jms 418

10
JKP 418 SEJARAH KAJIAN TEMPATAN KERTAS CADANGAN SIDANG AKADEMIK 2008/2009 Penyelaras Kursus Puan Azmah Abd. Manaf Tajuk SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN UMNO CAWANGAN MEDAN JAYA, MARANG DARI TAHUN 1985 HINGGA 2005 Nama : MOHD JAAFAR BIN TAIB No. Matrik : JM/7594/05 No. Kad Pengenalan :710114-03-5153 Pusat Wilayah : (A) Kuala Terengganu

Upload: suhaila

Post on 10-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sejarah jms 418

TRANSCRIPT

JKP 418

JKP 418

SEJARAH KAJIAN TEMPATAN

KERTAS CADANGAN

SIDANG AKADEMIK 2008/2009Penyelaras Kursus

Puan Azmah Abd. Manaf

Tajuk

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN UMNO CAWANGAN MEDAN JAYA, MARANG DARI TAHUN 1985 HINGGA 2005

Nama

: MOHD JAAFAR BIN TAIB

No. Matrik

: JM/7594/05

No. Kad Pengenalan :710114-03-5153

Pusat Wilayah

: (A) Kuala Terengganu

Isi Kandungan Proposal

Tajuk dan Skop Kajian

Justifikasi Pemilihan Tajuk

Bibliografi Sementara

Kaedah Yang Akan Digunakan

Sumber dan Tempat Untuk Mendapatkannya

Bab atau Isi Kandungan

TAJUK DAN SKOP KAJIAN

Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan UMNO Cawangan Medan Jaya, Marang Dari Tahun 1985 Hingga 2005.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN TAJUK

Kajian ini dilakukan utuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan jelas tentang sejarah penubuhan Cawangan Umno Kampung Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Kehadiran pendatang baru yang menghuni di kawasan Perumahan Kos Rendah telah menarik parti-parti politik samaada pembangkang atau kerajaan untuk menubuhkan cawangan dikampung ini.

Kajian ini juga akan dapat mengenengahkan kepada ramai bagaimana cawangan ini dibentuk, cabaran yang dihadapi dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh cawangan tersebut.

Rata-rata ahli jawatan kuasa UMNO cawangan Medan Jaya terdiri daripada mereka yang berhijrah masuk ke kampung tersebut sebagai penduduk baru yang berjaya mendapat tawaran menduduki perumahan Kos Rendah Taman Medan Jaya. Melalui kajian ini kita akan dapat melihat sejauh mana kejayaan yang ditempuhi oleh Pertubuhan ini, asam garam yang dikecapi oleh mereka sebagai AJK Cawangan sejak dari penubuhannya hinggalah ke tahun 2005.

Melalui kajian ini dapat kita ketahui sejauhmana pengaruh UMNO di kalangan masyarakat Taman Perumahan Medan Jaya serta mengenalpasti kelemahan yang terdapat di dalam UMNO Cawangan Medan Jaya, Marang.

Hasil kajian ini diharap akan dapat mengisi kekosongan yang wujud kerana pada pengetahuan saya belum ada penulisan secara khusus berbentuk sejarah ditulis mengenai Cawangan Umno Medan Jaya, Marang disamping itu mungkin hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan khas kepada orang ramai.BIBLIOGRAFI SEMENTARA

Abdul Aziz Satar Khan, Terengganu 1940-1945: Satu Kajian Kemunculan Golongan Kiri Melayu, Terengganu dulu dan Sekarang, Kuala Lumpur, 1984.Abdullah Zakaria Ghazali (pnyt), Terengganu Dahulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur, 1984Hairani Naffis (pnyt), Amalan Politik Malaysia, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1993.

Mohd Abu Bakar, Pondok dan Politik di Terengganu, PURBA,Bil .1,1982

Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1984

Shahril Talib. Sejarah Terengganu Sebelum Penjajahan : Satu Pendekatan Sosial Dalam Warisan, Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1980.KAEDAH YANG AKAN DIGUNAKAN

i. Membuat penyelidikan luar seperti di Pejabat UMNO Negeri Terengganu, Pejabat UMNO Bahagian Marang, Cawangan UMNO Medan Jaya, Marang, Perpustakaan USM Pusat Wilayah Kuala Terengganu, Arkib Cawangan Pantai Timur (Kuala Terengganu), Arkib Pejabat Daerah Marang. Kaedah ini dapat mengumpul sumber-sumber primer yang terdiri daripada laporan, minit mesyuarat, surat-surat resmi, surat khabar,dokumen perjanjian dan sumber primer yang berkaitan. Manakala sumber sekunder yang dapat diperolehi menerusi kaedah ini ialah seperti buku rujukan, kertas kerja, jurnal, majalah dan sumber sekunder lain yang berkaitan.ii. Kaedah temubual digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat tambahan yang tidak dapat dikumpul melalui kaedah perpustakaan dan arkib. Ia dilakukan dengan mengadakan temubual dengan orang perseorangan yang dianggap mempunyai pengetahuan dan pengalaman serta dapat memberi maklumat-maklumat yang berguna untuk tujuan kajian ini.

SUMBER SERTA TEMPAT UNTUK MENDAPATKANNYAi. Sumber utama ialah daripada AJK UMNO Medan Jaya iaitu pengerusi UMNO Cawangan Medan Jaya terkini, AJK atau sesiapa saja yang berkaitan dengan sejarah yang dikaji.

ii. Sumber-sumber lain ialah : Buku-buku rujukan berkenaan politik di Terengganu.

Perpustakaan Negeri Terengganu

Arkib Negeri Terengganu.

Temubual dengan bekas-bekas Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bekas-bekas AJK Cawangan Medan Jaya, serta sesiapa saja yang berkaitan dalam menubuhkan Cawangan UMNO ini.

BAB ATAU ISI KANDUNGANBahagian 11. Pengenalan

2. Objektif Kajian

3. Skop Kajian

4. Kajian Lepas

5. Metodologi Kajian

6. Masalah Kajian

7. Penutup

Bahagian 11

Bab 1 Perkembangan Politik di Marang1.1 Pendahuluan

1.2 Sejarah awal Medan Jaya

1.3 Bentuk-bentuk sosio politik masyarakat Medan Jaya 1.4 Kegiatan awal politik masyarakat di kawasan Perumahan Medan Jaya menjelang penubuhan UMNO cawangan Medan Jaya

Bab 2 Penubuhan UMNO Medan Jaya

2.1 Latar belakang ringkas Cawangan UMNO Medan Jaya

2.2 Penubuhan Cawangan UMNO Medan Jaya.

2.2.1 Bagaimana boleh bermulanya penubuhan

2.2.2 Kumpulan AJK pertama

2.3 Pengasas Cawangan UMNO Medan Jaya

2.4 Tujuan UMNO Cawangan Medan Jaya

2.5 Struktur organisasi UMNO Cawangan Medan Jaya,

2.6 Bilangan ahli dan statistik sejak awal penubuhan hingga 2005Bab 3 Perkembangan UMNO Cawangan Medan Jaya sehingga awal 2005

3.1 Kegiatan-kegiatan UMNO Cawangan Medan Jaya

3.1.1 Kegiatan Keagamaan

3.1.2 Kegiatan Politik

3.1.3 Kegiatan Ekonomi

3.1.4 Kegiatan Sosial

3.2 Menghadapi cabaran pilihan raya sejak dari awal penubuhan hingga 2005.

3.3 Keretakan UMNO Cawangan Medan Jaya serta kelemahan yang terdapat dalam UMNO Cawangan Medan Jaya3.4 Kemerosotan UMNO Cawangan Medan Jaya dan kegagalan yang pernah dialami.

3.5 Menangani kerenah pembangkang dan cara mengatasi

3.6 Kejayaan Cawangan UMNO Medan Jaya

3.7 Menilai sejauhmana pengaruh UMNO di kalangan masyarakat Kampung Medan Jaya.

3.7.1 Tokoh-tokoh yang dilahirkan 3.7.2 Lain-lain kejayaan

Bab 4 Kesimpulan