jepc-3-2011-007

17
Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 3 September 2011, Pages 113-129 / ISSN: 2231-735X Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Tinjauan Di SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor Zainudin Abu Bakar 1 & Ahmad Hafizi Saad 2 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia ABSTRAK : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah.Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan di SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti dan mempunyai rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS Versi 13.5 for Windows (Statistical Package For The Social Sciences) bagi mendapatkan hasil kekerapan, peratus dan min. Daripada 3 persoalan tersebut didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana. Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Katakunci: Tingkah Laku Merokok, Pelajar Sekolah ABSTRACT: The purpose of this survey is to identify factors that influence smoking habit among the students. Three main factors investigated are peer group, family and environment 30 students of form one to form five comprises of boys and girls at SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johore are involved in the study. Students who are identified and caught smoking by the disciplinary teachers are selected as the respondent of the study. This study is desriptive in nature and questionnaire is used as a main data collection procedure. The SPSS software Version 13.5 for Windows (Statistical Package For The Social Sciences) is employed to analyse the data in order to find out the frequency, percentage and mean. The overall means for all factors are moderate. The overall result shows that environmental factor is the dominant factor that influenced students to smoke compared to family and peer group factors. Some suggestions are also discussed. Keywords: Smoking Habit, Skill The students 1.0 PENGENALAN Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara berasingan prevalen perokok di kalangan

Upload: crystal-hui

Post on 26-Jul-2015

40 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: jepc-3-2011-007

Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 3 September 2011, Pages 113-129 / ISSN: 2231-735X

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Merokok Di

Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Tinjauan Di SMK Taman

Selesa Jaya 2, Skudai, Johor

Zainudin Abu Bakar1 & Ahmad Hafizi Saad

2

1Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia

ABSTRAK : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah.Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor

rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar

tingkatan satu hingga tingkatan lima yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan di SMK

Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal

pasti dan mempunyai rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah.

Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data

dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS Versi 13.5 for Windows (Statistical

Package For The Social Sciences) bagi mendapatkan hasil kekerapan, peratus dan min. Daripada

3 persoalan tersebut didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana. Keputusan kajian

keseluruhan mendapati faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi

pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Beberapa cadangan

telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.

Katakunci: Tingkah Laku Merokok, Pelajar Sekolah

ABSTRACT: The purpose of this survey is to identify factors that influence smoking habit among

the students. Three main factors investigated are peer group, family and environment 30 students

of form one to form five comprises of boys and girls at SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai,

Johore are involved in the study. Students who are identified and caught smoking by the

disciplinary teachers are selected as the respondent of the study. This study is desriptive in nature

and questionnaire is used as a main data collection procedure. The SPSS software Version 13.5

for Windows (Statistical Package For The Social Sciences) is employed to analyse the data in

order to find out the frequency, percentage and mean. The overall means for all factors are

moderate. The overall result shows that environmental factor is the dominant factor that

influenced students to smoke compared to family and peer group factors. Some suggestions are

also discussed.

Keywords: Smoking Habit, Skill The students

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And

Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja berumur 12-18 tahun

pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara berasingan prevalen perokok di kalangan

Page 2: jepc-3-2011-007

114 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

remaja lelaki ialah 30 % dan remaja perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan

oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000,

menunjukkan prevalen perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18 %.

Peningkatan prevalen perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun 1995 kepada 18

% pada tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen perokok di kalangan remaja

perempuan daripada 5 % kepada 8 %.

Menurut Julie Rosnani (2003, 37) terdapat kesan buruk yang diperoleh oleh perokok

seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, mandul dan yang

jelas sekali merokok membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok - perokok ini bukannya

tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta

hanya melihat kepada kebaikan sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk

yang akan membahayakan diri serta orang lain. Laporan Kementerian Kesihatan dalam kempen

“Anti Merokok Tak Nak” (2004) telah menyenaraikan beberapa penyakit kronik kesan daripada

merokok antaranya ialah kanser paru-paru, COPD (enfisima dan bronkitis), kanser kerongkong,

kanser mulut dan tekak, kanser esophagus, strok, crohn’s disease, penyakit jantung iskemia,

kanser pundi kencing, artherosclerosis, ulser pepetik, kanser pancreas dan pneumonia. Selain

dari itu, merokok juga mempercepatkan proses penuaan dan memendekkan usia seseorang.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Perlaksanaan disiplin sekolah yang berkesan adalah penting untuk membentuk golongan

pelajar berkeperibadian dan bersemangat kebangsaan. Bagaimanapun perlaksanaannya

bergantung kepada sokongan, rasa tanggungjawab bersama, kesedaran dan penglibatan aktif

pihak tertentu, khasnya guru, ibu bapa serta para pelajar sendiri (Chariya, 1986). Oleh itu,

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan

kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok. Dalam surat pekeliling

Iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada semua

Pengarah Pelajaran Negeri menyatakan bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan

terbuka atau di dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan

merokok. Menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan memberi

kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?. Kegiatan merokok merupakan salah

satu aktiviti yang tidak sihat yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini.

Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja dari merokok dan penyingkiran

pelajar dari sekolah setelah diberi amaran bukanlah tindakan baru oleh Kementerian Pelajaran.

Kempen juga dijalankan sama ada melalui media cetak, media elektronik serta

penyebaran poster ke sekolah-sekolah. Inilah menunjukkan seriusnya masalah merokok di

kalangan pelajar sekarang. Tindakan pelajar yang merokok tanpa menghiraukan papan-papan

tanda larangan merokok sama ada di dalam kawasan sekolah atau di tempat-tempat awam begitu

amat ketara ketika ini. Perbuatan ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang

sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang (Dewan Masyarakat, Ogos 1997).

Page 3: jepc-3-2011-007

115 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini akan mengkaji tentang tingkah laku merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Antara aspek yang akan dikaji termasuklah

faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan

merokok.

ii. Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan

merokok.

iii. Mengenal pasti faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam kegiatan

merokok.

5.0 SOROTAN KAJIAN

5.1 Tingkah laku Merokok

Tingkah laku adalah kelakuan, perangai, gerak geri atau segala yang dilakukan oleh seseorang

(Kamus Dewan, 1984). Manakala dari sudut budaya sekolah, masalah tingkah laku

diertikansebagai pelanggaran disiplin sekolah. Mengikut Ab. Alim (1994) perbuatan yang sering

dilabelkan sebagai masalah tingkah laku seperti : -

i. Perlakuan yang bercorak jenayah.

ii. Perlakuan yang tidak bermoral.

iii. Mencabuli maruah orang lain.

iv. Kesalahan yang tidak boleh diperbetulkan.

v. Menggunakan bahasa lucah di tempat awam.

Mengikut kajian ini, masalah tingkah laku adalah merujuk kepada pelanggaran disiplin

dan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah yang sedia ada.Merokok pula

bermaksud “menghisap rokok” iaitu perbuatan seseorang menghisap rokok (Kamus Dewan,

1994:1146). Perlakuan merokok di kalangan pelajar merupakan salah laku yang kurang sopan

dan boleh diambil tindakan disiplin (Che Soh Muda, 2001).

5.2 Faktor Rakan Sebaya

Menurut Kamaruddin (1996) sekolah adalah di mana tempat anak-anak dan remaja mula

mendapat kawan yang ramai. Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka

sama-sama bergaul bersama. Ikatan remaja bukan lagi semata-mata dengan ibu bapa sahaja,

malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan sebaya. Tingkah laku remaja ini adalah

ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan

persetujuan daripada rakan sebaya dalam membuat sebarang keputusan.Pergaulan remaja ini

Page 4: jepc-3-2011-007

116 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

perlu diperhatikan. Jersild (1978) mendapati bahawa penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan

akan menunjukkan penghargaan ke atas diri pelajar tersebut. Oleh itu, jika individu pelajar

bercampur dengan kumpulan pelajar yang merokok di sekolah, kemungkinan untuk pelajar itu

turut terlibat dengan salah laku tersebut adalah tinggi.

Rakan sebaya merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi pembentukan

personaliti seseorang. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Contohnya, sekiranya

pelajar bercampur gaul dengan sekumpulan rakan yang menekankan kerajinan untuk belajar,

begitu juga pelajar yang berkenaan akan cuba mengamalkannya (Ee Ah Meng, 1992).

Sebaliknya, jika kumpulan rakan sebaya itu merupakan kumpulan yang tidak mengutamakan

pelajaran sekolah, ia akan mempengaruhi seseorang pelajar. Dengan itu, berkenaan akan

bersikap malas dan tugasan-tugasan sekolah akan terganggu Menurut Bandura dalam Ainon

Mohd dan Abdullah Hassan (2000) kebanyakan daripada perilaku kita adalah kesan daripada

pengaruh model. Jadi yang dimaksudkan dengan model ialah rakan sebaya kita.

Zurina (1998) yang menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya ke atas remaja sangat

dominan kerana menjadi kelaziman dalam kumpulan rakan sebaya, anggotanya sensitif dengan

cita rasa kumpulannya. Mereka akan cepat bertindak balas untuk menjaga kewibawaan mereka

agar diterima dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya yang dapat memenuhi citarasa mereka.

Dewan Siswa (November 1987) bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut

dan meniru tetapi dalam keadaan ini, peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja.

Manakala, Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2000) berpendapat apabila seseorang individu

memiliki ciri-ciri atau sifat-sifat yang menyebabkan dirinya mudah kita sukai, kita akan lebih

mudah terpengaruh oleh kata-katanya.

Seseorang pelajar biasanya tidak akan mudah untuk melakukan sesuatu aktiviti yang

boleh menjejaskan disiplin tanpa dipengaruhi oleh rakan sekumpulan atau pelajar tidak terikat

dengan aktiviti kumpulan. Menurut Ahmad Fauzi (Berita Harian 11 Julai 2001) sekumpulan

pelajar yang datang lewat ke sekolah telah menyerang sekumpulan pelajar lain akibat

terdapatnya perselisihan faham. Kejadian seumpama ini tidak akan berlaku sekiranya pelajar-

pelajar tersebut tidak terpengaruh dan dipengaruhi oleh tindakan perlakuan rakan sebaya mereka

dalam kumpulan yang sama. Menurut Atan (1980) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar

cenderung untuk memilih rakan yang mempunyai kecenderungan dan minat yang sama. Situasi

ini menunjukkan bahawa seseorang itu hanya menurut kecenderungan yang samasebagaimana

yang dilakukan rakan sebaya mereka. Sementara itu, Kamarudin (1996) mengatakan remaja

lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran

kelakuan rakan sebaya mereka. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh

didorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja

diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka

dipulaukan oleh rakan sebaya. Hasil kajian ini juga selari dangan pernyataan

Mohamad (1987) yang menyatakan bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk

mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan ini peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu

sahaja. Sehubungan dengan itu, dalam memilih rakan sebaya, Islam menentukan supaya

seseorang itu berusaha dan membiasakan diri bertemankan orang yang baik tingkah laku kerana

kawan boleh mempengaruhi seseorang sama ada ke arah kebaikan atau keburukan (Abdullah

Nashih, 1988). Sebagaimana Sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud : “Dari Abu Hurairah,

Rasulullah s.a.w bersabda (agama) seseorang itu terletak pada kawannya, maka hati-hatilah

kamu akan siapa yang akan kamu kawan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 5: jepc-3-2011-007

117 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

5.3 Faktor Keluarga

Menurut Amina Nor (2003:5) sejak kecil lagi anak yang bapanya menghisap rokok akan

dipengaruhi oleh tabiat bapa mereka dan terus mengambil dadah apabila mereka dewasa. Tanpa

disedari bapa tersebut telah menunjukkan kepada anak bahawa rokok boleh memberi ketenangan

atau keseronokan. Anak-anak pula akan menganggap rokok berupaya mengatasi

kerunsinganyang timbul daripada sesuatu konflik. Si anak akan membiasakan diri dengan bau

asap yang dikeluarkan ayahnya dan akhirnya asap inilah yang mendorong anak menghisap rokok

apabila mereka remaja, tingkah laku ayah juga akan menjadi ikutan anak-anak. Gambaran

tingkah laku bapa mempunyai pengaruh untuk menentukan perbuatan dan perasaan anak.

Manakala Lee Lam Thye (2000) berkata institusi keluarga khususnya ibu bapa mampu

memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi pelajar dan mengawasi pergerakan anak

mereka bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam kegiatan salah laku. Menurutnya lagi ibu

bapa juga adalah pendidik dalam mencorakkan keperibadian pelajar yang bakal mewarisi

kepemimpinan negara masa depan. Hubungan interaksi, dan tunjuk ajar perlu dipupuk dan

sentiasa dijaga supaya anak-anak tidak terbiar, sekali gus dapat membentuk anak supaya

mempunyai keperibadian baik serta berdisiplin. Abdullah Nashih (1988) berpendapat hati

seseorang anak adalah suci, jika mereka biasa diajarkan dengan kebaikan maka, mereka akan

membesar dengan baik tetapi jika sebaliknya mereka akan menjadi jahat.

Menurut Carwin (1988) masa yang diluangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka

adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam kajiannya di Amerika Syarikat bahawa di

kalangan mereka yang bekerja. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai masa untuk

memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak mereka. Keadaan seperti ini mengikut

beliau boleh membawa kepada masalah disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, memeras

ugut, memukul guru dan sebagainya. Menurut Khalijah (1996) ibu bapa adalah pendidik pertama

bagi anak-anak, mereka memberi contoh tauladan kepada anak-anak dan juga pengasas emosi

dan intelektual anak-anak. Ibu bapa yang berjaya menjadi pendidik yang baik kepada anak-anak

akan terus didampingi dan dirujuk oleh anak-anak. Schafer dan Olexa (1963) dalam kajiannya di

sebuah sekolah tinggi di Amerika yang mempunyai pelajar dari status sosio ekonomi yang

berbeza, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan masalah disiplin yang wujud di sekolah

tersebut adalah berpunca dari pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah. Menurut

Bachman (1970) ibu bapa yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi menganggap

tingkah laku anak-anak mereka yang buruk hanya akan menjejaskan dan menjatuhkan maruah

dan martabat keluarga mereka. Oleh itu, mereka berusaha sedaya upaya mereka memastikan agar

anak-anak mereka sentiasa berdisiplin dan mempunyai tingkah laku yang baik. Pelajar-pelajar

dari golongan status sosio ekonomi yang tinggi didapati kurang melakukan masalah disiplin

berbanding dengan pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah. Jaafar (1997)

mendapati bahawa ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi rendah kurang berupaya dalam

memastikan pencapaian anak-anak mereka cemerlang. Ibu bapa hanya menghantar anak-anak

mereka ke sekolah atas dasar seruan kerajaan dan amalan masyarakat tempatan. Sebuah hadis

Rasullullah (S.A.W) yang bermaksud, “ Tiap-tiap anak dilahirkan di atas fitrahnya dan

sesungguhnya ibu dan bapanya yang akan menjadikan sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani ”.

Pengertian daripada hadis ini ialah betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan dan

memberi pendidikan kepada anak-anak supaya mereka membesar dan menjadi manusia yang

berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Page 6: jepc-3-2011-007

118 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

5.4 Faktor Persekitaran

Para remaja yang suka meniru dan mengikut tingkah laku seseorang individu begitu mudah

untuk terlibat dalam masalah rokok ini. Begitu juga dengan kanak-kanak yang bapanya merokok

dan pernah disuruh untuk membeli rokok akan mudah mengikut bapanya. Perbuatan tersebut

merupakan asas kepada pembelajaran yang boleh menyebabkan seseorang itu menggunakan

rokok menjadi satu ketagihan. Mereka boleh sahaja terpengaruh dengan agenda seperti merokok

oleh watak-watak utama dalam filem yang mereka tonton melalui kaca televisven atau baca

melalui media- media cetak. Mereka juga boleh terpengaruh dengan rakan-rakan pelajar yang

nakal. Kita tidak dapat mengelak berhadapan dengan pengaruh-pengaruh negatif di zaman dunia

tanpa sempadan dan era serba canggih ini (Dewan Masyarakat, Mei 2000). Selain itu, faktor

ingin menjadi dewasa dan mendapat keistimewaan menjadi orang dewasa yang boleh memikul

pelbagai bebanan dalam masyarakat turut menyumbang kepada aktiviti merokok. Dapatan ini

disokong oleh Sufian (2004) yang menyatakan remaja merokok disebabkan oleh ketidaksabaran

mereka untuk menjadi dewasa.

Menurut Dewan Siswa (November 1987) pengaruh persekitaran sosial agar diterima

rakan sebaya menyebabkan remaja akan melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh rakan

sebaya mereka. Cara mereka bertutur, bergaya, berfikir dan berpakaian seperti mana yang

digayakan oleh rakan sebaya mereka. Inilah yang menyebabkan remaja pada ketika ini sering

berada atau sentiasa mendampingi kumpulan mereka masing-masing. Segala cadangan yang

dikemukakan kepada rakan sekumpulan akan dituruti sahaja tanpa memikirkan implikasi yang

akan timbul selepas melakukannya. Keadaan ini amat membahayakan kerana remaja akan

mencuba tingkah laku walaupun diketahui ianya salah dan melanggar disiplin sekolah. Remaja

akan merasa tercabar dan mungkin ditertawakan apabila menolak cadangan yang diutarakan oleh

rakan kumpulan. Oleh kerana itulah kita dapati remaja terutama yang berkumpulan akan

melakukan apa sahaja yang dimulakan oleh rakan kumpulan kerana bimbang akan disisihkan

dari rakan kumpulan.

