jenis rang undang-undang

Upload: mzliah-mzlan

Post on 06-Jul-2015

2.104 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penerangan mengenai dua jenis rang undang-undang yang utama iaitu rang undang-undang awam dan rang undang-undang persendirian

TRANSCRIPT

Jenis undang-undang Terdapat 4 jenis rang undang-undang di Malaysia a. Undang-undang awam b. Undang-undang persendirian c. Undang-undang ahli persendirian d. Undang-undang hibrid

Undang-undang Awam Undang-undang awam adalah undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang perlembagaan yang membincangkan tentang hak individu dalam negeri dan juga undang-undang jenayah yang membincangkan tentang berbagai jenis jenayah oleh individu terhadap negeri. Contoh undang-undang awam ialah undang-undang jenayah dan undang-undang perlembagaan. Undang-undang awam 1. Perlembagaan 2. Jenayah 3. Pentadbiran 4. Industri 5. Sekular

Undang-undang Persendirian Undang-undang persendirian ialah undang- undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan hubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka. Undang-undang persendirian bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab. Contoh undang-undang persendirian ialah undang-undang kontrak dan juga undang-undang tort. Undang-undang persendirian 1. Sivil 2. Perkongsian 3. Harta Benda 4. Tort 5. Syarikat 6. Keluarga 7. Amanah 8. Komersil > Sewa beli, kontrak, agensi, jualan, insurans, perbankan