[dokumen ini belum disemak]kandungan jawapan-jawapan lisan bagi pertanyaan-pertanyaan (halaman 1)...

107

Upload: others

Post on 21-May-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud
Page 2: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud B.15 (Halaman 13) Maksud B.20 (Halaman 28) Maksud B.21 (Halaman 69) USUL: Anggaran Pembangunan 2004 Jawatankuasa:- Maksud P.15 (Halaman 13) Maksud P. 20 (Halaman 28) Maksud P.21 (Halaman 69) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28)

Dditerbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003

Page 3: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin

Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas)

“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P., S.M.J., P.I.S. (Bakri)

“ Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

“ Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

“ Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

“ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin

Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

Page 4: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

ii DR.7.10.2003

Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)

“ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, S.I.M.P., P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang)

“ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai)

“ Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin)

“ Menteri Pengangkutan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, P.J.N., D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

“ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A. (Titiwangsa)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N. (Taiping)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

“ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

“ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

“ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

Page 5: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

“ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

“ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, D.S.P.N., P.I.S. (Johor Bahru)

“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

“ Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

“ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)

“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

Page 6: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

iv DR.7.10.2003

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datin Paduka Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Ir. Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

“ Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

“ Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

“ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)

“ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N. (Sungai Benut)

“ kosong (Kangar)

“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof, (Kemaman)

“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C., D.P. (Kota Samarahan)

“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)

“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) “ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) “ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) “ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) “ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A.

(Hulu Langat) “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) “ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K.

(Kinabatangan) “ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah) “ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) “ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

Page 7: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 v

Yang Berhormat Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

“ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

“ Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

“ Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

“ Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

“ Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

“ Dato Goh Siow Huat (Rasah)

“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

“ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

“ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar)

“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

“ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

“ Dato’ Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) “ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) “ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

“ Dato’ Joseph Salang anak Gandum (Julau) “ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M., D.S.N.S. (Tumpat) “ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

“ Tuan Liew Teck Chan (Gaya)

“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

“ Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

“ Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

“ Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

“ Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

“ Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

“ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

“ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

“ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

Page 8: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

vi DR.7.10.2003

Yang Berhormat Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud)

“ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

“ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K., P.J.M. (Balik Pulau)

“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

“ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)

“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)

“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

“ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang)

“ Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

“ Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

“ Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

“ Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

“ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

“ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu)

“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

“ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang)

“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

“ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

" Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

Page 9: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 vii

Yang Berhormat Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

“ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

“ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

“ Tan Sri Dato’ Dr. Ting Chew Peh, P.S.M., D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

“ Dato’ Tiong Thai King (Lanang)

“ Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“ Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

“ Tuan Wilfred Madius Tangau, J.S.M., J.P., A.D.K. (Tuaran)

" Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

“ Tan Sri Hajah Zaleha binti Ismail, P.S.M., S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S., K.M.N. (Gombak)

“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk

Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N.

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Datuk Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, P.J.N.

“ Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

Page 10: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

viii DR.7.10.2003

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Ab. Talip bin Hasim Syed Azuddin bin Syed Othman Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah Mohd. Azir Sherliza Maya binti Talkah Mohd. Izhar bin Hashim Chong Lai Peng PETUGAS-PETUGAS UNIT CETAK Kamaroddin bin Mohd. Yusof Mohamed Shahrizan bin Sarif Alias bin Mohd. Nor

JURUBAHASA SERENTAK Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed BENTARA MESYUARAT Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Hindun binti Wahari Rozaimah binti Mohamad Ariffin Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Suhairi bin Othman

Page 11: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT

Selasa, 7 Oktober 2003 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) berapa jumlah hospital baru yang diluluskan dalam RMK-8; dan

(b) apakah perkembangan projek pembinaan hospital baru daerah Kluang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 10 buah hospital baru telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan iaitu Hospital Sareki, Kunak, Kuala Penyu, Pitas, Jempol, Cameron Highlands, Temerloh, Rompin, Jasin dan Hospital Pakar Likas ataupun nama barunya Sabah Medical Centre yang telah dibeli pada tahun 2003 dan kini sedang diubahsuai dan dinaik taraf dengan kos RM272 juta.

Sebanyak 11 buah hospital lagi masih dalam peringkat perancangan dan akan dimulakan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Hospital tersebut ialah Hospital Lawas, Nabawan, Sri Aman, Belaga, Pusat Rehabilitasi Cheras, Hospital Psikiatri Tampoi, Hospital Psikiatri Aman Jaya, Sungai Petani, Shah Alam, Kluang dan hospital wanita dan kanak-kanak.

Hospital baru Kluang masih dalam perancangan. Surat Niat ataupun Letter of Intend telah dikeluarkan kepada kontraktor yang telah dilantik oleh Perbendaharaan untuk memulakan perancangan awal dan penyediaan reka bentuk. Pihak kontraktor belum lagi mengemukakan perancangan mendalam serta kos projek untuk kelulusan kerajaan. Projek ini dijangka akan diluluskan pada tahun 2004 dan kerja-kerja binaan akan dapat dimulakan pada akhir tahun 2005.

Tuan Hoo Seong Chang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih sebab hospital baru Kluang ini memang disebut dalam perancangan dan kemungkinan besar akan mula pada hujung tahun 2004 ataupun awal tahun 2005. Selain daripada perancangan yang ada ini, saya ingin tahu kalau dapat Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memaklumkan kepada Dewan ini, kemudahan-kemudahan yang ada. Misalnya sama ada ia akan dilengkapkan satu pusat hemodialisis dan sebagainya, apa fasiliti ataupun kemudahan “basic” yang ada di hospital ini.

Saya ingin tahu lebih lanjut tentang pegawai-pegawai perubatan termasuklah doktor-doktor pakar. Saya lihat sekarang di hospital daerah Kluang ini tidak cukup doktor-doktor khususnya doktor pakar untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Saya ingin tahu apakah fasiliti yang ada dan bilangan doktor-doktor pakar ini sama ada juga diambil kira dalam perancangan untuk hospital baru di Kluang ini. Terima kasih.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, projek ini dijangka akan dimulakan pada akhir tahun 2005 dan akan dapat diselesaikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada masa itu mengikut jangkaan kementerian, saya rasa kita tidak akan menghadapi banyak masalah untuk mengisi pegawai-pegawai perubatan kerana pada masa itu jumlah pegawai perubatan ataupun graduan-graduan perubatan yang keluar dari universiti-universiti awam dan juga swasta daripada negara ini agak

Page 12: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

2 DR.7.10.2003

banyak dan begitu juga dengan bilangan pakar-pakar yang ada pada masa itu boleh menampung segala keperluan pada masa tersebut.

Berkaitan dengan pusat hemodialisis itu pula memang menjadi dasar kementerian dan juga dasar kerajaan bahawa setiap hospital itu dilengkapkan dengan pusat hemodialisis. Saya rasa pihak Yang Berhormat tidak perlu bimbang tentang perkara ini.

Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum daripada itu, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan terutamanya Pengarah Kesihatan Negeri Pahang kerana tiap-tiap bulan saya tengok dia melaporkan tiap-tiap projek di daerah saya dan di seluruh negeri Pahang. Saya harap kementerian-kementerian lain dapat mengarahkan pengarah-pengarah di peringkat negeri melaporkan setiap kemajuan projek-projek di kawasan Parlimen.

Sehubungan dengan ini, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan berkenaan kemajuan perkembangan pembangunan hospital di Cameron Highlands kerana hospital ini telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Keenam lagi hingga sekarang belum siap dan daripada laporan yang diterima saya dapati bahawa Kementerian Kesihatan pun - siling Rancangan Malaysia Kelapan pun sudah hendak habis. Saya bimbang hospital ini tergendala lagi sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan.

Masalah buat masa ini ialah masalah sakit puan, apabila hendak melahirkan anak, kena turun sampai ke Tapah. Tengah jalan corner banyak, akhirnya pesakit sudah melahirkan anak di tengah jalan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Yang Berhormat ada tengok?

Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Hah?

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Yang Berhormat ada tengok?

Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Tidak tengoklah. Tetapi saya dimaklumkan. Jadi, itulah saya harapkan supaya kalau ada kemudahan pakar sakit puan ini mestilah ada juga di Cameron Highlands. Terima kasih.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, bagi hospital Cameron Highlands sememang ianya berjalan seperti yang dijadualkan walaupun sedikit lewat. Mengikut maklumat yang ada pada saya, pembinaannya adalah pada kadar 41.25% berbanding dengan yang dijadualkan 44%. Ia tidak banyak lari daripada jadual dan akan dijangka siap dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Isu siling bajet itu tidak jadi masalah untuk menyiapkan projek tersebut. Terima kasih.

2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada projek jalan lingkaran luar Pulau Pinang akan tetap dilaksanakan walaupun ada bantahan keras rakyat, jika ya, sama ada syarat tidak ada tol dikenakan atas syarikat konsesi.

Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Luar Pulau Pinang merupakan satu daripada perancangan kerajaan untuk mengawal masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Ia juga dapat mewujudkan satu rangkaian jalan yang menghubungkan terus dari Jambatan Pulau Pinang ke bahagian utara Pulau Pinang tanpa melalui pusat bandar George Town yang pada ketika ini begitu sesak. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya ini dicadangkan akan dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah bina, kendali, pinda atau dengan izin BOT, ‘build, operate and transfer’ di mana pihak syarikat akan membiayai segala kos pembinaan.

Oleh itu syarikat konsesi dibenarkan mengutip tol bagi satu tempoh konsesi yang ditetapkan bagi memperoleh balik pelaburan modal yang telah dibuat oleh pihak

Page 13: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 3

syarikat termasuk membiayai kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya tersebut. Pelaksanaan projek ini masih dalam peringkat rundingan di antara kerajaan dan syarikat Peninsular Metro Works Sdn Bhd dan segala bantahan dan pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan sebelum keputusan muktamad dibuat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun kontraktor akan memberi kos untuk projek ini, saya telah minta Lembaga Lebuh Raya mengadakan satu audit atas kos dihantar oleh kontraktor. Kita mahu membelanjakan banyak wang akhirnya kos tol ditambah lagi. Saya mahu juga tol ini lebih munasabah juga boleh dibayar oleh orang dan boleh diterima oleh orang yang menggunakan jalan ini.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik jaminan Menteri dan arahan Menteri kepada Lembaga Lebuh Raya untuk audit kos binaan. Saya ingin tahu sama ada kementerian atau Menteri sendiri juga akan kaji satu isu yang sering dibangkitakan iaitu syarikat konsesi itu sudah pun mengikut perjanjian ataupun proposal ditawarkan enam bidang tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga mendapat hak untuk menebus guna tanah Prime Land di Persiaran Gurney yang akan dimajukan sebagai Mixed Development sememangnya akan membawa pulangan yang akan melebihi kos pelaburan untuk membina Penang Outer Ring Road ini sama ada Menteri akan mengarahkan LLM mengkaji faktor yang saya timbulkan ini. Sekian terima kasih.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, perkara ini tidak dibawa kepada saya setakat ini. Jadi, perkara ini menjadi satu perkara baru. Jika ada tanah kerajaan telah disediakan kepada mereka untuk dimajukan dan mereka boleh juga mendapat beberapa keuntungan oleh kerana kos tanah di Pulau Pinang pun yang paling tinggi. Saya akan meminta pihak Lebuh Raya Malaysia untuk mengambil kira apakah kos tanah yang telah disediakan kepada mereka dan apakah kos pembinaan jalan ini? Macam manakah kos ini boleh diturunkan? Jikalau kos ini boleh diturunkan, kita boleh juga menurunkan tol yang boleh diterima oleh rakyat. Saya akan menyiasat perkara ini. Ini saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Pemberian tanah dari kerajaan Pulau Pinang kepada konsesi yang ditawarkan untuk projek PORR ini adalah satu fakta dan benar. Sekiranya Yang Berhormat menimbangkan fakta ini, bolehkah Yang Berhormat juga menimbangkan supaya kerajaan negeri diberi saham atau diberi ekuiti dalam konsesi ini.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Konsesi Peninsula Metro seperti apa saya jelas tadi dan siapa yang akan memegang saham, saya beri sedikit butir berkenaan dengan siapa yang memegang saham. Pemegang saham adalah seperti berikut:

(i) Nadi Senandung Sdn. Bhd. – 55%;

(ii) Kumpulan Penang Holdings Sdn. Bhd. – 35%;

(iii) Setakap Berhad – 10%.

Syarikat tersebut tersenarai di Papan Kedua BSKL. Inilah ketiga-tiga syarikat yang ada hak dalam syarikat ini.

3. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur] minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, jenis-jenis dan jumlah bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan kepada golongan miskin dan adakah kementerian bercadang untuk menambah jumlah bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada individu atau keluarga miskin memandangkan “living cost” semakin meningkat dengan pembangunan negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua skim bantuan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Am Negeri. Jenis-jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Persekutuan ialah bantuan saraan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan orang tua, elaun pekerja cacat, bantuan alat tiruan sokongan, bantuan geran pelancaran dan geran pendidikan dan latihan kemahiran.

Page 14: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

4 DR.7.10.2003

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan ini adalah seragam di seluruh negara. Manakala jenis-jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Negeri pula ialah bantuan am bulanan kepada ibu tunggal dan tanggungan, tanggungan banduan atau orang tahanan, orang kurang upaya, warga tua dan pesakit melarat serta bantuan am sekali gus seperti bantuan sekolah, bantuan bencana alam, bantuan bagi kes terdampar dan sebagainya. Kadar bantuan ini adalah tidak seragam di antara negeri-negeri kerana ia bergantung kepada dasar kerajaan negeri masing-masing.

Buat masa ini kementerian saya tidak bercadang untuk menambah kadar bantuan yang diberikan kerana kadar bantuan yang diguna pakai kini baru sahaja dinaikkan pada Oktober 2001 dan kadarnya masih praktikal digunakan sama ada di bandar atau sebaliknya. Terima kasih.

Tuan Thong Fah Chong: Tuan Yang di-Pertua, menurut Jadual Kebajikan Masyarakat – “Seseorang yang ditakrifkan warga miskin dan daif diberi bantuan kewangan sebanyak RM100 seorang setiap bulan.” Bolehkah kementerian memberitahu Dewan ini, bilakah kali terakhir jumlah ini dikaji semula dan ditambah memandangkan RM100 ini tidak mencukupi untuk seseorang itu menikmati kualiti hidup normal. Berdasarkan perkembangan pesat ekonomi negara dan peningkatan kos hidup, jumlah ini tidak lagi mampu membeli keperluan hidup untuk satu bulan. Oleh itu, adakah kementerian akan mengkaji semula kadar bantuan yang diberi dan jika boleh meningkatkan bantuan kepada lebih RM100 sebulan.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, pembayaran ini adalah terpulang kepada negeri – Bantuan Am diberi kepada orang-orang yang daif di mana mereka akan kaji berapa ramai ahli keluarga. Jika ada anak-anak mereka yang bersekolah, kita beri bantuan kanak-kanak. Bantuan kanak-kanak adalah RM80 setiap orang dan jumlah besar yang dibayar adalah sebanyak RM350. Jadi, apabila pegawai yang melawat rumah itu membuat kajian atas berapa tanggung mereka dan pemberian itu diberi atas tanggungan yang sedia ada. Jika warga tua yang tidak ada sesiapa untuk membantunya, misalnya anak-anak, saudara mara ataupun anak atau saudara itu miskin dan tidak dapat membantu menyara ibu bapa, warga tua boleh dapat sebanyak RM135 tiap-tiap bulan.

Apa-apa bayaran yang diberi adalah satu bayaran yang mereka boleh menggunakan untuk menyara hidup mereka tetapi kalau hidup seorang diri di satu keluarga, umurnya bukan warga tua, dia tidak ada anak, hendak bantuan sara hidup kerana kemiskinan, apa yang diberi adalah bantuan negeri dan bantuan negeri berbeza antara negeri-negeri. Kita telah mengadakan satu mesyuarat di mana di majlis perundingan, kerajaan telah meminta supaya semua negeri menyeragamkan supaya semua boleh dapat peruntukan yang sama. Saya harap dengan adanya peruntukan yang sama, pembayaran itu bolehlah menjadi lebih lagi. Terima kasih.

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah pemutihan ataupun pembersihan dilakukan dalam bantuan kemiskinan bagi mengeluarkan daripada senarai, mereka yang tidak layak lagi mendapat bantuan kerana sudah bebas daripada kemiskinan. Adakah Yang Berhormat boleh memberi angka mereka yang bebas daripada kemiskinan dan perlu dikeluarkan juga daripada senarai mereka yang sebenarnya tidak layak untuk mendapat bantuan kemiskinan kerana diberi dengan sebab politik dan diberi dengan sebab penyelewengan JKK. Apakah hasil penyiasatan dilakukan terhadap penyelewengan ini.

Seterusnya apabila Kerajaan Negeri Terengganu yang menyedari bahawa walaupun di masa Terengganu mendapat royalti petroleum, kadar kemiskinan di Terengganu adalah kedua di Malaysia walaupun kedua kaya di Malaysia. Kita telah menambah bantuan kemiskinan kepada 100% dan selepas itu royalti dimansuhkan. Kerajaan telah menyalurkan bantuan melalui yang dinamakan Wang Ihsan, kemudian ditukar kepada Dana Khas. Apa ada pada pertukaran nama ini dan masih lagi berlaku beberapa penyelewengan di dalam penyaluran bantuan ini. Apakah tindakan kerajaan terhadap penyelewengan ini?

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita tidak kira siapa. Orang itu miskin, dia perlu bantuan, kita bagi bantuan. Kita tidak kira dia datang daripada PAS, DAP, UMNO, MIC kita tidak kira, siapa sahaja perlu bantuan, memang daif dan sangat perlu bantuan, kita bagi kerana Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan polisi masyarakat penyayang dan siapa perlu bantuan kita bantu mereka.

Page 15: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 5

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk Terengganu sahaja bagi tahun 2002 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan kanak-kanak sebanyak RM4,169,255 di antara yang terbesar sekali kalau dibandingkan dengan negeri-negeri seperti Kelantan, RM2.9 juta, bagi negeri Johor – RM1.8 juta, negeri Selangor – RM1.4 juta. Yang paling banyak sekali kita bagi negeri Terengganu. Kita tidak kira parti politik. Terima kasih.

4. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan:-

(a) berapa banyakkah telefon solar dibekalkan di seluruh negara, dan jumlah mengikut negeri. Apakah masalah dihadapi dan pemantauan yang dibuat supaya sentiasa berfungsi sepenuhnya; dan

(b) adakah teknologi baru selain dari wireless in the local loop (WILL) ditemui untuk melaksanakan telefon luar bandar. Bilakah seluruh Sarawak dan Sabah mendapat pancaran keseluruhannya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini Telekom Malaysia Berhad (TMB) telah membekalkan sebanyak 447 unit telefon solar di sembilan buah negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Telefon solar adalah telefon yang menggunakan kuasa suria dan biasanya digunakan untuk perkhidmatan telefon awam.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh TMB dalam penggunaan telefon tersebut ialah keupayaan sistem dan sumber kuasa elektrik dari tenaga suria yang bergantung kepada keadaan cuaca. Ketahanan punca elektrik tunggu sedia, dengan izin, stand by akan berkurangan pada hari mendung yang berterusan dan ianya lebih ketara pada musim tengkujuh. Bagi menentukan telefon solar berfungsi sepenuhnya, pihak TMB sentiasa membuat pemantauan mingguan terhadap sistem tersebut. Bagi telefon awam solar yang diguna dengan bayaran wang syiling ianya diperiksa semasa kutipan berkala dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada wireless in local loop atau WILL dengan izin, beberapa sistem lain juga digunakan bagi memberi kemudahan perkhidmatan telefon di luar bandar serta kawasan pedalaman. Antaranya ialah:

(a) Code Division Multiple Access (CDMA);

(b) Multiple Access Radio System (MARS);

(c) Very Small Aperture Terminal (VSAT); dan

(d) Single Channel Small Capacity Radio, dengan izin.

Bagi tahun 2002 dan 2003, sejumlah 34 set sistem CDMA telah dan akan dipasang di Sarawak dan Sabah. Ianya berupaya memberi perkhidmatan kepada kira-kira 50,000 pengguna di kawasan dua bandar. Manakala dalam perancangan 2004 hingga 2006, sebanyak 67 set sistem CDMA akan dipasang di Sabah dan Sarawak di mana ianya dapat menampung 43,000 pengguna di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Nombor satu, solar ini banyak masalahnya. Masalah mesti diatasi, macam mana kementerian hendak mengatasi masalah-masalah yang berbangkit kerana lumut lah sebab solar itu kena moisture. Solar ini mesti kena tempat dry.

Satu lagi masalah teknikal. Pegawai-pegawai collect duit kadang-kadang dia tidak regular sampai duit itu sudah penuh tabungnya, jadi tempat itu tidak boleh dipakai. Bila isi sepadat-padatnya sampai habis rosak.

Jadi, masa itu jugalah maintenance perlu dibuat. Jadi, persoalan saya macam mana kementerian boleh mengatasi masalah ini. Buatkan satu team di seluruh luar bandar supaya pengambilan atau mengumpulkan wang daripada public phone ini

Page 16: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

6 DR.7.10.2003

dibuat secara regular dan maintenance itu dibuat secara serentak, tak payah lihat sama ada rosak ataupun tidak. Kalau sudah rosak tidak boleh pakai lagi dah, supaya maintenance kita buat agar perkhidmatannya boleh diguna pakai sepanjang masa, dan mungkin juga telefon ini boleh lama lagi hidupnya daripada yang ada sekarang ini. Saya minta penjelasan.

Tuan Chia Kwang Chye: Terima kasih maklum balas yang diberi oleh Yang Berhormat. Kerajaan tidak menafikan memang ada masalah yang dihadapi dalam set solar ini. Selain dari cuaca, memang satu masalah lagi ialah berkenaan dengan maintenance. Daripada maklumat yang diberi oleh Yang Berhormat dari segi data-data yang boleh dianalisa, diharapkan bahawa satu perkhidmatan dan maintenance schedule yang lebih baik dapat dijalankan selepas kajian daripada masalah-masalah dan maklum balas serta data-data bulanan atau dari kutipan yang dapat dianalisis. Saya mengucapkan terima kasih atas maklum balas dari Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sudah empat kali bangun akhirnya saya berjaya. Soalan tambahan saya umpamanya telefon di kawasan luar bandar yang diswastakan, orang luar bandar semakin payah mendapat talian telefon. Ada kampung yang dekat sahaja “Okay sampai sini” kata dia. Di sini tidak boleh dapat telefon kerana talian tidak ada. Susah hendak dapat talian telefon. Saya tidak tahu dari segi susahkah hendak dapat line, ataupun telefon sudah tidak ada sumber kewangan yang menyebabkan mereka tidak boleh memasukkan telefon ke kawasan luar bandar. Ramai orang membuat surat memohon memasukkan telefon ke rumah tetapi tidak ada talian. Bila kata talian, belanja besar. Telefon ini dapat duit balik, bukan dia keluar dia rugi, tidak ada. Masuk telefon orang guna dia dapat hasil.

Saya hendak minta jaminan sedikit daripada menteri tentang pemasangan telefon di kawasan luar bandar ini sepatutnya mestilah – ini solar-solar pun tidak main lagilah. Kalau hujan memang lecehlah tidak dapat line, susah orang kampung pasal telefon ini. Yang diutamakan banyak dalam bandar.

Orang di kawasan luar bandar tidak dapat menikmati kemudahan telefon, jadi saya hendak minta jaminan menteri dalam tempoh Rancangan Malaysia ini supaya diselesaikanlah bekalan telefon ke kawasan luar bandar terutama di rumah-rumah supaya rakyat di kawasan luar bandar pun dapat menikmati kemudahan telefon ini, kerana lepas masuk talian pihak Telekom dapat hasil balik dengan penggunaan telefon ini. Agak-agak macam mana ini, okey atau tidak? [Ketawa] Yang Berhormat, sila berikan penjelasan.

Seorang Ahli: Okey!

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Selain daripada masalah talian telefon seperti yang dibangkitkan tadi, masalah lain ialah berkenaan dengan bekalan elektrik, oleh sebab itu jika tiada generator, solar digunakan dan memang sehingga kini teknologi solar dapat dipertingkatkan, jadi masalah dari segi cuaca dan lain-lain maintenance memang dihadapi.

Tetapi masalah di luar bandar sekarang bukanlah di seluruh negeri, bukanlah kapasiti, kapasiti memang ada dan kadang-kadang ada situasi apa yang dikatakan, dengan izin, mismatch di mana ada tempat yang banyak kapasiti tetapi waiters atau permintaan demand memang kurang. Ada di sesetengah tempat pula memang kapasiti sudah penuh dan ada permintaan, tetapi memang tidak boleh dilaksanakan.

Oleh sebab itu, kerajaan melalui Telekom Malaysia Berhad dan juga lain-lain Syarikat Telekom akan mengambil kira tempat-tempat yang tiada perkhidmatan dan dapat memberi perkhidmatan di semua kawasan kalau boleh, kerana kerajaan mempunyai satu skim yang dinyatakan perkhidmatan sejagat atau universal service provision di mana tempat atau kawasan ataupun komuniti yang tidak mempunyai talian telefon, kita boleh menggunakan tabung ini untuk melaksanakan projek-projek supaya rakyat di luar bandar dapat perkhidmatan talian. Sekian, terima kasih.

5. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelaburan Tabung Haji (TH) secara langsung atau tidak langsung di dalam sektor perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membersihkan Tabung Haji dari pelaburan dosa.

Page 17: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 7

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat, soalan yang berbau politik dan melibatkan Tabung Haji dengan pelaburan dosa ini.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Tabung Haji tidak pernah sama sekali membeli saham-saham yang bertentangan dengan hukum syarak, setiap pelaburan Tabung Haji adalah mengambil kira saham-saham yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Sekiranya perubahan aktiviti perniagaan syarikat-syarikat tersebut menyebabkan ia terkeluar dari senarai Majlis Penasihat Syariah, maka Tabung Haji terus mengambil tindakan menjual saham-saham tersebut berdasarkan panduan yang diberikan oleh Majlis Penasihat Syariah.

Sehingga 31 Ogos 2003, sejumlah 0.58% sahaja daripada jumlah pelaburan Tabung Haji telah menjalani perubahan aktiviti menyebabkan terkeluar dari senarai Majlis Penasihat Syariah dan Tabung Haji telah mengambil tindakan menjual saham-saham tersebut. Berlakunya perubahan aktiviti-aktiviti syarikat-syarikat tersebut adalah di luar kawalan Tabung Haji. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih jawapan yang diberikan, ini bukan politik, sebelum jawab dah tuduh kata politik. Jawapan pun jawapan politik. Tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kata bahawa Tabung Haji hanya ada 0.5% dan Tabung Haji telah bertindak katanya menjual. Sebelum Yang Berhormat menjawab tadi, saya check bahawa syarikat yang melibatkan pelaburan Tabung Haji dalam Time Offset Sendirian Berhad yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Baling, JV dengan Tabung Haji iaitu Time Publishing daripada Singapore sebanyak 70% dan Tabung Haji sebanyak 30% yang pernah didedahkan oleh Baling, mereka mencetak buku-buku diayah agama lain khususnya Kristian yang antaranya ialah yang bertajuk All About Jesus yang telah pun diakui oleh Yang Berhormat sendiri pada beberapa sidang yang lalu, dan mengatakan bahawa kerajaan hendak tarik balik, tetapi Yang Berhormat jawab tadi bahawa Tabung Haji masih punya pegangan sebanyak 30% dalam Time Offset Sendirian Berhad.

Satu lagi ialah berkaitan dengan Bukit Tinggi Resort iaitu pelaburan Tabung Haji melalui Pasdec. Walaupun diumumkan ditarik balik lesen perjudian yang juga menteri punya pegangan di dalam syer tersebut, saya pun hairan macam mana, satu. Yang keduanya, orang Islam boleh terlibat dan sebagainya, ini satu benda yang sangat memalukan.

Walaupun mungkin dari sudut pelesenan judi itu telah ditarik balik, tetapi Bukit Tinggi Resort masih beroperasi dengan melibatkan perkara-perkara umpamanya macam minuman keras dalam bar, dan juga restoran dan sebagainya. Saya kira tidak sepatutnya Tabung Haji melalui Pasdec masih lagi melibatkan walaupun 0.5% yang disebutkan tadi. Ini satu benda yang boleh menjejaskan, kita katakan keberkatan operasi wang orang ramai, orang Islam ini di dalam Tabung Haji. Saya minta penjelasan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, panjang soalan Yang Berhormat, macam berceramah di Tanjung Karang sahaja. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, saya pun mengambil masa, saya hendak terang, ini Presiden PAS pun ada supaya faham peranan Tabung Haji ini.

Yang pertamanya Yang Berhormat, saya nyatakan bahawa kita beli saham ini, iaitu saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Kita beli mula-mula saham ini, dia saham yang disenaraikan yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti seperti buku ini. [Sambil menunjukkan buku itu]

Setiap tahun dua kali iaitu pada 25 April dan juga pada 25 Oktober, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti akan keluarkan buku macam ini. Bila Tabung Haji dapat buku ini, kita akan semak. Kita semak yang kita beli bulan ini, bulan Oktober, bulan April lepas kita tengok, ada atau tidak senarai saham yang kita beli yang terkeluar daripada Syariah ini. Bila kita terlihat sudah terkeluar, kalau ada keuntungan kita terus jual, kita tidak ada tunggu lagi dah. Kalau didapati rugi, kiranya tengok hendak jual kita rugi tetapi Syariah kata sudah terkeluar daripada senarai, maka kalau mengikut panduan buku ini, kita boleh pegang. Kita pegang dahulu dan kita boleh ambil dividen. Bila sudah dapat dividen dan juga untung kita jual, kita terus jual.

Page 18: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

8 DR.7.10.2003

Kalau ada keuntungan daripada kaunter yang tidak mengikut Syariah ini, kita kena beri duit itu derma kepada badan-badan kebajikan, ini yang telah diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah.

Seperti yang telah saya nyatakan tadi, setakat ini saya hendak memberitahu Ahli Yang Berhormat bahawa memang ada 24 kaunter yang masih lagi baru disenaraikan terkeluar daripada Syariah kerana aktiviti-aktiviti syarikat tersebut bila kita beli, kita tidak boleh kawal, ini public listed company. Sebab itu kita sedang mengambil tindakan kepada 24 syarikat yang disenaraikan ini.

Baik. Mengenai Time Offset ini, kita sudah banyak kali bercakap dah Yang Berhormat. Saya mengakui bahawa saham milik Tabung Haji sebanyak 30% ekuiti dalam Time Offset Sendirian Berhad telah dijual selaras dengan nasihat Panel Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tabung Haji dan Time Publishing Limited, telah memeterai perjanjian jual beli saham pada bulan Mac 2003 dan penjualan saham telah disempurnakan pada bulan Jun 2003, oleh itu soal ini tidak lagi berbangkit.

Dahulu saya pernah menjawab sebelum bulan Jun, kita hendak jual tetapi kena tengoklah Yang Berhormat, nanti kalau rugi Yang Berhormat jadi isu juga dikatakan Tabung Haji tidak mengerti berniaga. Kita tengok dahulu jika untung kita jual dan ada orang yang sanggup membeli pada harga yang kita tetapkan.

Mengenai isu Pasdec Corporation, ini pun satu isu yang diberi ceramah oleh PAS di merata-rata, termasuklah di Kompas Tanjung Karang baru-baru ini.

Saya hendak memberitahu Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa Tabung Haji tiada membuat pelaburan secara langsung di dalam Pasdec Corporation Sendirian Berhad iaitu anak syarikat milik penuh Pasdec Holdings Sendirian Berhad, seperti yang dilaporkan oleh pihak akhbar parti pembangkang.

Walau bagaimanapun, Tabung Haji mempunyai pegangan saham sedia ada sebanyak 500,000 unit saham iaitu 0.28% ekuiti di dalam Pasdec Holdings Sendirian Berhad, syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Pasdec Corporation Sendirian Berhad pada 29 Mac 2002 telah memasuki perjanjian jualan saham bersyarat bagi cadangan menjual kesemua 61,171,875 saham biasa miliknya kepada RM1 setiap satu, jumlah ini mewakili 15.25% daripada modal saham diterbitkan dan berbayar di Bukit Tinggi Resort Berhad kepada Nostagia Kiara Sendirian Berhad dan Pasti Eksklusif Sendirian Berhad pada harga RM67 juta yang akan dibayar secara tunai.

Lembaga Pengarah Pasdec Holdings Berhad telah mengumumkan bahawa perjanjian jualan saham tersebut telah pun disempurnakan pada 27 Mei 2003. Oleh itu, Pasdec Holdings Berhad, mahupun anak syarikatnya Pasdec Corporation Sendirian Berhad tidak mempunyai apa-apa pegangan saham di dalam Bukit Tinggi Resort Berhad lagi. Syarikat Pasdec Holdings Berhad masih tersenarai sebagai sekuriti yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dalam senarai yang terkini yang dikeluarkan pada 25 April 2003. Oleh itu isu ini juga telah selesai.

Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji ini adalah merupakan satu institusi kewangan Islam yang terbesar di dalam negara kita, PAS pula, cogan katanya ‘Membangun Bersama Islam’, tetapi kalau macam ini perangai PAS, menjadikan Tabung Haji sebagai alat politik, menabur fitnah, memesongkan rakyat dan berkempen supaya rakyat keluarkan wang daripada simpanan Tabung Haji, akhirnya Tabung Haji akan lingkup, di mana cogan kata PAS ‘Membangun Dengan Islam’? Kalau ini caranya cakap tidak serupa bikin, ini bukan hendak membangun Islam, ini hendak menghancurkan Islam, ini Presiden PAS tolong beritahulah isu Tabung Haji, ini tanggungjawab bersama, jangan jadi isu politik, banyak isu lain lagi yang kita boleh gunakan. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, Setiausaha Parlimen, yang pertama saya hendak ucap tahniah apa pun orang cakap, pembangkang memang kerja dia, dia tidak akan membenarkan perkara yang benar, Tabung Haji saya tengok bila masa pembahagian dividen okey, tidak ada masalah, semua dapat faedah. Kemudahan orang pergi haji tidak ada masalah, semua okey, tidak adalah kecoh macam-macam hal – tidak ada, semua baik dan orang puji Tabung Haji.

Kalau hendak dicakap macam Pokok Sena, hendak menyiasat konon …

Seorang Ahli: Soalan.

Page 19: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 9

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Hah, ini hendak soallah, dia bercerita dahulu siap, hah, dia kalau tidak ada cerita tidak sedap.

Kalau hendak disiasat detail, gaji-gaji yang ada itu, pihak pembangkang PAS orang alim pun tidak boleh makan, kalau dia hendak detail wang daripada mana datang …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, apakah soalan tambahan?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: …soalan tambahan, macam mana pandangan Tabung Haji, tahun depan kita dapat dividen lebih lagi? [Ketawa] Biar kita tunjukkan kepada PAS. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa Tabung Haji ini ditubuhkan dua peranan, satu untuk menguruskan orang pergi haji, pengurusan pergi haji ini kita tidak boleh nafikan, kita yang terbaik di dunia, orang-orang dari negara Arab pun datang belajar dengan kita, bagaimana cara kita membuat pengurusan haji dan baru-baru ini kita lihat, kita turunkan tambang haji lagi bayaran orang menguruskan haji, kita turunkan 5% lagi. Jadi, pengurusan Tabung Haji memang tidak ada masalah.

Yang selalu jadi isu ini ialah pelaburan, ini cabang yang kedua, dalam kita berniaga ini, Datuk biasalah, mana ada orang berniaga sentiasa untung, kalau orang berniaga semua untung, semua Ahli Parlimen PAS pun tidak mahu jadi wakil rakyat, sebab berniaga ini ada untung dan ada rugi, tetapi di dalam kita membuat pelaburan Tabung Haji ini, kita buat berhati-hati, kerana bukan sahaja kita hendak memikirkan keuntungan yang boleh diberikan dividen kepada pendeposit, tetapi kita hendak pastikan bahawa pelaburan kita itu mengikut hukum-hukum syariah. Sebab itu kita ada, kita rujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, kalau tidak ada di dalam senarai Bursa Saham, kita akan merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Bank Islam ataupun Majlis Fatwa Kebangsaan.

Insya-Allah, kita akan pastikan pendeposit akan selamat dan mengenai dividen akan datang, saya tidak berani umumkan lagilah, kita kena mengkaji, kita tidak mahu jadi seperti orang PAS, dia benda yang belum berlaku dia sudah umumkan, hah, hendak tubuh negara Islam dah umum dah negara Islam, tetapi bila bercakap, Presiden cakap lain, Naib Presiden bercakap lain, jadi saya bukan perangai macam itu, kita akan tengok, kita akan kaji, kalau untung sama-sama kita dapat, kalau rugi kita kena terima hakikat, ini adalah adat berniaga. Terima kasih.

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah.

Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Berilah pada dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, cukup. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop.

6. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa banyak saman trafik yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia kepada rakyat Singapura dan negara lain yang tidak dapat diserah kepadanya sehingga kini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 345,923 saman trafik yang telah pun dikeluarkan kepada pesalah dari tahun 2000 sehingga 30 September 2003 yang masih belum dapat diserahkan kepada pesalah trafik negara luar. Daripada jumlah tersebut sebanyak 327,393 ataupun 94.6% adalah kesalahan yang dilakukan oleh warga Singapura. 15,487 ataupun 4.5% kesalahan dilakukan oleh warga Brunei, disusuli oleh warga Thailand dengan 2,470 ataupun 0.7% dan sejumlah 571 saman ataupun 0.2% dilakukan oleh warga Indonesia.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada angka-angka yang dimaklumkan, nampak banyak. Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak polis di mana saman-saman ini tidak dapat diserahkan? Adakah saman ini hasil daripada saman ekor dan adakah saman ekor ini masih diamalkan lagi? Terima kasih.

Page 20: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

10 DR.7.10.2003

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, saman yang dikatakan merangkumi semua jenis saman itu termasuklah saman-saman yang dipos kepada pesalah-pesalah di luar negara sama ada mereka menerimanya atau tidak, ia sukar dikesan. Buat masa ini kerana semangat ASEAN dan sebab-sebab lain, pihak polis sedang merancang satu sistem yang belum diimplementasikan lagi. Sistem ini dikenali sebagai Vehicle Searching System (VSS) dan melalui sistem VSS dan Traffic Intelligent Enforcement System (TIES), mekanisme ini kita bolehlah dapat mengesan pesalah-pesalah trafik dari negara-negara jiran khususnya dari Singapura.

Melalui sistem ini, bila sesuatu kesalahan dilakukan, dengan serta merta sistem ini akan mengesan kenderaan dan sebelum kenderaan itu keluar dari negara kita, kenderaan itu boleh diberhentikan dan pemandu akan diminta untuk membayar kompaun. Melalui sistem ini juga kita dapat memaparkan butir-butir kenderaan yang melakukan kesalahan berkenaan dan kita dapat mengurangkan lagi jumlah pesalah yang masih tidak membayar saman bagi kesalahan yang telah pun dilakukan di negara kita. Sekian.

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Masalah saman trafik yang tidak dibayar berpotensi merenggangkan perhubungan di antara masyarakat dan kita bimbang boleh merenggangkan perhubungan negara. Kalau dilihat di Miri umpamanya, dahulu orang Brunei datang ke Miri berduyun-duyun, sekarang orang Brunei berpindah ke Sabah. Khabarnya, saya sebagai Pengerusi Persatuan Bekas Polis Sarawak membuat satu penyelidikan mendapati salah satu daripada faktor ialah apabila banyak sangat orang-orang Brunei datang ke Miri melakukan kesalahan trafik dan apabila trafik mendapat desakan daripada pihak atasan mengatakan banyak saman tidak di serve ataupun tidak terlaksana, jadi polis trafik mengambil satu tindakan keras terhadap mana-mana sahaja kereta Brunei yang datang ke Miri. Jadi kalau ada Brunei datang ke Miri tidak kisah yang melakukan kesalahan dan tidak melakukan kesalahan.

Oleh kerana ini, ceritanya polis Miri ini tidak friendly dengan orang Brunei telah berlaku, jadi semua orang pergi ke Sabah. Ini tidak menjadi masalah tetapi persoalannya, macam mana Malaysia dan Brunei boleh mengatasi masalah supaya orang yang melakukan kesalahan itu diambil tindakan daripada kedua-dua pihak supaya masalah ini tidak berlaku sama ada di Brunei dengan Miri, Sarawak di Malaysia dan Thailand dengan kawasan Semenanjung di sini dan juga Singapura dengan kawasan Johor, atasi secara perhubungan departmental. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya jelaskan tadi, perhubungan di antara negara-negara di ASEAN ini memang satu pertalian yang cukup penting bagi Malaysia. Walaupun demikian, semua pesalah yang datang ke negara kita melakukan kesalahan tidak mengira dari negara mana pun harus diambil tindakan. Akan tetapi kadangkala perhubungan di antara negara-negara dalam ASEAN ini kemungkinan lebih penting daripada mengambil tindakan terhadap pesalah sahaja.

Oleh yang demikian, kita sekarang barulah hendak mengimplementasikan sistem yang saya katakan tadi – TIES dan juga VSS ini, mungkin kita boleh menyelesaikan masalah yang lebih rumit ini. Pada purata setiap hari rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura untuk bekerja, untuk melancong, tidak kurang daripada 26,300 buah kenderaan. Kenderaan kita masuk ke negara Thailand pun tidak kurang daripada 2,390 buah setiap hari.

Walaupun kita tidak mempunyai angka berapa jumlah kenderaan yang memasuki Malaysia setiap hari, tetapi angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa ada juga kenderaan kita yang memasuki negara Singapura dan Thailand melakukan kesalahan lalu lintas. Setakat ini kita tidak pernah lagi mendengar aduan daripada Kerajaan Singapura ataupun Thailand bahawa orang kita memasuki negara mereka ini melakukan kesalahan. Sekian, terima kasih.

7. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah kutipan hasil yang diperolehi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kelantan melalui cukai pendapatan perseorangan dan syarikat bagi tahun 2000, 2001 dan 2002 serta sejauh mana ‘Bahagian Siasatan Jenayah’ yang ditubuhkan oleh LHDN berjaya memburu individu atau syarikat yang cuba mengelak daripada membayar cukai pendapatan.

Page 21: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 11

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kutipan hasil yang diperolehi oleh LHDN Cawangan Kelantan melalui cukai pendapatan perseorangan dan syarikat bagi tahun 2000, 2001 dan 2002 adalah seperti berikut:-

Jenis Cukai Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002

Perseorangan RM36.4 juta (0.53%)

RM45.8 juta (0.55%)

RM55.3 juta (0.78%)

Syarikat RM20.8 juta (0.75%)

RM35.9 juta (0.11%)

RM58.8 juta (0.2%)

Sehingga September 2003, untuk tahun 2003, LHDN telah menyiasat 522 kes siasatan sivil. Bagaimanapun, untuk mengesankan lagi, mencegah dan menghalang pembayar cukai daripada melakukan kesalahan-kesalahan jenayah percukaian, Bahagian Siasatan Jenayah Lembaga Hasil Dalam Negeri baru ditubuhkan pada awal tahun 2003. Sehingga kini, Bahagian Siasatan Jenayah telah mengenal pasti 10 kes yang berpotensi jenayah dan kini sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi tujuan memperolehi bukti-bukti yang jelas untuk tindakan pendakwaan.

Fokus utama penyiasatan jenayah adalah terhadap pembayar cukai yang melakukan kesalahan, mengelakkan dan pelarian cukai yang berulang kali atau melakukan penipuan untuk pengurangan cukai, misalnya mengemukakan invois palsu atau tidak mengisytiharkan pendapatan yang sepatutnya. Sekian.

Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kita lihat bahawa rakyat Kelantan dan juga syarikat-syarikat di negeri Kelantan telah membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan hampir RM100 juta setahun. Saya mintalah perkara ini diambil berat kerana RTM terutama sekali menyiarkan seolah-olah rakyat Kelantan adalah suatu masyarakat asing di negara sendiri dan selalu menghina masyarakat Kelantan, sedangkan mereka juga berhak kerana membayar cukai yang sama.

Yang kedua, saya ingin mendapat penjelasan berhubung dengan Bahagian Siasatan Jenayah yang baru ditubuhkan oleh pihak kementerian, didapati pegawai-pegawainya dilatih di Bahagian Siasatan Jenayah di Amerika Syarikat ataupun JSJ dan disamakan bahagian ini dengan Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia dari segi tugas dan tanggungjawab. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah kuasa-kuasa yang diberi kepada mereka ini setelah mereka menyerbu, menangkap dan juga mendapati mereka yang bersalah ini untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah kuasa yang diberi kepada mereka ini dari segi perundangan?

Dato' Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih. Pegawai-pegawai di Bahagian Siasatan Jenayah Lembaga Hasil Dalam Negeri mesti dilatih melalui kursus sebab ini adalah sesuatu yang penting dan pegawai tidak boleh buat apa-apa kuasa, mereka mesti dilatih dahulu kerana ini adalah sesuatu yang sangat legal. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga kali dapat bangun. Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada sekarang, maknanya kurang bijak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berapa kali bangun?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya? Tiga. Terima kasihlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Lebih daripada tiga kali.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, Okey, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, ini pasal hantar surat income tax ke rumah-rumah. Saya ingat pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengkaji baliklah. Kadang-kadang ini mengaibkan orang. Kadang-kadang orang itu belum tentu bersalah, sudah masuk surat khabar macam orang tidak bayar cukai. Padahal bukan tidak bayar cukai. Tidak adakah jalan yang sebaik-baiknya untuk menyampaikan borang? Lantik budak penghantar surat ke setiap rumah. Tak apalah. Ini tidak, TV ambil, surat khabar ambil, ha si polan keluar dan muka pun besar, dia pun segan juga. Kalau kena muka kita pun,

Page 22: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

12 DR.7.10.2003

lagi kita malu. Jadi ubahlah cara menghantar saman. Teruk betul pada sayalah. Boleh? Saya pun tidak bantah kerajaan hendak hasil, tetapi cara penyampaian itu tidak betullah. Ini kadang-kadang TV3 pun datang, TV lain pun datang, masuk surat khabar – “Wah hebat betul nampaknya orang tidak bayar, padahal orang bayar pun banyak”. Jadi ubah sedikit, mintalah penghantar-penghantar saman inikah, mana orang tidak bayar, biar dia terima. Maknanya, dia terima juga. Jadi dikaji balik atau macam mana. Minta Timbalan Menteri, ini hari pun pakai baju merah, banyak cantiklah! Okeylah, Yang Berhormat.

[Dewan gamat dengan ketawa]

Dato' Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih. Memang kita pun bersetuju dengan apa Yang Berhormat kata. Kita sudah bawa perkara ini kepada pegawai-pegawai LHDN dan kita sudah mengarahkan LHDN, apa-apa hendak buat, mesti jaga sensitiviti seseorang, mesti prihatin sedikit. Apa yang dibuat jangan hendak beri orang tahu dia tidak bayar cukai. Pada masa sekarang, apa mereka buat adalah pergi ke sesebuah rumah sebab alamat silap. Semasa mereka menghantar notis - return to sender. Jadi jikalau ‘return to sender’ banyak kali, lain kali kita takut dia dikenakan denda atau sekali masuk tidak berbayar. Inilah sesuatu yang kita harap boleh tolong sesiapa yang tidak terima atau macam mana. Terima kasihlah. Ini memang kita prihatin.

8. Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan berapakah bilangan pekebun-pekebun kecil di tiap-tiap negeri di seluruh negara ini dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi memodenkan sektor ini untuk menghadapi cabaran pada masa depan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, terdapat seramai 567,906 orang pekebun kecil getah, kelapa sawit, kelapa, koko, lada hitam dan tembakau di seluruh negara di mana pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(i) Johor 119,760 orang;

(ii) Kedah 35,551 orang;

(iii) Kelantan 52,190 orang;

(iv) Melaka 16,909 orang;

(v) Negeri Sembilan 44,034 orang;

(vi) Pahang 71,393 orang;

(vii) Perak 78,353 orang;

(viii) Perlis 4,561 orang;

(ix) Pulau Pinang 5,159 orang;

(x) Selangor 35,547 orang;

(xi) Terengganu 31,420 orang;

(xii) Wilayah Persekutuan 5 orang;

(xiii) Sabah 37,432 orang; dan

(xiv) Sarawak 35,592 orang.

Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membantu sektor pekebun kecil adalah:-

(i) memberi bantuan kewangan sejumlah RM7,000 sehektar bagi pekebun kecil menanam semula getah ke getah secara berkelompok dan integrasi di bawah pengurusan secara estet supaya mempunyai sekala pengeluaran ekonomi bidangan, mempelbagaikan sumber pendapatan dan lebih berdaya saing. Di samping itu di bawah Bajet 2003 sektor korporat diberi galakan potongan cukai bagi pelaburan yang

Page 23: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 13

dibuat dan pengecualian cukai perkhidmatan untuk terlibat dalam penyatuan dan pengurusan kebun kecil, perkhidmatan pemulihan dan penyatuan tanah juga masih boleh diperolehi daripada FELCRA Berhad.

(ii) bagi program tanam semula getah ke lain-lain tidak lebih daripada 2.5 hektar dibantu secara geran pada kadar RM4,448 sehektar dan hendaklah dilaksanakan secara berkelompok. Manakala lebih daripada 2.5 hektar dibantu secara pinjaman dari pelbagai skim pinjaman kerajaan yang sedia ada;

(iii) menggalakkan penggunaan teknologi pengusahaan berproduktiviti tinggi dan jimat masa, contohnya sistem torehan kekerapan rendah;

(iv) menggalakkan pekebun-pekebun kecil terlibat dalam industri hiliran sama ada secara individu atau koperasi di dalam aktiviti membekalkan benih pokok dan untuk tanaman lanskap;

(v) kerajaan telah menubuhkan tabung bantuan pemulihan tanaman koko untuk menanam semula kebun koko yang tidak produktif; dan

(vi) menggalakkan pekebun kecil lada mengeluarkan lada yang berkualiti tinggi melalui skim pemilikan dan penyimpanan lada.

Untuk makluman Yang Berhormat, penduduk luar bandar perlu mengubah sikap supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan selama-lamanya. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan telah memberi pengertian baru terhadap konsep gerakan desa wawasan di mana gerakan daya wawasan akan dijadikan teras segala jenis bantuan yang akan dihulurkan. Terima kasih.

Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa sudah cukup.

[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2004

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2004

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2004 dan Anggaran Pembangunan 2004 dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B. 15 [Jadual] – Maksud P. 15 [Anggaran Pembangunan 2004] –

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih dalam Kementerian Luar Negeri. Kepala Bekalan B. 15 dan Kepala P.15 di bawah Kementerian Luar Negeri dibuka semula untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Marang.

Page 24: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

14 DR.7.10.2003

11.05 pagi.

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian B.15 Butiran 68 Akta Cip Pendidikan dan Butiran 010000 Perkhidmatan Sokongan. Yang pertama saya ingin menarik perhatian berlakunya pihak kedutaan-kedutaan kita di luar negara di mana tempat wujudnya pelajar-pelajar kita. Maka pihak Barisan Nasional yang memerintah sering kali menubuhkan kelab-kelab UMNO dan adalah tidak wajar pihak kedutaan yang merupakan pegawai-pegawai kerajaan dan diplomat dipaksa supaya melindungi kelab-kelab UMNO ini.

Dalam masa yang sama jentera kerajaan ini digunakan untuk menekan pelajar-pelajar yang tidak melibatkan diri dengan kelab UMNO sehingga ada di antara mereka yang menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam seperti yang berlaku di United Kingdom, bukan sahaja hadir di dalam majlis, singgah bersembahyang pun dilaporkan kepada pihak yang berkenaan di dalam negeri sehingga ibu bapa mereka dipanggil dan disoal dan berlakunya kekecohan beberapa bulan yang lalu. Hanya semalam yang saya mendapat maklumat adanya diplomat yang diturunkan pangkat semata-mata kerana diplomat ini menegur penubuhan kelab-kelab UMNO ini. Kalau UMNO boleh menubuhkan kelab maka parti lain juga boleh menubuhkan kelab.

Apa yang berlaku hanya UMNO sahaja diberi perlindungan, parti lain parti pembangkang tidak diberi perlindungan. Ada di kalangan mereka yang dipotong biasiswa dan dipotong pinjaman dan dilakukan pelbagai tekanan. Yang paling malang ialah peristiwa yang berlaku di Jordon di awal tahun dan di akhir tahun yang lalu, apabila saya melawat Jordon dan bertemu dengan pelajar-pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu. Selepas saya meninggalkan Jordon, dilaporkan berita dan disiarkan oleh media cetak dan elektronik dalam negara kita bahawa saya telah menghasut pelajar-pelajar Malaysia di Jordon sehingga berlakunya kekecohan dan fitnah yang dibuat oleh kelab UMNO di Jordon. Beberapa orang pelajar kita telah dipanggil oleh polis dan dibicarakan di mahkamah.

Pihak pemuda UMNO telah menghantar peguam-peguam untuk membela ahli-ahli kelab mereka dan pihak kedutaan telah campur tangan dan dapat meredakan keadaan. Yang malang, pegawai kedutaan telah ditukar serta-merta. Dalam masa yang sama - alhamdulillah - kesnya tidak ada. Pemimpin kelab UMNO yang berkenaan pulang balik ke Malaysia meninggalkan kes begitu sahaja. Ini sebagai contoh.

Saya ingin juga menarik perhatian Tuan Pengerusi, perkara yang berkait dengan peranan kedutaan kita di luar negara dan Kementerian Luar Negeri bukan sahaja mengadakan hubungan diplomatik, tetapi termasuklah memberi perlindungan kepada rakyat kita yang menjadi mangsa ataupun baru peringkat dituduh oleh pihak yang berkenaan di laur negara sebagai contoh yang berlaku di Pakistan.

Apabila beberapa orang pelajar dari negara ASEAN Indonesia dan termasuk Malaysia ditahan kerana tuduhan ada hubungan dengan pihak pengganas - baharu ada tuduhan - pihak Kementerian Luar Indonesia telah membantah Pakistan kerana menahan pelajar-pelajar mereka. Pegawai kedutaan mereka telah memberi perlindungan dan pembelaan yang begitu rupa. Tetapi malang bagi negara kita belum apa-apa media di negara kita telah menyiarkan berita-berita yang menekan keluarga mereka yang ada di sini, seolah-olah mereka telah bersalah. Baru di peringkat tuduhan. Di mana kita meletakkan maruah kita dan kaedah keadilan perundangan? Mengikut kaedah perundangan orang yang dituduh tidak bersalah, baru dituduh. Apa lagi pelajar-pelajar yang ditahan itu masih mentah hendak dikaitkan dengan kegiatan pengganas.

Saya juga ingin menarik perhatian media menyiarkan pemimpin kita membuat kenyataan seolah-olah kita sebuah negara demokrasi contoh, hendak mengajar Myanmar bagaimana hendak menghidupkan demokrasi. Sebelum kita hendak mengajar Myanmar hendak menghidupkan demokrasi, biarlah kita benar-benar menjadi pendukung demokrasi yang sebenarnya, yang tulen. Kita melihat demokrasi dalam negara kita ini masih terlalu banyak kecacatan dan berlakunya pembaikan tikus terhadap labu, bukan untuk menyuburkan demokrasi. Undang-undang pilihan raya yang ditambah, penggunaan media massa yang berleluasa di sebelah pihak, Akujanji yang dipaksa kepada pegawai kerajaan dan lain-lain lagi, ini merupakan demokrasi yang tidak sihat. Bagaimana kita hendak ajar Myanmar hendak menjadi contoh kepada

Page 25: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 15

negara lain? Apa yang penting kita sendiri perlu membetulkan diri kita supaya demokrasi kita lebih baik dan lebih subur.

Dalam masa yang sama saya ingin menarik perhatian tentang isu yang mutakhir iaitu pencerobohan Israel ke atas Syria. Kerana tuduhan Syria melindungi pengganas, lalu dilancarkan serangan, tempat yang baru peringkat tuduhan dan Amerika memberi perlindungan yang begitu rupa. Apakah sikap kerajaan kita di Bangsa-Bangsa Bersatu dalam hal ini? Sehingga hari ini belum lagi kita dengar kenyataan mengutuk dengan sekeras-keras dan belum lagi satu tindakan yang benar-benar tegas melalui pengaruh kita di dalam NAM dan OIC yang tidak beberapa hari lagi akan ada Persidangan OIC, kita menjadi tuan rumah, insya-Allah akan diambil peranan melalui kita sebagai tuan rumah.

Melalui NAM dan tindakan yang segera di Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah diambil, adakah kita masih takut-takut, malu dengan kuasa besar dunia di dalam menegakkan keadilan sejagat. Hal-hal yang seperti ini hendaklah diberi perhatian dengan mendalam. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong.

11.12 pagi.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, mengenai 030000 - Perhubungan Pelbagai Hala terutamanya 030300 - Perhubungan Antarabangsa dan juga 020000 - Hubungan Dua Hala dan Perancangan Dasar.

Tuan Pengerusi, yang pertamanya mengenai hubungan di antara Malaysia dengan Singapura. Walaupun Yang Berhormat Menteri dan Timbalannya sudah pun banyak kali menerangkan keadaan di antara Malaysia dengan Singapura tetapi saya hendak tahu perkembangan terkini mengenai pelbagai isu termasuk Tribunal ataupun tindakan yang sedang diadakan untuk land refill, tambakan tanah di Selat Tebrau dan walaupun kita sudah mengambil tindakan untuk kita menyelesaikan masalah, saya nampak hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya ada tengok melalui kapal terbang, masih ada kegiatan untuk projek mereka bagi memperluaskan tanahnya dan sebagainya dan apakah tindakan sekarang? Sementara itu kita pun ada hubungan dan tindakan untuk menyelesaikan secara aman dan saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu keadaan yang terkini mengenai masalah itu.

Yang keduanya, apakah sekarang mengenai projek yang kita hendak adakan projek untuk tambak yang baru ini, kita memang berhak untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, adakah itu keadaan atau hubungan yang baru untuk menyelesaikan secara dua hala kerana kalau kita lihat kita nampak lalu lintas di tambak itu mungkin tidak begitu lancar kalau projek ini tidak ditanggung oleh kedua-dua pihak. Kalau satu pihak sahaja, kita ada struktur yang besar, yang baru dan perkhidmatan dari pihak yang lain, kita tidak ada projek langsung, saya berharap ini tidak akan menjejaskan lalu lintas di antara Singapura dengan Malaysia.

Tuan Pengerusi, seterusnya mengenai keadaan di Afghanistan, Iraq dan juga sekarang ini di Syria. Saya nampak keadaan di Afghanistan tidak begitu stabil, perang masih berlaku di situ walaupun pihak Amerika Syarikat sudah mengatakan dia sudah menang. Walaupun menang, kita nampak masih ada peperangan lagi di Afghanistan dan apakah sumbangan daripada antarabangsa untuk membangun semula kawasan-kawasan yang sudah dimusnahkan di Afghanistan dan saya tidak nampak sangat projek-projek untuk membangunkan semula Afghanistan. Begitu juga dengan Iraq. Jadi nampak weapon of mass destruction tidak nampak walaupun sekarang sudah tambah ada USD600 juta untuk mencari senjata-senjata itu. [Disampuk]

Jadi, saya tidak tahu bagaimana deception pula, pada mulanya ada USD300 juta untuk mencari senjata itu kemudian ditambah lagi USD600 juta untuk mencari senjata itu tetapi nampaknya tidak ada senjata. Tidak tahulah, mungkin di angkasa lepas ataupun di bawah tanah, tidak tahu. Apakah pendapat kementerian mengenai hal yang seumpama ini?

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Juga mengenai serangan ke atas Syria, saya pun tidak tahu mengapa pihak Israel menyerang Syria. Khabarnya kerana ada anasir-anasir atau pengganas, suicide bombing di situ, saya pun tidak tahu. Tetapi dari berita yang lain dia kata khemah itu

Page 26: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

16 DR.7.10.2003

sudah pun ditutup satu tahun yang lepas dan saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penerangan mengenai hal ini.

Akhir sekali mengenai untuk pembangunan semula Iraq yang masih berperang kerana tiap-tiap hari ada askar Amerika dan askar British terkorban walaupun kemenangan besar oleh pihak British dan Amerika Syarikat dan kita di sini pun pernah berdebat mengenai serangan Amerika ke atas Iraq, kita pun menyeru supaya pihak Amerika tidak berbuat demikian. Tetapi nampaknya dia tidak menghiraukan kita langsung. Sekarang walaupun sudah tamat, disebutkan tamat Perang Iraq tetapi perang kecil-kecilan masih berterusan.

Sementara itu apakah pembangunan semula di Iraq walaupun pada akhir-akhir ini Kongres sudah meluluskan USD87 bilion tetapi kita tidak nampak sangat pembangunan yang ada sekarang ini, walaupun saya di sini tidak setuju dengan kekejaman yang dilakukan pada zaman Saddam Hussein, tetapi selepas Saddam tidak ada lagi, apakah masalah lagi yang timbul untuk membangunkan semula Iraq.

Saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab dengan sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Kuala Terengganu, selepas itu kementerian menjawab.

11.20 pagi.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 030300 – Perhubungan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku di dunia sekarang ini memanglah suatu yang perlu diberi perhatian oleh semua. Bagi negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil, namun demikian kita perlu juga mengambil perhatian tentang percaturan-percaturan dan peraturan-peraturan kuasa-kuasa besar dalam membuat penyusunan Oder Baru Dunia yang sedang berlaku sekarang ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang kuasa besar Amerika Syarikat, dengan izin, “Why do the Muslims hate the United States today?” Satu kajian yang dibuat oleh U.S. Advisory Committee di bawah Kongres Amerika Syarikat dalam bulan lepas, telah mendapati bahawa kemarahan, kebencian dan ketidakpuasan hati umat Islam dan negara-negara umat Islam di seluruh dunia terhadap kuasa besar Amerika Syarikat adalah begitu menonjol. Sebagai contohnya di Indonesia, daripada 60 peratus mereka yang bersetuju dengan Amerika Syarikat, angka ini telah menurun kepada 15 peratus; di Arab Saudi menurun kepada 7 peratus dan di Jordan menurun kepada 6 peratus.

Tuan Pengerusi, apakah sebab umat Islam dan negara umat Islam membenci Amerika Syarikat, dalam erti kata, Kerajaan Amerika Syarikat? Ada tiga sebab yang terpenting yang dilihat sekarang ini. Yang pertamanya adalah apa yang berlaku, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kepong dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat tentang “The so-called war against terrorism” yang berlaku, terutamanya di Afghanistan, dan yang keduanya, pergolakan yang berterusan berlaku di Iraq. Ia lebih merupakan usaha untuk menjaga kepentingan Amerika Syarikat sendiri dari segi dasar imperialisnya, dari segi menjaga dan menguasai kepentingan minyak dan gas di rantau itu.

Yang keduanya, polisi kuasa besar Amerika Syarikat sendiri, terutamanya terhadap negara-negara umat Islam dan juga umat Islam sendiri. Tuan Pengerusi, kalau kita lihat polisi yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat sekarang ini adalah merupakan satu polisi yang terlalu hostile terhadap negara dan umat Islam sendiri. Dan yang terpenting ialah dasar Amerika Syarikat melindungi negara Zionis Israel, yang terus-menerus melakukan kekejaman, kezaliman terhadap masyarakat dan terutamanya umat Islam di bumi Palestin.

Ini perlu kita beri perhatian kerana, Tuan Pengerusi, kalau kita melihat kepada draf resolusi yang terbaru yang dibawa ke PBB beberapa hari yang lepas, di mana draf itu mengutuk keras kekejaman dan juga tindakan yang diambil oleh Zionis Israel dalam serangan terbaharu mereka terhadap Syria tetapi setiap draf resolusi yang dibawa dari segi mengutuk dan mengecam Zionis Israel ini, akan diveto oleh Amerika Syarikat dan veto yang terakhir ini adalah veto kali yang ke-37 yang dilakukan oleh kuasa besar Amerika Syarikat terhadap negara haram Zionis Israel ini sendiri.

Page 27: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 17

Keangkuhan Amerika Syarikat inilah menunjukkan mereka tidak lagi sensitif terhadap negara dan umat Islam secara keseluruhannya. Umat Islam tidak bermusuh dengan masyarakat Amerika Syarikat tetapi kita melahirkan perasaan kebencian dan permusuhan kita terhadap kerajaan dan dasar-dasar Kerajaan Amerika Syarikat ini sendiri.

Dunia perlu mengetahui akan kekejaman yang berterusan yang dilakukan oleh Zionis Israel. Pertamanya, dalam masa enam bulan ini sahaja, lebih daripada 82 orang kanak-kanak telah dibom ataupun ditembak, dibunuh dalam keadaan yang kejam dan zalim oleh Zionis Israel; dalam masa enam bulan ini sahaja, 89 ibu-ibu yang terbunuh, termasuk empat ibu yang hamil; 121 pemuda-pemuda yang ditembak ataupun dibom dalam keadaan yang kejam dan zalim; 412 rumah-rumah dirobohkan dan dimusnahkan oleh rejim Zionis Israel. Kita perlu menyedari bahawa Zionis Israel ini mereka memiliki lebih daripada 200 bom nuklear yang tidak ada satu pun usul yang dibawa ke PBB untuk mengecam dan juga untuk melakukan protes terhadap apa yang dilakukan oleh Zionis Israel. Atas dasar dan perasaan inilah, umat Islam di Palestin terpaksa berjuang dan mempertahankan maruah dan tanah air mereka.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyebut mengenai fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama Ahli-Sunnah Wal-Jamaah, ulama-ulama kontemporari yang muktabar dalam mempertahankan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh umat Islam di bumi Palestin. Fatwa yang dikeluarkan oleh Profesor Muhammad Al-Zuhaili, fatwa Almarhum Abdullah Abdul Hamid, fatwa yang dikeluarkan oleh Wabhath Zuhaili, fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, fatwa daripada Ali Muhammad Al-Shahwa, fatwa daripada Dr. Yussof Al-Qardhawi, yang merupakan fatwa-fatwa jumhur ulama.

Boleh dikatakan majoriti ulama mengeluarkan fatwa. Kenapakah mereka membenarkan pemuda-pemuda dan umat Islam di bumi Palestin mempertahankan maruah mereka dengan cara yang sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita menyebut bahawa pengebom berani mati, sebagai contoh, “…adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan agama, suatu tindakan yang kejam, suatu tindakan yang zalim”. Tetapi ulama-ulama yang muktabar ini mengeluarkan fatwa? Kenapa ini boleh berlaku?

Sebagai contohnya, Tuan Pengerusi, Sheikh Yussof Al-Qardhawi menyatakan, saya ingin membaca sedikit daripada fatwa yang dikeluarkan oleh beliau, “Pemuda-pemuda ini membela tanah air mereka, iaitu bumi Islam, membela agama dan kehormatan dan umat mereka tidak termasuk di dalam istilah “bunuh diri. Bahkan sangatlah salah, jauh dari dikatakan mereka membunuh diri tetapi mereka adalah golongan yang mati di jalan Allah, yang telah mengarahkan jiwa mereka dengan penuh kerelaan di jalan Allah, niat mereka ikhlas kerana Allah. Mereka terpaksa melakukan cara ini untuk membalas musuh-musuh mereka. Mereka bekerja keras melawan musuh-musuh dan keangkuhan Yahudi dan mereka tidak mahu tertipu dengan kekuatan yang dilakukan ataupun yang dimiliki oleh golongan Yahudi ini. Mereka tidak termasuk dalam golongan orang yang membunuh diri, bukan juga sebagai golongan terrorize. Mereka melakukan perlawanan secara syariat terhadap orang-orang yang menjajah bumi mereka, mengusir mereka, memperkosa hak-hak mereka, menghanguskan masa-masa depan mereka dan senantiasa mempraktikkan jalan-jalan yang terbaik untuk mempertahankan tanah air mereka, agama mereka dan juga maruah mereka di negara umat Islam”.

Tuan Pengerusi, fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Yussof Al-Qardhawi menambah lagi, “Tuduhan bahawa orang-orang ataupun mereka yang melakukan aksi ini sebagai aksi bunuh diri, kejam, zalim dan juga terrorize adalah tuduhan yang salah lagi menyesatkan. Aksi ini termasuk aksi pengorbanan, patriotisme dan ijtihadiah. Aksi ini tidak mungkin dikatakan sebagai aksi golongan terrorize”.

Ini adalah fatwa-fatwa yang perlu dihormati, fatwa-fatwa yang perlu dihormati oleh kita semua umat Islam dan juga mereka di kalangan bukan Islam kerana jumhur ulama, majoriti di kalangan ulama-ulama telah membuat kajian-kajian, penelitian-penelitian mereka akibat daripada kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh golongan Zionis ini sendiri.

Tuan Pengerusi, kalau kita melihat kepada apa yang sedang berlaku, Zionis Israel telah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka buat selama-lamanya. Mereka merampas 86 peratus daripada tanah Al-Quds dan menempatkan

Page 28: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

18 DR.7.10.2003

lebih daripada setengah juta penduduk Yahudi di timur Al-Quds. Dari segi bilangan pelarian Palestin telah bertambah lebih daripada lima juta orang pelarian dan sehingga sekarang tidak dapat diselesaikan oleh PBB dan juga dunia antarabangsa sendiri. Begitu juga kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Israel.

Selain daripada apa yang berlaku di Shabra dan Shatila, selain daripada apa yang berlaku di Jenin, kita perlu menyedari kekejaman Zionis Israel ini, sehingga mereka melakukan pengeboman di suatu kem perlindungan di bawah PBB di Qanaah, di selatan Lebanon, di mana lebih daripada 200 orang kanak-kanak, wanita dan pemuda-pemuda yang dibunuh dan dibom dalam keadaan yang kejam dan zalim. Tidak ada suara antarabangsa, tidak ada suara kuasa-kuasa besar yang mengecam dan mengutuk apa yang dilakukan oleh Zionis Israel ini.

Apa yang disebut ini bertepatanlah sebagaimana yang disebut oleh seorang penulis yang dihormati, dengan izin, saya bacakan, Tuan Pengerusi, “When a Muslim is accused of killing, he’s a terrorist. When the Zionists Israeli Army bombed houses and maimed the innocent civilian, it’s a collateral damage.” Ini yang sedang berlaku yang perlu kita berikan perhatian.

Selain daripada itu, Tuan Pengerusi, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun daripada kementerian yang berkenaan tentang hubungan kita dengan Russia. Perlu kita mengetahui dengan trade yang sedang berjalan antara kita dengan Russia sekarang ini, terutamanya dari segi persenjataan yang dibeli daripada negara Russia. Russia juga mempunyai saham yang besar terhadap pembunuhan umat Islam di sebuah negara yang kecil iaitu di Chechnya, negara yang penduduknya yang hanya 1.2 juta orang, lebih daripada 800,000 orang, dengan izin, has been displaced. Ini angka yang dikeluarkan oleh PBB. Lebih daripada 400,000 orang, sama ada dibunuh, hilang ataupun dipenjarakan.

Apa yang berlaku dengan perkembangan-perkembangan selepas daripada Peristiwa September 11 di atas nama “to fight against terrorism”, maka kuasa-kuasa besar ini sama ada Amerika Syarikat ataupun Russia sendiri menggunakan “to fight against terrorism” ini untuk menekan dan juga melakukan kekejaman-kekejaman yang berterusan terhadap umat Islam dan juga negara-negara kecil yang mahukan pembebasan dan juga dari segi membebaskan diri mereka daripada kuasa-kuasa besar ini.

Dengan demikian, saya ingin mendapat perhatian daripada kementerian dalam dua hal yang saya sebutkan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya. Minta kementerian menjawab.

11.31 pagi.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di peringkat Jawatankuasa ini ke atas Bajet 2004 dalam Kod Belanjawan, B.15 dan P.15.

Tuan Pengerusi, ingin saya nyatakan di sini bahawa kita memang mengambil perhatian atas semua cadangan dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya dalam perjalanan atau pengurusan dasar-dasar luar kita dan juga Kementerian Luar Negeri.

Dalam perhatian saya, kebanyakan isu yang telah ditimbulkan adalah menyentuh perkara dasar dan juga ia telah pun banyak yang dijawab dalam jawapan saya semasa menggulung ucapan dasar. Walau bagaimanapun, saya cuba menyentuh serba sedikit perkara-perkara yang telah disentuh dan ingin untuk mengemaskinikan perkara-perkara yang telah disentuh.

Mengenai isu dua hala di antara Singapura dan Malaysia, izinkan saya menyatakan perkara ini mengenai isu penambakan laut di Selat Johor itu, izinkan saya menyatakan bahawa keputusan akan dibuat oleh International Tribunal for the Law of the Sea pada hari esok dan keputusan tribunal tersebut akan membawa perkara ini kepada pertubuhan antarabangsa yang berkaitan. Isu ini telah dibawa kepada pihak ketiga.

Page 29: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 19

Perkara mengenai jambatan yang juga dibawa oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading, Yang Berhormat bagi Kepong, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, isu air ini saya telah jelaskan dengan sepenuhnya dalam jawapan saya pada15 September dan juga jawapan saya semasa menggulung perbahasan ucapan dasar.

Izinkan saya menyatakan bahawa usaha-usaha kita akan diteruskan dalam memantau perhubungan dua hala kita dengan Singapura dan saya telah nyatakan bahawa isu-isu ini tidak akan menjejaskan perhubungan perdagangan dan juga ekonomi di antara dua negara ini dan saya telah sebutkan dalam jawapan saya, bahawa ini adalah satu pelaburan yang begitu besar. Kita akan terus berusaha dan mencari jalan supaya kita dapat mengatasi ini. Mengenai…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ha, Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Mengenai…

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam perbahasan yang saya bangkitkan semalam, bertanya apa tindakan kita jika keputusan tribunal kita itu menyebelahi kita yang dijangka akan keluar keputusan itu pada 8 Oktober mengikut laporan media. Maknanya besok lusa.

Tuan Pengerusi: Esok ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Esok?

Tuan Pengerusi: Ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kalau keputusan itu menyebelahi kita tetapi Singapura tidak mematuhinya seperti yang berlaku hari ini sepatutnya mengikut kelaziman, sesuatu kes yang dibicarakan di mahkamah atau yang dibawa ke mahkamah, maknanya tindakan yang pertama ialah menggantung segala aktiviti, tetapi Singapura nampaknya jelas dia tidak menghormati kelaziman antarabangsa ini. Dia terus menambak, malahan 24 jam.

Misalannya keputusan esok menyebelahi kita tetapi Singapura tidak mahu mematuhi di mana – ha, ini masalahnya kerana kita membawa kes tambak laut ini kepada tribunal kerana hendak mendapatkan keadilan dan kita mahu supaya kepentingan kita itu diberikan perlindungan. Tetapi kalau keputusan itu memihak kepada kita, Singapura tidak mematuhi di mana tindakan kita selanjutnya? Ha, itu yang saya tanya semasa perbahasan saya semalam. Terima kasih.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Keputusan ini adalah terikat di peringkat antarabangsa dan adalah di bawah The Law of the Sea dan ini adalah satu komitmen ataupun obligation mana-mana pihak yang telah bersetuju untuk membawakan isu ini dan juga telah diadili dan dihadapkan ke tribunal. Inilah satu obligasi atau kewajipan sebagai sebuah negara yang mematuhi undang-undang dan juga sama-sama sebagai signatory dalam undang-undang yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat, adakah Singapore bersetuju juga hendak menerima apa-apa keputusan daripada tribunal?

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ya.

Tuan Pengerusi: Ya, baiklah.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Kemaman bangun ya.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau kita lihat perhubungan kita dengan Singapura ini, keadaan selalunya tegang apabila dekat dengan pilihan raya. Begitu juga di Singapura, kalau ada pilihan raya di Singapura, ada macam-macam konsesi, seolah-olah Malaysia bagi kepada mereka. Adakah ini satu coincident ataupun memang sengaja diada-adakan? Saya hendak minta penjelasan.

Page 30: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

20 DR.7.10.2003

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Pengerusi, ini tidak terlibat langsung dari segi dasar. Walau bagaimanapun, saya cadangkan Yang Berhormat boleh buat satu thesis untuk Ph.D dan political science ya.

Walau bagaimanapun, izinkan saya meneruskan bahawa ada juga isu yang telah disentuh, saya ingin menjelaskan serba sedikit di sini ialah isu mengenai Suhakam yang telah disentuh oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah, Yang Berhormat bagi Tanjong dan Yang Berhormat bagi Seputeh. Kita memang menghargai seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah, sumbangan-sumbangan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim dalam peranan beliau sebagai seorang peguam dan juga sebagai Timbalan Ketua Suhakam.

Izinkan saya nyatakan di sini bahawa adalah tidak benar kalau dikatakan masalah berhubungan dengan hak asasi manusia dan pelaksanaan undang-undang yang tidak dibuat diambil perhatian. Kita merupakan sebuah negara yang rekod hak asasi manusia kita berbanding dengan sesetengah negara adalah baik. Ingin saya memperingatkan bahawa di bawah akta menubuhkan Suhakam ini, izinkan saya menyatakan bahawa perlu untuk Suhakam memberikan laporan tahunan di bawah Seksyen 21(1) dan perlu mengemukakan laporan ini kepada Dewan kerana ia adalah satu badan yang ditubuhkan di bawah Parlimen.

SUHAKAM memang dinyatakan dapat membuat syor dan kita bagi pihak kerajaan membuat syor dan pelbagai cadangan supaya dapat dipertimbangkan oleh kerajaan tetapi ia tidak menyatakan bahawa diwajibkan untuk kita. Itu terserah kepada kerajaan untuk mengambil tindakan atau tidak. Yang ketiganya ialah isu serantau mengenai…

Tuan Pengerusi: Tanjong bangun.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Tuan Pengerusi, penjelasan. Tadi Yang Berhormat berkata SUHAKAM ada mengemukakan pelbagai cadangan dan syor-syor kepada kerajaan dan saya difahamkan bahawa pihak kerajaan juga sudah buat reaksi terhadap pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM tetapi tidak diumumkan. Oleh itu kita tidak tahu apa yang disetujui oleh pihak kerajaan dan apa yang tidak disetujui. Adakah kementerian bercadang untuk juga membentangkan reaksi pihak kerajaan terhadap cadangan-cadangan ataupun apa yang dibentangkan di dalam laporan di dalam Dewan ini ataupun diumumkan supaya kita tahu pendirian kerajaan terhadap cadangan SUHAKAM.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Pengerusi, izinkan saya menyatakan kepada Yang Berhormat bahawa memang kita ada reaksi dan respons ke atas laporan-laporan tertentu. Ini memerlukan juga kita sebagai kementerian yang mengkoordinasikan. SUHAKAM ini bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri tetapi kita semua menjadikan satu saluran dan juga yang telah mengkoordinasikan supaya laporan-laporan atau mana-mana keperluan untuk kita memberi reaksi dapat disalurkan menerusi Kementerian Luar Negeri kepada agensi-agensi atau kementerian-kementerian yang berbangkit dalam mana-mana perkara atau syor-syor yang telah dibuat oleh SUHAKAM.

Isu serantau mengenai Myanmar dan Acheh yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Tanjong dan juga Yang Berhormat yang lain, ingin saya menyatakan di sini Malaysia memang tidak ada perjanjian atau mana-mana persetujuan untuk memberikan perlindungan kepada mana-mana pihak atau pelarian seperti isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat ini. Walau bagaimanapun, apa yang telah berlaku ialah kita mengambil tindakan atas mana-mana pendatang tanpa izin ke negara kita dan kita boleh nyatakan bahawa perkara-perkara tersebut seperti ini ialah kita sentiasa terus membanteras usaha-usaha pendatang haram yang datang ke negara kita dan kita mengambil tindakan di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963 (Pindaan 2002) dan mereka ini kita hantarkan balik ke negara masing-masing kalau mereka tidak ada dokumen yang sah untuk masuk ke negara kita.

Kita menganggapkan bahawa pendirian kita bahawa konflik di Acheh ini adalah satu perkara masalah dalaman Indonesia dan kita yakin pimpinan dan Kerajaan Indonesia akan terus berusaha mendapatkan penyelesaian yang lebih damai dan juga dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kita nampak usaha sama mereka sentiasa berjalan dan bahawa kita menghormati kedaulatan dan juga integriti wilayah negara

Page 31: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 21

tersebut. Ini adalah juga merupakan satu dasar yang diamalkan oleh negara-negara sejajar dengan prinsip non-interference negara-negara anggota ASEAN.

Yang Berhormat bagi Seputeh, Yang Berhormat bagi Tanjong dan Yang Berhormat bagi Kubang Kerian ada juga menyentuh mengenai adakah kita menyokong Bali Concord II ini kerana isu-isu yang dibawa oleh Yang Berhormat mengenai Aung San Suu Kyi dan juga isu pergolakan Myanmar dan juga pergolakan di Acheh. Walau bagaimanapun, izinkan saya menyatakan di sini bahawa Yang Berhormat bahawa Bali Concord II ini adalah berikutan daripada Bali Concord I yang telah ditandatangani dalam tahun 1976 dan usaha dalam Bali Concord II ini adalah kita memberi sokongan kerana ia akan merangkumi tiga bahagian untuk membentuk satu ASEAN Community iaitu Security Community, Social and Cultural Community dan juga Economic Community.

Ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan lagi integrasi dan juga kerjasama antara negara-negara ASEAN yang akan juga selaras dengan tujuan kita mencapai ke matlamat Wawasan 2020 ASEAN dan ini tidak akan merugikan mana-mana pihak negara kita dan kita juga melihat bahawa ini adalah bertujuan juga memperkuatkan integrasi ASEAN yang dapat juga terus menyumbang kepada integrasi ataupun penubuhan satu wilayah atau Caucus yang kita cadangkan iaitu East Asia Caucus bila Asean+3 diperkuatkan lagi, kerjasama dan juga yang dapat memberikan manfaat kepada ahli-ahli ASEAN dan juga rantau ataupun beberapa buah negara di North East Asia Group atau Korea, Japan dan China.

Tuan Pengerusi: Ya, Tanjong bangun pula.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Tuan Pengerusi, penjelasan lagi. Tadi Yang Berhormat berkata satu matlamat Bali Concord II adalah untuk menubuhkan ASEAN Economic Community, salah satu dari tiga matlamat. Jadi, saya ingin tahu macam mana mekanisme untuk menubuhkan komuniti ini sama ada ia menyerupai European Community di mana negara-negara dalam komuniti itu perlu mohon untuk menjadi ahli selepas memenuhi syarat-syarat minimum yang sudah pun ditentukan. Adakah ASEAN akan juga mengambil langkah serupa ini? Kalau tidak, mengapa?

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Pengerusi, izinkan saya menyatakan di sini bahawa persidangan dan perbincangan atas perkara ini dengan teliti dan perjalanan mekanismenya dan berbagai-bagai lagi masih dalam perbincangan pada waktu ini sejak pukul 9.30 tadi di Bali dan saya percaya tidak tepat untuk saya sekarang membincangkan keputusan yang dibuat dan kalau keputusan dapat dibuat pada pagi ini insya-Allah, perjanjian itu dapat dimeterai pada petang ini. Saya mohon Yang Berhormat sabar.

Tuan Pengerusi: Seputeh

Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkitkan isu Bali Concord II adalah kerana pada pandangan saya Burma haruslah dikecualikan daripada menyertai atau menandatangani Bali Concord II kerana cara mereka melayan Aung San Suu Kyi yang mana Kerajaan Burma malah enggan mendengar nasihat daripada Kerajaan Malaysia dan juga kerajaan di dunia antarabangsa. Atas sikap ini saya rasa negara-negara ASEAN berada pada keadaan yang paling baik untuk memberi tekanan yang paling besar terhadap Burma.

Saya tidak tahu apa yang akan transpire dalam ASEAN Summit di Bali sekarang tapi saya rasa kalau Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu pendirian bahawa Burma haruslah dikecualikan sehingga mereka membebaskan Aung San Suu Kyi daripada tahanan rumahnya ataupun sehingga kerajaan itu memberi lebih jaminan ataupun melakukan lebih langkah untuk mendemokrasikan negaranya, baru mereka dibenarkan untuk menandatangani Bali Concord II. Saya rasa ini adalah cara yang lebih baik untuk memaksa Kerajaan Burma mengikut standard antarabangsa.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Terima kasih Yang Berhormat dari Seputeh. Izinkan saya menyatakan di sini kita memang sentiasa menggesa Kerajaan Myanmar untuk menarik balik tindakan-tindakan yang telah diambil termasuk membebaskan Aung San Suu Kyi dan juga menyambungkan semula proses apa dipanggil Democratization of Myanmar. Inilah usaha kita sebagai anggota ASEAN dan juga jiran dan kita memberikan bantuan secara bilateral atau dalam rangka ASEAN untuk membantu Myanmar ini mengimplementasikan dan pada masa kini lebih lagi

Page 32: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

22 DR.7.10.2003

dalam road map yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Myanmar yang baru iaitu Encik Kin Nyunt.

Boleh dikatakan di sini, kalau seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi kita tidak membenarkan Myanmar mengambil bahagian dalam Concord II ini, Bali Concord ini, ini bermakna kita telah berpusing dalam dasar kita bahawa kita mahu constructive engagement dari mulanya dan kita telah menyokong Myanmar masuk dalam ASEAN dan satu perkara yang boleh dikatakan kita tidak menyesal tetapi kerana tujuan kita ialah untuk memperkuatkan kerjasama di rantau ini dan lebih-lebih lagi bukan lagi dari segi pembangunan ekonomi dan juga kestabilan dan juga kedamaian di rantau ini.

Ini semua adalah dirangkum dalam tujuan kita dalam membina satu komuniti ASEAN iaitu lebih lagi dalam peringkat ekonomi dan juga sekuriti dan juga pembangunan sosial dan kebudayaan. Ini adalah satu proses yang akan memperkuatkan lagi usaha kita untuk menggalakkan supaya pemimpin-pemimpin Myanmar ini akan menjadi lebih komited dalam isu ini.

Kita melihatkan ini adalah satu usaha yang positif dan keduanya kalaulah kita mengambil tindakan seperti mana yang saya biasa sebutkan untuk meminggirkan sebuah negara ini dari perkembangan ekonomi serantau dan sekuriti serantau dan sebagainya, kita telah nampak ia tidak akan memberi manfaat kepada rakyatnya dan kita penting sekali ialah bahawa akhirnya akan mengubahkan corak rantau ini dari segi kestabilan dan juga pembangunan ekonomi.

Inilah perkara-perkara yang kita lihat bukan satu perkara sahaja. Pandangan kita ialah mengambil kira supaya akhirnya matlamat kita untuk memajukan rantau ini supaya ia juga akan memberi hasil secara langsung atau tidak langsung kepada negara kita lebih-lebih lagi kepada rakyat kita dan kepentingan negara kita Malaysia.

Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, Tanjung, Tumpat telah menyentuh serba sedikit mengenai pengganasan atau terrorism dan telah menyatakan bahawa tuduhan-tuduhan kita tidak mengambil berat atau kita telah lemah dalam pendekatan kita mengenai terrorism ini dan kita memberi terlalu banyak konsesi kepada pihak-pihak kuasa besar.

Izinkan saya nyatakan di sini, mulanya kita lebih awal dari insiden 911 atau bila terrorism ini menjadi isu yang besar, negara kita telah mengambil dari dahulu tindakan-tindakan yang tidak membenarkan mana-mana pihak merampas kuasa dari mana-mana kerajaan dengan cara tidak adil atau demokratik menerusi peti undi.

Izinkan saya di sini bahawa kerjasama kita itu adalah pertukaran maklumat dan juga kerjasama supaya kita dapat menumpukan perhatian dan kegiatan supaya dapat mengambil preemptive action atas mana-mana pihak yang akan mengancam keselamatan negara kita dan juga dengan cara-cara yang tidak mengamalkan kepada demokrasi atau secara pengganasan.

Kerjasama serantau adalah antara US dan ASEAN dan juga Malaysia dan US dan juga antara Malaysia, Philippine dan Indonesia. Ini akan terus memberikan supaya pengaliran atau pertukaran maklumat supaya mana-mana pihak yang perlu mengambil tindakan dan cukup buktinya dapat mengambil tindakan supaya dapat menyelamatkan sebelum apa-apa terjadi di rantau ini.

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Oleh kerana itu kita nampak pada hari ini...

Tuan Mohamad bin Sabu: Boleh bertanya?

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: ...dengan usaha-usaha kita dalam mengambil bahagian - sebentar ya - dalam mengambil bahagian dalam kerjasama ini telah memberi keyakinan kepada pihak-pihak untuk melabur dan juga untuk melancong ke rantau ini tanpa merasa diancam dan kita nampak pada masa kini pelaburan masih meningkat dan juga kita nampak itu yang perlu dalam kita terus mewujudkan satu keadaan yang stabil dan terus membawa apa yang sepatutnya usaha kita ialah membangunkan rantau ini.

Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya.

Page 33: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 23

Tuan Mohamad bin Sabu: Kerjasama antara negara-negara dalam menghadapi apa yang disebut terrorist itu boleh diterima. Misalnya pihak polis telah membuat siasatan kepada orang-orang yang ditahan. Kenapa pihak Amerika tidak mengambil maklumat daripada siasatan polis kita. Bukan kita mengizinkan FBI masuk ke Kem Kemunting untuk interview tahanan kita.

Ini macamlah pihak FBI, pihak Amerika tidak yakin dengan pasukan keselamatan kita. Mereka sendiri pergi interview pihak yang ditahan. Kalau mereka yakin, tentulah mereka boleh ambil maklumat daripada pegawai penyiasat ataupun pihak polis Malaysia. Ini yang saya sebut soal mencabul kedaulatan ini. Minta penjelasan daripada pihak Timbalan Menteri.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Untuk makluman Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat bagi Kubang Krian... Eh! Dari mana sekarang? Kuala Kedah [Ketawa] Saya menyatakan bahawa anggapan Yang Berhormat seperti itu memang saya katakan salah kerana ini adalah satu cara-cara bukan semua kes yang kita bagikan laluan seperti itu, tetapi mengikutkan apa yang perlu kalau ada yang masih kurang dalam usaha kita, bukan ini soal keyakinan tiada wujud langsung kerana kalau kedua-dua pihak tidak yakin, kedua-dua pihak tidak akan masuk satu perjanjian untuk bertukar-tukar maklumat dan pada hari ini mereka pun sudah menerima banyak maklumat tanpa datang ke sini untuk menyiasat selebihnya.

Dalam hal ini adalah - seperti kes-kes seperti ini ada perkara-perkara ingin mendapatkan dari segi first hand dan juga pihak kita pun ada juga di sana, sama-sama dalam temu ramah itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, Marang, Kepong telah menyentuh mengenai isu Palestin dan isu pergolakan di Asia Barat atau Timur Tengah. Izinkan saya nyatakan di sini memang kita terus dalam OIC kita nanti perkara ini adalah resolusi mengenai kecaman terhadap Israel akan diputuskan semasa sidang nanti dan juga resolusi - kementerian yakin bahawa ramai pemimpin negara-negara Asia Barat akan - setakat ini akan mengambil bahagian dan akan memberi perhatian kepada isu-isu seperti ini dan juga dalam OIC ada Grouping of untuk atau boleh dikatakan Palestin Contect Group dan juga dalam NAM kita juga adat membuatkan resolusi-resolusi tertentu dan kita juga menyokong usaha-usaha pihak tertentu yang terus melaksanakan the peace process di Palestin dan juga di Asia Barat.

Mengenai juga isu di rantau itu, yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu, Kepong dan juga Kubang Kerian bahawa kita telah menjawab bahawa kita memang terus mengenai isu Iraq ini, kita memang dari hari pertama isu ini timbul, kita menyatakan bahawa kita harus mencari penyelesaian yang secara damai dan juga berdamai dengan semua pihak dan mendapat keputusan sejagat atau boleh dikatakan negara-negara di seluruh dunia menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini.

Apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah kita telah suarakan bahawa persepsi dalam tindak tanduk US atau Amerika Syarikat dalam menghadapi keganasan atau terrorism ini atau mencegah terroism ini adalah memberikan gambaran yang tidak betul dan akan terus mengangkatkan semangat kebencian di kalangan umat Islam.

Semua ini kita telah beri perhatian dan ini tidak perkara baru dan seterusnya kita mengambil perhatian bahawa kita akan terus berusaha untuk menarik perhatian mereka bahawa ini adalah tindakan-tindakan yang telah membawa akibat yang kita tidak harus jadikan seperti yang wujud sekarang di Iraq dan juga di Afghanistan.

Walau bagaimanapun, perkara yang telah ditimbulkan juga ialah pembangunan negara Iraq selepas perang ini. Izinkan saya nyatakan di sini bahawa kita akan mengambil tindakan bersama-sama seiring dengan usaha-usaha PBB. Dalam perkara ini kita perlu tegaskan di sini bahawa dunia tidak ada kena mengena dengan peperangan di Iraq. Cuma Amerika Syarikat dan sekutunya telah menyerang Iraq ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam hal ini cuba memainkan peranan, tetapi negara Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya telah mengenakan syarat-syarat yang tidak memihak kepada PBB dan masyarakat antarabangsa tidak mahu terlibat dalam membangunkan semula Iraq selagi Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya masih memerintah Iraq. Dan kita mahukan Kerajaan Iraq akan ditubuhkan secara keputusan dari rakyat Iraq sendiri.

Page 34: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

24 DR.7.10.2003

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ingin saya teruskan juga isu yang telah dibawa di sini yang disentuh ialah mengenai OIC yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Tumpat, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian dan Yang Berhormat bagi Marang. Izinkan saya nyatakan di sini bahawa tadi kita telah menyatakan resolusi-resolusi mengenai isu-isu yang tersebut akan diputuskan, akan dibawa dalam kedua-dua Persidangan Menteri Luar Negara OIC dan juga Persidangan Pemimpin-pemimpin Negara OIC.

Yang Berhormat bagi Tumpat – dia tidak ada di sini hari ini, ya. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan peruntukan untuk OIC adalah RM70 juta untuk perbelanjaan. Izinkan saya nyatakan di sini kerajaan tidak ada membazir wang atau membelanjakan wang dalam kedua-dua Persidangan NAM dan juga OIC ini dalam perbelanjaan kereta-kereta mewah. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa kereta-kereta mewah seperti 67 buah BMW, 36 buah Mercedes ini adalah sumbangan untuk kegunaan semasa itu dan cuma dalam perjanjian kita untuk membalaskan supaya sumbangan mereka ini kita telah memberi kelepasan cuma cukai import dan juga kepada pihak yang tertentu iaitu seperti Proton di mana kita mengambil lebih dari 900 buah kereta Proton untuk Persidangan OIC di mana kita memberikan juga pelepasan atau diskaun 25% atas duti eksais.

Kita tidak ada belanja apa-apa. Kalau kita membelanjakan wang untuk kereta, tidak kurangnya dari 67 buah BMW ini sudah berbilion-bilion. Tetapi inilah satu sumbangan syarikat-syarikat untuk menjayakan supaya kerajaan yang telah dijemput untuk mengadakan OIC ini mengadakan persidangan ini dan lebih-lebih lagi izinkan saya menyatakan bahawa saya ingin memperbetulkan apa yang disebut oleh Ahli bagi Tumpat semalam bahawa kita mengadakan NAM bukan semata-mata atas permintaan kita tetapi telah diserahkan, diminta dan dipohon oleh pihak ahli-ahli NAM untuk menjalankan supaya mengadakan persidangan ini. Oleh kerana kita mampu dalam menjalankan tugas ini, kita menerima tanggungjawab ini dan boleh kita katakan ia telah juga membawa kesan dan manfaat yang baik kepada negara kita khususnya secara tidak langsung juga memberi gambaran bahawa negara kita ini adalah sebuah negara yang dapat menguruskan persidangan antarabangsa dan juga negara yang selamat dan stabil politiknya dan juga negara yang dapat mengambil kira pelaburan-pelaburan yang khususnya friendly kepada investment...

[Yang Berhormat Tebrau mengetuk pembesar suara untuk meminta penjelasan]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak payah tepuk, Yang Berhormat, saya nampak.

Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Okay.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: ...badan-badan atau syarikat-syarikat multi-nasional.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri, Yang Berhormat. Kemaman. Yang mana dahulu, Yang Berhormat?

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Saya nampak dia dahulu.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Apa yang diungkit oleh Tumpat tadi ialah jumlah kereta-kereta yang diberikan pengecualian cukai sampai 4,500 buah, kalau ikut daripada buku yang diberikan kepada kami. Jadi, persoalannya ialah daripada 4,500 buah itu, berapa jumlah cukai yang telah kerajaan beri exemption? Kalau tidak, berapa pendapatan sepatutnya daripada kereta yang masuk itu? Berapa sepatutnya kita dapat cukai? Itu yang telah dipersoalkan.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ini sudah tukar dia punya soalan ini. Sebenarnya kita menyatakan bahawa kita tidak membazir, kita membelanja, kita membeli. Izinkan saya nyatakan bahawa pelepasan cukai yang lain mereka bayar sebelum mereka menjual kereta itu. Kita cuma beri diskaun untuk dalam duti import sahaja. Itu tidak banyak tetapi saya tidak ada figure di sini. Ini adalah boleh dikatakan satu insentif juga untuk kita membawa kereta ini masuk. Penjualan kereta ini bukan

Page 35: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 25

dalam negara kita sahaja tetapi dibeli oleh pihak-pihak yang lain dan juga syarikat-syarikat luar negara yang juga ingin membeli kereta ini selepas digunakan di negara kita.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Tebrau berdiri Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan sedikit. Kereta-kereta yang digunakan semasa Persidangan OIC. Semasa Persidangan NAM dahulu kereta-kereta yang telah dipakai itu selepas habis tempoh persidangan itu sebulan ke dua bulan, saya tengok ada orang pakai di jalan raya nama ‘NAM’. Ada banyak saya dapati. Jadi, yang OIC ini saya hendak minta penjelasan Timbalan Menteri, adakah selepas OIC ini kereta-kereta ini boleh dijual atau ditender? Kalau ini berlaku kita minta utamakan Ahli-ahli Parlimen dahululah.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Bagi Tebrau sebiji, Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Saya nampak banyak kereta itu. Kalau macam ini minta sedikit penjelasanlah, kalau tender, tenderlah.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: BMW bolehlah tempah, Yang Berhormat. [Ketawa]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua dapat satu, saya dapat satu. [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila duduk.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai kereta-kereta lepas NAM dan OIC itu memang ia dikeluarkan secara permohonan dan permintaan dan booking. Ini adalah mengikut harga-harga tertentu dan ini adalah terserah kepada syarikat-syarikat pemilik kereta itu, bukan dimilikki oleh Kementerian Luar Negeri. Jadi, keputusan untuk menjual di sini atau menjual di Singapura, jual di Thailand adalah keputusan syarikat tertentu, tetapi Yang Berhormat dipersilakan menghubungi syarikat-syarikat tertentu untuk membuat booking kalau Yang Berhormat mahu. Itu selepas mesyuarat OIC.

Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar dan Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat, Ahli Yang Berhormat bagi Marang juga telah menyentuhkan mengenai perkara-perkara Kementerian Luar Negeri iaitu pihak-pihak diplomat dan pegawai-pegawai tertentu dan izinkan saya menyatakan di sini Yang Berhormat bagi Batang Lupar bahawa cadangan Ahli Yang Berhormat dan teguran Ahli Yang Berhormat kita telah ambil kira juga, dan setakat ini kita telah meningkatkan kemudahan-kemudahan pegawai-pegawai kedutaan kita dan juga duta-duta kita di luar negara mengikutkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan iaitu sekarang kita bukan menggunakan kereta buruk lagi tetapi sekurang-kurangnya E240 Mercedes untuk duta kita dan di mana adanya juga E320 Mercedes dan kita telah juga meningkatkan kediaman-kediaman dan juga membaikpulihkan dalam setahun dua ini dengan peruntukan-peruntukan yang telah dipertingkatkan oleh kerajaan oleh Kementerian Luar Negeri.

Kita telah menggalakkan pemilikan harta-harta kita di luar negara supaya pengurusan yang lebih menyelamatkan peruntukan dan juga dari segi wang peruntukan untuk chancellery dan juga untuk kedutaan-kedutaan kita di luar negara.

Pada setakat ini saya nyatakan bahawa di bawah pembangunan Kementerian Luar Negeri, kita memang ada 91 kedutaan termasuk chancellery dan juga counselor, consul dan kita memiliki kedutaan kita sendiri di 36 buah bandar di dunia dan ini dianggarkan telah meningkatkan milik harta dari RM500 juta hingga ke sekarang sudah berharga RM2 bilion adalah satu pelaburan yang menguntungkan kerajaan.

Tuan Pengerusi, mengenai perkara yang juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar, kita akan mengambil perhatian dalam perhubungan-perhubungan dua hala antara negara kita dan negara-negara lain, tetapi apa yang saya ingin tegaskan di sini bahawa kita memang mengutamakan sikap berbaik dan terus membangunkan kerjasama khususnya kita sebagai sebuah negara yang mengeluarkan eksport dan juga sebuah negara yang juga mengambil berat perdagangan-

Page 36: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

26 DR.7.10.2003

perdagangan antarabangsa dan ini adalah satu tunggak ekonomi kita dalam eksport dan import kita.

Yang Berhormat bagi Tumpat juga telah menanyakan fasal protokol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya nyatakan bahawa ini soalan Ahli Yang Berhormat salah sasaran, saya harap kalau Ahli Yang Berhormat ingin jawapan tujukan kepada Jabatan Perdana Menteri fasal apakah persediaan untuk persaraan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya.

Protokol di bawah Kementerian Luar Negeri adalah untuk menjagakan protokol antarabangsa dan protokol perjanjian-perjanjian protokol seperti immunity dan sebagainya, kemudahan-kemudahan yang diberi kepada perwakilan-perwakilan luar di dalam negara kita dan juga untuk menguruskan mana-mana urusan antara dua negara, bukan protokol seperti mana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat bagi Marang telah menimbulkan bahawa ada pegawai diplomat dipaksa menyokong Kelab UMNO dan menuduhkan mereka mempertahankan kegiatan-kegiatan parti lain atau sebagainya yang telah disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Marang tadi, ingin saya menyatakan di sini peranan kedutaan memang berusaha untuk menjagakan kebajikan pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar di bawah tajaan kerajaan dan keduanya, juga kita adalah bertanggungjawab atas mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan apa-apa assistant, dengan izin, atau perhatian atau pertolongan dari pihak kedutaan adalah satu tanggungjawab kita sebagai duta-duta di luar negara kita.

Setakat ini saya nyatakan belum ada pegawai dari Kementerian Luar Negeri yang ditukar secara serta-merta atas alasan politik atau pengaruh dari mana-mana parti politik, jadi peranan perwakilan seperti saya nyatakan tadi, ialah untuk terus menjaga kebajikan pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia tidak mengirakan latar belakang dan juga atau latar belakang politik atau mana-mana atau latar belakang ekonomi mereka.

Untuk akhir kata bahawa ada salahlah menyatakan bahawa kita tidak mengambil perhatian kebajikan rakyat kita yang telah ditangkap atas mana-mana kesalahan atau tuduhan di luar negara, izinkan saya nyatakan di sini kita memantaukan secepat mungkin dan juga serta-merta bahawa penglibatan-penglibatan atau mana-mana pihak tertuduh rakyat Malaysia tidak kiranya di Pakistan, di Amerika Syarikat, di China atau di Vietnam, di Myanmar, semua kita ambil satu tindakan serta-merta dan memantaukan perkembangan dan kita sama-sama menjalankan perbincangan dalam ruang atau framework perjanjian kita di antara dua negara itu dan juga dalam sistem perundangan dan kedaulatan negara-negara yang terlibat.

Dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberi teguran dan mana yang saya tidak sempat untuk menjawab - sebelum itu izinkan saya sebelum menutupkan tirai saya, saya ingin menyatakan kepada Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu bahawa pada hari ini beliau telah menyanyikan lagu yang sama lagi pada yang dinyanyikan pada hari dahulu, kerana mungkin beliau menyatakan pelbagai quotation dari ulama-ulama kerana beliau tahu saya tidak dapat menjawabkan secara teliti perkara ini, tetapi izinkan saya nyatakan di sini, bahawa saya lagi terfikir apa yang saya nyatakan pada hari itu, bahawa Yang Berhormat menyatakan ini adalah digalakkan dalam agama Islam bahawa kegiatan suicide bombing ini, dan saya telah menjawabkan kita mengambil pendirian ini kerana kita percayakan bahawa suicide bombing ini tidak akan mendapat hasil yang sebenarnya menjadi satu perjuangan rakyat Palestine dan keduanya, kita percaya banyak dalam suicide bombing ini, walaupun satu orang yang menjadi suicide bombing itu tetapi orang lain, berpuluh orang, beratus orang juga mati, orang yang tidak bersangkut paut dengan dasar Israel atau dengan dasar Palestine atau dasar mana-mana pihak.

Saya percaya mereka ini tidak bersalah, dan inilah sebab kita tidak menggalakkan, tidak menyokongkan seperti perkara ini menjadi satu cara untuk mencapaikan kedamaian atau mencapaikan matlamat. Kalau mungkin saya silap di sini, Yang Berhormat, saya memang tidak sekali tidak mahu melepaskan perkataan bahawa seperti Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu ini …

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Sri Gading berdiri Yang Berhormat.

Page 37: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 27

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Nanti dahulu, Yang Berhormat duduk dahulu, sudah panas ini ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Saya ingin menyatakan bahawa saya ingin menjelaskan di sini, kita mengambil pendirian itu kerana kita mencarikan jalan secara damai dan kita tidak ingin secara berperang dan kita percaya selama ini pemimpin kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kita mengamalkan dasar kita mencarikan the root causes, kita selesaikan perkara ini, kita memahamikan sedalam-dalamnya, inikan kita juga jelaskan kepada pihak Amerika Syarikat sebelum mereka mengambil tindakan di Iraq dan juga di Afghanistan.

Tuan Pengerusi, izinkan saya di sini, mungkin saya mohon maaf kalau saya menganggapkan bila saya mendengarkan cara Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu, bahawa ini diizinkan mengatakan di manakah manusia telah dizinkan mengambil nyawa seorang manusia yang lain atau mana-mana umat atau mana-mana pihak yang tidak bersalah. Saya pelik, kalau saya silap dengar, ini adalah lagak seperti Tuhan juga, memberikan keputusan kita boleh membunuh ataupun boleh mengadakan sesiapa boleh mati, siapa boleh hidup. Ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak beri jalan kepada Sri Gading. Ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Pengerusi, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Islam adalah agama yang sentiasa mencintai kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan. Pendapat seperti Kuala Terengganu inilah yang merosakkan nama baik Islam. Inilah pendapat yang orang lain keliru tentang Islam, inilah pendapat yang orang lain menyangka buruk kepada Islam, sedangkan Islam sebenarnya suatu agama yang menyeru kepada kebaikan.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Kuala Terengganu ini bercanggah dengan pelbagai pendapat ulama yang lain, yang mengharamkan pembunuhan seperti ini, ada pendapat-pendapat lain yang disokong oleh ulama-ulama besar. Inilah saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita bom diri kita, kemudian masuk ke restoran orang tidak bersalah, tidak ada kena mengena, terbunuh. Ini bukan tindakan yang diredai oleh Islam. Islam ialah agama yang mencari kedamaian dan kesejahteraan. Saya bersetuju jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, tidak payah komen apa Timbalan Menteri, bersetuju sahaja.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Pengerusi, saya memang bersetuju dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading dan itulah menjadi satu tirai sebelah untuk saya menutupkan penggulungan saya pada pagi ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM500,000,000 untuk Maksud B.15 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM500,000,000 untuk Maksud B.15 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM105,441,400 untuk Maksud P.15 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2004 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM105,441,400 untuk Maksud P.15 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2004.

Majlis Mesyuarat bersidang semula

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada usul, ya? Ya, minta bawa usul Yang Berhormat Menteri.

Page 38: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

28 DR.7.10.2003

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri Pengangkutan [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), maka saya mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.45 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan ke esok hari.”

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B. 20 [Jadual] – Maksud P. 20 [Anggaran Pembangunan 2004] –

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Utama terbuka untuk dibahaskan. Ya, Yang Berhormat bagi Beluran.

12.22 tgh.

Tuan Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran - 11100 di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia. MPOB merupakan agensi yang penting dalam industri kelapa sawit ini. Ia merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap lesen dan juga keseluruhan industri kelapa sawit di negara ini. Lesen yang dikeluarkan oleh MPOB membawa bersama beberapa syarat. Antaranya adalah soal-soal environment iaitu alam sekitar tentang mewujudkan satu bentuk industri kelapa sawit yang berjaya, pada masa yang sama mengekalkan environment alam sekitar dalam keadaan semula jadinya.

Saya ingin tahu, adakah syarat-syarat pengeluaran lesen kilang ini dengan soal alam sekitar diteliti dengan baik oleh MPOB? Adakah semua lesen yang dikeluarkan oleh MPOB terhadap kilang-kilang di negara ini mempunyai treatment plan aspek alam sekitar yang cukup baik, proses air kumbahan daripada kilang itu dirawat sebaik mungkin oleh setiap kilang? Adakah mungkin kilang-kilang yang diberi lesen ini tidak mempunyai sistem rawatan air kumbahan kilang yang sempurna?

Saya membawa soal ini kerana saya dimaklumkan bahawa terdapat kilang-kilang yang tidak mempunyai sistem rawatan air kumbahan yang sempurna yang masih wujud di negara ini dan ini merupakan sumber pencemaran yang utama terutama ke atas pencemaran sungai-sungai yang berhampiran dengan kilang-kilang. Kalau ada kilang-kilang yang comply terhadap syarat-syarat pemberian lesen kilang ini, saya ingin tahu juga, berapa kerap pegawai-pegawai daripada MPOB membuat pemeriksaan ke

Page 39: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 29

atas kilang-kilang ini untuk melihat bahawa sistem rawatan air kumbahan kilang ini dilaksanakan dengan baik oleh kilang-kilang yang tertentu.

Dalam konteks ini, saya ingin tahu sejauh mana kerjasama antara MPOB dengan DOE – Jabatan Alam Sekitar? Dalam konteks pengawalan kumbahan sisa air daripada kilang-kilang, sejauh mana level of cooperation antara kedua-dua agensi ini dan adakah satu bentuk pengawalan yang dilakukan oleh MPOB dijadikan syarat oleh MPOB untuk menentukan bahawa kilang-kilang yang didapati bersalah oleh mahkamah, yang didenda oleh mahkamah dijadikan sebagai satu garis panduan untuk menilai sama ada kilang ini akan diteruskan untuk mendapat lesen daripada MPOB.

Dalam konteks yang sama, adakah MPOB bercadang untuk menentukan level of compound ataupun berapa banyak kompaun yang harus dikenakan kepada satu kilang sebelum kilang itu dibatalkan lesennya? Kalau wakil rakyat umpamanya Tuan Pengerusi, kalau seorang wakil rakyat didenda lebih daripada RM2,000, hak dia sebagai wakil rakyat akan lucut dengan serta merta secara automatik. Saya mahu tahu, adakah MPOB mempunyai pendekatan yang sedemikian terhadap kilang-kilang yang didapati bersalah oleh mahkamah sama ada secara kompaun ataupun secara trial untuk dijadikan itu sebagai satu syarat agar lesen mereka itu digantung dan sebagainya.

Saya melihat ini sebagai satu pendekatan yang harus diambil oleh MPOB untuk menentukan bahawa semua kilang yang beroperasi di negara ini comply terhadap syarat-syarat yang dikeluarkan sebelum kilang itu diwujudkan. Saya melihat ada bentuk kelonggaran antara DOE dengan MPOB dalam perkara ini dan harus diwujudkan satu bentuk kerjasama yang lebih rapat antara kedua-dua agensi ini untuk menentukan bahawa setiap kilang yang beroperasi akan menitikberatkan aspek-aspek alam sekitar dalam operasi mereka.

Tuan Pengerusi, saya juga mendapat banyak rungutan daripada pekebun-pekebun kecil terutama di kawasan saya yang sebilangan daripada kilang-kilang yang berlesen ini, yang bukan sahaja reluctant untuk membeli buah kelapa sawit mereka, untuk membeli hasil usaha mereka daripada pekebun kecil ini tetapi lebih kerap daripada tidak sebahagian besar daripada pekebun-pekebun kecil merasa bahawa harga yang dibeli oleh kilang-kilang sawit di sekitar kawasan-kawasan luar bandar ini jauh lebih buruk daripada harga yang didapati oleh sebahagian daripada pekebun kecil yang berada di kawasan pinggir bandar yang mana di kawasan tersebut banyak kilang kelapa sawit beroperasi.

Apakah dasar kerajaan terhadap perkara ini? Adakah ini dijadikan satu syarat bahawa kilang-kilang yang beroperasi yang diberi lesen ini, harus membeli buah kelapa sawit itu daripada pekebun kecil dengan tidak ada unsur-unsur penindasan yang dikenakan oleh kilang-kilang yang sedemikian.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Sri Gading berdiri, Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Beluran. Apa Yang Berhormat bangkitkan ini berlaku di mana-mana. Ini satu tindakan mencekik darah terhadap pekebun-pekebun kecil yang sentiasa terdedah kepada tekanan pihak-pihak yang disebut oleh Yang Berhormat. Saya berharap kementerian yang penting ini kena melindungi pekebun-pekebun, petani-petani yang lemah, yang tidak ada daya upaya hendak melawan. Kalau ini tidak dapat hendak dibela, kementerian tidak berfungsi. Jangan soalkan kilang sahaja. Bagaimana pendapat Beluran berkenaan dengan pendapat saya ini, macam mana?

Tuan Ronald Kiandee: Tuan Pengerusi, itu yang mahu saya sampaikan. We share, everybody share sentimen ini. Kita tidak mahu melihat pekebun kecil ditindas oleh kilang-kilang yang berlesen ini, lebih-lebih lagi apabila kawasan pekebun kecil itu cuma ada satu kilang yang berlesen dan kilang yang kedua yang boleh dihantar letaknya seratus lebih kilometer jauhnya daripada tempat mereka ini. Inilah keadaan di mana kilang-kilang berlesen ini menindas harga kelapa sawit yang dijual oleh pekebun-pekebun kecil ini. Saya mahu ini dilihat dan dijadikan sebagai satu syarat untuk memudahkan pekebun-pekebun kecil menjual hasil mereka kepada existing kilang yang ada di kawasan mereka dengan harga yang baik dan tidak ditindas oleh kilang-kilang ini.

Page 40: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

30 DR.7.10.2003

Tuan Pengerusi, Butiran 040000 - Lembaga Tembakau Negara. Saya ingin tahu masa depan industri ini dalam konteks kempen kesihatan yang negara kita dan kementerian kita juga sedang giat hendak mengambil berat terhadap kempen kesihatan. Apakah masa hadapan industri tembakau negara dalam konteks kempen kesihatan yang sedang giat dijalankan dan apakah alternatif kepada pekebun-pekebun tembakau ini dalam jangka masa yang panjang, memandangkan mereka berhadapan dengan kempen anti smoking, anti tembakau dan sebagainya. Saya ingin ini dilihat oleh kementerian agar satu bentuk alternatif boleh diberi kepada mereka untuk masa depan mereka. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Bandau dahulu. Lama sudah tidak bercakap. Sila Bandau.

12.31 tgh.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh di bawah Butiran 070000 iaitu Lembaga Koko Malaysia. Di bawah peruntukan bagi tahun 2004 Tuan Pengerusi diperuntukkan sejumlah RM23 juta iaitu hampir kira-kira RM3 juta lebih banyak daripada tahun yang lalu. Saya ingin mengatakan di sini Tuan Pengerusi, bahawa peningkatan peruntukan ini adalah tepat kepada keperluan bahkan bagi pihak kita yang mengkaji perkembangan industri ini di peringkat negeri Sabah, barangkali peningkatan ini adalah begitu sederhana sebenarnya.

Tuan Pengerusi, masa depan industri koko adalah sesuatu yang harus diberi perhatian oleh pihak kementerian dan negara keseluruhan. Memandangkan dari segi strategi diversification, dengan izin penanaman koko ini bukan sahaja penting dari segi dalam perkara tersebut iaitu mempelbagaikan pengeluaran negara dan kembali kepada penekanan kekuatan-kekuatan pengeluaran negara dari segi bahan-bahan makanan mentah, tetapi industri ini mesti diterajui pada dasarnya keseluruhan dengan promosi yang besar oleh pihak penanam-penanam kecil iaitu small holder.

Maka dalam dua matlamat ini iaitu mempelbagaikan bahan tanaman makanan khasnya negara kita dan juga meningkatkan pendapatan para penanam pekebun kecil, maka industri koko ini mesti mempunyai peranan yang begitu besar sekali untuk mencapai matlamat tersebut. Maka dalam konteks ini Tuan Pengerusi bahawa kita ingin merayu kepada pihak kementerian dan seterusnya Kementerian Kewangan supaya keperluan-keperluan kewangan ini walaupun RM23 juta peruntukan bagi tahun hadapan harus juga mengawasi dari masa ke semasa, pihak Kementerian Kewangan hendaklah menyemak kembali di mana keperluan kewangan bagi pihak lembaga.

Pihak kita di peringkat negeri Sabah juga hendaklah mengkaji di mana misi dominan dan peranan industri yang terbesar dalam industri koko walaupun kawasan begitu merosot sekali dalam sepuluh tahun ini berbanding pada tahun 1980’an. Kita melihat bahawa kawasan yang ditanam itu dari segi industri penanam-penanam peringkat industri iaitu plantation, dengan izin ataupun estet setiap tahun bukan pula meningkat, tetapi perlahan-lahan menurun, walaupun pada awal tahun 1990’an begitu menurun dengan besar sekali.

Dalam soal ini pihak kerajaan harus mengambil perhatian supaya industri ini tidak merosot tetapi harus membangun dan satu ataupun dua cara ialah pertamanya meningkatkan sekali lagi keyakinan para penanam-penanam koko dan dari segi meningkatkan keyakinan dalam crops atau tanaman ini, harus pihak lembaga lebih melakukan penyebaran-penyebaran maklumat tentang kemajuan-kemajuan dari segi penyelidikan dan khasnya keluaran-keluaran penggunaan sains dan teknologi. Kerana dahulu industri ini terus menjunam turun dari segi peranannya dalam pengeluaran produk negara iaitu pengeluaran koko, oleh sebab:

(i) cocoa pod borers;

(ii) harga antarabangsa; dan

(iii) persaingan daripada penggunaan tanah dengan tanaman kelapa sawit. .

Tetapi dalam soal ini saya meninjau lembaga baru-baru ini dan penyelidikan yang sedang dijalankan saya melihat bahawa banyak hasil kajian yang boleh

Page 41: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 31

meyakinkan kembali para penanam-penanam koko bukan sahaja di peringkat estet tetapi di peringkat penanam-penanam kecil. Dari segi penanam-penanam kecil Tuan Pengerusi, kita berpendapat bahawa tanaman ini boleh menjadi satu tanaman strategik iaitu untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan penanam-penanam kecil ataupun petani-petani kita di luar bandar dan sekali gus pada masa yang sama meningkatkan pendapatan mereka.

Kerana copcrops atau tanaman ini yang kita sebut neutral to scale dua ekar pun boleh tanam, tiga ekar pun boleh ditanam, sepuluh ekar pun boleh ditanam berbanding dengan kelapa sawit, jika menanam kecil sahaja kawasannya maka ia tidak ekonomik dan pada masa yang sama kawasan tersebut mestilah mendapat sambutan luas dari petani supaya ada kawasan yang besar. Tetapi penanam koko ini boleh dilaksanakan walaupun dengan kadar yang kecil-kecilan. Dalam perkara ini kita meminta kepada pihak kementerian dan lembaga supaya menyebarkan kembali kepada para petani untuk berminat kepada keuntungan yang boleh diperolehi dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, bahawa penanaman koko ini boleh menguntungkan dan pada masa yang sama memainkan peranan untuk mempelbagaikan sumber tanaman pertanian dan produk negara kita.

Dalam soal ini kita berpendapat bahawa pihak lembaga barangkali perlu mengeluarkan dan menggunakan lebih peruntukan untuk bukan sahaja menyebarkan, tetapi melatih petani-petani baru untuk menerajui kembali sektor ini dan pada masa yang sama membuat pameran-pameran tentang kemajuan-kemajuan dan juga hasil-hasil teknologi baru termasuklah di peringkat agronomi dan juga dari segi pemprosesan produk tersebut.

Dalam soal ini kita mintalah pihak Lembaga Koko yang terdapat di negeri Sabah untuk lebih bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan di situ khasnya Jabatan Pertanian untuk menjalankan usaha-usaha pengembangan, pameran dan sekali gus pada masa yang sama meningkatkan juga penyelidikan yang sedia ada. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Jeli dahulu.

12.38 tgh.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Bagi membincangkan di bawah Bekalan 20 dan Pembangunan 20 ingin saya merujuk kepada Butiran 010000 - Pentadbiran Am dan Butiran 010100 - Kemajuan Industri Komoditi Perhubungan Antarabangsa, dan Khidmat Sokongan dan Butiran 010200 - Kemajuan Industri Komoditi dan Perancangan Korporat.

Tuan Pengerusi, sekarang ini saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan setakat mana perkembangan terbaru mengenai barter trade dengan syarikat pembinaan daripada India IRCON dan juga syarikat pembinaan daripada China, China Construction yang telah dilantik secara tidak rasmi lagi tetapi kajian-kajian awal telah pun dijalankan oleh kedua-dua kontraktor ini, di mana IRCON bersama-sama dengan beberapa syarikat tempatan telah dikeluarkan surat cadangan, surat niat untuk membina laluan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, manakala syarikat daripada negara China dari Seremban ke Johor Bahru.

Cuma saya ingin bertanya kalaulah dipersetujui dengan harga yang baru, yang bakal ditawarkan oleh gabungan IRCON dan syarikat-syarikat tempatan dan juga gabungan China Construction dan syarikat-syarikat tempatan, berapakah nilai atau harga CPO pada ketika perjanjian itu dijalankan? Apakah nilai ataupun harga CPO itu mengikut pasaran semasa ataupun sudah ditetapkan harganya? Kalau ditetapkan harganya pada paras berapa CPO sebagai barter trade kepada pembinaan kedua-dua laluan berkembar di utara dan selatan tanah air.

Cuma saya meminta kalau boleh pihak kerajaan juga meneliti bahawa Kerajaan India juga ada memberikan beberapa penekanan kepada kerajaan negara kita khususnya ada beberapa kontraktor pembinaan lebuh raya dari negara kita

Page 42: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

32 DR.7.10.2003

kemungkinan akan menghadapi masalah untuk meneruskan dan juga mendapat kontrak-kontrak yang baru sekiranya kerajaan tidak berhati-hati di dalam hal ini.

Sebab itu pada masa yang sama kita cuba memastikan bahawa kontraktor pembinaan lebuh raya kita mendapat kontrak-kontrak di India tetapi pada masa yang sama janganlah kita menggadai harga ataupun CPO pada paras yang terlalu merugikan kita walaupun kita memang berhajat kepada kedua-dua laluan berkembar kereta api tersebut dibina secepat mungkin kerana bagi negara-negara yang maju, kebanyakannya laluan berkembar ini telah ada keseluruhan mengelilingi negara-negara mereka umpamanya Taiwan, Jepun, Korea dan sebagainya.

Tuan Pengerusi, pada masa yang sama dalam bab pentadbiran ini kita melihat bahawa kerajaan dalam kes kita pada pembentangan Belanjawan pada kali ini tidak memberikan penekanan yang serius kepada kajian produk-produk herba dan juga ladang-ladang herba.

Begitu juga dengan 00613 yakni ladang contoh tumbuhan ubat-ubatan. Daripada kita membicarakan ICT yang agak jauh di hati masyarakat kampung, masyarakat desa dan masyarakat Melayu itu sendiri, sepatutnya kerajaan lebih menekankan fokus kepada kajian produk-produk herba dan ladang-ladang herba dan juga ladang contoh tumbuhan ubat-ubatan kerana ini merupakan sebahagian daripada apa yang kita panggil sebagai bioteknologi kerana sekarang ini kita lihat bahawa umpamanya Tongkat Ali dan juga Kacip Fatimah telah mendapat pasaran yang agak baik di peringkat antarabangsa tetapi di akhir-akhir ini kita kedengaran bahawa produk-produk tersebut bukan lagi produk original kerana source raw nya tidak lagi diganti balik. Maknanya tempat yang dicabut, tempat yang diambil, kerajaan masih belum lagi berjumpa punca bagaimana hendak menggantikan raw material yang telah diambil itu.

Sebab itu saya fikir kalau kita sudah tahu itu kekuatan kita, sepatutnya fokus kajian kementerian ini juga bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mesti fokus kepada kajian supaya raw material ini akan sentiasa berterusan. Kalau tidak kita bimbang sampai satu ketika bila demand terlalu tinggi menyebabkan kita tidak boleh membuat penawaran kepada demand, tawaran-tawaran yang ada di dalam pasaran hari ini.

Sebab itu saya lihat bahawa bagaimana tidak seriusnya kerajaan tentang hal ini, kerajaan hanya memperuntukkan RM200,000 sahaja pada kali ini. Saya fikir RM200,000 ini seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga sedangkan hari ini kita lihat umpamanya sama ada Taiwan, Hong Kong dan Singapura mereka giat dan intensif sekali research atau penyelidikannya dalam hal bioteknologi ini di mana kita dapati negara-negara ini telah berbelanja tidak kurang daripada RM3 bilion ke-RM4 bilion setahun dan mereka telah mengambil pakar-pakar dari India, Arab dan juga daripada negara-negara bekas Rusia untuk diberi Permanent Resident ataupun mungkin lebih daripada itu untuk memajukan sektor dan industri ini kerana kita lihat bahawa kalaulah Bill Gates, orang yang paling kaya di dunia dan juga orang yang paling hebat dalam bidang ICT mengatakan sekiranya saya dipenalized oleh mahkamah Amerika dari segi monopoli sektor ICT maka bidang yang berikutnya yang saya akan ceburi ialah sudah tentu bidang bioteknologi kerana bioteknologi sudah dianggarkan jauh lebih besar saiz pasarannya berbanding dengan ICT itu sendiri.

Sebab itu saya lihat bahawa dalam negara kita sekarang ini rakyat memang sudah dekat, sudah banyak produk yang dilahirkan dan dikeluarkan daripada produk-produk herba. Jadi kalau produk itu sudah ada satu kaitan dengan jiwa rakyat kita, saya fikir minat mereka mendalam. Kalau minat mereka mendalam dan kerajaan memberi sedikit suntikan dan semangat serta sokongan moral dan juga sokongan kewangan, saya fikir produk ini akan menjalar dengan cepat dan tepat dan yang paling banyak manfaat adalah orang-orang Melayu terutamanya mereka yang telah lama berkecimpung tetapi masalahnya mereka tidak diberikan bantuan-bantuan teknikal untuk menjadikan produk mereka itu benar-benar produk yang bertaraf antarabangsa. Sebab itu saya fikir kerajaan perlu memberi penekanan yang serius tentang hal ini.

Begitu juga kita lihat umpamanya pada tiap-tiap tahun bila mana Belanjawan dibentangkan di bawah 02900, 03000 sama ada rancangan penanaman rotan ataupun projek penanaman buluh, kos yang dikeluarkan oleh kerajaan sekitar RM80 ribu, sekitarRM50 ribu. Saya fikir ini seolah-olah kita macam main-main sahaja dengan sektor ini walhal sektor perabot rotan ini cukup popular di luar negara.

Page 43: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 33

Kalau kita hanya memperuntukkan sebanyak itu tentang rancangan untuk mengkaji bagaimana rotan-rotan ini dapat tumbuh dengan lebih cepat daripada diambil rotan-rotan yang tumbuh secara liar daripada dalam hutan dan rotan ini dibawa dengan mobiliti atau mobilization untuk mengeluarkan rotan ini dengan begitu penat dan berat maka menyebabkan rotan-rotan ini akan tercalar. Bila tercalar, mutunya akan berkurangan.

Sebab itu saya fikir bahawa kerajaan sepatutnya memberi penekanan serius tentang hal ini kerana tidak banyak negara yang mana rotan-rotan ini dan juga buluh-buluh yang sesuai dapat hidup. Sebab itu banyak juga produk yang kita boleh lahirkan dan keluarkan terutama rotan. Mungkin buluh tidak sebanyak rotan tetapi terutamanya rotan, banyak produk-produk yang kita boleh keluarkan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Allahu Akbar! Kemudian tentang Mineral dan Geosains ini…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: …kita minta pihak kementerian mengkaji sejauh mana pasir-pasir yang diambil daripada negara kita kerana kajian telah dibuat tentang kedudukan pasir-pasir di Pantai Barat. Jadi kita bimbang pasir-pasir itu diambil daripada kawasan kajian tersebut diluluskan oleh Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan juga oleh Jabatan Tanah dan Galian Johor dan pasir-pasir itulah yang digunakan untuk menambak laut-laut Singapura sehingga Singapura sudah hampir menambak ke sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Singapura.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya cukup.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Saya minta kerajaan mengkaji tentang hal itu dan menyekat supaya jangan lagi pasir-pasir itu dikeluarkan kerana yang bakal menjadi mangsa nanti ialah negara kita…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Jeli, masa sudah cukup ya.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: ...kerana sempadan kita akan berhampiran dengan bumi Singapura. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Kubang Kerian.

12.50 tgh.

Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 07100 iaitu Mineral dan Galian. Kita telah tahu bahawa satu daripada galian yang sangat berharga yang telah menyumbangkan kepada ekonomi negara kita ialah minyak, di mana dalam statistik yang terakhir minyak adalah penyumbang cukai yang terbesar kepada negara kita, hasil cukai yang terbesar bagi negara kita, dan minyak juga adalah bidang yang telah menarik pelaburan yang terbesar dalam negara kita bagi tahun-tahun kebelakangan ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, semasa membentangkan Ucapan Belanjawannya, mendedahkan ataupun memberi tahu Dewan ini bahawa kerajaan akan mengizinkan satu konsortium baru bagi pengeluaran minyak di negara kita. Saya ingin tahu bagaimanakah kementerian ini menyusun konsortium baru ini. Adakah minyak yang dijangka dikeluarkan oleh konsortium baru ini daripada telaga-telaga yang telah dikenal pasti oleh Petronas yang disifatkan sebagai telaga-telaga kecil ataupun medan-medan pengeluaran minyak yang kecil ataupun bagaimanakah terma-terma penyusunan dengan konsortium baru ini. Biasanya dalam industri minyak di negara kita dan juga amalan di seluruh dunia, kita mengamalkan production sharing contract ataupun perjanjian perkongsian pengeluaran di antara Petronas dengan syarikat-syarikat lain termasuk dari luar negara.

Page 44: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

34 DR.7.10.2003

Tetapi saya difahamkan mereka mungkin akan menimbangkan apa yang dipanggil “concession type agreement”, dengan izin, iaitu kita memberikan izin konsesi kepada satu syarikat baru ini, iaitu konsortium baru ini, untuk mengeluarkan minyak di telaga-telaga yang telah dikenal pasti mempunyai potensi pengeluaran dan bekalan. Saya berpendapat bahawa jika sekiranya kita ingin meneruskan hasrat memberikan ataupun menghidupkan konsortium yang baru ini, pilihan yang paling baik bagi kepentingan khazanah negara kita ialah production sharing contract, sama dengan terma-terma yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat lain sebelum daripada ini. Melalui production sharing contract ini mereka boleh terlibat dalam upstream pengeluaran minyak negara kita tetapi terma-termanya adalah sama iaitu pada akhirnya …

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pun hendak bertanya, perkara ini masuk di bawah kementerian Yang Berhormatkah?

Datuk Anifah Aman: Ya Yang Berhormat, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat supaya jangan membuang masa bercakap fasal minyak kerana itu bukan dalam bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, pindah kepada perkara lain, Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih. Kalau begitu saya pindah kepada perkara lain, iaitu tentang pengurusan hutan negara, di bawah Butiran 02800 – Pengurusan Perhutanan Negara kita. Baru-baru ini ataupun sebelum daripada ini, kementerian telah mengisytiharkan bahawa pemberian dan pengeluaran konsesi pembalakan di Kedah telah dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerana mengikut arahan tersebut, selain daripada ia menjejaskan alam sekitar kerana belum mempunyai laporan alam sekitar yang lengkap, ia juga adalah kerana konsesi ataupun perjanjian konsesi di antara Kerajaan Negeri Kedah dengan sebuah syarikat dari Sarawak adalah berat sebelah.

Saya ingin tahu apakah maksud konsesi yang berat sebelah tersebut? Dan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, perkara ini telah dibangkitkan oleh ADUN-ADUN dari Barisan Alternatif, di mana Kerajaan Negeri Kedah pada asasnya secara rasmi dalam Dewan tersebut telah memberi jawapan bahawa konsesi ini akan diteruskan dan arahan daripada Kerajaan Pusat, kata mereka, adalah bersifat sementara dan mereka sama sekali tidak akan tertakluk kepada keputusan tersebut. Adakah ini benar? Mengapakah keadaan ini berlaku?

Dalam pemberian konsesi ini, sebuah kawasan pembalakan yang sangat besar di hulu negeri Kedah akan atau telah pun diberikan kepada syarikat ini, dan kesannya adalah sangat besar walaupun mengikut Kerajaan Negeri Kedah pembalakan tersebut hanya akan dijalankan secara penebangan terpilih, dan penebangan melalui helikopter akan dilakukan. Tetapi mengikut pakar-pakar dalam industri pembalakan, adalah sangat sukar untuk menjadi ekonomik menggunakan helikopter bagi tujuan penebangan. Dari segi teorinya ia mungkin baik tetapi dari segi praktiknya adalah sangat sukar bagi helikopter ini untuk terbang dari satu tempat ke satu tempat dan kemudian mengangkut balak-balak yang telah ditebang ini kononnya untuk menjaga alam sekitar, supaya tidak tercemar.

Dalam kes ini kita telah melihat banjir yang telah berlaku hari ini di Kedah dan termasuk di Seberang Perai, di mana sebahagian besar daripada rakyat negeri Kedah telah terkesan dengan banjir ini, dan dalam surat khabar hari ini dilaporkan bahawa tiga orang telah terkorban kerana banjir ini. Biasanya dalam bulan Oktober, November dan Disember, Pantai Timur yang akan mengalami Monsun Timur Laut dan musim tengkujuh tetapi kebelakangan ini kita lihat bahawa negeri Kedah dan negeri Pulau Pinang dilanda oleh banjir di luar daripada musim yang sepatutnya. Adakah ini berkaitan dengan ekologi negeri Kedah yang mungkin telah terjejas kerana pengeluaran pembalakannya? Dan lebih spesifik lagi saya ingin tahu kedudukan konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Kedah dengan syarikat dari Sarawak tersebut.

Dalam hubungan ini juga saya ingin mengungkitkan apa yang berlaku di Pahang, di mana secara terbuka, di Nenasi umpamanya, dalam Parlimen Pekan, satu kawasan seluas 10,000 ekar telah diberikan kepada badan politik iaitu Badan

Page 45: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 35

Perhubungan UMNO Negeri Pahang, dan ini disokong oleh surat-surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan surat-menyurat daripada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan juga Bendahari UMNO Negeri Pahang dengan Jabatan Perhutanan bahawa mereka adalah pemilik yang sah bagi kawasan konsesi, bukan sahaja 10,000 ekar tersebut tetapi juga di kawasan-kawasan yang lain.

Adakah negeri-negeri lain juga mengamalkan dasar yang sama, iaitu badan politik berkuasa negeri diberikan konsesi balak? Ini pada saya akan menjejaskan hasil negeri terbabit kerana berbagai-bagai sebab, umpamanya harga premium dan royalti yang rendah yang mereka bayar, bahkan mungkin mereka akan menebang. Dalam kes di Nenasi ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang telah menebang kawasan pembalakan ini di luar daripada kelulusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian dalam hal ini? Kalau di Kedah mereka telah membatalkan konsesi tersebut tetapi mengapakah dalam kes negeri Pahang, kementerian ini telah mendiamkan diri? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Kemaman.

12.56 tgh.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahas mengenai Kepala P.20 Butiran 11100 – Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit dan Pembangunannya. Iraq merupakan salah sebuah negara yang pernah menjadi pasaran utama kelapa sawit Malaysia di Timur Tengah dan sebelum berlaku Peperangan Iraq, banyak perjanjian telah termeterai di antara Malaysia dengan negara tersebut, di mana Malaysia akan membekalkan minyak kelapa sawit ke negara tersebut.

Saya hendak tahu kedudukan, status perjanjian-perjanjian yang telah dibuat di antara syarikat-syarikat daripada Malaysia dengan syarikat-syarikat di negara Iraq ataupun Kerajaan Iraq sebelum perang. Apakah yang berlaku dengan perjanjian tersebut dan adakah kerajaan baru yang telah ditubuhkan oleh Amerika Syarikat akan mengotai segala perjanjian tersebut? Saya juga hendak tahu apakah langkah-langkah kerajaan untuk membuka semula pasaran di Iraq, yang mana telah tergendala pada ketika ini? Adakah Iraq hari ini dipaksa untuk membeli minyak-minyak daripada Amerika Syarikat ataupun adakah peluang bagi Malaysia untuk memasarkan minyak kelapa sawit ke negara tersebut?

Saya juga hendak tahu berapakah outstanding payment ataupun hutang-hutang yang dibuat oleh Kerajaan Iraq dahulu apabila membeli barang-barang, terutamanya kelapa sawit daripada Malaysia, yang masih belum dijelaskan. Apakah mereka akan menjelaskan bayaran-bayaran tersebut kerana saya difahamkan bahawa Malaysia banyak juga memberi kredit kepada Negara Iraq untuk pembelian kelapa sawitnya.

Yang keduanya, saya hendak bercakap mengenai Butiran 11000 – Institut Penyelidikan Getah Malaysia. Kita difahamkan bahawa dulu Malaysia merupakan negara pengeluar getah yang terbesar di dunia dan banyak kawasan yang telah ditanam dengan getah dan pada hari ini dari segi in-terms of acreage, Malaysia masih merupakan kawasan yang terluas dari segi penanaman getahnya tetapi kalau kita lihat daripada apa yang berlaku dalam industri getah ini, kita tengok banyak kebun-kebun getah yang terbengkalai dan banyak juga ladang getah yang telah tidak diusahakan lagi dan banyak yang terbiar begitu sahaja.

Penoreh-penoreh ataupun pengusaha-pengusaha getah adalah terdiri daripada mereka yang daif yang tidak mendapat pulangan yang baik daripada hasil perusahaan mereka. Tetapi berbeza dengan apa yang berlaku di negeri Thailand - ini dia marah pula [Memandang ke arah Yang Berhormat Sri Gading]. Walaupun acreage Thailand adalah rendah tetapi dari segi produktivitinya, productionnya adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia sekarang ini, dan hari ini Thailand mengatasi Malaysia dari segi production getah. Apa yang menyedihkan kita ialah penyelidikan-penyelidikan

Page 46: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

36 DR.7.10.2003

yang dibuat oleh Thailand menunjukkan bahawa mereka telah mengeluarkan klon-klon baru yang mempunyai …

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, boleh sambung petang ini? Ada empat minit lagi ya?

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya jemput Yang Berhormat bagi Kemaman menyambung ucapan.

2.32 ptg.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tuan Pengerusi, berapa minit lagi? 10 minit ya?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: 6 minit.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okay terima kasih. [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau hendak kurangkan pun boleh.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tuan Pengerusi, saya bercakap mengenai industri getah di negeri Thailand dan kita mesti memperakui bahawa dari segi pertanian, penyelidikan dan kajian yang telah dibuat di Thailand lebih maju daripada Malaysia dan apa yang kita lihat bahawa pokok-pokok getah yang diusahakan ataupun yang ditanam di negeri Thailand sekarang ini dengan penggunaan klon-klon baru, mereka telah dapat mengeluarkan getah dalam masa tidak sampai tiga tahun dan mereka menggunakan teknik-teknik yang membolehkan mereka mengeluarkan getah dengan lebih banyak berbanding dengan apa yang berada di Malaysia.

Dari segi industri getah ini, kita juga lihat bahawa pelaburan-pelaburan yang masuk ke Thailand yang menggunakan produk getah ini. Kita lihat kilang-kilang tayar seperti Michelin, Yokohama dan sebagainya banyak membuka kilang mereka di Thailand. Kenapa tidak di Malaysia? Adakah kerana kita tidak dapat memberi supply yang konsisten kepada syarikat-syarikat ini yang menyebabkan mereka tidak melabur di Malaysia tetapi memilih Thailand sebagai pusat kilang-kilang mereka? Dan kenapa Malaysia tidak agresif dari segi mempromosikan atau menggalakkan industri-industri yang based on getah ini datang ke Malaysia?

Kita perlu tahu bahawa banyak kegunaan getah-getah yang telah digunakan di negeri Thailand. Kita bimbang hari ini mereka telah mengatasi Malaysia dari segi industri getah ini tetapi satu hari nanti dari segi kelapa sawit pun mereka akan mengatasi Malaysia juga dari segi penyelidikan, penggunaan ataupun the yield ataupun produktiviti dari segi acreage penanaman kelapa sawit. Kita mesti memperakui bahawa teknologi pertanian di Thailand jauh lebih baik daripada Malaysia sekarang ini.

Tuan Pengerusi, saya mengalu-alukan tindakan Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk menubuhkan stockpile untuk menstabilkan harga-harga getah ini. Saya hendak tahu bagaimana mekanisme yang akan dilaksanakan dan apa akan jadi kepada industri getah di Malaysia? Adakah ia merupakan satu industri yang baik ataupun a good future for industri getah ini ataupun akan berada pada tahap yang ada pada hari ini?

Saya haraplah dengan penubuhan stockpile ini, industri getah di Malaysia dapat diperhebatkan semula dan penyelidikan-penyelidikan yang lebih baik diadakan

Page 47: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 37

dan kita dapat menggalakkan ataupun memasukkan pelabur-pelabur dalam industri getah ini supaya datang ke Malaysia. Kita jangan hanya tumpu kepada teknologi-teknologi ICT dan sebagainya tetapi juga melihat kepada agro-based industri ini untuk menanam modal di negara kita.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin membahaskan mengenai 08100 – Penilaian Sumber Arang Batu Sarawak dan Sabah. Baru-baru ini diumumkan bahawa satu kawasan di Miliau, Sabah, satu syarikat konsortium akan membuat perlombongan arang batu di Sabah dan saya hendak tahu implikasi dari segi environment ataupun alam sekitar apabila perlombongan arang baru ini dijalankan. Daripada kajian yang dibuat oleh kerajaan, sumber-sumber arang batu ini viability ataupun commercial viability arang batu yang berada di Malaysia sekarang, sama ada Sarawak dan Sabah, boleh dipertingkatkan. Kenapa perlu kita adakan Bakun Dam sedangkan kita masih mempunyai sumber arang baru yang belum dieksploitasi untuk kegunaan dalam penjanaan electricity?

Kenapa arang baru tidak diberikan keutamaan dalam penjanaan kuasa yang diperlukan di Sabah dan Sarawak tetapi menggunakan kaedah membuat Bakun dan juga di Sabah pun saya dengar akan diadakan juga sebuah dam lagi di Sabah. Adakah keperluan electricity kita begitu besar sehingga kita terpaksa menghapuskan begitu besar hutan-hutan dalam negara kita, sedangkan kita ada sumber yang jauh lebih baik dan lebih berkesan yang masih belum dieksploitasi dengan sepenuhnya?

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

2.38 ptg.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 02000 dan juga 03000. Ini berhubung seperti apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat bagi Kemaman iaitu hasrat kerajaan atau kementerian untuk menerokai hutang simpan Maliau. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa Maliau ini lebih kurang 70% terletak di Parlimen Kinabatangan.

Saya juga dapat makluman bahawa satu kaedah untuk menerokai hutan simpan ini untuk mengeluarkan hasil mahsul seperti emas, arang batu dan raksa ataupun dalam bahasa saintifiknya, dalam bahasa Melayunya raksa, apa ini?

Seorang Ahli: Mercury!

Datuk Bung Moktar bin Radin: Mercury ya, dan banyak lagi hasil-hasil yang terdapat di kawasan ini. Jadi,kalau benarlah kerajaan berhasrat untuk menerokai dan mengeluarkan segala hasil yang ada di kawasan ini, saya selaku Ahli Parlimen di kawasan ini memang amat bersetuju sebab pada pandangan saya, ia akan dapat membantu mempertingkatkan ekonomi dan pembangunan, juga peluang-peluang pekerjaan di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun satu kaedah dan mekanisme rasa saya perlu diambil pendekatan oleh kementerian. Ini termasuk kalau boleh membawa pegawai-pegawai dan juga pemimpin-pemimpin daripada negeri Sabah untuk meninjau satu usaha yang telah dilaksanakan oleh sebuah negara kalau tidak silap saya di Denmark atau di Australia di mana mereka berjaya mengeluarkan hasil mahsul ini tanpa pencemaran alam sekitar, tanpa membinasakan terlalu banyak kayu-kayan di atas muka bumi tersebut.

Untuk ini pada saya memang saya bersetuju supaya satu perancangan terperinci perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa kebinasaan terhadap muka bumi di Lembah Meliau ini tidak berlaku begitu ketara sekali. Sebab pada saya di samping kita ingin melihat pembangunan rancak, ekonomi dan sebagainya, tetapi kita juga ingin melihat keselamatan manusia itu diberi perhatian ataupun keutamaan sebab tidak ada makna kita mempunyai keuntungan tetapi dari segi humaniti, kemanusiaan kita tidak ada perancangan tertentu.

Saya percaya kementerian ini mempunyai satu kaedah, satu pendekatan untuk memastikan win-win situation di mana ekonomi dapat kita tingkatkan, masyarakat dapat kita bangunkan sebab mengikut kajian-kajian yang tidak begitu pasti lebih kurang dianggarkan beratus-ratus bilion pulangan apabila Lembah Meliau ini dapat diterokai

Page 48: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

38 DR.7.10.2003

dan Lembah Meliau ini satu-satunya hutan simpan di negeri Sabah yang tidak pernah diterokai. Ianya merupakan hutan simpan yang masih penuh dengan alam flora dan juga penuh dengan kehijauan liar.

Untuk itu rasa saya kalau boleh kementerian perlulah turun membuat kajian di kawasan-kawasan tersebut sebelum melaksanakan program-program seumpama ini sebab saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak begitu tertarik dengan cadangan-cadangan daripada kementerian sehingga Menteri sendiri memberitahu pihak akhbar it’s up, terserah kepada penduduk Sabah sama ada dia mahu emas ataupun mahu monyet. They want money or they want monkey. So pemimpin-pemimpin negeri Sabah agak begitu terkilan tetapi saya selaku Ahli Parlimen saya melihat bahawa ruang untuk menerokai Lembah Meliau ini begitu baik sekali dan boleh mempertingkatkan pembangunan ekonomi secara menyeluruh.

Saya tidak ada halangan untuk memberi kerjasama dan akan memberi keyakinan kepada masyarakat di setempat bahawa usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini akan membawa pulangan yang baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Gelang Patah.

2.43 ptg.

Tuan Chang See Ten: Tuan Pengerusi, terima kasih. Kita semua sedia maklum bahawa hutan adalah khazanah negara dan ia merupakan warisan asli sumber alam semula jadi milik rakyat berbilang kaum di Malaysia. Justeru itu dasar dan polisi khazanah negara tentang hutan perlu diseragamkan demi menjaga kepentingan hak dan generasi kita akan datang. Tuan Pengerusi menyentuh dengan butiran 020000 tentang perhutanan, saya ingin dapat penjelasan daripada pihak Kementerian Perusahaan Utama tentang sejauh manakah kemajuan tentang penggazetan tanah untuk simpanan hutan yang kekal yang dijanjikan kepada Kerajaan Pusat oleh semua kerajaan negeri dalam Malaysia dan sejauh manakah tentang hutan iaitu Permanent Forest Estate (PFE) dengan izin.

Daripada tahun 1986 hingga tahun 2002, berapa hektar tanah PFE yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri dan berapa hektar tanah hutan PFE yang telah dibatalkan gazet oleh kerana negeri selama ini dan sama ada kita kerajaan telah janji kepada di International Tropical Timber Organization (ITTO) iaitu kita ada janji kepada ITTO tentang sustainable forest management yang mana sejauh manakah kita telah menunaikan janji kita.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan estet perhutanan yang kekal di tiap-tiap negeri, adakah pihak Jabatan Hutan melalui penguatkuasaan undang-undang terdapat pembalakan haram masih dijalankan dan apa tindakan yang berkesan untuk mencegah aktiviti yang tidak bertanggungjawab sosial ini.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan production forest iaitu hutan untuk logging atas kaedah sustainable, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kementerian Perusahaan Utama berapa hektar adalah dikhaskan untuk protective forest iaitu hutan yang disimpan untuk kepentingan water, soil dan bio-diversity conservation untuk melindungi alam sekitar kita. Kita sedia maklum bahawa pada masa sekarang kos rawatan air mentah kepada air paip untuk kegunaan kita adalah masih meningkat dan kita perlu kerjasama dari semua pihak untuk sama-sama menjaga kualiti air kita supaya kita dapat mengawal peningkatan rawatan air mentah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bagan.

Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat berkenaan dengan cadangan menswastakan pengurusan hutan di Sarawak. Yang Berhormat selalu membantah penswastaan air IWK dengan suara yang lantang tapi berkenaan dengan penswastaan pengurusan hutan di Sarawak, bolehkah Yang Berhormat memberi sedikit pandangan.

Tuan Chang See Ten: Tuan Pengerusi, saya berpendapat soalan ini adalah lebih baik dimajukan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawab nanti kerana ini adalah satu kes di Sarawak yang mana saya pun tidak berapa tahu tentang kes ini dan saya harap apa yang dijalankan, kepentingan pegawai di Jabatan Hutan di

Page 49: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 39

sana dan kepentingan rakyat berbilang kaum di Sarawak perlu diambil kira demi kepentingan negara kita ini.

Tuan Pengerusi, saya tadi kata tentang kepentingan, kita mesti melindungi alam sekitar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi kata bahawa Malaysia janji kepada ITTO iaitu kita akan simpan sekurang-kurangnya 50% tanah Malaysia akan kekal ada hutan. Ini adalah satu perjanjian yang mana kita dapat menjaga alam sekitar kita dan kita perlu meneruskan perjuangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin pindah kepada masalah pencemaran yang disebabkan oleh kilang kelapa sawit.

Tadi Yang Berhormat bagi Beluran pun ada sentuh tentang kes ini. Beberapa tahun lalu saya pernah menghadiri satu sesi dialog yang diberikan oleh Kementerian Perusahaan Utama. Sudah berapa tahun kementerian ini tidak bagi kita berdialog tetapi saya pernah pada Penggal Pertama, saya pernah dijemput untuk menghadiri satu taklimat yang diberikan oleh Kementerian Perusahaan Utama yang mana diberitahu mengenai sistem jenis evaporation yang direka oleh pihak kementerian melalui pakar-pakar yang berkenaan supaya akan mendapatkan zero discharge untuk kilang-kilang kelapa sawit. Pada masa itu saya dengar berita itu saya pun sangat bangga. Ini satu kaedah yang sangat baik untuk menjaga alam sekitar negara kita ini

tetapi hingga sekarang saya tidak nampak ada mana-mana kilang kelapa sawit yang menggunakan sistem evaporation yang menggunakan kaedah-kaedah zero discharge...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulung.

Tuan Chang See Ten: …zero discharge saya harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang mana kilang yang ada menggunakan ini. Kalau ada saya harap dapat kita membuat lawatan kerana saya berminat untuk mendapat tahu bagaimana ia berfungsi…

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, minta penjelasan.

Tuan Chang See Ten: Tak ada masa. Tuan Pengerusi, ada masa sedikit tak? Kalau ada, boleh tanyalah. Kalau tak ada... Kalau Tuan Pengerusi mengizinkan.

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tak apa. Tak apa. Teruskan. Saya duduk. Carry-on. Terima kasih.

Tuan Chang See Ten: Yang ketiga ini yang last sekali. Ini saya memang tahu pihak Kementerian Perusahaan Utama sentiasa berusaha mempertingkatkan jualan kelapa sawit di negara kita. Ini dapat menolong pengusaha-pengusaha dan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit iaitu kita mengadakan barter trade atau mengadakan projek-projek seperti landasan kereta api daripada Kempas ke PTP sejauh 35 kilometer yang telah disiapkan oleh kontraktor dari negara India dengan cara barter trade dan kita pun ada membeli 2 buah mesin scan melalui barter trade dengan negara China.

Saya harap dapat lebih maklumat tentang barter trade antara Malaysia dengan negara lain dalam kontrak dan dalam bekalan seperti bekalan-bekalan yang berkenaan untuk mempertingkatkan jualan kelapa sawit untuk kepentingan negara kita ini. Dengan kata-kata demikian saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, masih ramai, ya? Ahli Yang Berhormat bagi Tanjong.

2.57 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang maksud B.20, Butiran 020000 – Perhutanan, dengan khususnya operasi hutan di mana objektif di bawah kementerian adalah untuk mengurus, memelihara dan membangunkan sumber hutan kita untuk memastikan pengeluaran

Page 50: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

40 DR.7.10.2003

kayu-kayan bagi meningkatkan sumbangan sosioekonomi selaras dengan Akta Perhutanan Negara dan juga di samping itu untuk memastikan kestabilan alam sekitar.

Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan ini tentang laporan baru-baru ini mengenai pemusnahan yang terdapat di Tasik Kenyir kerana aktiviti pembalakan yang berleluasa telah mengancam sistem alam sekitar di sana. Saya ingin tahu, mengapa kelulusan boleh diberikan untuk aktiviti pembalakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri lebih-lebih lagi oleh pejabat ini yang sudah pun dianugerahkan Sijil ISO 9002 untuk pengurusan hutan.

Bukankah ini tanggungjawab Pejabat Perhutanan Negeri untuk memastikan kawasan-kawasan spesifik tidak boleh ada kegiatan pembalakan kerana unsur alam sekitar. Dalam kes Tasik Kenyir di mana Laporan EIA tidak diperlukan kerana kawasan konsesi adalah kurang dari 500 hektar, oleh kerana tidak ada Laporan EIA ini, saya rasa Jabatan Perhutanan Negeri haruslah lebih berhati-hati tentang perkara ini dan harus memastikan sumber air semula jadi tidak harus dijejaskan oleh kerana aktiviti pembalakan.

Saya ingin tahu dari kementerian, apakah tindakan yang sudah dan akan diambil untuk mencegah pembalakan yang telah menjejaskan alam sekitar di atas Pulau Sumas di Tasik Kenyir ini. Saya juga memperhatikan bahawa kementerian berpendapat bahawa dengan adanya Akta Perhutanan Negara, kita telah berjaya mencegah aktiviti pembalakan haram tetapi nampaknya aktiviti-aktiviti ini masih terdapat dan masih dilakukan di merata tempat di seluruh negara ini.

Jabatan Perhutanan dikatakan menjalankan kawal selia udara dengan menggunakan imej satelit untuk mengesan kegiatan pembalakan haram. Saya ingin tahu dari kementerian apakah satelit yang digunakan setakat ini dan sejauh mana dengan menggunakan imej satelit ini kita dapat mengesan aktiviti-aktiviti pembalakan haram. Saya berpendapat Tuan Pengerusi baru-baru ini ada satu skandal yang melibatkan pembalakan hutan di hutan simpanan di mana imej-imej satelit dari LenSAT iaitu satelit dari United State geological survey dan agensi angkasa Perancis, Sport Satellite telah menunjukkan imej pembalakan yang dilakukan di kawasan hutan simpan di Nenasi, Pekan yang diberikan kepada UMNO Pahang yang sudah pun habis dibalakkan.

Bukankah Tuan Pengerusi kita tahu bahawa pada tahun 1996, Kawasan Hutan Simpan Nenasi ini telah pun diisytiharkan sebagai kawasan alam sekitar yang amat sensitif dalam Pelan Struktur Daerah Pekan. Kawasan ini juga digezetkan sebagai Hutan Simpanan Kekal.

Saya tidak tahu bagaimana kawasan ini boleh dibalakkan dan diberikan hak itu kepada UMNO Pahang. Saya ingin tahu dari kementerian, apakah tindakan yang akan dilakukan atas isu ini. Sebab pembalakan di kawasan ini diaktakan adalah untuk membolehkan penanaman kelapa sawit untuk usaha industri kelapa sawit tetapi apabila siap pula pembalakan, tempat ini didapati tidak sesuai langsung untuk tanaman kelapa sawit dan perkara ini juga menimbulkan bantahan di negara-negara Europe kerana mereka mendapati bahawa di Malaysia kita kena mengorbankan hutan simpan semata-mata untuk memajukan tanah untuk tujuan kelapa sawit di mana Menteri sendiri pun terpaksa ‘berkejar’ ke Eropah untuk memberi penjelasan. Saya ingin tahu sama ada dari segi ini apakah pemantauan yang dilakukan oleh kementerian supaya kejadian ini tidak berlaku lagi.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 060000 – Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia khususnya tentang pembangunan teknologi pulpa dan kertas. Nampaknya walaupun ada institusi ataupun lembaga ini, kita nampak masih belum berjaya kerana baru-baru ini atas isu mengenakan cukai anti-dumping atas newsprint.

Kita dapati, di Malaysia hanya terdapat satu syarikat sahaja yang mengeluarkan newsprint iaitu MNI di mana pengeluarannya pun masih belum mencukupi untuk menampung permintaan pasaran dalaman Malaysia. Oleh sebab itu, penerbit ataupun surat khabar perlu mengimport dari luar negara.

Saya ingin tahu apakah langkah yang akan diambil untuk memajukan sektor ini sebab dengan cukai anti-dumping ini kita dapati seolah-olah cuma dapat melindungi sebuah syarikat tetapi sektor-sektor yang lain yang berkaitan seperti percetakan,

Page 51: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 41

penerbitan akhbar-akhbar dan majalah dan produk-produk kertas serta pengguna-pengguna perlu menanggung kos yang lebih tinggi akibat cukai ini.

Kita juga dimaklumkan bahawa usaha sama Malaysia dan negeri China untuk memajukan industri kertas sudah pun gagal mencapai persetujuan. Saya ingin kementerian memberitahu Dewan ini apakah sebabnya usaha sama ini gagal. Apakah tindakan yang akan diambil untuk meneroka kerjasama dengan negara-negara lain untuk memajukan teknologi dan industri ini.

Saya juga ingin akhirnya meminta kementerian memberitahu Dewan ini bilakah kita akan menjadi self-sufficient dalam keluaran kertas ini dan sama ada ini adalah satu strategi yang patut kita kerjakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tuaran.

3.02 ptg.

Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini dalam P.20, Butiran 010200 iaitu Kemajuan Industri Komoditi dan Perancangan Korporat.

Saya turut rasa prihatin isu-isu yang telah dibawa oleh Yang Berhormat bagi Beluran dan Yang Berhormat bagi Gelang Patah dalam soal pencemaran alam sekitar. Dalam soal komoditi ini, dahulu apabila negara kita ini pengeluar kayu balak, dengan adanya pembalakan maka sebahagian besar daripada sungai-sungai kita telah dicemari, dan masih lagi pada masa ini di mana terdapat pembalakan. Selepas berkurangannya pembalakan, datangnya industri kelapa sawit, hari ini pula sungai sekali lagi tercemar dengan discharge daripada kilang-kilang kelapa sawit.

Dalam soal ini, saya difahamkan bahawa pihak industri, pihak kementerian dengan Jabatan Alam Sekitar mempunyai satu jalinan kerjasama untuk memastikan supaya tahap pencemaran di sungai-sungai ini dalam keadaan yang diterima. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa yang sama disebabkan kelapa sawit ini akan berterusan, dan ia akan berada di situ dalam jangka masa yang lama walaupun tahap pencemaran ini boleh diterima dari segi alam sekitar, tetapi akhirnya pencemaran ini akan menjadi pelbagai masalah pada masa-masa akan datang.

Dalam soal ini, Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian mengkaji bagaimana kita dapat menggunakan sama ada bio-mass, sisa-sisa daripada kelapa sawit mahupun discharge daripada kilang ini boleh dijadikan bahan-bahan baja sebagai contoh, bahan organik. Saya difahamkan bahawa kajian telah dibuat sebagai contoh, bahan bio-mass daripada tangkai kelapa sawit ada kajian yang sudah dibuat untuk menjadikan bahan-bahan itu sebagai baja. Begitu juga dengan discharge daripada kilang kelapa sawit, ia juga boleh dijadikan sebagai baja.

Persoalannya di sini ialah adakah pihak kementerian mengadakan kajian dari segi bagaimana kita menarik, memberi insentif kepada pihak industri supaya bahan-bahan ini dijadikan baja dan sebagainya. Dengan cara demikian bukan sahaja kita dapat menjaga alam sekitar tetapi kita dapat melahirkan atau menghasilkan satu lagi industri iaitu industri baja yang dihasilkan daripada kumbahan kilang kelapa sawit tadi.

Saya difahamkan misalannya di negeri Sabah beberapa syarikat telah membuat cadangan untuk menjadikan bahan kumbahan daripada kilang kelapa sawit ini untuk dijadikan baja organik. Yang penting di sini ialah bagaimana kita memberi insentif dalam pelbagai bentuk, barangkali dalam bentuk insentif cukai ataupun dalam apa jua bentuk untuk menggalakkan para pengusaha untuk mengambil peluang ini.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada P.20 – Butiran 05800 iaitu Perancangan dan Pengurusan Hutan, Perhutanan Sabah. Peruntukan lebih RM1 juta telah diberikan dalam butiran ini. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan dalam soal pengurusan hutan di negeri Sabah banyak hutan-hutan simpan yang bukan lagi hutan simpan, tetapi sudah dicerobohi sama ada oleh orang-orang kampung mahupun agensi-agensi kerajaan. Sebagai satu contoh, di kawasan saya ada satu hutan simpan di mana dahulunya kawasan-kawasan hutan simpan ini adalah Kelas I, pihak kerajaan telah membenarkan satu agensi iaitu Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah untuk mengusahakan kawasan itu, membuat ladang hutan dan sebagainya tetapi dia tidak jadi.

Page 52: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

42 DR.7.10.2003

Akhirnya, kawasan hutan simpan ini hari ini menjadi bukan lagi primary forest, maknanya ia sudah ditebang dan sebagainya sedangkan hutan simpan ini adalah Hutan Simpan Kelas I. Apabila Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah keluar daripada kawasan itu dan meninggalkan kawasan termasuklah pejabat operasi dan sebagainya, maka orang-orang kampung memikirkan bahawa kalau satu agensi kerajaan dibenarkan untuk mengusahakan kawasan itu, apa salahnya orang kampung masuk untuk bercucuk tanam di situ. Orang-orang kampung masuk menanam sayur kubis dan sebagainya, dan apabila mereka mengeluarkan kubis dan sebagainya datanglah pegawai-pegawai daripada Jabatan Hutan mengusir mereka.

Orang-orang kampung menyatakan bahawa hari ini kami mengusahakan tanah ini menanam kubis, sayur-sayuran temperate dan sebagainya, hari ini kami diusir. Dahulu pihak SAFODA mengusahakan kawasan ini tidak diusir, kenapa kami diusir, sedangkan tujuan SAFODA adalah memberi pekerjaan dan meningkatkan lagi sosioekonomi orang-orang tempatan di situ.

Persoalan di sini, Tuan Pengerusi, ialah barangkali kalau boleh kementerian mengadakan kajian secara menyeluruh kepada semua hutan simpan di negeri Sabah terutama sekali Hutan Simpan Kelas I - Hutan Perlindungan (Protection Forest) dan juga Hutan Simpan Kelas IV - Amenity Forest di mana sama ada dalam peta dia masih wujud tetapi barangkali di lapangan sudah tidak ada. Dalam soal ini, di mana tempat-tempat di mana orang kampung sudah tinggal dan sebagainya, pihak kementerian barangkali dalam kajian ini boleh berbincang dengan kerajaan negeri bagaimana tanah ini dimanfaatkan sebaik-baik mungkin di mana orang kampung juga mendapat manfaat dan kita juga dapat mempertahankan peratusan forested land bagi negeri Sabah.

Dalam hal ini juga, Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dalam soal penggunaan sistem penuaian hutan, dalam bajet pada hari ini, lebih kurang RM1 juta lebih diperuntukkan untuk kajian ini. Saya ingin bertanya dalam kajian-kajian tuaian hutan terutama sekali di negeri Sabah, apakah kerajaan telah mewajibkan satu sistem tuaian hutan yang mesra alam. Sebagai contoh, di negeri Sabah kita telah membuat kajian dan dilaksanakan iaitu sistem Reduced-Impact Logging (RIL). Adakah pihak kerajaan mewajibkan ataupun memberi insentif tertentu kepada para pembalak ataupun kepada pengusaha supaya menggunakan Reduced-Impact Logging ini ataupun sistem penuaian hutan yang mengurangkan impak kesan alam sekitar.

Ini adalah amat penting sebab jika sekiranya walaupun hari ini pembalakan dikehendaki untuk menjalankan EIA, tetapi oleh kerana kawasan pembalakan yang dikehendaki menjalankan EIA begitu kecil iaitu kawasan 500 ekar ke atas dikehendaki membuat EIA, kita lihat bahawa kesan daripada mengadakan EIA ini pun masih lagi…

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh gulung.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Baik Tuan Pengerusi, ya, ya. .....masih lagi besar, oleh sebab itu, penggunaan sistem penuaian hutan yang bersesuaian diperlukan.

Dalam hal ini saya juga ingin turut sama dengan Gelang Patah bertanya bagaimanakah pelaksanaan apa-apa yang dikehendaki oleh ITTO bagi negeri Sabah. Saya difahamkan Sabah lebih terdahulu dari segi memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh ITTO dalam soal pembalakan berbanding dengan Semenanjung. Saya ingin bertanya pihak kementerian apakah ini benar dan apakah ini berterusan berikutan dengan apa yang telah dikajikan di Dermakot forest reserve. Dengan kata-kata yang demikian saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tumpat.

3.01 ptg.

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin membahaskan beberapa perkara di bawah Kementerian Perusahaan Utama.

Pertamanya Butiran 00505 berkaitan dengan Pembiayaan Tanaman Semula Kelapa Sawit Bagi Pekebun Kecil. Sebagaimana yang disebutkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang membahaskan berkenaan dengan kelapa sawit ini, saya fikir

Page 53: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 43

adalah diakui bahawa minat dan tumpuan utama kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin politik dan wakil-wakil rakyat yang ada hubungan yang erat dengan rakyat ialah agar dipastikan bahawa perbelanjaan berjumlah hampir RM7 juta ini tumpuannya, hasilnya ialah benar-benar ia memberikan keuntungan dari segi peningkatan pendapatan dan keadaan kesejahteraan yang lebih tinggi bagi kumpulan yang terlibat dalam menjadi penanam kelapa sawit yang kecil-kecilan di luar bandar ini.

Saya bersetuju dengan sahabat-sahabat yang bercakap tentang bab ini yang mengatakan bahawa kementerian termasuklah kementerian ini lebih banyak menumpu kepada kepentingan pihak-pihak yang memegang saham yang besar-besar dalam syarikat yang besar-besar yang terlibat dalam perindustrian ataupun dalam bidang kelapa sawit ini.

Harapan kita ialah peruntukan ini dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya digunakan sepenuhnya untuk memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil yang benar-benar berada di kawasan luar yang benar-benar mengusahakan tanaman kelapa sawit ini.

Kita tidak mahu melihat contoh di mana projek yang bermula dengan projek dan usaha-usaha kecil diperbesarkan, dikorporatkan, disyarikatkan dan kemudiannya ia hanya memberi keuntungan besar kepada pemegang-pemegang saham yang besar dan tidak menguntungkan pekebun-pekebun kecil. Ini sudah berlaku dalam banyak kes dan ia saya fikir jika berulang sekali lagi dengan kes kelapa sawit ini adalah amat malang sekali bagi masyarakat kita.

Saya bimbang projek-projek yang diisytiharkan berkenaan dengan kedudukan penanam-penanam kelapa sawit, sama ada melalui FELDA ataupun program-program yang lain, jika tumpuannya sekadar untuk mewujudkan keuntungan dalam bentuk suasana penstrukturan yang melibatkan pembentukan satu korporat baru untuk kononnya membantu penanam-penanam kelapa sawit, tetapi kita telah melihat contoh-contoh seperti KUB dan sebagainya yang mana usaha-usaha ini akhirnya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada penanam-penanam kelapa sawit yang sebenarnya.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 03900 iaitu tentang Pembangunan Hutan Simpanan Kekal Wilayah Persekutuan yang mana diperuntukkan untuk tahun ini lebih daripada RM200,000, walaupun jumlahnya kecil saya amat tertarik dengan cadangan dan program yang dilakukan oleh kementerian ini.

Saya amat bersetuju bahawa hutan simpan di Wilayah Persekutuan ini diberikan keutamaan oleh pihak kementerian. Saya ingin tahu di manakah hutan simpanan Wilayah Persekutuan ini. Saya menganggap bahawa pengekalan hutan simpanan di Wilayah Persekutuan adalah satu perkara yang penting. Sekali lagi untuk menjaga kesejahteraan masyarakat awam yang perlu kepada alam sekitar yang baik dan dalam bentuk yang ada ini, hutan simpan perlulah dijaga di Wilayah Persekutuan.

Saya ingin tahu di Wilayah Persekutuan manakah yang terdapat hutan simpan ini dan jumlah ekarnya atau hektarnya hutan simpan ini. Saya juga ingin tahu dengan lebih terperinci perancangan di pihak kementerian untuk memastikan hutan simpanan ada di Wilayah Persekutuan ini yang saya fikir ekarnya tetapi saya ingin tahu apakah rancangan terperinci di pihak kementerian.

Kita tidak mahu hutan simpan dan hutan seperti ini disalahgunakan oleh pihak penguasa termasuklah kerajaan-kerajaan negeri seperti kita lihat apa yang berlaku di negeri Kedah, di negeri Pahang yang mana pemimpin-pemimpin politiknya menggunakan sepenuhnya kuasa EXCO yang ada kepada mereka dan kadangkala tanpa EXCO hanya Menteri Besar memberikan kepada pembalak-pembalak hutan-hutan yang nilainya tinggi ini hanya untuk kepentingan sementara mereka di waktu itu, kadangkala mengambil konsesi hutan yang sepatutnya dikeluarkan bertahun-tahun selepas beliau menjadi Menteri Besar, tetapi telah digunakan kesempatan kuasa yang ada pada ketika itu untuk meluluskannya kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan di pihaknya. Akhir-akhir ini syarikat-syarikat itu sendiri yang datang ke mahkamah untuk menuntut hak mereka yang bererti bahawa kelulusan itu ada banyak masalahnya.

Saya berharap pihak kementerian akan berhati-hati memberi tumpuan yang lebih lagi kepada hutan khususnya dalam kes hutan simpanan ini yang ada di Wilayah Persekutuan.

Page 54: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

44 DR.7.10.2003

Seterusnya kepada Butiran 08907 - Kajian Sumber Air Tanah Negara. Air adalah amat penting, sumber air perlu diberi kajian yang sentiasa. Di sini diperuntukkan RM1.682 juta untuk tujuan itu. Saya mengira bahawa peruntukan ini daripada jumlah projek yang dianggarkan sekitar RM150 juta, dibelanjakan hanya sejumlah yang amat kecil daripada peruntukan tersebut.

Kita dimaklumkan kajian-kajian telah dilakukan bahawa dianggarkan sumber air khususnya melalui air asli sungai dan sebagainya akan menjadi suatu isu antarabangsa dan konflik antarabangsa yang akan menjadi lebih besar pada tahun-tahun yang akan datang ini.

Di negara kita sendiri pun kita ada masalah air walaupun tidak disebutkan seperti yang sepatutnya iaitu Kementerian Perusahaan Utama. Kementerian ini sepatutnya menjaga hal ehwal eksport air kepada negara asing khususnya negara Singapura tetapi kita sebenarnya pengeksport air berpuluh-puluh tahun lamanya, tetapi kita tahu oleh sebab pengendalian eksport air ini tidak dijalankan dengan baik oleh kerajaan kita maka kita bukan sahaja mengalami kerugian yang besar tetapi pengendalian proses dan isu air, harga air dan sebagainya mendatangkan suatu malu yang amat-amat aib kepada kita kerana ia membuktikan ketidakupayaan kita mengendalikan sumber air kita dengan baik, dan ketidakupayaan kita untuk menjadikan air kita itu bahan keuntungan ekonomi yang munasabah kepada kita.

Saya bersetuju akan perbelanjaan yang dicadangkan ini, malah saya ingin mendesak kementerian untuk meningkatkan lagi peruntukan dan usaha-usaha di dalam memastikan kita benar-benar membuat kajian yang amat baik untuk memastikan kita mengetahui tentang sumber air tanah kita supaya keuntungan di masa yang akan datang dari sudut ekonominya, dari sudut rakyat dapat menikmati minuman air asli yang tidak kotor, yang tidak termasuk di dalamnya bahan-bahan kimia yang menjadi punca banyak penyakit dalam masyarakat kita hari ini, perkara ini hendaklah diberi tumpuan oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Rantau Panjang.

3.18 ptg.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin mengambil bahagian sedikit untuk bercakap berkenaan dengan Butiran 00400 – Lembaga Tembakau Negara.

Sebagaimana diketahui di akhir-akhir ini, pihak Lembaga Tembakau Negara telah mengeluarkan banyak lesen ataupun ban-ban tembakau yang dipanggil penanam/pengawet individu iaitu PPI. Yang boleh dikatakan di akhir-akhir ini berselerak di kampung-kampung terutama sekali kepada penyokong-penyokong UMNO diberi untuk membina ban-ban tembakau ini.

Saya ingin mengetahui berapa banyakkah ban-ban tembakau ataupun yang digelarkan penanam pengawet individu (PPI) ini yang telah diberikan mengikut negeri-negeri, yang saya dimaklumkan Kelantan dan Terengganu lebih banyak diberi lesen ban-ban baru ini, kepada penanam atau pengawet individu.

Walaupun kuota yang diberikannya ialah lebih kurang 1,500 kilogram daun kering untuk setahun dan di akhir-akhir ini saya dapati banyak ban tembakau PPI ini mati ataupun kerugian besar oleh kerana mereka ini tidak mahir di dalam perusahaan tembakau ini. Oleh kerana mereka ini UMNO, maka diberi kemudahan, diberi peluang kepada mereka ini untuk memulakan perniagaan, walhal sebahagian besarnya tidak pernah menanam tembakau pun tetapi oleh kerana mereka kuat UMNO, untuk menarik undi diberi kuota penanaman tembakau ini kepada mereka ini. Kita akan lihat akhir sekali mereka ini akan kerugian besar dan akan marah balik kepada Barisan Nasional di masa hadapan nanti.

Kalau kita lihat di ban-ban PPI ini, ataupun pengawet-pengawet yang diberikan kuota ini, sebahagian besarnya tidak mengetahui cara untuk cure ataupun untuk awet daun tembakau hijau ini apabila masuk dalam ban ini. Kita mengetahui selama ini pun, sebahagian besarnya curers ini merupakan orang-orang tua. Orang-orang muda boleh dikatakan tidak ada langsung yang pandai untuk cure daun tembakau ini. Saya pun hairan kenapakah pihak kerajaan khususnya Lembaga Tembakau Negara tidak cuba melatih pemuda-pemuda kita ini supaya menjadi seorang curer yang baik.

Page 55: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 45

Malah saya dimaklumkan, banyak ban tembakau di negeri Kedah meminjam curers yang tua-tua daripada Kelantan ini untuk membantu ban-ban tembakau yang berada di negeri Kedah supaya mutu daun tembakau itu menjadi elok. Kalau curers ini tidak pandai memainkan peranan sewaktu mengawet daun hijau ini, sudah tentulah pokok tembakau ini mengeluarkan daun yang bermutu rendah.

Sekarang ini kita lihat pengusaha-pengusaha yang besar menghadapi satu perlawanan yang agak hebat juga dengan pengawet kecil di bawah PPI kerana sebahagian besar penanam-penanam itu sudah lari kepada penanam-penanam ban PPI yang ada berselerak di kampung-kampung ini. Kita lihat sekarang ini daun tembakau hijau yang dibeli boleh dikatakan puratanya 80 sen satu kilogram daun kering dan ratio apabila dicure - dikeringkan - ia lebih kurang 1:10 biasanya. Maksudnya, 10 kilogram daun hijau jadi 1 kilogram daun kering.

Nilai daun kering yang telah diawet atau diproseskan tiap-tiap satu kilogram yang terbaik yang dipanggil premium ialah RM16.80 satu kilogram, yang gred satu (first grade) ialah RM15.80 satu kilogram, dan yang bawah sekali - daun hancur yang dipanggil daun scrap - ini ialah RM8.40 se kilogram.

Kita lihat ini keadaan bahaya oleh kerana musim sekarang ini musim hujan dan rationya tidak lagi menjadi 1:10 sekarang ini dan lebih daripada itu. Perkara ini tidak dibuat kajian dan saya ingin mengetahui adakah LTN ini ada mempunyai R & D sendiri ataupun diserahkan kepada MARDI untuk membuat R & D kerana dari masa ke semasa kita lihat sekarang ini mutu daun tembakaunya tidak begitu elok kerana ada banyak spots di daun-daun tersebut kalau hendak dibandingkan dengan daun-daun yang diimport daripada Thailand. Cara pemberian ban di bawah PPI ini juga tidak melihat kepada keadaan tempat dan tanah tersebut.

Sepatutnya di kawasan Bachok dan Pasir Puteh yang mempunyai sandy soil, itu patut ditumpukan pemberian pembahagian ban-ban tembakau ini tetapi di akhir-akhir ini tidak kira di mana sahaja. Di dalam pokok getah pun diberi untuk membina ban tembakau dan sudah tentulah akan keluar daun yang mutunya tidak elok - daun spotted akan keluar. Oleh kerana orang kuat UMNO, diberi juga dengan tidak melihatkan keadaan tanah tersebut.

Ini satu perkara yang berlaku di akhir-akhir ini dan ini barangkali oleh kerana Pengerusi Lembaga Tembakau Negara sekarang ini merupakan Ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang. Oleh kerana dia Ketua Bahagian UMNO, dia hendak cari pengaruhnya, dia bagi sahaja, tidak melihat tempat. Saya minta pihak kementerian supaya buat kajian ini, apakah betul cara pemberian ban-ban tembakau di bawah PPI ini supaya ianya terselamat dan mutu daun tembakau yang dibeli oleh MTC, LTDC dan Algerenod ini adalah daun tembakau kering yang bermutu baik. Kalau tidak, kita akan menjadi mangsa.

Saya ingin mengetahui harga daun tembakau ini. Kalau sekarang ini harga tertinggi premiumnya tadi ialah RM16.80. Tidak bolehkah kerajaan membuat kajian melalui Lembaga Tembakau Negara supaya menaikkan harga daun kering ini sesuai dengan harga rokok yang sudah naik? Kalau harga daun kering ini dinaikkan, sudah tentulah kesannya kepada pengawet dan juga seterusnya kepada penanam tembakau. Bila pengawet ada untung, pengawet beli tinggi dan penanam juga akan menjual daun hijau yang berharga lebih tinggi sedikit daripada 80 sen sekarang ini. Saya minta supaya pihak Lembaga Tembakau Negara cuba main peranan supaya harga daun kering ini diangkat sedikit mengikut gred-gred yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tembakau Negara sendiri.

Apakah persiapan pihak kementerian ini dalam menghadapi persiapan AFTA akan datang ini kerana kita mengetahui mutu daun tembakau daripada Thailand yang ditanam sebelah utara, sebelah Chiengmai dan sebagainya, lebih baik mutu daripada mutu daun tembakau Virginia yang ada di negara kita ini? Kita harap apabila berlaku AFTA, sudah tentulah harga import daun tembakau Virginia yang kering daripada Thailand ini lebih murah daripada kita. Mangsanya ialah kepada pengawet dan penanam yang berada di negara kita. Kerajaan mesti awal-awal lagi membuat kajian supaya perkara ini tidak akan berlaku di saat akhir menjelang tahun 2005.

Kemudian, saya ingin mengetahui pula berapa ramai sekarang ini penanam-penanam yang terlibat dengan ban-ban PPI ini kalau hendak dibandingkan dengan penanam-penanam dari syarikat-syarikat yang besar yang mempunyai kuota yang lebih

Page 56: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

46 DR.7.10.2003

daripada itu, kuota yang mempunyai puluhan ribu kilo setiap tahun kalau hendak dibandingkan dengan kuota yang diberi hanya 1,500 kilogram sahaja kepada ban-ban PPI ini. Harapan saya supaya pihak kementerian ini mengambil daya inisiatif supaya penanam-penanam tembakau, pengawet-pengawet tembakau tidak akan menjadi mangsa apabila AFTA ini berkuat kuasa nanti.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Akhirnya, saya ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian melalui Lembaga Tembakau Negara, berapa ramaikah pakar-pakar yang boleh menilai gred daun tembakau yang berada dalam Lembaga Tembakau Negara ini kerana berlaku kekecohan di kalangan pengawet dengan pembeli daun tembakau sekarang ini dari segi gred tembakau ini?

Ada yang mengatakan bahawasanya tidak ramai pakar yang boleh menentukan gred daun tembakau ini dan kadangkala menyebelahi kepada pembeli daripada penjual, kadang-kadang menyebelahi kilang-kilang rokok yang membeli daun tembakau daripada pengilang-pengilang yang berada bertaburan di Malaysia ini. Saya harap kepada Menteri supaya mendapat penjelasan dalam jawapan sebentar nanti. Sekian.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh siap sedia. Saya bagi yang di hujung itu, Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu, selepas itu Pokok Sena dan Timbalan Menteri boleh jawab.

3.29 ptg.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid [Hulu Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya suka untuk turut sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Utama bagi Butiran 00505 – Pembiayaan Tanaman Kelapa Sawit Bagi Pekebun Kecil. Pertamanya, saya suka melahirkan rasa kesal yang amat sangat dan kecewa dengan kementerian ini kerana hanya memperuntukkan RM6 juta sahaja untuk bantuan pembiayaan penanaman semula kelapa sawit dan ini menunjukkan bahawa kementerian tidak prihatin dengan masalah petani-petani, pekebun-pekebun kecil getah dan juga kelapa sawit. Inilah biasanya berlaku kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Apabila mereka mengalami kesusahan akibat kemelesetan ekonomi, akibat kejatuhan dalam sektor-sektor pembuatan dan sebagainya, maka tumpuan yang diberi ialah kepada petani-petani dan pekebun-pekebun, tetapi apabila keadaan ekonomi pulih dan negara sudah boleh bermegah dengan pertumbuhan ekonomi, maka golongan petani ini dibiarkan dengan tidak diberi bantuan yang sepatutnya.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Pada tahun lepas diperuntukkan RM30 juta untuk bantuan menanam kelapa sawit melalui Kementerian Perusahaan Utama. Tetapi tahun ini hanya diperuntukkan RM6 juta dan saya difahamkan mulai tahun ini bantuan hanya diberi kira-kira RM500.00 per hektar sahaja berbanding tahun lepas diberi bantuan galakan sebanyak RM1,000 per hektar. Saya ingin bertanya kementerian adakah kementerian bercadang untuk mengekalkan kadar RM500.00 per hektar yang mana dalam keadaan negara hari ini segala kos telah meningkat, segala bantuan, segala kerja-kerja untuk tanaman semula kelapa sawit ini sangat tinggi pada waktu ini. Adakah kerajaan masih hendak mengekalkan dengan kadar RM500.00 per hektar ini.

Untuk makluman kementerian bahawa pada masa ini kementerian hanya memberi bantuan RM500.00 per hektar ini kepada tanaman semula kelapa sawit, daripada kelapa sawit kepada kelapa sawit dan tidak dibayar kepada tanaman semula getah kepada kelapa sawit.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat dapat bantuan daripada RISDA Yang Berhormat daripada getah kelapa sawit.

Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid: .....daripada getah ke kelapa sawit…

Page 57: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 47

Tuan Pengerusi: Dapat bantuan daripada RISDA.

Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid: Ya, saya akan masuk ke situ Tuan Pengerusi. Apa yang saya ingin sebutkan bagi yang tidak mendapat bantuan RISDA yang mana RISDA tahun ini hanya membayar RM1,800 per hektar bagi kelapa sawit dan kementerian menambah RM500 sahaja. Bagi yang tidak mendapat peruntukan daripada RISDA maka dia hanya ada RM500.00 untuk tanaman kelapa sawit per hektar. Adalah mustahil seseorang itu akan dapat terutamanya pekebun kecil yang miskin. Kawasan saya hampir 50,000 pengundi, 100,000 yang bergantung kepada tanaman pertanian ini yang kawasan Hulu Terengganu sangat bergantung kepada bantuan-bantuan seperti ini.

Kalaulah RM500.00 ini dan tidak ada bantuan daripada RISDA maka sudah tentu tidak dapat dilaksanakan. Malah kalau mendapat bantuan RISDA pun belum tentu berjaya tanaman kelapa sawit ini kerana mulai tahun ini bagi tanaman getah ke getah RISDA telah menaikkan kepada RM7,000 per hektar, tetapi bagi getah ke kelapa sawit hanya RM1,800. Sudah tentu saya perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada petani.

Tuan Pengerusi, saya suka juga hendak mencadangkan kalau boleh pihak kementerian mempertimbangkan supaya diadakan potongan ses juga untuk tanaman kelapa sawit, sebagaimana yang RISDA buat kepada pekebun kecil getah. Di mana apabila sampai tempoh 25 tahun tanaman getah bila kita memohon tanaman semula maka kita mendapat bantuan tanaman semula yang diambil daripada tabung atau potongan ses ini. Tetapi bagi kelapa sawit tidak ada potongan ses. Oleh sebab itu bila kita hendak memohon tanaman semula kelapa sawit yang baru kita hanya dapat RM500 sehektar bagi keluasan 2.5 hektar.

Keadaan sebegini sudah tentu membebankan. Oleh sebab itu saya hendak mencadangkan kalau boleh pihak kementerian mempertimbangkan supaya diadakan potongan ses bagi kelapa sawit supaya bila cukup tempoh matang kelapa sawit kita hendak menanam kelapa sawit semula maka boleh diberikan bantuan melalui potongan ses ini.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya suka juga hendak meminta penjelasan daripada pihak kementerian sama ada bantuan yang saya sebutkan RM500.00 sehektar dibayar juga bagi pekebun kecil yang menanam kelapa sawit secara integrasi yang mana pada waktu ini kita tidak boleh menjangka harga kelapa sawit, yang kadangkala naik dan kadangkala jatuh. Bila harga kelapa sawit jatuh maka tuan punya kelapa sawit kadangkala membiarkan sahaja buah kelapa sawit di ladang-ladang kerana kos mengambil buah kelapa sawit tinggi, kos tambang tinggi, tidak sepadan dengan harga yang dibayar oleh kilang.

Oleh sebab itu mereka menanam secara integrasi. Bagi orang Terengganu, duku merupakan antara tanaman yang sangat baik dari segi harganya. Kadangkala kita menanam secara integrasi kelapa sawit dengan tanaman duku ini. Adakah pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk memberi juga bantuan ini kepada pekebun-pekebun kecil yang menanam kelapa sawit dan dalam masa yang sama apa yang saya sebutkan tadi, menanam tanaman-tanaman lain yang boleh membantu memberi pulangan.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian supaya laporan atau siasatan sebelum bantuan hendaklah diberikan supaya dapat diambil tidak melalui JKKK. Kerana ini mungkin ada pihak menganggap saya ada sentimen politik tetapi saya suka memberitahu hakikat yang sebenarnya berlaku di Terengganu. Walaupun setelah kita menubuhkan Jawatankuasa Sura Rakyat (JSR) menggantikan JKKK tetapi pihak Kerajaan Pusat masih mengekalkan JKKK dan hanya menerima laporan daripada JKKK, sedangkan JKKK seperti yang kita tahu, satu pihak yang telah tidak mempunyai kuasa yang telah ditolak oleh rakyat dan mempunyai dendam yang sangat kuat, dengan kerajaan yang ada pada hari ini iaitu dendam kesumat.

Oleh sebab itu banyak laporan yang diberikan tidak tepat malah sangat berbau politik. Saya boleh menyebutkan bukti-bukti yang sangat jelas. Di tangan saya ini ada satu laporan bagaimana kawasan yang telah dikenal pasti, yang telah diperakui oleh pegawai pertanian, dalam kes pertanian seluas 405 hektar di 36 kawasan berkelompok untuk mendapat input pertanian, yang pegawai berpuas hati, tetapi telah diberikan laporan negatif oleh JKKK sehingga membatalkan laporan pegawai. Sehingga hari ini

Page 58: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

48 DR.7.10.2003

tidak dapat bantuan dan projek ini terbengkalai. Ini berlaku Tuan Pengerusi, termasuk kawasan saya sendiri. Ini sangat mendukacitakan, kawasan saya Hulu Terengganu kawasan orang miskin yang bergantung kepada pertanian. Tetapi kalau ini dibenarkan berleluasa amat malang bagi penduduk-penduduk kampung yang tidak berdosa.

Kalau saya hendak ceritakan lebih lanjut Tuan Pengerusi, di tangan saya ini ialah senarai orang yang menerima bantuan wang ehsan melalui dana khas pada tahun lepas. Yang mana dalam ini kalau saya bacakan barangkali orang tidak percaya, kontraktor boleh dapat bantuan wang Ehsan RM300 dekat hari raya, pegawai division ‘A’ pun ada dapat, inspektor polis pun ada dapat, toko-toko kedai, pekedai yang besar-besar pun dapat, guru besar pencen pun dapat Tuan Pengerusi, tetapi orang PAS yang miskin, yang daif ramai yang tidak dapat. Bukan saya kata 100% tidak dapat tetapi ramai yang tidak dapat.

Ini satu kezaliman Tuan Pengerusi, sebab itu saya memohon dengan kementerian kalau boleh jangan menaruh harapan atau mempercayai laporan 100% daripada JKKK kerana ia sangat tidak bertanggungjawab dari segi laporan yang diberikan, yang mana akan menyebabkan kementerian menjadi sasaran, mendapat kutukan bukan sahaja orang ramai tetapi yang kita takut ialah kutukan daripada Allah S.W.T. Saya berterima kasih banyak kepada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

3.39 ptg.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh sebelum itu saya hendak mengucapkan simpati kepada rakan saya Timbalan Menteri di atas kekalahan pasukan Sabah. Saya bersimpati, dia berdukacita tetapi saya tidak bersetuju pengadil yang membuang padang pemain utama pasukan Sabah. Itu dia bukan saja-saja merebahkan diri tetapi dia dijatuhkan oleh MPPJ. Saya bersimpati dengan pasukan Sabah. Saya ingin menyentuh [Ketawa] sebab saya tengok dia murung dua tiga hari ini.

Tuan Pengerusi: Ya, ya.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: B.20 Kementerian Perusahaan Utama 010000 dan 020000 iaitu pentadbiran am dan juga perhutanan. Saya hendak menyentuh dahulu tentang soal perhutanan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ke atas pembalakan yang berlaku di kampung Nenasi Mukim Bebar daerah Pekan Pahang seluas 10 ribu ekar yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang, di mana kawasan pembalakan itu ialah kawasan yang telah dikenal pasti di dalam pelan struktur daerah Pekan sebagai kawasan hutan simpan yang sudah tentu kalau kita lihat dalam program dua perhutanan ini objektifnya ialah tanggungjawab kementerian ini untuk menjaga soal keadaan iklim, fizikal dan juga alam sekitar yang baik untuk kepentingan masyarakat dan rakyat.

Dengan demikian, sudah tentu apabila pembalakan itu diberikan kepada sesiapa sekali pun di kawasan yang sudah pun kita kenal pasti sebagai kawasan hutan simpan yang bertujuan untuk menjaga kepentingan alam sekitar dan sebagainya dan ini sudah pasti menjejaskan dan menggugat kepentingan alam sekitar pada masa yang akan datang. Sebab itu hari ini kalau kita lihat bahawa kemungkinan bukan sahaja keadaan pembalakan haram tetapi juga pembalakan-pembalakan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hutan simpan juga telah diberikan dan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dan ini sudah tentu akan menjejaskan keadaan alam sekitar kita apatah lagi dalam keadaan suasana hari ini, banjir dan sebagainya.

Itu adalah kesan daripada pembalakan bukan sahaja pembalakan haram tetapi bagi saya adalah pembalakan-pembalakan yang dibuat di kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan hutan simpan. Sebab itu saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan negeri kerana banyak isu yang boleh timbul daripada pemberian pembalakan kepada UMNO Negeri Pahang di kawasan yang diisytiharkan sebagai hutan simpan ini.

Pertamanya, kemungkinan saya bimbang takut nanti iaitu masyarakat antarabangsa yang sangat prihatin terhadap alam sekitar ini apabila mereka melihat walaupun tujuan kita pada awalnya untuk menanam kelapa sawit di kawasan itu tetapi

Page 59: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 49

akhirnya kawasan itu tidak sesuai untuk ditanam kelapa sawit pun dan akhirnya orang melihat bahawa kalau sesuai sekali pun nanti orang akan melihat bahawa minyak kelapa sawit kita ialah minyak kelapa sawit yang dihasilkan daripada pencabulan terhadap alam sekitar dan ini mungkin akan menjejaskan pasaran minyak kelapa sawit negara kita di peringkat pasaran antarabangsa sebab saya tahu bahawa masyarakat antarabangsa sangat begitu prihatin terhadap soal alam sekitar.

Yang kedua, bahawa kerajaan juga walaupun ini bukan di bawah tanggungjawab kementerian harus mengambil berat terhadap isu ini kerana ekoran daripada pemberian pembalakan di kawasan hutan simpan ini kemudian diberikan kepada sebuah parti politik kerajaan yang memerintah, yang saya kira ini satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang untuk beri balak di kawasan hutan simpan kepada UMNO Negeri Pahang dan ini juga menimbulkan kekecohan atau pergaduhan di kalangan ahli-ahli UMNO. Saya pun simpati kerana ada yang tidak puas hati sebab hasil daripada pembalakan ini kononnya pembalakan di kawasan hutan simpan ini pun hendak diagihkan pula kepada JKK dan sebagainya, sehingga ada satu memorandum kepada Menteri Besar Negeri Pahang tidak puas hati, ada pula dia kata takkan JKK dan ketua cawangan sahaja buat kerja dalam pilihan raya? Kami Jawatankuasa UMNO Cawangan macam mana? Diberi dengan RM500 dan kita korbankan hutan simpan kita yang boleh menjejaskan alam sekitar kemudian kita jadikan ia sebagai satu mainan politik murahan untuk hendak bela ketua-ketua cawangan dan sebagainya, itu pun dengan kadar RM500. Ini saya kira tidak sepatutnya kerana RM500 kita korbankan soal alam sekitar kita. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam isu ini.

Yang ketiganya Tuan Pengerusi, ialah berkenaan dengan soal hasil minyak sawit di dalam objektif ini ialah antaranya untuk usaha-usaha mengekalkan, penggalakan atau membangunkan industri getah dan kelapa sawit melalui penemuan teknologi baru dan menghasilkan mutu-mutu komoditi yang bermutu tinggi. Cuma yang saya hendak tanya di sini Yang Berhormat ialah hasil minyak sawit yang dihasilkan daripada pekebun-pekebun kecil ini agak rendah kalau kita membandingkan dengan yang dihasilkan melalui sistem ladang umpamanya kalau ladang lima tan satu…, kalau tidak silap saya satu ekar ataupun satu hektar.. [Disampuk] Lima tan, sedangkan di kawasan yang dihasilkan oleh pekebun kecil ini hanya tiga tan.

Sedangkan Tuan Pengerusi dalam negara kita ini kawasan pekebun kecil ini menghasilkan, menyumbangkan kepada hasil minyak kelapa sawit ini 45% kepada negara kita tetapi pendapatan mereka itu, yang mereka dapat terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kawasan-kawasan ladang.

Saya hendak tahu di manakah kelemahan dan puncanya yang menyebabkan kawasan-kawasan pekebun kecil ini tidak mampu untuk menghasilkan seperti mana di kawasan perladangan hingga mendapat lima tan. Adakah kementerian ini tidak mampu untuk memberikan pendidikan, untuk mendedahkan kepada pekebun kecil dengan pendidikan teknologi baru kemudian penemuan-penemuan benih baru dan sebagainya kepada mereka dengan secara yang sebaik-baiknya dan kemudian juga saya hendak tanya tentang perhubungan antara kementerian ini dengan kementerian-kementerian yang lain umpamanya dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bertanggungjawab terhadap pekebun kecil di bawah RISDA, kemudian Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi yang bertanggungjawab terhadap peneroka-peneroka FELDA umpamanya.

Mereka inilah yang kita lihat bahawa tidak ada keupayaan. Maknanya pekebun-pekebun di bawah kementerian ini gagal untuk mengeluarkan hasil minyak sawit secara yang lebih baik dalam negara kita. Jadi macam mana perhubungan antara tiga kementerian ini dalam hendak memastikan supaya ada kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat pekebun-pekebun kecil ini untuk mempertingkatkan hasil minyak sawit mereka di dalam negara kita ataupun kerana ada kelemahan-kelemahan di peringkat kementerian ini; mungkin menteri di peringkat jawatan Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi, Menteri Pembangunan Luar Bandar ini tidak berupaya untuk hendak membawa satu proses pembaharuan kepada pekebun-pekebun kecil.

Saya lihat bahawa ada kelemahan walaupun objektif itu baik dan bagus untuk kepentingan semua pihak tetapi saya lihat macam ada satu kegagalan kepada kementerian ini dalam hendak memastikan dan membantu pekebun-pekebun kecil yang telah memberikan 45% sumbangan hasil minyak sawit dalam negara kita

Page 60: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

50 DR.7.10.2003

sedangkan mereka hanya berpendapatan dengan satu pendapatan yang agak rendah berbanding dengan di kawasan-kawasan sistem perladangan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Timbalan Menteri menjawab.

3.47 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2004 Peringkat Jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Perusahaan Utama iaitu Yang Berhormat bagi Beluran, Yang Berhormat bagi Bandau, Yang Berhormat bagi Jeli, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, Yang Berhormat bagi Kemaman, Yang Berhormat bagi Kinabatangan, Yang Berhormat bagi Gelang Patah, Yang Berhormat bagi Tanjong, Yang Berhormat bagi Tuaran, Yang Berhormat bagi Tumpat, Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu dan akhir sekali Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Beluran telah membangkitkan berkaitan syarat-syarat pengeluaran lesen kilang yang perlu mengambil kira isu alam sekitar dan perlu dipastikan mempunyai sistem kumbahan yang sempurna. Untuk makluman Yang Berhormat, syarat kelulusan lesen kilang buah sawit MPOB, salah satunya ialah pengilang perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar ataupun DOE dan pihak berkuasa tempatan berhubung aspek pencemaran dan rawatan kumbahan. MPOB akan memastikan bahawa kedua-dua aspek berkenaan dilaksanakan oleh pengilang sebelum lesen dikeluarkan.

Tuan Pengerusi, berkaitan isu sejauh mana hubungan antara DOE dan MPOB, sukacita saya memaklumkan bahawa hubungan kedua-dua agensi ini adalah erat tetapi kerja-kerja pemantauan berhubung dengan pencemaran adalah di bawah bidang kuasa DOE. Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, MPOB mempunyai kuasa untuk menggantung lesen sesebuah kilang jika kilang berkenaan didapati bersalah oleh DOE atau mahkamah.

Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Beluran juga iaitu harga buah sawit pekebun kecil. MPOB sentiasa menjaga kebajikan pekebun kecil terutama berhubung dengan harga jualan buah sawit. MPOB menghebahkan harga buah sawit setiap hari melalui radio dan TV dalam semua bahasa tepat pada jam 2.00 petang. Pekebun kecil menggunakan harga ini sebagai asas tawar menawar jualan buah sawit. MPOB juga menghebahkan harga ini dalam akhbar, laman web dan telefon. Pekebun kecil sekarang boleh mengetahui harga buah dan minyak sawit bila-bila masa melalui telefon di mana-mana sahaja terutamanya melalui telefon bimbit. Infoline MPOB juga selalu memberi amaran melalui khidmat perkembangan mengenai cara-cara dan faktor-faktor peletakan harga buah sawit.

Yang Berhormat bagi Beluran juga telah membangkitkan isu kempen kesihatan dalam industri tembakau dan alternatif jangka panjang untuk petani-petani yang terlibat dalam industri tembakau ini. Kerajaan sedar akan bahaya merokok dan oleh itu kerajaan bersetuju menerima Framework Convention on Tobacco Control, dengan izin, bagi mengawal tabiat merokok. Walau bagaimanapun, tanaman tembakau masih diperlukan kerana ia merupakan punca pendapatan hampir 100,000 penduduk luar bandar dan tanaman ini telah memberi pulangan yang tinggi di samping pasaran yang terjamin.

Kerajaan juga telah mengkaji dan mengenal pasti tanaman-tanaman alternatif selain tembakau seperti tanaman roselle dan cili, tetapi tanaman-tanaman ini akan menghadapi masalah pemasaran jika dikeluarkan secara besar-besaran. Kerajaan memang menggalakkan petani-petani tembakau menanam tanaman lain bagi meningkatkan pendapatan mereka kerana tembakau hanya memakan masa empat bulan dalam setahun sahaja.

Lagipun, Tuan Pengerusi, sekiranya kementerian saya, Kementerian Perusahaan Utama, mengambil langkah-langkah untuk tidak lagi mewujudkan Lembaga Tembakau ataupun membantu petani-petani pekebun kecil yang terlibat secara langsung dalam penanaman tembakau seperti yang saya katakan tadi seramai

Page 61: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 51

100,000 orang, maka kemungkinan besar ini juga akan dijadikan isu politik, oleh sebab sebahagian besar daripada petani-petani adalah terdiri penduduk di negeri-negeri seperti Terengganu dan juga Kelantan.

Yang Berhormat bagi Bandau telah membangkitkan isu tentang koko. Lembaga Koko Malaysia sentiasa menjalankan aktiviti promosi dan pameran untuk makluman kepada petani-petani tentang keuntungan dalam penanaman koko. Tujuannya ialah untuk mengembalikan keyakinan petani-petani terhadap tanaman ini. Di samping itu, LKM telah menubuhkan satu bahagian baru iaitu Bahagian Pemindahan Teknologi, yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai penemuan-penemuan yang baru. Bahagian ini juga berperanan membantu petani-petani mengusahakan kebun-kebun mereka dengan lebih efisien.

Bagi meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil, klon-klon baru yang dapat memperolehi hasil yang lebih tinggi, yang mempunyai daya ketahanan dan melawan penyakit, telah pun diperkenalkan kepada petani-petani. Di samping itu petani-petani juga diajar kaedah agronomi yang lebih baik. Berhubung dengan terdapatnya pengurangan dalam keluasan tanaman koko yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bandau, kementerian memang sedar dan telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk meningkatkan keluasan tanah secara berterusan.

Kementerian melalui LKM telah melaksanakan Program Pembangunan Pekebun-Pekebun Kecil Koko Malaysia yang telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Yang Ketujuh dan Rancangan Malaysia Yang Kelapan, di mana sejumlah RM19.25 juta disediakan untuk memulihkan seluas 3,094 hektar tanaman koko manakala di bawah projek rangsangan ekonomi pula, peruntukan sebanyak RM14.4 juta telah diluluskan untuk memulihkan seluas 3,600 hektar. Memang menjadi amalan semenjak penubuhan LKM untuk menjalankan perhubungan strategik dengan kementerian atau jabatan yang mempunyai kaitan dengan sektor pertanian ataupun pekebun kecil seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Kementerian Pertanian dan sebagainya. Usaha-usaha ini sedang dan akan diteruskan pada masa yang akan datang.

Tuan Pengerusi ….

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Bandau bangun.

Datuk Anifah Aman: Ya.

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sekadar ingin menyentuh keperluan dalam perkara tadi, di mana pada setiap tahun keluasan tanaman koko ini semakin menurun khususnya di peringkat estet. Sering kali bila kita melintasi di Tawau, Lahad Datu, kita melihat kawasan-kawasan ladang di tepi jalan yang dahulunya ialah sumber utama pengeluaran koko, telah ditebang untuk ditanam dengan kelapa sawit. Saya ingin bertanya, memandangkan kalau trend ini berterusan maka sumber genome ataupun genetik sumber bagi pokok-pokok koko akan berkurangan susulan dengan tindakan ini.

Adakah pihak kementerian bercadang mengambil tindakan untuk cuba mengambil ataupun bekerjasama dengan pihak estet supaya tempat-tempat ini tidak ditebang dengan begitu sahaja, dan diletakkan di bawah jagaan pihak kementerian, ataupun sekali gus barangkali membeli ladang-ladang ini demi memelihara genome dan hybrid tanaman koko sebagai stock nursery. Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian memang sedar dan satu daripada punca utama kenapa keluasan penanaman koko semakin lama semakin berkurangan ialah oleh kerana harga pulangan yang rendah kalau dibandingkan dengan tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit. Walau bagaimana pun, Kementerian Perusahaan Utama, melalui agensinya telah pun mengenal pasti dan pada masa kini di mana harga pulangan agak munasabah, maka kita telah pun mengenalkan beberapa langkah, latihan dan dorongan dan mengadakan seminar-seminar untuk menggalakkan supaya mereka dapat menanam kembali tanaman koko.

Kembali kepada perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Jeli, perundingan counter-trade, [Memandang ke arah tempat duduk Yang Berhormat Jeli] Yang Berhormat bagi Jeli tidak ada di sini nampaknya Tuan Pengerusi, sebenarnya bukan barter trade, ia adalah counter trade. Perundingan counter trade yang disebutkan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan

Page 62: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

52 DR.7.10.2003

kementerian saya hanya terlibat dalam perundingan counter trade yang melibatkan minyak sawit. Setakat ini ia masih dalam perundingan dan belum dimuktamadkan lagi. Perkara-perkara yang dibangkitkan telah dan akan diambil perhatian dalam perundingan.

Dalam counter-trade yang pernah dilaksanakan, harga CPO yang ditetapkan adalah mengikut harga semasa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat bagi Jeli tadi. Oleh itu dalam isu yang dibangkitkan itu tidaklah perlu Yang Berhormat bimbang dan insya-Allah negara tidak akan mengalami sebarang kerugian. Perkara ini diambil kira di dalam perundingan dan kepentingan negara sentiasa diutamakan dalam sebarang rundingan dengan mana-mana pihak pun.

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan isu ladang herba serta ladang contoh ubat-ubatan, untuk makluman Yang Berhormat bagi Jeli, kerajaan sedar akan potensi penggunaan tumbuh-tumbuhan ubat-ubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan sebagainya, khususnya di dalam bidang kesihatan, rawatan penyakit dan penjagaan kecantikan. Pada masa ini terdapat 130,000 jenis tumbuhan ubatan telah dikenal pasti dan secara langsung menjadikan Malaysia antara negara yang terkaya dengan tumbuhan herba di dunia. Untuk makluman Yang Berhormat lagi, kerajaan sedang menyediakan satu pelan tindakan berasaskan kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Dasar Traditional Complementary Medicine (TCM).

Pelan tindakan ini disediakan bersama oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Dalam hubungan ini, kementerian saya melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), memberi kerjasama penuh kepada MIGHT dalam bidang penyelidikan dan penggunaan herbal. Di samping itu, pihak kerajaan juga memberi sokongan dalam bidang kawalan kualiti, agro-technology, teknik pemprosesan dan pembangunan produk.

Mengenai herba dan tumbuh-tumbuhan ubatan juga, Tuan Pengerusi, di antara usaha kerajaan untuk mempertingkatkan industri herba di negara ini ialah dengan memastikan sumber asli bahan yang diperlukan untuk industri adalah berterusan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, sumber asli herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah adalah hasil dari hutan. Untuk mengeluarkan sumber asli ini secara komersial, memerlukan penyelidikan yang intensif. Di sini saya ingin memaklumkan kepada agensi di bawah kementerian saya iaitu FRIM sedang berusaha membangunkan satu kawasan yang akan dijadikan ladang herba contoh di Maran, Pahang, yang mana kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Tuan Pengerusi, berhubung dengan pembangunan industri rotan dan buluh juga, kementerian saya memang sentiasa sedar mengenai potensi industri rotan dan buluh ini. Di antara usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memastikan hasil rotan dan buluh dari hutan asli berterusan, usaha penanaman rotan adalah dijalankan di kawasan yang dibalak dan diikuti oleh penanaman secara silvikultur. Kerajaan menggalakkan penanaman rotan dan buluh secara komersial.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Jeli juga peruntukan yang telah diterima daripada kerajaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) herba di Malaysia adalah seperti berikut.

Pusat Pembangunan Produk Herba sebanyak RM3 juta, ladang contoh tumbuh-tumbuhan ubatan sebanyak RM1.5 juta, sementara peruntukan R&D daripada Irpa sebanyak 13 projek adalah sebanyak RM1.825 juta dan untuk MiGHT adalah sebanyak RM1.3 juta. Jumlah keseluruhannya, Tuan Pengerusi, adalah sebanyak RM7.6 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, peruntukan pembangunan dan penyelidikan rotan dan buluh untuk Rancangan Malaysia Kelapan untuk empat projek yang diterima sebanyak RM0.554 juta. Untuk Rancangan Malaysia Ketujuh, peruntukan R&D adalah sebanyak RM1.68 juta. Peruntukan yang diterima oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk Rancangan Malaysia Kelapan adalah sebanyak RM1.14 juta. Untuk kajian buluh adalah sebanyak RM750 ribu dan RM799 ribu untuk kajian rotan.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Jeli juga telah membangkitkan mengenai bagaimana pengeluaran tumbuhan ubat-ubatan dari hutan asli dapat dikawal. Sukacita saya maklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Perhutanan Negara Ke-15 pada 21 Julai 2000, antara lain telah pun bersetuju:

Page 63: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 53

(i) untuk melesenkan aktiviti pengambilan dan pengeluaran tumbuh-tumbuhan ubatan selaras dengan peruntukan dalam Akta Perhutanan Negara 1988 (Pindaan) 1993;

(ii) untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang dan pengawalan terhadap pengeluaran tumbuhan ubatan sama ada di lapangan hutan mahupun di premis-premis penghasilan ubat-ubatan; dan

(iii) untuk mengambil langkah melaksanakan strategi-strategi bagi menambahkan lagi sumber bekalan tumbuhan ubatan seperti usaha penanaman spesies tertentu oleh pengusaha-pengusaha industri pharmaceutical, mewujudkan mekanisme pengurusan dan penghasilan tumbuhan ubatan, sistem pangkalan data sumber tumbuhan ubatan serta menjalankan aktiviti pengembangan dan pendidikan kepada masyarakat.

Tuan Pengerusi, berkaitan isu kajian pasir laut yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains dan juga isu pengeluaran pasir laut di Johor yang mungkin dieksport ke Singapura untuk tujuan penambakan, sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kajian pasir laut di Selat Melaka telah selesai dijalankan oleh juru perunding dan laporan telah pun dikemukakan kepada Jabatan Mineral dan Geosains sebagai lead agency. Laporan ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu di kementerian saya.

Untuk makluman Yang Berhormat, kajian ini telah mengenal pasti lokasi-lokasi sumber pasir laut dan juga mengenal pasti kriteria-kriteria yang digunakan bagi memantau impak terhadap alam sekitar sekiranya perlombongan pasir dijalankan. Kajian ini juga telah memberikan ranking kawasan yang sesuai dan tidak sesuai untuk dilombong.

Bagi isu berkaitan pengeluaran pasir laut, untuk makluman Yang Berhormat, ianya adalah di bawah bidang kawalan kerajaan negeri dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Kementerian saya akan memberi input yang bersesuaian sekiranya ianya diperlukan.

Yang Berhormat bagi Kubang Kerian juga telah pun membangkitkan beberapa isu seperti isu pembalakan di kawasan Pahang dan isu pembalakan di Kedah. Ingin saya maklumkan bahawa kedua-dua isu ini yang dibangkitkan adalah berlainan. Bagi negeri Kedah, pembalakan tidak diteruskan atas pertimbangan alam sekitar, manakala di negeri Pahang pula, isunya adalah mengenai pemberian milik tanah untuk tujuan pertanian. Soalan ini juga telah pun dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk daripada Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

Tuan Pengerusi, ingin saya nyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh berkenaan hal-hal yang melibatkan tanah. Bagi isu di negeri Pahang, tanah tersebut merupakan tanah beri milik yang akan dijadikan tanah pertanian. Sehubungan dengan itu, aktiviti pengusaha hasilan diteruskan kerana kawasan tersebut akan menjadi tanah untuk pertanian.

Tuan Pengerusi, Kementerian Perusahaan Utama tidak dapat memberi apa-apa komen sama ada ianya diberi kepada pihak yang mana, sama ada ianya di Pahang, di Kedah, baik juga di Terengganu. Kementerian Perusahaan Utama cuma menyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan di antara syarat-syarat itu, Tuan Pengerusi, tidaklah termasuk bahawa cuma sesebuah atau satu-satu kumpulan sesebuah parti sahaja yang boleh diberi. Itu di luar bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pemantauan dan syarat-syarat apa jua pun hendaklah dipatuhi dan ini kita akan sedia melihat sama ada ianya bercanggah dengan kepentingan negara kita.

Yang Berhormat bagi Kemaman telah membangkitkan…

Tuan Chow Kon Yeow: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Sekejap Yang Berhormat.

Datuk Anifah Aman: …beberapa isu iaitu tentang penjualan minyak sawit ke Iraq.

Page 64: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

54 DR.7.10.2003

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat sekejap. Yang Berhormat bagi Tanjong bangun ya.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin penjelasan daripada Timbalan Menteri. Adakah benar bahawa tanah yang terbabit itu telah pun diisytiharkan dalam draf pelan struktur daerah Pekan sebagai kawasan hutan simpan dan juga digazetkan seperti yang demikian. Mengapa dalam keadaan ini, kawasan itu masih boleh diberikan untuk tujuan perhutanan dan juga untuk tujuan pertanian? Bukankah ini bercanggah dengan apa yang ditetapkan di dalam pelan struktur daerah? Dan apakah peranan kementerian dalam perkara ini?

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang saya katakan awal-awal tadi, pemberian tanah kerajaan adalah hak milik kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan negeri meminta pandangan daripada Kementerian Perusahaan Utama, kita tidak teragak-agak memberi pandangan. Misalnya ada juga hutan simpan kekal atau hutan yang telah pun dibalak beberapa kali dan tidak lagi mempunyai permintaan balak yang begitu tinggi, maka sebaik mana yang hendak kita menggunakan aset negara kita atau aset negeri masing-masing, sama ada ianya dikekalkan sedemikian ataupun diusahakan untuk penanaman seperti penanaman kelapa sawit. Itu terpulanglah kepada kebijaksanaan negeri masing-masing untuk melihat cara macam mana mereka boleh, terutama sekali meningkatkan pendapatan, bukan sahaja pendapatan negeri tetapi juga pendapatan, terutama sekali penduduk-penduduk luar bandar. Inilah maximization ataupun land utilization, dengan izin.

Kembali kepada soalan Yang Berhormat bagi Kemaman tadi iaitu perdagangan minyak sawit di bawah Skim Perjanjian POCPA kepada Iraq yang telah diberi sebanyak USD45 juta iaitu masing-masing USD15 juta pada tahun 1993 dan USD30 juta pada tahun 1995. Malaysia bersetuju menangguhkan bayaran balik kredit minyak sawit sehingga sekatan ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditarik balik, Yang Berhormat. Jumlah tunggakan termasuk faedah sehingga akhir September 2003 ialah USD64.3 juta.

Pengeksport utama minyak sawit Malaysia di bawah Perjanjian POCPA ialah Felda Marketing dan syarikat pengimport dari Iraq iaitu The State Enterprise For Vegetable Oil Iraq (SEVO). Eksport minyak sawit ke Iraq pada tahun 2002 ialah RM61.1 juta, pada tahun 2003, RM24.4 juta iaitu daripada bulan Januari ke bulan Ogos. Selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, eksport minyak sawit ke Iraq memang telah pun terjejas.

Walau bagaimanapun, perdagangan minyak sawit ke Iraq telah dibuat melalui negara jiran iaitu Jordan, UAE, Iran, di samping di bawah Program Oil For Food, dengan izin. Di bawah Program Oil For Food untuk Iraq, Syarikat ALAMI dan Pacific Interlink merupakan syarikat pengeksport utama.

Yang Berhormat bagi Kemaman juga telah pun menimbulkan beberapa soalan-soalan yang lain – kenapakah terdapat kebun terbiar, kenapakah produktiviti pekebun kecil adalah rendah jika dibandingkan dengan Thailand, pelaburan lebih di Thailand dan kenapa? Ini adalah persoalan tentang getah.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]

Datuk Anifah Aman: Boleh saya habiskan ini dahulu, baru Yang Berhormat ya.

Yang Berhormat, kenapa wujud kebun terbiar? Satu daripada punca utama, Yang Berhormat, ialah ramai pekebun kecil sudah lanjut usia. The average age melebihi 60 tahun - dengan izin - puratanya sudah begitu tua dan tidak berusaha lagi. Dan kedua saiz kebun tidak ekonomik menyebabkan pendapatan rendah. Ini tidak menggalakkan pekebun kecil menoreh. Dengan harga getah sekarang yang agak baik melebihi RM 4.00 sekilo, maka ramai di antara penoreh-penoreh getah di mana kebun-kebun mereka yang terbiar sedang mengusahakan kembali.

Kenapakah produktiviti rendah berbanding dengan Thailand? Faktor paling utama ialah bilangan hari menoreh yang begitu rendah menyebabkan hasil sehektar setahun berkurangan kalau dibandingkan dengan Thailand, Yang Berhormat. Pekebun kecil kita tidak begitu bergantung kepada getah untuk menyara hidup, berbeza dengan Thailand, Indonesia dan India. Pekebun kecil kita menerima sumbangan daripada ahli-ahli keluarga dalam lingkungan 50% daripada pendapatan beliau.

Page 65: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 55

Produktiviti pokok kita tidak banyak berbeza dengan Thailand. Kita mempunyai klon-klon yang baru memberi hasil melebihi hasil 2,500 kilogram sehektar setahun dengan klon-klon Latex Timber Clone (LTC), dengan izin. Walau bagaimanapun, purata hasil sehektar setahun pekebun kecil kita adalah di dalam 1,000 kilogram sehektar setahun sahaja disebabkan jumlah hari menoreh yang begitu rendah kalau dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand. Purata hari menoreh setahun pekebun kecil ialah 105 hari setahun berbanding dengan estet lebih kurang 240 hari setahun.

Terdapat lebih kilang membuat barangan getah di Thailand yang juga dipersoalkan oleh Yang Berhormat. Ini adalah kerana trend pengeluaran getah kita menurun setiap tahun. Sebaliknya Thailand mengeluarkan lebih getah daripada Malaysia. Kebanyakan kawasan getah kita telah pun ditanam dengan kelapa sawit. Pelabur khuatir akan bekalan getah sebagai bahan mentah untuk produk mereka.

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai kedudukan eksport kelapa sawit di Iraq, yang pertamanya kerana di dalam akhbar-akhbar dinyatakan bahawa Malaysia dijemput sekali dalam perbincangan membangunkan semula Iraq ini. Adakah Malaysia meregister ataupun meletakkan kepentingan mereka untuk menjual kelapa sawit di dalam rundingan ataupun mesyuarat tersebut kerana apa yang dinyatakan dalam akhbar-akhbar seolah-olah Malaysia diberi ruang yang besar dalam program pembangunan semula Iraq. Apakah kepentingan-kepentingan yang Malaysia register di dalam mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri oleh Malaysia? Adakah kelapa sawit merupakan sebagai satu daripada kepentingan yang didaftarkan dalam mesyuarat ini? Itu pertama.

Yang keduanya ialah mengenai getah. Saya menaruh kebimbangan kerana industri getah ini sebenarnya potensinya cukup besar dan acreage negara kita ini dengan tanaman getahnya cukup besar. Mengapa kita tidak membangunkan semula getah ini dan kita memperbanyakkan industri-industri yang menggunakan getah ini daripada membiarkan ia terus merosot dan negara lain seperti Thailand mengatasi Malaysia? Sedangkan kita mempunyai industri yang cukup maju pada satu ketika dulu. Itu sahaja.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya kurang prihatin tentang rundingan-rundingan yang diadakan dengan Iraq. Walau bagaimanapun, dalam apa perundingan juga kita memanglah mengutamakan kepentingan negara kita dan kalau ianya pun kelapa sawit dalam WTO dan lain-lain juga, kita telah pun menyuarakan dan mempertahankan kepentingan-kepentingan kita di mana ianya melibatkan kepentingan negara kita. Oleh itu, Yang Berhormat tidak usahlah bimbang. Kita sangat prihatin tentang apa yang keperluan dan apa yang kepentingan untuk negara kita.

Yang Berhormat juga telah pun membangkitkan isu penstabilan harga getah. Yang Berhormat, mekanisme untuk menjamin kestabilan harga getah di masa hadapan daripada persetujuan yang tercapai oleh beberapa negara iaitu negara Indonesia, Thailand dan Malaysia....

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Sri Gading bangun. Ya, Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Petang-petang ini, Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak ucap tahniah kepada kementerian khususnya Menteri termasuk Timbalan Menteri.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yalah, bola itu kalah adatlah, kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah. Harga kelapa sawit, getah keadaannya cukup memberangsangkan sekarang. Ini ialah usaha yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam perkara ini khususnya Menteri Perusahaan Utama dan ini memberikan kebaikan kepada rakyat dan kalau harga kelapa sawit, getah ini berterusan kekal macam ini, pilihan raya yang akan datang, peluang Kemaman dan sebagainya hancur. Hancur sehancur-hancurnya!

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Ketawa]

Page 66: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

56 DR.7.10.2003

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Pilihan raya banyak bergantung harga barang-barang komoditi, barang-barang yang utama ini, kelapa sawit dan getah. Ucap tahniah. Ini kejayaan kita, kejayaan Barisan Nasional. Saya cuma hendak bertanya, boleh tidak kekalkan lagi atau naikkan lagi harga ini? Dalam perbincangan mesyuarat antarabangsa saya tahulah Menteri kita memang begitu lantang dan aktif. Boleh tidak kekalkan lagi harga ini? Ada tidak jaminan untuk kekal harga ini pada tahun akan datang? Dijangka pilihan raya bulan 3, bulan 4, harga lebih tinggi, peluang Kemaman dan suku sakatnya hancur! Saya mengharap sangat kementerian ini akan dapat menstabilkan harga ini dan saya doakan Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai ini akan terus bekerja keras untuk menentukan ekonomi rakyat di kampung-kampung akan terus meningkat dan dengan itu peluang Barisan Nasional memerintah lebih luas, lebih baik lagi pada masa akan datang. Apa agaknya komen Timbalan Menteri? Kalah bola tidak apa, asal menang pilihan raya! Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat dari Sri Gading. Sebenarnya saya, Yang Berhormat, tidak ingin mendabik dada tentang pencapaian dan usaha-usaha yang telah pun dilakukan terutama sekali oleh Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Lim Keng Yaik. Sebenarnya beliau dan juga pegawai-pegawai Kementerian Perusahaan Utama telah mengusahakan seboleh mungkin, sebaik mungkin untuk mencapai harga yang mungkin disenangi penduduk-penduduk kita terutama sekali penduduk kita di luar bandar.

Yang Berhormat, memanglah kita mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menstabilkan harga dan supaya cuma agak sedikit berbeza. Kementerian Perusahaan Utama berusaha seboleh mungkin yang saya katakan tadi untuk menstabilkan harga untuk kepentingan terutama sekali luar bandar. Kalau pun ianya hancurkan Yang Berhormat dari Kemaman, itu adalah satu bonus sahaja tapi bukan matlamat utama kita. Saya ingat rakyat pun boleh menimbang... [Ketawa]

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi: Kemaman, tolonglah ya.

Datuk Anifah Aman: ...dan terpulanglah kepada rakyat untuk menimbangnya semua. Tapi saya ingat rakyat kita secara keseluruhan memang bijak sangat dan boleh membezakan di antara yang berusaha dan di antara yang cuma bercakap kosong. Terima kasih, Yang Berhormat.

Untuk mengekalkan harga, Yang Berhormat, itu kita tidak boleh beri jaminan sama ada ia akan berterusan sampai pilihan raya. Kalau boleh, Yang Berhormat, biar ia berterusan sampai ke akhir hayat, sampai ke akhir zaman. Tapi sebenarnya harga-harga seumpama ini adalah harga yang di luar bidang kuasa kita. Ini adalah oleh sebab pesanan antarabangsa banyak faktor-faktor yang akan mengakibatkan turun naiknya harga terutama sekali harga-harga komoditi di pasaran antarabangsa.

Kembali Yang Berhormat tentang mekanisme yang akan menjamin, yang telah pun dipersoalkan oleh Yang Berhormat dari Kemaman tadi. Tidak ada mekanisme yang boleh menjamin harga itu akan di satu tahap yang boleh menyenangkan kita. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang telah pun diambil di antaranya terdapat dua perjanjian yang telah pun menjadi tunjang kepada rangka kerjasama tiga hala dalam bidang getah, di antaranya Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu pertama Perisytiharan Bali yang telah ditandatangani pada 12 Disember 2001 yang juga dikenali sebagai Bali 1. Kedua, Memorandum Persefahaman untuk menubuhkan sebuah konsortium yang diberi nama International Rubber Consortium Company Limited (IRCo), dengan izin, yang telah pun ditandatangani pada 8 Ogos 2002 di Bali yang dikenali juga sebagai Bali 2.

Kedua-dua perjanjian ini mempunyai objektif yang sama iaitu diwujudkan keseimbangan di pasaran yang telah mengherotkan atau distort, dengan izin, harga di samping untuk meningkatkan harga getah kepada paras yang lebih munasabah dan berpatutan kepada pengeluar utama iaitu pekebun kecil.

Bali 1 telah menggariskan dua langkah untuk dilaksanakan oleh ketiga-tiga buah negara, Yang Berhormat. Yang pertama, Skim Pengurusan Pengeluaran ataupun Supply Management Scheme (SMS), dengan izin, dan kedua Skim Persetujuan Jumlah Eksport ataupun Agreed Export Tonnage Scheme (AETS), dengan izin. Kedua-dua skim adalah bertujuan untuk memperbetulkan, dengan izin, fundamentals iaitu

Page 67: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 57

mewujudkan keseimbangan di antara permintaan dan penawaran agar harga dapat dipertingkatkan.

Tuan Pengerusi, melalui SMS, setiap negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran getah tahunan sebanyak 4%. Sasaran ini akan dicapai dengan mempercepatkan proses penanaman semula, penggantian tanaman getah dengan tanaman lain seperti kelapa sawit atau koko serta menukarkan guna tanah daripada tanaman getah kepada kegunaan lain seperti perindustrian.

Melalui AETS pula, setiap negara akan mengurangkan jumlah eksport tahunan sebanyak 10%. Ini akan dicapai dengan pengenalan kuota eksport kepada pengeksportan tempatan. Penubuhan konsortium yakni International Rubber Consortium Company Limited (IRCo), dengan izin, yang dilaksanakan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) pula adalah bertujuan untuk menjadi pelengkap kepada langkah-langkah yang telah digariskan di bawah Bali 1.

Konsortium ini akan menjalankan operasi pasaran secara strategi bila dan apabila diperlukan sahaja untuk menstabilkan permintaan dan penawaran bagi membolehkan harga getah ditingkatkan. Kewujudan konsortium ini juga merupakan langkah untuk mewujudkan sentimen pasaran dan akan dijadikan langkah terakhir untuk meningkatkan harga getah sekiranya langkah-langkah yang lain didapati tidak berkesan.

Tuan Pengerusi: Ya.

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Datuk Anifah Aman: Adalah dijangkakan dengan terlaksananya langkah-langkah yang telah dipersetujui ini penawaran getah di pasaran akan dapat dikawal dan diimbangi. Imbangan ini akan mengurangkan tekanan ke atas harga getah dan sekali gus akan dapat meningkatkan dan menstabilkan harga di paras yang munasabah dan berpatutan kepada semua pengeluaran.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Batang Lupar bangun, ya.

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang saya hendak bertanya dengan Timbalan Menteri. Terima kasihlah. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian. Kementerian ini banyak membantu negara ini terutama sekali pada tahun 1997 yang mana kelapa sawit kita telah meningkat tinggi walaupun business lain telah merosot.

Satu lagi saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri. Kita mempunyai satu kepakaran, kemajuan dan kemampuan bertanam kelapa sawit ini, bahkan di Indonesia telah mengikut jejak langkah kita. Persoalannya sama ada Indonesia boleh mendapat teknologi yang sama dan memberi produktiviti yang sama belum lagi pasti. Tetapi ada satu yang saya hendak tanya, Tuan Pengerusi, negara ASEAN ini ada sebuah negara Myanmar umpamanya banyak menanam tanaman yang boleh dijadikan dadah.

Rancangan ASEAN ialah untuk memberi satu saranan kepada Myanmar supaya menukarkan tanaman ini kepada tanaman yang lebih diterima oleh dunia umpamanya kelapa sawit. Adakah kementerian berhasrat untuk menjual idea kepada negara Myanmar supaya boleh menukarkan notched plant ini kepada penanaman kelapa sawit yang mana boleh menjadi satu lagi tempat kita mengeksport idea dan teknologi kita. Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya bukan negara Myanmar sahaja yang memerlukan bantuan teknikal dan lain-lainnya juga termasuk juga negara-negara Latin Ameirka seperti Colombia, Venezuela dan Peru. Sebenarnya kita bersedia untuk membantu mereka supaya dapat meningkatkan ekonomi mereka ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi.

Walau bagaimanapun, kita harus waspada supaya teknologi kita yang baru, penemuan-penemuan yang baru, tidak dapat digunakan oleh negara-negara tersebut untuk bersaing dengan pengeluar-pengeluar kita di negara. Walau bagaimanapun, mana yang perlu, kita akan sedia membantu negara-negara yang memerlukan.

Kembali kepada Yang Berhormat bagi Kemaman yang telah pun bertanya tentang Jabatan Mineral dan Geosains yang telah pun menjalankan eksplorasi arang

Page 68: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

58 DR.7.10.2003

batu di Sabah dan Sarawak dan telah mengenal pasti simpanan arang batu sejumlah kira-kira 1 bilion tan.

Tuan Pengerusi, sebenarnya, kajian menunjukkan arang batu di Sabah di satu kawasan iaitu kawasan Maliau yang berkualiti tinggi. Kawasan ini juga adalah kawasan 70% yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan tadi adalah di dalam kawasan Ahli Parlimen Kinabatangan. Walau bagaimanapun, pada masa ini perlombongan arang batu hanya dijalankan di Sarawak. Setakat ini Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai cadangan untuk membangunkan sumber arang batu di kawasan Maliau bagi melindungi fauna dan flora yang ada di kawasan tersebut.

Penjanaan kuasa elektrik boleh terhasil dari penggunaan arang batu dan juga sumber hidro. Namun demikian, keputusan untuk menggunakan sumber arang batu atau hidro bagi penjanaan elektrik adalah bergantung kepada berbagai faktor ekonomi. Dalam hal ini, pembinaan Bakun Dam didapati lebih berekonomi berbanding dengan penggunaan arang batu.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Tanjong telah pun membangkitkan beberapa isu iaitu berhubungan dengan pertanyaan yang dibangkitkan tentang ISO. ISO 9002-94. Yang Berhormat, sukalah saya memaklumkan bahawa ISO atau lebih dikenali sebagai MS ISO 9002-94 adalah pensijilan untuk standard kualiti bagi pengurusan kayu secara berkekalan bagi hutan darat asli di hutan simpan kekal.

Dalam melaksanakan MS ISO 9002, pensijilan ini adalah meliputi Ibu Pejabat Perhutanan Negeri termasuk Terengganu. Pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) hanya dijalankan dalam kawasan yang telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan dilaksanakan mengikut amalan pengurusan hutan secara berkekalan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MS ISO 9002:1994 tidak dilaksanakan ke atas aktiviti pembalakan di kawasan hutan yang berstatus Tanah Kerajaan dan Tanah Beri Milik seperti di Tasik Kenyir. Pada lazimnya tebangan yang dilaksanakan di kawasan ini adalah secara tebangan habis ataupun clear felling, dengan izin. Seterusnya kawasan yang berkenaan akan dibangunkan sama ada untuk tujuan pertanian dan infrastruktur, perumahan atau lain-lain tujuan yang telah diluluskan.

Yang Berhormat bagi Tanjong juga telah pun membangkitkan berkaitan bagaimana pemantauan dibuat terhadap Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang dibenarkan. Untuk makluman Yang Berhormat, pemantauan CTT ini adalah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Jabatan Perhutanan Negeri masing-masing dan ia dilaporkan melalui Laporan Kemajuan Suku Tahunan, laporan mengenai pengusaha hasilan hutan.

Yang Berhormat bagi Kinabatangan telah membangkitkan beberapa isu iaitu kajian menerusi Jabatan Mineral dan Geosains juga telah banyak membuat kajian eksplorasinya di seluruh negara. Hasil kajian mendapati negara kita sememangnya kaya dengan beberapa sumber mineral tertentu. Pembangunan sumber-sumber mineral ini yang sepenuhnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan sememangnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pewujudan peluang pekerjaan.

Namun demikian, pembangunan sumber mineral perlu dijalankan secara teratur dan mengikut peraturan bagi meminimumkan kerosakan pada muka bumi. Malahan perlombongan yang dijalankan di negara-negara yang maju seperti di Australia dan di Kanada merupakan contoh-contoh terbaik di mana aktiviti ini tidak menjejaskan alam sekitar dan sebaliknya menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang amat baik.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Gelang Patah telah pun membangkitkan komitmen negara kita dalam menguruskan hutan. Sukacita saya memaklumkan kepada Yang Berhormat Gelang Patah bahawa Malaysia sentiasa komited dengan pengurusan hutan secara berkekalan. Ini selaras dengan objektif ITTO di mana Malaysia adalah ahli kepada pertubuhan tersebut. Saya ingin menyatakan bahawa ITTO tidak mensyaratkan negara-negara ahli menjanjikan penggazetan hutan simpannya. Walau bagaimanapun, Malaysia bangga bahawa Malaysia adalah di antara negara tropika yang mempunyai keluasan hutan yang masih tinggi iaitu 62% masih berhutan.

Page 69: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 59

Mengenai hutan simpan kekal (HSK) pula, setakat tahun 2000 jumlah HSK adalah 14.45 juta hektar. Yang Berhormat bagi Gelang Patah juga menyoal adakah pembalakan masih berlaku dan tindakan-tindakan yang diambil. Tuan Pengerusi, mengikut rekod Kementerian Perusahaan Utama sebanyak 462 kes pembalakan haram telah dikesan di Malaysia dari tahun 1997 sehingga 2002. Dari jumlah ini sebanyak 141 kes adalah dikesan di Semenanjung Malaysia, 310 kes di Sabah dan 8 kes di Sarawak. Butiran kes adalah seperti berikut:-

Tahun Semenanjung Sabah Sarawak 1997 1998 1999 2000 2001 2002

29 23 26 38 15 13

61 87 80 46 20 16

- 3 - 1 2 2

Berdasarkan maklumat di atas adalah diperhatikan bahawa pada umumnya bilangan kes pembalakan telah berkurangan. Dalam tempoh yang sama, seramai 27 orang telah pun dijatuhkan hukuman penjara bagi tempoh antara satu bulan hingga 18 bulan di Semenanjung Malaysia. Mereka telah pun dikena hukuman.

Yang Berhormat bagi Gelang Patah dan Tuaran juga telah pun menyentuh mengenai sistem evaporation untuk menghasilkan zero waste oleh kilang. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini masih di peringkat kajian di mana bahan buangan daripada kilang dapat diproses untuk menghasilkan produk seperti baja. Buat masa kini terdapat satu kilang di Selangor yang menggunakan teknologi evaporation ini. Ini adalah kerana kos teknologi yang tinggi iaitu di antara RM8 hingga RM10 juta. Kalau sekiranya Yang Berhormat dan Gelang Patah berminat untuk melihat kilang ini, maka saya akan mengarahkan pegawai-pegawai supaya membuat satu temu janji dengan kilang tersebut. Kalau mereka membenarkan, kita pergi bersama-sama.

Berhubung dengan soalan Yang Berhormat bagi Gelang Patah juga yang ingin mengetahui tentang counter trade selain daripada yang disebut di atas landasan kereta api Tanjong Pelepas/Johor Bahru dan pembelian machine scanner dari negara China, sukacita saya maklumkan bahawa projek pembelian counter trade masih dalam rundingan termasuk pembinaan landasan kereta api berkembar bahagian utara dan bahagian selatan serta pembelian locomotive kereta api oleh Keretapi Tanah Melayu serta alat-alat pertahanan oleh Kementerian Pertahanan. Melalui usaha counter trade ini, kementerian mengharapkan dapat meningkatkan pengeksportan minyak sawit.

Yang Berhormat juga telah menyentuh mengenai sistem evaporation untuk menghasilkan zero waste discharge oleh kilang dan maklumkan bahawa perkara ini, seperti saya katakan tadi, masih dalam peringkat kajian dan apabila kita dapat penemuan yang terbaru saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat kelak.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan keluasan Hutan Perlindungan. Objektif Hutan Perlindungan adalah untuk mengukuhkan kestabilan alam sekitar dan pemeliharaan bekalan air bersih, melindungi pelbagai hidupan liar, memelihara pelbagai flora dan fauna. Status hutan perlindungan adalah seperti berikut:-

Negeri Hutan Perlindungan

(juta hektar) Hutan Pengeluaran

(juta hektar) Semenanjung 1.90 2.95 Sabah 0.91 2.69 Sarawak 1 5 Jumlah keseluruhan 3.81 10.64

Page 70: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

60 DR.7.10.2003

Yang Berhormat bagi Tuaran telah membangkitkan beberapa isu dan di antaranya kertas dan pulpa dengan negara China. Yang Berhormat, ingin saya maklumkan bahawa cadangan penubuhan kilang kertas dan pulpa secara usaha sama di antara Malaysia dan Peoples’ Repubic of China di Kalabakan, Tawau, Sabah tidak akan diteruskan. Keputusan tersebut telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Julai 2002 di Beijing, China. Pada pertemuan kedua-dua belah telah bersetuju untuk tidak meneruskan projek tersebut memandangkan persetujuan muktamad terhadap beberapa isu serta syarat terma perjanjian usaha sama bagi melaksanakan projek tersebut tidak dapat dicapai oleh kedua-dua pihak. Mengenai perkembangan sektor kertas, ingin dimaklumkan bahawa sektor tersebut adalah di bawah bidang kuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Yang Berhormat bagi Tanjong juga telah pun membangkitkan isu berkenaan dengan pulp and paper, dengan izin. Saya ingin memaklumkan bahawa agensi di bawah kementerian iaitu FRIM sedang berusaha untuk meningkatkan industri pulpa dan kertas di negara ini dengan menggunakan sumber bahan bukan kayu. Pada masa ini, penyelidikan sedang dijalankan oleh FRIM untuk mengeluarkan pulpa dengan menggunakan tandan kosong kelapa sawit. Masih terlalu awal untuk saya memaklumkan kemajuan projek tersebut. Namun, setakat ini ujian awal menunjukkan hasil yang positif. Jika usaha R&D tersebut berjaya, bermakna kerajaan bukan sahaja akan dapat meningkatkan industri pulpa dan kertas tetapi juga memberikan faedah kepada industri sawit.

Yang Berhormat bagi Tanjong juga telah pun menanyakan isu pembalakan Pulau Sumas di Tasik Kenyir yang kurang daripada 500 hektar dan tidak memerlukan laporan EIA. Ingin saya maklumkan bahawa pembalakan yang dimaksudkan dijalankan di tanah milik persendirian.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri, Yang Berhormat.

Datuk Anifah Aman: Silakan.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya sila.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat Yang Berhormat Timbalan Menteri. R&D kelapa sawit ini saya rasa kalau boleh diberikan lebih tumpuan. Saya difahamkan oleh beberapa pihak bahawa pokok kelapa sawit dan buahnya semuanya akan memberikan hasil – daunnya, pelepahnya, batangnya, buahnya, bijinya, minyaknya dan semuanya. Jadi, kalau R&D kita berjaya menemui perkara-perkara yang boleh memberikan faedah semua perkara ini, saya rasa pulangan kepada masyarakat kita begitu besar, sekali gus akan mengkaya dan memakmurkan negara kita. Jadi, saya memang mengharapkan sangat pihak kementerian belanjalah seberapa banyak - kita sokong di Dewan ini - untuk mendapatkan pulangan yang besar.

Sedikit masa dahulu kita dengar bahawa minyak sawit boleh digunakan untuk gantian petrol, bahan bakar. Itu kalau berjaya oho, ‘cak boleo’ lah kita. [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, apa? ‘Cak boleo’ saya tak tahu. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ini Gelang Patah kata, Tuan Yang di-Pertua, bahasa dia. Memang penting sangat kementerian ini. Memang lumayan kita, lumayan, lumayan. Saya haraplah saya menyokong penuh langkah-langkah R&D kementerian ini kerana ia akan memberikan pulangan jangka masa yang lama dan faedahnya sangat besar. Kebetulan Allah S.W.T. memberikan kita tanaman yang sesuai, dengan kelapa sawitnya, maka itu kita gunakanlah nikmat yang Allah berikan ini dengan semaksimum yang boleh. Maka pembangkang kecewalah dia buat selama-lamanya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datuk Anifah Aman: Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading. Memang hasrat Kementerian Perusahaan Utama melalui Malaysian Palm Oil Board (MPOB) yang membuat kajian iaitu research and development (R&D) bahawa tujuan kita, matlamat kita ialah zero waste terhadap kelapa sawit ini. Daripada kelapa

Page 71: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 61

sawit, tandan, pokoknya, di antaranya partical board dan lain-lainnya dan kini kita melihat daripada segi kilang palpa dan kertas ini.

Yang Berhormat memanglah daripada segi bahan bakar sebenarnya ia sudah pun dilakukan, apabila harga telah pun menurun tetapi ini cuma a question of figures, dengan izin, cuma berapakah kos CPO yang boleh kita salurkan kepada bahan bakar.

Tetapi pada masa kini, bahawa oleh sebab harga minyak sawit mentah itu begitu melambung tinggi, maka kita pasarkan kepada pasaran antarabangsa, tetapi pada suatu masa kelak, kalau sekiranya harga minya sawit mentah CPO ini turun di bawah tahap yang mana ia tidak dapat menampung harga pengeluaran, maka kita akan salurkan ia kepada bahan bakar kita ini. Apabila kita gunakan ia sebagai satu bahan bakar, maka stok kita akan berkurangan dan pengeluaran akan berkurangan di pasaran antarabangsa, maka kita mengharapkan harga akan meningkat dan baru kita eksport semula.

Memanglah penyelidikan dan pembangunan yang telah pun dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Negara (MPOB) sedang dipergiatkan dan insya-Allah pada suatu masa yang tidak akan lama lagi kita akan melihat zero waste apa yang saya katakan terhadap kelapa sawit ini.

Tumbuh-tumbuhan ataupun crop kelapa sawit begitu berguna sekali kepada kita dan Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya mengusahakan ini semua adalah untuk kepentingan rakyat kita dan termasuklah rakyat di luar bandar dan saya berharap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang juga akan memberi kita sokongan dan menerima hakikat bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah satu kerajaan untuk rakyat yang terbaik sekali.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat, terus, terus Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Anifah Aman: Ya, kembali Tuan Pengerusi, apa yang telah dipersoalkan tadi oleh Ahli Yang Berhormat bagi Tanjong. Ingin saya mengulangkan berhubung dengan isu pembalakan Pulau di Tasik Kenyir tadi, kurang daripada 500 hektar dan tidak memerlukan laporan EIA, ingin saya maklumkan sekali lagi Yang Berhormat bahawa pembalakan yang dimaksudkan, dijalankan di tanah milik persendirian, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengeluarkan lesen kepada Syarikat SPPT Development Sendirian Berhad untuk pengeluaran kayu yang ada. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Pusat sentiasa memantau secara rapi agar pengusaha hasilan hutan di negara ini dijalankan secara berkekalan selaras dengan Dasar Perhutanan Negara.

Ahli Yang Berhormat sahabat saya daripada Tumpat, Yang Berhormat tidak ada di sini Tuan Pengerusi, daripada Tumpat telah pun bertanya mengenai program tanam semula kelapa sawit di mana Ahli Yang Berhormat menyarankan agar projek tersebut digunakan untuk pekebun kecil.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menyediakan skim pinjaman mudah tanaman semula kelapa sawit untuk pekebun-pekebun kecil sahaja, dan pembiayaan ini dilaksanakan melalui Bank Pertanian Malaysia.

Jumlah pembiayaan adalah sebanyak RM6,000 sehektar dengan kadar bayaran perkhidmatan 4% setahun atas baki bulanan. Tempoh bayaran balik adalah selama sepuluh tahun termasuk empat tahun tempoh penangguhan ataupun grace period.

Dan objektif-objektif skim ini dirancang bagi mencapai objektif berikut:-

(i) menggalakkan pekebun kecil menanam semula kebun kelapa sawit mereka yang tidak ekonomik dan produktif lagi;

(ii) menggalakkan pekebun kecil baru ingin menjalankan penanaman semula dengan menggunakan kaedah penanaman yang betul dan bahan tanaman bermutu tinggi;

(iii) menyediakan khidmat nasihat kepada kumpulan pekebun kecil supaya mereka lebih berdaya saing dalam industri minyak sawit; dan

Page 72: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

62 DR.7.10.2003

(iv) menstabilkan stok minyak sawit pada paras yang munasabah.

Prestasi pelaksanaannya sehingga 31 Ogos 2003 sebanyak 2,109 permohonan telah diterima oleh Bank Pertanian Malaysia dengan nilai pinjaman sebanyak RM122.75 juta dan keluasan 22,031.96 hektar.

Dari jumlah tersebut sebanyak 1,984 permohonan telah diluluskan oleh Bank Pertanian Malaysia (BPM) dengan nilai pinjaman sebanyak RM50.6 juta bagi membiayai tanaman semula seluas 12,101.12 hektar. Kedudukan terperinci permohonan dan keluasan skim pinjaman mudah tanaman semula kelapa sawit adalah seperti yang tersebut.

Saya minta izin, Tuan Pengerusi, kalau saya bacakan daripada satu persatu akan mengambil masa yang begitu panjang. Boleh saya berikan nanti secara bertulis.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Boleh, boleh.

Datuk Anifah Aman: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu …

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Teluk Intan berdiri Yang Berhormat.

Datuk Anifah Aman: Ya. Silakan.

Tuan Mah Siew Keong: Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bertanya skim pembiayaan penanam semula, apa yang saya dimaklum sudah dihentikan, jadi saya hendak penjelasan dari Yang Berhormat adakah skim ini masih dijalankan kerana banyak pekebun kecil minta supaya skim ini dapat diteruskan.

Yang kedua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab fluctuation, harga CPO adalah begitu cepat naik dan cepat turun, jadi dari segi ini, ini bukanlah satu pendapatan yang steady kepada pekebun kecil.

Saya hendak bertanya di samping hendak menolong pekebun kecil adakah kementerian dapat mengambil bua langkah supaya harga kelapa sawit ini ia tidak akan terlalu naik terlalu cepat dan terjunam terlalu cepat, kerana ini masalah kepada pekebun-pekebun kecil. Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Tuan Pengerusi, sebenarnya skim pinjaman ini masih lagi diteruskan melalui Bank Pertanian di mana setiap satu hektar sebanyak RM6,000 kita gunakan, ini telah pun saya jawab tadi. Walau bagaimanapun, pada masa kini kita ada dua skim penggalakan di mana pada tahun 2001 kalau tidak silap, kita telah pun mengadakan skim pertama penanaman semula apabila mereka menebang pokok mereka, pokok yang tua yang tidak ekonomik, yang tidak memberi hasil yang begitu tinggi apabila mereka menebang pokok mereka, kita memberi insentif sebanyak RM1,000 sehektar.

Pada masa kini tertakluk kepada keadaan, tertakluk kepada permohonan, maka skim kedua ini kita memberi mereka skim insentif penanaman semula di mana kalau mereka menebang pokok tua dan menggantikan dengan tanaman klon-klon yang baru, kita memberi mereka RM500 sehektar dan harga Yang Berhormat katakan tadi memanglah hasrat kita supaya kita dapat mekanisme menstabilkan harga, tetapi Yang Berhormat sedia maklum bahawa ini adalah komoditi antarabangsa, maka tidak mungkin kita dapat fixed the price ataupun menjamin kestabilan harga pada satu tahap yang boleh membantu kita ataupun boleh menyenangkan terutama sekali pekebun-pekebun kecil kita.

Walau bagaimanapun, saya ingat Yang Berhormat tidak ada kompelin sekiranya ia melonjak naik secepat mungkin, tetapi kita tidak mahulah ia supaya merudum jauh jatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, inilah yang saya katakan tadi the supply and demand the fundamental of economics, dengan izin, di mana pasaran dan pengeluaran dan permintaan mekanisme itu akan berjalan.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu, telah ada dua skim yang saya katakan tadi berhubung dengan peruntukan RM6 juta seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Dimaklumkan bahawa ini merupakan tambahan kepada jumlah Skim Pinjaman Mudah Tanaman Semula pada tahun 2004. Jumlah keseluruhan skim ini adalah sebanyak RM60 juta dan berhubung dengan

Page 73: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 63

insentif RM500 bagi tanaman semula kelapa sawit, peruntukannya merupakan baki iaitu RM25.6 juta daripada Skim Insentif Tanaman Semula pertama yang diperuntukkan sebanyak RM200 juta. Peruntukan ini berdasarkan apabila peruntukan RM25.6 juta habis – first come first serve basis, Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, kalau saya dapat beri penjelasan supaya Yang Berhormat tahu secara terperincinya, dapat melaksanakan atau menjelaskan kepada penduduk-penduduk di kawasan Yang Berhormat iaitu Skim Insentif Tanaman Semula (SITS) pertama pada tahun 2001, kerajaan telah menyediakan peruntukan khas berjumlah RM200 juta dan sebagai galakan kepada penanam-penanam kelapa sawit, pemilik estet dan pekebun kecil untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang telah mencapai had umur 25 tahun ke atas dan tidak ekonomik untuk diusahakan. Itu yang pertama.

Yang kedua, baki daripada itu yang skim ini bermula dan berkuat kuasa pada 1 Mei 2003 dengan peruntukan RM25.6 juta. Kadar insentif sebanyak RM500 sehektar adalah dijangkakan seluas 51,000 hektar akan dapat ditanam semula dengan klon-klon yang baru.

Kembali kepada Yang Berhormat bagi Tumpat pula mengenai hasil pekebun kecil lebih rendah daripada ladang. Yang Berhormat, masalah …

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat….

Datuk Anifah Aman: Ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hulu Terengganu berdiri, Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang saya bangkitkan tadi ialah pada tahun 2003 ini, hanya dibayar RM500 per hektar dan Yang Berhormat menyebutkan tadi bahawa ini ialah baki daripada peruntukan RM25 juta bagi tahun lepas. Apakah selepas daripada ini, RM500 per hektar ini juga akan dihapuskan terutama bagi yang selepas tahun 2003 ini?

Yang keduanya, berkenaan Yang Berhormat sebut tadi iaitu skim pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia yang berjumlah RM6,000 per hektar dengan kadar interest 4% setahun. Saya rasa 4% setahun ini membebankan pekebun kecil kerana kita tahu pekebun kecil terdiri daripada mereka yang miskin. Saya juga mengetahui melalui Bank Pertanian bahawa satu skim yang hampir sama diberi kepada penternak-penternak ikan dalam sangkar yang diberikan tanpa interest. Jadi, bagaimana kita mengenakan 4% kepada petani-petani yang miskin ini dan dengan tanpa interest kepada penternak ikan dalam sangkar?

Kalau boleh pihak kementerian dapat aturkan supaya kalaulah terpaksa dikenakan juga interest ini, dapat kita convert dalam bentuk pinjaman Islam kerana rata-rata pekebun kecil ini terdiri daripada golongan ataupun daripada orang Islam. Jadi apabila ada halangan dari segi ini, sudah tentu ia menjadi satu perkara yang menghalang mereka sama ada hendak mengerjakan tanah ataupun tidak mengerjakan tanah kerana sekatan interest atau kadar bunga yang ada sebanyak 4%. Minta penjelasan.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya skim yang telah saya katakan tadi di mana keseluruhannya Skim I dan II, kita membelanjakan RM200 juta dan skim ini apa yang saya katakan tadi atas first come first serve basis, di mana tujuan utama apabila harga menurun, maka stok kita berlebihan. Satu daripada objektifnya untuk mengurangkan stok di pasaran kita, maka kita galakkan mereka supaya menebang pokok-pokok yang tua. Perumpamaan bahasa Inggeris - killing two birds with one stone. Satu, mengurangkan stok di pasaran antarabangsa dan kedua, menebang pokok yang sudah berusia melebihi 25 tahun yang tidak ekonomik lagi.

Oleh itu bagi dana peruntukan sebanyak RM200 juta dan kita telah pun ke merata-merata negeri dan sudah pun memberi makluman kepada pengusaha-pengusaha termasuk pekebun-pekebun kecil supaya mereka memohon. Apabila mereka memohon, maka kita akan kaji mengikut syarat-syarat yang diperuntukkan. Jadi kita akan meluluskan secepat mungkin supaya mereka dapat menebang dan

Page 74: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

64 DR.7.10.2003

mereka dapat menggunakan bukan sahaja klon-klon yang baru yang boleh menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi tetapi juga dengan kaedah atau teknologi yang baru. Ini semuanya diberi bimbingan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sekiranya pada masa kini orang kata very slow coming – tidak banyak yang memohon tetapi ada di antara mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat dan oleh itu sampai sekarang kita belum dapat menggunakan semua dana yang ada. Sekiranya ianya memerlukan, kementerian sedia akan mempertimbangkan sekiranya ada keperluan seumpama itu.

Dari segi pinjaman pula, saya ingat Yang Berhormat, kita tidak boleh galakan oleh sebab ia melibatkan satu bahagian dana yang besar. Kalau kita tidak mengenakan faedah, maka ramai di antara mereka yang tidak begitu mengambil berat tentangnya. Faedah 4% yang dikenakan dalam baki bulanan itu, saya ingat memadai dan kita bagi the grace period untuk membayar balik sampai tanaman itu berhasil. Apabila ianya berhasil, barulah mereka memulakan bayaran pinjaman yang dikenakan.

Mengenai cara untuk pinjaman, saya bersetuju dengan Yang Berhormat, sekiranya cara-cara yang terbaik untuk menunaikan ataupun pinjaman itu secara lunas keislaman dan apa pun saya bersetuju dan kita akan sedia memberi peruntukan yang sedemikian. Ini akan kita kaji cara macam mana matlamat kita, cara macam mana hendak menyalurkan bantuan kerajaan kepada penduduk-penduduk luar bandar kita. Mekanisme itu perkara yang kecil, kita akan laksanakan.

Yang Berhormat bagi Tumpat dan Pokok Sena, terima kasih atas simpati Yang Berhormat tadi. Akan tetapi Yang Berhormat, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, saya sedia menerima kekalahan, patuh dan akur kepada keadaan semasa. Saya harap Yang Berhormat juga sekiranya kalah di masa hadapan, juga dapat menerimanyalah macam saya juga…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia juga kalah Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Ketawa] Sedih nampak.

Datuk Anifah Aman: Sedih, memang sedih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Anifah Aman: Saya ingat kalau Yang Berhormat kalah pun, sedih juga. Sedih itu tidak terlepas daripada sedih tetapi apa yang penting sekali bahawa kita boleh menerima kekalahan. Terima kasih Yang Berhormat atas simpati Yang Berhormat itu.

Yang Berhormat bagi Tumpat dan Pokok Sena - mengapakah hasil pekebun kecil lebih rendah daripada ladang? Masalah ini timbul kerana pengurusan kebun yang tidak cekap terutama sekali dari segi kaedah penanaman, penjagaan, pembajaan dan pemotongan buah. Masalah ini sedang diatasi dengan penubuhan Unit Pengembangan Pekebun Kecil (TUNAS) oleh MPOB. Kakitangan unit ini telah pun ditempatkan di kawasan-kawasan yang padat dengan pekebun kecil. Pegawai Pengembangan ini memberi nasihat pengurusan kepada pekebun kecil secara sepenuh masa. Dalam masa yang sama, MPOB juga telah memperkenalkan dan mengedarkan baja campuran yang sesuai untuk kelapa sawit iaitu MPOB F1. MPOB juga kini mengawal ketat mutu benih kelapa sawit yang dijual.

Sekiranya di kawasan Yang Berhormat belum lagi mendapat bantuan ataupun tunjuk ajar daripada unit-unit yang ditubuhkan – TUNAS ini, memaklumkan kepada saya dan saya akan turun ke kawasan Yang Berhormat tadi. Saya juga bersimpati kepada Yang Berhormat…

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tahu, unit ini diletakkan di bawah kementerian Yang Berhormat ataupun di bawah agensi yang lain? Ini disebabkan saya lihat bahawa macam tidak ada satu gerakan bersepadu antara kementerian Yang Berhormat, macam saya katakan tadi di

Page 75: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 65

antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan sebagainya, yang menyebabkan agensi-agensi ataupun kumpulan sasaran yang ada di bawah kementerian yang lain ini tidak dapat diletakkan dalam satu pengawalan dan kawal selia yang lebih berkesan.

Saya pun lihat baru-baru ini pun Menteri – bos Yang Berhormat pun macam tidak berpuas hati dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana katanya bahawa agensi-agensi ini gagal seperti mana RISDA, begitu juga FELDA di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi dan sebagainya, maknanya Yang Berhormat Menteri sendiri tidak berpuas hati tentang ketidakupayaan mereka, gagalnya mereka dalam hendak membantu para pekebun kecil ini untuk mempertingkatkan usaha pengeluaran sumber minyak kelapa sawit daripada 3 tan kepada 5 tan.

Saya takut nanti kalau unit ini hanya diletakkan di bawah kementerian Yang Berhormat, sedangkan kementerian Yang Berhormat itu tidak cukup line-up nya itu ke peringkat akar umbi, sedangkan agensi-agensi yang lain ini berada di peringkat akar umbi yang lebih meluas, yang itu saya minta penjelasan.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat, memanglah tepat apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa Tunas ini adalah di bawah agensi Kementerian Perusahaan Utama. Tunas di bawah MPOB dan MPOB adalah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Ini adalah urusan Kementerian Perusahaan Utama. Saya percaya kementerian-kementerian yang lain juga mengambil langkah-langkah yang boleh membantu pekebun-pekebun kecil yang lain.

Apa yang dikatakan di mana Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama tidak senang dengan beberapa agensi ataupun kementerian yang lain, Yang Berhormat, sebenarnya bukan tidak senang, tetapi kita di antara empat kementerian yang terlibat, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Kementerian Perusahaan Utama sering mengadakan perbincangan tentang cara macam mana kita dapat membantu terutama sekali penduduk-penduduk luar bandar.

Memanglah kita menyuarakan beberapa isu yang daripada segi pendapat Kementerian Perusahaan Utama dan juga agensi-agensi berkenaan supaya kita mengambil satu-satu langkah yang dapat menghasilkan atau membantu pekebun-pekebun kecil kita. Tetapi semua matlamat yang telah pun dihasilkan oleh semua kementerian ini adalah semata-mata untuk kebaikan rakyat kita yang terutama sekali di luar bandar yang sangat-sangat memerlukan bantuan seumpama ini.

Insya-Allah, Yang Berhormat, dari masa ke semasa sekiranya apa jua keperluan yang terpaksa kita lakukan kita akan lakukan semata-mata untuk kepentingan rakyat. Yang Berhormat bagi Tumpat juga telah pun menyoalkan tentang Jabatan Mineral dan Geosains telah banyak menjalankan kajian air bawah tanah atau ground water terutama sekali di negeri-negeri yang mempunyai masalah bekalan air permukaan juga di kawasan-kawasan pedalaman. Di antara negeri-negeri yang telah dibuat kajian adalah Kelantan, Sabah, Sarawak dan Pahang. Sumber air di bawah tanah ini telah dapat membantu sebagai sumber tambahan kepada air permukaan.

Adalah tidak tepat bahawa peruntukan ini kecil kerana peruntukan kajian air bawah tanah merupakan 20% atau RM12 juta dari keseluruhan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Ini menunjukkan peningkatan yang amat besar daripada Rancangan Malaysia Ketujuh iaitu kira-kira RM4 juta sahaja.

Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah pun membangkitkan isu pelesenan Penanam/Pengawet Individu ataupun PPI. Mengikut target Lembaga Tembakau Negara dalam tahun 2005 seramai 3,000 PPI akan dipilih daripada 20,000 penanam tembakau di negara ini. Oleh kerana bilangan ini kecil, syarat-syarat yang ketat dikenakan, di antaranya:-

(i) telah menunjukkan kejayaan dalam tanaman tembakau tiga tahun;

(ii) mempunyai tanah untuk tanaman tembakau sekurang-kurangnya 1 hektar;

(iii) sanggup menyediakan modal atau cagaran bernilai RM25,000;

Page 76: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

66 DR.7.10.2003

(iv) mempunyai pembantu yang mencukupi;

(v) berumur tidak melebihi 50 tahun; dan

(vi) tidak ada rekod perlanggaran peraturan LTN.

Sehingga kini jumlah PPI yang telah dilesenkan berjumlah 2,800 dan kuota di antara 1,500 kilogram hingga 3,000 kilogram seorang. Setiap PPI yang dilesenkan akan diwajibkan menghadiri kursus lanjutan dalam bidang-bidang pengurusan ladang, pengurusan stesen dan pengawetan, pengurusan kewangan.

Yang Berhormat juga telah membangkitkan mutu pengeluaran. Mutu pengeluaran bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, khususnya semasa kutipan dan pengawetan, jenis tanah dan amalan pertanian yang baik. Keadaan hujan di akhir-akhir ini telah menyebabkan mutu daun terjejas dan nisbah awetan agak tinggi berbanding dengan keadaan biasa antara 8 dan 9:1 apabila cuaca baik.

Kenaikan harga daun, Yang Berhormat, harga daun tidak dapat dinaikkan sejajar dengan kenaikan harga rokok kerana industri tembakau terpaksa menghadapi persaingan dengan negara ASEAN dalam AFTA. Kini kos pengeluaran di Malaysia adalah tertinggi, di ASEAN iaitu RM12.60 sekilogram berbanding dengan RM5.00 sekilogram di Indonesia dan Thailand. Kenaikan harga menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing. Walau bagaimanapun, kita hendak membantu penanam dan pengawet. Kerajaan telah pun memberi bantuan lain seperti bantuan khas dan pinjaman mudah.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat, Rantau Panjang.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih, sebelum pergi jauh jawapan Menteri tadi, saya minta pertamanya berkenaan dengan yang disebutkan tadi, kursus kepada pengawet-pengawet khususnya kepada cara-cara mengawet. Apa yang saya timbulkan tadi ialah sebahagian besar pengawet-pengawet PPI ini ialah tidak mempunyai curer yang baik, tidak ada pakar dalam mengeringkan daun-daun tembakau tersebut. Adakah kursus yang diberikan kepada pengawet-pengawet PPI termasuk kursus curer, kursus hendak cure daun itu sendiri sewaktu kursus diberi sepanjang kursus yang diberi oleh pihak LTN. Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah kita akan mengadakan kursus-kursus supaya pengusaha-pengusaha tembakau ini dapat mengeluarkan satu pengeluaran yang bermutu dan oleh itu kita berpendapat bahawa bukanlah menaikkan harga itu akan menyelesaikan masalah pengusaha-pengusaha tembakau. Sebenarnya kita hendak memberi mereka kursus-kursus supaya mereka bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengeluaran mereka tetapi juga dapat mengeluarkan kos pengeluaran yang saya katakan begitu tinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran kita.

Tadi, Yang Berhormat telah membangkitkan Pengerusi Lembaga Tembakau, Ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang yang telah pun memberikan kepada ahli-ahli UMNO dan lain-lainnya.

Yang Berhormat, sebenarnya kalau ada perkara itu berlaku maklumkan kepada kementerian bahawa sebenarnya sebahagian besar di mana saya telah beberapa kali ke Bachok, saya ingat Yang Berhormat bagi Bachok ada di sini. Saya telah pun pergi ke Bachok, saya ingat tiga kali, di mana kita telah pun memberi bantuan-bantuan yang begitu besar hampir RM31 juta dan saya sendiri menyerahkan bantuan itu kepada pengusaha-pengusaha tembakau.

Saya dimaklumkan bahawa rata-rata di antara mereka adalah penyokong parti Yang Berhormat. Tetapi saya melaksanakan tanggungjawab yang telah pun diamanahkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan diamanahkan melalui Kementerian Perusahaan Utama, saya tidak pernah bertanya sama ada penyokong ini adalah penyokong PAS kah atau sebaliknya. Yang saya diamanahkan oleh Kerajaan Barisan Nasional ialah membantu pengusaha-pengusaha tembakau yang mengalami masalah seperti banjir dan cuaca.

Page 77: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 67

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia berdiri lagi, Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Saya yakin Yang Berhormat memang tidak bermain politik dalam hal ini. Tetapi apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah permainan politik ini kepada orang bawah, Ketua Bahagian umpamanya, walaupun dia dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tembakau Negara. Kita mengetahui orang-orang di peringkat itulah, peringkat Ketua Bahagian inilah yang selalunya memainkan peranan politik, orang di peringkat Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen ini saya yakin dan percaya mereka ini memang telus, ikhlas terutama sekali macam Yang Berhormat ini, sebab Yang Berhormat bukan orang Malaysia di Semenanjung. Kalau orang di Semenanjung barangkali sedikit sebanyak tekanan-tekanan daripada UMNO itu terpaksa juga patuh kepada tekanan orang di bawah yang memainkan politik juga terutama sekali.

Kalau Yang Berhormat terdiri daripada UMNO bawahan barangkali, saya ingat setiap hari ada orang UMNO pergi meminta kuota atau meminta lesen untuk mengawet PPI ini. Itu terpulang kepada Yang Berhormat dalam menentukan sama ada perkara ini ada mainan politik di bawah atau tidak. Tetapi bagi saya memang jelas ada mainan politik terutama sekali kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang baru-baru ini yang belum ada pengaruh yang besar, terutama sekali belum pernah menang lagi dalam pilihan raya Parlimen ini.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Tidak payah jawab panjang, Yang Berhormat. (Ditujukan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri]

Datuk Anifah Aman: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Izinkan sedikit saya memberikan penjelasan bahawa Yang Berhormat katakan oleh kerana saya bukan berasal daripada Semenanjung, maka saya tidak prihatin dengan apa yang berlaku sebenarnya. Adakah bererti bahawa yang rakyat daripada Kelantan sahaja yang sepatutnya menduduki Timbalan Menteri ini supaya dapat mennyelesaikan masalah itu? Sedangkan kita telah pun melantik Pengerusi Lembaga Tembakau Negara berasal daripada Rantau Panjang, masih juga mempunyai masalah Yang Berhormat katakan tadi. Sangkaan Yang Berhormat itu tidak berapa tepat, Tuan Pengerusi.

Saya berharap bahawa kalau sekiranya Yang Berhormat masih lagi menghadapi masalah kita selalu berjumpa dalam sesi Parlimen ini, maklumkan kepada saya, insya-Allah, saya akan turun dan membuat penyelidikan. Itu yang kita hendak lakukan. [Tepuk] Jangan sahaja menghentam yang tidak menentu di sini Yang Berhormat [Ketawa]

Tuan Pengerusi, dari segi pakar pemasaran, Lembaga Tembakau Negara kini mempunyai seramai 20 orang classifier yang bertanggungjawab sebagai arbitrator bagi mengatasi pertikaian gred antara pengawet dan pengilang, ini 20 orang yang telah kita senaraikan dan bilangan pengawet pula pada tahun 2003 seramai 302 orang pengawet telah dilesenkan dengan kuota sebanyak 8 juta kilogram, mereka tidak berlawan dengan PPI kerana sebelum menjadi PPI surat kebenaran dari pengawet perlu diserahkan kepada LTN.

Tuan Pengerusi, itu sahaja yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan …

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sekejap, ada yang berdiri Yang Berhormat, Hulu Terengganu ya.

Datuk Anifah Aman: Hulu Terengganu ya, silakan.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa apa yang saya bangkitkan tadi ada satu perkara yang tidak disentuh oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu berkenaan dengan cadangan untuk mengadakan pemotongan ses bagi kelapa sawit.

Seperti Yang Berhormat sebut tadi bahawa bantuan RM500 per hektar yang diberikan sekarang hanyalah bantuan galakan yang baki tahun lepas dan ia akan habis

Page 78: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

68 DR.7.10.2003

pada bila-bila masa sahaja dan apa yang saya sebut juga bahawa RISDA hanya memberi bantuan kepada penanam kelapa sawit yang menukar daripada tanaman getah kepada kelapa sawit tetapi bagi kelapa sawit kepada kelapa sawit ia tidak ada bantuan kerana sebelum pada ini tidak ada potongan ses. Oleh sebab itu saya mencadangkan sebelum daripada ini supaya diadakan potongan ses bagi kelapa sawit bagi membantu pekebun kelapa sawit yang ingin menanam semula kelapa sawit setelah tamat tempoh 25 tahun. Adakah perkara ini dalam pertimbangan pihak kementerian sendiri? Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Yang Berhormat, sebenarnya saya telah pun menjawab soalan Yang Berhormat tetapi tidak menggunakan perkataan “ses” tadi. Sebenarnya Yang Berhormat, Kementerian Perusahaan Utama tidak ada cadangan untuk menyediakan dana tanaman semula kelapa sawit kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit. Walau bagaimanapun kerajaan telah pun melaksanakannya seperti yang saya katakan, dua skim yang sejumlah RM200 juta tadi. Kita tidak mengenakan ses tetapi kita telah mengadakan dana RM200 juta untuk membantu mereka itu. Apa yang dilakukan oleh RISDA adalah di bawah kementerian yang lain dan matlamatnya sama juga iaitu untuk membantu pekebun-pekebun kecil. Sekiranya ada lagi langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah-masalah atau membantu pekebun-pekebun kecil ini kita barangkali dengan mengadakan skim ataupun SITS ketiga sekiranya saya katakan perlu tadi. Pada ketika ini kita tidak ada cadangan untuk kutipan ses Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Rantau Panjang.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih, minta penjelasan sedikit Yang Berhormat. Kita ada empat pihak sekarang ini; penanam, pengawet, pengilang, perokok, ada empat tahap. Sekarang ini harga rokok naik, maknanya yang untung ialah pengilang, yang membuat rokok itu untung. Adapun pengawet dengan penanam ini tidak ada untung apa-apa sebab tidak naik harga daun tembakau.

Yang Berhormat sebut tadi tidak perlu kita naikkan harga daun tembakau kering ini walaupun harga rokok naik. Tidak adil bagi saya kerana apabila harga rokok naik maka pengilang rokok itulah yang dapat untung banyak sedangkan pengawet dan penanam tidak berubah. Saya minta supaya memberi penjelasan sedikit cara mana yang diambil kira oleh pihak Yang Berhormat sebentar tadi yang mengatakan perkara ini tidak perlu dinaikkan harga daun tembakau kering. Sekian, terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Ya Yang Berhormat, saya pun kurang jelas di antara penanam, pengawet, pengilang dan perokok, kumpulan manakah Yang Berhormat terlibat? Adakah perokok ataupun keempat-empat Yang Berhormat terlibat. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, telah pun saya menjelaskan tadi bahawa kos pengeluaran kita adalah tertinggi di antara negara-negara jiran kita iaitu di lingkungan RM12.60 se kilogram sedangkan di Thailand dan Indonesia, RM5 sekilogram.

Untuk menghadapi apa yang dikatakan dan disarankan oleh Yang Berhormat tadi CEPT, dengan AFTA, bukanlah satu penyelesaian kalau kita meningkatkan harga daun kering, itu cuma sementara tetapi apa yang perlu bahawa kita mengemaskinikan pengurusan kita dan cara macam mana kita hendak mengurangkan kos pengeluaran supaya pada satu hari kelak apabila CEPT itu diperkenalkan daripada tahun 2003 hingga 2010 di mana kalau tidak silap cukai maksimum dikenakan 5%, adakah kita bersedia untuk menghadapi persaingan daripada negara-negara jiran kita dan pada ketika itu saya tidak tahu kalau Yang Berhormat masih menjadi Ahli Parlimen maka Ahli Parlimen yang pada ketika itu akan menyarankan, mengapakah kerajaan tidak mengusahakan supaya mereka dapat bersaing dengan pengusaha-pengusaha dari jiran-jiran kita? Kenapakah setiap kali kita mengalami masalah, kita mempertingkatkan harga-harga? Itu bukan satu penyelesaian yang sempurna.

Oleh itu kita melihat dari segi masalah pokok di mana kita hendak meninjau dan mengkaji cara bagaimana kita boleh meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos production ini. Satu daripadanya ialah PPI, pengawet, penanam yang besar dan lain-lain. Ini yang hendak kita laksanakan dan sekiranya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna maka saya percaya penanam dan pengawet kita akan mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha-usaha mereka. Itu yang hendak kita usahakan dan bukan

Page 79: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 69

setiap kali mereka mengalami kerugian, setiap kali kita akan meningkatkan harga daun kering mereka.

Tuan Pengerusi, sekianlah yang dapat saya jawab soalan-soalan Yang Berhormat dan sekiranya ada lagi yang tertinggal maka kita akan memberi perhatian dan kita akan sedia menerima teguran dan cadangan-cadangan yang baik untuk meningkatkan bukan sahaja pekebun-pekebun kecil kita tetapi negara kita khasnya.

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM211,671,100 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Perusahaan Utama jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM211,671,100 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM105,276,400 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2004 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM105,276,400 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2004.

Maksud B.21 [Jadual] – Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan 2004] -

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian terbuka untuk dibahaskan. Ya, Saratok.

5.18 ptg.

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau [Saratok]: Terima kasih Tuan Pengerusi, ini Butiran – 00900, Projek Pertanian Yang Lain.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Tuan Pengerusi, saya telah difahamkan kalau ada projek baru, mungkin yang besar tidak dapat dipertimbangkan pada tahun 2004, tetapi biasanya projek kecil yang telah siap dirancang di peringkat daerah mungkin dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Pertanian.

Kawasan tersebut, selalunya musim panas yang panjang dan air masin dapat masuk, maka tanaman padi mereka tidak memberi hasil yang diharapkan.

Satu lagi projek yang kecil di kawasan saya, P.179, Saratok, dalam bahagian Betong, itu pun kawasan tanaman padi, luasnya 30 ekar lebih, tetapi jadi tanah terbiar disebabkan tidak cukup air, masa yang diperlukan sungguhpun sudah ada ban dan parit. Rumah panjang tersebut ada Gerakan Daya Wawasan dan selepas berdialog dengan FAMA, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pegawai Pertanian dan MARDI di bawah koordinator-koordinator IADP (Integrated Agriculture Development Project) telah bersetuju supaya diteruskan.

Kedua-dua projek tersebut sekarang dalam perancangan oleh pegawai-pegawai yang terlibat. Dalam butiran yang saya sentuh tadi di bawah Projek Pertanian Yang Lain, lebih RM300 juta.

Tuan Pengerusi, oleh kerana dua projek, yang saya rasa memang perlu sekali dilaksanakan, saya harap Yang Berhormat Menteri Pertanian dapat memberi pertimbangan dengan sewajarnya.

Page 80: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

70 DR.7.10.2003

Adakah peruntukan ini yang tidak ada nama untuk seluruh negara, atau mana yang perlu sahaja yang sudah lulus. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Yang Berhormat bagi Kinabatangan dulu.

5.22 ptg.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana prihatin terhadap kawasan yang jauh.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah terburu-burulah Yang Berhormat. Pasal apa hendak terburu-buru?

Datuk Bung Moktar bin Radin: Saya ingin menyentuh sedikit tentang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Namanya pun sudah “Lembaga Pemasaran”, bermakna tugas dia adalah untuk membantu petani-petani, pekebun-pekebun memasarkan hasil-mahsul keluaran mereka, tetapi di sebaliknya imej FAMA itu sendiri saya lihat cuma dia sibuk dengan Pasar Tani. Di Sabah dan di mana-mana, dia punya imej, asal FAMA dikaitkan dengan Pasar Tani. Dia tidak ada perancangan jangka panjang tentang bagaimana untuk melihat pemasaran di peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat global. Ini saya rasa kementerian perlu review dan tangani masalah ini. Kalau pegawai-pegawai FAMA itu tidak berfungsi lagi, ganti dengan pegawai-pegawai yang baru yang benar-benar boleh berfungsi.

Saya menyampaikan hasrat rakan saya, Yang Berhormat bagi Tampin, di mana seorang belia dari Tampin telah dihantar oleh kerajaan dan kementerian ke Jepun untuk belajar dalam bidang industri penanaman lada besar dan setelah beberapa tahun beliau telah pakar dalam penanaman lada ini. Beliau telah pulang ke negara ini dan telah membuka ladang sendiri. Tiba-tiba pemasaran lada beliau tidak boleh dijual, tidak dapat dimarket. FAMA berdiam diri. Budak ini adalah pakar dalam bidang penanaman lada. Apa sahaja you cakap – macam mana hendak menanam lada, dia tahu. Sekarang budak ini sudah kerja sebagai seorang Security di Jaya Jusco Kuala Lumpur. Bayangkan seorang yang mempunyai kepakaran, kenapa kementerian tidak gunakan pakar-pakar yang ada ini? Mungkin budak ini boleh dijadikan sebagai lecturer kepada kementerian untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan remaja kita yang berminat dalam penanaman lada besar ini.

Pada saya, ini merupakan satu kekecewaan dan merupakan satu peristiwa yang tidak seharusnya berlaku. Saya hairan dalam dunia globalisasi masa kini di mana serba-serbi moden, kita masih ketinggalan dalam segi strategi dan sebagainya. Pada saya bukan itu sahaja, rasa saya kegagalan ini perlu kita tangani bersama. Saya telah menyentuh perkara FAMA ini dua tahun yang lalu, tetapi nampaknya mereka tidak berubah, mereka masih pada tampuk lama tanpa memikirkan sesuatu untuk kepentingan pertanian moden kita.

Kita berbicara mengenai petani moden, saya hendak tanya kepada kementerian, apakah kementerian mempunyai data tentang berapa ramaikah petani, nelayan dan penternak tradisional dalam negara kita? Apakah kementerian mempunyai perancangan untuk menaik taraf petani-petani tradisional ini, nelayan-nelayan tradisional ini untuk menjadi nelayan dan petani komersial? Kalau tidak ada, kenapa tidak ada perancangan sebegini? Kalau sudah ada dibuat, telah dilaksanakan, berapa orang yang sudah berjaya daripada petani tradisional kepada petani bersifat komersial?

Peruntukan, rasa saya bukan sebagai satu halangan kepada kementerian untuk melaksanakan, walaupun kita maklum bahawa separuh daripada peruntukan kementerian ini adalah diperuntukkan untuk pencegahan banjir dan sebagainya, tetapi pada saya, kehendak, kemahuan, kesungguhan itu harus ada untuk melihat bahawa negara kita, mahu tidak mahu, walaupun mungkin kita boleh berbangga sebagai negara industri tetapi pertanian adalah merupakan satu sumber, satu hasil jangka panjang yang perlu kita tangani bersama.

Saya meminta dalam hal-hal ini supaya pihak kementerian mempunyai database perancangan di Sabah, di Sarawak, di Semenanjung - berapa petani, nelayan, penternak tradisional ini. Kita harus ada database bagi tiap-tiap daerah. Minta kepada Pejabat-pejabat Daerah, baru kita boleh melaksanakan program jangka

Page 81: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 71

panjang. Kalau tidak, alamatlah kalau turun-temurun daripada satu keluarga itu penternak, maka dia akan terus menjadi penternak tradisional sahaja, dan ekonomi di sekitar kawasan tersebut akan tidak berkembang.

Justeru itu, pada saya sudah tibalah masanya, jangan lagi kalau ada agen, dua tahun akan datang saya masih berdiri di sini, bercakap mengenai perkara yang serupa sebab kita mahu ada perubahan. Kalau tidak ada perubahan, kenapa tidak boleh berubah? Kalau orang lain boleh berpandangan jauh, kenapa kita tidak boleh? Mana pegawai yang tidak berfungsi, panggil, “Mahu kerjakah tidak?” Memang saya tahu ramai pegawai yang bekerja, tetapi sebilangan kecil daripada mereka ini yang menyebabkan tergendala segala perancangan kita semua.

Yang Berhormat Menteri cubalah buat sesuatu. Kalau tidak boleh berunding, guna cara lain sebab ini adalah perlu. Kalau Perdana Menteri bekerja 24 jam siang-malam, takkan pula pegawai-pegawai kementerian tidak bekerja? Kita Ahli-ahli Parlimen pun bekerja 24 jam juga, tidak kira. Pembangkang saya tidak tahulah, mungkin dia tidurkah atau apakah, atau berceramah di masjid, kita tidak tahulah. Saya meminta supaya kementerian ini menangani isu-isu dan masalah-masalah seumpama ini supaya di masa akan datang kita akan dapat melihat penternak, petani dan nelayan tradisional kita akan dapat dinaik taraf mereka selaras dengan tuntutan pembangunan negara. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Kota Melaka.

5.28 ptg.

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud B.21 Butiran 040000 – Perkhidmatan Haiwan. Terlebih dahulu saya ucapkan syabas oleh sebab saya nampak Yang Berhormat Menteri ada, Timbalan Menteri ada, Setiausaha Parlimen ada. [Tepuk] Nampaknya pertama kali, ini rekod, semua yang berkenaan ada di sini, bagus. Tetapi saya harap bahawa hari ini walaupun satu isu yang lama bukan sahaja boleh bagi jawapan tetapi juga solution.

Tuan Pengerusi, “Lembu diikat tali, orang diikat janji”. Saya hendak tahu bilakah janji-janji pilihan raya yang lalu akan dikotai. Ini berkenaan dengan isu PFA Jimah, di mana pembinaan telah dibuat pada tahun 1995 dan telah dijual dengan harga RM145,000 bagi satu ekar dan akhirnya dijual dengan harga RM160,000 bagi seekar. Untuk penternak babi, sesiapa yang memerlukan keluasan dua ekar atau satu lot dan begitu ramai orang, saya difahamkan, sekurang-kurangnya 120 orang penternak telah membeli lot-lot untuk menjalankan aktiviti menternak khinzir di PFA itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tetapi apabila PFA itu hampir siap pada akhir tahun 1999, telah berlaku wabak Nipah Virus dan sampai hari walaupun janji telah dibuat, di pilihan raya besar, di pilihan raya kecil Telok Kemang, sampai hari ini pun janji ini belum dikotai. Orang-orang yang sudah membeli sejak tahun 1995 sampai hari ini masih terus membayar faedah pinjaman kepada bank.

Ini adalah satu penderitaan yang besar kepada mereka. Pada tahun 1995, mereka telah beli oleh kerana kerajaan telah mengatakan ada ancaman ugutan bahawa kalau mereka tidak beli tanah di sana dan menjalankan aktiviti menternak khinzir melalui PFA atau Centralized Pig Farming, kemungkinan lesen mereka di tempat yang sedia ada akan dibatalkan dan orang-orang yang telah memberikan kerjasama pula tersangkut sekarang. Sampai hari ini, sudah banyak kali saya tanya, kata akan buat kajian, kemudian buat kajian dan akhirnya semua beres. Saya tahu bahawa ada Ahli Exco MCA, Datuk Yau Chiow Jen, pergi sana buat pengumuman bahawa memang akan buka tetapi sampai hari ini pun tidak boleh buka. Bilakah janji pilihan raya itu akan dikotakan?

Page 82: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

72 DR.7.10.2003

Selepas berlakunya wabak Nipah Virus pada tahun 1999, seramai 1,000 orang penternak khinzir di Bukit Pelanduk telah mengalami penderitaan dan daripada 1,000 orang penternak khinzir itu, 10% adalah orang India. Ha, itulah! Mana Sothinathan? [Memandang ke tempat Yang Berhormat bagi Telok Kemang] Itu kawasan Telok Kemang!

Sampai hari ini mereka tidak nampak apa-apa pun tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka. Sekarang mereka tidak ada apa-apa pun. Kalau hardware shop pun sudah habis, animal feed pun sudah habis, keluarga hendak makan apa? Ada juga supporting industries, ini semua pun kalau kita pergi ke Bukit Pelanduk, tidak ada aktiviti langsung.

Saya ingin tahu apakah rancangan kerajaan dan wujudnya di kalangan mereka bahawa nampaknya ini perasaan mereka, bahawa memang kerajaan ada prejudis terhadap mereka. Seolah-olah kerajaan hendak mengambil peluang ini untuk memberhentikan aktiviti penternakan khinzir. Adakah ini satu kerajaan yang bertanggungjawab bila satu industri yang begitu mustahak telah dimusnahkan dan kerajaan langsung tidak ada apa-apa rancangan pun untuk memulihkan aktiviti ini?

Saya nampak E.21, Butiran 10740 – Peruntukan untuk Pembangunan Industri Babi. Dahulu pun saya nampak perbelanjaan bagi tahun 2001 sampai tahun 2002, kosong sahaja. Jadi, ini buat apa pun saya tidak tahu.

Saya hendak tahu apakah rancangan kerajaan untuk membantu mereka. Janganlah kalau sampai pilihan raya pergi sana balik, buat janji yang baru. Yang orang hendak tahu ialah bilakah janji yang telah dibuat begitu lama akan dikotakan. Saya hendak sebut di sini, kerajaan jangan banyak cakap bahawa ada bagi bantuan yang banyak kepada mereka di mana satu negara pernah berlaku di mana kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada mereka untuk membayar pampasan untuk babi-babi yang dimusnahkan melalui cabutan khas ramalan nombor, nombor ekor. Mana pernah berlaku, di mana satu dunia?

Itulah sebabnya saya tidak akan salahkan mereka kalau mereka ada perasaan bahawa memang kerajaan nampaknya prejudis terhadap aktiviti penternakan khinzir. Beritahu mana satu negara yang pernah buat sedemikian? Dapat berapa? USD155 milion daripada perjudian itu, tidak apa. Tetapi di manakah satu negara yang pernah berbuat sedemikian? Tidak bolehkah kerajaan keluarkan wang daripada Kumpulan Wang Kerajaan?

Saya harap supaya Menteri yang ada hari ini, tiga-tiga ada, boleh anggap isu ini sebagai serius dan jangan lagi jadikan ia sebagai satu isu politik oleh kerana mereka yang telah membeli tapak di Jima PFA sejak tahun 1995 telah menderita begitu lama, dekat lapan tahun dan masih terus membayar faedah pinjaman wang dan mereka yang telah kehilangan semuanya sejak tahun 1999 selepas berlakunya wabak Nipah Virus. Semuanya! Sekarang masih dalam penderitaan. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Beluran.

5.35 ptg.

Tuan Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Perkara 27000 – Program Pembangunan Usahawan Nelayan dan menyentuh khusus untuk nelayan pesisir pantai.

Saya maklum bahawa banyak telah dilakukan oleh kementerian untuk membantu nasib nelayan pesisir pantai ini. Banyak subsidi dan juga bantuan yang telah dikeluarkan oleh kementerian dalam usaha ini untuk mengeluarkan kumpulan nelayan-nelayan ini daripada belenggu kemiskinan.

Kalau kita lihat, nelayan pesisir pantai merupakan sektor perikanan yang telah lama wujud dan hingga sekarang ini ianya juga masih wujud dan kalau kita lihat ianya sudah berlalu selama dua, tiga generasi, begitu banyak generasi tetapi hakikatnya, Tuan Pengerusi, pendapatan daripada sektor ini berkurangan dan sebahagian besar daripada mereka ini masih lagi hidup dalam kemiskinan seperti juga forefathers mereka.

Saya ingin tahu sejauh mana keberkesanan bantuan subsidi yang telah diberikan melalui Jabatan Perikanan kepada nelayan-nelayan ini kerana kalau kita lihat

Page 83: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 73

masalah yang dihadapi oleh mereka adalah merupakan masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh ibu bapa mereka terdahulu. Soal kemiskinan, soal keperitan hidup, soal ketidakmampuan secara ekonomi masih lagi menjadi masalah yang diinherited oleh generasi muda nelayan pesisir pantai ini.

Tuan Pengerusi, saya cuma melihat bantuan subsidi yang diberikan oleh kementerian haruslah diikuti, diseiringkan dengan pelbagai aspek bantuan yang seharusnya disertakan bersama-sama dengan bantuan fizikal seperti enjin sangkut, perahu, pukat dan sebagainya. Kementerian harus melihat tentang keperluan untuk memecahkan pegangan orang tengah terhadap nelayan-nelayan. Kementerian juga harus melihat isu-isu pemasaran seperti yang dibawa oleh saudara saya tadi, Yang Berhormat bagi Kinabatangan, dan isu-isu kemudahan perikanan seperti ais, minyak dan sebagainya.

Di kawasan-kawasan pulau di mana sebahagian besar daripada nelayan ini berada, isu ini merupakan isu yang masih berkekalan hingga sekarang. Walaupun ada bantuan dan juga subsidi daripada jabatan-jabatan yang di bawah pengendalian Kementerian Pertanian ini, tetapi isu yang juga merupakan masalah besar yang dihadapi oleh nelayan pesisir pantai seperti masalah pemasaran, kemudahan minyak petrol dan juga soal belenggu orang tengah masih lagi menjadi isu yang harus dihadapi oleh nelayan-nelayan ini. Dalam erti kata yang lain, bantuan subsidi yang diberikan oleh kementerian harus disertakan dengan bantuan dalam aspek-aspek yang disebutkan. Kalau tidak, saya melihat bahawa nasib nelayan pesisir pantai ini tidak akan berubah dan kalau kita tengok sumber di sekitar pesisiran pantai akan berkurangan, maka makin terheret jauh nelayan-nelayan ini daripada kemudahan dan juga kehidupan ekonomi yang lebih baik.

Saya melihat kementerian sedang giat untuk melakukan penguatkuasaan untuk melindungi kumpulan nelayan ini daripada dicerobohi oleh kapal-kapal besar untuk menangkap ikan di pesisiran pantai tetapi langkah ini juga tidak menjamin peningkatan dalam ekonomi mereka jika tidak ditangani isu-isu besar selain daripada bantuan fizikal iaitu itu pemasaran, isu bekalan kemudahan perikanan dan juga belenggu orang tengah.

Ini harus dilihat dalam melaksanakan satu pendekatan oleh kementerian. Saya ingin melihat, Tuan Pengerusi, lebih ramai nelayan persisiran pantai dapat dipertingkatkan tahap sosial dan juga tahap ekonomi mereka untuk menentukan bahawa mereka ini juga dapat menikmati keadaan hidup yang lebih baik. Oleh itu saya yakin, saya ingin membawa perhatian ini dan ingin kementerian bukan sahaja mereview tetapi review dalam erti kata mereview bantuan subsidi, perahu, pukat dan sebagainya ini. Review dalam erti kata ianya harus dapat meningkatkan bantuan ini dapat menggalakkan, menjanakan peningkatan ekonomi terhadap nelayan persisiran pantai.

Perkara lain adalah 27200, Perusahaan Tiram. Telah sekian lama kementerian membelanjakan wang untuk membangun industri tiram di negara kita. Saya masih ingat lebih daripada 20-30 tahun dahulu usaha ini telah dijalankan oleh Jabatan Perikanan di semua negeri. Tetapi kalau kita lihat sejauh mana pencapaian kita dalam industri ini, industri penternakan tiram. Sejauh mana pencapaian kita. Saya ada kawan-kawan yang membuka restoran Jepun, Tuan Pengerusi, dan bila ditanya tiram itu datang dari mana kerana kita sudah lama melibatkan diri dalam industri penternakan tiram tetapi diberitahu bahawa tiram yang ada di restoran-restoran itu bukan daripada local tiram, local oyster. Di katakan oyster kita, tiram kita tidak setanding mutunya, tidak setanding spesiesnya, kebesarannya, tekstur tiram itu sendiri untuk dijadikan sebagai satu pasaran tempatan dalam industri restoran makanan ini.

Sejauh mana kajian dijalankan oleh kementerian untuk menentukan bahawa industri ini dapat digalakkan, dipertingkatkan dan kalau kita lihat berjuta ringgit telah dilaksanakan, telah dibelanja oleh kementerian ke arah ini dan saya ingin tahu sejauh mana pencapaian yang telah kita capai setakat ini dan apa potensi industri ini di masa akan datang dan sejauh mana kita boleh marketkan industri ini, jadikannya sebagai industri besar untuk dilibatkan oleh pihak swasta dan menjadikan bahawa pengeluaran kita dalam penternakan tiram ini menjadi satu pengeluaran yang besar seperti yang ada di negara-negara lain. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Serdang.

Page 84: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

74 DR.7.10.2003

5.42 ptg.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Butiran 17100, Perparitan dan Tebatan Banjir. Tuan Pengerusi, saya rasa gembira kerana komitmen daripada kementerian memberi peruntukan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Serdang. Walaupun peruntukan ini bukan terus daripada kementerian tetapi melalui Asian Development Bank. Tuan Pengerusi, banjir sering berlaku di kawasan Serdang kerana Sungai Kuyuh begitu lama tidak diselenggarakan dengan sempurna. Dengan demikian itu rakyat menderita selepas menghadapi banjir, tekanan terlalu kuat, kerugian harta benda dan cara hidup terganggu. Dengan demikian itu pihak JPS telah menjalankan beberapa kali perbincangan dan dapat peruntukan melalui Asian Development Bank itu dan telah memanggil tawaran.

