jawapan minggu 7

16

Click here to load reader

Upload: lavendar-craft

Post on 10-Jul-2015

282 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan minggu 7

Minggu : 7

Tarikh : 18.02.2013

Masa : 10.30 am – 1.30 pm

Topik : Mengapikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Soalan 1 : Berikan definisi Model Pemprosesan Maklumat

Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti

komputer. Seorang pelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang

dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input

yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan

disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses

retrieval.

Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu

menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana

manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting

dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model

pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat

berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori,

ingatan jangka pendek dan jangka panjang

Selain itu juga, Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975)

mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam

sesuatu proses pembelajaran.Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran

luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.Maklumat ini akan ditafsir

dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya

kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Selain itu , terdapat 4 proses yang

terlibat dalam memproseskan maklumat seperti gambar rajah di bawah :

Page 2: Jawapan minggu 7

Rajah di atas menerangkan tentang bagaimana proses mendapatkan maklumat .

Soalan 2 : Huraikan jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu BerbantukanKomputer seperti di bawah:

i. Model Assure

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka

bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara

sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan

untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi

bilik darjah.Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam

model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

A - Analyse learners (Analisis pelajar).

S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).

E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

PENGEKODAN

•Proses yang menentukan cara maklumat di dekodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan jangka

panjang.

PENYIMPANAN•Proses yang menentukan cara

maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori

INGAT KEMBALI

•Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada

ingatan jangka pendek dan panjang

LUPAAN

•Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar

diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan panjang

4 PROSES

UNTUK

MEMPROSES

MAKLUMAT

Page 3: Jawapan minggu 7

Langkah 1 : Analisis pelajar

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah

deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang

dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh

diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar

akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar

tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan

juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan

dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan

pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat

3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses

pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya

penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut

harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar

yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap

kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain

itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar

tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.

Langkah 2: Nyatakan objektif

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus

kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat

berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat

dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu

dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan,

kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat:

1. Memahami pengelasan mikroorganisma.

2. Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.

Page 4: Jawapan minggu 7

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu

berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

Memilih kaedah

Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk

disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,

pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar

dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih

tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

Memilih media

Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara

bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format

media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

Memilih bahan

Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan

buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini

menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran

dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan

bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran

pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan

pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti

pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan

sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.

Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa

bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada

pelajar.

Page 5: Jawapan minggu 7

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P

mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap

sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan

pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan

keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk

mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah

proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan

mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum,

pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu

I. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set

objektif yang telah ditentukan)

II. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.

III. Sikap.

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul atau salah untuk melihat pemahaman mereka.

Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

ii Model Teori Behaviouris

Model Hanaffin and Peck

Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu

fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak

secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan.

Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan

perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat

ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna,

analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu

ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan.

Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis

keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang

terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa

proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka

bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Kesemua

Page 6: Jawapan minggu 7

elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke

dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada

proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung

menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif

dan sumatif.

Fasa 1

Analisis

Keperluan

Fasa 2

Reka bentuk

Fasa3

Pembangunan dan perlaksanaan

Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk

menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai

digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan

sasaran yang terhad.

Page 7: Jawapan minggu 7

Model Addie

PENGENALAN MODEL ADDIE

Model Pengajaran ADDIE meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan,

pelaksanaan dan penilaian.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran

dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi

lebih efektif dan efisien.

LANGKAH-LANGKAH MODEL ADDIE

Model ADDIE terdiri daripada 5 langkah utama:

Analisis ( Analysis )

Rekabentuk ( Design )

Pembangunan ( Development )

Pelaksanaan ( Implementation )

Penilaian ( Evaluation )

ANALISIS

( Analysis )

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran

Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah,

mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah

Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan

analisis tugasan

Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang

perlu diajar

Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk

REKABENTUK

( Design )

Merancang strategi dalam membangunkan pengajaran.

Menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang

hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan

Page 8: Jawapan minggu 7

item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.

Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa

pembangunan.

PEMBANGUNAN

( Development )

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk

Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan

pembelajaran

Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal

digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan

Page 9: Jawapan minggu 7

iii Model Konstuktivisme

Modek Hipermedia

Teori konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai proses mencari makna yang

berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di sekitar kehidupan pelajar. Teori ini juga

menekankan aspek pengalaman dan persekitaran yang dapat menggalakkan

pembelajaran. Salah satu bentuk model pembelajaran yang menyokong teori

konstruktivisme ialah model hipermedia yang diperkenalkan oleh Spiro (Jamalludin Harun

dan Zaidatun Tasir, 2003).

Model Hipermedia

Model ini berperanan pembelajaran boleh berlaku pada aras yang lebih tinggi seperti

yang ditekankan oleh teori konstruktivisme. Model ini memberi tumpuan kepada proses

pembelajaran berasaskan teknologi multi media dan internet. Proses pengajaran dan

pembelajaran melibatkan perkara-perkara berikut.

Menetapkan Domain

Tiga domain iaitu domain kognitif, afektif, dan psikomotor

Menentukan kes-kes yang terbabit di dalam domain

Mengenal pasti kelemahan pelajar.

Merancang aktiviti pengajaran sama ada di peringkat pendedahan, pengayaan

atau

pemulihan yang bersesuaian dengan taksonomi Bloom dan juga KBT

Menentukan tema dan perspektif

Menetapkan apa yang hendak dicapai selepas sesuatu pengajaran.

Mengolah bahan.

Bahan bersifat autentik bagi membantu pelajar memindahkan maklumat yang

diperolehi keluar daripada ruang lingkup pembelajaran.

Kuasa kawalan

Murid-murid meneroka alam siber berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Guru bertugas sebagai moderator dan juga fasilitator.

Guru turut sama mengambil bahagian.

Page 10: Jawapan minggu 7

Pemetaan laluan

Menyedia dan menyusun alamat-alamat tapak yang perlu dilawati.

Memberikan kata kunci kepada murid-murid untuk digunakan pada kotak pencari

seperti Yahoo atau Alta Vista dan mesin pencari serta jaringan perayau yang lain.

Menyelesaikan tugasan.

iv Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey

Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey

(1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran

pembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey.

Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi

output kepada langkah berikutnya.

Analisis

Reka bentuk

Penyelenggaraan

Implementasi

Pengujian

Pembangunan

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama

untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini

membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan.

Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis,

percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk

pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.

Page 11: Jawapan minggu 7

TUGASAN:

Sediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model ASSURE dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Masa : 8:45 pagi – 9:45 pagi

Tahun : 6 Arif

Bilangan murid : 25 orang

Tajuk : Kemasyarakan

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

1. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 perbuatan yang baik dari petikan.

2. Menyebut sekurang-kurangnya 5 nilai murni dari 5 perbuatan yang baik.

3. Menulis 5 ulasan nilai murni dari petikan.

Fokus utama :

11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan

persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.

Aras 2(i) Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sesebuah karya

sastera.

Fokus sampingan:

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

Aras 2 (i) Membaca dan mengimbas fakta yang relevan daripada pelbagai bahan

untuk mengukuhkan maklumat

Tatabahasa : Kata kerja, Kata adjektif

BBM : Lembaran kerja, Petikan

KBKK : Merumus, menghubungkait mengimbas kembali, menganalisis

Nilai Murni : Jujur, menghargai, memberi penghargaan, ikhlas, berhati-

hati

Page 12: Jawapan minggu 7

Langkah Isi Pengajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Menghubung kait

perbuatan dengan

nilai murni

2. Berdisiplin

Mematuhi

peraturan/beratur

3. Hormat

Bersalam dengan

orang yang lebih

tua.

4. Baik hati

Membantu orang

yang memerlukan

1. Guru menunjukkan

beberapa keping gambar

mengenai perbuatan baik.

2. Guru meminta murid-

murid menyatakan

perbuatan baik yang

dilakukan oleh watak

dalam gambar.

3. Guru mengaitkan tajuk

pengajaran hari ini –

ulasan nilai murni.

BBM : Kad Gambar

KBKK:

menghubungkaitkan

Langkah 1

(15 Minit)

Membaca petikan

dan memahaminya

Petikan

(Lampiran 1)

1. Guru mengedar petikan

kepada murid

2. Guru membimbing

murid-murid membaca

petikan.

3. Guru meminta beberapa

orang murid berlakon

watak dalam petikan

secara lansung.

BBM : Lembaran

petikan

KBKK: mengimbas

kembali

Nilai Murni: Jujur

Langkah 2

(15 Minit)

Mengesan

perbuatan yang

baik dalam petikan.

1. Guru membimbing

murid-murid mencari

perbuatan yang murni

dalam petikan.

2. Guru membetulkan

kesilapan murid jika ada

KBKK: menganalisis

BBM : lembaran petikan

Nilai Murni:memberi

penghargaan,mengharg

ai, ikhlas, jujur

Strategi

berpusatkan

guru kerana

dalam langkah

ini, guru yang

banyak

memainkan

peranan

berbanding

murid untuk

analisis minat

murid

Page 13: Jawapan minggu 7

Perbuatan baik

(lampiran 2)

kesilapan.

3. Murid menyatakan

kepada kelas perbuatan

baik yang terdapat dalam

petikan.

Langkah 3

(20 Minit)

Mengabung nilai

murni yang sesuai

dengan perbuatan

baik

Nilai murni dan

perbuatan baik

(lampiran 3)

1. Guru memaparkan

semua perbuatan baik

yang telah dikesan.

2. Murid-murid

menggunakan

pengalaman sedia ada

untuk mengabung nilai

murni dengan perbuatan

baik.

3. Murid-murid dipilih

secara rawak atau

sukarela untuk

menyatakan hasil

gabungan nilai murni dan

perbuatan baik.

4. Guru menyemak

jawapan dengan murid.

KBKK: menghubungkait

Penutup

(5minit)

Rumusan

pengajaran

Latihan menulis

ulasan nilai murni

yang lengkap

1. Guru merumuskan

pengajaran hari ini.

2. Murid-murid diminta

menulis ulasan di rumah

dan hantar pada kelas

akan datang.

KBKK: Merumus

Strategi berpusatkan murid kerana murid menggunakan pengalaman mereka sendiri untuk digabungkan dengan nilai murni yang ada.

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan

Semak Semula )

Page 14: Jawapan minggu 7

Rumusan Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan pembelajaran harian ini menggunakan model ASSURE yang

direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan )

U = Utilise media and Material ( Gunakan Media danBahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong PenglibatanPelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula )

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah

berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang

berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan

yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

Page 15: Jawapan minggu 7

Lampiran 1 (Petikan)

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Suriati telah terjumpa dompet

duit. Dia mendapati di dalam dompet itu terdapat kad pengenalan diri dan duit

beberapa ratus ringgit. Tanpa berlengah, Suriati membawa dompet itu ke sebuah

balai polis berhampiran. Di sana, Suriati menyerahkan dompet kepada pegawai polis

yang bertugas. Suriati pulang ke rumah dengan rasa gembira.

Keesokan harinya, guru besar memanggil Suriati ke pejabat. Guru besar

memujinya atas tindakan yang dilakukannya. Dua hari kemudian, seorang

lelaki datang menemuinya dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan Suriati.

Dia juga memberikan sedikit wang kepada Suriati kerana sudi menjaga dompetnya

dengan baik,sungguhpun Suriati menolak pemberiannya.

Lampiran 2 (Perbuatan baik)

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Suriati telah terjumpa dompet

duit. Dia mendapati di dalam dompet itu terdapat kad pengenalan diri dan duit

beberapa ratus ringgit. Tanpa berlengah, Suriati membawa dompet itu ke sebuah

balai polis berhampiran. Di sana, Suriati menyerahkan dompet kepada pegawai

polis yang bertugas(1). Suriati pulang ke rumah dengan rasa gembira.

Keesokan harinya, guru besar memanggil Suriati ke pejabat. Guru besar

memujinya atas tindakan yang dilakukannya(2). Dua hari kemudian, seorang

lelaki datang menemuinya dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan

Suriati(3).Dia juga memberikan sedikit wang kepada Suriatikerana sudi menjaga

dompetnya dengan baik(4),sungguhpun Suriati menolak pemberiannya(5).

Page 16: Jawapan minggu 7

Lampiran 3 (Nilai murni dan perbuatan baik)

1. Menyerahkan dompet yang dijumpai kepada pegawai polis yang bertugas –

jujur

2. Memuji atas tindakan yang dilakukan/memberikan sedikit wang – memberi

penghargaan

3. Mengucapkan terimakasih atas pertolongan – menghargai pertolongan

4. Menjaga dompet dengan baik – cermat/berhati-hati

5. Menolak pemberian – ikhlas membantu

Lembaran kerja

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya

jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan

kamu dalam satu perenggan.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Suriati telah terjumpa dompet

duit. Dia mendapati di dalam dompet itu terdapat kad pengenalan diri dan duit

beberapa ratus ringgit. Tanpa berlengah, Suriati membawa dompet itu ke sebuah

balai polis berhampiran. Di sana, Suriati menyerahkan dompet kepada pegawai polis

yang bertugas. Suriati pulang ke rumah dengan rasa gembira.

Keesokan harinya, guru besar memanggil Suriati ke pejabat. Guru besar

memujinya atas tindakan yang dilakukannya. Dua hari kemudian, seorang

lelaki datang menemuinya dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan Suriati.

Dia juga memberikan sedikit wang kepada Suriati kerana sudi menjaga dompetnya

dengan baik, sungguhpun Suriati menolak pemberiannya.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

________________