jbea3312 terminologi (pentakrifan dalam siri glosari sukan badminton)

46
Pentakrifan dalam Siri Glosari Sukan Badminton JBEA 3312 Terminologi JBEA 3312 Terminologi dalam Perancangan Melayu dalam Perancangan Melayu

Upload: zarinah-kamaldeen

Post on 24-Jun-2015

352 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Hak Cipta Terpelihara: Surina Chew, Stacy Inda, Joyner, Jessica, Zarinah Kamal

TRANSCRIPT

Page 1: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Pentakrifan dalam Siri Glosari Sukan Badminton

JBEA 3312 Terminologi dalam JBEA 3312 Terminologi dalam Perancangan MelayuPerancangan Melayu

Page 2: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Surina Chew Kim ZhuaJEA 080145

Stacey Inda Ak LayangJEA 080143

Joyner Ak Sedin JEA 080028

Jessica Ak MingguJEA 080027

Zarinah KamaldeenJEA 080159

Ahli Kumpulan

Page 3: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Pengenalan Huraian ringkas dan tepat tentang sesuatu

perkataan seperti makna dalam perkataan dan lain-lain atau penjelasan berkenaan sesuatu.

Pentakrifan merupakan proses penjelasan makna dari segi linguistik yang menyatakan lambang.

1. Sebagai keluaran2. Takrif umum atau bersifat ensiklopedia menghuraikan sesuatu konsep yang dapat difahami dengan memberikan fungsi dalam bidang masing-masing.3. Takrif khusus menghuraikan suatu konsep dalam bidang khas.

Page 4: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Permasalahan KajianSukar untuk mengklasifikasikan takrif kerana

terdapat sesetengah istilah yang boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis takrif.

Kekeliruan dalam membentuk peta konsep.Kajian lepas mengenai tajuk “Pentakrifan”

agak sukar ditemui di perpustakaan. (Tesis, latihan ilmiah, disertasi)

Page 5: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Objektif Kajian

Pembentukan peta konsep berdasarkan data atau istilah yang diperolehi daripada Glosari Sukan Badminton.

Mengelaskan sesuatu istilah kepada jenis klasifikasi takrif yang sesuai.

Menjelaskan ciri ekstrinsik dan instrinsik sesuatu istilah.

Page 6: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Kaedah Kajian

Kaedah kepustakaanKajian yang dilakukan adalah menggunakan

kaedah kepustakaan sepenuhnya. Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, dan Perpustakaan Peringatan Za’ba merupakan tempat bahan kajian diperoleh. Buku dan Latihan Ilmiah yang menyenaraikan istilah serta glosari permainan badminton dan berkaitan dengan bidang peristilahan dipilih.

Page 7: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

BadmintonSejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama

ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka, jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Page 8: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Pemetaan Konsep Istilah Badminton