Tawaran ini diberi kepada sebuah syarikat yang dipanggil Pembinaan Lindungan Setia Berhad. Syarikat ini adalah disenaraikan tetapi saya difahamkan bahawa projek ini yang sepanjang 6.7 kilometer dengan perbelanjaannya RM13.8 juta. Projek telah dimulakan pada bulan Jun tahun 2001 hingga projek ini akan siap pada 13 Disember 2002. Tetapi projek ini tidak dapat diselesaikan dan lambat. Soalan sekarang daripada rakyat sebab apa berlaku sedemikian dan sepanjang tahun lalu ini banjir masih terus berlaku termasuklah Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan rumah-rumah kediaman.

Dengan adanya projek sedemikian masih mengalami banjir yang berlaku di situ. Soalan telah ditanya, apakah kebolehan kontraktor itu membuat projek demikian atau sebab apa. Oleh itu kelambatan untuk menyiapkan projek ini jadikan soalan banjir terus berlaku. Saya hendak meminta penjelasan daripada pihak kementerian. Projek Sungai Kuyuh ini sebab apa begitu lambat disiapkan. Apakah kebolehan atau kontraktor tidak tahu untuk menjayakan projek, sebab itu dijadikan masalah yang sebenarnya. Saya minta penjelasan seterusnya.

Tuan Pengerusi, satu kawasan sungai dekat Bangi, Kampung Sungai Ramal Luar pada tahun ini kampung ini telah dilanda banjir dan begitu susah kepada rakyat di situ. Banjir sering berlaku maka komitmen pihak kementerian telah beri kepada penduduk kampung tersebut di mana komitmen itu ialah merupakan projek mencegah banjir Kampung Sungai Ramal Luar, Selangor ini telah diluluskan sebagai ‘must do-project’ di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Komitmen ini telah disampaikan. Dengan demikian itu, harapan penduduk Kampung Sungai Ramal Luar itu supaya projek dapat dijalankan dengan secepat mungkin untuk atasi masalah banjir di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, Tuan Pengerusi, Sungai Ramal yang melintasi Kampung Sungai Ramal Luar sepanjang 3.5 kilometer, setiap kali hujan memanglah kerugian harta benda, tanaman dan juga ternakan terlibat. Penduduk di kampung tersebut begitu menderita akibat banjir di situ. Walaupun komitmen kementerian sebagai ‘must do-project’ di dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi masih belum dilaksanakan. Ini satu masalah yang dihadapinya dan sebab apa yang berlaku sedemikian walaupun Kementerian Kewangan juga membenarkan bahawa, saya dapat satu surat daripada Kementerian Kewangan terhadap projek tersebut apa yang dikatakan:

“Projek ini sebagai projek baru dan peruntukan pembangunan tidak disediakan pada tahun 2001 tetapi pihak Kementerian Kewangan berpendapat bahawa projek baru yang kritikal dari segi kekerapan berlakunya banjir dan implikasinya ke atas kerosakan harta benda, kemudahan awam boleh dilaksanakan dengan menggunakan siling sedia ada tertakluk kepada Unit Perancang Ekonomi memberi pertimbangan kepada cadangan peruntukan siling Jabatan Pengairan dan Saliran secara dalaman.”

Surat daripada tahun 2001 tetapi saya tidak tahu sebab apa tidak buat demikian oleh Kementerian Pertanian di mana kerosakan harta benda terus berlaku di Kampung Sungai Ramal Luar.

Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa peruntukan sebanyak RM1.4 bilion yang diumumkan oleh Ketua Pengarah JPS baru-baru ini untuk mengatasi banjir di kawasan Lembah Klang. Selepas pengumuman ini saya fikir bahawa RM1.4 bilion ini mungkin terlibat dengan projek di Kampung Sungai Ramal tetapi saya rasa kecewa

Page 85: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 75

kerana wang RM1.4 bilion yang baru diluluskan untuk mengatasi banjir di kawasan Lembah Klang ini tidak termasuk dalam Kampung Sungai Ramal Luar.

Ini adalah satu masalah kita hadapi di kampung tersebut. Saya mintalah apa sebabnya pihak kementerian komited kepada ’must do-project sebegitu. Surat daripada Yang Berhormat Datuk Menteri ini, saya ucap terima kasih saya sudah dapat tetapi projek masih belum dilaksanakan.

Ertinya penduduk-penduduk di kampung itu masih menderita. Kalau boleh ikut Kementerian Kewangan boleh dapat memindahkan peruntukan siling tersebut untuk JPS itu supaya projek ini dilaksanakan dengan secepat mungkin. Ini adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat di kampung tersebut.

Kalau projek ini akan dapat dijalankan, saya yakin seperti mana laporan daripada JPS mengatakan, kalau projek siap sejumlah 1,800 hektar tanah tidak berpotensi pada waktu ini akan meningkat kepada tanah pinggir bandar yang bernilai. Beribu-ribu rakyat akan mencapai pendapatan lebih RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga hasil dari tanaman yang subur, ternakan yang membiak dan dusun buah-buahan yang baik akan menjadikan satu kekayaan kepada kampung tersebut. Kampung ini dekat Bangi.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya bangkitkan satu perkara iaitu membina dan menyiapkan kerja-kerja tebatan banjir Sungai Klang daripada Jambatan Jalan Klang Lama hingga Jambatan Kota di Bandar Klang. Peruntukan sebanyak RM390 juta telah diperuntukkan untuk menjalankan projek tersebut.

Walaupun projek siap pada tahun 2002 tetapi sepanjang Sungai Klang yang melintas ke kawasan Puchong ini untuk mengatasi banjir berlaku di kawasan Puchong tetapi ada jalan yang di tepi Sungai Klang itu dipanggil Jalan Jurutera. Sebahagian besar jalan digunakan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut sudah rosak. Projek siap tetapi Jalan Jurutera yang terletak di Kampung Sri Puchong ini tidak siap dan tidak dibaiki.

Kemudahan trafik itu susah. Ini gangguan kepada penduduk di sekitar kawasan kampung tersebut. Walaupun PAS di situ memberi ceramah tetapi tidak berkesan kerana Wakil Rakyat kawasan itu meneruskan perjuangan di dalam Dewan ini. Saya minta, walaupun projek Sungai Klang ini siap, mintalah jangan tinggalkan jalan rosak yang disebabkan oleh kerja-kerja dijalankan di kawasan itu…

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, masa cukup.

Datuk Yap Pian Hon: Jalan itu hanya..,. tidak sampai setengah kilometer. Oleh itu saya mintalah pihak kementerian, tolong siapkan jalan ini demi kepentingan kampung tersebut. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

5.53 ptg.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan di peringkat ini B.21 – Kementerian Pertanian iaitu hendak menyentuh butiran 010400 – Pengawal Selia Padi dan Beras. Kalau kita lihat dari sudut objektif ini ialah bahawa tanggungjawab bahagian ini ialah supaya bekalan padi dan beras mencukupi dan membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai polisi padi dan beras negara.

Apa yang timbul akhir-akhir ini ialah isu lambakan beras luar, beras import ke dalam negara kita. Ada dua lambakan beras import dalam negara kia ini. Pertama ialah lambakan melalui satu jalan yang sah. Yang keduanya melalui lambakan akibat daripada penyeludupan. Ini isu penyeludupan ini menjadi hangat apabila timbul krisis di mana BERNAS rugi RM27 juta.

Ini pun saya hairan apabila kerajaan begitu serius bercakap tentang soal penyeludupan, mencegah penyeludupan, Timbalan Perdana Menteri pun mengatakan bahawa ini sabotaj ekonomi dan minta semua pihak menjalankan tugas secara yang berkesan tetapi di waktu iaitu lebih kurang pada tahun 2000 iaitu 30,000 tan beras dan 60,000 tan padi terperap di 65 buah kilang di Kedah dan Perlis kerana tidak dapat

Page 86: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

76 DR.7.10.2003

dipasarkan akibat beras seludup ini tetapi tidak begitu serius untuk kerajaan hendak mengambil tindakan menghighlightkan isu yang sebegini hangat seperti mana yang sedang berlaku sekarang.

Namun apabila BERNAS rugi RM27 juta maka kecoh seluruh negara kita membicarakan soal penyeludupan beras dalam negara kita. Jadi, apa yang saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan khususnya daripada pihak Kementerian Pertanian yang bertanggungjawab mengeluarkan AP ataupun permit untuk membawa beras daripada luar ke dalam negara kita.

AP ini saya difahamkan bahawa hanya diberikan kepada BERNAS. BERNAS telah diberikan monopoli untuk mengimport beras daripada luar. Ini monopoli yang diberikan kepada BERNAS oleh kerajaan tetapi apa yang kita lihat dalam beberapa kes kejadian seperti mana yang dilaporkan oleh pihak kastam, dalam kes yang berlaku di Sandakan dan sebagainya dan ada beberapa kes yang lain, apabila penangkapan ataupun operasi pencegahan yang dibuat oleh pihak kastam ini mendapati bahawa yang membawa permit itu bukan pemilik permit sebenarnya. Yang membawa, apabila diminta, ditunjukkan AP itu bukan orang yang diberikan iaitu BERNAS tetapi adalah anak syarikat joint venture (JV) dengan BERNAS.

Ini bagi saya memperlihatkan bahawa BERNAS telah menyalahgunakan AP ini untuk diberikan kepada anak syarikat yang bagi saya bahawa tidak ada kelayakan untuk hendak bawa beras daripada luar. Oleh sebab itu bagi saya bahawa dalam keadaan yang begini, proses pencegahan ini pun saya lihat ada berlaku kelonggaran. Ini diakui oleh Ketua Pengarah Kastam apabila ditanya di dalam satu wawancara di surat khabar.

Dia mengatakan bahawa memang, kalau ditunjukkan permit, orang itu tunjuk permit, okey dia kata jalanlah. Dia tidak perlu timbang, tidak perlu timbang untuk memastikan bahawa jumlah atau volume beras yang dibawa itu sama ada bersesuaian bertepatan dengan kebenaran yang dibawa atau pun tidak. Dia hanya cukup mengatakan bahawa saya bawa beras sekian, sekian banyak seperti mana yang disesuaikan dalam permit, dalam AP.

Kata Ketua Pengarah Kastam, dia kata kalau tidak ini satu kerja pula kita hendak kena pergi check, hendak timbang dan sebagainya. Kata Ketua Pengarah Kastam, kita menggunakan satu penilaian yang diletakkan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Jadi, bagi saya bahawa ini juga merupakan satu kelemahan yang menyebabkan terlalu mudah bagi BERNAS yang membenarkan anak-anak syarikat ini untuk membuat keuntungan yang besar.

Umpamanya, kalaulah permit itu membenarkan, kata contoh 100 tan. Kalau dia bawa 200 tan, siapa hendak check? Sebab kastam bukan check? Cuma dia kata, saya bawa beras. Bawa beras 100 tan seperti mana yang termaktub dalam AP. Ini menunjukkan bahawa anak syarikat yang dibenarkan oleh BERNAS untuk membawa beras import tadi ini yang menggunakan AP ini akan memperoleh satu keuntungan yang besar.

Saya hendak katakan di sini Yang Berhormat Menteri bahawa berlaku anak syarikat BERNAS, Yang Berhormat boleh check dengan Pegawai Pertanian yang dipinjamkan kepada BERANS beberapa tahun dahulu di Kedah, Pegawai Pertanian sudah pun mengesahkan bahawa ada sebuah anak syarikat BERNAS, syarikat JV ini bertanggungjawab terlibat dengan penyeludupan beras tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap anak syarikat BERNAS.

Jadi akhirnya yang menjadi mangsa di sini bagi saya ialah pak tani. Mungkin kerana beras import ini tidak kena cukai, sebab beras bukan satu barang yang kena cukai, mungkin tidak ada implikasi kewangan kepada kerajaan maka kerajaan tidak begitu serius tetapi ia mempunyai implikasi yang besar kepada industri pemakanan dalam negara kita khususnya implikasi yang besar kepada pak tani-pak tani dalam negara kita.

Ini menyebabkan bahawa hari ini petani-petani kita mengalami kerugian yang besar tetapi kerajaan tidak serius tetapi hanya serius dalam isu penyeludupan ini bila timbul BERNAS rugi RM27 juta. Namun sama ada betul rugi atau tidak betul rugi, wallahua’lam! Yang saya hairan macam mana, kalau dia rugi kerana akibat daripada beras import, tiba-tiba BERNAS tutup gudang dia, sedangkan saya difahamkan, gudang ini tidak pernah rugi. Gudang ini suatu business yang untung sebab dia hanya

Page 87: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 77

mengendalikan urusan beras import. Macam mana dia boleh tutup empat gudang. Sembilan lagi gudang, diserahkan kepada anak syarikat JV nya kalau dia kata bahawa ini satu benda yang merugikan.

Sebab itu saya minta penjelasan, apakah benar BERNAS mengalami kerugian sebanyak RM27 juta ataupun satu manipulasi angka untuk tujuan hendak melakukan beberapa perubahan di dalam BERNAS. Sebab itu bagi saya bahawa, ini saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan, kenapa BERNAS dibenarkan memberikan permit itu kepada anak syarikatnya. Tidak ada sebarang tindakan yang dibuat.

Laporan akhbar menyatakan bahawa ada permit yang diberikan kepada BERNAS bukan diberikan kepada anak syarikat. Sebab itu saya minta supaya kerajaan juga mengisytiharkan berapa jumlah keuntungan anak syarikat JV ini. Sebab saya difahamkan bahawa keuntungan pada tahun 2002 ialah RM59 juta. Tetapi sebenarnya kerajaan tidak mengisytiharkan kepada publik tentang RM104 juta lagi yang telah pun direbatekan kepada anak-anak syarikat. Maknanya kalau dia isytiharkan termasuk yang direbatekan kepada anak syarikat, ini menunjukkan bahawa BERNAS sebenarnya untung lebih daripada RM59 juta pada tahun 2002. Cuma yang diisytiharkan kerugian BERNAS RM27 juta ini ialah kesan akibat daripada beras seludup, sedangkan BERNAS juga menubuhkan satu syarikat Formula Timur Bernas Sdn. Bhd. bekerjasama dengan penyeludup di negeri Kelantan, kononnya atas alasan hendak mencegah ataupun hendak mengurangkan aktiviti penyeludup, tetapi akhirnya apa jadi dengan Syarikat Formula Timur Bernas Sdn. Bhd. ia pergi bekerjasama dengan penyeludup, kerjasama dengan pencuri, memang dia dok biasa mencuri, umpamanya.

Ini bagi saya adalah satu benda yang tidak logiklah dilakukan oleh pihak BERNAS. Satu lagi perkara yang saya hendak sebut ini, Tuan Pengerusi, ialah saya lihat bahawa BERNAS kontrol kepada anak-anak syarikat JV ini. Saya pernah pergi melawat anak-anak syarikat JV ini. Saya tanya “Macam mana, siapa yang bertanggungjawab untuk operasi?” Dia kata, “Kami BERNAS hanya ada syer sahaja 51% kah, berapa percen tetapi BERNAS tidak ada hak dalam menentukan polisi perjalanan hendak cek akaun dan sebagainya. Hari-hari kami yang menjalankan operasi.” Jadi, seolah-olah BERNAS tidak membuat satu pemantauan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, gulung.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Gulung dah, hai baru sahaja Tuan Pengerusi. Ini isu besar Tuan Pengerusi. Baik saya gulung.

Sebab itu saya minta satu penjelasan sebab saya hairan bagaimana kalau dikatakan BERNAS rugi. Dia berniaga roti benggali, Gardenia dia ambil, dia monopoli bawang merah, bawang putih, bawang besar, beras, semua. Beras seludup pun dia ambil, semua dia kontrol, dia monopoli, tiba-tiba dia beritahu kita dia rugi RM27 juta. Saya minta kerajaan membenarkan BERNAS mengisytiharkan berapa jumlah simpanan wang yang ada di British Virgin Islands kerana ada sebuah anak syarikat BERNAS iaitu BERNAS Incorporated, BERNAS Oversea Ltd. Sebenarnya dia berdaftar dengan British Virgin Islands pada tahun 1997. Syarikat BERNAS Oversea Ltd. inilah yang bertanggungjawab untuk deal, beli beras di Thailand. Dia beli beras di Thailand, kemudian dia jual kepada satu anak syarikat BERNAS di sini, sedangkan akaun BERNAS Oversea Ltd. itu tidak pun diketahui oleh public ataupun diisytiharkan dalam akaun BERNAS sama ada untuk mengisytiharkan untung rugi.

Yang keduanya, kenapa dia tidak tubuh di Labuan, kenapa dia pergi tubuh di British Virgin Islands. Ini maknanya ada unsur-unsur penyelewengan. Sebab itu saya minta kepada pihak kerajaan khususnya kepada pihak Kementerian Pertanian untuk memperjelaskan perkara ini. Bagi saya ini menyentuh soal industri dan keselamatan pemakanan dalam negara kita.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Kalau tidak nanti ianya akan mengakibatkan kepada masalah yang sangat besar. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Selangau.

Page 88: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

78 DR.7.10.2003

6.04 ptg.

Tuan Joseph Mauh anak Ikeh [Selangau]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membahas sedikit sebanyak berkenaan dengan Maksud Bekalan 21, Kementerian Pertanian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Menteri, Timbalan Menteri pun ada, Setiausaha Parlimen pun ada, ketiga-tiga ada di sini. Saya ingin bincangkan berkenaan dengan Butiran 07000 – Pemberian Subsidi Baja Padi. Yang kedua, Maksud P.51 Butiran 05200 – Pembangunan Penyelidikan Pertanian Sarawak, dan yang ketiga Butiran 22503 – Peningkatan Kualiti Stok Akuakultur, dengan cara ringkas.

Tuan Pengerusi, saya telah difahamkan bahawa kebanyakan petani kita di Sarawak itu ialah masih menggunakan cara tradisional iaitu ‘ shifting cultivation dan mereka telah diberi baja padi tetapi tidak cukup. Saya ingin bertanya kepada kementerian berapa kampit atau beg dalam satu ekar sawah mereka. Sebab di Sarawak petani kita tidak dapat sawah yang besar. Yang paling besar antara tiga ke lima ekar sebab mereka tidak ada mesin dan sebagainya di luar bandar. Jadi, saya ingin tahu daripada kementerian berapa beg, berapa kampit baja padi sama ada baja padi bukit atau baja padi paya diberi kepada petani-petani di kawasan luar bandar di negeri Sarawak. Itu pertama.

Kedua, mereka sekarang menggunakan racun rumput rampai, dia tidak tebas lagi macam dahulu. Jadi, bila menggunakan racun kosnya sangat mahal seperti Gramoxon, Round Up dan sebagainya. Jadi, bolehkah tidak kementerian bantu petani kita. Bantu bermakna tidak cukuplah, tetapi sekurang-kurangnya sebab kosnya saya diberitahu bahawa Gramoxon yang dua liter itu lebih RM50 satu tong. Jadi, kalau boleh mintalah kementerian membantu petani kita.

Ketiga, petani kita di Sarawak mereka masih menggunakan tanaman padi bukit. Dalam menjalankan tugas sebagai petani di bukit itu mereka bergilir-gilir satu tahun satu kali. Mereka tidak dapat bertani selama-lamanya di tempat itu. Bolehkah kita melaksanakan cara baru macam di Indonesia menggunakan teres, sekurang-kurangnya mereka dua tiga tahun dapat mengusahakan huma mereka di kawasan bukit itu. Sebab itulah petani berpindah randah ke satu tempat dan lain. Sebab itulah di Sarawak kita tidak dapat lari daripada mereka menggunakan shifting cultivation, dan ini sangat susah untuk petani. Mereka macam Nomad, tahun ini di bukit ini dia tanam secara shifting cultivation, kemudian tahun depan dia pergi ke tempat lain, berpusing macam paddock. Kalau dia teres sekurang-kurangnya tiga, empat tahun dalam satu kawasan atau lebih daripada itu.

Selain daripada itu, juga kita menggunakan sistem macam paddock, kalau hendak membela kambing atau lembu kita beri kepada partition tempat, katakan kita beri pagar kepada mereka lima ekar, kita berikan paddock itu, kemudian dalam 10 ekar kita beri dua ekar kawasan itu, kita bagi tiga, empat partition itu - pagar. Mulai dari tahun ini mereka dapat memelihara lembu di kawasan itu, selepas itu mereka tanam ubi kayu, keledek dan sebagainya, dia berpusing. Sebab mereka buat dalam 10 ekar pagar pun dia buat keseluruhannya. Bila dia habis makan tidak ada lagi. Jadi, kalau kita menggunakan cara paddock system kepada petani itu lebih baik ia berpusing-pusing. Selepas dia tanam di sebelah itu sampai empat pusingan, di sebelah itu pun sudah tumbuh ubi kayu, keledek untuk makanan lembu kambing dan sebagainya.

Yang keempat, tentang akuakultur. Di Sarawak banyak air terjun, Tuan Pengerusi. Sekarang sungai kita sudah tercemar (polluted) sebab aktiviti pembalakan. Jadi, kebanyakan ikan sungai seperti kurau yang popular itu, di Kapit, Rajang di kawasan saya sudah habis spesis ikan semah. Kalau kita gunakan air terjun itu kepada kolam-kolam kita, itu seperti masih dalam sungai. Kalau kita dapat laksanakan menggunakan air terjun itu disalurkan kepada kolam kita, tidaklah ikan kita berbau seperti kita buat kolam di tempat air paya itu, ia memang berbau sebab air itu tidak disalurkan ke tempat lain.

Saya harap kementerian macam di kawasan saya di Selangau itu banyak air terjun dapat digunakan kalau kita selidik baik-baik. Di kawasan saya ada empat lima air terjun yang begitu baik untuk akuakultur ini. Selain daripada itu, soalan berkenaan dengan projek DID itu di kawasan Dato’ dahulu, di kawasan ADUN di kawasan Dalat dan Sikat. Saya telah melawat kawasan itu beberapa bulan lalu. Mereka memberitahu saya, “Yang Berhormat, ini projek DID ini apa kita hendak tanam, padikah, sayur-sayurankah apa?” Dia tidak tahu, sekarang mereka selepas dia buat parit itu, dia buat

Page 89: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 79

sendiri macam seperti dahululah, dia gunakan macam padi itu dia buat taburan macam itu sahaja, saya pun tidak tahu saya cakap, sebab di kementerian tidak beritahu apa projek yang kita hendak buat di sini.

Sekarang saya dengan peluang ini Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya apakah projek dilaksanakan bagi projek DID di kawasan Sikat, Mukah itu iaitu di kawasan Dalat. Tetapi sebahagian kawasan itu di kawasan saya, yang sebelah hulu sedikit.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung ya.

Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Tuan Pengerusi, boleh beri sedikit masa Tuan Pengerusi, gulung ya.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya.

Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Okey. Selain daripada itu juga, saya ingin bertanya tentang subsidi macam skim bantuan bagi pekebun-pekebun kecil, sebab di Sarawak tanah NCR atau tanah bumiputera dia tidak ada geran, bila mereka pergi ke bank, pegawai pertanian, Bank Pertanian ataupun pegawai bank, dia tanya, “Adakah geran tanah untuk beri cagaran?”

Kebanyakan tanah bumiputera di Sarawak tidak ada geran Tuan Pengerusi, menyebabkan masalah hendak pinjam wang dari bank ini susah sangat. Kalau tidak ada modal bagaimana mereka ini dapat menjalankan tugas mereka hendak membuat secara berkebunkah, petani secara komersial sebab modal tidak ada.

Saya harap kalau dapat perkara ini dipermudahkan sama ada menggunakan penjaminkah, kalau mereka itu ada gaji yang tetap dan sebagainya, jangan kalau dia minta geran tanah memang tidak ada, kebanyakan tanah-tanah di negeri Sarawak itu di kawasan luar bandar tidak ada geran, there is no land title, dengan izin. Kalau pegawaikah atau kawan mereka, anak mereka, saudara mereka yang bergaji tetap sebagai seorang gurukah dan sebagainya dapat menjadi penjamin sekurang-kurangnya mereka dapat.

Sekian sahaja, saya harap dan saya menyokong. Sekian.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading.

6.13 ptg.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin mengambil bahagian Dato’ Pengerusi, yang akan bertukar Tun Pengerusi. [Ketawa]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Saya ingin bersama-sama hendak mengambil bahagian, tetapi sebelum itu saya ucap tahniahlah Kementerian Pertanian, dengan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, huh hebat tiga-tiga orang kuat dia bersama-sama. Ini contohlah patut menteri-menteri lain jadi contoh ya. [Tepuk] [Yang Berhormat bagi Pokok Sena keluar Dewan]

Pokok Sena janganlah balik, menteri hendak jawab. [Ketawa] Kementerian ini kementerian yang menentukan makanan kita cukup. Kementerian ini mempunyai tenaga manusia yang semuanya untuk makanan, petani untuk makanan, nelayan untuk makanan, penternak juga untuk makanan.

Setelah berpuluh-puluh tahun hingga hari ini, walaupun kita mempunyai bilangan petani, bilangan nelayan, bilangan penternak yang agak lumayan juga, yang ramai juga, kerana sebahagian daripada masyarakat Malaysia, saya rasa sebahagian besar masyarakat Malaysia tergolong dalam kumpulan yang saya sebutkan ini.

Namun kita masih lagi - yang saya tahu, yang saya tahu, yang saya tahu, masih lagi kita mengimport perkara yang berkaitan dengan pertanian, nelayan dan penternak daripada luar.

Page 90: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

80 DR.7.10.2003

Maknanya kita masih lagi mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam mengimport keperluan-keperluan tiga golongan ini, yang hendak memenuhi keperluan seluruh masyarakat Malaysia.

Umpamanya, daging. Daging, huh! rakyat Malaysia ini pun pelik tekak dia, semua ditalanya. Yalah kira tekak baik jugalah rakyat Malaysia ini dan rakyat Malaysia ini pemakan orangnya. Tidak tahu saya rakyat Malaysia ini makan untuk hidup atau hidup untuk makan [Ketawa] mana satu betul. Tidak tahu Tuan Pengerusi, mana satu yang betul ini. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

Tuan Pengerusi: Ya, sila teruskan Yang Berhormat ya. Payah sangat hendak jawab itu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, saya cuma hendak bertanya Tuan Pengerusi, yalah saya ringkaskanlah. Lembu pawah ini, apa jadi kepada skim lembu pawah ini yang dahulunya dengar khabar cukup hebat. Lepas itu senyap, hebat balik, lepas itu senyap, hebat balik, macam ada musimlah. Saya tidak tahu, ini saya berdasarkan keadaan di kawasan saya. Saya tidak tahu di kawasan orang lain, saya tidak tahulah Tuan Pengerusi.

Saya menyokong sangat skim ini atau projek ini saya sokong sangat kerana dia boleh menambahkan mata pencarian atau menambahkan ekonomi petani atau penternak yang terlibat, dia menambahkan kerana kalau lembu, kita tahu orang Islam Aidilfitri, Aidiladha, lepas itu ada korbannya, lepas itu macam-macamlah. Orang Melayu pula kalau kerja kahwin ini jadi kebesarannya menyembelih lembu, lebih-lebih lagi kalau anak dara yang pertama, menyembelih lembu dia. Dia jadi kebanggaan menyembelih lembu itu kerana hendak menjamu ya.

Tuan Pengerusi, lembu pawah ini satu skim yang sangat elok, sangat molek. Saya harap Kementerian Pertanian cuba berikan tumpuan supaya projek ini benar-benar memberikan faedah seperti mana yang dirancangkan di peringkat awal. Di samping kita boleh mengurangkan kos import lembu atau daging daripada luar negara, kita juga dapat menambahkan pendapatan penternak-penternak kita kerana secara kebetulan saya dikhabarkan, saya diberitahu bahawa supply daging ini jauh berkurangan daripada yang dikehendaki.

Maknanya potensi penternak-penternak lembu atau kambing ini begitu besar dan saya haraplah pada masa-masa yang akan datang, projek seperti ini untuk orang-orang kampung, untuk petani-petani, penternak ini dapat dilipatgandakan dan dilakukan sesuatu yang serius daripada segi kementerian, saya tidak hendak menuduh bahawa seolah-olah ini diambil sebagai sambil lewa tetapi mengikut apa yang saya tahu di kawasan saya, perkara ini seolah-olah ada musimnya.

Saya berharap kerana ini boleh memberikan sumbangan yang besar kepada diri petani atau penternak dan juga kepada negara bahawa projek ini Yang Berhormat Menteri, saya berharap diberikan perhatian yang serius dan mudah-mudahan dapat kejayaan. Saya menyokong dan kalau dapat peruntukan ini dibesarkan kerana ini secara langsung memberikan faedah yang paling baik kepada petani-petani.

Tuan Pengerusi, saya bercakap benda yang ini sahaja, yang lain serahlah kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya, Kuala Kedah.

6.20 ptg.

Tuan Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap bahagian Program Pertanian. Sekarang ini misalnya, bila kita melawat Langkawi, kita hendak keluar daripada Langkawi, adalah barang-barang bebas cukai yang boleh dibeli di Pelabuhan Langkawi seperti yang terkenal – arak, rokok dan lain-lain lagi. Akan tetapi bila mendarat di Kuala Kedah, hendak balik dari Kuala Kedah itu tidak ada apa yang boleh dibeli oleh pelancong di Kuala Kedah itu. Kenapa Kuala Kedah tidak dijadikan tempat untuk menjual bahan-bahan makanan daripada laut khasnya ikan kering, udang kering, sotong kering dan lain-lain lagi yang merupakan bahan keluaran makanan laut?

Bila kita desak supaya dibuat bangunan di Kuala Kedah untuk dijadikan tempat bagi nelayan berniaga, dibuat bangunan di tengah-tengah Pekan Kuala Kedah

Page 91: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 81

yang harganya melebihi RM100 ribu. Orang luar yang pergi membeli dan berniaga di situ. Nelayan di Kuala Kedah tidak boleh terlibat untuk membeli kedai dan menjual barang-barang pasaran mereka di situ.

Saya puji apa yang dibuat di Tanjong Dawai di mana kalau hendak beli barang-barang kering, semuanya boleh dibeli di Tanjong Dawai tetapi di Kuala Kedah ini, tempat penangkapan ikan yang besar di sana tetapi tidak ada barangan itu yang boleh dibeli di situ. Tidak ada tempat jualan yang sempurna. Kita berharap pihak Kementerian Pertanian dapat berbincang dengan kerajaan negeri.

Bila kami jadi kerajaan negeri besok, lebih mudah berbincang tetapi kerajaan negeri yang ada sekarang ini pun boleh juga dibawa berbincang supaya orang keluar dari feri Langkawi yang mendarat di Kuala Kedah itu ada ole-ole untuk mereka bawa balik barangan yang mereka boleh beli dan menolong nelayan-nelayan di Kuala Kedah yang amat miskin sekarang ini.

Projek yang dibina seperti Kota Kuala Kedah yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerap balik Kedah, selalu melawat kota itu secara tidak rasmi dan rasmi. Kita tidak menentang projek itu untuk pendaratan kapal layar dan sebagainya, itu adalah projek mewah untuk orang-orang mewah, orang yang mampu tetapi untuk nelayan di Kuala Kedah ini, usaha untuk memajukan mereka amat kurang. Saya pun berasa hairan juga, di situ kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar tetapi saya nampak tidak ada satu idea bersepadu yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri bagaimana hendak meningkatkan taraf ekonomi nelayan-nelayan di Kuala Kedah itu.

Kita tidak mahulah Kuala Kedah ini terkenal dengan selalu nelayan mengamuk, nelayan kepung polis, nelayan tangkap polis dan berlaku polis tangkap nelayan. Kita mahu tempat ini jadi barang hasil pertanian, hasil laut yang terkenal pada masa akan datang. Insya-Allah, bila kami ambil alih pentadbiran Kedah nanti, kita akan cari tanah yang sesuai untuk kita bincang bersama dengan Kementerian Pertanian untuk kita buat tempat bagi jualan barang-barang daripada laut ini.

Perkara yang kedua saya ingin sentuh iaitu soal banjir besar yang sedang melanda Kedah sekarang ini dan hari ini sudah hari yang kelima banjir besar dan dalam sejarah 20 tahun, rasanya inilah banjir yang paling besar berlaku dan padi-padi tenggelam di daerah Yan, di daerah Pendang dan di Seberang Prai Utara sehingga rumah Timbalan Menteri di Tasik Gelugor pun naik air. Saya tidak tahu berapa kaki…

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bukit Mertajam!

Tuan Mohamad bin Sabu: dan …, paling teruklah. Rumah saya, rumah mak saya sendiri pun di Padang Menora dinaiki air sampai 6 kaki, yang paling tinggilah.

Padi-padi yang tenggelam ini lebih daripada seminggu, ia masih lagi bertaraf anak padi, akan musnah dan kita harap pihak Kementerian Pertanian mengumumkan peruntukan semasa Menteri menggulung nanti untuk membantu para petani dan juga para petani penanam padi termasuklah juga ternakan ayam, itik mereka yang dihanyutkan air, kerbau, lembu dan sebagainya, kita harap pihak Kementerian Pertanian dapat mengeluarkan peruntukan membantu para petani ini. Elok bantu mereka terutama dekat dengan pilihan raya. Nanti pihak pembangkang gunakan isu ini – kerajaan tidak membantu menyebabkan Kedah boleh bertukar pemerintah.

Pihak kerajaan, kita harap bukanlah kerana isu pembangkang sangat, ini tanggungjawab kerana kita tahu padi ini kalau tenggelam lebih daripada tiga hari terutama di peringkat anak padi, ia akan musnah dan kawasannya begitu luas terutama sekali di daerah Pendang, di daerah Yan yang masih lagi tenggelam sampai ke hari ini. Begitu juga di Seberang Prai Utara.

Saya juga ingin mendapat jawapan iaitu mengenai banjir besar ini, apakah punca utamanya? Adakah kerana hujan lebat yang turun lebih daripada 72 jam? Adakah kerana saliran tidak sempurna? Ataupun kerana pembalakan di kawasan tadahan air tidak mengikut peraturan? Pihak Kementerian Pertanian bolehlah menjawab bagi pihak Kementerian Pertanian terutama hal saliran. Adakah saliran itu tidak baik yang menyebabkan air sekarang ini tersekat dan keadaan bertenang?

Page 92: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

82 DR.7.10.2003

Air ini akan tiba di kawasan Kuala Kedah dalam masa sehari dua ini. Mungkin hari ini sudah mulai sampai dan kawasan-kawasan di tepi laut pula akan mengalami banjir yang agak besar dan semua kawasan ini padinya dalam keadaan sedang ditabur ataupun semaiannya baru ditabur dalam masa seminggu atau kurang daripada dua minggu. Semua ini akan mengalami kemusnahan. Kita harap pihak menteri yang akan menjawab akan mengumumkan bantuan-bantuan segera kepada para petani ini termasuklah pekebun-pekebun kecil. Itu kementerian lainlah tetapi pihak Kementerian Pertanian akan menjawab bagi pihak kementeriannya untuk membantu semua mereka – petani-petani yang ditimpa bencana sekarang ini. Saya hendak sentuh perkara itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian.

Tuan Pengerusi: Ya, ya. Hm, Batang Lupar.

6.27 ptg.

Datuk Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya memohon untuk membangkitkan persoalan di bawah Butiran 01100 - Pengurusan.

Pada tahun 1999, berlaku banjir besar yang melanda terutama sekali kawasan pesisiran Sarawak. Kawasan saya menakluki hampir ¼ kawasan tepian pantai Sarawak menghala ke Laut China Selatan. Kampung yang terkena ialah Kampung Semarang dan orang Semarang kata tidak ubah macam dalam cerita Hawaii Five-O gelombang itu – besar.

Hampir semua jambatan dan titian hancur sama sekali. Alhamdulillah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan negeri juga telah memberi sumbangan kewangan untuk membina semula jambatan-jambatan. Dalam masa yang sama, yang tidak dapat diganti rugi ialah petani-petani dan pokok buah-buahan. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang penduduk kampung mengatakan: “Saya tidak boleh menangis lagi Yang Berhormat, air mata saya sudah habis kering. Beratus-ratus ekar tanah saya ditenggelami air dan habis begitu sahaja tanaman saya. Ini adalah macam bank pada orang yang di bandar”.

Saya pada ketika itu membangkitkan persoalan. Pertama – saya tidak fikir kementerian dan kerajaan mana-mana pun boleh mengganti rugi semua kerosakan ini kepada semua petani dan penanam pokok buah-buahan.

Apa yang saya bangkitkan ialah persoalan insurans Tuan Pengerusi, meminta kerajaan supaya membuat satu penyelidikan yang khusus bagaimana boleh petani-petani kecil, penanam-penanam ladang kecil ini diberi insurans sebagaimana pihak Kementerian Pendidikan membuat insurans, walaupun mekanismenya jauh perbezaan, mungkin lebih susah dan banyak lagi perkara-perkara yang memang susah tetapi orang yang memerlukan bantuan walaupun sekecil mana mereka akan berterima kasih.

Kita boleh mendapat penyelesaian penyelidikan dan membuat perbincangan dengan pihak insurans untuk mewujudkan insurans kepada semua small holders ini supaya kita boleh cover kepadkalau ada mala petaka yang berlaku, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1999. Sebagaimana yang berlaku juga Northern State di Semenanjung pada ketika ini oleh kerana mala petaka banjir. Itu yang pertama Tuan Pengerusi.

Yang kedua, saya hendak membangkitkan persoalan perladangan di Sarawak. Saya sudah berbisik dengan Menteri dan pegawai-pegawai Tuan Pengerusi, jadi apa yang saya bangkitkan di sini adalah sebagai satu pendaftaran juga. Persoalan di Sarawak kalau kita pergi dari Kuching sampailah ke kawasan Mukah hampir 700 ke 800 kilometer, kita nampak rata-rata penanam padi secara kecil-kecilan ini boleh menanam 5 hingga 6 ekar satu keluarga. Masalahnya penanaman ini memakan masa berbulan-bulan untuk menebas, selepas itu menukarkan tanah kering dibakar dan sebagainya, memakan masa yang panjang, menggunakan tenaga tulang empat kerat.

Saya pernah berfikir jikalau mereka ini boleh diberikan satu jentera kecil yang dipunyai oleh sebuah kampung, boleh dikerjakan oleh satu keluarga sahaja. Mungkin dalam masa seminggu kita boleh membajak dan turning the soil, plough the soil, dengan mesin yang kecil harga murah mungkin harga kurang daripada RM10,000. Jadi, sepatutnya pihak kementerian membuat satu penyelidikan macam mana hendak membantu petani-petani, peladang-peladang kecil ini dan penanam padi yang kecil ini

Page 93: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 83

dengan menggunakan mesin mechanization of the paddy plantation yang kecil-kecil, bukan yang besar-besar. Yang besar memang sudah dibuat Tuan Pengerusi. Yang kecil ini yang orang kampung, orang di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan dan sumber kewangan untuk membeli mesin yang besar yang bernilai tinggi dan juga mungkin tidak mempunyai tanah dan ladang yang besar untuk mereka buat.

Dalam keadaan sedemikian, saya memohon kepada pihak kementerian supaya membuat research. Kita boleh pergi ke negeri China dan sebagainya untuk mencari mereka yang boleh membina mesin-mesin yang kecil ini bukan sahaja untuk clearing the soil, dengan izin ploughing dan sebagainya tetapi juga untuk harvesting, menuai padi semasa padi masak. Kalau perkara ini boleh dibuat, saya cukup yakin di Sarawak banyak potensi. Petani-petani kecil di luar-luar bandar atau di kampung-kampung boleh mengambil tindakan mengeluarkan padi lebih banyak lagi dan mungkin dapat menanam padi walaupun di peringkat kampung tetapi dibuat dalam dua kali setahun. Itu yang kedua, Tuan Pengerusi.

Yang ketiga dan yang terakhir sekali Tuan Pengerusi ialah di Sarawak yang mana kita masih ketinggalan dalam penanam buah-buahan, tanaman sayur dan sebagainya juga bermacam-macam lagi. Dalam masa yang sama, Sarawak hanya 5,000 square meter, kecil daripada seluruh Semenanjung tetapi tanahnya tidak boleh digunakan keseluruhannya ataupun sebahagian daripadanya yang boleh ditanam dan diterokai,

Saya ingin bertanya dengan pihak kementerian kalau boleh membuat satu penyelidikan untuk menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran yang dalam masa yang sama kalau ditanam nanti boleh dijual dan dimarketkan. Oleh sebab mempunyai pasaran kerana kementerian ini mempunyai mekanisme yang cukup iaitu kepakaran untuk bertanam juga kepakaran untuk memasarkan yang mana pihak negeri mungkin boleh menanam tetapi kita tidak ada kepakaran ataupun kemudahan ataupun mekanisme untuk menjual.

Kementerian Pertanian di peringkat pusat mempunyai semua sekali. Dengan itu, pihak kementerian boleh membuat satu matching, membuat satu recommendation kepada pihak luar bandar, kalaulah pokok tersebut seperti tanaman nanas yang boleh dimarketkan, berapa puluh ribu nanas yang boleh kita marketkan. Kita sarankan ini di tempat tanahnya yang sesuai untuk nenas, di sinilah ditanam. Kalau kelapa berapa ribu ekar tanah yang boleh ditanam dengan kelapa dan di mana marketnya, di mana penjualannya. Kementerianlah yang mempunyai semua mekanisme ini. Tetapi yang belum dibuat untuk menyelaraskan - coordinate tindakan-tindakan penanaman kepada penjualan, sampai ke market dan sampai ke kitchen pengguna.

Pada masa sekarang Tuan Pengerusi orang di Sarawak kalau saya berminat untuk menanam buah, pergi ke Kuching saya pandang di Kuching itu ada orang membeli buah rambutan, saya balik ke kampung tanah saya ada, rambutan boleh ditanam, saya tanamlah rambutan. Musim rambutan berbuah Tuan Pengerusi, di kawasan Samarahan orang hendak jual, jangan kata jual Tuan Pengerusi, dia memanjat sendiri, ambil sendiri secara percuma. Di kawasan saya Tuan Pengerusi, buah kelapa orang kata Yang Berhormat pergilah ke kebun saya itu kalau Yang Berhormat hendak ambil, ambillah masuk ke dalam perahu masuk sendiri free. Kerana buah ini tidak ada orang yang membelinya.

Inilah persoalan-persoalan yang saya pandang serius yang saya pandang patut diambil kira kerana ini adalah the livelihood orang kampung di luar bandar. Mereka tahu menanam tetapi tidak tahu menjual dan di mana marketnya kerana pada zaman dahulu di kawasan saya orangnya orang Bugis, orang Jawa, orang Melayu. Orang-orang ini semua pakar menanam kelapa. Kawasan ini menjadi satu pengeluaran kelapa yang terbesar sekali di seluruh Sarawak. Tetapi pada masa sekarang pengeluaran kelapa telah di dapati di tempat-tempat lain. Ada orang perlukan kelapa umpamanya di Miri 973 kilometer dari Kuching, lori tidak ada hendak mengangkat, lori banyak tetapi lori pergi ke sana tetapi balik kosong, maknanya tidak cost effective daripada segi transportation. Melainkan kerajaan menerusi badan pemasaran mereka memberi equipment yang mencukupi kepada badan ini dan membantu dari segi tempatnya, dan tempat-tempat pun mestilah dikenal pasti umpamanya di kawasan Mukah banyak nelayan, banyak penanaman. Kita sepatutnya ada mempunyai badan-badan seperti FAMA diadakan pejabat.

Page 94: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

84 DR.7.10.2003

Jangan diadakan pejabat di Sibu sebab di Sibu mana ada pokok tanaman, diadakan di Kuching mana ada tanaman banyak yang dia hendak angkat. Sepatutnya pejabat-pejabat yang sedemikian diadakan di tempat yang sesuai pada pejabatnya.

Tuan Pengerusi, dengan kata-kata yang sedemikian saya memohon kepada pihak kementerian supaya bukan sahaja hendak mewujudkan prasarana dan kemudahan, tetapi kemudahan dan prasarana ini hendaklah sesuai pada tempat dan mencukupi dalam keadaannya. Sarawak ini sebesar Semenanjung, kalau kita fikirkan tiap-tiap negeri di Semenanjung memerlukan satu pejabat. Di Sarawak, tiap-tiap bahagian juga perlukan pejabat. Mungkin perbezaannya negeri itu hanya 23 juta, tetapi persoalannya pengangkutan lori macam itu juga jauh travelling distant dan timenya. Bahkan lebih jauh lagi Tuan Pengerusi. Ini patut diambil kira apabila menyediakan prasarana dan dalam masa yang sama kita boleh juga mengeksploitasikan tanah yang begitu luas dan satu lagi Tuan Pengerusi penyelidikan persoalan soil. Orang kata durian yang diselidik di sini dan didapati sesuai untuk ditanam di tanah Semenanjung tetapi tidak sesuai untuk ditanam di Kuching. Oleh kerana tanah di kawasan bahagian pertama dan kedua di Sarawak didapati hujan kuat very wet weather, menjadikan durian-durian dianggap sesuai di sini, tidak sesuai di tanam di bahagian pertama dan kedua Sarawak.

Oleh kerana ia begitu banyak sangat hujan, banyak sangat air dan mungkin sesuai ditanam di Miri dan Bintulu. Kerana di Miri dan Bintulu adalah jauh lebih kering daripada kawasan Kuching dan Sri Aman. Jadi, pihak penyelidik juga mesti menyelidik, kita tidak boleh menukar soil ini tetapi kita kena tukar klon buah-buahan, tanaman yang kita boleh menanam di tanah-tanah yang sesuai. Mungkin soil treatment ini lebih more expensive mencari klon-klon yang sesuai untuk ditanamkan di tempat-tempat yang tertentu.

Tuan Pengerusi, dengan kata-kata sedemikian saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya. Yang Berhormat bagi Padang Serai.

6.40 ptg. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai]: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 15000, 15100, 15200 mengenai memperbaiki sungai-sungai, mengorek kuala-kuala sungai, rancangan pengurusan sungai.

Tuan Pengerusi, saya ingin dapat sedikit penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan cara agihan peruntukan untuk pengurusan sungai-sungai ini. Kita dapati bahawa pada masa ini memang kawasan Utara Malaysia dilanda banjir termasuk kawasan saya, Padang Serai. Walaupun kita faham bahawa salah satu daripada akibat banjir ini oleh kerana hujan lebat yang berterusan tetapi selain daripada banjir terdapat beberapa perkara yang saya rasa kalau kita ambil pre-emptive measures mungkin keadaan itu boleh dikurangkan keburukannya.

Misalnya, saya ingin sentuh mengenai dengan hakisan sungai. Kita dapati bahawa di sesetengah tempat hakisan yang begitu teruk di tebing-tebing sungai itu telah berlaku sekian lama dan selalunya apabila saya bangkitkan dengan pegawai-pegawai JPS di daerah Kulim, penjelasan ataupun sebab-sebab yang mereka beri ialah kerana bukan mereka tidak hendak buat tetapi kerana tidak cukup peruntukan.

Saya begitu pening kepala berkenaan dengan kawasan daerah Kulim ini yang selalu sahaja dilanda banjir walaupun kali ini yang paling teruk sekali, bukan hanya tempat ini, kita faham banyak tempat tetapi saya lihat di satu kampung misalnya Kampung Tok Rasul, apabila banjir berlaku dan air mengalir begitu deras sekali dan hakisan berlaku kepada tebing sungai itu, tiga buah rumah telah hanyut oleh sungai itu kerana berlakunya hakisan. Perkara ini pun telah dimaklumkan pada peringkat yang lebih awal. Kalau kita boleh ambil pre-emptive measures, mungkin perkara itu tidak berlaku.

Masalahnya ialah tidak cukup peruntukan. Saya rasa mungkin pihak kementerian boleh mengambil langkah-langkah yang lebih strategik dan mungkin boleh mengatasi masalah iaitu memprioritikan masalah-masalah yang sedemikian terutama

Page 95: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 85

sekali banjir sebab kita tahu bahawa apabila banjir berlaku, ramai orang yang akan menderita selain daripada kerosakan harta benda.

Ini saya harap kementerian boleh ambil perhatian yang serius dan tumpukan perhatian khasnya saya minta dan merayu kerana saya pernah bangkitkan perkara ini dan juga menunjukkan minit-minit pembangunan di mana projek-projek yang telah dipohon oleh pihak JPS Daerah Kulim untuk mengatasi masalah banjir itu semuanya telah gagal dapat peruntukan.

Kalau tidak salah saya tulis surat kepada Datuk Timbalan Menteri sendiri dan tunjukkan minit-minit yang telah disebutkan. Jadi perkara itu sudah berlaku agak lama dan saya rasa sampai masanya untuk pihak kementerian mengambil perhatian yang serius dan kalau kita betul-betul membelanjakan lebih sedikit wang tetapi boleh mengelakkan masalah yang begitu serius itu, mungkin ini akan membawa kebaikan yang lebih daripada perbelanjaan di bahagian-bahagian lain.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu bahawa macam mana pihak kementerian mengadakan rancangan pengurusan sungai. Adakah kementerian membuat satu study berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh sungai-sungai yang wujud terutama sekali di tempat yang mempunyai rumah-rumah yang banyak, di kampung terutama sekali. Adakah satu rancangan yang boleh mengatasi masalah banjir ataupun yang boleh membawa kebaikan kepada orang-orang yang duduk di tepi-tepi sungai ini. Adakah kita boleh buat pre-emptive measure? Selalunya kita cuba hendak mengatasi masalah apabila ia sudah berlaku dan ini selalunya agak lambat.

Tuan Pengerusi, saya ingin merayu kepada pihak kementerian supaya mengambil tindakan yang serius dan memberi pertimbangan yang sewajarnya khasnya kawasan daerah Kulim dan juga saya bagi pihak Barisan Nasional juga minta dan rayu kepada Kementerian Pertanian untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam banjir ini dari apa-apa segi pun.

Tuan Pengerusi, itu sahaja. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Rantau Panjang.

6.45 ptg.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian untuk bercakap berkenaan Kepala 02100, 000700 dan beberapa Kepala yang lain sekiranya sempat pada petang ini.

Pertamanya oleh kerana Menteri dan Timbalan Menteri sendiri ada di sini, ingin saya menyarankan supaya pihak Kementerian Pertanian ini mengambil kira tentang kedudukan buah-buah kayu yang tidak tahan lama, yang senang rosak, bagaimana cara untuk mengatasinya terutama sekali buah dokong dan buah rambutan yang sekarang ini boleh dikatakan seluruh negara menjadi buahnya.

Kemudian dari segi pemasarannya, setakat ini FAMA barangkali tidak mampu untuk menjadi ejen memasarkan semua buah-buahan ini kerana terlalu banyak dan kalau sekiranya pihak Jabatan Pertanian khususnya melalui kementerian ini dapat mengadakan banyak cold storage sekurang-kurangnya satu jajahan satu, sekurang-kurangnya boleh mengatasi masalah pemasaran buah-buah yang cepat rosak ataupun mudah rosak ini.

Saya ingin mengetahui setakat ini berapa banyak pihak Kementerian Pertanian ini mengadakan cold storage di seluruh Malaysia dan kalau boleh saya hendak mengetahui khususnya di Kelantan kerana di Kelantan ini boleh dikatakan tahun ini khususnya terlalu banyak buah-buah rambutan dan dokong ini.

Kemudian sistem yang ada sekarang iaitu delivery system yang ada di luar bandar sekarang ini. Saya hendak dapat kepastian juga sama ada kerajaan hendak follow-up tentang keberkesanan sistem ini yang ada di merata tempat dan kalau boleh kerajaan meningkatkan sedikit sistem ini supaya kelancaran delivery system ini lebih meningkat dengan lebih baik lagi daripada apa yang ada sekarang ini.

Oleh kerana semua orang bercakap berkenaan padi, saya rasa patut juga saya bercakap berkenaan padi. Saya tidak bercakap berkenaan dengan padi

Page 96: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

86 DR.7.10.2003

lambakan ataupun kilang-kilang padi, saya hendak bercakap tentang benih padi. Kita mengetahui kerajaan juga ada supply benih padi yang baik ini khususnya KADA dan MADA, dan kalau di Kelantan KADA. Benih padi yang selalu diedarkan kepada rakyat ialah benih padi MR84, MR185, W60, tiga jenis ini yang masyhur.

Tetapi masalah yang timbul sekarang ini ialah benih-benih padi ini diberikan tidak mengikut zon, tidak mengikut kawasan, dicampur. Satu kawasan pertanian di satu kampung kadang-kadang ada benih MR185, ada benih W60 diberikan kepada rakyat sedangkan benih padi yang diedarkan ini masa proses dari tanah sehingga masaknya tidak sama. Barangkali W60 ini lebih cepat masak, tidak sampai tiga bulan. MR185 barangkali lambat sedikit masak. Oleh itu kita akan lihat walaupun sistem pengairan diberikan baik, sama rata walaupun sistem pembajakan, sistem penanaman itu pada masa yang sama tetapi waktu hendak tuai, akan terjumpa padi yang masak dan padi yang tidak masak.

Dahulu kita buat kajian kenapa beras ini terhasil daripada kilang yang dikeluarkan di Malaysia ini berasnya tidak elok. Ada di antara puncanya ialah kerana padi tidak sama, ada yang masak dan ada yang tidak masak termasuk dalam kilang itu. Yang betul-betul masak maka padi keluaran elok sedikit; yang tidak masak, padi akan hancur, itu kita buat siasatan. Tetapi apabila kita mengedarkan benih-benih padi ini kita tidak buat kajian. Sepatutnya benih W60, satu bendang semua diberikan W60, bendang yang lain pula MR185 ataupun MR84, benih yang lain. Jadi sekali masuk padi di bendang ini dalam satu mesin, maka semua padi sudah masak, serentak masak. Bendang yang lain pula masa yang lain.

Saya harap supaya pihak kementerian ini membuat kajian sedikit supaya pengedaran benih-benih padi ini hendaklah satu tempat ke satu tempat atau satu zon itu, satu jenis benih padi, jangan kita campur semua sekali. Kalau tidak ia akan mengeluarkan mutu beras yang tidak baik hasil daripada padi yang masak tidak sama tadi.

Yang seterusnya ialah berkenaan dengan kawalan makhluk perosak. Ini yang menjadi masalah besar kerana harga racun-racun padi ini agak mahal sekarang. Bagi petani yang kalau semuanya sekali perlu dibeli - racun dibeli, sewa bajak kena dibayar, benih padi dibeli maka untungnya tidak begitu banyak.

Saya berterima kasih kepada KADA kerana walaupun KADA ini dipengerusikan oleh bapa UMNO, veteran UMNO tetapi saya puji dari segi pentadbiran KADA. KADA ini ada satu cara yang dinamakan cara biologi, iaitu menggunakan sarang burung hantu yang diletakkan di merata tempat, dan saya dimaklumkan di dalam buku Laporan KADA ada dinyatakan bahawa hasil daripada sarang-sarang burung hantu yang diletakkan di bendang-bendang itu ialah 74 peratus telah pun dimasuki oleh burung hantu. Apabila ada burung hantu di bendang itu maka dengan sendirinya tikus-tikus akan lari. Bukan setakat tikus-tikus lari, orang-orang UMNO pun lari di Kelantan hasil daripada tikus itu.

Kalau perkara ini boleh ditiru oleh MADA, saya rasa adalah cukup baik. Kosnya tidak tinggi dan tidak berterusan. Burung hantu tidak perlu diberi makan, cukup setakat dibuat sarang sahaja. Sekali dia masuk ke dalam sarang itu maka hampir seluruh bendang yang berdekatan tidak ada tikus. Itu satu contoh. Dan banyak lagi projek yang dilaksanakan oleh KADA yang patut dicontohi di kawasan-kawasan lain, khususnya MADA.

Kalau kita lihat apa yang ada di KADA sekarang ini di mana di atas tali-tali air, di atas parit-parit air, di atas saliran-saliran air, saya tengok KADA sekarang ini memberi peluang kepada petani-petani menanam sayur-sayuran, diberi peluang memelihara ikan air tawar di dalam tali-tali air. Kalau kita tengok, di kampung-kampung pula petani-petani diberi peluang memelihara arnab dan dibuat juga perkara-perkara yang lain, termasuk ternakan-ternakan lain di bawah KADA tetapi saya terbaca di dalam akhbar tiga bulan yang lepas di mana MADA diberitakan baru hendak membuat kajian tentang apa yang dibuat oleh KADA, iaitu memberi peluang kepada rakyat menanam sayur di atas tali air ataupun parit air.

Barangkali di negeri Kedah, di bawah MADA belum ada lagi perkara ini. Kita tengok memang berjaya oleh kerana di atas tali air itu punca airnya cukup mudah bagi petani-petani. Ini satu perkara yang patut digalakkan dan menteri sepatutnya mempengaruhi MADA supaya meniru apa yang dibuat oleh KADA di Kelantan itu.

Page 97: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 87

Saya lihat pula Ladang Merdeka. Ladang Merdeka ini hanya di Kelantan yang nampaknya menonjol. Barangkali ia mendahului dari negeri-negeri lain dan hasil daripada Ladang Merdeka ini menyebabkan rakyat bersatu – antara UMNO, PAS dan parti-parti lain, bersatu. Tidak ada diskriminasi yang berlaku kerana masing-masing mahu bendang mereka mengeluarkan hasil yang baik. Kebetulan pula Pengerusi KADA ini mempunyai satu cara tersendiri.

Waktu dia bercakap di majlis-majlis yang dianjurkan oleh KADA, dia menyebut dengan terang, “Saya hari ini Pengerusi KADA. UMNO saya tinggal di tangga rumah saya, tidak ada UMNO hari ini. Selepas daripada majlis KADA, baru saya menjadi UMNO balik, saya pimpin UMNO balik”. Itu cara dia. Cara yang menyebabkan orang PAS tidak terasa hati berada di bawah naungan KADA kerana pemimpin nombor satu dalam KADA itu, yakni Pengerusi KADA itu sendiri pandai dalam cara dia mengolah supaya rakyat ini bersatu-padu, rakyat ini mempercayai program-program yang dibuat oleh KADA.

Ladang Merdeka ini merupakan satu ladang yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain. Satu kelompok yang besar, yang tidak ada diskriminasi dari segi orang-orang yang terlibat dengannya dan bantuan-bantuan yang diberi oleh KADA dan Jabatan Pertanian adalah dipantau dengan baik oleh pegawai-pegawai yang menyebabkan hasil yang dikeluarkan daripada Ladang Merdeka itu melebihi daripada hasil yang dibuat oleh petani-petani secara individu di kawasan tersebut…

Tuan Pengerusi: Minta gulung Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Kena gulung dah? Tidak sempatlah. Baru hendak mengulas mengenai KADA ini. Baik.

Saya sambung sedikit berkenaan dengan Butiran P.1 – 10860 – Pembangunan Rumah Sembelihan. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri sejauh manakah kedudukan rumah sembelih yang dibina semasa pemerintahan Menteri Besar Kedah yang dahulu di Jitra. Apa sudah jadi dengan rumah sembelih tersebut? Saya ingin tahu juga bilakah rumah sembelih yang dibina di kawasan saya di Gual Periok sejak 13 tahun yang lepas, yang telah pun siap dibina tetapi tidak beroperasi sampai sekarang ini? Saya minta penjelasan daripada pihak Menteri. Mudah-mudahan kita akan dapat membuat pertimbangan bersama bagaimana kerajaan membazirkan harta rakyat di negara kita. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Peringat.

6.55 ptg.

Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat]: Bismillahir Rahmaanir Rahim. Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2004 bagi Kementerian Pertanian, untuk sama-sama kita berusaha bagi meningkatkan lagi prestasi industri pertanian di negara kita ini.

Merujuk kepada Butiran 010200 – Rancangan dan Pembangunan. Saya ingin bertanya berkenaan dengan Dasar Pertanian Baru. Di peringkat rakyat bawahan atau di peringkat luar bandar tidak begitu memahami tentang dasar pertanian baru ini kerana mereka begitu jauh dalam dasar baru ini ataupun begitu kurang mendapat pendedahan maklumat dan juga latihan-latihan yang diperlukan.

Oleh hal yang demikian, ingin saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya pendedahan mengenai Dasar Pertanian Baru ini dibuat secara meluas dan serius melalui media massa kita, khususnya melalui TV, supaya Dasar Pertanian ini memberi motivasi baru kepada rakyat kerana sebahagian besar rakyat tidak tahu apakah sebenarnya Dasar Pertanian Baru ini, dan peranan TV ataupun radio kurang memberi perhatian kepada soal ini.

Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan perubahan minda yang selalu kita sebut untuk membawa kejayaan kepada rakyat, selalu kerajaan sebut rakyat mesti melakukan suatu perubahan minda. Soalnya sekarang ini, sejauh manakah usaha untuk membina program perubahan minda ini supaya ianya benar-benar berlaku dan pembudayaan baru pertanian di kalangan rakyat dapat direalisasikan sebab mengikut

Page 98: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

88 DR.7.10.2003

pemerhatian saya, sektor pertanian masih lagi menjadi sarang kemiskinan di mana ramai rakyat yang hidup dalam sektor ini mengalami penderitaan kemiskinan yang mana sampai sekarang belum lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Oleh hal yang demikian, kita sangat-sangat memerlukan kepada satu revolusi pertanian dan perubahan yang berterusan untuk menjayakan dan menyelamatkan rakyat daripada kekangan ataupun menjadi mangsa kepada kemiskinan ini. Saya juga berasa hairan kenapa ramai daripada lulusan universiti atau siswazah dalam bidang pertanian ini tidak turun ke padang? Kemanakah mereka pergi dan di mana mereka itu berada setelah mereka belajar di universiti sebegitu lama dan menggunakan berbagai-bagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di peringkat pengajian tinggi tetapi akhirnya mereka itu, apabila sudah tamat pengajian mereka tidak turun ke gelanggang ataupun tidak turun kepada bidang pengkhususan yang mereka pelajari di universiti.

Akhirnya para petani yang tinggal hanyalah orang-orang tua, orang-orang yang memang sudah lanjut usianya. Jadi kalau beginilah keadaannya, bagaimanakah kita hendak membuat satu revolusi atau perubahan besar kalaulah petani-petani ini hanyalah disertai oleh orang-orang yang sudah lanjut usia dan sudah tidak berupaya lagi sedangkan orang-orang muda dan belia-belia kita, khususnya yang berpendidikan tinggi dalam bidang pertanian ini tidak begitu berminat dan tidak mendapat galakan untuk mereka turut serta secara serius.

Saya juga ingin bertanya berkenaan penglibatan syarikat swasta dalam industri pertanian kerana kita selalu dengar, pihak kerajaan selalu menyebut berkenaan dengan hasrat dan galakan penglibatan syarikat swasta.

Saya ingin tanya setakat ini, sudah berapa banyak jumlah syarikat swasta yang sudah terlibat dalam pembangunan sektor pertanian di negara kita sekarang ini? Sejauh manakah kejayaan yang telah ditunjukkan dalam projek-projek besar ataupun dalam usaha membangunkan program pertanian di negara kita. Apakah insentif yang ditawarkan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat swasta ini untuk memberi galakan kepada mereka supaya mereka dapat membuat pelaburan yang besar di dalam sektor ini?

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Perkara yang seterusnya yang saya ingin sebut di sini ialah berkenaan dengan langkah-langkah untuk me”rakyat”kan teknologi tinggi pertanian dan juga teknologi maklumat untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil pengeluaran. Kita juga selalu dengar tentang isu teknologi tinggi ini tetapi bagaimana dengan pelaksanaanya di kalangan mesyuarat tani.

Saya ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan melatih petani-petani supaya mereka itu pada akhirnya mampu mengendalikan teknologi ini dan bagaimana teknologi ini dapat diturunkan ke luar bandar misalnya, supaya petani-petani di luar bandar juga dapat menikmati usaha kerajaan untuk menggunakan teknologi tinggi ini, kerana apa yang saya dapat perhatikan di luar-luar bandar ialah mereka masih lagi menggunakan alat-alat yang biasa sahaja dan kadang-kadang mereka itu mengadu bahawa kos penggunaan alat-alat ini lebih mahal daripada hasil yang mereka perolehi.

Bayaran yang mereka terpaksa beri kepada perkhidmatan ini berbanding dengan hasil yang mereka perolehi memang tidak sepadan. Oleh hal yang demikian, mereka tidak begitu berminat sangat untuk berusaha lebih kerana usaha-usaha yang mereka lakukan itu tidak menghasilkan ganjaran yang setimpal.

Saya juga ingin tahu tentang usaha kerajaan bagi memanfaatkan tanah-tanah yang terbiar. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa negara kita ini sangat kaya dengan tanah-tanah yang terbiar. Setakat ini sudah berapa peratus daripada tanah-tanah yang terbiar ini telah berjaya diusahakan dan sejauh mana penglibatan sektor swasta dan juga sektor-sektor lain dalam membangunkan tanah-tanah terbiar ini? Sebenarnya Tuan Pengerusi, ramai orang membicarakan soal tanah terbiar ini dan banyak kajian dibuat tentang tanah terbiar ini tetapi mengikut pemerhatian saya, masih sedikit daripada tanah-tanah terbiar ini dapat diusahakan, khususnya di kawasan saya, kawasan Peringat.

Page 99: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 89

Saya juga ingin tahu berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memanfaatkan kajian-kajian yang dibuat di IPTA dan IPTS, khususnya kajian yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar di peringkat Ph.D ataupun Master. Sejauh mana kerajaan memanfaatkan kajian-kajian mereka ini? Ini kerana kajian-kajian tempatan ini saya rasa lebih realistik untuk kita memanfaatkan di negara kita supaya kajian-kajian ini bukan hanya sekadar latihan ataupun kajian ilmiah, tetapi kita cuba berikhtiar memanfaatkan kajian-kajian ini untuk memajukan sektor pertanian.

Seterusnya saya juga ingin menarik perhatian menteri berkenaan dengan isu baja di kalangan rakyat bawahan. Suka saya menyebut secara ikhlas bahawa isu baja subsidi kerajaan ini masih lagi berterusan, khususnya di kawasan saya di mana ada pihak-pihak yang tertentu masih lagi menggunakan baja subsidi ini sebagai satu alat politik ataupun sebagai satu alat untuk melepaskan geram ataupun dendam politik, di mana ramai daripada para petani kita yang sepatutnya mereka itu mendapat hak mereka atau memperolehi baja yang diberi bantuan oleh kerajaan tapi oleh sebab menyokong pembangkang…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat. Masa sudah cukup, Yang Berhormat.

Tuan Muhamad bin Mustafa: Oleh kerana perselisihan peribadi ataupun oleh kerana sebab-sebab peribadi, maka hak rakyat ini dinafikan. Oleh kerana perkara ini adalah perkara yang merugikan negara dan merugikan rakyat kita, saya harap pihak kementerian perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan rakyat dan membuang segala perasaan hasad dengki politik dan cuba menyucikan hati supaya semua rakyat ini boleh bersatu dan jangan menggunakan bantuan-bantuan kerajaan ini untuk melakukan diskriminasi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah.

Tuan Muhamad bin Mustafa: Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Wah! Ramai ya.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Tidak ramai, masih ada masa.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Seputeh, Seputeh. [Ketawa]

7.06 mlm.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ucapan saya tidak panjang.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Flower among the torn, ya. [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh Sim: Ya, saya hendak rujuk Butiran 17100 – Perparitan dan Tebatan Banjir, yang mana ada satu isu yang saya telah bangkitkan dalam ucapan dasar saya, tetapi tidak dijawab dengan lengkapnya.

Memandangkan Yang Berhormat Menteri sekarang berada di sini, saya ulang sedikit sahaja dan berharap satu jawapan yang lebih lengkap akan diberi oleh Yang Berhormat Menteri.

Dua atau tiga minggu yang lepas, saya pernah tulis surat kepada JPS untuk meminta satu taklimat diberi kepada empat Ahli Parlimen DAP di Kuala Lumpur mengenai Projek SMART dan juga senaskhah laporan EIA. Tetapi selepas saya hantar surat itu pada hari kemudian, seorang pegawai mengatakan, bahawa ketua mereka berkata tidak ingin layan ahli politik.

Saya sebenarnya amat kurang senang dan juga marah apabila saya dengar jawapan seperti ini kerana biasanya apabila kita mendampingi pejabat kerajaan, biasanya pegawai kerajaan selalu cuba memberi kerjasama dan juga permintaan seperti ini adalah dianggap sebagai permintaan biasa dan selalunya mereka akan layan kami, kerana kami ini wakil rakyat dan kami selalu ditanya oleh pihak media dan juga

Page 100: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

90 DR.7.10.2003

penduduk di kawasan kami tentang banyak perkara yang berlaku sama ada di bandar ataupun di kawasan kami.

Saya dan keempat-empat Ahli Parlimen di Kuala Lumpur ini, kami pernah tulis surat kepada Perdana Menteri dan ingin minta satu permintaan yang sama. Saya terlebih dahulu berterima kasih kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian kerana selepas saya bangkitkan perkara ini, walaupun beliau tidak jawab di dalam sidang Dewan ini, tetapi beliau mengotakan janjinya dengan membalas satu surat kepada saya dengan ayat yang begitu sopan dan juga sedap didengar.

Beberapa Ahli: [Sorak] [Tepuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, tidak payah bacalah Yang Berhormat. Surat itu tidak payah dibacalah.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Apa itu?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Surat itu tidak payah dibaca di sinilah.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Ya, ya, surat tidak perlu dibaca.

Tuan Mohamad bin Sabu: [Menyampuk] [Ketawa]

Puan Teresa Kok Suh Sim: Tetapi saya rasa ini adalah satu sikap yang harus ditunjukkan oleh sama ada pemimpin kementerian ataupun pegawai kerajaan. Jadi, walaupun mengenai EIA telah pun dijawab dalam surat ini, tetapi saya ingin minta Yang Berhormat Menteri sama ada laporan EIA, Projek SMART itu satu laporan yang harus dirahsiakan di bawah OSA yang tidak boleh dibaca oleh sesiapa ke ataupun macam mana. Kenapakah ia begitu secretive sehingga permintaan kami ini ditolak, pertamanya.

Yang keduanya, tentang Projek SMART ini, kerana projek ini merentasi banyak kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, jadi apa salahnya kalau JPS mengadakan satu taklimat kepada semua Ahli Yang Berhormat di Wilayah Persekutuan tentang projek ini, untuk pengetahuan kami supaya kami juga tahu selok-belok tentang projek ini dan kami juga boleh tolong menjelaskan kepada penduduk di kawasan yang terlibat yang mempunyai banyak sungutan, mungkin semasa projek itu dijalankan ataupun dibina.

Saya ingin memintalah sekali lagi bahawa Yang Berhormat Menteri boleh mengarahkan pegawai JPS untuk memberi kami satu taklimat dan juga saya rasa ini adalah perkara yang tidak harus dirahsiakan dan juga saya rasa ini adalah tanggungjawab pegawai di JPS dan juga Kementerian Pertanian tentang permintaan kami. Dan saya juga rasa bahawa sikap yang ditunjukkan oleh pegawai JPS mungkin bukan pegawai yang telefon saya tetapi tentang Ketua-ketua Jabatan itu haruslah bertukar. Saya sebenarnya ingin tanya kalau saya seorang Menteri, adakah pegawai itu akan jawab begitu dengan saya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak boleh buat andaian, Yang Berhormat ya.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Ya, kalau saya juga ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional, adakah saya akan dilayan dengan jawapan seperti ini. Saya rasa ini adalah sikap pegawai yang haruslah diperbetulkan. Inilah sebabnya saya mengulangi perkara ini di Dewan ini kerana saya masih tidak puas hati kerana permintaan tentang taklimat itu, permintaan yang saya tulis dalam surat itu masih belum dijawab lagi dan saya berharap dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, permintaan dari empat Ahli Parlimen ini haruslah diambil berat dan juga perkara ini saya berharaplah permintaan kami ini akan disahut, dijawab oleh kementerian. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Padang Terap.

7.11 mlm.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010400, 060000, 080000 dan 090000.

Page 101: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 91

Tuan Pengerusi, sektor pertanian merupakan sektor yang terpenting walaupun kita sedang menuju ke era negara industri. Namun tumpuan tidak begitu serius diberikan berbanding dengan usaha-usaha pembangunan lain. Akibatnya kita lihat Rancangan Pemulihan Tanah Terbiar masih banyak terbengkalai. Selain daripada itu, kawasan-kawasan pertanian yang sedia ada semakin mengecil disebabkan oleh penukaran syarat daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan seperti yang berlaku di Kedah misalnya.

Di Seberang Perai dan juga beberapa kawasan di Perak, saya dapati banyak tanah-tanah kawasan-kawasan pertanian itu ditukar untuk menjadi perumahan. Sejauh manakah langkah-langkah kementerian untuk mengatasi masalah terbiar seperti mana yang dibangkitkan oleh kawan-kawan dalam Dewan ini dan sejauh manakah pula perhatian kementerian terhadap penukaran syarat tanah pertanian kepada kawasan-kawasan perumahan?

Yang kedua, merujuk kepada Butiran 060000, Subsidi Padi. Skim ini telah lama dilaksanakan namun para petani tidak banyak berubah mungkin kerana sikap para petani itu sendiri. Kementerian harus mencari satu kaedah yang boleh digunakan bagi mengubah sikap para petani agar tidak sentiasa bergantung kepada subsidi, sebaliknya bersikap berdikari. Hal ini sukar berlaku selagi mana para petani yang ada ini terdiri daripada kalangan orang tua-tua yang ada sekarang ini kerana kalangan muda tidak begitu berminat dalam sektor pertanian.

Oleh itu saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian ini sejauh manakah usaha pihak kementerian bagi menarik perhatian pemuda-pemuda kita supaya mereka bergiat di dalam sektor pertanian khususnya mereka yang menganggur sekarang ini lebih kurang 80,000 orang khabarnya daripada IPTA yang sedang menganggur dan apakah satu kaedah yang boleh diambil oleh Kementerian Pertanian untuk mengajak mereka ini berkecimpung dalam bidang pertanian.

Saya percaya sekiranya kalangan inilah yang menjadi petani ataupun kita katakan petani moden, maka pergantungan subsidi tidaklah begitu diharapkan sangat kerana mereka boleh berdikari dan berusaha sendiri untuk mencari satu kemajuan dalam usaha yang mereka lakukan.

Tuan Pengerusi, Butiran 080000 iaitu Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Dalam sidang yang lepas saya telah membangkitkan perkara ini. Saya ingin membangkitkan sekali lagi masalah tersebut kerana hingga sekarang Jabatan Pertanian Daerah masih tidak berubah wajah.

Keadaannya adalah sangat menyedihkan kerana pegawai-pegawai di sana sangat terbatas dan tidak ada kalangan yang betul-betul pakar untuk memberi nasihat kepada petani-petani untuk mengubah sikap mereka selain daripada berusaha bagi memperbaiki usaha pertanian mereka. Kita tidak boleh berharap perubahan itu berlaku dengan hanya memberi subsidi baja sahaja kerana kaedah-kaedah yang lain perlu juga diteliti. Oleh sebab itu mereka kadang-kadang mengambil baja dan baja itu di letak di bawah bangsal ataupun di rumah dan menaburnya dalam keadaan yang tidak teratur.

Oleh sebab itu kita dapati hasil pertanian tidak begitu menggalakkan dan seperti mana yang saya dimaklumkan sesetengah negara, pegawai-pegawai pertanian sendiri mengkaji sesuatu tempat itu apa yang sesuai ditanam dan mereka turun padang membantu petani-petani sama ada dalam pengairannya, pembajaannya dan pengendalian benihnya dan sebagainya. Jadi, dengan cara itu hasil yang dikeluarkan oleh kawasan-kawasan yang diseliakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepakaran ini dapat menaiki nilai mutunya.

Saya tidak tahu sejauh manakah Kementerian Pertanian menyediakan pegawai-pegawai yang bertaraf kepada peringkat kepakaran ini sebab setakat ini di negeri pun, bukan di daerah. saya dapati tidak ada ramai pakar-pakar pertanian yang boleh memberi nasihat ataupun khidmat nasihat kepada petani-petani untuk mempertingkatkan pengeluaran mereka.

Selain daripada itu, Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 090000 iaitu FAMA. Apakah fungsi FAMA yang sebenar? Setiap kali sidang ini diadakan, masalah ini dibangkitkan oleh sebab timbul lambakan hasilan yang telah dikeluarkan oleh para petani. Seperti mana sekarang ini kita dapati lambakan buah dokong, lambakan buah rambutan, lambakan buah cempedak, durian dan sebagainya. Berkali-kali perkara ini dibangkitkan dan selain daripada itu lambakan padi juga berlaku.

Page 102: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

92 DR.7.10.2003

Saya dapati di beberapa negara Timur Tengah, mereka sangat suka kepada buah dokong, buah rambutan dan beberapa buah tempatan kita yang lain. Kalau kita menyoal penjual-penjual buah-buahan di sana, mereka kata ini hasil daripada Thailand. Tapi ada juga Barisan Nasional bila sebut Thailand itu dia kata semua kita puji Thailand. Tetapi dari segi pertanian, kita dapati bahawasanya hasil daripada Thailand itu adalah ‘jujuh’ kita sebut bukan hanya di sana tetapi di negara kita juga, buah mempelam dan sebagainya tetapi hasil yang dikeluarkan oleh tempatan kita sendiri nampaknya menjadi lambakan. Di mana masalahnya? Apa masalahnya, di mana puncanya berlaku keadaan itu dan sejauh manakah FAMA berusaha untuk memasarkan buah-buahan tempatan ini ke luar negara. Itu kita belum mendapat satu jawapan yang tegas daripada pihak FAMA ataupun pihak pertanian. Sudah pasti kita rasa produk kita itu boleh disalurkan bukan hanya untuk pasaran tempatan tetapi juga di luar negara.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang masalah kawalan serangga. Kita menggunakan racun serangga tetapi sejauh manakah langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk menggunakan kawalan biologi kerana misalnya ada sesetengah serangga itu dikawal oleh serangga yang lain.

Pada satu ketika dahulu berlaku wabak apa yang dikatakan bena perang yang menyerang padi-padi di Seberang Prai. Sebenarnya bena perang ini amat berguna kepada padi itu tetapi yang menjadi puncanya ialah virus yang ada dalam air liurnya tetapi bena perang ini boleh dikawal oleh satu jenis serangga yang bernama penyengat yang makan bena perang.

Apabila para petani menggunakan racun maka semua serangga ini mati tetapi bena perang itu ada yang tidak mati dan lepas itu dia kebal. Jadi apabila ia kebal, guna lagi racun-racun serangga yang lain, sudah tidak memberi apa-apa kesan dan akhirnya dia membiak sedangkan serangga yang mengawalnya itu tidak kebal sepertinya dan akhirnya itulah berlakunya wabak.

Oleh sebab itu, kita mesti kembali kepada saranan Al-Quran, “Kholaqol-insan wadha-al miizan”. Mizan ini keseimbangan. Keseimbangan semula jadi yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Jadi, dengan mengetahui kaedah al-mizan atau keseimbangan ini, kita akan berusaha bukan hanya menggunakan racun-racun serangga sebab racun serangga mengakibatkan kematian sesetengah daripada serangga yang diperlukan ia juga merosakkan tanah…

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Pada tahun 60-an atau 70-an, Amerika Syarikat terpaksa mengimport cacing daripada Mesir oleh kerana mereka menggunakan racun serangga dan binatang-binatang yang hidup dalam tanah seperti cacing dan sebagainya mati dan akhirnya tanah itu ....

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: ..... menjadi rosak dan sebab itulah mereka terpaksa mengimport cacing daripada Mesir.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Oleh sebab itu saya rasa Kementerian Pertanian perlu mencari jalan bagaimana untuk mewujudkan apa yang dikatakan kawalan biologi.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih. Tuaran. Tuaran.

Page 103: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 93

7.23 mlm.

Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada wakil Barisan Nasional selepas tiga wakil daripada pembangkang.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terus Yang Berhormat. Tidak kiralah itu. Hem, terus.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Tuan Pengerusi, saya ingin berbahas dalam tiga perkara iaitu peranan pusat-pusat latihan pertanian dan peranan pusat-pusat penyelidikan pertanian dalam melaksanakan agenda Kementerian Pertanian Malaysia untuk memodenkan sektor pertanian tradisi dan mentransformasikan sektor pertanian sara diri kepada pertanian komersial. Yang ketiga Tuan Pengerusi, saya hendak membahaskan soal kerjasama Kementerian Pertanian Malaysia dengan agensi-agensi, jabatan-jabatan dan Kementerian Pertanian Kerajaan Negeri Sabah mulai daripada peringkat Menteri sehinggalah ke peringkat pegawai di daerah.

Dalam membahaskan tiga perkara ini Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 05000 iaitu Institut Pertanian Timbang Menggaris, Butiran 05300 - Kemudahan Pusat Latihan Pertanian Sabah, Butiran 06200 - Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu, Butiran 21800 - Pusat Latihan Menternak Sabah, Butiran 05500 – Pusat Latihan Luar Bandar Bagi Ekonomi Rumah Tangga dan Butiran 05201 - Pembangunan Penyelidik Pertanian Tuaran, Sabah dan akhir sekali Butiran 080000 iaitu MARDI.

Tuan Pengerusi, kesemua agensi-agensi ataupun institut latihan yang saya sebut tadi di Sabah ini semuanya diberi peruntukan kosong. Tidak ada apa-apa peruntukan dalam bajet tahun 2004 ini…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak ada token pun?

Tuan Wilfred Madius Tangau: Token pun tidak ada.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Eh!

Tuan Wilfred Madius Tangau: Yang ada token cumalah Institut Pertanian Timbang Menggaris, token RM10, yang lain semua kosong.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah berbahas Yang Berhormat, ya?

Datuk Bung Moktar bin Radin: Tak payah bahas.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau hanya token, kalau kosong itu.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya ingin bertanya ....

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanyalah.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya ingin bertanya Tuan Pengerusi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Token! Tak dapat….?

Tuan Wilfred Madius Tangau: Dalam bajet-bajet yang lepas ada token ataupun ada peruntukan tetapi ini tidak ada peruntukan. Persoalannya di sini ialah dalam agenda Kementerian Pertanian Malaysia yang begitu hebat, begitu baik dalam dua perkara tadi iaitu memodenkan sektor pertanian tradisi dan mentransformasikan sektor pertanian sara diri kepada pertanian komersial, saya ingin tahu, apakah sebenarnya peranan pusat-pusat latihan selama ini. Apakah pusat-pusat latihan ini cuba melahirkan orang-orang yang akhirnya akan menjadi pegawai-pegawai ataupun pekerja kepada syarikat-syarikat pengusaha pertanian, perladangan ataupun apakah kita mahu melahirkan usahawan-usahawan pertanian yang akhirnya menjadi usahawan yang terlibat dalam pertanian komersial.

Dalam hal ini, saya ingin melihat misalannya dalam Institut Pertanian Timbang Menggaris yang diberi token RM10. Apakah sebenarnya peranan Kementerian Pertanian Malaysia ataupun Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam membangunkan institut ini. Setahu saya institut ini telah banyak melahirkan pegawai-pegawai yang sekarang ini bekerja di ladang kelapa sawit, ladang-ladang koko di negeri Sabah.

Page 104: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

94 DR.7.10.2003

Dalam meneruskan pembangunan Institut Pertanian Timbang Menggaris ini, apakah pihak kementerian, ada juga para peserta atau para pelajar yang memasuki institut in yang pada mulanya berniat untuk menjadi usahawan pertanian, menjadi petani komersial tetapi saya ingin tahu, selama ini apakah niat ini telah direalisasikan. Apakah kita telah melihat dan melahirkan ramai usahawan-usahawan pertanian komersial di negeri Sabah yang dihasilkan oleh Institut Pertanian Timbang Menggaris ini.

Perkara yang kedua ialah dalam soal penyelidikan. Kita mengalu-alukan peranan MARDI di negeri Sabah. MARDI di Sabah sekarang ini, dia tidak lagi menjalankan penyelidikan seperti mana yang dijalankan di ibu pejabat ataupun yang dijalankan oleh MARDI di Kuala Lumpur tetapi sekarang ini MARDI di Sabah cuba memperkenalkan hasil-hasil penyelidikan untuk dikomersilkan.

Dalam hal ini, saya difahamkan bahawa beberapa orang usahawan muda yang telah dikenal pasti oleh MARDI dalam melaksanakan atau terlibat dalam mengkormersialkan penyelidikan MARDI, saya ingin tahu, sejauh manakah kejayaan, berapa orang kah peserta usahawan pertanian di negeri Sabah yang dianjurkan oleh MARDI dan apakah kejayaan mereka.

Kalau mereka tidak berjaya, adakah disebabkan oleh kerana mereka ini kekurangan latihan dan juga seperti mana yang sering kali dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Menteri Pertanian bahawa yang paling penting bagi usahawan pertanian komersial ini ialah orang-orang ini hendaklah mempunyai pelan perniagaan yang memfokuskan pada mulanya dalam soal pemasaran.

Apakah para usahawan ini, usahawan tani yang terlibat dengan MARDI di Sabah ini mempunyai kemudahan untuk menyediakan pelan perniagaan. Saya sendiri telah melawat Business Development Center di Kementerian dan saya begitu kagum, begitu canggih, saya ingat amat baik tetapi bagi kita di Sabah tentu sekali amat jauh untuk kita datang ke sini, cuma untuk mendapat kemudahan ini.

Apakah pihak Kementerian Pertanian Malaysia dapat bekerjasama dengan Kementerian Pertanian negeri Sabah untuk mendirikan satu unit atau Business Development Center di Sabah. Mungkin di Kementerian Pertanian negeri Sabah ataupun di mana-mana pusat yang sesuai mungkin di MARDI ataupun di mana yang sesuai. Saya fikir ini adalah suatu yang baik sebagai satu pemangkin kepada transformasi pertanian kita.

Seterusnya Tuan Pengerusi, yang terakhir saya ingin sebut ialah dalam pembangunan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran Sabah, pusat penyelidikan ini terletak di kawasan saya di Tuaran. Saya sendiri pun tidak tahu apakah sebenarnya dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian itu. Barangkali kementerian boleh memberi sedikit laporan, beritahu Dewan ini selama ini apa yang telah dibuat oleh Pusat Penyelidikan, sebab Pusat Penyelidikan Tuaran ini adalah di antara pusat penyelidikan yang tertua di negeri Sabah. Dalam Bajet 2004 ini sekali lagi diberi token RM10. Apakah pihak kementerian telah tidak mendapat apa-apa respons, tidak mendapat apa-apa cadangan penyelidikan daripada pusat ini ataupun bagaimana sehinggakan dapat token RM10 sahaja.

Seperti mana yang selalu saya nyatakan di Dewan yang mulia ini, di Sabah terdapat beribu-ribu petani tradisi. Apakah Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran boleh mengambil peranan untuk membuat kajian, bagaimana kita sebenarnya menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh para petani tradisi di Sabah. Sedikit-sebanyak yang saya tahu dalam Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran ini, mereka cuba membuat penyelidikan untuk memberikan idea-idea kepada pertanian yang lebih besar, syarikat yang besar-besar dan bukan yang petani tradisi. Petani tradisi ini terletak di tempat-tempat yang dikatakan tidak sesuai untuk pertanian – tanah-tanah curam, di lereng-lereng bukit dan sebagainya.

Bagaimana kita menangani para petani yang duduk di lereng-lereng bukit ini. Kita hendak bawa ke tanah rata, tempat-tempat yang rata, yang cantik-cantik, yang subur-subur semuanya sudah dikebas oleh syarikat besar, korporat. Petani tradisi yang beribu-ribu ini tinggallah di lereng-lereng bukit. Apa kita boleh buat dengan bertani di lereng-lereng bukit ini.

Kita perlu buat kajian, kita tidak boleh katakan yang mereka ini berterusan di situ. Hari ini kita berdepan dengan satu dasar yang menyatakan bahawa tempat

Page 105: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 95

mereka tinggal itu adalah tidak sesuai untuk pertanian. Berkali-kali diberitahu oleh Pegawai Pertanian Daerah mengenai tanah di situ cetek, curam, mudah terhakis.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Jadi, apa yang kita dapat?..

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya hendak gulung. Saya ingin bertanya, apakah peranan pusat-pusat penyelidikan pertanian ini dengan pusat-pusat latihan ini untuk mencapai cita-cita Kementerian Pertanian Malaysia yang begitu hebat dan begitu baik untuk memastikan dan memodenkan sektor pertanian tradisi. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Shah Alam.

7.34 ptg.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak apalah, bagilah.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Bagi chance lah. Baru habis mesyuarat.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan kacau dia, dia hendak bercakap.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya ambil Butiran B.21 dan Kepala 030000 – Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Terlebih dahulu saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, semua orang kuat kementerian ada di sini walaupun sudah pukul 7.34 malam. Saya juga sedar bahawa tanggungjawab kementerian ini agak besar dan mustahak tetapi malangnya daripada segi import keseluruhannya, kita masih lagi defisit lebih kurang dalam RM5 hingga RM6 bilion.

Saya juga faham dan mendapat maklumat bahawa Yang Berhormat Menteri sedang menggerakkan kementerian untuk menentukan pada tahun 2010 ini kita ada trade balance. Maknanya sekurang-kurangnya kita boleh dapat import-eksport di balance kan.

Saya ingin menyentuh Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) kerana saya lihat bahawa ini satu tanggungjawab yang besar daripada pihak kementerian. Saya melihat fungsi utama JPS ini walaupun ia ada tanggungjawab untuk siapkan talian air dan sebagainya tetapi saya lihat bahawa fungsi dan matlamat utama JPS ini ialah untuk menguruskan sungai-sungai kita supaya sungai-sungai ini dapat menepati matlamat apa yang patut dilakukan.

Saya lihat sejumlah besar peruntukan daripada Bajet 2004 ini sebanyak RM53,787,868 yang diperuntukkan oleh JPS ini adalah satu jumlah yang agak besar. Saya juga faham bahawa tanggungjawab untuk menguruskan Jabatan Perparitan dan Saliran ini kerana fungsi utama telah pun bertukar. Saya sedar bahawa ia lebih kurang tanggungjawab untuk menyediakan prasarana, infrastruktur daripada segi ini. Kalau peruntukan yang disediakan untuk kemudahan infrastruktur ini dirangkumkan dalam peruntukan pertanian itu sekali, saya percaya dan yakin jumlah peruntukan yang besar ini yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan pertanian, dengan izin, the bulk of the expenses sudah incurred kepada pembangunan infrastruktur.

Saya juga telah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini dengan mencadangkan kepada pihak kementerian supaya, apakah langkah-langkah yang lebih konkrit dan drastik yang kementerian harus ambil untuk menguruskan sungai-sungai kita dan kita tahu bahawa di peringkat dasarnya Kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju dan bersedia untuk mengambil dan menguruskan air kita.

Page 106: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

96 DR.7.10.2003

Bila kita menguruskan air-air kita secara langsung dan tentunya source of water ini pun datang daripada sungai. Untuk menguruskan air ini bukan satu perkara yang mudah, ia memerlukan perbelanjaan besar. Apakah cadangan daripada pihak kementerian supaya Jabatan Perparitan dan Saliran sama ada dari segi konteks yang sedia ada, adakah ia masih sesuai wujud dalam Kementerian Pertanian, kerana tanggungjawabnya adalah untuk menyediakan infrastruktur yang lebih besar dalam menguruskan sungai.

Saya pernah mencadangkan pada pihak kementerian supaya mewujudkan satu lembaga yang mempunyai kuasa yang jelas dan nyata daripada segi pelaksanaan undang-undang dan juga mungkin Kerajaan Persekutuan boleh memberikan peruntukan yang lebih besar kepada ‘Lembaga Urus Sungai’ ini sebagaimana yang telah pun dibuat di Sarawak. Kita faham di Sarawak telah pun wujud Lembaga Urusan Sungai Sarawak yang tersendiri dan ini memberikan manfaat. Saya harap Yang Berhormat Menteri daripada Sarawak dia pun lebih faham dan jelas tentang Lembaga Urusan Sungai di Sarawak. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya usaha dibuat supaya boleh mewujudkan ‘Lembaga Urusan Sungai’.

Perkara yang kedua yang ingin saya bangkitkan oleh kerana Jabatan Perparitan dan Saliran juga sebagai agensi ataupun yang bertanggungjawab untuk menentukan setiap pembangunan yang berlaku mendapat kelulusan Jabatan Perparitan dan Saliran kerana mereka merupakan satu badan yang bertanggungjawab, yang juga turut terlibat dalam memberikan kelulusan daripada segi perintah pembangunan kepada setiap pembangunan yang hendak dilakukan.

Kita juga difahamkan bahawa setiap pemaju mesti membayar, dengan izin, contribution kepada JPS. Saya ingin tahu sama ada pihak pemaju membayar kepada JPS ini, duit ini disimpan di peringkat Kementerian Pertanian kah ataupun ia pergi ke kerajaan negeri kah ataupun dia pergi ke Local Council kerana hendak menguruskan tebatan banjir ini semua adalah tanggungjawab pihak JPS, yang hendak keluar belanja daripada JPS dan tentulah belanja ini dituntut daripada kelulusan yang dibuat di Dewan, di Peringkat Jawatankuasa ini kita meluluskan peruntukan kepada JPS sebanyak RM53 juta.

Kita sedar bahawa tanggungjawab untuk menguruskan sungai dan tebatan banjir ini bukan satu perkara yang senang dan ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan kalau contribution itu dibayar oleh pihak pemaju, seharusnya duit ini disimpan di peringkat JPS tetapi saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada pihak JPS yang menyimpan duit ini ataupun duit ini disimpan di peringkat kerajaan negeri ataupun di pihak berkuasa tempatan.

Dengan harapan ini, saya harap supaya masalah untuk mengurus tadbir sungai ini adalah satu perkara yang dapat diatasi kerana kita juga sedar bahawa apabila berlaku banjir kilat terutama di kawasan Lembah Kelang ini yang menjadi mangsa yang utama ini selain daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini adalah juga tanggungjawab daripada JPS.

Setiap kali banjir, setiap kali kita mendapat rintihan rakyat tentang ini dan kalau perlu, pihak kementerian boleh mengadakan satu pendekatan hala cara baru untuk mewujudkan Lembaga Urusan Sungai ini, saya menyokong atas usaha ini. Sekian, Tuan Pengerusi.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya beri kepada Bachok, yang lain besok boleh lagi ya. Bachok.

7.41 mlm.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Pertama sekali kita melihat peranan institusi pertanian di bawah Kementerian Pertanian ini begitu besar untuk mengubah nasib hidup masyarakat petani secara amnya. Dalam konteks ini saya memerhati peranan ataupun fungsi KADA itu sendiri, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Kelantan yang pada pemerhatian saya duduk di antara berjaya dengan tidak berjaya.

Page 107: [Dokumen ini belum disemak]KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2004 Jawatankuasa Jadual:- Maksud

DR.7.10.2003 97

Dalam kes tertentu ia dianggap berjaya sebagaimana yang disebut oleh pihak Ahli Yang Berhormat bagi Rantau Panjang tadi, dalam konteks untuk menggalak beberapa sektor berjaya, tetapi dalam sektor lain masih lagi belum berjaya.

Walaupun ladang pertanian, ‘Ladang Merdeka’ satu imej yang dibawa oleh KADA tetapi kita perhatikan di sebalik apa yang dilaksanakan itu belum mencapai target yang memuaskan. Target 10 tan padi dihasilkan bagi satu hektar masih belum dicapai, ini satu daripada nilai ketidakpercayanya usaha yang dibuat oleh KADA.

Demikian juga usaha untuk membangunkan petani KADA supaya mematuhi jadual-jadual penanaman padi didapati masih belum di peringkat yang memuaskan, target KADA untuk memastikan penanam padi boleh bertanam lima kali dalam tempoh dua tahun memang tidak berlaku, dua kali untuk dalam tempoh satu tahun pun tidak berlaku, tetapi petani lebih gemar untuk memilih musim-musim yang serasi dengan mereka, tidak mengikut penjadualan yang dibuat oleh KADA, oleh sebab itu sistem pengairan KADA itu sendiri terpaksa diubah-ubah, malah kesan daripada itu juga ialah pengurusan tali air pun tidak diambil berat oleh kakitangan KADA di peringkat pengurusan bawahan.

Hasil daripada itu telah memberi satu imej yang tidak berjaya kepada KADA dalam perspektif am dan dalam perspektif yang lebih khusus, sedangkan kita perhati untuk membangunkan petani ini ialah sejauh mana mereka ini boleh terangkum dalam sistem yang dirangka oleh agensi-agensi pembangunan seperti KADA ini.

Dalam hal ini kita lihat pemerhatian perlu diberi oleh pihak kementerian secara lebih khusus lagi, pertama sekali untuk mempertingkatkan lagi keupayaan kakitangan KADA untuk menerjah perubahan dalam pemikiran petani di peringkat luar bandar, khususnya di kawasan kampung-kampung yang mereka ini sendiri terperangkap dengan isu-isu lama, tradisi yang sudah pasti mereka ini tidak mudah untuk diatur dalam jadual yang telah disusun begitu rupa oleh peringkat pegawai di dalam KADA itu sendiri.

Oleh sebab itu, kita perhati peruntukan-peruntukan yang lebih perlu dipertimbangkan untuk KADA dari segi untuk memajukan petani di antaranya ialah menyediakan peruntukan kepada Latihan Petani KADA supaya mereka ini lebih memahami malah lebih bersedia untuk berubah, kerana jika petani tidak mampu untuk bersedia berubah, sudah pasti usaha sebanyak mana dibuat, bajet yang kita laburkan setiap tahun begitu banyak, saya yakin ia tidak boleh mengubah keupayaan petani untuk bergerak seiring dengan dasar yang telah pun kita atur.

Dasar Pertanian kita di antaranya ialah untuk memastikan cukupnya bekalan makanan negara, oleh sebab itulah perhatian serius perlu diberi supaya KADA ini berfungsi lebih baik untuk mempertingkatkan pengeluaran padi dan sekali gus ia juga boleh mendorong petani untuk melaksanakan gerak kerja lain bagi melepasi garis kemiskinan yang mereka sedang alami.

Justeru itu, saya mencadangkan lagi supaya KADA lebih bertenaga lagi …

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat boleh sambung besok ya.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Campur sepuluh minit lagi ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Besok, tolak basah, tolak kering ada enam minit lagi. Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan kita ditangguhkan hingga jam 10.00 besok hari.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam.