jenis perpustakaan & bibliografi

9
PENGENALAN Perpustakaan Gambar 1 : Contoh perpustakaan negara :Perpustakaan Julio P rez Ferrero, é C cuta ú , Colombia Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Library of Congress". 1.0 JENIS-JENIS PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA 1.1 Perpustakaan Negara Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Nasional". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang awam samaada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Upload: deeya76

Post on 08-Jun-2015

3.300 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

satu artikel berkaitan jenis-jenis perpustakaan yang ada di Malaysia dan contoh-contohnya.

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis perpustakaan & bibliografi

PENGENALAN

Perpustakaan

Gambar 1 : Contoh perpustakaan negara :Perpustakaan Julio Pérez Ferrero, Cúcuta,

Colombia

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber

maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan

oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu

perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti

buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini

dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan

bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan

hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan

terbesar adalah "Library of Congress".

1.0 JENIS-JENIS PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA

1.1 Perpustakaan Negara

Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah

negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan

utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat

Bibliografi Nasional". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang

awam samaada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama

penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit).

Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 2: Jenis perpustakaan & bibliografi

mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah

Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras

khazanah ilmu dalam memupuk budaya membaca di kalangan

masyarakat terutamanya menjelang alaf baru. Justeru itu adalah menjadi

tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyelaras

pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di

seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat

menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan.

Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara

(Pindaan)

1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: “menggalakkan dan

memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara

selaras dengan piawaian kebangsaan bagi mengadakannya.” Dan

peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: “menggalakkan penubuhan

suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai

kebangsaan bagi mengadakannya.

1.1.1 Objektif Perpustakaan Negara Malaysia

• Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan

satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;

•Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber

perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan

• Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan

dengan perpustakaan.

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 3: Jenis perpustakaan & bibliografi

1.1.2 Perkhidmatan yang disediakan untuk orang ramai

Perkhidmatan Penasihat Pembaca

Perkhidmatan Pempakejan Maklumat

Perkhidmatan Mikrofilem Suratkhabar

Perkhidmatan Rujukan Penyelidikan

Perkhidmatan Rujukan Koleksi Media Elektronik

Perkhidmatan Rujukan Manuskrip Melayu

Perkhidmatan wifi – internet wireless untuk orang ramai

1.1.3 Jabatan-jabatan di dalam Perpustakaan negara Malaysia :

Jabatan Pemerolehan (Acquisition)

Jabatan Pengkatalogan (Cataloging)

Jabatan Edaran (Circulation)

Jabatan Jentera (Automation)

Jabatan Bersiri (Series)

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 4: Jenis perpustakaan & bibliografi

2.0 Perpustakaan Akademik

Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di pusat pengajian

tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi

tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Perpustakaan

Tun Dr Ismail (UiTM, Johor).

Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi

pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar

membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di

negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti

perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.

Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, institut pendidikan

perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-kolej

swasta. Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan

bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan

elektronik.

2.1 Objektif Perpustakaan Akademik

• Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam

kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan

• Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat

• Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran

sepanjang hayat

2.2 Contoh perpustakaan akademik di Malaysia :

Perpustakaan Universiti Malaya

Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM

Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

Perpustakaan Universiti Sains Malaysia

Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 5: Jenis perpustakaan & bibliografi

3.0 Perpustakaan Awam

Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai

oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya

adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada

masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.

Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan semua

masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca

dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian

komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan

ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan

rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa

diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat

perkhidmatan terbaik.

3.1 Objektif Perpustakaan Awam.

• Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam

supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT.

• Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan

efisyen.

• Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.

3.2 Contoh perpustakaan awam yang terdapat di Malaysia ialah :

Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Pustaka Peringatan Kuala Lumpur

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 6: Jenis perpustakaan & bibliografi

4.0 Perpustakaan Khusus/khas (Special Library)

Perpustakaan Khusus/khas

Perpustakaan Khusus merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang

menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai

koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk.

Perpustakaan Khusus juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat

rujukan.

4.1 Objektif Perpustakaan Khusus

• Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah

meningkatkan serta mengukuhkan pembangan perkhidmatan Perpustakaan Khusus

Perkhidmatan Guna sama.

• Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah

pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna Sama.

• Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan

dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama.

• Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna sama

melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan separa

professional.

• Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat

perundingan.

• Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta

memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-

syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai

contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM

sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu

maklumat mengenai SIRIM.

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 7: Jenis perpustakaan & bibliografi

4.2 Contoh perpustakaan khusus di Malaysia :

Women's Affairs Division (HAWA),

Kementerian Pertahanan

Kementerian Belia dan Sukan

Hospital Kuala Lumpur

Institute of Medical Research

Public Health Institute

National Heart Institute

Forest Research Institute, Malaysia

Malaysian Judiciary Library

Judiciary and Legal Training Institute

The Attorney General Chambers

Perpustakaan Parlimen Malaysia

Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri

Kementerian Penerangan, Pusat Maklumat (MOI)

Radio Televisyen Malaysia

Filem Negara Malaysia

Arkib Negara

Muzium Kebangsaan Malaysia

The National Treasury

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Institut Penilaian Negara

Kementerian Perikanan, Institut Penyelidikan Perikanan

Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Land and Cooperative Department

Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Kementerian Perhubungan Luar Negara

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 8: Jenis perpustakaan & bibliografi

5.0 Pusat Sumber

Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber

sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum sekolah. Namun

permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber adalah kekurangan koleksi

berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi

berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.

Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta

koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat

Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan

pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran

maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar

membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

5.1 Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta

sahsiah.

2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan

pembelajaran supaya mereka tidak hanuya bergantung kepada buku teks dan

kaedah tradisional sahaja.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian

dan penggunaaan maklumat secara sistematis.

4. Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan menggunakan pelbagai

alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang

berbeza di kalangan pelajar-pelajar

6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008

Page 9: Jenis perpustakaan & bibliografi

KESIMPULAN

Terdapat berbagai - bagai jenis perpustakaan yang wujud di dunia ini khasnya di

Malaysia sendiri. Dengan fungsi dan peranan yang berbeza menjadikan perpustakaan

sebagai medium yang amat penting bagi mencari bahan-bahan rujukan tidak kiralah

samada ianya bersifat ilmiah, akademik atau pun hiburan dan rekreasi.

KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008