpa

meninggalkan kesan parut.

Terkena Bisa Ikan KeliIkan keli dan ikan sembilang mempunyai sengat di sirip kiri dan

kanannya. Ia sungguh berbisa jika terkena pada manusia

terutama ketika hendak memegangnya. Jika terkena sengat ikan

keli atau ikan sembilang, campurkan dua hingga tiga sudu makan

serbuk kopi bersama sedikit air setengah mendidih dan kacau

sehingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu.

Insya-Allah bengkak dan sakitnya akan hilang.

Bawang Putih Hilangkan Sakit KepalaJika kepala anda berasa sakit, cubalah petua ini untuk

mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan belah kepada dua

bahagian. Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala

seperti menampal koyok. Lakukan berulang kali sehingga

sembuh.

10 Jun 2013Bengkel Pelaksanaan Projek Azam Tani Siri 2 Tahun 2013

telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Ismail Bin Abu Hassan,

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan

Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia,

Putrajaya.

7 Jun 2013Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara

Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Tuan Hj.

Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia dengan

Syarikat Organic Aquaculture Sdn. Bhd.yang diwakili oleh

Encik Mohamad Nasir Padzil Bin Muda, Pengarah Urusan

(dua dari kanan) untuk menjalankan projek EPP# 4 – Sistem

Sangkar Bersepadu yang melibatkan pembinaan pusat

hatceri dan pembenihan di Kota Tinggi, Johor. Perjanjian

dimeterai di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

7

(sambungan dari muka surat 2)