jms 416

9
JMS 416 Bincangkan gerakan-gerakan anti Jepun 1942 – 1945 di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jepun menduduki negara kita dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Pada mulanya, sebahagian besar penduduk menganggap kedatangan Jepun akan membawa kemakmuran ekonomi dan membebaskan mereka daripada cengkaman penjajahan British. Selepas dua tahun di bawah pemerintahan Jepun, penduduk Tanah Melayu khasnya orang Melayu, India, kaum-kaum di Sabah dan Sarawak sudah berasa resah dan kecewa dengan pemerintahan Jepun. Cogan kata yang dilaungkan oleh Jepun “Asia untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia” dilihat sebagai laungan kosong semata-mata. Keadaan ekonomi negara semakin buruk. Penduduk hidup menderita dan terdesak kerana sukar mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas.Jepun hanya mengeksploitasi sumber alam yang ada di Tanah Melayu tanpa mengambil bera kebajikan penduduk. Gerakan menentang Jepun di Tanah Melayu MPAJA

Upload: megat-panji-alam

Post on 29-Jun-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JMS 416

JMS 416

Bincangkan gerakan-gerakan anti Jepun 1942 – 1945 di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Jepun menduduki negara kita dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Pada mulanya,

sebahagian besar penduduk menganggap kedatangan Jepun akan membawa kemakmuran

ekonomi dan membebaskan mereka daripada cengkaman penjajahan British. Selepas dua tahun

di bawah pemerintahan Jepun, penduduk Tanah Melayu khasnya orang Melayu, India, kaum-

kaum di Sabah dan Sarawak sudah berasa resah dan kecewa dengan pemerintahan Jepun. Cogan

kata yang dilaungkan oleh Jepun “Asia untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia” dilihat sebagai

laungan kosong semata-mata. Keadaan ekonomi negara semakin buruk. Penduduk hidup

menderita dan terdesak kerana sukar mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas.Jepun

hanya mengeksploitasi sumber alam yang ada di Tanah Melayu tanpa mengambil bera kebajikan

penduduk.

Gerakan menentang Jepun di Tanah Melayu

MPAJA

Kira-kira dua minggu sebelum Jepun mendarat di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941,

gerakan bawah tanah menentang Jepun telah mula ditubuhkan. Gerakan ini dianggotai oleh

Parti Komunis Malaya dan mendapat latihan ketenteraan di 101 Special Training School (101

STS), Singapura. Ianya dikendalikan oleh Lt. Kol. J.M. Gavin dan dibantu oleh Mejar F.

Spencer Chapman. Ahli-ahli militan Parti Komunis Malaya mendapat latihan perang gerila

secara intensif dari 101 STS. Latihan intensif diberi supaya gerila-gerila bersedia melancarkan

serangan hendap dan sabotaj ke atas pasukan tentera Jepun yang sedang menuju ke arah

selatan.Tujuan awal 101 STS ditubuhkan adalah untuk menyatukan semua kaum di Tanah

Page 2: JMS 416

Melayu, mewujudkan satu barisan penentang Jepun yang akan membantu British melawan

kemaraan tentera Jepun, serta melatih mereka berperang seara gerila di dalam hutan. 101 STS

berjaya melatih seramai 165 orang yang dibahagikan kepada lima kumpulan kecil dan dihantar

bertugas di Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor. Kumpulan kiri yang mendapat latihan dan

bekalan senjata dari 101 STS di Singapura menjadi asas kepada penubuhan MPAJA (Tentera

Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu).Orang Melayu tidak diambil untuk dilatih di 101 STS kerana

mereka telah menyertai Batalion Pertama dan Batalion Kedua Askar Melayu serta tentra

sukarela peringkat negeri yang berjuang bersama-sama dengan pasukan tentera British.

Berikutan kemenangan Jepun pada 15 Februari 1942, semua tentera naungan British dibubarkan.

Sehingga bulan November 1944, tidak ada kumpulan gerila Melayu yang menyertai MPAJA dan

sama-sama berjuang dengan kaum Cina.Orang Cina Di Tanah Melayu menentang pendudukan

Jepun sejak awal lagi. Perasaan anti-Jepun telah wujud sejak Jepun menyerang China pada tahun

1937. Perasaan ini semakin meluap apabila mereka ditindas oleh kerajaan Jepun. Ini

menyebabkan ramai orang Cina menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan melancarkan

perang gerila. Mereka menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA menjadi gerakan

penentangan bersenjata yang terbesar dan terpenting.MPAJA dikuasai oleh PKM dan

bekerjasama dengan pihak British dalam penentangan terhadap Jepun di Tanah Melayu.

Taktik yang digunakan oleh MPAJA dalam usaha menghalau Jepun ialah perang gerila. Sasaran

utama MPAJA ialah sistem pengangkutan utama seperti landasan keretapi dan jalan raya untuk

melemahkan Jepun.Tindakan MPAJA menentang Jepun semakin meningkat hasil daripada

pemberian bekalan senjata dan bekalan lain oleh South East Asia Command kepada MPAJA.

Satu persefahaman telah wujud antara MPAJA dengan Tentera Bersekutu bagi menentang

Jepun sejak tahun 1943. Selain bekalan senjata, beberapa orang Pegawai Perhubungan

Page 3: JMS 416

Kumpulan atau GRO Force 136 telah ditempatkan di Tanah Melayu untuk menyelaraskan

tindakan MPAJA.Walau bagaimanapun, MPAJA tidak berjaya menghalau Jepun dari Tanah

Melayu.

Force 136

Orang yang paling awal menyertai Force 136 Malayan Country Section ialah Richard

Broome, John Davis, dan Tengku Mahmud Mahyiddeen yang diberi tugas memimpin kumpulan

Melayu semasa berada di Sri Lanka dan India. Ahli-ahli Melayu yang lain terdiri daripada

mereka yang pernah berkhidmat dengan Tentera Sukarela Negeri Melayu, anggota Tentera Laut

Melayu, dan juga pelajar yang sedang menuntut di luar negara seperti di Makkah dan India.Pada

tahun 1943-1944, Tengku Mahmud Mahyiddeen giat mengembara ke beberapa tempat di India

dan luar India seperti Makkah, Jeddah, dan London untuk merekrut anak-anak Melayu

menganggotai pasukan sukarelawan Melayu Force 136. Semua rekrut dibekalkan latihan seperti

jasmani, kawat, menembak, serangan komando, sabotaj, membaca peta, mengendalikan perahu

kayak dan perahu getah, serta latihan menggunakan paying terjun. Latihan ketenteraan ini

dijalankan di seperti Bombay, Colombo, Calcutta, dan Tricomalee.. Tujuan latihan adalah

sebagai persiapan untuk pelancaran Operasi Zipper bagai mengambil semula Tanah Melayu

dan Singapura dari Jepun. Sebelum serangan dijalankan, pasukan gerila di peringkat tempatan

melakukuan pelbagai sabotaj seperti merosakkan jambatan dan landasan kereta api.. Mulai tahun

1944, penubuhan Force 136 sebagai sebuah badan sukarela untuk melancarkan perjuangan

bawah tanah semakin menuju ke arah kejayaan. Di bawah cabang Malaya, Force 136

dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu Cawangan Kuomintang, Cawangan MPAJA, dan

Cawagan Melayu. Tengku Mahmud Mahyiddeen menjalankan tugas menubuh dan

melengkapkan cawagan Melayu. Beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh

Page 4: JMS 416

ketabahan. Anak-anak Melayu seperti Mohd. Zain Jaafar, Tengku Osman bin Tengku

Muhammad Jiwa, dan Mohd. Nor Kani menyertai Force 136 dengan penuh kerelaan.

Sepertimana yang dikatakan oleh Mohd. Zain Jaafar, “Tujuan kita bekerjasama dengan British

adalah semata-mata untuk menjaga hak dan kepentingan orang Melayu. Dengan kerjasama yang

kita berikan melalui Force 136, orang Melayu telah membuat jasa kepada pihak British. Ini

bermakna kerajaan British akan sentiasa berhati-hati dalam menentukan dasarnya apabila

kembali memerintah Tanah Melayu kelak. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan

mengenepikan apa-apa tuntutan yang akan kita buat nanti. Juga dengan pertolongan yang akan

kita berikan, mereka akan merasa terhutang budi kepada orang Melayu.”

Askar Wataniah

Yeop Mahidin dan Mejar J.D. Richardson telah brsetuju menubuhkan satu gerakan sulit

yang diberi nama Wataniah. Yeop Mahidin dilantik sebagai pegawai pemerintah. Pegawai

Wataniah mendapat tauliah daripada Sultan Pahang. Pasukan Wataniah ditubuhkan dengan tugas

penting, iaitu membantu Tentera Bersekutu mengambil semula Tanah Melayu dan Singapura

daripada Jepun. Pasukan Wataniah diberi tugas penting seperti:

a) Menyerang dan memusnahkan markas tentera Jepun termasuk ibu pejabatnya.

b) Memandu tentera yang mendarat berhampiran kawasan mereka.

c) Menggagalkan rancangan tentera Jepun dengan memusnahkan apa yang ada.

d) Mematikan alat komumikasi Jepun apabila serangan daripada pihak Tentera Bersekutu

bermula dan menghidupkannya semula apabila Tentera Bersekutu berjaya.

Page 5: JMS 416

e) Sebelum Tentera Bersekutu tiba ke kawasantertentu, pasukan gerila Wataniah harus keluar

mengambil alih kawasan itu dan menjaga keamanan dan keselamatan nyawa penduduk setempat.

Gerakan Menentang Jepun Di Sabah

Orang Cina

Di Sabah, kumpulan yang menentang Jepun terdiri daripada orang cina yang enggan

bekerjasama dengan Jepun dalam bidang perdagangan dan pertanian. Orang Cina mendapa

sokongan daripada orang India dan kaum lain seperti Bajau dan Sulu.

Gerila Kinabalu

Kumpulan Gerila Kinabalu, pimpinan Musa, Korom, dan Albert Kwok Fern Nam

melancarkan gerakan menentang Jepun. Gerakan yang paling hebat ialah Pemberontakan

Double Tenth. Kejayaannya jelas apabila Jepun terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya

pada bulan Oktober 1943. Selain itu, Gerila Kinabalu berjaya menyerang balai polis Jepun di

Menggatal, Jesselton, dan Tuaran pada 9 Oktober 1943, menawan Jesselton pada 10 Oktober

1943, dan dua hari kemudiannya berjaya menawan Kota Belud. Gerila Kinabalu begitu aktif dan

agresif serta bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun di Filipina dan mengadakan hubungan

dengan Gerila Sulu, pimpinan Imam Marajukin yang disokong oleh Amerika Syarikat. Gerakan

Kinabalu terpaksa dibubarkan apabila pemimpin utamanya, Albert Kwok Fern Nam ditangkap

dan dihukum bunuh pada 12 Januari 1944.

Pasukan Gerila

Gerakan penentangan yang lain di Sabah ialah pasukan gerila pimpinan Tun Datu

Mustapha yang beroperasi di sekitar Kudat. Pasukan gerila secara kecil-kecilan juga terdapat di

kawasan pedalaman dan di Sandakan.

Page 6: JMS 416

Gerakan Menentang Jepun di Sarawak

Orang Cina

Gerakan menentang Jepun di Sarawak dianjurkan oleh orang cina dan kaum bumiputera.

Penentangan ini dilakukan secara kecil-kecilan di kawasan persisiran pantai. Gerakan secara

kecilan ini bertujuan membantu Tentera Bersekutu memburu tentera Jepun.

Penutup

Kekerasan yang dilakukan dalam pentadbiran tentera Jepun telah mendatangkan reaksi

penentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Beberapa

pertubuhan/gerakan telah dilancarkan. Namun penguasaan Jepun berakhir pada tahun 1945 dan

British kembali berkuasa semula.