jentolak mainan yang hebat lisman forklifts … baru kami berdekatan dengan pelabuhan klang di...

2
T H E W O R L D W I D E L I F T E R 14 No. www.lisman.nl LISMAN VORKHEFTRUCKS www.lisman.nl Lismannews adalah hakcipta Lisman Vorkheftrucks BV ALAMAT PEJABAT: Techniekweg 1, 3401 MH IJsselstein The Netherlands ALAMAT SURAT MENYURAT: P.O. Box 233, 3400 AE IJsselstein The Netherlands No. Telefon +31 (0)30 688 48 84 Fax +31 (0)30 688 60 01 E-mail [email protected] Lisman terletak di pusat Negara Belanda 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol di Amsterdam. Pengurus kawasan anda boleh menumpangkan anda ke tempat kami. MY MEI ‘12 04 OXFAM NOVIB TERIMA KASIH KERANA SOKONGAN ANDA Tahun ini, Lisman telah memberikan sumbangan 10,000 Euro kepada Oxfam Novib. Wang sumbangan itu akan digunakan untuk membiayai pinjaman permulaan kepada usahawan - usahawan baru di Uganda. Lisman news 02 LISMAN FORKLIFTS MERAIKAN ULANGTAHUN KE-45 Peluang untuk kita merenung kembali sejarah dan memandang ke hadapan bagi memacu perkembangan berterusan Lisman Forklifts Sebagai tradisi, Lisman mewakili pelanggan kami akan menya- lurkan bantuan kepada yang memerlukan setiap hujung tahun. Justeru itu sumbangan 10,000 telah disalurkan kepada Oxfam Novib. Wang sumbangan itu akan digunakan untuk membiayai pinjaman permulaan kepada usahawan - usahawan baru di Uganda. KEKUATAN DAN KEBEBASAN 10,000 yang disumbangkan bagi pihak anda akan digunakan oleh Oxfam Novib di negara-negara membangun untuk membe- kalkan bantuan kewangan kepada pengusaha dan peniaga kecil- kecilan. Mereka yang ingin memulakan perniagaan biasanya tidak mempunyai harta untuk dicagarkan dan dianggap calon yang tidak layak meminjam oleh kebanyakan bank ternama. Oxfam Novib percaya melalui kekuatan dan kebebasan individu, kejayaan boleh ditemui dan bercadang untuk membantu ke arah itu. LATIHAN DAN BANTUAN MODAL PERMULAAN Melalui sumbangan Lisman, 588 orang bakal menerima latihan pemasaran dan perakaunan. Mereka akan turut diajar tentang inovasi dan akan diberi modal permulaan untuk membuka perniagaan baru. Oxfam Novib berterima kasih kepada anda di atas sumbangan ini. Apabila tiba harijadi anda, sememangnya akan menjadi kebiasaan untuk anda merai- kannya. Dengan niat untuk meraikan anda kami akan membawa kembali tawaran yang diperkenalkan 5 tahun yang lalu sempena ulangtahun kami yang ke-40. Kami menghadiahkan jentolak mainan kepada pelanggan kami yang membeli jentera terpakai. Tawaran ini mendapat sambutan yang hebat dan kami telah menghadiahkan 600 jentolak mainan ke seluruh dunia kepada pelanggan kami dari sejauh Mexico dan Negara Jepun. JENTOLAK MAINAN YANG HEBAT Pelanggan kami masih bertanya tentang jentolak ini. Justeru itu kami sangat berbesar hati untuk menawarkannya kembali untuk meraikan ulangtahun ke-45 kami. Dengan setiap pembelian melebihi 4,500 sebelum 30 Jun 2012, anda akan menerima jentolak mainan yang hebat ini. Jentolak mainan ini dihasilkan oleh kerja tangan Jerman yang bermutu dan pasti mengujakan sesiapa yag memilikinya. TAWARAN UNTUK TEMPOH YANG TERHAD! Anda layak menerima satu jentolak mainan dengan setiap pembelian. Lebih banyak anda beli, lebih banyak jentolak mainan yang anda terima sah sehingga 30 Jun 2012 ! Oxfam Novib terima kasih di atas sokon- gan anda Lisman terletak di pusat Negara Belanda 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol di Amsterdam. Pengurus kawasan anda boleh menumpangkan anda ke tempat kami 04 TAWARAN LISMAN Dengan setiap pesanan melebihi 4500.00 Euro sebelum 30 Jun 2012, anda akan menerima jentolak mainan percuma 03 LISMAN ASIA Kami telah bersedia : Setelah tempoh persedian yang rapi Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd sudah bersedia untuk berurusniaga Pesanan dari Pihak Pengurusan Premis perniagaan kami di Malaysia BERITA BAIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA! Kami sedang meraikan ulangtahun kami yang ke-45. Selalunya dalam menjangkau usia 45 tahun seseorang telah sampai ke kemuncak pencapaian dalam hidup mereka. Mereka telah banyak belajar dan pada usia ini memiliki kekuatan yang tersendiri. Peringkat ini juga bertindak sebagai tapak yang kukuh bagi menempa kejayaan yang berterusan. Keadaan ini mencerminkan perasaan kami di Lisman yang merupakan perniagaan keluarga kami. Lisman Foklifts telah menimba pelbagai pengalaman dan meluaskan rangkaian perniagaan kami. Organisasi kami terdiri daripada individu yang bersemangat dan mampu untuk meraih ke- jayaan daripada setiap peluang baru yang dibawa oleh pasaran masa kini. MERENUNG KEMBALI …. Ulangtahun kami membawa peluang untuk kita berhenti sejenak dan merenung kembali sejarah perjalanan kami. Sesiapa yang mengetahui sejarah perkembangan Lisman Forklifts akan menyedari bahawa pasaran dan syarikat kami telah banyak mengalami perubahan. Namun begitu, nilai-nilai asas kami, keboleh percayaan dan julan borong ekslusif dengan tumpuan terhadap bahan - bahan asas yang digunakan, kekal tidak berubah dan akan terus berkekalan di masa hadapan. MEMANDANG KEHADAPAN…. Lisman akan terus membina kecemerlangan di atas kejayaan yang sedia ada. Dengan bangganya kami ingin mengumumkan bahawa kami telah membuka cawangan di Malaysia : Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd. Sebagai sebahagian daripada Lisman Forklifts BV, Lisman Asia akan tertumpu kepada perniagaan di pasaran Asia Tenggara sebagaimana kami beroperasi di IJsselstein. Anda boleh terus mengikuti perkembangan di Malaysia menerusi edisi ke-14 Lisman News. Kami akan terus melakukan perubahan dan penambahbaikan demi menjadi pakar jentolak terbaik untuk anda. Sama ada anda menjual atau membeli, kami bersedia melakukan yang terbaik untuk anda dan memenuhi peranan kami sebagai rangkaian jualan borong yang unik dan ekslusif. Kami berharap untuk bertemu dengan anda di salah sebuah cawangan kami. Sama ada di Belanda atau di Malaysia kedatangan anda sentiasa dialu-alukan. Kami sentiasa mempunyai rangkaian bekalan yang luas untuk tatapan dan pilihan anda. Kami berharap agar anda gembira menikmati edisi ini dan semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi. Pihak pengurusan Anton dan Koen Lisman TAWARAN ISTIMEWA KAMI SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN LISMAN! JENTOLAK MAINAN PERCUMA dengan setiap pembelian melebihi EUR 4,500! Tawaran Ulangtahun

