glosari makro.doc

39
GLOSARI MAKROEKONOMI A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z ISTILAH PENERANGAN Al-Takjiri Konsep pembiayaan pajakan syariah yang membenarkan penyewa mengambil alih harta yang dipajak. Agihan Pendapatan Pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam sesebuah ekonomi. Akaun Rekod penyata urusniaga kewangan sama ada dalam bentuk stok atau aliran di dalam buku kira-kira. Akaun Dagangan Merekodkan nilai – nilai eksport dan import barang nampak sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun Akaun Modal Merekodkan semua pergerakan modal oleh warga negara dan institusi sesebuah negara kepada negara – negara lain Akaun Penyelesaian Rasmi Merekodkan perubahan bersih rizab mata wang asing dan cadangan emas sesebuah negara Akaun Perkhidmatan Merekodkan nilai ekport dan import barang tak nampak atau perkhidmatan sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun Akaun Pindahan Merekodkan semua bayaran pindahan sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun 1

Upload: zarfarie-aron

Post on 12-Jun-2015

1.288 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: GLOSARI makro.doc

GLOSARI MAKROEKONOMI

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

ISTILAH PENERANGAN

Al-TakjiriKonsep pembiayaan pajakan syariah yang membenarkan penyewa mengambil alih harta yang dipajak.

Agihan Pendapatan Pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam sesebuah ekonomi.

Akaun Rekod penyata urusniaga kewangan sama ada dalam bentuk stok atau aliran di dalam buku kira-kira.

Akaun Dagangan Merekodkan nilai – nilai eksport dan import barang nampak sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun

Akaun Modal Merekodkan semua pergerakan modal oleh warga negara dan institusi sesebuah negara kepada negara – negara lain

Akaun Penyelesaian Rasmi

Merekodkan perubahan bersih rizab mata wang asing dan cadangan emas sesebuah negara

Akaun Perkhidmatan Merekodkan nilai ekport dan import barang tak nampak atau perkhidmatan sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun

Akaun Pindahan Merekodkan semua bayaran pindahan sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun

Akaun Semasa Merekodkan semua urusniaga yang melibatkan eksport dan import barang nampak dan barang tak nampak serta bayaran pindahan swasta dan kerajaan

Akaun tabungan Satu jenis akaun bank yang mencatatkan wang masuk dan keluar serta bunga modal yang diberikan secara berkala.

Al- Ijarah Konsep pembiayaan pajakan Syariah, di mana bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan, dan kemudian memajak harta itu kepada pelanggan untuk tempoh tertentu dengan sewa pajakan dan syarat-syarat lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Al-Bai Bithaman Ajil Satu skim yang membenarkan peminjam menangguhkan bayaran untuk barangan yang dibeli dalam tempoh dan dengan cara yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Aliran Cukai Isirumah dan firma akan membayar cukai daripada

1

Page 2: GLOSARI makro.doc

sebahagian pendapatannya samada secara langsung atau tidak langsung

Aliran Fizikal Pergerakan barang dan perkhidmatan dalam pasaran barang dan pergerakan faktor pengeluaran dalam pasaran faktor.

Aliran Pendapatan Pergerakan perbelanjaan pengguna dalam pasaran barang dan pengerakan pendapatan faktor dalam pasaran faktor.

Aliran Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan kerajaan ke atas barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma dan isirumah.

Aliran Pusingan Pendapatan

Menunjukkan aliran pendapatan yang berlaku di antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma, kerajaan dan luar negeri.

Al-Kafalah Satu perjanjian di antara seseorang pelanggan dan banknya dengan bank memberi jaminan bahawa pelanggan tersebut akan memenuhi tanggungannya terhadap pihak ketiga.

Al-Mudharabah Suatu perjanjian di antara pemberi pinjam dan pengusaha, dengan pemberi pinjam bersetuju untuk membiayai projek pengusaha berdasarkan perkongsian keuntungan, mengikut nisbah yang telah dipersetujui sebelumnya dalam perundingan di antara pemberi pinjam dan pengusaha.

Al-Murabahah Penjualan barang pada harga yang meliputi harga belian dicampur dengan margin keuntungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat, yang menukar bentuk kegiatan pemberian pinjaman tradisional kepada satu perjanjian jual beli yang memerlukan pemberi pinjam membeli barangan yang dikehendaki oleh peminjam dan dijual semua kepada peminjam pada harga yang lebih tinggi seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Al-Musyakarah Satu perkongsian dalam kegiatan perniagaan tertentu yang bertujuan mendapatkan keuntungan, dengan pemberi pinjam tidak hanya menyediakan modal tetapi juga melibatkan diri dalam pengurusan.

Al-Wadiah Satu persetujuan untuk menyimpan harta, tidak termasuk harta tetap tak alih, dalam jagaan pihak lain yang tidak merupakan pemilik, atau mana-mana harta yang disimpan dengan bukan pemiliknya untuk dijaga.

Al-Wakalah Satu perjanjian di antara seseorang pelanggan dan banknya dengan pelanggan tersebut melantik banknya sebagai agen dalam urusan tertentu bagi pihaknya.

Aset Cair (Liquid Asset)

Wang dan aset lain yang boleh ditukar kepada tunai dengan segera dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Wang termasuk deposit akaun semasa dan wang tunai, sementara aset lain termasuk wang panggilan dan bil terdiskaun.

Aset Semasa (Current Asset)

Wang tunai dan aset yang mudah ditukarkan kepada tunai, misalnya wang tunai dalam tangan, akaun belum terima, inventori dan sekuriti boleh pasar.

Aset Tetap Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Asset tetap terdiri

2

Page 3: GLOSARI makro.doc

(Fixed Asset) daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin dan pelaburan jangka panjang. Serta aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta dan tanda perdagangan.

3

Page 4: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANBank Institusi kewangan yang menjalankan urusniaga seperti

menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar dan bank simpanan.

Bank Islam Institusi kewangan yang operasinya berpandukan prinsip-prinsip Islam

Bank Perdagangan Institusi kewangan bank yang mempunyai hak untuk mencipta kredit melalui penyediaan kemudahan akaun semasa (cek)

Bank Pusat Institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan system kewangan negara.

Bank Saudagar Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai

Bank Simpanan (Saving Bank)

Bank yang fungsi utamanya menerima deposit daripada orang ramai dan menguruskan simpanan yang kecil jumlahnya misalnya Bank Simpanan Nasional.

Barang Akhir (Final Goods)

Barang yang dikeluarkan untuk penggunaan unit ekonomi dengan tujuan mendapat utiliti atau kepuasan dan bukannya untuk tujuan mengeluarkan barang – barang lain.

Barang Perantaraan (Intermediate Goods)

Barang yang digunakan sebagai input untuk menghasilkan barang akhir.

Bayaran Pindahan Perbelanjaan yang bukan untuk tujuan pertukaran. Kebanyakan bayaran pindahan kerajaan adalah bercorak bayaran kebajikan.

Bayaran Pindahan Pendapatan kepada individu yang tidak menyumbangkan faktor pengeluaran secara produktif dalam kegiatan ekonomi. Contohnya pemberian biasiswa, elaun surirumah, bayaran pencen dan seumpamanya.

Bayaran Tertunda Salah satu fungsi wang yang membolehkan urusniaga kredit di mana pembayaran harus dibuat pada masa akan datang.

Bekalan Wang/Penawaran Wang

Semua jenis wang yang ada dalam sesebuah negara.

4

Page 5: GLOSARI makro.doc

Belanjawan Satu rancangan tentang anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun yang akan datang

Belanjawan Kurangan/Defisit

Jumlah hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan

Belanjawan Seimbang Jumlah hasil sama dengan jumlah perbelanjaanBil Perbendaharaan (Treasury Bill)

Bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu. Kegiatan bank pusat menjual dan membeli bon ini dalam pasaran terbuka mempengaruhi stok wang edaran.

Bocoran Aliran wang keluar daripada aliran pusingan pendapatan negara seperti tabungan, cukai dan import yang akan mengurangkan pendapatan negara.

Bon Satu nota janji hutang jangka panjang.Bon Kerajaan Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau

perbadanan yang menjanjikan bayaran pokok dan bunga pada kadar tertentu pada suatu tarikh yang ditetapkan.

Bunga Atas Pinjaman Kerajaan

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada kerajaan

Bunga Atas Pinjaman Pengguna

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada pengguna

Bunga Bersih Segala bentuk ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupannya berpisah dengan modal tidak termasuk bunga ke atas pinjaman penggunaan dan bunga ke atas pinjaman kerajaan.

Bunga Kasar Segala bentuk ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupan berpisah dengan modal termasuk bunga ke atas pinjaman pengguna dan bunga ke atas pinjaman kerajaan.

5

Page 6: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANCagaran/sandaran Harta atau dokumentasi hak milik yang dijadikan sebagai

jaminan untuk mendapatkan pinjaman.Cek Satu perintah bertulis oleh penyimpan wang dalam akaun

semasa kepada pihak bank supaya membayar kepada seseorang.

Cek Kembara Sejenis cek yang dijual oleh bank dan agensi pelancongan kepada pengembara atau pelancong yang tidak ingin membawa wang tunai.

Cukai Eksais Cukai tak langsung ke atas jualan atau pengilangan sesuatu jenis keluaran setempat.

Cukai Keuntungan Syarikat

Cukai yang dibayar oleh syarikat kepada kerajaan

Cukai Langsung Cukai yang dibayar oleh individu dan syarikat dan tidak dapat dipindahkan kepada orang lain.

Cukai Pendapatan Persendirian

Cukai langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu.

Cukai Progresif Sistem cukai yang kadarnya bertambah apabila pendapatan bertambah.

Cukai Proposional Sistem cukai yang kadarnya tidak berubah pada tingkat pendapatan yang berlainan.

Cukai Regresif Sistem cukai yang kadarnya menurun apabila pendapatan bertambah.

Cukai Tak Langsung Cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan dan boleh dipindahkan bebannya kepada orang lain.

6

Page 7: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANDarjah Inflasi Pembahagian julat kadar inflasi mengikut kesannya

terhadap ekonomiDasar Fiskal Dasar kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan system

pencukaian untuk mencapai gunatenaga penuh dan kestabilan harga.

Dasar Fiskal Budi Bicara / Diskresioner

Langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai demi mengatasi masalah inflasi dan pengangguran

Dasar Kewangan Dasar kerajaan mengawal jumlah wang dan kadar bunga dalam ekonomi untuk mengawal tingkat kegiatan ekonomi.

Dasar Perdagangan Luar Dasar kawalan perdagangan antarabangsa dan kadar pertukaran asing seperti tarif , kuota dan kawalan pertukaran asing. Kerajaan mengenakan tarif dan kuota untuk mengawal import-eksport sesebuah negara manakala, kerajaan mengenakan kawalan atas pertukaran asing untuk elak aliran keluar mata wang negara ke luar negara.

Dasar Upah Harga Dasar perubahan tingkat upah harga dalam ekonomi untuk mengawal perbelanjaan agregat. Dalam masa inflasi,kerajaan melaksanakan dasar upah maksimum dan dasar harga maksimum supaya kedua-duanya tidak akan naik lagi. Dalam masa deflasi, kerajaan melaksanakan dasar upah minimum dan dasar harga minimum agar kedua-duanya tidak turun lebih rendah daripada harga tersebut.

Deflasi Penurunan tingkat harga umum secara berterusan @ dalam jangkamasa yang lama.

Deposit Akaun Semasa (Current Account Deposit)

Deposit di bank perdagangan yang dapat menawarkan perkhidmatan cek.

Deposit Semasa Tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang boleh ditunaikan dengan cek.

Deposit tetap Satu jumlah simpanan untuk satu tempat tertentu sehingga kesatu jangka masa yang dipersetujui antara penyimpan dan institusi kewangan.

Devaluasi Tindakan kerajaan sesebuah negara menurunkan nilai mata wang negara tersebut berbanding dengan nilai mata wang negara lain.

7

Page 8: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANE-Dagang Aktiviti/transaksi perdagangan yang dijalankan secara

elektronikEkonomi Dua Sektor Ekonomi dua sektor adalah ekonomi yang terdiri daripada

sektor isirumah dan firma.Ekonomi Empat Sektor Ekonomi empat sektor adalah ekonomi yang terdiri daripada

sektor isirumah, sektor firma, kerajaan dan urusniaga perdagangan antarabangsa. Juga dikenali sebagai ekonomi terbuka.

Ekonomi Tertutup Ekonomi tanpa perdagangan antarabangsaEkonomi Tiga Sektor Ekonomi tiga sektor adalah ekonomi yang terdiri daripada

sektor isirumah, firma dan kerajaan. Juga dikenali sebagai ekonomi tertutup.

Eksport Penjualan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negeri kepada pasaran luar negeri.

Eksport Bersih Perbezaan nilai antara eksport dan importEmbargo Tindakan kerajaan sesebuah negara melarang kemasukan

barang import dari sesebuah negara tertentuWang Plastik Kad Kredit yang ditawarkan oleh sistem bank

8

Page 9: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANFaedah Berbanding Faedah yang dinikmati sesebuah negara kerana mempunyai

harga relatif yang lebih murah dalam pengeluaran sesuatu barang berbanding dengan negara lain.

Faedah Mutlak Faedah yang dinikmati sesebuah negara kerana menpunyai keupayaan menghasilkan sesuatu barang dan perkhidmatan secara lebih cekap berbanding dengan negara lain.

Fiskal Satu keadaan yang mempunyai kaitan dengan wang dan kredit terutama mengenai pembiayaan awam.

Fungsi Pelaburan Fungsi yang menunjukkan hubungan antara pelaburan dengan pendapatan negara.

Fungsi Penggunaan Fungsi yang menunjukkan hubungan antara aras perbelanjaan penggunaan/isirumah dengan pendapatan negara.

Fungsi Perbelanjaan Agregat

Satu fungsi yang menunjukkan hubungan antara tingkat perbelanjaan agregat dengan tingkat pendapatan negara

Fungsi Tabungan Satu fungsi yang menerangkan hubungan antara tingkat tabungan isirumah dengan tingkat pendapatan bolehguna.

9

Page 10: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANGaji Bayaran yang diterima oleh buruh ke atas sumbangan

tenaga dalam bentuk fizikal dan mental. Nilai gaji adalah tetap

Globalisasi Ekonomi Melibatkan peningkatan saling kebergantungan antara ekonomi sesebuah negara dengan ekonomi negara asing yang lain tanpa sekatan

Guna Tenaga Jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh sektor-sektor ekonomi dalam menghasilkan keluaran negara.Formula = tenaga buruh- pengangguran

Guna Tenaga Penuh Satu keadaan semua faktor-faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya . Di Malaysia jika kadar pengangguran dibawah 4 % ekonomi dianggap mencapai gunatenaga penuh.

10

Page 11: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANHak Pengeluaran Khas (Special Drawing Rights ~ SDR)

Hak mengeluarkan emas dan matawang antarabangsa dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk urusan perdagangan antarabangsa.

Hasil Pendapatan kerajaan daripada pencukaian, duti dan sebagainya.

Hasil Bukan Cukai Hasil kerajaan yang diterima daripada sumber bukan cukai.Contohnya bayaran lesen, permit, bayaran perkhidmatan, sewa, faedah, denda, caruman daripada agensi kerajaan dan antarabangsa

Hasil Cukai Hasil kerajaan yang diterima daripada cukai langsung dan cukai tak langsung

Hasil Negara Semua hasil yang diterima oleh negara iaitu hasil cukai, bukan cukai dan penerimaan bukan hasil.

Hiperinflasi/ Inflasi Melampau

Kenaikan harga umum yang cepat tanpa had.

Hutang Dalam Negara Pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negara seperti KWSP, Bank Perdagangan, Institusi Kewangan, Syarikat Insuran dan korporat.

Hutang Luar Negara Pinjaman kerajaan daripada sumber luar negara seperti bank Dunia, IMF dan negara-negara Maju

Hutang Negara Pinjaman kerajaan dari dalam dan luar negara yang belum dijelaskan.

11

Page 12: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANImbangan Akaun Dagangan ( Imbangan Perdagangan)

Menunjukkan perbezaan di antara eksport dan import barangan (nyata/nampak) yang dibuat oleh negara tersebut

Imbangan Akaun Perkhidmatan

Menunjukkan perbezaan di antara eksport dan import perkhidmatan (barangan tak nampak) yang dibuat oleh negara tersebut

Imbangan Akaun Semasa Menunjukan perbezaan di antara eksport dan import barangan dan perkhidmatan yang dibuat di antara negara-negara termasuk untuk tujuan bayaran pindahan

Imbangan Asas Gabungan di antara imbangan akaun semasa dengan imbangan akaun modal

Imbangan Keseluruhan Satu penyata kewangan tentang segala urusniaga antarabangsa dan aliran modal di antara negara itu dengan negara-negara asing untuk tempoh setahun fiskal

Imbangan Pembayaran Satu penyata kira-kira yang menunjukan semua nilai urus niaga dan aliran wang serta modal yang berlaku antara sesebuah negara dengan negara lain pada suatu tahun tertentu.

Imbangan Pembayaran Kurangan

Jumlah nilai pembayaran (aliran keluar wang dan modal) sesebuah negara melebihi jumlah nilai penerimaan (aliran masuk wang dan modal) negara tersebut.

Imbangan Pembayaran Lebihan

Jumlah nilai penerimaan (aliran masuk wang dan modal ) sesebuah negara melebihi daripada jumlah pembayaran negara tersebut

Import Pembelian barang dan perkhidmatan daripada pasaran luar negara.

Indeks Harga Pengguna Satu angka tentang tingkat harga umum pada suatu tahun berbanding harga tahun asas.

Industri Muda Industri yang baru ditubuhkan dan belum mencapai tingkat kecekapan yang tinggi serta memerlukan perlindungan

Inflasi Suatu keadaan dimana kenaikan harga barangan umum secara berterusan dan tidak terbatas.

Inflasi Merayap Kenaikan harga umum secara perlahan dan berterusan di mana jumlah kuasa beli sentiasa mengatasi jumlah output yang dapat dijual kepada pengguna dan pengeluar.

Inflasi Sederhana Suatu keadaan dimana kenaikan harga barangan umum 2 hingga 3 peratus di mana pelaburan dan kegiatan ekonomi adalah menggalakkan dan kadar pengangguran akan turun

Inflasi Tarikan Permintaan Suatu kenaikan dalam harga yang berlaku kerana pengguna dan pelabur dengan pendapatan yang bertambah, menambahkan permintaan mereka.

Inflasi Tersembunyi Sejenis inflasi yang bukan disebabkan oleh kenaikan harga barangan tetapi oleh kejatuhan kualiti barangan tersebut pada tingkat harga yang sama.

Inflasi Tertekan Situasi di mana inflasi seharusnya wujud tetapi disebabkan

12

Page 13: GLOSARI makro.doc

oleh kawalan harga dan catuan langsung, inflasi tidak berlaku.

Inflasi Tolakan kos Suatu kenaikan dalam harga yang dipercayai berlaku kerana upah meningkat lebih cepat daripada daya pengeluaran.

Inventori Bekalan berbagai barangan yang disimpan oleh sesebuah firma untuk memenuhi keperluan segera supaya dapat menjamin operasi perniagaan yang tidak tergendala.

Isi rumah Satu kumpulam orang-orang yang mendiami satu unit perumahan.

13

Page 14: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANJurang KNK Perbezaan diantara keluaran negara kasar pada masa guna

tenaga penuh (KNK potensi) dengan keluaran negara kasar sebenar (KNK sebenar).

ISTILAH PENERANGANK- Ekonomi Aktiviti ekonomi berdasarkan ilmu pengetahuan contoh

14

Page 15: GLOSARI makro.doc

ekonomi teknologi maklumatKadar Bunga Kadar bayaran oleh peminjam bagi menggunakan wang

dalam masa tertentu. Tujuan pinjaman adalah untuk pelaburan.

Kadar Diskaun (Discount Rate)

Kadar bunga yang dikenakan oleh Bank Pusat terhadap pinjaman langsung bank perdagangan dan institusi kewangan lain.

Kadar Gunatenaga Nisbah di antara gunatenaga dan jumlah tenaga buruhKadar Inflasi Peratusan perubahan kenaikan tingkat harga umum

Formula;Kadar inflasi = Indeks harga t – indeks harga t-1 X 100 Indeks harga t-1

Kadar Kelahiran Menghubungkan bilangan kelahiran hidup dengan bilangan penduduk pada satu jangka masa yang ditetapkan.

Kadar Kematian Bilangan penduduk yang meninggal dunia daripada jumlah setiap 1000 dalam setahun.

Kadar Pengangguran Nisbah di antara jumlah penganggur dan jumlah tenaga buruh

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh

Nisbah di antara tenaga buruh dan jumlah penduduk dalam usia kerja iaitu di antara 15-64 tahun

Kadar Pertukaran Terlebih Nilai

Kadar pertukaran asing yang ditetapkan lebih rendah daripada kadar pertukaran boleh ubah

Kadar Pertukaran Asing Harga atau nilai mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam sebutan nilai mata wang negara lain

Kadar Pertukaran Bolehubah/ Terapung

Kadar pertukaran asing yang ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran

Kadar Pertukaran Terkurang Nilai

Kadar pertukaran asing yang ditetapkan lebih tinggi daripada kadar pertukaran boleh ubah

Kadar Pertukaran Tetap Kadar pertukaran asing yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara

Kadar Pertumbuhan Ekonomi

Peratusan kenaikan keluaran negara kasar benar dari satu tahun ke tahun yang lain. FormulaKadar pertumbuhan ekonomi =KNK benar t – KNK benar t-1 x 100 KNK benar t-1

Kadar Syarat Perdagangan Nisbah antara harga barang eksport dan harga barang import dalam sesebuah negara atau nisbah antara kuantiti import dan kuantiti eksport

Kadar Tukaran Berbilang Kadar tukaran yang berganda ke atas tukaran matawang asing yang akan digunakan atas tujuan mengimport barangan yang dikawal oleh kerajaan

Kadar Tukaran Tetap Satu sistem di mana kadar tukaran satu matawang dengan matawang-matawang lain yang ditetapkan oleh kerajaan

15

Page 16: GLOSARI makro.doc

sesebuah negaraKawalan Kredit Terpilih Peraturan pengaliran kredit baru ke dalam ekonomi dengan

tujuan untuk menahan tekanan inflasi atau menggalakkan kegiatan ekonomi.

Kecenderungan Menabung Purata

Mengukur nisbah jumlah tabungan terhadap jumlah pendapatan

Kecenderungan Menabung Sut

Ukuran perubahan dalam tabungan kesan daripada perubahan dalam satu unit tingkat pendapatan.

Kecenderungan Mengguna Purata

Mengukur nisbah jumlah penggunaan terhadap jumlah pendapatan

Kecenderungan Mengguna Sut

Ukuran perubahan dalam perbelanjaan penggunaan kesan daripada perubahan dalam satu unit tingkat pendapatan.

Keluaran Negara Nilai seluruh barang akhir dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun fiskal.

Keluaran Negara Bersih Diperolehi apabila susutnilai ditolak daripada keluaran negara kasar

Keluaran Negara Kasar Harga Faktor

Jumlah keluaran negara yang dinilai berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan di pasaran faktor.

Keluaran Negara Kasar Harga Pasar

Keluaran negara yang dinilai berdasarkan harga yang dibayar oleh pengguna ke atas barang akhir dan perkhidmatan yang dibeli di pasaran barang.

Keluaran Negara Kasar Per Kapita

Jumlah keluaran negara kasar bagi setiap penduduk. Ia merupakan nisbah di antara KNK dengan jumlah penduduk sesebuah negara itu.Formula;KNK per kapita = KNK Jumlah Penduduk

Keluaran Negara Nominal Keluaran negara yang dikira berdasarkan harga tahun semasa

Keluk Kemungkinan Perdagangan

Kombinasi-kombinasi pengguna di antara dua barangan yang boleh dibuat oleh sesebuah negara tersebut kesan dari kegiatan perdagangan antarabangsa

Keluk Philips Satu keluk yang menunjukkan hubungan antara inflasi dan pengangguran dalam jangka pendek

Keseimbangan Pendapatan Negara

Tingkat keseimbangan pendapatan negara adalah situasi di mana perbelanjaan agregat sama dengan penawaran agregat.

Keuntungan Syarikat Pulangan atau keuntungan yang diperolehi oleh para usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk milikan awam atau syarikat awam.

Keuntungan Yang Diagih/Dividen

Merujuk kepada sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diberi atau diagih kepada para pemegang saham sesebuah syarikat.

Keuntungan Yang Tidak Merujuk kepada keuntungan syarikat yang tak diagihkan

16

Page 17: GLOSARI makro.doc

Dibahagi kepada para pemegang saham kerana dilaburkan semula bagi tujuan perkembangan syarikat.

KNK Benar/Tetap KNK benar adalah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang dikira berdasarkan harga tahun asas.

KNK Potensi Tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh sesebuah negara jika faktor-faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

Kuota Dasar yang dijalankan oleh kerajaan untuk menghadkan kuantiti barang yang boleh diimport dalam suatu tempoh tertentu

ISTILAH PENERANGANLambakan Penjualan sesuatu keluaran di pasaran asing pada harga

yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.

17

Page 18: GLOSARI makro.doc

Lebihan Buruh Satu keadaan di mana bilangan buruh yang bekerja adalah lebih ramai daripada yang diperlukan sehingga telah menyebabkan daya pengeluaran sut buruh yang sangat rendah

Lebihan Rizab/Cadangan Lebihan daripada cadangan bank yang boleh dipinjamkan dan dilaburkan oleh bank perdagangan

Liabiliti Tuntutan kewangan daripada bank, firma atau orang perseorangan terhadap bank, firma atau orang perseorangan yang lain. Sebahagian besar daripada liabiliti bank terdiri daripada deposit pelanggan dan modal pemegang saham

Lompang Deflasi Lompang yang terhasil apabila permintaan agregat sebenar lebih rendah daripada permintaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh

Lompang Inflasi Lompang yang terhasil apabila permintaan agregat sebenar lebih tinggi daripada permintaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh.

ISTILAH PENERANGANMakroekonomi Kajian terhadap ekonomi secara keseluruhan. Merujuk

kepada kegiatan isirumah, firma, kerajaan dan perdagangan antarabangsa yang akan menentukan tingkat kegiatan

18

Page 19: GLOSARI makro.doc

ekonomi secara keseluruhan. Konsep penting dalam teori makroekonomi adalah pendapatan negara, guna tenaga, pengangguran, inflasi, perdagangan antarabangsa, imbangan pembayaran dan pertumbuhan ekonomi.

Matawang Alat yang digunakan sebagai perantaraan pertukaran untuk tujuan pembayaran misalnya wang kertas, syiling, deposit bank, bil pertukaran, kiriman wang dan wang pos.

Matawang Kurang Nilai Keadaan di mana mata wang diberi nilai lebih rendah daripada nilai sebenarnya di pasaran terbuka.

Mikroekonomi Kajian terhadap tingkahlaku individu, isi rumah dan firma secara tersendiri tentang apa dan berapa barangan yang hendak dikeluarkan, bagaimana hendak dikeluarkan dan untuk siapa barangan itu dikeluarkan.

Modal Jangka Pendek Segala bentuk tuntutan dan tanggungan kewangan terhadap orang perseorangan, bank atau negara yang biasanya tempoh matang kurang daripada satu tahun.

ISTILAH PENERANGANNegara Kurang Membangun

Sesebuah negara di mana pendapatan sebenar perkapita di dapati rendah secara relatifnya dibandingkan dengan pendapatan sebenar perkapita negara perindustrian.

Negara Sedang Sebuah negara yang baru mengeksploit sumber semulajadi

19

Page 20: GLOSARI makro.doc

Membangun untuk memperolehi pertumbuhan yang boleh dipertahankan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan perkapita

Nilai Tambah (Value Added)

Nilai sumbangan tambahan bagi setiap peringkat pengeluaran.

Nilai Wang Kuasa beli mata wang tertentu untuk memperolehi barang-barang dan perkhidmatan.

Nisbah Cadangan Peratus daripada deposit di bank-bank perdagangan yang tidak boleh digunakan untuk memberi pinjaman (Nisbah Rizab Berkanun + Nisbah Tunai)

Nisbah mudah tunai minimum

Peratusan cadangan yang disimpan dalam bentuk aset cair di bank perdagangan.

Nisbah Rizab Berkanun/Nisbah Rizab Wajib

Peratus daripada deposit di bank-bank perdagangan yang perlu disimpan sebagai cadangan di bank pusat.

Nisbah Tunai (Cash Ratio)

Peratus daripada deposit di bank-bank perdagangan yang perlu disimpan dalam bentuk tunai sebagai cadangan di bank perdagangan itu sendiri.

ISTILAH PENERANGANOperasi Pasaran Terbuka Pembelian dan penjualan bon kerajaan oleh bank pusat di

pasaran terbuka untuk tujuan perlaksanaan Dasar Kewangan negara

20

Page 21: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANPampasan Pekerja Pemberian wang tunai dan faedah-faedah lain oleh majikan

kepada pekerjaPasaran Faktor Pasaran bagi faktor pengeluaran seperti pasaran

buruh,modal dan sebagainyaPasaran Modal Pasaran untuk pinjaman jangka sederhana dan jangka

21

Page 22: GLOSARI makro.doc

panjangPasaran Wang Istilah yang digunakan untuk institusi kewangan yang

mengendalikan pembelian,penjualan dan pemindahan kemudahan kredit jangka pendek

Pelaburan Perbelanjaan bagi membeli barang-barang modal yang akan digunakan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan

Pelaburan Autonomi Pelaburan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

Pelaburan Bersih Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dan kerajaan ke atas barang modal yang telah ditolak susutnilai

Pelaburan Kasar Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh firma dan kerajaan ke atas barang modal

Pelaburan Langsung Perolehan ke atas aset atau harga yang disertakan dengan kawalan hak milik

Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Penanaman modal langsung warga asing dalam sesebuah negara dan melibatkan penguasaan hakmilik

Pelaburan Portfolio Pemilikan saham dan ekuiti oleh warganegara asing dalam sesebuah syarikat tempatan dan tidak melibatkan penguasaan hak milik.

Pelaburan Teraruh/Terangsang

Pelaburan yang dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

Pemantap Automatik Alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik

Pembayaran Faktor Ke Luar Negara

Merujuk kepada pembayaran pendapatan yang dibuat kepada faktor – faktor pengeluaran asing yang bekerja dalam negara tersebut

Pembayaran Faktor Ke Luar Negara

Pembayaran yang dibuat kepada faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh bukan warganegara

Penawaran Agregat Jumlah keseluruhan keluaran yang dihasilkan dalam sesebuah ekonomi. Penawaran agregat juga dikenali sebagai keluaran negara atau pendapatan negara.

Penawaran Wang Jumlah wang yang ada dalam pasaran yang terdiri daripada matawang dan deposit semasa

Penciptaan Wang (Money Creation)

Pertambahan dalam penawaran wang yang berlaku melalui proses penciptaan kredit dan deposit dalam sistem bank perdagangan

Pendapataan Bolehguna Pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang akhir dan perkhidmatan atau ditabungkan

Pendapatan Faktor Bersih Luar Negara

Perbezaan di antara pendapatan faktor dari luar negeri dengan pembayaran faktor ke luar negara

Pendapatan Faktor Dari Luar Negara

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh faktor – faktor pengeluaran milik sesebuah negara yang bekerja di luar negara

Pendapatan Kerajaan Hasil kerajaan daripada kutipan cukai dan hasil bukan cukaiPendapatan Negara Jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor

22

Page 23: GLOSARI makro.doc

pengeluaran yang dimiliki oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun fiskal.

Pendapatan Persendirian Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi untuk tempoh setahun

Pendapatan Perusahaan Persendirian

Pulangan atau keuntungan yang diperolehi oleh para usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk milikan tunggal, perkongsian dan koperasi.

Pengangguran Jumlah tenaga buruh yang tidak digunakan oleh sektor-sektor ekonomi dalam menghasilkan keluaran negara.Formula kadar pengangguran = Pengangguran X 100 Tenaga Buruh

Pengangguran Bermusim Kehilangan pekerjaan yang berlaku dari semasa ke semasa disebabkan oleh perubahan bermusim dalam pengeluaran bagi industri tertentu.

Pengangguran Berstruktur Kehilangan pekerjaan akibat kehilangan pekerjaan akibat daripada perubahan keadaan ekonomi.

Pengangguran Kitaran Pengangguran yang muncul akibat kemelesetan dalam sesuatu kitaran

Pengangguran Sukarela Salah satu daripada jenis pengangguran dalam menggambarkan individu yang sengaja atau tidak mahu bekerja

Pengangguran Tak Ketara Istilah bagi individu dalam pekerjaan yang tidak menggunakan sepenuh kapasiti mereka atau dalam pekerjaan di mana daya pengeluaran adalah lebih rendah daripada daya pengeluaran yang boleh didapati jika mereka bekerja dalam pekerjaan lain

Pengangguran Teknologi Penggantian buruh oleh alatan mesin dan kaedah pengeluaran yang termaju

Pengganda Cukai Pekali yang mengukur perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan dalam cukai

Pengganda Pelaburan Pekali yang mengukur perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan dalam tingkat pelaburan.

Pengganda Pendapatan Negara

Pekali yang mengukur perubahan dalam pendapatan negara kesan daripada perubahan pembolehubah dalam perbelanjaan agregat.

Pengganda Wang Pekali yang mengukur perubahan bekalan wang kesan daripada nisbah rizabFormula = 1/nisbah rizab (r)

Penggunaan Autonomi Penggunaan yang tidak berubah walaupun tingkat pendapatan berubah. Sektor rumahtangga akan tetap berbelanja walaupun pendapatannya kosong dan ianya diambil daripada tabungan

Penggunaan Isirumah Merujuk kepada semua perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isirumah ke atas barang akhir dan perkhidmatan.

23

Page 24: GLOSARI makro.doc

Pengkhususan Pembahagian aktiviti produktif antara individu,industri dan wilayah yang berbeza untuk meninggikan kecekapan

Perangkap Kecairan (Liquidity Trap)

Satu keadaan di mana tingkat kadar bunga paling rendah dimana masyarakat memegang semua wang dalam bentuk tunai

Perbelanjaan Agregat Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dilakukan oleh masyarakat dalam sesebuah ekonomi.

Perbelanjaan Agregat Autonomi

Perbelanjaan agregat sesebuah negara yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara atau perbelanjaan agregat pada tingkat pendapatan negara kosong.

Perbelanjaan Kerajaan Segala perbelanjaan kerajaan terdiri perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan

Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membiayai kegiatan pentadbiran dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Perbelanjaan Negara Jumlah perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara.

Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan kerajaan untuk menambah infrustruktur dan kemampuan ekonomi untuk mengeluarkan barang pada masa hadapan.

Percukaian Semua cukai yang dikenakan oleh kerajaan dalam sesebuah negara iaitu cukai langsung dan cukai tak langsung

Pertumbuhan Ekonomi Kenaikan keluaran negara kasar benar dari satu tahun ke tahun yang lain

Perubahan Perbelanjaan Agregat

Perubahan dalam perbelanjaan agregat sesebuah negara disebabkan perubahan sama ada dalam perbelanjaan isirumah, pelaburan, cukai, perbelanjaan kerajaan dan eksport import

ISTILAH PENERANGANQard Al-Hassan Pinjaman ikhlas yang mewajibkan peminjam membayar

balik kepada pemberi pinjam jumlah pokok yang dipinjam apabila pinjaman tersebut sudah cukup tempoh.

24

Page 25: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANRevaluasi Tindakan kerajaan sesebuah negara menaikkan nilai mata

wang negara tersebut berbanding dengan nilai mata wang negara lain

Riba Merupakan suatu amalan yang melibatkan penerimaan oleh sipiutang dari siberhutang sama ada dalam bentuk wang atau barang

Rizab Pendapatan atau wang yang diasingkan oleh syarikat atau negara bagi tujuan tertentu

25

Page 26: GLOSARI makro.doc

Rizab Emas Stok kewangan dalam bentuk emas yang dipegang oleh kerajaan sesebuah negara

Royalti Pampasan yang dibuat kepada pengarang, penggubah, pencipta dan sebagainya hasil daripada penggunaan hakcipta,paten dan lain-lain harta

Rumah Diskaun (Bank Of Discount)

Bank yang menjalankan aktiviti pendiskaunan bil pertukaran dan nota janji.

Rumah Penjelasan (Clearing House)

Merupakan tempat pertemuan harian wakil bank di satu kawasan bagi menukar cek yang dikeluarkan oleh bank masing-masing

ISTILAH PENERANGANSaham Ekuiti atau pemilikan pemegangnya dalam syarikat.Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Halangan/sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara ke atas negara lain dalam bentuk tariff dan bukan tariff.

Sektor Firma Satu institusi yang terlibat dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan akan menggunakan faktor-faktor pengeluaran

Sektor isirumah Beberapa individu dan keluarga yang duduk bersama dan berkongsi perbelanjaan.

Sektor Kedua Sektor ini meliputi segala aktiviti ekonomi yang

26

Page 27: GLOSARI makro.doc

(Perindustrian) menggunakan bahan – bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor utama dan menukarkannya kepada samada sebagai barang siap atau pun separuh siap.

Sektor Kerajaan Bahagian ekonomi yang kesemua kegiatannya terletak di bawah kawalan dan arahan kerajaan atau negara. Sektor kerajaan meliputi jabatan dan agensi kerajaan, perbadanan dan perusahaan awam. Sumber-sumber dalam sektor ini dimiliki oleh negara dan kegunaan sumber-sumber tersebut biasanya adalah untuk kepentingan umum.

Sektor Ketiga (Perkhidmatan)

Sektor ini melibatkan penyediaan atau penawaran pelbagai bentuk perkhidmatan di mana sektor ini membantu, menjalin, mempercepat, memoden dan menyelaraskan aktiviti sektor utama dan kedua sehingga barangan akhirnya sampai kepada pihak pengguna.

Sektor Perdagangan Antarabangsa

Segala urusniaga/transaksi antara sesebuah negara dengan negara yang lain.

Sektor Pertama (Pertanian)

Sektor ekonomi yang melibatkan aktiviti – aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana kegiatan pengeluarannya kurang atau pun tidak melibatkan sama sekali aktiviti – aktiviti pemerosesan.

Sekuriti Satu dokumen sah yang membuktikan satu hak ke atas harta yang merujuk kepada pelaburan dan tuntutan ke atas saham dan bon.

Sewa Ganjaran atau pulangan yang diterima oleh faktor pengeluaran tanah yang penawarannya terhad.

Sistem Barter Aktiviti pertukaran barang dengan barang.Slumflasi Inflasi yang berlaku sewaktu kemelesetan ekonomiSpekulasi Satu tindakan yang mengandaikan risiko-risiko lebih tinggi

dari biasa dengan harapan mendapat pulangan daripada urusniaga kewangan seperti pasaran saham, komoditi dan pertukaran asing.(atau)Kegiatan mencari keuntungan dengan membuat pelaburan dalam pasaran saham atau pasaran sekuriti.

Stagflasi Suatu keadaan apabila masalah pengangguran dan inflasi berlaku secara serentak dalam sesebuah ekonomi.

Stagnasi (stagnation) Kadar perumbuhan yang tidak memuaskan dalam keluaran negara benar/pendapatan per kapita benar di mana kadar pertumbuhan adalah lebih rendah daripada kadar yang sepatutnya. (Keadaan genangan)

Standard Emas Satu sistem di mana kadar tukaran adalah ditentukan dalam nilai emas

Subsidi Bayaran yang diberikan oleh kerajaan kepada individu atau syarikat perniagaan tanpa mendapat apa-apa faedah dan pulangan

Subsidi Eksport Bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport

27

Page 28: GLOSARI makro.doc

untuk membolehkan mereka menurunkan kos pengeluarannya dan seterusnya menurunkan harga jualannya.

Suntikan Aliran masuk wang ke dalam aliran pusingan pendapatan negara.

Susutnilai Pengurusan dalam nilai aset tetap

ISTILAH PENERANGANTabungan Tabungan ialah bahagian pendapatan yang tidak

dibelanjakan.Tabungan Autonomi Jumlah tabungan yang tidak dipengaruhi oleh pendapatan

negara atau tabungan pada masa pendapatan negara sifar.Tanah Bahagian permukaan bumi dan sumber-sumber yang wujud

secara semulajadi Tarif Ad-Valorem Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang

importTarif Eksport Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang dijual ke luar

negeri

28

Page 29: GLOSARI makro.doc

Tarif Import Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang dibawa masuk ke dalam negara

Tarif Spesifik Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import

Tenaga Buruh Penduduk dalam usia kerja iaitu 15 hingga 64 tahun, sedang bekerja, sanggup atau sedang mencari pekerjaan.

ISTILAH PENERANGANUpah Bayaran yang diterima oleh buruh ke atas sumbangan

tenaga dalam bentuk fizikal dan mental. Nilai upah tidak tetap/berkala

Upah Benar Upah yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun asasUpah Nominal Upah yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun

semasaUsahawan Individu-individu yang sanggup mengambil risiko untuk

mengabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan keluaran.

29

Page 30: GLOSARI makro.doc

ISTILAH PENERANGANWang Suatu benda yang diterima dan dikenali umum sebagai alat

perantaran pertukaran untuk memperolehi barang dan perkhidmatan.

Wang Asas (Base Money) Jumlah matawang yang dipegang oleh orang ramai atau institusi bukan bank, wang tunai di bank dan deposit bank perdagangan di bank pusat. Jumlah penawaran wang dalam Negara ialah gandaan kepada jumlah wang asas negara itu.

Wang Bank Simpanan atau deposit semasa di bank perdagangan yang dilakukan oleh unit-unit ekonomi.

Wang Dalam Edaran Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara.

Wang Fiat Wang syiling dan kertas yang diisytiharkan oleh kerajaan

30

Page 31: GLOSARI makro.doc

sebagai wang sah dan diterima umum secara menyeluruh.Wang Fidusiari Wang yang tidak bersandarkan emas sepenuhnya. Ini

bermakna nilai mata wang yang dikeluarkan lebih tinggi daripada nilai emas sebenarnya.

Wang Hampir/Separa Wang

Aset kewangan yang boleh ditukar kepada tunai dengan mudah tanpa melibatkan kos.

Wang Kandungan Penuh Wang yang mempunyai nilai sandaran penuh iaitu nilai wang logam yang menyamai nilai fizikal (intrinsik) logam berkenaan.

Wang M1 Bekalan wang sempit yang terdiri daripada mata wang dalam edaran seperti duit syiling, wang kertas dan deposit semasa.

Wang M2 Bekalan wang separa luas yang terdiri daripada M1, simpanan tabungan, simpanan tetap sektor swasta di bank perdagangan dan bank negara, sijil deposit boleh niaga dan sijil Bank Negara Malaysia.

Wang M3 Bekalan wang sangat luas yang terdiri daripada M2 dan semua deposit swasta di syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun.

Wang Sah Wang yang diterima oleh penduduk sesebuah negara dari segi undang-undang untuk sebarang tujuan urusniaga di dalam negara berkenaan.

Wang Syiling Duit syiling yang diperbuat daripada logam contohnya nikel dan gangsa. Contoh Nilai muka ialah 1 sen, 5 sen, 10 sen, 50 sen dan RM1.00.

Wang Tanda Wang yang mempunyai nilai muka yang jauh lebih tinggi daripada nilai logamnya

Wang Biasa Matawang negara lain yang diterimapakai oleh penduduk sesebuah negara itu tanpa menyalahi undang-undang negara tersebut seperti Baht Thailand di Sempadan Utara Malaysia

31