Dewan Budaya (September 1999) yang mengatakan bahawa pertumbuhan pusat-pusat

hiburan yang banyak yang hanya mementingkan keuntungan turut menyumbang kepada

keruntuhan akhlak remaja. Pada masa sekarang terdapat banyak kedai-kedai runcit yang

berhampiran dengan kediaman kita. Keadaan ini amatlah baik kerana memudahkan orang ramai

dalam mendapatkan barangan. Tetapi agak malang apabila terdapatnya pekedai juga turut

menjualkan rokok kepada orang ramai termasuklah pelajar tanpa larangan. Dakwah (November

1999) yang menyatakan generasi kita telah dilanda gejala sosial kerana semakin terdedahnya

masyarakat kepada kebudayaan asing yang di impot. Di dapati pengaruh dari barat ini semakin

serius, di mana pelajar kita mula terpengaruh terutamanya mengenai cara merokok yang

ditunjukkan dalam filem.

Kamarudin (1996) yang mendedahkan budaya pelajar yang bekerja pada musim cuti

sekolah. Mereka mula menjinakkan diri dengan rokok yang disogokkan oleh rakan sekerja yang

lebih dewasa. Kegiatan yang tidak sihat ini berlaku adalah kerana adanya orang yang lebih

dewasa tidak bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan perlakuan pelajar. Budaya

menyogokkan pelajar dengan barangan percuma tanpa memikirkan kesan dari tindakan tersebut

boleh mengubah perlakuan pelajar dari seorang yang tidak merokok kepada seorang yang

perokok. Di samping itu, Awang Had (1980) menyatakan bahawa kadang kala keadaan dan

suasana sekolah juga boleh menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan akan menyebabkan

masalah disiplin di kalangan pelajar.

Page 7: jepc-3-2011-007

119 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Oleh itu, persekitaran sekolah yang menarik dan sesuai dengan tempoh perkembangan

mereka akan menjadi tempat terbaik kepada pelajar untuk melarikan diri daripada tekanan-

tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ini sekurang-kurangnya mengelakkan pelajar

memilih tempat-tempat yang salah sebagai tempat mereka melepaskan tekanan yang dihadapi

(Dewan Masyarakat, Jun 2000). Manakala, Mustafa (1991) menyatakan memiliki jiran yang

mulia adalah pilihan tempat tinggal yang terbaik bagi pembentukkan akhlak anak-anak dan

remaja kerana mereka amat mudah dipengaruhi oleh kehidupan dan persekitaran, sebagaimana

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Manusia itu dilahirkan dengan

fitrah (tabiat atau potensi yang baik). Hanya ibu bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia

menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi Majusi.”

Di samping itu, terdapat juga pandangan lumrah bahawa rokok mudah dibeli dan ini

menyebabkan remaja memula dan meneruskan kegiatan merokok setiap hari. Ini jelas

menunjukkan adanya pekedai tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan keuntungan

sahaja tanpa melihat kesan risiko yang dihadapi oleh remaja turut menyumbang kepada kegiatan

merokok ini. Kajian yang dibuat dikebanyakan Negara membangun termasuk Malaysia

mendapati penggunaan rokok bermula sebaik sahaja kanak-kanak memasuki alam remaja

(M.Hussain Habil, 1994). Sungguhpun baru-baru ini negara kita telah membuat polisi untuk

mencegah penjualan rokok di kalangan mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, tetapi

perlaksanaannya tidak berkesan. Ramai remaja dapat membeli rokok dengan mudah tanpa

banyak sekatan. Oleh yang demikian, penggunaan rokok di kalangan remaja di negara ini masih

tidak berkurangan.

6.0 METOD

6.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian digunakan sebagai panduan bagi pengkaji mendapatkan data dan maklumat.

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Data-data mengenai persoalan kajian adalah

diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan

bagi mengetahui sikap seseorang (Mohd Najib, 1999). Menurut Mohd Majid (2000) soal selidik

lebih praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan

dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden. Ini adalah disebabkan ia tidak

dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mereka bebas menyatakan pendapat sendiri untuk

menjawab setiap item yang dikemukakan. Menurut Mohamad Najib (1999) disebabkan

kekangan masa, kaedah soal selidik adalah paling sesuai digunakan, di mana kaedah analisis

datanya juga mudah dilakukan berbanding dengan kaedah pemerhatian langsung yang

memerlukan kemahiran terlatih serta memerlukan masa yang lama.

6.2 Populasi Kajian

Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa responden adalah terdiri daripada siapakah kita

memperolehi data. Kita perlu mengenal pasti kelompok individu yang kita selidik. Semua ahli

dalam kelompok tersebut dikenal pasti sebagai responden. Responden dalam kajian ini terdiri

daripada 30 orang pelajar yang telah dikenal pasti dan mempunyai rekod pernah ditangkap atas

Page 8: jepc-3-2011-007

120 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah. Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan satu

hingga tingkatan lima yang terdiri daripada 23 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan

di SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor.

6.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik yang

merangkumi beberapa bahagian. Penyelidik merasakan kaedah ini adalah merupakan yang paling

sesuai untuk mendapatkan maklumat dan data-data dari responden kerana melalui kaedah ini

maklum balas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus daripada responden dan

ianya cepat serta menjimatkan masa dan perbelanjaan. Mohamad Najib (1999) menyatakan soal

selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses

untuk analisis. Soalan untuk soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu

Bahagian A dan Bahagian B

Responden dikehendaki membuat pilihan yang sesuai bagi setiap penyataan yang

dikemukan berdasarkan Skala Likert 5 Pemeringkatan. Skala Likert digunakan dimana

responden dikehendaki menanda jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu

skala dari satu ekstrem kepada satu ekstrem yang lain (Mohd Najib, 1999). Responden

dikehendaki membuat pilihan jawapan berdasarkan kepada tahap persetujuan mereka. Tahap

persetujuan merangkumi lima peringkat iaitu Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju

dan Sangat Tidak Setuju. Dengan beranggapan bahawa maklumbalas kepada setiap penyataan

mempunyai perkaitan, pengkaji boleh meletakkan nilai skor 1 hingga 5 ( Baker, 1988 ). Skala

yang dimaksudkan adalah seperti Jadual 1

Jadual 1: Skala Likert 5 Pemeringkatan

Skala Peringkat

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Tidak Pasti (TP)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

6.4 Kajian Rintis

Sebelum set soal selidik dihantar kepada responden untuk tujuan kajian sebenar, set soalan

tersebut terlebih dahulu diuji dari sudut kefahaman pelajar dari segi tatabahasa, isi kandungan,

kesahan dan keboleh percayaannya melalui kajian rintis. Menurut Mohd Najib (2003) kajian

rintis adalah satu aktiviti yang penting bagi setiap kajian tinjauan di mana selain daripada

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah

terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Kajian rintis ini

telah dijalankan ke atas 25 orang pelajar lelaki yang dikenal pasti merokok oleh guru disiplin di

Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Selain itu, kajian rintis ini juga berperanan untuk

Page 9: jepc-3-2011-007

121 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

menganggarkan masa yang sesuai untuk mentadbir set soal selidik bagi kajian sebenar yang akan

diadakan nanti.

Kajian rintis tersebut akan dibuat beberapa pembetulan sekiranya perlu terhadap item

bagi memantapkan soalan. Setiap soalan yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu dan akan

diubah sekiranya tidak sesuai atau terlalu umum untuk setiap objektif yang telah ditetapkan.

Nilai alpha perlu melebihi 0.8 bagi memastikan kebolehpercayaan soalan (Mohd Najib, 1998).

Nilai ini adalah merupakan nilai yang sesuai bagi sesuatu alat ukur ia adalah berpandukan dari

Model Alpha Cronbach.

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Faktor Rakan Sebaya

Jadual 2 : Peratus dapatan berkaitan seronok merokok bersama rakan-rakan

Pernyataan

STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Saya seronok merokok bersama rakan-

rakan

36.7 10.0 10.0 23.3 20.0

Saya bangga mendapat kawan yang

merokok

43.3 33.3 0 16.7 6.7

Saya selalu minta rokok daripada rakan

sekiranya saya hendak merokok

36.7 23.3 3.3 30.0 6.7

Saya selalu lepak dengan kawan-

kawan yang merokok

23.3 20.0 0 46.7 10.0

Semangat setia kawan saya sangat tinggi dengan

kawan-kawan yang merokok

40.0 53.3 3.3 3.3 0

Rakan-rakan selalu mengajak saya

merokok di mana sahaja asalkan

tempatnya sesuai

16.7 16.7 6.7 43.3 16.7

Rakan-rakan selalu mengejek saya

sekiranya tidak merokok

40.0 33.3 10.0 13.3 3.3

Rakan-rakan yang memperkenalkan

saya tentang rokok

23.3 20.0 10.0 30.0 16.7

Saya berasa malu kalau tidak

merokok bersama rakan dalam

kumpulan

46.7 33.3 0 10.0 10.0

Saya akan merokok apabila dipelawa 16.7 10.0 6.7 46.7 20.0

Page 10: jepc-3-2011-007

122 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

oleh rakan dalam kumpulan

Saya akan dipulaukan dalam kumpulan

sekiranya tidak merokok

50.0 36.7 0 6. 7 6.7

Saya merokok sebab ingin diterima

sebagai ahli kumpulan rakan

40.0 20.0 3.3 30.0 6.7

n=30

Jadual 3 : Nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian tentang faktor rakan sebaya yang

mempengaruhi tingkah laku merokok

Pembolehubah Nilai Min

Faktor Rakan Sebaya 2.51

Jadual 3 di atas menunjukkan nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian tentang faktor rakan

sebaya yang mempengaruhi tingkah laku merokok. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor

rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar SMK Taman Selesa

Jaya 2, Skudai, Johor berada pada tahap sederhana. Ini berdasarkan nilainya yang bertepatan

dengan jadual Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000), yang menyatakan

bahawa nilai min yang berada dalam lingkungan 2.34-3.66 adalah pada tahap sederhana.

7.2 Faktor Keluarga

Jadual 4: Peratus dapatan berkaitan ayah kerap meminta saya pergi ke kedai untuk membeli

rokok

Pernyataan

STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Ayah kerap meminta saya pergi ke kedai

untuk membeli rokok

40.0 36.7 3.3 16.7 3.3

Keluarga saya tidak pernah marah atau

menasihati kerana merokok

33.3 10.0 0 40.0 16.7

Saya mempunyai masalah keluarga 36.7 16.7 0 40.0 6.7

Keluarga tidak mengambil berat tentang

masalah saya sebab itu saya berani

merokok

20.0 13.3 6.7 43.3 16.7

Saya merokok kerana tiada halangan 30.0 10.0 0 53.3 6.7

Page 11: jepc-3-2011-007

123 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

dalam keluarga

Saya pernah mengambil rokok ayah dan

abang tanpa pengetahuan mereka

43.3 33.3 10.0 13.3 0

Keluarga tidak pernah menasihati saya

tentang bahayanya merokok

13.3 10.0 0 56.7 20.0

Ayah dan abang saya adalah

perokok

16.7 13.3 3.3 53.3 13.3

Ibu atau bapa saya merokok semasa

berada di luar rumah

43.3 33.3 3.3 16.7 3.3

Ibu atau bapa saya akan merokok apabila

bersama-sama kawan-kawannya

33.3 50.0 10.0 3.3 3.3

n=30

Jadual 5 : Nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian tentang faktor keluarga yang

mempengaruhi tingkah laku merokok

Pembolehubah Nilai Min

Faktor Keluarga 2.67

Jadual 5 di atas menunjukkan nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian tentang faktor

keluarga yang mempengaruhi tingkah laku merokok. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

faktor keluarga mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar SMK Taman Selesa

Jaya 2, Skudai, Johor berada pada tahap sederhana. Ini berdasarkan nilainya yang bertepatan

dengan jadual Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000), yang menyatakan

bahawa nilai min yang berada dalam lingkungan 2.34-3.66 adalah pada tahap sederhana.

7.3 Faktor Persekitaran

Jadual 6 : Peratus dapatan berkaitan merokok sebab ingin kelihatan “Macho” atau macam hero

seperti dalam filem atau drama

Pernyataan STS

(%)

TS

(%)

TP

(%)

S

(%)

SS

(%)

Saya merokok sebab ingin kelihatan

“macho” atau macam hero seperti

dalam filem atau drama

36.7 36.7 16.7 6.7 3.3

Merokok menjadikan saya nampak 20.0 20.0 6.7 50.0 3.3

Page 12: jepc-3-2011-007

124 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

dewasa

Merokok adalah satu perkara yang

“glamour” di kalangan remaja masa kini

16.7 26.7 6.7 40.0 10.0

Iklan rokok sangat menarik perhatian

saya

40.0 40.0 13.3 6.7 0

Saya mudah membeli rokok 13.3 13.3 3.3 36.7 33.3

Merokok adalah satu perkara

lumrah ditemui dalam masyarakat

16.7 16.7 3.3 40.0 23.3

Pekedai tidak pernah melarang

saya untuk membeli rokok

20.0 6.7 3.3 60.0 10.0

Anak jiran-jiran saya adalah

perokok

20.0 16.7 23.3 33.3 6.7

Tiada siapa yang melarang atau menegur saya merokok di

tempat awam

16.7 10.0 3.3 56.7 13.3

Saya merokok sebab ingin mencuba merokok seperti orang lain

yang merokok

16.7 26.7 6.7 43.3 6.7

Saya pernah diberikan rokok oleh orang dewasa

26.7 40.0 23.3 10.0 0

n=30

Jadual 7 : Nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian tentang faktor persekitaran yang

mempengaruhi tingkah laku merokok

Pembolehubah Nilai Min

Faktor Persekitaran 2.88

Jadual 7 di atas menunjukkan nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian tentang faktor

persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku merokok. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa

faktor persekitaran mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar SMK Taman

Selesa Jaya 2, Skudai, Johor pada tahap sederhana. Ini berdasarkan nilainya yang bertepatan

dengan jadual Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000), menyatakan bahawa

nilai min yang berada dalam lingkungan 2.34-3.66 adalah pada tahap sederhana.

Page 13: jepc-3-2011-007

125 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

7.4 Analisis Perbandingan

Jadual 8 : Analisis perbandingan faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran

yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah

Pembolehubah Nilai Min

Faktor Rakan Sebaya 2.51

Faktor Keluarga 2.67

Faktor Persekitaran 2.88

Jadual 8 di atas menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga faktor iaitu faktor rakan sebaya, faktor

keluarga dan faktor persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar

sekolah. Nilai min bagi faktor persekitaran menunjukkan nilai tertinggi sebanyak 2.88, diikuti

nilai min bagi faktor keluarga sebanyak 2.67 dan yang selebihnya nilai min bagi faktor rakan

sebaya sebanyak 2.51. Namun begitu jika dilihat dari 3 persoalan tersebut didapati nilai min

keseluruhan adalah sederhana. Merujuk dari jadual di atas jelas menunjukkan bahawa faktor

persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar SMK Taman

Selesa Jaya 2, Skudai, Johor seterusnya diikuti faktor keluarga dan rakan sebaya.

8.0 PERBINCANGAN

8.1 Faktor Rakan Sebaya

Dalam kajian ini faktor rakan sebaya adalah faktor yang pertama untuk dikaji bagi menentukan

adakah faktor rakan sebaya yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar

sekolah. Persoalan kajian ini merangkumi 12 item dalam soal selidik menyentuh tentang hal-hal

yang berkaitan dengan rakan sebaya.

Mengikut jadual 4.18, nilai min tertinggi adalah 3.43 pada item 10 di mana responden

bersetuju bahawa saya akan merokok apabila dipelawa oleh rakan dalam kumpulan. Pada item

ini, seramai 66.7 peratus responden bersetuju, 26.7 peratus tidak bersetuju manakala selebihnya

6.7 peratus tidak pasti. Manakala untuk nilai min yang terendah pula adalah pada item 5 iaitu

1.70 yang mana responden tidak bersetuju mengenai semangat setiakawan saya sangat tinggi

dengan kawan-kawan yang merokok. Ini dilihat dari 3.3 peratus sahaja responden yang bersetuju

akan item ini. Berdasarkan dapatan hasil kajian, responden bersetuju bahawa faktor rakan sebaya

turut menyumbang dalam mempengaruhi tingkah laku merokok. Ini disebabkan mereka mudah

terpengaruh dan ingin diterima dalam kumpulan. Hasil kajian selari dengan pendapat Sufian

(2004) yang menyatakan bahawa merokok boleh didorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam

perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya

mereka berani merokok, jika tidak mereka dipulaukan oleh rakan sebaya.

Page 14: jepc-3-2011-007

126 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Dapatan kajian ini turut disokong oleh Jersild (1978) yang menyatakan bahawa

penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke atas diri pelajar

tersebut. Oleh itu, jika individu pelajar bercampur dengan kumpulan pelajar yang merokok di

sekolah, kemungkinan untuk pelajar itu turut terlibat dengan salah laku tersebut adalah tinggi.

Kajian ini turut disokong oleh Zurina (1998) yang menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya

ke atas remaja sangat dominan kerana menjadi kelaziman dalam kumpulan rakan sebaya,

anggotanya akan amat sensitif dengan cita rasa kumpulannya. Mereka akan cepat bertindak balas

untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya yang

dapat memenuhi citarasa mereka.

Dari kajian ini juga didapati pertentangan persetujuan oleh pelajar. Mereka tidak

bersetuju bahawa semangat setiakawan mereka sangat tinggi dengan kawan-kawan yang

merokok. Di sini menunjukkan bahawa mereka merokok bukan hanya disebabkan semangat

setiakawan dengan kawan-kawan yang merokok tetapi adanya faktor lain yang lebih menarik.

Keadaan ini tidak selari dengan pendapat Atan (1980) yang menyatakan bahawa seseorang

pelajar cenderung untuk memilih rakan yang mempunyai kecenderungan dan minat yang sama.

Situasi ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak hanya menurut kecenderungan yang sama

sebagaimana yang dilakukan rakan sebaya mereka. Pendapat ini juga tidak sealiran dengan hasil

kajian di mana kebanyakkan pelajar tidak bersetuju bahawa mereka hanya mempunyai rakan

yang merokok sahaja.

8.2 Faktor Keluarga

Dalam kajian ini, faktor keluarga menjadi persoalan kajian yang kedua dikaji bagi menentukan

adakah faktor ini mempengaruhi tingkah laku responden untuk merokok. Persoalan kajian ini

merangkumi 10 item dalam soal selidik yang menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan

faktor keluarga.

Dari jadual 4.28, nilai min tertinggi adalah pada item 19 iaitu 3.60 di mana responden

bersetuju bahawa keluarga tidak pernah menasihati saya tentang bahayanya merokok. Dalam

item ini, seramai 76.7 peratus responden bersetuju, 23.3 peratus tidak bersetuju. Manakala nilai

min yang terendah pula adalah pada item 22 iaitu 1.93 yang mana responden tidak bersetuju

bahawa ibu atau bapa saya akan merokok apabila bersama-sama kawan-kawannya. Ini dilihat

dari 83.3 peratus responden tidak bersetuju akan item ini manakala selebihnya tidak pasti dan

setuju.

Hasil kajian ini menunjukkan peranan ibu bapa dalam keluarga bukan untuk mencari

nafkah semata-mata demi untuk membesarkan anak-anak, bahkan ibu bapa perlu memberi

segala aspek keperluan termasuk memberi nasihat yang berguna dan contohnya mengenai

merokok. Kenyataan ini disokong oleh Lee Lam Thye (2000) yang berkata institusi keluarga

khususnya ibu bapa mampu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi pelajar dan

mengawasi pergerakan anak mereka bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam kegiatan salah

laku. Menurutnya lagi ibu bapa juga adalah pendidik dalam mencorakkan keperibadian pelajar

yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan. Hubungan interaksi, kaunseling dan

tunjuk ajar perlu dipupuk dan sentiasa dijaga supaya anak-anak tidak terbiar, sekaligus dapat

membentuk anak supaya mempunyai keperibadian baik serta berdisiplin.

Dapatan kajian ini selari dengan Carwin (1988) yang menyatakan masa yang diluangkan

oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam

Page 15: jepc-3-2011-007

127 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

kajiannya di Amerika Syarikat bahawa di kalangan mereka yang bekerja. Oleh yang demikian,

mereka tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak

mereka. Keadaan seperti ini mengikut beliau boleh membawa kepada masalah disiplin seperti

ponteng sekolah, merokok, memeras ugut, memukul guru dan sebagainya.

Dapatan ini juga turut disokong oleh Khalijah (1996) yang menyatakan ibu bapa adalah

pendidik pertama bagi anak-anak, mereka memberi contoh tauladan kepada anak-anak dan juga

pengasas emosi dan intelektual anak-anak. Ibu bapa yang berjaya menjadi pendidik yang

baikkepada anak-anak akan terus didampingi dan dirujuk oleh anak-anak.

Dapatan ini adalah selari sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Nashih (1988)

iaitu hati seseorang anak adalah suci, jika mereka biasa diajarkan dengan kebaikan maka mereka

akan membesar dengan baik tetapi jika sebaliknya mereka akan menjadi jahat. Sebuah hadis

Rasullullah (s.a.w.) yang bermaksud, “ Tiap-tiap anak dilahirkan di atas fitrahnya dan

sesungguhnya ibu dan bapanya yang akan menjadikan sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani ”.

Pengertian daripada hadis ini ialah betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan dan

memberi pendidikan kepada anak-anak supaya mereka membesar dan menjadi manusia yang

berguna kepada bangsa, agama dan negara.

8.3 Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran menjadi persoalan kajian yang ketiga dikaji bagi mengetahui sama ada faktor

ini turut mempengaruhi tingkah laku responden untuk merokok. Dalam soal selidik yang dibina,

terdapat 11 item yang disoal berkaitan dengan hal-hal persekitaran. Mengikut jadual 4.37, item

27 mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 3.63 di mana responden bersetuju bahawa saya

mudah membeli rokok. Pada item ini, seramai 70 peratus responden bersetuju, 26.6 peratus tidak

bersetuju manakala selebihnya 3.3 peratus tidak pasti. Bagi nilai min yang terendah adalah pada

item 26 iaitu 1.86 di mana responden tidak bersetuju bahawa iklan rokok sangat menarik

perhatian saya. Dari item ini, seramai 80 peratus responden tidak bersetuju, 13.3 peratus tidak

pasti dan hanya 6.7 peratus sahaja yang bersetuju.

Dari hasil kajian ini, jelas menunjukkan bahawa rokok memang mudah dibeli dengan

sebab itu pelajar bebas merokok tanpa sekatan. Tambahan pula para pekedai yang menjual rokok

tidak pernah melarang atau menegur remaja yang membelinya. Para pekedai yang menjual rokok

hanya mementingkan keuntungan sahaja menyebabkan remaja memula dan meneruskan kegiatan

merokok setiap hari. Ini selari dengan kajian yang dibuat dikebanyakkan negara membangun

termasuk Malaysia mendapati penggunaan rokok bermula sebaik sahaja kanak-kanak

memasukialam remaja. Sungguhpun negara kita telah membuat polisi untuk mencegah penjualan

rokok di kalangan mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, tetapi perlaksanaannya tidak

berkesan. Ramai remaja dapat membeli rokok dengan mudah tanpa banyak sekatan. Oleh yang

demikian, penggunaan rokok di kalangan remaja di negara ini masih tidak berkurangan (M.

Hussain Habil, 1994). Pernyataan ini selari dengan Majalah Dewan Budaya (September 1999)

yang menyatakan bahawa pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang banyak hanya mementingkan

keuntungan turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Pada masa sekarang terdapat

banyak kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan kediaman kita. Keadaan ini amatlah baik

kerana memudahkan orang ramai dalam mendapatkan barangan. Tetapi agak malang apabila

terdapatnya pekedai juga turut menjualkan rokok kepada orang ramai termasuklah pelajar tanpa

larangan.

Page 16: jepc-3-2011-007

128 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Dari kajian ini juga didapati pertentangan persetujuan oleh pelajar. Mereka tidak

bersetuju bahawa iklan rokok sangat menarik perhatian mereka. Di sini menunjukkan bahawa

mereka merokok bukan disebabkan iklan rokok yang menarik tetapi adanya faktor lain yang

lebih menarik. Keadaan ini tidak selari dengan Majalah Dakwah (November 1999) yang

menyatakan generasi kita telah dilanda gejala sosial kerana semakin terdedahnya masyarakat

kepada kebudayaan asing yang diimpot. Walaupun pengaruh dari barat ini semakin serius

namun dari kajian yang dijalankan, didapati pelajar tidak terpengaruh terutamanya cara merokok

yang ditunjukkan dalam filem. Mereka juga tidak terpengaruh untuk mendapatkan barang-barang

dari jenama rokok seperti mana yang diiklankan.

RUJUKAN

Abdullah Nashih Ulwan (1988). Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam (Jilid Satu).

Diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semat: Singapura, Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Ahmad Fauzi (11.7.2001). Pelajar Mengamuk Pada Perhimpunan Sekolah. Berita Harian, m.s.1.

Ahmad Nazri Mohamad. (2004). Perokok Masih Bongkak. New Straits Times (M) Berhad.

Bachman, J.G. (1970). Droping Out : Problems Of Symptoms. Michigan: University Press.

Berita Harian (22 Ogos 2000). Sikap Punca Masalah Disiplin. m.s. 4.

Chariya (1986). Perlaksanaan Disiplin Sekolah : Jangan Disalah Tafsirkan. Dewan Masyarakat;

45 (ii); 38.

Dewan Budaya (September 1999). Menangani Masalah Disiplin Pelajar. Jilid 21. m.s. 37.

Dewan Masyarakat (Julai 1990). Keburukan Merokok Dari Sudut Ekonomi. Jilid 31. Bil 5. m.s

12 – 16.

Hassan Mohd Ali (1997). Anak Muda Hilang Pedoman. Tamadun. April, 6-10.

Jaafar Abdul rahim (1997). Seriuskah Masalah Ponteng Sekolah?. Dewan Masyarakat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamaruddin Hj Husin (1996). Ke Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: UTM. Peraturan 8 A

Kawalan Hasil Tembakau (1997): kesal

Muhd Mansur Abdullah (1986). Proses Kaunseling. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rusli Hashim (2005). Cara Mudah Berhenti Merokok. Kuala Lumpur : Utusan publications &

Distriburators Sdn Bhd.

Ruhiya Idayu (1986). Ponteng Dan Permasalahannya: Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sabitha Marican Dan Mahmood Nazar Al Haji Mohamad (1994). Fenomena Keruntuhan

Akhlak Remaja : Tren. Punca Dan Penyelesaian. Jurnal Kebajikan Masyarakat. Ms 14-25.

Schafer & Olexa (1963). School And Deliquency. Englewood: Prentice Hall Inc.

Shek T.L Daniel (1997). Family Environment And Adolescant Psychological Well Being School

Adjustment And Problem Behavior : A Pioneer Study In A Chinese Context Hong Kong .

The Journel of Genetic Psychology.

Page 17: jepc-3-2011-007

129 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Siti Nor Yaacob. Abdullah Al Hadi Haji Mohamad. Mastura Kamarudin (1994). Faktor-Faktor

Keluarga Dan Tingkah Laku Tidak Bermoral Di Kalangan Remaja. Jurnal Malaysia Dan

Masyarakat. Jilid 9. 125-141.

Sufian Hussin, Lai Chin Chin, Mohd Firdaus Hussin, Abdul Rahim Abd Rashid (2004).

Merokok Di Kalangan Remaja Malaysia. Shah Alam. Karisma Publications Sdn.Bhd.

Zurina (1998). Krisis Disiplin Di kalangan Penuntut Sekolah: Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

.