Page 9: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Badminton

permainan peralatan

teknikjenis

Page 10: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

jenis permainan

permainan jaring atas

permainan perseorangan

permainan jaring permainan

beregu

permainan jaring silang

permainan beregu campuran

permainan jaring lurus

Page 11: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

teknik permainan

tahan

brusy

pancung

taktik segi tiga

main jaring bawah

pantulan jaring

ayun belakang

tolak

rali

smesy pertahanan

gerak

gerak lajakgerak maju

servis

Page 12: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

smesy

smesy kilas

smesy kilas kepala

smesy lompat

smesy depan

smesy tanggung

smesy separuh

smesy kepala

Page 13: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

smesy

smesy kilas

smesy kilas kepala

genus

subordinat

subordinat 1

hubungan menegak

Page 14: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

smesy

smesy kilas

smesy lompat

smesy depan

smesy tanggung

smesy separuh

smesy kepala

genus

subordinat

hubungan mendatar

konsep koordinat

Page 15: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

servis

servis kuis

servis kilas servis

tinggi

servis rendah

balas servis

servis kencang

servis kilas depan

servis rendah kilas

servis kuis depan

servis kilas depan servis tinggi

agresif

Page 16: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

syot

syot junam

syot jaring

syot kepala

syot lurus

syot kayu

syot putar

syot laju

syot serang jaring

syot tahan jaring

syot jaring silang

syot jaring putar

syot junam kepala

Page 17: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

pukul depan

pukul aras siku

pukul kepala

pukul kuis jaring

pukul kilas

pukul kencang

pukul junam

pukul petung depan

pukul tedas

pukul kilas

pukul kencang depan

pukul tedas tahan

pukul tedas serang

pukul junam kilas kepala

pukul junam perlahan

pukul

pukul golek

pukul asas

pukul petung

pukul petung kilas

pukul junam laju

pukul junam putar

pukul junam pancung

pukul petung acah

pukul petung serang

pukul tedas tajam pukul tedas

kepala

Page 18: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

peralatan

bulu tangkis

papan kiraan matajaring

kad skor rasmi

tiangraket

Page 19: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

kepala raket

pemegang

leher raket

tangkai raket

bingkai raket

tali raket

Page 20: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

bulu

benang

bahagian bawah bulu tangkis

Page 21: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

garis sempadan belakang

garis sempadan belakang

garis tengah

gelanggang tengah

Page 22: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Jenis-Jenis PentakrifanLeksikalStipulatifIntensional/KonotatifSinonimOperasionalGenus dan PembezaEkstensional/DenotatifOstensif/DemonstratifFungsional

EnumeratifSubkelasAnalisisSituasiImplikasiSintesisKontekstual/ParafrasaTakrif Bercampur

Page 23: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Klasifikasi Takrif (Analisis)

Melalui analisis yang dilakukan, tidak semua jenis-jenis takrif dijumpai dalam Siri Glosari Sukan Badminton.

Antara yang ada ialah leksikal, stipulatif, operasional, sinonim, situasi, genus dan pembeza, dan fungsional.

Page 24: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

LeksikalTakrif leksikal atau takrif perkamusan memberikan gambaran bagaimana kata atau istilah yang telah digunakan dalam komuniti bahasa.

Contoh:1. coach – jurulatihTakrif: Orang yang melatih ahli sukan secara keseluruhan termasuk taktik dan teknik sukan.Huraian: Takrif perkamusan yang digunakan dalam komuniti bahasa. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana istilah tersebut menjelaskan tujuan atau fungsi seseorang jurulatih dalam sukan.

Page 25: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. court – gelanggangTakrif: Medan atau lapangan berbentuk segi empat tepat, mempunyai garis sempadan tertentu, berwarna kuning atau putih, bertiang untuk dipasangkan jaring, berukuran tertentu untuk permainan beregu atau perseorangan khusus untuk permainan badminton.Huraian: Takrif perkamusan yang memberikan gambaran sesuatu kata. Istilah ini mempunyai ciri intrinsik dan ekstrinsik. Ciri intrinsiknya ialah penjelasan yang berkaitan dengan saiz, warna dan bentuk ‘gelanggang’. Manakala ciri ekstrinsik pula berkaitan dengan fungsi atau tujuan ‘gelanggang.

Page 26: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. racket – raketTakrif: Alat yang mempunyai permukaan bulat berjaring dan pemegang.Huraian: Takrif perkamusan dan mempunyai ciri intrinsik dalam istilah tersebut. Hal ini kerana takrif ‘raket’ menggambarkan bentuk alat tersebut.

Page 27: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

StipulatifDefinisi stipulatif berlaku apabila satu istilah yang sedia ada diberikan makna baharu untuk tujuan perbincangan dalam konteks tertentu.Contoh:

1. play – mulaTakrif: Arahan untuk permainan dimulakan.Huraian: Pemberian makna berlaku kerana ‘play’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘bermain’. Namun dalam istilah ini telah diberikan makna yang baru untuk tujuan perbincangan dalam konteks tertentu. Istilah ini bercirikan ekstrinsik kerana menunjukkan fungsi ‘mula’ dalam sukan badminton.

