jemputan untuk terus tekun “surveilan sentinel...

7
1 “SURVEILAN SENTINEL” PANDUAN DOA MINGGUAN Doa tanpa henti. Tetapi kami berdoa kepada Allah kami dan atas sebab sikap mereka itu, kami menjalankan pengawalan siang dan malam.” – Nehemia 4:9 AVB Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield. P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat) R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini) A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya) Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya) Sewaktu aku menyediakan panduan doa minggu ini, hatiku dipenuhi dengan kesyukuran atas banyak perkara untuk bersyukur. Kami berterima kasih kerana waktu pengasingan telah tamat setelah beberapa bulan. Minggu ini, lebih banyak perlonggaran berlaku, termasuk sekolah, panggung wayang, dan taman-taman dibuka kepada orang ramai. Kes Covid-19 yang baru berjumlah kecil, dan Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang mempunyai kadar pemulihan yang paling cemerlang. Kami berterima kasih kepada Allah kerana Dia telah memelihara negara kami, serta usaha kerajaan untuk menangani wabak ini. Kementerian Kesihatan telah melancarkan “surveilan sentinel” atau “pengawasan pengawal”, di mana pusat penyelidikan kesihatan telah ditubuhkan di seluruh negara untuk melapurkan kes-kes baru serta tempat di mana terdapat kebarangkalian kluster baru bermula. Kami berterima kasih kepada Tuhan kerana ujian vaksin atas manusia telah bermula, dan keputusan awal amat mendorongkan. Kami bersyukur kerana Malaysia masih berada dalam keadaan aman damai walaupun terdapat ketidakstabilan politik. Kami berterima kasih kerana Allah telah menggerakkan hati umat-Nya untuk berbuat baik kepada orang ramai sepanjang krisis ini, di mana tahap keimanan dan pengorbanan meningkat. Namun demikian, berita sedunia tentang pandemik Covid-19 amat menyusahkan hati, apabila ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada 29hb Jun 2020 bahawa keadaan yang lebih teruk akan datang. Kami melihat negara-negara yang kuat terumbang-ambing oleh kitaran krisis dan huru-hara yang berturut-turut, dari pandemik ke rusuhan dan pembantahan oleh masyarakat yang sedang menderita atas ketidakadilan sosial dan ekonomi, ke serangan kumpulan belalang juta, perebakan wabak virus yang baru, ketidakstabilan politik dan bencana alam. Pemulihan ekonomi merupakan sesuatu yang mustahil dicapai pada jangka masa pendek ini. Walaupun keadaan amat genting, kami masih ingat bahawa kami menyembah Allah yang tidak berubah, yang berkuasa atas seluruh alam semesta. Kami mengingati bahawa ini semuanya tanda-tanda bersedia untuk kepulangan Tuhan Yesus. Jadi, marilah kami terus tekun berdoa dan mengamalkan “surveilan sentinel”, tetap setia dalam doa agar Roh Kudus akan bekerja dan menghancurkan kuasa jahat, ketakutan, dan kemarahan. Marilah kami mengejar kecermelangan rohani agar pesanan harapan akan dialu-alukan pada detik-detik sebegini. DATANGLAH, Roh Kudus. AHAD, 5 JULAI 2020 PENERBITAN KE-16 JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN Untuk edaran swasta sahaja kepada ahli-ahli dan rakan-rakan pendoa Prayer United Malaysia (Kesatuan Doa)

Upload: others

Post on 18-Nov-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

1

“SURVEILAN SENTINEL”

PANDUAN DOA MINGGUAN

Doa tanpa henti.

“ Tetapi kami berdoa kepada Allah kami dan atas sebab sikap mereka itu, kami menjalankan pengawalan siang dan malam.” – Nehemia 4:9 AVB

Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield.

P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat)

R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini)

A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya)

Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya)

Sewaktu aku menyediakan panduan doa minggu ini, hatiku dipenuhi dengan kesyukuran atas banyak perkara untuk bersyukur.

Kami berterima kasih kerana waktu pengasingan telah tamat setelah beberapa bulan. Minggu ini, lebih banyak perlonggaran berlaku, termasuk sekolah, panggung wayang, dan taman-taman dibuka kepada orang ramai. Kes Covid-19 yang baru berjumlah kecil, dan Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang mempunyai kadar pemulihan yang paling cemerlang.

Kami berterima kasih kepada Allah kerana Dia telah memelihara negara kami, serta usaha kerajaan untuk menangani wabak ini. Kementerian Kesihatan telah melancarkan “surveilan sentinel” atau “pengawasan pengawal”, di mana pusat penyelidikan kesihatan telah ditubuhkan di seluruh negara untuk melapurkan kes-kes baru serta tempat di mana terdapat kebarangkalian kluster baru bermula.

Kami berterima kasih kepada Tuhan kerana ujian vaksin atas manusia telah bermula, dan keputusan awal amat mendorongkan.

Kami bersyukur kerana Malaysia masih berada dalam keadaan aman damai walaupun terdapat ketidakstabilan politik.

Kami berterima kasih kerana Allah telah menggerakkan hati umat-Nya untuk berbuat baik kepada orang ramai sepanjang krisis ini, di mana tahap keimanan dan pengorbanan meningkat.

Namun demikian, berita sedunia tentang pandemik Covid-19 amat menyusahkan hati, apabila ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada 29hb Jun 2020 bahawa keadaan yang lebih teruk akan datang. Kami melihat negara-negara yang kuat terumbang-ambing oleh kitaran krisis dan huru-hara yang berturut-turut, dari pandemik ke rusuhan dan pembantahan oleh masyarakat yang sedang menderita atas ketidakadilan sosial dan ekonomi, ke serangan kumpulan belalang juta, perebakan wabak virus yang baru, ketidakstabilan politik dan bencana alam. Pemulihan ekonomi merupakan sesuatu yang mustahil dicapai pada jangka masa pendek ini.

Walaupun keadaan amat genting, kami masih ingat bahawa kami menyembah Allah yang tidak berubah, yang berkuasa atas seluruh alam semesta. Kami mengingati bahawa ini semuanya tanda-tanda bersedia untuk kepulangan Tuhan Yesus. Jadi, marilah kami terus tekun berdoa dan mengamalkan “surveilan sentinel”, tetap setia dalam doa agar Roh Kudus akan bekerja dan menghancurkan kuasa jahat, ketakutan, dan kemarahan. Marilah kami mengejar kecermelangan rohani agar pesanan harapan akan dialu-alukan pada detik-detik sebegini.

DATANGLAH, Roh Kudus.

AHAD, 5 JULAI 2020 PENERBITAN KE-16

JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN

Untuk edaran swasta sahaja kepada ahli-ahli dan rakan-rakan pendoa Prayer United Malaysia (Kesatuan Doa)

Page 2: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

2

BERHENTI SEJENAK (PAUSE)  BERDIAM,  Diamkan diri secara sengaja - Tarik nafas yang dalam, dan alu-alukan hadirat Roh Kudus. 

BACA Lukas 18:1-8AVB dan renungkan Kemudian Yesus menceritakan ibarat ini untuk mengajar mereka bahawa mereka harus sentiasa berdoa dan tidak putus asa. Yesus berkata, "Di dalam sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan Allah atau mempedulikan sesiapa. Di kota itu juga ada seorang balu yang kerap kali datang kepada hakim itu untuk menuntut keadilan terhadap lawannya. Sekian lama hakim itu menolak tuntutannya, tetapi akhirnya dia berkata dalam hatinya, 'Walaupun aku tidak takut akan Allah dan tidak pedulikan sesiapa pun, 5tetapi disebabkan balu ini terus mengganggu aku, biarlah aku mengadili tuntutannya. Jika tidak, dia akan terus-menerus datang dan mengganggu aku!'" Tuhan menambah, "Dengarlah apa yang dikatakan oleh hakim yang tidak adil itu. Tidakkah Allah akan membela umat pilihan-Nya yang berseru kepada-Nya siang dan malam? Adakah Dia akan bertangguh untuk melaksanakan keadilan bagi mereka? Aku berkata kepadamu bahawa Allah akan melaksanakan keadilan bagi mereka dengan segera. Tetapi, apabila Anak Manusia datang, adakah Dia akan menjumpai iman di bumi ini?"”

BERTAUBAT Pada masa penderitaan ini, kami mungkin berputus asa dan berhenti dalam doa kerana kekurangan stamina atau perasaan kemenangan yang pra-matang. Kami sedang diuji dan kekurangan iman.

DOA: Abba Bapa, ampunilah aku kerana berputus asa dengan begitu senang sahaja, serta berdosa terhadap-Mu kerana tidak terus tekun dalam doa – dan berhenti dengan senang sahaja. Perkasakan aku sekali lagi, Roh Kudus. Semoga Engkau mengambil biji sesawi iman aku, dan menjaganya. Biarkan aku taat dan setia dalam doa sehingga melihat karya-Mu yang besar, kehendak-Mu terjadi dan pemulihan berlaku. Aku doakan ini dalam nama Tuhan Kristus yang berkuasa, AMIN.

MENYEMBAH (REJOICE)  PENYEMBAHAN

DOA Mazmur 103 secara kuat

PUJILAH TUHAN ….kerana Dia mengampuni, Dia menyembuhkan, Dia menebuskan, Dia mengurniakan, Dia adalah segalanya, dan Dia mengerjakan perbenaran dan keadilan.

NYANYIKAN Lagu-lagu penyembahan dan kesyukuran. Berikut adalah beberapa cadangan: 

1. PUJILAH TUHAN HAI JIWAKU (RIBUAN ALASAN) (KORUS) Pujilah Tuhan hai jiwaku Pujilah nama-Nya Dengan segenap hati Kusembah nama-Mu yang kudus

(RANGKAP 1) Terbit surya datang hari baru Kembaliku puji Tuhan Apa pun yang lalu Apa pun yang di dekatku 'Ku bernyanyi saat malam tiba (RANGKAP 2) Penuh kasih Tuhan panjang sabar Murah hati nama-Mu besar Kebaikan-Mu selalu kunyanyikan Ribuan alasan kutemukan (RANGKAP 3) Saat kekuatanku mulai lemah Aku tiba di batas waktu Tetap jiwaku terus memuji-Mu Ribuan tahun sampai selamanya (https://www.youtube.com/watch?v=pTBqAb2vExU)

BERKATILAH TUHAN (Pilihan Meluahkan Kesyukuran Secara Kreatif) Tuliskan sebanyak perkara yang boleh tentang watak Allah dari Mazmur 103 di atas cebisan kertas berwarna. Dengan memakai pin, lekatkan cebisan kertas berwarna tersebut di atas sekeping papan kad kertas sebagai tanda peringatan watak Allah yang tidak berubah; serta memuliakan Dia atas segala perkara yang Dia telah lakukan untuk umat-Nya.

Page 3: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

3

BERMINTA (ASK) MASA DOA SYAFAAT Pakailah perkataan diri sendiri sewaktu berdoa sambil berhenti sejenak apabila merenungkan cadangan doa berikut sebagai panduan doa anda yang boleh membantu membina keyakinan diri dalam kehidupan doa peribadi anda.

1. Doa Peribadi

Lukas 11:1 AVB Yesus berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, seorang daripada murid-Nya berkata, "Tuhan, ajarlah kami berdoa seperti Yohanes mengajar murid-muridnya.” DOA: Tuhan Yesus, kami berterima kasih atas contoh kehidupan Puritan apabila mereka saling mendorong untuk “berdoa sehingga kamu berdoa”. Ajar aku supaya belajar bersukacita dalam hadirat-Mu, agar saya meluangkan lebih banyak masa berdoa sebagai sahabat karib-Mu, tanpa terbeban dengan perasaan bahawa ia setakat tanggungjawab rohani sahaja. Tolonglah aku terus tekun berdoa dan tidak berputus asa. Ajar aku supaya berehat dalam kasih-Mu sebagai anak-Mu, berdoa dalam Roh, dan bersedia melakukan kehendak Bapa-ku. AMIN.

2. Doa untuk Keluarga Bilangan 6:24-26 AVB "Tuhan memberkati kamu dan melindungi kamu. Tuhan menyinari kamu dengan wajah-Nya dan memberi kamu kasih kurnia. Tuhan menghadapkan wajah-Nya kepada kamu dan memberi kamu kedamaian." DOA: Bapa Syurgawi, kami berterima kasih atas perlindungan dan berkat-Mu atas keluarga kami. Kami berdoa supaya rumahtangga kami dilawati urapan Roh Kudus, dan dipenuhi dengan kasih, sukacita, perbuatan baik, kesyukuran, dan kerendahan hati, agar setiap bilik dipenuhi dengan keamanan “Shalom” Engkau yang sempurna. Kami serahkan setiap individu dalam keluarga [sebutkan nama setiap orang] kepada-Mu, agar mereka akan mengalami berkat dan pimpinan-Mu, perlindungan dan kasih karunia-Mu. Kami berdoa agar mereka akan membesar dalam kebijaksanaan dan pengetahuan kasih Kristus, serta tetap setia dan taat kepada perintah Engkau. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

3. Doa untuk Komuniti a. Perniagaan dan Penggajian

Yeremia 29:7 AVB “Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada Tuhan untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.”

DOA: Tuhan Allah, walaupun kami mendengar berita sedih tentang ramai yang menganggur, kami terus serahkan suasana ekonomi kepada-Mu. Kami berdoa agar belas kasihan-Mu bahawa ekonomi akan pulih, supaya perniagaan boleh dibangunkan semula, peluang pekerjaan dibuka kepada orang ramai, dan kota-kota akan makmur sekali lagi. Kami berdoa agar Engkau curahkan karunia usahawan supaya idea dan perniagaan baru boleh bermula demi kemuliaan-Mu. Semoga kami akan bersikap murah hati untuk menolong orang ramai, membawa kemakmuran kepada mereka dan menolong dalam pelbagai cara mereka yang terjejas kerana kehilangan kerja. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

b. Perlindungan untuk Pekerja Kesihatan dan Pekerja Baris Hadapan Amsal 11:25 AVB “Jiwa yang suka beramal jariah akan diberi kelimpahan, orang yang memberikan air kepada orang, dia sendiri akan diberi minum.”

DOA: Tuhan Allah, kami terus berdoa atas pihak pekerja kesihatan serta pekerja baris hadapan yang bertungkus-lumus dengan penuh keberanian dan pengorbanan sepanjang pandemik ini. Kami terus doakan agar berkat dan perlindungan-Mu akan dicurahkan ke atas hidup mereka serta keluarga mereka. Kami berdoa supaya langkah-langkah pengawasan yang akan diambil seterusnya, bahawa para pakar yang bekerja di unit laporan kesihatan di seluruh negara akan peka terhadap perkembangan yang terbaru untuk menangani sebarang kluster baru daripada merebak. Dalam nama Yesus, AMIN.

c. Perlindungan untuk Para Guru dan Kanak-Kanak Amsal 20:15 AVB Ada emas dan banyak batu permata, tetapi bibir yang berpengetahuan ialah permata yang paling bernilai.

DOA: Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau melindungi dan memberkati para guru, pensyarah, dan pelajar sewaktu mereka kembali ke sekolah dan universiti masing-masing. Sila lindungi pekerja pembersih, mereka yang mengendalikan makanan, dan pihak pengangkutan apabila mereka bekerja untuk menyokong sistem Pendidikan. Kami juga doakan mereka yang akan menduduki peperiksaan, seperti para pelajar Tingkatan 5 yang bakal mengambil SPM, agar mereka tidak resah tetapi membuat persiapan secara tenang dan belajar dengan tekun. Kami berdoa bahawa para pelajar akan terus berdisiplin sepanjang mereka belajar, dan memperoleh hikmat. Kami doakan hal ini dalam nama Yesus, AMIN.

Page 4: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

4

d. Doa untuk Mereka yang Sakit Mazmur 107:19-20 AVB “Kemudian mereka berseru kepada Tuhan dalam kesusahan mereka, dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka. Dia menghantar firman-Nya dan menyembuhkan mereka; serta melepaskan mereka daripada kemusnahan.”

DOA: Tuhan Allah, kami terus mendukung dalam doa mereka yang sedang pulih daripada jangkitan Covid-19, serta mereka yang sakit dari segi jasmani, emosi ataupun mental, agar Engkau akan menyembuhkan mereka secara total. Kami mengangkat [nama orang yang perlu penyembuhan] kepada-Mu. Saya berdoa agar Engkau menyembuhkan [nama penyakit/keadaan mental]. Kami menyeru kepada-Mu, Allah yang Maha Perkasa, yang hanya perlu memberi arahan untuk penyembuhan berlaku dan menyelamatkan kami daripada kematian, bahawa dalam nama Yesus yang berkuasa, kami mengusir [nama penyakit] untuk beredar dari badan [nama pesakit]. Abba Bapa, saya berterima kasih bahawa [nama pesakit] adalah kepunyaan-Mu dan Engkau berkuasa atas segalanya yang berlaku – dari nafas pertama sehingga yang terakhir. Tolonglah kuatkan [nama pesakit] dan semoga dia mendekati Engkau untuk mengalami hadirat-Mu yang luarbiasa sekarang juga. Dalam nama Yesus yang berkuasa kami berdoa, AMIN.

4. Doa untuk Mereka yang Sesat (Berdoa untuk 5 Orang Lain) Yohanes 6:44 AVB “Tiada seorang pun yang dapat datang kepada-Ku kecuali didorongkan oleh Bapa yang mengutus-Ku dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir.”

DOA: Apabila kami berdoa ‘Datanglah Kerajaan-Mu’– kami serahkan ‘lima’ orang ini kepada-Mu, Ya Tuhan Allah, (sebutkan nama mereka sewaktu anda berdoa) agar mereka akan mengenali Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka. Kami berdoa agar Engkau memberkati kami dengan sukacita melihat kawan-kawan, keluarga kami serta rakan sekerja kami bertemu dengan Yesus Kristus dan memulakan perjalanan iman mereka yang baru. Terus bekerja melalui kami, agar kami berani untuk membawa Berita Baik Engkau ke mana-mana sahaja. Dalam nama Yesus kami berdoa, Amin.

5. Doa untuk Gereja a. Pemimpin Gereja dan Pastor

Yeremia 3:15 AVB “Aku akan memberi kamu gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku. Mereka akan menggembala kamu dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.”

DOA: Bapa Syurgawi,pertukaran lapisan pemimpin sedang berlaku di kalangan gereja dan denominasi Malaysia pada waktu ini. Kami berdoa agar Engkau akan membangunkan lelaki dan perempuan yang berkenan dalam hati-Mu, di mana mereka akan mengasihi dan menjaga domba-Mu dengan setia, mengajar serta membimbing mereka dengan penuh bertimbang rasa. Semua ini kami berdoa dalam nama Yesus, AMIN.

b. Kesatuan Gereja Yohanes 17:20-21 AVB “Aku bukan berdoa untuk mereka sahaja tetapi juga untuk semua orang yang percaya kepada-Ku melalui kata-kata mereka. Bapa, Aku berdoa supaya mereka semua menjadi satu sebagaimana Engkau di dalam-Ku dan Aku di dalam-Mu dan supaya mereka juga ada di dalam Kita. Dengan demikian dunia dapat percaya bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku.”

DOA: Ya Tuhan Yesus, Engkau berdoa agar tubuh Kristus bersatu, agar kami bersatu dalam kasih sepertimana Bapa, Roh Kudus dan Engkau bersatu dalam kasih. Kami berdoa supaya umat-Mu akan saling menyayangi sepertimana Engkau menunjukkan kasih sayang kepada kami, agar seluruh dunia akan tahu bahawa kami adalah murid-Mu melalui teladan kasih kami terhadap sesama sendiri. Semoga ikatan kasih melalui Roh Kudus-Mu menjadi nyata di kalangan umat-Mu. Kami doakan ini dalam Nama-Mu, Amin.

c. Gereja Contoh 1 Tesalonika 1:6-8 AVB “Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Kudus. Oleh yang demikian kamu menjadi teladan kepada semua orang beriman di Makedonia dan Akhaya. Firman Tuhan tersebar bukan sahaja di Makedonia dan Akhaya malah di serata tempat. Mereka telah mendengar tentang imanmu kepada Allah, maka kami tidak perlu berkata apa-apa lagi.”

DOA: TUHAN ALLAH, kami menghadapi-Mu dengan harapan suci bahawa gereja Malaysia akan bertumbuh menjadi pokok yang kuat, di mana cabang-cabangnya akan menular ke bangsa-bangsa lain, serta menjadi tempat perlindungan untuk pelarian dan pendatang. Kami berdoa agar pergerakan Roh Kudus yang berkuasa akan berlaku di kalangan gereja Malaysia, di mana kami menjadi contoh gereja yang diperhalus oleh api penganiayaan, dan terkenal untuk imannya. Kami berdoa agar Engkau menggunakan kami sebagai saluran berkat kepada bangsa-bangsa lain dengan mencetuskan api kebangkitan rohani. Utuskan kami agar kami dapat mengalami semarak api rohani ini yang membara-bara dengan penuh sukacita. Kami berdoa agar api kebangkitan rohani ini akan merebak ke seluruh negara, sehingga alam maut tidak mampu menghentikannya. Dalam nama Kristus kami berdoa, AMIN.

Page 5: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

5

d. Pendoa Syafaat

Yesaya 62:6 AVB “Di atas tembok-tembokmu, wahai Yerusalem, Aku telah menempatkan para pengawal. Sepanjang siang dan sepanjang malam mereka tidak akan pernah berdiam diri. Wahai kamu yang berseru kepada Tuhan, jangan kamu beristirahat.”

DOA: Bapa Syurgawi, kami berterima kasih atas panggilan-Mu dan keistimewaan untuk mendoakan bangsa-bangsa lain. Tahbiskan kami dengan minyak Roh Kudus-Mu. Penuhi kami dengan kebijaksanaan, hikmat dan nubuatan. Semoga kami menjadi pengawal yang sentiasa peka dan setia atas bangsa-bangsa lain. Berikan kami kekuatan supaya tidak senang putus asa setiap kali kami berdoa. Kami berdoa agar Engkau melindungi kami serta keluarga kami setiap kali kami berdoa. Jauhilah kami dari kompromi, keangkuhan dan nafsu duniawi. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

e. Gereja yang Dianiayai Ibrani 13:3 AVB “Ingatlah kepada orang yang terpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka; kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu juga dianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu.”

DOA: Bapa, kami memperingati jutaan umat-Mu di seluruh dunia yang sedang dianiayai oleh kerana iman mereka dalam Kristus. Oleh kerana mereka juga tubuh Kristus, kami turut menderita bersama mereka. Kami berdoa agar Engkau menguatkan mereka pada masa yang susah ini, supaya mereka akan tetap setia sampai ke detik terakhir. Tolonglah kami menolong mereka secara praktikal dan memberi sokongan pada waktu yang susah ini. Kami berdoa dalam nama Yesus, yang juga menderita atas pihak kami. AMIN.

6. Doa untuk Negara Efesus 6:12 AVB “ Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara.”

Semasa kita berdoa, kita harus tetap waspada ketika kita mengikut perkembangan peristiwa politik beberapa hari kebelakangan ini. Hal-hal ini merangkumi kemungkinan pilihan raya umum awal dengan banyak komplot rancangan-rancangan tersembunyi yang melayani diri sesama diri. Kita membawa prihatin ini kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang melihat segenap hati, kepada-Nya “sesungguhnya kegelapan tidak gelap bagi-Mu; dan malam terang-benderang seperti siang, kegelapan dan cahaya serupa bagi-Mu.”(Mazmur 139:12 AVB) – supaya semua perikatan kejahatan dan tidak suci akan terdedah dan digagalkan jika perkembangan itu tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan integriti perkhidmatan kepada negara yang tercinta kita.

DOA: Bapa Syurgawi, kami berdoa agar Engkau memimpin dan memberkati tujuan serta semua kekayaan negara ini. Kami berdoa agar perbalahan politik dan ketidakstabilan ekonomi akan berakhir dengan kerohanian yang cemerlang. Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu rakyat serta menyebabkan gejala rasuah berleluasa di kalangan mereka yang berkuasa, akan dipatahkan dalam Nama Engkau. Semoga Engkau menerima segala kemuliaan dan pujian untuk perintah-Mu yang benar dari semua bangsa yang menetap di negara in, bahawa rakyat akan dibebaskan daripada sekatan agama dan mencapai kemerdekaan ekonomi. Semoga Malaysia mengalami transformasi menjadi lambang kebenaran, keadilan dan perbenaran. Kami berdoa agar Engkau melindungi Malaysia daripada rancangan rahsia yang jahat dan ilmu sihir. Kami serahkan kesihatan Perdana Menteri kami ke dalam tangan-Mu yang mampu menyembuhkan dia. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus yang berkuasa kami berdoa, Amin.

7. Doa untuk Dunia a. Penyembuhan daripada Rasisme dan untuk Kesamaan

Kolose 3:14 AVB “Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna.” Tuhan, kami terus berdoa agar Engkau memulihkan talian persaudaraan dan menegakkan kesamaan dalam negara kami:

• Hati yang terbuka untuk bertaubat dari sifat rasisme, pertuturan dan kelakuan yang merendahkan maruah orang lain;

• Telinga yang terbuka untuk mendengar seruan mereka yang terluka oleh diskriminasi berdasarkan bangsa, serta keinginan mereka untuk perubahan berlaku;

• Mata yang terbuka untuk melihat ketidakadilan yang berlaku berdasarkan warna kulit seseorang, agar kami akan berani menghadapi situasi tersebut dan tidak mengundurkan diri;

• Minda yang terbuka untuk memahami bahawa setiap insan dicipta mengikut gambaran Allah dan ia merupakan tanggungjawab kami untuk menyayangi setiap orang;

Page 6: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

6

Kuatkan semangat kami untuk memperbetulkan kesalahan nenek moyang kami. Penuhi kami dengan keberanian, agar kami sentiasa bekerja untuk membawa pemulihan, penyembuhan, membina jambatan, mengampunkan dan diampuni, dan menubuhkan keamanan serta kesamaan untuk setiap lapisan masyarakat. Dalam nama Yesus kami berdoa. Amin.

8. Doa Spontan Biar Roh Kudus memimpin anda untuk mendoakan hal-hal lain yang muncul dalam hati anda. Ia mungkin melibatkan kerjaya anda, keperluan peribadi, orang yang dikasihi, dan doa khusus yang anda ingin membawa ke hadirat Tuhan.

MENYERAH DIRI (YIELD)  DOA: Bapa Syurgawi, sepertimana yang tertera dalam doa St. Patrick, saya serahkan diri kepada-Mu hari ini juga:

Aku mengikatkan diriku hari ini pada kekuatan SURGA; Cahaya matahari, keindahan api, Kecepatan kilat, kegesitan angin, Kedalaman laut, kestabilan bumi, Kemantapan batu karang. Aku mengikatkan diriku hari ini pada Kekuatan TUHAN untuk menuntunku, Kemahakuasaan TUHAN untuk menegakkanku, Kebijaksanaan TUHAN untuk membimbingku, Mata TUHAN untuk melihat di hadapanku, Telinga TUHAN untuk mendengarkanku, Sabda TUHAN untuk berbicara kepadaku, Tangan TUHAN untuk menjagaku, Jalan TUHAN untuk membentang bagiku, Perisai TUHAN untuk melindungiku, Penyertaan TUHAN untuk menyelamatkan aku jauh dan dekat, sendiri ataupun di dalam sebuah kumpulan

Kristus lindungiku hari ini daripada duka, Kristus bersamaku, Kristus di hadapanku, Kristus di belakangku, Kristus di dalamku, Kristus di bawahku, Kristus di atasku, Kristus di kananku, Kristus di kiriku, Kristus di saatku berbaring, Kristus di saatku duduk, Kristus di dalam hati setiap orang yang memikirkanku, Kristus di dalam setiap mulut manusia yang membicarakanku, Kristus di dalam mata yang melihatku, Kristus di dalam telinga yang mendengarkanku, Aku bangkit hari ini Melalui kekuatan luarbiasa Tuhan Sang Pencipta. AMIN.

NYATAKAN Efesus 3:14-20 AVB SEBAGAI BERKAT SESAMA SENDIRI

Dengan sebab itulah aku bertelut kepada Bapa, yang daripada-Nya seluruh bangsa di syurga dan di bumi telah dinamakan. Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-Nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu. Semoga Kristus mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih, akan mengerti bersama semua orang salih betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus, dan mengetahui kasih Kristus ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita, AMIN.

TAMATKAN DENGAN MELAFAZ DOA BAPA KAMI Matius 6:9-13  AVB  

Bapa kami yang ada di syurga,dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam surga. Berilah kami rezeki pada hari ini, dan ampunilah kesalahan kami, seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan janganlah masukkan kami ke dalam pencobaan, tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat. Sebab Engkaulah raja yang mulia dan berkuasa untuk selama-lamanya. AMIN. 

Page 7: JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN “SURVEILAN SENTINEL ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan

7

BERDIAM DIRI  

Bernafas secara mendalam, berterima kasih kepada Allah atas hadirat-Nya, dan serahkan segala suatu yang anda telah doakan kepada-Nya.   

AKTIVITI DOA HARIAN Anda digalakkan mengikuti aktiviti doa harian ini dengan orang lain yang percaya dalam melakukan yang berikut: 

1. Doakan Doa Bapa Kami pada pukul 12 tengah hari setiap hari;  2. Doa dua kali sehari – pada 7:14 pagi dan pada 7:14 petang – berlandaskan 2 Tawarikh 7:14

[UNITE714 Call] agar seluruh bumi akan pulih daripada wabak coronavirus dan kebangkitan rohani bangsa-bangsa. https://www.unite714.com ]

3. Datanglah Kerajaan-Mu – Inisiatif Terangkan Dunia. Nyalakan Kawasan perumahan, bandar, kota ataupun daerah anda dengan berdaftar di laman web Thy Kingdom Come mengikuti pautan berikut (https://www.thykingdomcome.global/lightuptheworld) selama anda terus berdoa untuk 5 orang lain yang masih belum mengenali Yesus, serta berdoa untuk kebangkitan rohani dan perubahan kebangsaan.

4. Berdoa untuk 5 – kawan-kawan, keluarga, atau rakan sekerja setiap hari agar mereka menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi mereka.