jenis main.doc

Upload: muminah-talib

Post on 04-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 jenis main.doc

    1/4

    Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur

    bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal,

    menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan

    berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian.

    Pendekatan ini penting kerana:

    *Bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak

    *Kanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah

    dan memperolehi pengalaman tanpa disedari

    *apat memberi peluang kanak-kanak melahirkan perasaan dan pemikiran

    *apat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman

    budaya

    *Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapan

    *Membantu perkembangan mereka secara menyeluruh serta memenuhi keperluan

    kognitif, psikomotor dan efektif.

    !. M"#$ %&%#"' (%&)#"' P'"+

    Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama kumpulan atau

    berada dalam lingkungan kaasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila

    kanak-kanak bermain secara bersendirian atau berinteraksi dengan bahan.

    Permainan sosial dapat dibahagikan kepada jenis-jenis berikut mengikut tahap

    perkembangan kanak-kanak. enis-jenis permainan sosial ialah

    .

    */noccupied Play

  • 7/21/2019 jenis main.doc

    2/4

    Murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau sesiapa dalam kumpulan tetapi

    berada dalam kaasan permainan

    *&nlooker Play

    Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minimum dan mereka lebih

    banyak memerhati rakan yang lain bermain. Mereka mungkin kelihatan pasif

    tetapi peka terhadap permainan tersebut

    *%oliditary Play

    Murid tersebut bermain sendirian tanpa menghiraukan rakan dan sekelilingnya

    *Parallel Play

    Murid tersebut bermain bersendirian dengan menggunakan alatan dan cara yang

    sama dengan rakannya

    *"ssociati0e Play

    Murid bermain secara berkumpulan menggunakan perlatan yang sama tetapi

    tiada matlamat dan peranan ditentukan

    1. *)ooperati0e Play

    Murid bermain dalam kumpulan dan bekerjasama capai satu matlamat

  • 7/21/2019 jenis main.doc

    3/4

    2. M"#$ K&3$#4#5 ()&3$#4#67 P'"+

    alam main kognitif, murid menggunakan bahan konkrit untuk

    memperolehi pengetahuan dan meningkatkan perkembangan kognitif,

    sosioemosi, psikomotor dan kreati0iti.

    Beberapa kategori Main Kognitif

    *5unctional Play

    Permainan ini berkait rapat dengan peringkat perkembangan sensori motor

    kanak-kanak dan melibatkan pengulangan pergerakan

    *Main 3ames "nd 8ules

    Kanak-Kanak bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. 4ingkah laku

    mereka semasa bermain adalah mengikut had dan peraturan permainan tersebut

    *Main %imbolik

    Permainan ini melibatkan penggunaan imaginasi dan main peranan. Kanak-

    kanak menggunakan sesuatu objek lain untuk meakili objek sebenar. )ontoh:

    kotak dianggap sebagai kereta dan bongkah sebagai rumah

    * Main Konstruktif9. Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia

    mereka. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk m enghasilkan

  • 7/21/2019 jenis main.doc

    4/4

    ciptaan mereka seperti istana pasir, bangunan dan sebagainya mengikut

    kreati0iti masing-masing. Kesimpulannya main merupakan pengalaman yang menyeronokan dan

    menggembirakan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dan belajar melalui

    bermain. Melalui bermain juga menggalakan kanak-kanak berimaginasi, berfikir

    secara kreatif, mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah, memupuk

    kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial.