jenis cetakan

3
JENIS-JENIS CETAKAN (a) Cetakan Timbulan (Relief) • Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. • Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. • Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu (b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj (b) Cetakan Stensil atau Sutera Saring • Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. • Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem Leker (c) Kaedah Skrin Foto

Upload: moo-yee-ping

Post on 12-Jan-2016

113 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS cetakan

JENIS-JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief)• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.• Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Cetakan Kayu(b) Cetakan Lino(c) Cetakan Kolograf(d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Sutera Saring• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem Leker(c) Kaedah Skrin Foto

Page 2: JENIS cetakan

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan pensil.• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di

atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Kaedah Turisan (engraving)(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)(c) Kaedah Akuantin (aquantint)(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)