Page 28: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. toss – undiTakrif: Undian yang dibuat sebelum permulaan permainan untuk memilih sisi gelanggang, dan memulakan servis.Huraian: Pemberian makna baru kerana ‘toss’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘lambungan/lemparan’. Namun dalam istilah ini telah diberikan makna yang baru iaitu undian yang dibuat. Istilah ini bercirikan ekstrinsik kerana menunjukkan fungsi sesuatu undian yang dibuat sebelum bermulanya sesuatu permainan.

Page 29: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. let – semulaTakrif: Peluang yang diberikan untuk melakukan servis apabila suatu keputusan tidak dapat dibuat.Huraian: Maksud asal ‘let’ ialah penyewaan atau pengizinan. Namun dalam konteks ini, makna baru diberikan kepada ‘let’ iaitu semula. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan tujuan ‘semula’ dalam sukan badminton.

Page 30: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

OperasionalMemberikan makna pada istilah dengan menjelaskan prosedur yang menunjukkan tindakan, proses, operasi, aktiviti, atau prosedur yang dilambangkan oleh istilah.Contoh:

1. backhand stroke – pukul kilasTakrif: Pukulan yang menghantar bulu tangkis di bahagian sisi badan yang tidak beraket.Huraian: Istilah menunjukkan proses atau aktiviti dalam sukan badminton. Istilah ini bercirikan ekstrinsik kerana menyatakan fungsi ‘pukul kilas’.

Page 31: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. overhead backhand drop – pukul junam kilas kepalaTakrif: Pukulan yang dilakukan agar bulu tangkis jatuh ke dalam kawasan berhampiran jaring.Huraian: Istilah yang menunjukkan tindakan atau aktiviti pukulan. Istilah tersebut bersifat ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan ‘pukul junam kilas kepala’ dilakukan oleh pemain.

Page 32: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. jump smash – smesy lompatTakrif: Smesy yang menghendaki pemain melompat setinggi mungkin untuk mencapai bulu tangkis supaya pukulan lebih tajam.Huraian: Makna definisi telah menunjukkan pergerakan, tindakan atau aktiviti yang berlaku ketika lompatan oleh pemain. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan tujuan atau fungsi ‘smesy lompat’ dilakukan oleh seseorang pemain.

Page 33: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

SinonimSubkategori takrif intensional dan satu istilah mempunyai atribut istilah yang ditakrif.Contoh:

1.game point/winning shot – mata akhirTakrif: Mata terakhir yang perlu dikutip untuk menang dalam permainan.Huraian: Istilah ‘game point’ mempunyai atribut yang sama dengan ‘mata akhir’. Istilah ini mempunyai ciri ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan ‘mata akhir’ yang dikutip dalam permainan badminton.

Page 34: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. novice/beginner player – pemain baruTakrif: Pemain yang baru menceburkan diri dalam permainan badminton tanpa mengira kumpulan umur.Huraian: Kedua-dua istilah tersebut mempunyai atribut yang sama.Istilah tersebut bercirikan ekstrinsik dengan menjelaskan peringkat seseorang pemain, ‘pemain baru’ merupakan pemain yang tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang sukan.

Page 35: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. cross net shot/cross net – syot jaring silangTakrif: Syot jaring yang menyilang dilakukan dengan menghantar bulu tangkis secara silang pada jaring.Huraian: Kedua-dua istilah mempunyai definisi dan atribut yang sama. Istilah ini menunjukkan ciri ekstrinsik kerana telah menjelaskan cara ‘syot jaring silang’ dilakukan.

Page 36: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Genus dan PembezaDefinisi menggunakan genus dan perbezaan spesifik merupakan kaedah menghuraikan kategori yang luas milik sesuatu kata atau konsep menunjukkan satu spesies- satu jenis spesifik butiran.

Contoh:1.line judge – hakim garisTakrif: Pegawai rasmi yang bertanggungjawab untuk memberi isyarat, sama ada bulu tangkis itu terjatuh ke dalam atau ke luar garisan pertandingan.Huraian: Konsep yang menunjukkan satu spesies-satu jenis spesifik butiran. Istilah ‘hakim’ sebagai genus manakala ‘garis’ sebagai pembeza. Istilah ini mempunyai ciri ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan atau fungsi ‘hakim garis’ dalam sukan badminton.

Page 37: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. service jugde – hakim servisTakrif: Pegawai rasmi yang bertanggungjawab untuk meneriakan “batal” bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang membuat servis.Huraian: Definisi istilah tersebut telah menunjukkan satu spesies-satu jenis spesifik butiran. Istilah ‘hakim’ sebagai genus manakala ‘servis’ sebagai pembeza. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menunjukkan tujuan atau fungsi ‘hakim servis’ dalam sukan badminton.

Page 38: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. advanced player – pemain kananTakrif: Pemain yang berpengalaman.Huraian: Istilah telah menunjukkan satu spesies-satu jenis spesifik butiran. Istilah ‘pemain’ sebagai genus manakala ‘kanan’ sebagai pembeza. Istilah ini mempunyai ciri ekstrinsik kerana menunjukkan definisi pemerian tentang ‘pemain kanan’.

Page 39: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

FungsionalMemberikan makna berdasarkan fungsi yang dimainkan oleh istilah. Contoh:

1. official score sheet – kad skor rasmiTakrif: Kad yang digunakan untuk catatan kiraan mataHuraian: Makna diberikan berdasarkan fungsi yang dimainkan istilah. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan fungsi ‘kad skor rasmi’ dan perkara yang berhubungan dengannya.

Page 40: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. contact point- titik temuTakrif: Tempat bertemu antara muka raket dengan bulu tangkis.Huraian: Definisi ‘titik temu’ telah menunjukkan fungsi titik sebagai tempat muka raket dan bulu tangkis bertemu. Istilah tersebut bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan fungsi dan tujuan ‘titik temu’ dalam permainan badminton.

Page 41: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. long service line ( single) – garis servis panjang (perseorangan)Takrif: Garis sempadan belakang dalam permainan perseorangan untuk menandakan kawasan gelanggang, biasanya 40mm lebar dan 6.1m panjang.Huraian: Makna ‘garis servis panjang’ menunjukkan fungsi sesuatu garis di kawasan gelanggang. ‘garis servis panjang’ bersifat ekstrinsik kerana definisinya menjelaskan fungsi, tujuan dan perkara yang berhubungan dengan objek.

Page 42: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

SituasiMemberikan makna kepada istilah berdasarkan situasi.Contoh:1.fault – batal Takrif: Keadaan apabila permainan terpaksa dihentikan disebabkan sesuatu kesalahan.Huraian: Memberikan makna kepada istilah berdasarkan sesuatu situasi. Istilah ini bersifat ‘ekstrinsik’ kerana menjelaskan sesuatu tindakan pada keadaan tertentu.

Page 43: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

2. foul play – main serobotTakrif: Keadaan apabila permainan tidak mematuhi undang-undang.Huraian: Makna telah diberikan kepada istilah berdasarkan keadaan atau situasi dalam definisi. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menjelaskan fungsi istilah dalam sesuatu keadaan. Istilah ‘main serobot’ digunakan untuk menunjukkan permainan yang tidak mematuhi undang-undang.

Page 44: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

3. out of play – henti permainanTakrif: Keadaan apabila permainan terhenti kerana berlaku gangguan.Huraian: Definisi menunjukkan istilah yang digunakan dalam keadaan atau sesuatu situasi apabila permainan harus dihentikan akibat gangguan. Istilah ini bersifat ekstrinsik kerana menunjukkan pemerian dalam istilah.

Page 45: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

Carta Pai

Page 46: JBEA3312 terminologi (Pentakrifan dalam siri glosari sukan Badminton)

KesimpulanMelalui analisis klasifikasi takrif, takrif

operasional menunjukkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 48%. Istilah takrif operasional banyak ditemui dalam glosari sukan iaitu badminton. Hal ini kerana permainan badminton menggunakan pelbagai jenis teknik dan melibatkan pelbagai jenis pergerakan, proses, tindakan dan aktiviti.

Istilah dalam glosari juga menunjukkan ciri bersifat ekstrinsik lebih banyak daripada ciri intrinsik. Keadaan ini disebabkan kebanyakan istilah yang dianalisis mengandungi konsep berkenaan dengan kegunaan, fungsi, dan tujuan.