jenis pantun

13
Jenis-jenis Puisi Tradisional. Tidak semua puisi tradisional masih popular dan dikenali pada hari ini. Kebanyakannya tidak dikarang lagi kecuali pantun dan syair. Barangkali secara kasar ada beberapa yang masih bernafas iaitu: pantun syair nazam gurindam seloka Pantun hidup subur Syair dan gurindam masih menyambung hayat terutama bila majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membuka ruangan Ujana Klasik. Beberapa orang penulis kontemporari menulis pantun, gurindam dan syair di ruangan ini. Nazam dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya dalam majlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak. PANTUN Pantun, terutama pantun empat kerat masih popular. Pantun adalah tradisi lisan yang mudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud dengan skima rima abab. Kita mendengar pantun setiap hari melalui lirik lagu dan sebagainya,

Upload: rohana-mohamed-nor

Post on 25-Jun-2015

6.907 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis pantun

Jenis-jenis Puisi Tradisional.

Tidak semua puisi tradisional masih popular dan dikenali pada hari ini. Kebanyakannya tidak

dikarang lagi kecuali pantun dan syair. Barangkali secara kasar ada beberapa yang masih

bernafas iaitu:

pantun

syair

nazam

gurindam

seloka

Pantun hidup subur Syair dan gurindam masih menyambung hayat terutama bila majalah

Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membuka ruangan Ujana Klasik.

Beberapa orang penulis kontemporari menulis pantun, gurindam dan syair di ruangan ini.

Nazam dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya dalam

majlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak.

PANTUN

Pantun, terutama pantun empat kerat masih popular. Pantun adalah tradisi lisan yang

mudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud dengan skima

rima abab. Kita mendengar pantun setiap hari melalui lirik lagu dan sebagainya, bukan

hanya lagu-lagu Melayu Asli atau lagu Melayu tradisional seperti Seri Mersing, Patah Hati,

Gunung Banang, Tudung Saji. malah lagu-lagu masakini (termasuk kumpulan Rock Amuk).

Antara pantun yang terkenal dalam lagu Melayu asli ialah

Lagu Patah Hati

Page 2: Jenis pantun

patah hati teruslah merajuk

merajuk lari ke hutan belukar

hatiku yang panas kembali lah sejuk

burung terbang balik ke sangkar

Pantun juga bertaraf komersial seperti yang digunakan di dalam iklan walaupun dari nilai

estetikannya tidak dapat dipertahankan. Prof Muhammad Haji Salleh mengkaji

perkembangan pantun di internet. Sekarang ini pantun berkembang pula melalui sms.

Pelbagai jenis pantun untuk hari raya, berjenaka dengan komen-komen nakal, disebar

melalui sms. tanpa diketahui siapa pengarang asalnya sama seperti tradisi sastera rakyat.

Dengan kesuburan ini mungkin kita tidak bimbang tentang survival pantun. Namun begitu

apa yang membimbangkan tentang pantun ialah semakin kurang orang yang

menghayatinya. Ramai yang membaca pantun dan menggunakannya tetapi berapa kerat

yang mahu menyelami maksud pantun walaupun yang sering didengar. Lihat sahaja pantun

kurik kundi/yang merah saga/ yang baik budi/ yang indah bahasa. Tidak ramai pula yang

tahu apa itu kurik dan kundi. Demikian juga dengan pantun kajang tuan kajang berlipat.

Kurang juga orang yang mahu mengambil tahu bagaimana rupa kajang dan apakah

perbezaan kajang yang berlipat dan kajang yang tidak berlipat. Hal ini bertolak dari sifat dan

sikap take for grunted

Syair

Kata Syair adalah ambilan dari bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawa

ambilan hanya setakat istilah sahaja.dari segi struktur ia adalah puisi asal dari Dunia

Melayu. Kata yang bermaksud syair atau penyair disebut di dalam Al-Quran. Bahkan ada

Surah Al-Quran yang dinamakan Al-Syuaara. yang bermaksud Ahli Syair Satu ayat dari

Surah Yasin (ayat 69) berbunyi Wama ‘Alamnahu Syi’ra. bermaksud “Tidak aku memberi

Page 3: Jenis pantun

ilmu syair kepada Muhammad”. Ayat ini diturunkan setelah orang-orang Musyrikin menuduh

Nabi Muhammad seorang penyair. Tuduhan ini dibuat kerana walaupun mereka menolak

kerasulan Muhammad saw, mereka tidak dapat menafikan keindahan bahasa Al-Quran dan

menganggapnya sebagai syair yang indah. Ini jelas dari reaksi orang Arab yang telah

diceritakan dalam Al-Quran melalui ayat: “Mereka menuduh dengan berkata, “Al-Quran itu

perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan

olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair” (Al-Anbiyaa’, ayat 5).

Syair adalah genre yang sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhir

kurun ke 19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah Syair

Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Juragan

Budiman, Syair Ken Tambuhan, Syair Siti Zubaidah Perang Cina. Saya ingat bagaimana

nenek sangat suka mendengar syair bila sesekali disiarkan di radio. Dia akan mendengar

dengan penuh apresiasi seorang perempuan membaca syair di radio walaupun tidak suka

saya benyanyi di tengah khalayak.

Pengambilan syair dari Arab hanyalah dari sudut istilahnya sahaja. Dari sudut struktur ia

menyerupai puisi yang tumbuh di wilayah Nusantara.Begitu juga dengan irama syair. Ia tidak

berasal dari irama yang diambil dari Timur Tengah. .Dari segi struktur syair mempunyai

empat baris dalam serangkap, dalam satu baris syair terdapat 4 perkataan dengan 8-12

sukukata. Rima akhir adalah a-a-a-a

Nazam

Nazam juga adalah perkataan Arab. Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknik

kepada suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Hamka mengatakan nazam tidak

berbeza dengan syair dari segi strukturnya. Nazam lebih sesuai untuk tema keagamaan.

Lagu nazam berbeza dari syair kerana mempunyai tempo dan boleh diiringi dengan muzik

percussion atau ketukan gendang dan rebana. Pada masa ini terdapat kumpulan-kumpulan

Page 4: Jenis pantun

rebana yang bergerak di kampung-kampung. Sesetengah mereka menyanyikan lagu

nazam. Boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair disampaikan secara solo dan

memerlukan vokal yang baik.

Gurindam

Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai bentuk atau

skima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair.

Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya tetapi dari segi bahasa

terdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat dan bernas. Isinya lebih

menekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh Sutan

Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah

nasihat, pengajaran yang mengandungi kebenaran”.

Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan dan penyusunan kata-katanya

yang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan mendalam. Ini diperkuatkan lagi

dengan penggunaan pengulangan pernyataan isi atau pemikirannya. Dengan bahasa

seperti inilah dapat dirasakan unsur-unsur nasihat, pengajaran dan kebenaran secara jelas

serta berkesan, unsur-unsur tersebut disampaikan melalui penegasan bahawa manusia dan

aspek kehidupannya mempunyai kelebihan keistimewaan serta kemuliaan yang diasaskan

oleh sikap, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu ada yang terikat dan ada yang tidak

terikat atau bebas. gurindam berbentuk terikat terdiri daripada dua baris dan berima aa.

Kedudukan atau peranan baris 1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapat

diteliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. gurindam Dua belas. Yang mudah

dilagukan ialah gurindam dua baris terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampir

tetap dalam sebaris. Kita boleh membaca gurindam dengan menggunakan irama Gurindam

Bangsawan atau irama Syair Versi Kedua

Page 5: Jenis pantun

Seloka

Zaaba dalam Pelita Bahasa Melayu (1957) menulis ”Gurindam dengan seloka itu boleh

dikatakan lebih kurang sama sahaja pada fahaman orang Melayu, iaitu sejenis syair melarat

yang tidak tentu skima rimanya. Perbezaan antara gurindam dan seloka dapat dilihat pada

isinya Isi gurindam berunsur nasihat dan falsafah sementara seloka mengemukakan

gurauan, ejekan termasuk kritik sosial dalam sindiran yang tajam

Contoh:

Baik budi emak Si Rendang

anak di pangku diletakkan

kera di hutan disusui

dagang pergi awak terhutang

beras habis padi tak jadi

contoh ke 2

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

ada nasi dicurahkan

awak pulang kebuluran

mudik menongkah surut

hilir menongkah pasang

ada isteri dibunuh

nyaris mati oleh tak makan

Page 6: Jenis pantun

masa belayar kematian angin

sauh dilabuh bayu berpuput

ada rumah bertandang duduk.

Seloka ini adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. Cerita itu sendiri penuh sindiran yang

tajam dan sehingga hari ini digunakan untuk kiasan terhadap nasib bangsa yang

menumpang di rumah sendiri. Saya sendiri menulis sajak “Pak Kaduk di Gelanggang Raja”

dan “Pesan Pak Kaduk” . Ayamnya menang kampung tergadai. orang yang merasa dirinya

telah menang. kta rang s hilang alah sabung menang sorak.

Mengapa orang berlagu?

Untuk menghibur juga melegakan kesakitan dan stress. berkait rapat dengan lagu

bekerja

Pada zaman dahulu ada lagu untuk bekerja. Sambil menjalankan tugas berat ketika

bekerja beramai-ramai mereka melaungkan sesuatu seperti menyanyi. Ini

berperanan mendapatkan ritma supaya dapat bergerak serentak. Lagu ini juga dapat

melegakan kepenatan ketika menjalankan kerja berat.

Menghilangkan mengantuk ketika bekerja. Contohnya ibu mendodoi anak dengan

nyanyian, selain menghiburkan anak, mereka juga tidak jadi mengantuk dan tertidur.

Menarik perhatian. Misalnya seorang penglipur lara menggunakan irama untuk

bercerita. Dalam budaya lisan seorang penutur dilingkungi oleh audiensnya yang

buta huruf yang menghayati cerita secara pendengaran. Oleh itu tukang cerita harus

menguasai beberapa teknik seni persembahan seperti lakonan dan gerak badan,

seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Mereka ini termasuklah Tok

Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Peranan tukang cerita ini amat

penting sebelum cerita-cerita dapat dibukukan. Contoh cerita penglipur lara ialah

Page 7: Jenis pantun

Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit.

Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.

Memudahkan hafalan. Irama lagu digunakan untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran, misalnya untuk menghafal nama-nama Tuhan (AsmulHusna) dan

nama nabi-nabi.

Sekian, semoga bertemu lagi.

RAGAM BAHASA DALAM PANTUNJENIS HURAIAN DAN CONTOHMETAFORAPerbandingan secara langsungbahtera merdeka berlayar sudahgedung ilmu gagah di hutan batubendera bahasa berkibar megahContoh maksud pantunBunga ilmu mekar mewangi,bagaimana harumnya majukan bangsa?Contoh maksud pantunLautan ilmu diharung sudah,mengapa lemas di jagat raya?SIMILEPerbandingan secara tidak langsung( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )gigih pak tua bak semarak apilaksana helang di angkasa rayaContoh pantunRangkaian satelit bak cendawan tumbuh,Nilaian kudus dirakam bagaimana.Contoh pantunAndai masa bak mata pedang,mengapa dibiar menikam diri?PERSONIFIKASIUnsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukanmanusiaTampak rembulan tersenyum padakualam terbakar menangis hibahembusan sang bayu menyapa puteriINVERSIPembalikan susunan kata – katajiwa pak tua teguhnya masihremaja kini ditegur janganilmu dituai buahnya di mana?kasih beralih dibelai bagaimana?HIPERBOLAKiasan yang melampau dan berlebih – lebihangerak remaja memukau ummahhilang duniaku sekelip matapenjara rumah berabad sudah

Page 8: Jenis pantun

kasih ibu melaut saujanaContoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja )Gunung terbeban dipikul remajakenapa bimbang dipikul gelombang?REPETISIPengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epiforaContoh pantunOrang di Jawa menanam kapas,Orang di Eropah menanam anggur;Jangan tertawa pelepah di atas,melihat pelepah di bawah yang gugur.ASONANSI Perulangan huruf vocalALITERASI Perulangan huruf konsonan

Puisi Melayu tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Biasanya, puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak berangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan suku kata sebaris, persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan-kegiatan hidup bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga dalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232). Wan Akmal Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan yang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang

Page 9: Jenis pantun

mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya tersusun indah dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk bertujuan untuk menyampaikan sesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat manusia. Puisi Melayu tradisional penuh dengan nilai estetika dan dihiasi pula dengan pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasa masyarakat Melayu lama. (2005:2) A. Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang muncul dan terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan atau zaman yang disebut sebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif) (2006:11-13). Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat yang tertutup. Ia juga merupakan salah satu daripada unsure-unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu, ia memudahkan masyarakat untuk memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimana mereka berfikir, kepercayaan atau peri laku mereka. Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian. Puisi Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan

Page 10: Jenis pantun

ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula. Sebuah genre mempunyai ciri-cirinya sendiri, berbeza daripada genre yang lain. Justeru, sepanjang proses kajian ini dijalankan, definisi operasional puisi Melayu tradisional akan berpegang kepada pandangan Harun Mat Piah (1989:5) iaitu : …satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian…. Kepelbagaian pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya khazanah kesusasteraan Melayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu tradisional adalah disebabkan oleh pengaruh warisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar, animisme dan lain-lain. Pada dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu puisi warisan Melayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir daripada kreativiti masyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi asing. Justeru, penghasilan puisi warisan Melayu adalah puisi asli yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain. Walaupun puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun ia masih lagi diiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan dan penyesuaian sehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan

Page 11: Jenis pantun

seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Dalam pantun pula terdapat teka-teki, endoi, rejang dan dikir atau zikir. Manakala dalam puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera. Puisi warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh puisi Arab dan puisi Parsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan fungsinya. Puisi warisan Islam terdiri daripada puisi terikat. Dalam puisi terikat warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi, nazam, rubai, qit‟ah, ghazal dan berzanji.