jenis jenis contoh surat kiriman

7
SURAT KIRIMAN RASMI Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya memberitahu masalah kerosakan jalan raya yang menuju ke kampung kamu. D47A, Blok 11, Jalan Melati, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. _________________________________________________ Pegawai Operasi, Jabatan Kerja Raya, 46000 Petaling Jaya, Selangor. 3 MEI 2005. Tuan, Aduan Kerosakan Jalan Raya di Jalan Melati Saya mewakili penduduk Kampung Melati, ingin membuat aduan tentang kerosakan yang berlaku di sepanjang jalan masuk ke kampung ini. 2. Keadaan jalan yang berlopak-lopak membahayakan keselamatan pengguna. Kemalangan juga banyak berlaku terutamanya di kalangan penunggang motosikal. 3. Di samping itu, jalan terbabit menjadi semakin sempit disebabkan kerja-kerja menanam kabel yang terbengkalai. Hal ini menyulitkan lagi keadaan lalu lintas. Keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan turun. 4. Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya supaya kami turut dapat menikmati pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan selama ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, -------------- ( SURAYA MAT ISA )

Upload: mohd-hilmi-mohd-noor

Post on 21-May-2015

64.524 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis jenis contoh surat kiriman

SURAT KIRIMAN RASMI

Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya memberitahu masalah kerosakan jalan raya yang menuju ke kampung kamu.

D47A, Blok 11,Jalan Melati,46000 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan._________________________________________________Pegawai Operasi,Jabatan Kerja Raya,46000 Petaling Jaya,Selangor. 3 MEI 2005.

Tuan,Aduan Kerosakan Jalan Raya di Jalan MelatiSaya mewakili penduduk Kampung Melati, ingin membuat aduan tentang kerosakan yang berlaku di sepanjang jalan masuk ke kampung ini.2. Keadaan jalan yang berlopak-lopak membahayakan keselamatan pengguna. Kemalangan juga banyak berlaku terutamanya di kalangan penunggang motosikal.3. Di samping itu, jalan terbabit menjadi semakin sempit disebabkan kerja-kerja menanam kabel yang terbengkalai. Hal ini menyulitkan lagi keadaan lalu lintas. Keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan turun.4. Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya supaya kami turut dapat menikmati pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan selama ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------( SURAYA MAT ISA )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Page 2: Jenis jenis contoh surat kiriman

Kamu mendapat tahu bahawa rakan kamu mengalami keracunan makanan. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menyatakan rasa simpati kamu atas kejadian itu.

Kampung Golok,

33300 Grik,Perak.

1 Mei 2005.

Menemui saudara Rahman yang kini berada di Hospital Ipoh, semoga beroleh kesejahteraan.

Saudara,Apa khabar saudara sekarang ? Saya berharap

saudara akan beransur pulih.Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk

menyatakan rasa simpati saya terhadap saudara kerana telah mengalami keracunan makanan selepas bersarapan di kantin tempoh hari.

Untuk pengetahuan saudara, pengusaha kantin sekolah kini sedang disoal siasat oleh pihak Jabatan Kesihatan. Pada masa ini, pihak kantin sekolah telah diarahkan supaya berhenti beroperasi selama seminggu. Sekiranya didapati mereka benar-benar menjual makanan yang telah tercemar, tindakan mungkin akan dikenakan.

Harapan saya semoga saudara cepat sembuh dan rajin-rajinlah makan ubat dan mendengar nasihat doktor.

Sekian, semoga berjumpa lagi.

Sahabatmu,

------------------ ( ABDUL

RAZAK )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Kamu mendapat khabar gembira tentang kakak kamu yang telah selamat melahirkan bayi kembar. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah.

Asrama Puteri,Sekolah Menengah Sains Selangor,Jalan Tenteram,

Page 3: Jenis jenis contoh surat kiriman

56000 Kuala Lumpur.

3 April 2005.

Menemui kakanda sekeluarga di Kemaman Indah, semoga berada dalam keadaan sihat. Adinda di sini sihat walafiat, semoga kakanda juga sihat dan gembira selalu.

Kakanda,Baru tiga hari lalu, bonda menelefon adinda untuk

menyampaikan berita tentang kelahiran bayi kakanda itu. Tahniah diucapkan kerana mendapat bayi lelaki kembar. Alangkah beruntungnya kakanda kerana memperoleh dua cahaya mata dalam satu masa.

Bagaimana dengan kesihatan kakanda ? Kesihatan perlulah dijaga dengan baik. Kakanda ikutlah peraturan dan pantang larang selepas bersalin terutamanya dari segi pemakanan.

Adinda tidak dapat pulang ke kampung kerana akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Adinda tetap mendoakan kesejahteraan kakanda sekeluarga. Sesungguhnya, adinda tidak sabar-sabar lagi untuk menatap wajah kedua-dua anak saudara adinda.

Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra daripada adinda.

Adindamu,

----------- (RAHAYU TAHUDIN )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Musim cuti persekolahan telah bermula. Tulis sepucuk surat kepada rakan baik kamu di Bandar untuk mempelawanya berkunjung ke kampung untuk menikmati musim buah-buahan di dusun kamu.

14, Kampung Bendang,

17500 Tanah Merah,

Kelantan.

29 Julai 2005.

Page 4: Jenis jenis contoh surat kiriman

Menemui sahabatku Sohailawati yang berada di Kuala Lumpur, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Kami sekeluarga sihat walafiat.

Saudari,Bagaimana dengan cuti persekolahan pada kali

ini ? Pastinya saudari mempunyai rancangan yang menyeronokkan. Baguslah kalau begitu kerana masa yang terluang tidak elok dibazirkan begitu sahaja.

Sebenarnya, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mempelawa saudari berkunjung ke kampung saya untuk menikmati buah-buahan tempatan.

Sekiranya saudari sudi untuk berkunjung ke sini, jangan lupa mengajak rakan-rakan yang lain. Tentu lebih seronok jika dapat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati buah-buahan.

Saya berharap agar saudari tidak akan menghampakan pelawaan saya ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya.

Terima kasih.

Sahabatmu,

------------- ( IZMALYZA BT. ISMAIL )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Pada musim cuti yang lalu, kamu berpeluang menyertai suatu perkhemahan pengakap. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu semasa perkhemahan itu.

No. 442, Taman Weng,

09100 Baling, Kedah.

7 September 2005.

Menemui saudara Karim yang diingati selalu. Semoga saudara dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Page 5: Jenis jenis contoh surat kiriman

Apa khabar saudara sekarang ? Saya di sini sihat seperti biasa. Sudah lama saya tidak menulis surat kepada saudara. Saya begitu sibuk mengulang kaji pelajaran. Maklumlah peperiksaan UPSR semakin menjelang.

Pada musim cuti yang lalu, saya berpeluang mengikuti perkhemahan pengakap di Gunung Jerai. Banyak acara yang disediakan untuk kami di situ. Antaranya ialah mencari harta karun, mengadakan latihan kecemasan dan mendaki gunung.

Walaupun terasa penat, banyak pengalaman yang saya peroleh. Pengalaman-pengalaman ini membuatkan para peserta berasa seronok. Kami juga dibawa meredah hutan dan diajar mengenai pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di situ.

Dalam surat yang akan datang nanti, saya akan sertakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang perkhemahan. Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra daripada saya.

Yang benar,

-------------( LUQMAN AZIZ )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Kamu tinggal bersama-sama kakak kamu di Bandar. Kamu ingin menyertai satu rombongan melancong ke Cameron Highlands. Tulis sepucuk surat kepada bapa kamu di kampung untuk meminta kebenaran dan meminta sedikit wang daripadanya.

No. 9999 Lorong Ba,Taman Lintuk Pau,25300 Kuantan,Pahang.

10 Jun 2005.

Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Ayahanda,Apa khabar keluarga di kampung? Anakanda

berharap agar semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda dan Kakanda Rokiah di sini sihat-sihat sahaja.

Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk meminta kebenaran daripada ayahanda bagi menyertai

Page 6: Jenis jenis contoh surat kiriman

rombongan yang dianjurkan oleh sekolah anakanda pada bulan Julai nanti. Rombongan ini akan melawat beberapa tempat menarik di Cameron Highlands, seperti ladang teh, ladang ternakan lebah, dan ladang kaktus.

Oleh yang demikian, anakanda memerlukan wang tambahan sebanyak RM 50.00 sebagai bayaran tambang, wang saku, penginapan dan juga makan minum selama berada di sana.

Anakanda amat berharap agar ayahanda dapat memberi kebenaran serta mengirimkan wang yang anakanda perlukan.

Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada anakanda dan kakanda di sini untuk ayahanda sekeluarga di kampung.

Sekian.

Yang benar,

--------------( JAMILAH )