jenis perkhidmatan kerajaan dan bukan kerajaan ngo

Upload: tow-teck-soon

Post on 14-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    1/7

    4.1.4 INSTITUSI

    Kerajaan:

    1.Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Perkara-perkara Sosial Yang Diberi Perhatian

    1) Dasar Kebajikan Masyarakat Negara akan memberi keutamaan dalam

    kemajuan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat, iaitu :

    Usaha proses pembangunan diarahkan untuk tujuan mempertingkatkan

    potensi semua golongan masyarakat.

    Perhatian khusus diberikan untuk meningkatkan penyamaan peluang ke

    arah hidup yang lebih bermakna dalam arus pembangunan negara.

    2. Jabatan Kesihatan

    Kesihatan Orang Kurang Upaya dan Rehabilitasi

    Perkhidmatan Rehabilitasi dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam

    Komuniti disediakan dibawah satu unit iaitu Unit Mental/Rehabilitasi yang

    ditubuhkan pada tahun 1996. Perkhidmatan bagi Orang Kurang Upaya

    pula meliputi penjagaan kanak-kanak keperluan khas serta perkhidmatan

    pencegahan dan kawalan masalah kebutaan, kepekakan dan kecacatan

    fizikal. Golongan OKU turut dikecualikan daripada bayaran rawatan di

    hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.

    Program-program yang dijalankan:

    2. Program imunisasi

    3. Institusi Kesihatan Umum

    4. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    2/7

    3. Jabatan Pendidikan

    Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas

    khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah

    pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan

    melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan

    bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran

    yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah

    kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan

    mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

    Jabatan Pendidikan Khas

    Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang

    diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang

    dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit

    ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang

    Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober

    tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas

    yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan

    Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh

    negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan

    Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan

    kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama

    yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf

    Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

    Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar

    dengan keperluan Khas.

    Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar

    dengan keperluan khas.

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    3/7

    Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar

    dengan keperluan khas.

    Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

    mencukupi dan terkini.

    Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang

    pendidikan khas.

    Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas

    terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:

    (a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

    Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan

    pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai

    pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat

    perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

    (b) Bahagian Pengurusan Sekolah

    Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola

    dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.

    (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

    Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru

    danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di

    samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan

    sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    4/7

    (d) Unit Pengurusan

    Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui

    perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan

    perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan

    media elektronik.

    Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas

    Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua

    Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan

    bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasidisediakan untuk

    murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

    bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan

    menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan

    pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa

    inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun,

    manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5

    tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada

    peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan

    (Jabatan Pendidikan Khas, 2004)

    Swasta

    NASOM

    Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia berperanan mengesan dan

    menjalankan rawatan, pembelajaran bagi kanak-kanak autism.Selain itu member

    nasihat kepada keluarga yang terlibat dan cadangan aktiviti aktiviti yang boleh

    dijalankan bagi meningkatkan potensi kanak kanak autism.

    KIWANIS

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    5/7

    Satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membentu

    kanak-kanak down syndrome mendapat pelajaran dan latihan kemahiran hidup

    sebelum mereka bersekolah.

    PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA

    Mengesan kanak-kanak buta dan mendaftarkan ke program seperti pra sekolah

    dan memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan mata yang

    sempurna dan member nasihat kepada ibu bapa.

    NURY

    Pertubuhan yang member perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai

    kanak-kanak bermasalah dan membantu ke arah pembangunan keluarga bagi

    melahirkan anak-anak yang cemerlang di samping menjalankan aktiviti aktiviti

    terapi yang bersesuaian.

    TASPUTRA PERKIM

    Berperanan memberi asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak berkeperluan

    khas dan kanak-kanak cacat anggota. Antara aktiviti yang dijalankan ialah

    memberikan latihan yang meningkatkan kekuatan mental dan fizikal.

    LAIN-LAIN KHIDMAT SOKONGAN

    Perkhidmatan Audiologi - boleh didapati di hospital kerajaan , swasta dan NGO.

    Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran. Ujian

    ini bertujuan mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran dan

    mencadangkan alat-alat bantuan pendengaran yang sesuai.

    Perkhidmatan Terapi Pertuturan-menyediakan perkhidmatan yang berkaitan

    dengan masalah perkembangan masalah komunikasi dari aspek pertuturan dan

    bahasa. Pelbagai teknik dan kaedah digunakan kepada kanak-kanak yang

    mempunyai masalah pada alat artikulasi.

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    6/7

    Perkhidmatan Neurologi memberikan perkhidmatan mengesan kecederaan

    atau kecacatan pada otak yang boleh membawa kepada kecelaruan mental.

    Perkhidmatan Pediatrik memberikan perkhidmatan merawat kanak-kanak dan

    mengesan punca-punca masalah.

    Perkhidmatan Oftomologi memberikan perkhidmatan mengesan masalah

    penglihatan kanak-kanak dan membuat pemeriksaan dan cara

    merawat/membantu dalam penglihatan.

    Peranan Ibu Bapa memberikan galakan dan motivasi kepada anak-anak dan

    sentiasa berinteraksi dengan pelbagai kumpulan disiplin supaya dapat

    membantu meningkatkan tahap keupayaan anak dan mempelajari langkah-

    langkah yang bersesuai mengurangkan masalah.

  • 7/27/2019 Jenis Perkhidmatan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan NGO

    7/7

    1.Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada :

    i) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP)

    ii) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

    iii) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

    Antara Badan Bukan Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas

    ialah:

    Persatuan Kanak-kanak Spastik(Spastic Childrens Assocation) yang

    menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara

    umur 2-16 tahun.

    Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak

    berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

    Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi

    kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di

    antara umur 6-16 tahun.

    Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)

    yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah

    kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam

    pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalamMalaysia.