jiran latihan lisan nt

4
Langkah Pertama Secara berpasangan, pelajar akan membincangkan definasi jiran. Hasil perbincangan mereka akan dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Contoh definisi jiran : Jiran adalah seorang yang akan membantu kita. Jiran adalah orang yang tinggal bersebelahan mereka / di blok sebelah / blok yang sama… Jiran adalah seorang yang mengenali anda. Jiran adalah seorang yang kamu tidak pernah berkomunikasi Langkah Kedua Setelah selesai perbincangannya, pelajar perlu memberikan ciri-ciri yang ada pada jiran (baik yang positif / negative) Contoh ciri-ciri : Kuat mengumpat Peramah Ambil berat Kurang prihatin Tidak mengambil endah … Langkah Ketiga Latihan selanjutnya ialah pelajar perlu mengisikan borang di bawah. Mereka juga perlu menjelaskan jawapan mereka.

Upload: noorizamdz

Post on 18-Jul-2015

858 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jiran  latihan lisan nt

Langkah Pertama

Secara berpasangan, pelajar akan membincangkan definasi jiran. Hasil perbincangan mereka akan dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Contoh definisi jiran : Jiran adalah seorang yang akan membantu kita. Jiran adalah orang yang tinggal bersebelahan mereka / di blok sebelah / blok

yang sama… Jiran adalah seorang yang mengenali anda. Jiran adalah seorang yang kamu tidak pernah berkomunikasi

Langkah Kedua

Setelah selesai perbincangannya, pelajar perlu memberikan ciri-ciri yang ada pada jiran (baik yang positif / negative)

Contoh ciri-ciri : Kuat mengumpat Peramah Ambil berat Kurang prihatin Tidak mengambil endah …

Langkah Ketiga

Latihan selanjutnya ialah pelajar perlu mengisikan borang di bawah. Mereka juga perlu menjelaskan jawapan mereka.

Page 2: Jiran  latihan lisan nt

Sifat-sifat yang diingini

Sifat-sifat yang tidak diingini

Sifat-sifat yang boleh anda terima

Page 3: Jiran  latihan lisan nt

Langkah Keempat

Berdasarkan petikan-petikan di bawah, pelajar perlu berbincang dan memilih siapakah yang layak menjadi jiran mereka. Mereka perlu memilih 2 jiran. Mereka juga perlu menjelaskan pemilihan mereka.

Kamu diberi peluang untuk memilih dua orang jiran untuk tinggal bersebelahan anda. Siapakah yang akan menjadi pilihan anda dan mengapa?

Harun dan Haslinda

Mereka adalah kenalan bapa anda. Oleh yang sedemikian anda boleh mempercayai mereka. Mereka tidak akan memberikan anda sebarang masalah. Mereka adalah sepasang suami isteri yang mempunyai sifat-sifat yang baik seperti baik hati, bertanggungjawab dan peramah. Masalah yang bakal anda hadapi ialah, mereka ingin meninggalkan kerjaya mereka dan akan memberikan tumpuan kepada minat mereka iaitu menyanyi. Mereka ingin menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Oleh itu, mereka perlu meluangkan masa mereka dengan menghasilkan lirik-lirik lagu dan melakukan latihan menyanyi.

Sarah Aqilah

Dia adalah seorang gadis yang pemalu dan tidak suka bercampur dengan orang. Dia tidak mempunyai ramai rakan. Latar belakangnya menunjukkan bahawa dia tidak pernah memberikan sebarang masalah kepada tuan rumah. Namun, beliau suka berbual dengan dirinya dan sikapnya ini meragui anda. Selain daripada itu, beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai sikap yang dinign..

Jamal

Beliau adalah seorang yang mempunyai pekerjaan yang baik. Jamal juga seorang yang bertanggungjawab dan seorang pendiam. Namun anda tidak suka sikapnya yang pemalas. Beliau tidak mengambil berat tentang kebersihandi dalam dan luar rumah. Beliau juga suka mengumpul barang-barang terpakai dan dibiarkan sahaja di luar rumah. Selain daripada itu, beliau sering membawa rakan-rakan sekerjanya untik bermalamam di rumah. Rakan-rakannya yang tidak bertimbang rasa akan membuat bising sehingga larut malam..

Joyah, Khalid dan Ahmad

Mereka baru sahaja berhijrah ke Singapura. Anda tidak ada pengetahuan langsung mengenai latar belakang mereka. Namun, anda suka dengan mereka kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan anak anda. Mereka juga mempunyai minat yang sama dengan keluarga anda. Walau bagaimanapun, anda masih meragu-ragu tentang status kekdudukan mereka kerana mereka hidup dalam keadaan yang sempit.

Page 4: Jiran  latihan lisan nt

Anita dan Daud

Mereka adalah sepasang keluarga yang mempunyai pekerjaan yang baik. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai dua orang anak lelaki. Namun, anda percaya bahawa perhubungan mereka tidak begitu intim kerana mereka bertengkar tanpa perasaan segan-silu di hadapan anda ketika anda sedang menemu ramah mereka. Mereka juga menggajikan seorang pembantu rumah. Pembantu rumah mereka suka mengambil tahu hal orang dan beliau akan menceritakan hal-hal keluarga anda kepada kenalannya yang tinggal satu blok bersama anda. Tambahan beliau juga suka membuat cerita dan membesarkan hal-hal yang dianggap remeh temeh