Upload: hoangkhuong

Post on 06-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

T h e w o r l d w i d e l i f T e r

14No.

w w w . l i s m a n . n l

Lisman Vorkheftrucks

w w w . l i s m a n . n l

Lismannews adalah hakcipta Lisman Vorkheftrucks BV

aLamat Pejabat:Techniekweg 1, 3401 Mh iJsselstein

The Netherlands

aLamat surat menyurat:P.o. Box 233, 3400 Ae iJsselstein

The NetherlandsNo. Telefon +31 (0)30 688 48 84

fax +31 (0)30 688 60 01e-mail [email protected]

lisman terletak di pusat Negara Belanda 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol di Amsterdam.

Pengurus kawasan anda boleh menumpangkan anda ke tempat kami.

MY M E I ‘ 1 2

04 oxfam noVib terima kasih kerana sokongan andaTahun ini, Lisman telah memberikan sumbangan 10,000 Euro kepada Oxfam Novib. Wang sumbangan itu akan digunakan untuk membiayai pinjaman permulaan kepada usahawan - usahawan baru di Uganda.

Lisman news02 Lisman forkLifts

meraikan uLangtahun ke-45Peluang untuk kita merenung kembali sejarah dan memandang ke hadapan bagi memacu perkembangan berterusan Lisman Forklifts

Sebagai tradisi, lisman mewakili pelanggan kami akan menya-lurkan bantuan kepada yang memerlukan setiap hujung tahun. Justeru itu sumbangan € 10,000 telah disalurkan kepada oxfam Novib. wang sumbangan itu akan digunakan untuk membiayai pinjaman permulaan kepada usahawan - usahawan baru di Uganda.

kekuatan dan kebebasan€ 10,000 yang disumbangkan bagi pihak anda akan digunakan oleh Oxfam Novib di negara-negara membangun untuk membe-kalkan bantuan kewangan kepada pengusaha dan peniaga kecil-kecilan. Mereka yang ingin memulakan perniagaan biasanya tidak mempunyai harta untuk dicagarkan dan dianggap calon yang tidak layak meminjam oleh kebanyakan bank ternama. Oxfam Novib percaya melalui kekuatan dan kebebasan individu, kejayaan boleh ditemui dan bercadang untuk membantu ke arah itu.

Latihan dan bantuan modaL PermuLaan Melalui sumbangan Lisman, 588 orang bakal menerima latihan pemasaran dan perakaunan. Mereka akan turut diajar tentang inovasi dan akan diberi modal permulaan untuk membuka perniagaan baru. Oxfam Novib berterima kasih kepada anda di atas sumbangan ini.

Apabila tiba harijadi anda, sememangnya akan menjadi kebiasaan untuk anda merai-kannya. dengan niat untuk meraikan anda kami akan membawa kembali tawaran yang diperkenalkan 5 tahun

yang lalu sempena ulangtahun kami yang ke-40. Kami menghadiahkan jentolak mainan kepada pelanggan kami yang membeli jentera terpakai. Tawaran ini mendapat sambutan yang hebat dan kami telah menghadiahkan 600 jentolak mainan ke seluruh dunia kepada pelanggan kami dari sejauh Mexico dan Negara Jepun.

jentoLak mainan yang hebatPelanggan kami masih bertanya tentang jentolak ini. Justeru itu kami sangat berbesar hati untuk menawarkannya kembali untuk meraikan ulangtahun ke-45 kami. Dengan setiap pembelian melebihi € 4,500 sebelum 30 Jun 2012, anda akan menerima jentolak mainan yang hebat ini. Jentolak mainan ini dihasilkan oleh kerja tangan Jerman yang bermutu dan pasti mengujakan sesiapa yag memilikinya.

taWaran untuk temPoh yang terhad!Anda layak menerima satu jentolak mainan dengan setiap pembelian. Lebih banyak anda beli, lebih banyak jentolak mainan yang anda terima sah sehingga 30 Jun 2012 !

Oxfam Novib terima kasih di atas sokon-gan anda

Lisman terletak di pusat Negara Belanda 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol di Amsterdam. Pengurus kawasan anda boleh menumpangkan anda ke tempat kami

04 taWaran Lisman Dengan setiap pesanan melebihi 4500.00 Euro sebelum 30 Jun 2012, anda akan menerima jentolak mainan percuma

03 Lisman asiaKami telah bersedia : Setelah tempoh persedian yang rapi Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd sudah bersedia untuk berurusniaga

Pesanan dari Pihak Pengurusan

Premis perniagaan kami di Malaysia

berita baik untuk dikongsi bersama!Kami sedang meraikan ulangtahun kami yang ke-45. Selalunya dalam menjangkau usia 45 tahun seseorang telah sampai ke kemuncak pencapaian dalam hidup mereka. Mereka telah banyak belajar dan pada usia ini memiliki kekuatan yang tersendiri. Peringkat ini juga bertindak sebagai tapak yang kukuh bagi menempa kejayaan yang berterusan. Keadaan ini mencerminkan perasaan kami di Lisman yang merupakan perniagaan keluarga kami. Lisman Foklifts telah menimba pelbagai pengalaman dan meluaskan rangkaian perniagaan kami. Organisasi kami terdiri daripada individu yang bersemangat dan mampu untuk meraih ke-jayaan daripada setiap peluang baru yang dibawa oleh pasaran masa kini. merenung kembaLi ….Ulangtahun kami membawa peluang untuk kita berhenti sejenak dan merenung kembali sejarah perjalanan kami. Sesiapa yang mengetahui sejarah perkembangan Lisman Forklifts akan menyedari bahawa pasaran

dan syarikat kami telah banyak mengalami perubahan. Namun begitu, nilai-nilai asas kami, keboleh percayaan dan julan borong ekslusif dengan tumpuan terhadap bahan - bahan asas yang digunakan, kekal tidak berubah dan akan terus berkekalan di masa hadapan. memandang kehadaPan….Lisman akan terus membina kecemerlangan di atas kejayaan yang sedia ada. Dengan bangganya kami ingin mengumumkan bahawa kami telah membuka cawangan di Malaysia : Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd. Sebagai sebahagian daripada Lisman Forklifts BV, Lisman Asia akan tertumpu kepada perniagaan di pasaran Asia Tenggara sebagaimana kami beroperasi di IJsselstein. Anda boleh terus mengikuti perkembangan di Malaysia menerusi edisi ke-14 Lisman News. Kami akan terus melakukan perubahan dan penambahbaikan demi menjadi pakar jentolak terbaik untuk anda. Sama ada anda menjual atau membeli, kami bersedia melakukan yang terbaik untuk anda dan memenuhi peranan kami sebagai rangkaian jualan borong yang unik dan ekslusif. Kami berharap untuk bertemu dengan anda di salah sebuah cawangan kami. Sama ada di Belanda atau di Malaysia kedatangan anda sentiasa dialu-alukan. Kami sentiasa mempunyai rangkaian bekalan yang luas untuk tatapan dan pilihan anda.

Kami berharap agar anda gembira menikmati edisi ini dan semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi.

Pihak pengurusanAnton dan Koen Lisman

taWaran istimeWa kami semPenasambutan uLangtahun Lisman!

jentoLak mainan Percumadengan setiap pembelian melebihi eur 4,500!

tawaran ulangtahun

peluang yang mungkin timbul. Meskipun nilai keuntungan agak berkurangan dalam arena pasaran yang lebih matang, Lisman telah berjaya mengekalkan statusnya sebagai pendahulu pasaran ini tanpa banyak cabaran. Yakni dua premis baru di tambah di Ijsselstein pada tahun 2005 dan 2009. Melalui dua tapak baru ini maka sejumlah 22,000m2 kapasiti simpanan tertutup untuk 1,600 jentera pelbagai model dan saiz telah diwujudkan.

menjangkaui 2011: merebut PeLuang - PeLuang baruDengan adanya kemudahan dan organisasi yang lengkap untuk mengekalkan keunggulan kami dalam pasaran, kami boleh menumpukan perhatian untuk merebut peluang-peluang baru. Lisman masih mengekalkan model perniagaan borong dan tidak menjual kepada pengguna akhir. Ini bererti kami mengekalkan kesetiaan pembekal jentolak : pembuat jentolak, para pengedar dan syarikat penyewa jentolak. Pelanggan – pelanggan setia kami termasuk syarikat jualan kecil-kecilan yang tidak berminat untuk menampung stok jualan yang banyak. Mereka bergantung kepada Lisman untuk bekalan rangkaian jentolak yang luas dan berkualiti tinggi yang sedia untuk dijual dan boleh diedarkan ke seluruh dunia dengan segera.

KUALA LUMPUR

KUANTAN

JOHORBAHRU

PULAUPINAUG

KOTABHARU

IPOH

MELAKA

rangkaian jentera jentoLak

dari saiz besar hingga kecil (muatan 500kg ke 60tan). Berkuasa bahan api (petrol/lPG dan disel) atau berkuasa elektrik. Semua jenama pilihan eropah dan Jepun serta jaminan kualiti lisman.

Lori gudang

Kesemua jenis trak atau lori gudang dari pelbagai jenis dan kegunaan.

jentoLak khusus untuk bentuk muka bumi kasar

Jentolak bertiang khusus ini sesuai digunakan dalam industri pembinaan dan juga sektor pertanian. Terdapat dalam pacuan 4 atau 2 roda.

jentera berLengan teLeskoPik

Terdapat dalam variasi berputar, teleskopik dan tegar. Sesuai untuk sebarang jenis muka bumi dan ada yang menjangkau capaian 5 hingga 25 meter. lengan pendek sesuai untuk pertanian dan yang panjang sesuai untuk industri.

jentera PLatform aPungan

Mempunyai capaian teleskopik, berkuasa elektrik, disel atau bahan api bio. Pacuan 2 atau 4 roda dan pemanduan 2 atau 4 roda.

jentera Lif gunting

Berupaya menanggung berat manusia berkuasa elektrik atau bahan api. Pacuan 2 atau 4 roda.

jentera PengendaLi kontena

Jentera bertiang dan boleh menyusun secara menegak, yang mampu mengalihkan kontena yang berisi penuh muatan.

jentera muatan sisi

Jentolak jenis ini boleh menampung beban di sisi jentera. Terdapat dalam jenis berkuasa lPG, disel dan elektrik juga dalam variasi dua hala dan empat hala dengan kepasiti muatan 1000 hingga 10.000 kg.

KAMi TelAh BerSediA : Setelah tempoh persedian yang rapi lisman forklifts Asia Sdn Bhd sudah bersedia untuk berurusniaga. Kami ingin memanfaatkan cawangan baru kami di Malaysia untuk mengukuhkan dan terus memantapkan pasaran kami di Timur.

Lokasi strategik Cawangan baru kami berdekatan dengan pelabuhan Klang di Ma-laysia dan mempunyai kemudahan pengangkutan kargo air dan udara yang sempurna. Ini bererti Lisman Asia mudah dikunjungi oleh anda sebagai pelanggan. Tidak kira samada dari jauh atau dekat, seandainya pesanan telah diterima penghantaran boleh disempurnakan dengan segera.

Lisman yang anda haraPkanPremis cawangan baru kami adalah seluas 5,000m2 yang meliputi kawasan pergudangan jentolak yang luas, di mana 300 jentera terpakai yang berkualiti tinggi menanti anda. Apa yang anda harapkan dari kami di Ijsselstein anda masih akan terus nikmati di Lisman Asia: pilihan pelbagai jentera yang sedia untuk dijual menanti. Selain rangkaian jentera kami, anda pasti dapat men-

genal DNA syarikat Lisman iaitu jentera terpakai berkualiti tinggi, jualan borong ekslusif yang telus dan berkualiti. Lisman Asia akan dikendalikan oleh Marcel Jansen sebagai pengarah urusan.

kunjungi kami!Anda ingin lebih mengenali Lisman Asia? Ketahui sendiri kelebi-han cawangan baru ini dengan melawat kami. Kedatangan anda sangat dialu-alukan! Lisman Asia terletak berhampiran restoran makanan laut ‘Coconut Flower’ yang terkenal di Selangor.

Butir-butir Lisman Asia: lisman forklifts Asia SdN BhdLot 8945, Jalan Telok Gong, Telok Gong42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaAtau layari www.lismanasia.com

tetap dan juga menubuhkan rangkaian jualan yang mampu berhubung dengan pelanggan di seluruh dunia. Lisman telah memilih untuk hanya menyasarkan peniaga jentolak. Meskipun begitu jentolak yang dijual perlu disertakan dengan perkhidmatan lepas jualan. Dengan ini maka Lisman telah menambah kakitangan teknikal dan juga membina keperluan logistik untuk menampung perkembangan ini.

1980an dan 90an: Perkembangan yang PesatPelaburan - pelaburan ini telah mula membuahkan hasil. Lisman telah mula untuk dikenali sebagai syarikat jualbeli borong yang unggul untuk jentolak terpakai. Nilai jualan mula meningkat bukan sahaja dari Belanda tetapi juga dari pasaran antarabangsa. Jos dan Anthon telah melabur semula keuntungan mereka dalam syarikat dan pembelian jentolak yang berterusan

Kesan daripada perkembangan ini sangat ketara, Lisman Forklifts menikmati pertumbuhan yang pesat dan berterusan. Hasilnya juga asas kewangan yang kukuh telah terbina yang masih mendokong aspirasi syarikat sehingga kini. Tapak syarikat di Utrecht dikosong-kan pada tahun 1987, dan premis baru telah dibeli di IJsselstein .Premis baru ini lebih luas sesuai dengan cita-cita syarikat untuk terus berkembang. Kemampuan penyimpanan meningkat begitu juga dengan variasi seperti lori pergudangan, jentolak pelbagai bentuk muka bumi dan pengendali teleskopik. Selepas perpindahan tapak ke IJsselstein, Gert Versteeg menyertai pihak pengurusan dan menerima mandat untuk menanam dan meningkatkan tahap profesionalisme di dalam syarikat. Di bawah kepimpinan Jos, Anton dan Gert syarikat Lisman terus berkembang maju.

2000-2010 Penyusunan semuLaSetelah satu tempoh perkembangan pesat yang berterusan tibalah masa untuk penyusunan semula. Pada awal abad yang baru telah terbukti bahawa pasaran semakin matang. Melalui perkembangan internet dan arus globalisasi, perniagaan kami semakin telus dan bersifat homogenus. Tibalah juga masa untuk generasi pelapis Lisman untuk mengambil alih pucuk pimpinan syarikat. Koen, anak Jos mengambil alih tugas ayahnya pada tahun 2004. Sejak itu beliau dan bapa saudaranya Anton telah bertanggung-jawab penuh ke atas pentadbiran Lisman Forklifts. Gert Versteeg bersara pada tahun 2009. Pengurus baru, Bob Backers, kini men-gendalikan kesemua urusan bukan jualan syarikat. Dalam tempoh sepuluh tahun yang terdekat ini, banyak tumpuan telah diberikan untuk memantapkan operasi perniagaan dan menjadikan syarikat Lisman lebih tangkas agar mudah mengambil kesempatan ke atas

Lisman asia

Dunia pasaran jentolak semakin berubah dan juga menerima tem-pias dari krisis kewangan 2009. Pasaran Eropah boleh dikatakan sudah tepu dan pasaran baru sedang dibuka di tempat-tempat lain seluruh dunia. Justeru itu Lisman sedang bekerja keras untuk berkembang di Asia dengan cawangan barunya di Malaysia. Maklumat tentang cawangan baru ini turut kami sertakan dalam edisi Lisman News ini. Lisman Asia menandakan pelaburan untuk masa depan. Kami telah mendahului pasaran ini untuk 45 tahun. Meskipun kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat antarabangsa namun prinsip kami tetap tidak berubah: bekerja dengan telus dan bertanggungjawab, mengekalkan hubungan yang baik dengan para pelanggan, pembekal dan pekerja. Inilah rahsia kesinambungan kami!

Lisman forkLifts sejarah 45 tahun

Ulangtahun ke-45 kami adalah peluang untuk berhenti seketika dan merenung kembali sejarah dan juga untuk memandang ke hadapan dan menilai masa depan kami di lisman forklift Trucks. Berdasarkan sejarah, sebenarnya terdapat beberapa fasa perkembangan perniagaan keluarga kami ini.

“Telus dan bertanggungjawab,

mengekalkan hubungan yang baik dengan

para pelanggan, pembekal dan pekerja.

Inilah rahsia kesinambungan

kami!”

Jekerstraat di Utrecht

02

03

1967: PenubuhanAnton Lisman Snr. Merupakan seorang individu berlatar

belakangkan industri pembinaan dan telah lama bekerja sebagai kontraktor pembinaan. Beliau juga memiliki naluri perniagaan yang baik lantas mula untuk berniaga dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau diberi peluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa jentera jentolak. Apabila beliau menyedari bahawa jualan jentolak ini menguntungkan, beliau bertekad untuk memulakan perniagaan jentolak dan dengan itu

maka lahirlah Lisman Forklifts pada tahun 1967.

1970-an: kePutusanAnton Lisman Sr. telahpun berda di usia senja kehidupan

profesional beliau ketika Lisman Forklifts diasaskan di Utrecht jadi dari awal beliau telah melibatkan anaknya Anton Jr dalam perniagaan baru beliau ini. Anton Lisman Jr. masih merupakan sebahagian daripada anggota pihak pengurusan sehingga kini. Melalui penglibatan awal beliau, perniagaan Lisman terus berkembang dan pekerja-pekerja pertama telah digaji. Antara yang terawal berkhidmat bersama Lisman ialah mekanik Ad de Rooij yang berkhidmat dengan Lisman untuk tempoh lebih dari 40 tahun sehingga pesaraan beliau baru-baru ini. Juga diantara kakitangan terawal Lisman Dries van Dieren, yang masih bekerja dengan syarikat setelah 43tahun.

Perniagaan Lisman terus berkembang dan Anton Jr telah bergan-dingan dengan abang beliau Jos pada tahun 1972. Kini Lisman benar-benar merupakan sebuah perniagaan keluarga. Hubungan yang erat di antara Jos dan Anton Lisman Jr merupakan asas kepada perkembangan Lisman yang berterusan Pada peringkat ini nama syarikat sudah mencerminkan industri Lisman dan kepen-tingan syarikat itu. Walau bagaimanpun terdapat beberapa lagi keputusan penting yang harus diambil. Apakah peranan Lisman dan bagaimanakah ia boleh memberikan nilai yang terbaik? Setelah beberapa tahun Lisman telah bernekad untuk bertumpu kapada perniagaan jualan borong secara ekslusif. Keputusan ini diambil kerana kebanyakan pengedar jentolak merupakan pemilik angkatan jentolak dan terdapat peluang niaga untuk syarikat jualbeli borong berkecuali yang mampu membeli jentera terpakai dan menjual jentara ini kepada pihak ketiga. Peranan sebagai sya-rikat jualan borong bermakna Lisman terpaksa membuat pelaburan yang besar dalam membeli jentera dan membina ruang simpanan

Lisman membuka cawangan baru diMaleisië:

Marcel Jansen