jenis tanda sempadanbahyudin.blogspot.com/2012/08/sempadan-6.html2014-10-07sempadan sesuatu lot itu...

Download jenis tanda sempadanbahyudin.blogspot.com/2012/08/sempadan-6.html2014-10-07Sempadan sesuatu lot itu terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang dianggap disambung oleh garis lurus bagi

If you can't read please download the document

Upload: hoangdiep

Post on 13-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

"Musuhmu yang terbesar , ialah nafsumu yang berada diantara dua lembungmu" : jenis tanda sempadan

"Musuhmu yang terbesar , ialah nafsumu yang berada diantara dua lembungmu"

Friday, 3 August 2012

jenis tanda sempadan

TANDA SEMPADAN

6.0 Pengenalan

Sempadan sesuatu lot itu terdiri daripada tanda-tandasempadan yang dianggap disambung oleh garis lurus bagi menentukan kedudukansetiap unit tanah dan juga keluasan yang dibendungnya.

Pemasangan tanda sempadan hendaklah dibuat dengan kemas didalam tanah dan bahagian atas hendaklahberada pada ketinggian tidak melebihilapan sentimetet di atas permukaan tanah .Pemasangan tanda sempadan di atas permukaan lain hendaklah dibuatdengan jelas dan kekal .

6.1 PenandaanSempadan

Setiap tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau semasaukuran dijalankan dengan mengunakan tanda-tanda sempadan yang ditetapkan olehjabatan. .Tanda sempadan hendaklah ditanan dengan kemas di dalam tanah danbahagian atasnya

berada pada ketenggiaan yang sesuai di atas permukaan tanah. Penandaan sempadan diatas permukaan keras seperti batu atau konkrit hendaklahdibuat dengan jelas secara kekal

6.2 Tanda sempadan baru

Tanda sempadan baruhendaklah ditanam seberapa hamper yang boleh dari kedudukan stesen terabas dan sewajarnya tidakmelebihi 300 meter berdasarkankepada koordinat yang ditetapkan dalam pelan pra hitungan atau dalam pelansurihan kerja luar .

6.3 Tandasempadan baru di atas garisan asal

Jika tanda sempadan baru perlu ditanam di atas garisan lama, memadai tanda sempadan tersebut ditanamberdasarkan kepada bering dalampelan pra hitungan atau koordinat asal (NDCDB) .

Had pembezaan bering baru yang dikira denganbering asal hendaklah tidakmelebihi 20 saat .

6.4 Jarakantara tanda sempadan

Tanda sempadan diatas garisan yang lurus hendaklahditanam pada selatidak melebihi 300 meterjika tanda -tanda tersebut salingnampak . Jika tidak saling nampaksela tidak melebihi 200 meter . dan Jarak minimum antara tanda sempadanadalah 0.1 meter.

6.5 Jenis -jenis tanda sempadan

Batu konkrit

Batu konkrit yang panjangnya 600 mm dengangaris pusat 75 mm dan menpunyai tanda tebuk bagi titik stesen.Bagi batu konkrit yang ditanam oleh JUPEMsatu pengenalan bertulis JUP dicetakdi bahagian atas permukaan batu

Rajah 6.5.1 Batu Konkrit

Bagi batu konkrityang ditanam oleh Jurukur TanahBerlesen permukaan atas tiadamenpunyai apa - apa pengenalan ,Batu bernombor hendaklahdibeli daripada JUPEM Negeri yang berkenaan

Tiang konkrit

Tiang konkrit bertetulangyang panjangnya 1200 mm hingga 1800 mm berbentuk selinder dengan garis pusattidak kurang 70 mmdan menpunyai tandatebuk bagi titik stesen

Rajah6.5.2 Tiang Konkrit

Batu granit

Batu granit berbentuk empat segi denganukuran 80 mm lebar , 120 mmpanjang dan 600 mm tinggi .Menpunyaitanda tebuk bagi titik stesen .

Rajah 6.5.3 Batugranit

Tanda atas batu

Ditandakan di atas permukaan batudengan cara menebuk lubang sebagai tanda stesendan satu pentunjuk anakpanah dipahat menghala ke lubang tersebut .

Rajah 6.5.4 Tanda Atas Batu

Paip besi

Paip besi

Paip besi panjangnya tidak kurang900 mm dengan bergaris pusat diantara25 mm hingga 50 mm

Sebaik baik disadur dengan logam yang tahan karat dan lubang paip dibahagian atas hendaklah ditutup sebaik baik dengan konkrit yangmenpunyai tanda bagi titik stesen

Jika keadaan tanah yangberpasir , berlumpur dan jugakeadaan yang berpaya .ia dibiarkan terkeluar6 inci daripada permukaan tanah

6.Pepaku besi

Paku yang panjangnyatidak kurang 55 mm dan bergaris pusat 8 mm.Kepala paku hendaklah bergaris pusat 15 mmdan menpunyai penutupbergarispusat 46mm serta menpunyai tanda pada titik stesen .

Rajah 6.5.6 :Pepaku Besi

6.6 Peralatan yangdigunakan untuk menanam batu konkrit baru

1.Total station

2.Dua Prisma dan kaki tiga

3.Rantai ukur atau pitaukur

4.Pancang jajaryang dilekatkan denganprisma

5.Piket kayudan tukul

6.Alat pengorek

6.7 Menanam Batu Baru atas garisan .

Terdapat dua cara menanam batu baru atas garisan iaitu :

Menanam batu baru atas garisan secara langsung

Untuk kerja kerjamenanam tanda sempadanyang mana kedudukan tandasempadan antara lot bersebelahan menpunyai nilai bering yang sama maka kaedahmenanam tanda sempadanatas garisan biasanyadipraktikan .

Cara ini mudah dancepat dilaksanakan .Dengancara ini alat tidak perlu dipindahkan setiaptanda sempadan yanghendak ditanam .

Jika tanda-tanda sempadan baru hendak ditanam diatas satu garisan, maka tanda-tanda tersebut hendaklah dibuktikan berada dalamsatu garisan. Jumlah jarak mestilah ditunjukkan di atas muka gambarajah apabilatanda baru ditanam di atas garisan asal. Jumlah jarak tidak perlu ditunjukkanapabila tanda baru ditanam di atas garisan baru.

Kaedah ini bolehdijalankan jika garisan sempadanlama dapat dicerap terusdari hujung ke hujung.

Menanam batu baru atas garisan secara tidak langsung

Kaedah ini dijalankan jika garisan sempadan lama tidak dapat dicerapsecara terus dari hujungke hujung , maka ukuran terabaspiket perlu dijalankan dari batu lama ke batu lama yang lain danbatu baru ditanam dari piket secara kiraan offset .

6.8 Proses kerja

1.Ukuran Tinjauan

Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untukmendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkanperancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendakdijalankan

2.Pemilihan Datum

Permilihan datum yang baik adalah berpandukankepada suatu garisan bering dan jarakyang diakui betul dan mengikut syarat syarat datum dangarisan ini akan menjadi garisanrujukan untuk suatupengukuran . Datum jugadigunakan untuk mencari koordinat tetap . Oleh itupermilihan datum yangbetul adalah sangat mustahak untuk memulakan sesuatukerja

Ciri ciri datum yangmencukupi ialah

Dua tanda ( batu sempadan ) yang bersebelahan dibuktikan betul dengan cara terabas dan hitungan dan cerapan azimut ( cerapan matahari ) supaya betul pada kedudukannya .

Tiga tanda ( batu sempadan ) dua daripada nya bersebelahan , dibuktikan betul oleh pengukuran sudut dan jarak atau dengan cara terabas dan hitungan .

3.Membuat terabaskelas pertama

Terabas kawalan adalah satugarisan penyambungan sebelum memulakan sesuatu kerja selepas pencarian datum. . Terabas mestilahmemenuhi syarat pengukuran terabaskelas pertama .Terabas hendaklahmerangkumi keseluruhan kawasanpengukuran .

4.Hitungan

Proses ini kami lakukan di pejabat bagi menyemak samada kerja ukurterabas yang telah kami jalankan mengikut kelas ukuran yang telah ditetapkandan mengira offset batu sempadan yangakan ditanam dan terabas kelas pertama yang telah dibuat

5.Menanam batu sempadan baru

oEDMdipasang distesen yang diketahui dan prisma dipasang sebagai bacaan beringbelakang. Bering belakang diset dan bukaanya adalah mengikut kepada pelanpra-hitungan yang dibekalkan

.

oJaraksecara kasar diambil dengan menggunakan pita ukur, jarak juga boleh diambildengan menganggarkan satu langkah bersamaan satu meter. Jarak yang diambil mestilah segaris dengan bering yang dibuka.

Garis dipastikan betul dengan memegang kayu dan cermin prisma dipegang diatas kayu tersebut untuk mendapatkan jarak

Apabila jarak yang diperolehi kurang daripada 0.100 m, maka lubang akan digali. Anggaran kasar yang digunakan ialah satu jangkal dianggarankan 0.200m.

oPrismadidirisiapkan dengan keadaan satu kakitiga ke belakang dan segaris dengan EDM.Dua belah lagi berada diatas. Ini adalah bagi memudahkan pelarasan jarak bagi menentukankedudukan yang tepat, lubang yang digali adalah berpandukan kepada titik yangdiperolehi.

Jarak akan dibaca sekali lagi dan arahan panjang pendek akan diberikan oleh juruukur. Contohnya jika jarak yang dikehendaki ialah 8.000m dan jarak yang dibaca ialah 7.900m, maka panjang 0.100m akan diarahkan.

Jika jarak yang dikehendaki melebihi sebanyak 0.015m, maka kekunci kakitiga dilaraskan samada naik atau turun bergantung pada arahan.

Manakala bagi jarak yang kurang daripada 0.015m pula pelarasan jarak hanyalah memerlukan pelarasan dengan mengerakkan tapak prisma samada kehadapan atau kebelakang bergantung pada arahan panjang pendek.

Arah garisan bering juga ditetapkan serentak semasa pengarasan jarak menggunakan tapak prisma . Arah ditentukan berpandukan arahan dari juruukur samada ke kiri atau ke kanan.

Sebelum sesuatu jarak yang tepat dibaca, gelembung udara juga mesti dilaras semasa dua proses diatas disiapkan.

Jarak maksimum dan minimum yang boleh diterima semasa pengukuran ialah 0.002m .Setelah kedudukan yang dikehendaki diperolehi, maka piket atau batu sempadan ditanam berpandukan silangan garis stadia yang dilihat melalui optical plummet.

6.9 Kesimpulan

Tanam batu merupakan salahsatu daripada kerja ukur hakmilik untuk menerbitkan lot yang baru iaitu pecahan dari lot lama. Kejituan dan ketepatan dalam pengukuran perludititikberatkan agar kesilapan semasa kerja-kerja pengukuran dapat dielakkan.

Posted by

bayudin

at11:48

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blog Archive

2012

(33)

August

(2)Mengapa Islam dituduh sebagai penganas !jenis tanda sempadan

July

(3)

June

(7)

May

(3)

March

(12)

January

(6)

2011

(4)

March

(2)

January

(2)

islam

islam

"Meraka (kaum yahudi dan Nasrani ) tidak sekali -kali akan menbahayakan kamu kecuali (Perasaaan dengan ejekan -ejekan dan tuduhan -tuduhan yang tidak berasas ) .Dan jika memerangi kamu ,meraka akan berpaling membelakang (Kalah dengan sehina -hinanya ) sesudah itu meraka tidak akan mencapai kemenangan " (Ali Imran :111)

"Sesungguhnya kamu (Bani Israel )akan membuat kerosakan di muka bumi dan kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar .Maka apabila datang saat hukuman kejahatan yang pertama dari kejahatan itu .Kami mendatangkan kepadamu hamba -hamba kami yang menpunyai kekuatan besar ,lalu meraka mencarimu keluar masuk kampung ke seluruh negeri .Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana "(QS.AL Israa'4-5 )

"Musuhmu yang terbesar , ialah nafsumu yang berada diantara dua lembungmu"

Followers

About Me

bayudin

View my complete profile

Blog Islam

BLOG ISLAM

BLOG ISLAM

Amazon SearchBox

Gratisan Musik

Watermark theme. Powered by Blogger.