småles - smales.com.my · kini tersedia ada! tebus semula botol air småles dengan $4 dållar...

12
02 småles Musim Panas 2017 perihal småles Minyak kita semakin berkurangan! Nasib baik ada planet isi semula minyak betul-betul di hadapan… Aah… Jadi inilah minyak pelangi yang terkenal di alam semesta! Baunya agak pelik je… Wow. Sejauh mana minyak ini boleh menjadi “mesra eko” dan “organik”? Wow. Sejauh mana minyak ini boleh menjadi “mesra eko” dan “organik”? Mari saya bawa anda ke kilang penapisan minyak kami. Kami sangat berbesar hati! Selamat datang ke planet isi semula minyak!

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

02©

In

ter

IKEA

Sys

tem

s B

.V.

20

16

M

CI

(P)

00

4/

02

/2

01

6

Iss

ue

No.

01

/2

01

6

småle matters

Spring 2016

smålessmåles

Musim Panas 2017

perihal smålesMinyak kita semakin berkurangan! Nasib baik ada planet isi semula

minyak betul-betul di hadapan…

Aah… Jadi inilah minyak pelangi yang terkenal di alam semesta! Baunya agak pelik je…

Wow. Sejauh mana minyak ini boleh menjadi “mesra eko” dan “organik”?Wow. Sejauh mana minyak ini boleh menjadi “mesra eko” dan “organik”?

Mari saya bawa anda ke kilang penapisan minyak kami.

Kami sangat berbesar hati!

Selamat datang ke planet isi semula minyak!

Page 2: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

02 03

Kata alu-aluan daripada Sara

Botol air småles

Pertandingan MelukisMainan Lembut

Lukis Sang Rakan

Gegantung bintang

03 Permainan14

Kehidupan di angkasa lepas17

Sistem suria10

Cari perbezaan12

04Pengembaraan ke angkasa lepas merentas masa

16

Conteng-conteng21

Sayangi tugas anda18

Peti masuk @ småles22

Komik24

05

06

07

08 Tenaga suria

Kandungan Hej småles!

Pada suatu malam sedang kami berbaring-baring di bawah bintang-bintang yang berkerdipan di langit, kami tertanya-tanya apakah yang terbentang

luas menjangkau ke luar Småland. Kami terbaca tentang sistem suria kami dan ingin berkongsi tentangnya bersama-sama adik-adik

pada muka surat 10 dan 11.

Alangkah seronoknya jika kita berpeluang untuk mengembara ke angkasa lepas dan melihat planet-planet tersebut dengan mata kepala kita sendiri? Kami ingin jadi yang pertama dari Småland untuk mengembara ke angkasa lepas, sebagaimana haiwan pertama yang berpeluang mengelilingi Dunia!

Adik-adik boleh membaca tentangnya pada muka surat 16. Kami juga memperoleh maklumat tentang kehidupan di angkasa lepas yang agak

berbeza dengan kehidupan di Dunia pada muka surat 17.

Sejak akhir-akhir ini cuaca agak panas di sini, di Småland. Adakah adik-adik tahu yang sebenarnya kita menggunakan tenaga Matahari untuk menjana

elektrik? Kita akan berbincang tentang tenaga suria pada muka surat 8 dan 9.

Kami harap cuti sekolah adik-adik hebat sekali. Menjangkau alam semesta yang tiada batasanya.

Dengan Pelukan Mesra Bug, Sara

Content Page

Penerbit: Ikano Handel Sdn Bhd No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, SelangorDicetak oleh: Percetakan Zanders Sdn Bhd No 16, Jalan BK 1/11, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Page 3: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

Kini tersedia ada!Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini!

04

Mainan Lembut

MelukisPertandingan

Baru-baru ini kami telah mengadakan Pertandingan Melukis Mainan Lembut Ke-3 kami di mana kanak-kanak dari seluruh dunia berpeluang mereka bentuk mainan lembut edisi terhad istimewa! Di bawah tersenarai 10 pemenang global:

Emiriah Arab Bersatu

Singa berbulu

Rusia

Toucan

Poland

Labah-labah riang

Amerika Syarikat

Awan pelangi

Australia Licik

Korea

landak kecil unguRaksasa/naga/

German

Buaya

Bulgaria Anjing unikorn Austria

Burung biru

Jepun Burung hantu berbentuk telur

Soft Toy DrawingCompetition

05

Bawa surat khabar ke Bug House untuk bubur kertas Sara dan adik-adik akan Dapat 2× kredit hijau.*Minimum 5kg surat khabar.

Sekarang hingga 30 Jun 2017

Page 4: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

LukisSeorang rakan ahli småles, Megan Lim Yi Xin, dari Singapura memperkenalkan kami kepada satu rakan baharu bernama Blurp! Dia menghantar kami sebuah lukisan menarik, malah memberitahu kami lebih lanjut tentangnya. Terus membaca untuk mengetahui selebihnya.

Nama: Blurp

Jantina: Jantan

Ciri-ciri:Bulu berwarna pelangi Enam sesungut(untuk mencengkam kumbang berbahaya) Berbau bagai bunga kekwa

Makanan kegemaran:Kumbang berbahaya(cth. lalat perompak, nyamuk, pepijat, dll)Dilecek dengan tomato

Adakah adik-adik mempunyai rakan yang ingin adik-adik perkenalkan kepada kami? Lukiskan ia dan terangkan ciri-cirinya! Hantarkan lukisan adik-adik selewat-lewatnya pada 30 Jun 2017 dengan nama, nombor pasport Smålish ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. 2 pemenang bertuah setiap seorang bakal memenangi satu kusyen LATTJO!

Sang Rakan

06

1. Lukis bintang di atas kertas kilau.

2. Dapatkan ibu atau ayah untuk bantu adik-adik memotong bintang itu.

3. Lakukan ini sebanyak bintang yang adik-adik inginkan!

4. Sebaik sahaja adik-adik telah memotong bintang adik-adik, gunakan pengetik lubang, buat dua lubang di atas bintang di sudut atas kiri dan kanan bintang.

5. Letakkan bintang adik-adik dan masukkan tali pada bintang itu. Adik-adik mungkin ingin memasukkan benang pada bahagian hadapan, ke belakang dan pada lubang yang satu lagi agar tali tersembunyi pada belakang bintang.

6. Sebelum adik-adik memotong tali selepas memasukkan benang pada bintang itu, pastikan ada baki tali yang mencukupi pada setiap sisi agar adik-adik dapat menggantung bintang adik-adik!

7. Sekarang, apa yang adik-adik perlu adalah dapatkan bantuan ibu atau ayah untuk menggantungkan gegantung bintang adik yang cantik itu.

Arahan:Bahan-bahan:• Kertas kilau• Tali• Pengetik lubang• Gunting• Klip kertas

Gegantung BintangMalam yang penuh bintang-bintang.

Penuhi bilik adik-adik dengangegantung bintang yang

berkerlipan ini.

07

Page 5: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

TenagaSuria

Tenaga suria merujuk kepada tenaga yang dikeluarkan oleh Matahari. Matahari mengeluarkan tenaga yang penting untuk membantu kehidupan di dunia! Ia sangat besar dan berkuasa yang mana tenaga yang kita terima dalam masa satu jam adalah lebih daripada apa yang digunakan dalam tempoh satu tahun oleh setiap orang di Bumi.

Apakah tenaga suria?

Terdapat banyak kegunaan untuk tenaga suria. Malah, kita mungkin sedang menggunakannya sekarang! Sebagai contoh, apabila kita mengeringkan basuhan kita, kita sedang menggunakan tenaga suria untuk melakukannya! Satu lagi penggunaan tenaga suria ialah untuk mendapatkan kuasa suria! Dengan teknologi moden seperti panel suria, kita berupaya mengubah tenaga suria menjadi kuasa suria. Kuasa suria terlibat dalam mengubah tenaga suria kepada elektrik yang membolehkan kita menerangi bilik-bilik kita, menonton televisyen dan lebih lagi! Menggunakan kuasa suria juga bantu mengurangkan bil elektrik kita.

Tenaga suria dalam kehidupan harian kita

Sumber utama tenaga adalah daripada bahan api fosil. Walau bagaimanapun, ia adalah sumber tenaga bukan boleh dibaharui. Ini bermakna yang kita tidak berupaya memperoleh tenaga daripada bahan api fosil sebaik sahaja kita telah gunakannya! Tambahan, apabila bahan api fosil dibakar untuk mengeluarkan tenaga, ia mengeluarkan gas berbahaya yang membawa kepada pemanasan global. Tidak seperti bahan api fosil, tenaga suria adalah sumber tenaga boleh dipercayai, boleh dibaharui dan bersih. Terdapat bekalan tenaga suria yang tidak terhad daripada Matahari dan ia juga tidak mengeluarkan sebarang bahan cemar. Tenaga suria juga adalah sumber tenaga yang percuma.

Kenapa tenaga suria?

08 09

Sumber: http://www.conserve-energy-future.com/disadvantages_fossilfuels.php/what-a-waste-of-good-food/

Sumber: http://www.conserve-energy-future.com/various-solar-energy-facts.php

Page 6: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

ZUHAL

UTARID BUMI

MUSYTARI

URANUS

MARIKH

ZUHRAH

Matahari merupakan bintang berwarna kuning bersaiz sederhana yang para saintis namakan Sol. Ia objek yang terbesar di sistem suria kita, mengandungi 99.8 peratus semua bahan-bahan di sistem suria. Ia juga mengeluarkan cahaya, haba dan tenaga yang membantu kehidupan di Bumi.

Utarid adalah planet paling dekat dengan Matahari dan terkecil di sistem suria kita. Suhu permukaannya boleh mencapai 450 darjah Celsius yang mana kira-kira empat kali ganda suhu air mendidih. Walau bagaimanapun, suhu pada malam hari jatuh kepada -170 darjah Celcius.

Bumi, di mana kita tinggal, ialah planet ketiga jauh jaraknya dari Matahari. Merupakan planet kelima terbesar di sistem suria, mempunyai satu bulan bernama Luna, dan berusia kira-kira 4.5 bilion tahun. Bumi juga satu-satu planet yang dihuni. Kira-kira tujuh puluh satu peratus daripada permukaan bumi dilitupi air.

Neptune, planet kelapan dan paling jauh dari Matahari. Berwarna biru dan suhu permukaan pada -214 darjah Celsius. Seperti Uranus, sebahagian besar daripadanya terbentuk daripada ais dan ketiadaan permukaan padu. Setahun di Neptune bagai 164 tahun Bumi lamanya.

Zuhrah adalah planet kedua jauhnya dari Matahari. Walaupun ia bukannya planet yang terdekat dengan Matahari, Zuhrah memerangkap haba menyebabkan ia menjadi planet paling panas di sistem suria. Suhu di Zuhrah boleh mencapai 465 darjah Celcius. Sehari di Zuhrah bagai 116 hari lamanya di Bumi.

Uranus adalah planet ketujuh jauhnya dari Matahari dan berwarna biru hijau. Sebahagian besar terbentuk daripada ais dan merupakan planet paling sejuk di sistem suria dengan suhu mencecah -224 darjah Celcius. Itu membuat ia kira-kira enam kali lebih sejuk berbanding musim sejuk di Kutub Utara!

Zuhal adalah planet keenam jauhnya dari Matahari dan merupakan planet kedua terbesar di sistem suria. Seperti Musytari, Zuhal juga terbentuk daripada gas dan cecair dan ia adalah planet teringan. Zuhal ada banyak gegelang mengelilinginya dan ia adalah planet paling jauh dari Bumi yang boleh dilihat dengan mata kita sendiri.

Ada dua bulan dan planet keempat jauh dari Matahari, itulah Marikh. Juga dinamakan “Planet Merah” kerana permukaannya berwarna merah. Memandangkan ia jauh dari Matahari, suhu purata di Marikh adalah kira-kira -60 darjah Celsius. Juga tempat terdapatnya gunung tertinggi, lembah terdalam dan terpanjang di sistem suria.

MATAHARI

SISTEM SURIA

Sistem suria kita terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun yang lalu. Sistem suria terdiri daripada Matahari dan objek yang mengeliling di sekelilingnya yang mana termasuk lapan planet, bulan dan lebih lagi! Terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem suria kita.

NEPTUNE

10 11

Planet kelima jauh dari Matahari, Musytari adalah planet yang terbesar di sistem suria. Ia sangat besar sehingga dikatakan boleh memuatkan 1,300 Bumi! Musytari ada empat bulan yang besar dan banyak bulan-bulan yang lebih kecil. Tidak seperti empat planet pertama, Musytari terbentuk kebanyakannya daripada gas dan cecair tanpa permukaan padu.

Sumber: http://www.kidsastronomy.com/solar_system.htm and http://www.space.com/56-our-solar-system-facts-formation-and-discovery.html

Page 7: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

12 13

Bolehkah adik-adik cari

Beritahu kami lokasi setiap perbezaan dengan membulatkannya.

perbezaan

Hantarkan jawapan adik-adik berserta nama, nombor pasport Smålish dan butir-butir yang boleh dihubungi ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 30 Jun 2017. 30 pemenang bertuah setiap seorang akan memenangi satu alas VITMOSSA.

Cari perbezaan?

Page 8: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

14 15

Sambungkan bintang di langit dan lihat apa yang terbentuk!

Permainan kataSusun semula perkataan

yang campur aduk ini!Klpaa sknagaaMbiu

Nawasakang

Lanub

Ilettas

IroeettM

JawapanKapal angkasa Bumi Angkasawan Bulan Satelit Meteorit

Page 9: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

“Itu merupakan satu langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi satu perubahan besar bagi manusia.”Pengembaraan ke angkasa lepas telah banyak melalui perubahan dan peningkatan. Mari kita lihat pada beberapa pencapaian yang diperoleh dalam pengembaraan ke angkasa lepas!

Nov1957

12 Apr1961

Yuri Gagarin, adalah manusia pertama mengelilingi Bumi.

4 Okt1957

Satelit buatan manusia pertama telah dilancarkan ke angkasa lepas.

Laika, seekor anjing angkasa yang menjadi haiwan pertama yang mengelilingi Bumi, malah sebelum kita, manusia!

20 Julai1969

Neil Armstrong dan Edwin Aldrin adalah manusia pertama berjalan di Bulan.

17 Ogos1970

Kapal angkasa pertama yang berjaya mendarat di planet lain, Zuhrah, serta menghantar balik maklumat kembali ke Bumi.

Nov1998 Tugas untuk membina Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa bermula.

Nov2000

Kru tetap pertama berpindah ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Pengembaraan ke Angkasa Lepas Merentas Masa Kehidupan

di AngkasaLepas

Kehidupan di angkasa lepas berbeza daripada kehidupan di Bumi. Latihan yang dijalani oleh angkasawan mengambil masa yang panjang serta mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa graviti.

Pada peringkat awal pengembaraan ke angkasa lepas, angkasawan hanya memakan makanan lembut yang dibungkus di dalam tiub seperti ubat gigi dan memicit keluar makanan tersebut ke dalam mulut mereka. Kini, angkasawan makan kebanyakannya makanan kering sejuk beku atau nyahhidrat. Mereka hanya memerah air ke dalam bungkusan makanan dan memakan selepas ia diserap air. Malah mereka boleh menggunakan air panas untuk membuat hidangan panas!

Makan:

Tanpa graviti, angkasawan akan terapung-apung di angkasa. Untuk mengelakkan mereka daripada terapung dan terlanggar perkakasan, angkasawan perlu mengikat diri mereka pada beg tidur.

Tidur:

Graviti bantu mengekalkan tulang dan otot kita dalam keadaan kuat! Dengan ketiadaan graviti di angkasa, adalah penting untuk angkasawan bersenam pada setiap hari untuk mengelakkan tulang dan otot daripada lemah.

Bersenam:

Graviti merupakan kuasa yang menarik semua ke bawah dan mengekalkan kita di atas tanah. Tanpa graviti, semua akan terapung di udara.

Definasi:

16 17Sumber: https://www.theguardian.com/science/2001/jan/06/spaceexploration.weekendmagazine2, https://www.nasa.gov/audience/forstudents/k-4/stories/nasa-knows/what-is-the-iss-k4.html, http://www.spacekids.co.uk/spacehistory/ and http://www.aerospace.org/education/stem-outreach/space-primer/a-brief-history-of-space-exploration/

Sumber: http://wonderopolis.org/wonder/what-do-astronauts-eat-in-space, http://www.livescience.com/32663-what-is-it-like-to-live-in-space.html and http://www.independent.co.uk/news/science/the-12-ways-your-body-changes-during-long-term-space-flight-according-to-nasa-a6773536.html

Page 10: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

Sayangi

Apakah tugas anda sebagai Pekerja Promosi Produk/Barangan?

Sebagai Pekerja Promosi Produk/Barangan, tugas saya adalah untuk memperagakan produk menerusi cara yang boleh menonjolkan ciri-ciri dan manfaatnya untuk menarik, melibatkan, serta memotivasi pelanggan agar membuat pembelian.

Bagaimana anda melalui hari kerja anda yang biasa?

Kami mulakan dengan membuat pusingan pagi; meletakkan produk kembali pada tempatnya dan memperkemaskan bahagian di mana kami ditugaskan sehingga tengahari. Selepas makan tengahari, sama ada kami akan merancang untuk sesebuah kempen atau membuat peragaan rangkaian di gedung.

Apakah sebab anda ingin menjadi Pekerja Promosi Produk/Barangan?

Saya memilih untuk menjadi Pekerja Promosi Produk/Barangan kerana saya gemar membeli-belah dan berkeinginan untuk melihat peragaan rangkaian yang menarik, lantas berupaya menggalakkan pembelian. Tambahan, saya seronok dengan penerokaan tugas amali dan bertugas dengan media yang berbeza-beza.

Apa yang anda sayang tentang tugas anda?

Keseronokan tercetus apabila melihat pelanggan mengambil dan membeli produk kerana mereka tertarik kepada peragaan rangkaian dan perincian yang telah kami lakukan.

Apakah perkara-perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa anda mereka bentuk sesebuah ruang?

Keperluan pelanggan, yang merupakan audien sasaran dan minat serta hobi mereka, dan bagaimana produk tersebut boleh diserlahkan bagi memperagakan manfaatnya.

Apa yang anda mesti ada semasa anda menjalankan tugas?

Saya suka mendengar radio semasa pusingan pagi kerana ia memberi saya semangat pada pagi hari. Musik genre kegemaran saya ialah synth-pop alternatif!

Dari mana anda mendapat inspirasi anda?

Inspirasi ada di mana-mana. Saya juga mendapat inspirasi dari laman sesawang reka bentuk.

Dalam keluaran terbaharu ini, kami menemu ramah Connie Tan yang telah bertugas sebagai Pekerja Promosi Produk/Barangan selama tiga tahun. Terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri dan tugas beliau!

tugas anda!

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

18 19

Adakah anda mereka bentuk kediaman/bilik anda sendiri? Bagaimana anda menjelaskan tentang gaya kediaman/bilik anda.

Ya, saya mereka bentuk bilik saya sendiri. Bilik saya lebih ke arah gaya ala Scandinavia yang mana kebanyakannya berwarna putih dengan sedikit sentuhan berwarna hijau dan kayu birch.

Apakah reka bentuk ruang kegemaran anda di IKEA dan mengapa?

Ia adalah Home 1. Saya sukakannya kerana ia sebuah apartmen studio dan saya lihat diri saya tinggal di situ pada masa akan datang. Juga, ia mengikut gaya ala Scandinavia Moden yang sangat saya suka.

Apa yang anda ingin sampaikan kepada ahli småles yang bercita-cita menjadi seorang Pekerja Promosi Produk/Barangan seperti anda bila mereka dewasa kelak?

Anggap mana-mana persekitaran sebagai inspirasi, lihat sekeliling, lebih kerap keluar untuk melihat bagaimana perniagaan lain dijalankan dan lebih peka terhadap tekstur, corak dan cetakan.

Home 1

Home 1

Page 11: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

PERMAINAN CARI PERKATAAN

CONTENG-

CONTENG:Lukis makhluk asing menggunakan bintang

2120

Cari perkataan yang berkaitan dengan angkasa.

BINTANGBULANBUMIKAPSULMARIKH

MUSYTARINEPTUNEORBITPENDARATROKET

M A R I K H K PU SL P A K E EO SE K D N N XT VR Y D U T FG NO

K Z R P Z A B UE A E E P Y R MT N A L U B O I

A T N I B

Page 12: småles - smales.com.my · Kini tersedia ada! Tebus semula botol air småles dengan $4 dållar Smålish di Bug House hari ini! 04 Mainan Lembut Melukis Pertandingan Baru-baru ini

Tema keluaran lepas:

Bugbug asyik bermain pada suatu hari sehingga mendapati Sara hilang! Apa yang terjadi pada Sara?

Cheah Jin Yee, 11 tahun

Cheong Ee Chern, 11 tahun

Tema keluaran lepas: Sejak akhir-akhir ini cuaca menjadi semakin hangat dan Sara dan Bugbug membuat smoothie kertas yang lazat untuk menyejukkan mereka. Bagaimana rupa smoothie kertas ini?

Kami sangat seronok menerima lukisan dan surat adik-adik – ia sangat menceriakan hari kami!Terima kasih atas kiriman lukisan dan surat adik-adik yang menarik! Kami meminta maafkerana tidak dapat memaparkan semua di sini memandangkan ruang yang terhad. LayariIKEA.my/smales/surat untuk melihat lukisan dan surat selebihnya!

Sara dan Bugbug sedang mendayung sampan menyusuri sungai dan mereka ternampak seekor ikan istimewa! Lukis bagaimana rupa ikan tersebut!Kongsikan lukisan adik-adik berserta nama, nombor pasport Smålish dan butir-butir hubungan [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-selewatnya pada 30 Jun 2017. 2 pemenang bertuah setiapseorang bakal memenangi satu sarung boneka LATTJO.

Hantarkan cerita adik-adik berserta nama, nombor pasport Smålish dan butir-butir ke [email protected] atau småles, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-selewatnya pada 30 Jun 2017. 2 pemenang bertuah setiap seorang bakal memenangi satu bekas surat DOKUMENT.

It was a beautiful day in Småland, all the flowers were dancing to the rhythm of the wind and Sara and Bugbug were playing a simple game of hide and seek!

Sara: I will hide, you will seek!

Bugbug: Sure, but do not hide too far!

While Bugbug counted, Sara chose a perfect hiding place. Inside the giant clog! "Probably Bugbug won't find me here" thought Sara. Bugbug looked under all the trees, inside the Bug House and behind the magical shroom but could not find Sara. Suddenly Bugbug heard a voice calling "Bugbug! Bugbug! Want to climb the spider web with me?" It was TORVA Carrot.

TORVA Carrot: Hey Bugbug, I am so happy to see you!

Bugbug: I have not been seeing you in a long time, where have you been?

TORVA Carrot: I went on a vacation with FABLER BJORN for one week, it was wonderful to go on a vacation!

Half an hour had passed, Bugbug and TORVA Carrot were still playing on the spider web. Sara was still hiding in the giant clog waiting for Bugbug to say "Sara come out! I can't find you!" But of course she heard nothing. Sara started sweating, she had already been in the clog for one hour and after three hours, Sara was drenched with sweat. It was getting dark, the sky was golden-brown. It seemed like Sara was the last person on earth. Sara started worrying about Bugbug. Was Bugbug lost? What if Bugbug was kidnapped or even worse, Bugbug was eaten by a gigantic monster! Sara wished she had never played hide and seek.

Meanwhile Bugbug said goodbye to TORVA Carrot, it had been a long day Bugbug wanted to go home.

Bugbug: Sara, I am home!

Of course, there was no answer.

Bugbug: Sara? Where are you? Wait, we were playing hide and seek and then Sara hid and I started looking for her.

Bugbug immediately rushed out to find Sara. Bugbug's thoughts flashed with concern. "I have looked everywhere, where is she?" thought Bugbug. Then Bugbug banged into something big. It was the Safety and Security Manager named Jusri. He was checking to see whether everyone had left the mall before closing (Remember who Jusri is? Read the previous Bug News Spring 2017, page 18).

Jusri: What can I do for you Bugbug? Why are you here in Småland so late?

Bugbug told everything to Jusri. Bugbug told about the time when the both of them played hide and seek, then how she was distracted and forgotten about Sara and why she was here now. Then Jusri said " Oh goodness me! She may not be in her hiding place now but the only thing we can do is..." Jusri let out a LOUD shout "SARA! BUGBUG CAN'T FIND YOU! COME OUT!" Shouted Jusri. Jusri could shout so loud because of all the years of shouting at thieves so that someone could catch the culprit. Sara immediately heard Jusri and came out of her hiding place.

Sara: Whew! Finally, I can come out. Bugbug, why did you take so long?

Bugbug: Sorry, TORVA Carrot invited me to play and I just... got carried away with playing.

Sara: BUGBUG! You know I hid there for hours and I was sweating like a pig!

Bugbug: Sara, in reality, pigs don't sweat you know.

Sara: Not funny. It's all your fault Bugbug.

Jusri: Hey, tell you what, arguing is of no use. We all make mistakes. Let's discuss what to do next time to prevent it from happening again.

Sara: I feel next time I should just come out of my hiding place if Bugbug takes too long.

Bugbug: I guess next time if anyone else asks me to play with them while I am finding Sara, I will not get carried away and instead call them to find the Sara along with me.

Jusri: What a good idea Bugbug! Invite the person to look with you!

So, Sara forgiven Bugbug and they went to have a nice plate of paper porridge for dinner. The End.

Ng Zhang En, 12 tahun

Hej Sara, I hope you like my story.

One day while Sara and Bugbug were walking home from school, Bugbug found a glittering stone and started to play with it. Sara thought that Bugbug was still with her and she happily walked home. Sara put down her bag and started to eat her lunch. While she was planning to make a treat for Bugbug, Bugbug finally stopped playing and looked around for Sara.

Bugbug: Sara, Sara, SARA where are you?

But no one answered. At home, the same thing was happening.

Sara: Bugbug, bugbug, BUGBUG where are you?

But no one answered. So Sara went to make waffles and thinking that Bugbug was playing a trick on her. After looking for Sara, Bugbug flew home with a heavy heart. Near their house there was a strong smell of waffles. Suddenly, Bugbug flew in.

Sara: Bugbug where were you?

Bugbug: You left me behind.

Sara: Never mind. Let’s eat some waffles.

Bugbug: Yay!

THE END

Cheong Ee Wern, 8 tahun

22 23

Winners’

DrawingLukisan

Pemenang-

pemenang

SuratPemenang-pemenang

Sara dan Bugbug sedang mengembara di dalam hutan yang indah dan mereka terdengar bunyi tapak kaki di belakang mereka. Apa yang terjadi selepas itu?