jengkek kapal terbang

4
Pengenalan Permainan jengkek kapal terbang yang juga dikenali sebagai permainan buat rumah batu , ketinting dan ciak tingtingmerupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan moden seperti video game dan monopoli memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti Jengkek Kapal terbang merupakan sebuah permainan kanak- kanak yang bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan antarabangsa. Teknik melompat dalam permainan jengkek kapal terbang yang memberikan pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahirannya. Permainan jengkek kapal terbang yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan nenek moyang mereka. Di samping itu informasi mengenai jengkek kapal terbang boleh didapati di mana sahaja termasuklah buku-buku, muzium dan internet. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan ketingting dan sekali gus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu

Upload: max-wong

Post on 29-Dec-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jengkek Kapal Terbang

Pengenalan

Permainan jengkek kapal terbang yang juga dikenali sebagai permainan

‘buat rumah batu’ , ‘ketinting’ dan ‘ciak tingting’ merupakan salah satu warisan

kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun pengaruh

permainan moden seperti ‘video game’ dan ‘monopoli’ memberi ancaman kuat

kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti

Jengkek Kapal terbang merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang

bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani

seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh

dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh

yang bertaraf sukan antarabangsa. Teknik melompat dalam permainan jengkek

kapal terbang yang memberikan pengalaman dan latihan asas kepada pemain

untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahirannya.

Permainan jengkek kapal terbang yang tidak lenyap akibat arus

pemodenan ini telah diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang

masih memelihara warisan nenek moyang mereka. Di samping itu informasi

mengenai jengkek kapal terbang boleh didapati di mana sahaja termasuklah

buku-buku, muzium dan internet. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di

serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan ketingting dan

sekali gus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu

Page 2: Jengkek Kapal Terbang

Sejarah

Mengikut kajian Sejarah, permainan jengkek kapal terbang bermula

semasa Empayar Rom. Luas petak jengkek kapal terbang pada ketika itu

dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki. Jengkek kapal terbang

diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan yang

mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan mereka.

Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-

guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan

daya tahan kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut

mampu bertahan lebih lama di medan peperangan.

Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru

latihan pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai

permainan jengkek kapal terbang. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah

wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak-kanak.

Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan

memudahkan permainan dengan sistem pemarkahan mereka sendiri

Permainan jengkek kapal terbang ini berbeza di kebanyakan negara dari

segi jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi,

dua ciri asas permainan ini yang universal ialah ‘petak segi empat’ dan teknik

‘melompat’.

Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa jengkek kapal

terbang berasal dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap

negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek moyang

mereka.

Page 3: Jengkek Kapal Terbang

Matlamat

Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya memberi hiburan dan

kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk

mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang

memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan,

kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup

terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung

terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.

Alatan yang diperlukan:

1. Gundu atau juga dikenali sebagai buah.

Bilanganya gundu diperlukan ditentukan oleh bilangan pemain dalam

permainan. Diperlukan dalam bilangan yang banyak sekiranya pemain

dalam permainan ramai. Setiap pemain diwajibkan mempunyai satu buah

atau gundu. Sila rujuk gambar gundu di bahagian lampiran.

2. Kapur atau ranting yang digunakan untuk membuat petak-petak.

Digunakan dalam proses penyediaan gelanggang permainan Teng-Teng.

Gundu (atau dikenali sebagai buah)

merupakan perkakasan penting dalam menjalankan permainan ini.

objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa

sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Saiz buah teng teng biasanya adalah sebesar duit syiling 50sen.

digunakan sebagai tanda para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di

petak-petak gelanggang.

bilangan gundu diperlukan dalam bilangan yang banyak sekiranya bilangan

pemainnya ramai.

Page 4: Jengkek Kapal Terbang

Gelanggang (Petak Teng-Teng)

Permainan ini memerlukan satu kawasan gelanggang yang dilukiskan

petak-petak di atas tanah sahaja dengan menggunakan sebarang alatan seperti

kapur,ranting dan sebagainya. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu

gelanggang. Tetapi ada juga di kalangan masyarakat yang bermain dalam 7

petak atau dua belas petak.

Gelanggang teng-teng atau juga dikenali sebagai petak teng-teng

memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga

dan juga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Di hujung petak dibuatkan semi

bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis,

pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap,

dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-

4 satu petak dilukis, dan pada tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan

pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan

(semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan

sayap.

Di kampung-kampung, gelanggang biasanya dibuat dengan mengoreskan

garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak

yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada

halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa

sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar