jenis-jenis penyakit.docx

10
Hepatitis A, B, C Apakah hepatitis ? Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya. Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis. Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah: Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A. Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B. Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C. Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis? Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah: Merasa letih Kurang selera makanLoya Muntah Sakit perut (abdomen) Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning) Air kencing berubah warna menjadi warna teh Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ? Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah : Abdominal membengkak Sangat mudah lebam Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan Muntah darah Najis hitam Komplikasi sirrosis hati:

Upload: slphey

Post on 13-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

Hepatitis A, B, CApakah hepatitis ?Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah: Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A. Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B. Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah: Merasa letih Kurang selera makanLoya Muntah Sakit perut (abdomen) Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning) Air kencing berubah warna menjadi warna teh Warna najis berubah pucat atau warna tanah liatApakah komplikasi hepatitis yang kronik ?Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah : Abdominal membengkak Sangat mudah lebam Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan Muntah darah Najis hitamKomplikasi sirrosis hati: Kanser hati MautBila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.Hepatitis AApakah hepatitis A?Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A . Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit itu mengalami tanda-tanda hepatitis dan juga cirit-birit dan demam. Bagaimanapun ada setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan hospital. Hepatitis A akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ? Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri. Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti. Hubungan seks sesama lelaki.Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis A ?Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :Runding dengan doktorDoktor akan menilai dan memeriksa anda.Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahajaHepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian makanan.Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.

Hepatitis BApakah Hepatitis B?Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti . Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental). Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks. Penagih dadah yang menggunakan suntikan. Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B.Runding dengan doktorDoktor akan menilai dan memeriksa anda .Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang. Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian saringan Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin. Amalkan hubungan seks yang selamat . Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting . Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah perlu dimasuk ke dalam beg plastik dan dibuang. Balut luka itu dengan plaster. Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.Penjagaan sendiri: Anda amalkan cara hidup yang sihat. Anda perlu menjauhi alkoloh. Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis. Anda patut mendengar nasihat doktor.

Hepatitis CApakah Hepatitis C ?Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental. Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks . Penagih dadah yang menggunakan suntikan . Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994. Pesakit menggunakan haemodialysis. Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis C ?Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis C:Runding dengan doktorDoktor akan menilai dan memeriksa anda .Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis C dan ujian ultrasound organ hati.Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.Tidak ada vaksin hepatitis C. Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau mereka positif, mereka mesti berunding dengan doktor. Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat . Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting . Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.Penjagaan sendiri: Anda amalkan cara hidup yang sihat. Anda perlu menjauhi alkohol. Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis. Anda patut mendengar nasihat doktor.

PolioPengenalanPolio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Walau bagaimanapun virus ini boleh menjangkiti orang dewasa.Virus liar polio (wild polio virus WPV) masih endemik di tiga buah negara (Afghanistan, Pakistan dan Nigeria). Beberapa buah negara lain juga dijangkiti virus ini kerana pergerakan manusia. Selagi terdapat negara yang menyebarkan WPV, semua negara masih berisiko dijangkiti.Agen penyebab:Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enteroviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1988.Cara jangkitan:Jangkitan berlaku dari orang ke orang melalui transmisifaecal-oral.Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.Tempoh pengeraman:7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.Tanda dan GejalaSeramai 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat. Manakala 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula. Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf.Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam,malaise(letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah.Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang. Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.KomplikasiOtot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.RawatanTiada rawatan khusus. Rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan.Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.Pelalian PencegahanJenis vaksin:terdapat dua jenis vaksin polio iaituOral Polio Vaccine(OPV) yang dititiskan ke dalam mulut danInactivated Polio vaccine(IPV) yang diberi secara suntikan.Bilangan dos:3 dosprimedan 1 dos tambahan.Jadual:diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan (Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia).Kontraindikasi:TiadaPengembara:Mereka yang hendak mengembara ke negara yang endemik atau sedang mengalami jangkitan WPV, dinasihatkan untuk mendapatkan pelalian polio selewat-lewatnya 4 minggu sebelum berlepas.Langkah berjaga-jaga khusus:Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunocompromised) hendaklah mengambil vaksin IPV. Vaksin OPV yang mengandungi virus polio yang dinyahaktifkan boleh bertukar menjadi aktif dan menyebabkan penyakit kepada mereka yangimmunocompromisedini.Panduan mencegah jangkitan: Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas. Pastikan sanitari baik, gunakan tandas dengan sistem kumbahan yang baik. Didihkan air minuman atau minum air yang dibotolkan atau air berkarbonat. (pastikan pembalut penutup botol tidak rosak). Makan makanan yang tidak memerlukan banyak pengendalian. Kupas kulit buah-buahan. Elakkan salad atau ulam-ulaman (sayuran yang tidak dimasak). Memakan hidangan bufet sebaik sahaja dihidang. Elakkan makan makanan berbungkus yang dijual di tepi jalan.