jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/perjanjian kolektif bm.pdf · 5 1.tujuan buku panduan ini...

14

Upload: nguyennga

Post on 16-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai diJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu, handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas perhubungan perusahaan.

Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka, maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.

Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.

Fong Khei Por J.S.M, A.M.K

Ketua PengarahJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

PRAKATAKETUA PENGARAH

PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

4

KANDUNGAN

Prakata

1. Tujuan

2. Terminologi

3. Latar Belakang

4. Perundingan Kolektif

5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan Kolektif

6. Panduan Perundingan Kolektif Yang Berkesan

7. Perjanjian Kolektif

8. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif

3

5

5

6

6

7

8

9

11

5

1. Tujuan

Buku panduan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan mudah dan ringkas kepada para pekerja, majikan dan kesatuan-kesatuan sekerja mereka mengenai perundingan kolektif untuk menghasilkan Perjanjian Kolektif.

2. Terminologi

2.1 “Kesatuan Sekerja” bermaksud sesebuah badan yang didaftarkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

2.2 “Tuntutan Pengiktirafan” bermaksud tuntutan yang dikemukakan oleh sesebuah kesatuan sekerja kepada pihak majikan supaya kesatuan sekerja berkenaan diberikan pengiktirafan untuk mewakili para pekerja tertentu untuk merundingkan terma dan syarat-syarat perkhidmatan bagi menghasilkan perjanjian kolektif.

2.3 “Perundingan Kolektif” bermaksud proses tawar menawar yang dijalankan oleh kesatuan sekerja dan majikan mengenai terma dan syarat perkhidmatan.

2.4 “Perjanjian Kolektif’ bermaksud suatu perjanjian yang dihasilkan daripada perundingan kolektif yang mengandungi terma-terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui oleh majikan dan kesatuan sekerja. Perjanjian kolektif yang diberikan pengiktirafan oleh Mahkamah Perusahaan akan berkuatkuasa dan mengikat kedua belah bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

2.5 “Mahkamah Perusahaan” yang ditubuhkan menurut Bahagian VII Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967) mempunyai kuasa untuk membuat keputusan (award) terhadap sesuatu pertikaian perusahaan atau kes representasi pemulihan kerja.

6

3. Latar Belakang

Kontrak perkhidmatan yang dimeterai di antara majikan dan pekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat perkhidmatan adalah terdiri daripada pelbagai bentuk dokumen seperti surat perlantikan, surat tawaran perkhidmatan, surat pengesahan jawatan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa para pekerja mungkin akan bergabung bagi menubuhkan sebuah kesatuan sekerja untuk dijadikan platform bagi mengadakan perundingan atau tawar-menawar dengan pihak majikan bagi mendapatkan terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang Iebih baik, adil dan saksama.

4. Perundingan Kolektif 4.1 Perundingan kolektif adalah satu proses tawar-menawar secara kolektif di antara majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif.

4.2 Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh tanpa membuat pelawaan kepada satu pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif.

(Sek. 13(1)(a)(b)) APP 1967

Pihak yang menerima pelawaan tersebut hendaklah memberikan jawapannya dalam tempoh 14 hari.

(Sek. 13(4)) APP 1967

7

5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan Kolektif

5.1 Kesatuan sekerja bagi pekerja mestilah telah didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

5.2 Kesatuan sekerja berkenaan mestilah telah mendapat pengiktirafan daripada majikan.

5.3 Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif.

5.4 Pelawaan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan cadangan perjanjian kolektif.

5.5 Perundingan kolektif mestilah dimulakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh setuju untuk menerima pelawaan bagi mengadakan perundingan kolektif.

(Sek. 13(5)) APP 1967

5.6 Mana-mana pihak boleh mengemukakan terma-terma dan syarat-syarat yang dicadangkan untuk dibincangkan di dalam perundingan kolektif kecuali perkara-perkara yang disifatkan sebagai hak keistimewaan majikan seperti berikut :

a. Kenaikan pangkat

b. Pertukaran tempat bekerja pekerja

c. Pengambilan pekerja-pekerja

d. Penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab lebihan pekerja atau penyusunan semula organisasi

8

e. Pemecatan dan pemulihan semula pekerja bekerja oleh majikan

f. Penetapan dan peruntukan tugas-tugas oleh majikan kepada pekerja

(Sek. 13(3)) APP 1967

5.7 Walau bagaimanapun, APP 1967 membenarkan kedua belah pihak untuk membincangkan secara umum perkara- perkara yang menyentuh hak keistimewaan majikan seperti di atas. (Sek. 13(8)) APP 1967

5.8 Sekiranya mana-mana pihak enggan menerima pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif atau gagal memulakan perundingan kolektif dalam tempoh 30 hari dari tarikh persetujuan terhadap pelawaan berkenaan atau jika perundingan kolektif mengalami kebuntuan, pihak yang terkilan bolehlah mengemukakan aduan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM) untuk mendapatkan bantuan penyelesaian.

6. Panduan Perundingan Kolektif Yang Berkesan

6.1 Mengemukakan cadangan mengenai terma-terma dan syarat-syarat perjanjian kolektif yang jelas, lengkap dan munasabah;

6.2 Mengamalkanprinsip‘menang-menang’;

6.3 Membantu mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan bukan memberi masalah;

6.4 Bersikap profesional dan realistik;

9

6.5 Bersikap positif dan sentiasa bertolak-ansur;

6.6 Sentiasa fokus terhadap objektif perundingan;

6.7 Mengelakkan daripada membuat ancaman terhadap pihak yang lain;

6.8 Memahami situasi pihak yang Iain;

6.9 Menjadi pendengar yang baik dan penyabar;

6.10 Mendapatkan penjelasan dengan meminta pengulangan semula perkataan atau kenyataan yang tidak jelas;

6.11 Mengemukakan cadangan dengan berbudi bahasa dan bersopan santun;

6.12 Bijak memberi cadangan alternatif;

6.13Berfikiran positif, mempunyai perspektif yang betul dan fokus terhadap isu perundingan; dan

6.14Memberikan justifikasi bagi setiap cadangan yang ditolak.

7. Perjanjian Kolektif

7.1 Perjanjian kolektif merupakan sebuah perjanjian bertulis yang dicapai di antara majikan dan kesatuan sekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat pekerjaan yang telah dipersetujui.

7.2 APP 1967 mensyaratkan terma-terma khusus yang mesti diperuntukkan di dalam sesebuah perjanjian kolektif iaitu:

7.2.1 Menetapkan tempoh kuatkuasa perjanjian kolektif yang hendaklah tidak kurang daripada tempoh tiga (3) tahun.

10

7.2.2 Memperuntukkan prosedur-prosedur untuk pengubahsuaian dan penamatan perjanjian kolektif.

7.3 Penyimpanan (Deposit) perjanjian kolektif untuk pengiktirafan oleh Mahkamah Perusahaan bagi perjanjian kolektif yang telah dimeterai kedua pihak yang terlibat, hendaklah dikemukakan secara bersama kepada Pendaftar Mahkamah Perusahaan untuk mendapatkan pengiktirafan Mahkamah Perusahaan. Pengemukaan perjanjian kolektif berkenaan mestilah dilakukan dalam tempoh satu bulan dari tarikh perjanjian berkenaan dimeterai.

7.4 Kesan Perjanjian Kolektif

Sesuatu perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan akan terpakai dan mengikat kedua belah pihak tersebut.

11

9. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif

Nota : KPPPM - Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia

12

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.